Search This Blog

Sunday, April 5, 2015

Wanita bogel rompak kedai runcit


Charleston (Amerika Syarikat): Seorang wanita ditahan polis selepas cuba merompak sebuah kedai runcit di sini, dalam keadaan bogel.
Wanita itu, Drema Setliff, 30, ditahan pada Khamis lalu ketika bersembunyi di dalam sebuah almari di kedai berkenaan selepas cubaan merompak premis itu gagal.
Jurucakap polis Brian Humphreys berkata, Drema masuk ke premis berkenaan dan terus menarik rambut seorang pekerja wanita sebelum memaksa mangsa membuka peti simpanan wang.
Bagaimanapun, Drema melarikan diri ke dalam kedai itu selepas seorang pelanggan tiba-tiba masuk ke dalam premis berkenaan.
“Drema tidak cuba melarikan diri sebaliknya dia bersembunyi di dalam sebuah almari sehingga ditahan polis.
“Ketika ditahan suspek membawa tuala, tetapi ia tidak digunakan untuk menutup tubuhnya,” katanya.
Dia mengesyaki wanita itu mabuk atau mengambil dadah.
Tambahnya, wanita itu menangis ketika dibawa ke mahkamah dan didakwa atas tuduhan merompak. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41565#sthash.xl5nf7W9.dpuf

Padah berasmara di tepi jalan


Hong Kong: Polis menahan seorang pelajar lelaki dan memburu seorang wanita selepas aksi mereka membuat hubungan seks di tepi jalan menjadi viral di Internet.
Ning Dang, 19, yang berasal dari Mongolia dilaporkan mabuk selepas keraian menyambut ulang tahun kelahirannya di sebuah pusat hiburan berhampiran sebuah universiti di sini, baru-baru ini.
Ketika pulang ke asramanya, Dang dilaporkan bertemu seorang pelajar wanita dan mereka terus berasmara di tepi jalan.
Bagaimanapun, aksi mereka itu dirakam seorang penduduk menggunakan telefon sebelum disebarkan di Internet.
Polis bertindak menahan Dang selepas video berkenaan mencetus kemarahan orang ramai.
Dang memberitahu polis, dia tidak mengenali wanita itu kerana mereka baru kali pertama bertemu.
Pelajar lelaki itu ditahan dan bakal didakwa kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Polis percaya wanita itu melarikan diri ke Beijing, China. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41566#sthash.0Ls7Lou9.dpuf