Kotak hitam kedua dedah bukti baharu
Kotak hitam kedua (gambar) ditemui, kelmarin selepas penemuan perakam suara lebih seminggu lalu.
PARIS - PERANCIS. Data diperoleh daripada kotak hitam kedua pesawat Germanwings yang terhempas di kawasan pergunungan Alps pada 24 Mac lalu membuktikan pembantu juruterbang bertindak dengan sengaja ketika insiden tersebut.

Menurut laporan AFP, semalam, jurucakap pejabat penyiasat Perancis (BEA) memaklumkan juruterbang menggunakan penerbangan automatik untuk meningkatkan kelajuan pesawat.

Ia sekali gus mengesahkan teori yang mendakwa pembantunya, Andreas Lubitz telah mengambil alih pesawat itu sebelum bertindak menjunamkannya dengan sengaja.

Data kotak hitam pertama menunjukkan Lubitz, 27, bersendirian dan mengunci pintu kokpit dari dalam sebelum nahas tersebut berlaku.