KHAMIS, 2 APRIL 2015 @ 8:22 PM
PETRA JAYA: Seramai 55 individu ditahan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini bagi membantu siasatan berhubung pembabitan mereka dalam kegiatan pembalakan haram di seluruh negeri.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, berkata kejayaan itu hasil operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi dan jabatan, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kempen memerangi sindiket pembalakan haram yang dilancarkan kerajaan negeri.
Katanya, menerusi gerak kerja itu sejumlah 28,154 kayu balak bernilai lebih RM10 juta dirampas hasil 94 serbuan yang dilakukan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini petang tadi.