KABUL - AFGHANISTAN. Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah bas dan kemudiannya menembak mati 13 penumpang bas berkenaan dalam kejadian di Timur Afghanistan awal pagi hari ini.
Jurucakap Gabenor Wilayah Wardak, Attahullah Khogyani berkata, penyerang menyasarkan tiga kenderaan.
Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan ini.
Memetik laporan BBC, 13 termasuk seorang wanita adalah antara yang ditembak mati manakala dua yang lain cedera parah.
Sebelum ditembak mati, kesemua mangsa di bawa keluar dari sebuah bas oleh lelaki bertopeng.
Timbalan Gabenor wilayah Ghazi, Mohammad Ali, lelaki bersenjata memilih mangsa dan menembak mereka seorang demi seorang.
Kejadian berlaku di sebuah lebuh raya di antara daerah Kabul dan Kandahar.
Bulan lalu, 31 penumpang telah diculik dari sebuah bas di lebuh raya yang sama.