Search This Blog

Monday, March 23, 2015

Hanya satu kes lemas


WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Mac 2015
 Hanya satu kes lemas
Tuan Siti Mariam mendukung cucunya di tepi pantai berdekatan chalet miliknya di Kampung Aur.

KAMPUNG AUR - Tragedi lemas yang berlaku pada 18 Februari lalu melibatkan Rosli Arifin, 48, dari Kampung Nara, Pasir Puteh merupakan kejadian pertama sejak 10 tahun chalet itu beroperasi di sini.

Pemilik chalet Sri Aur Telong, Tuan Siti Mariam Awang Nor, 56, berkata, ketika kejadian, dia berada di rumahnya yang terletak hanya beberapa meter dari pantai.

Menurutnya, banyak rombongan sekolah dan syarikat swasta mengunjungi chalet itu setiap kali musim cuti dan hujung minggu, namun tidak pernah berlaku kejadian lemas.

"Sudah takdir arwah untuk lemas ketika menyelamatkan orang, tetapi dia meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bachok. Ibu arwah ada datang melawat beberapa hari lepas kejadian dan beritahu dia ada nasihatkan arwah agar tidak ke pantai, takut mati lemas. Tetapi itu semua takdir.

"Hanya kes itu sahaja yang berlaku di sini. Dua kematian lagi yang berlaku adalah di Pantai Irama, bukan di sini. Kawasan ini biasanya selamat untuk mandi kecuali kalau ombak besar," katanya.

Sementara itu, kata Tuan Siti Mariam, chalet Sri Aur mempunyai 18 bilik dengan harga serendah RM40 hingga RM80 yang terletak bersebelahan dengan Pudi Chalet.

Katanya, ketika banjir besar Disember lalu, chalet itu menjadi penempatan sementara untuk mangsa banjir yang berkelana dari seluruh negeri.

"Kami sediakan penempatan percuma untuk mangsa banjir kerana kami tahu ramai yang kehilangan tempat tinggal ketika tragedi itu melanda.

"Hanya itu amal jariah yang mampu kami berikan untuk membantu mereka yang memerlukan," katanya.

Remaja 18 tahun tak serik dicekup khalwat


WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Mac 2015

 khalwat
Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU - Bagaikan tidak serik dengan hukuman yang diterima atas kesalahan khalwat sebelum ini, seorang remaja lelaki sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu semalam, atas pertuduhan sama.

Tertuduh yang baru berusia 18 tahun dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak di Ulu Yam, Selangor, jika gagal membayar denda.

Manakala pasangannya yang baru berusia 15 tahun dan merupakan seorang pelajar, dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM2,000 berserta dua penjamin dalam kalangan ibu bapanya.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas pasangan terbabit mengaku salah berkhalwat.

Berdasarkan fakta kes, satu serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah bersama polis di bilik sebuah hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, pada 22 Oktober tahun lalu, kira-kira jam 3.05 pagi.

Setibanya di lokasi, keadaan pintu bilik tertutup rapat dan pihak berkuasa memberi salam beberapa kali.

Bagaimanapun, kira-kira lima minit kemudian, pintu dibuka oleh seorang wanita yang ketika itu keadaan bilik sangat gelap sebelum pihak berkuasa mengarahkan lampu dibuka, dan seterusnya pemeriksaan lanjut dijalankan.

Semasa membuat pemeriksaan, pihak berkuasa ternampak keadaan langsir tingkap tidak terurus sebelum ternampak kelibat seorang lelaki terjun ke bawah bagi melarikan diri.

Bagaimanapun, lelaki tersebut berjaya ditangkap 30 minit kemudian.

Dirogol tiga hari berturut-turut


WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Mac 2015

 Rogol
Sekadar gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang remaja perempuan keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenali membawa padah apabila dirogol lelaki terbabit bersama tiga lagi rakannya.

Kejadian dipercayai berlaku selama tiga hari berturut-turut iaitu bermula 18 Mac lalu di rumah sewa salah seorang suspek berusia 21 tahun di Manir, di sini, dan di sebuah rumah kosong yang juga terletak di kampung sama.

Menurut sumber, kejadian bermula ketika mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan keluar bersama rakan lelakinya berusia 18 tahun, kira-kira jam 11.45 malam, Selasa lalu.

“Mangsa dikatakan mengenali suspek menerusi telefon dan pada hari kejadian, suspek membawa mangsa ke rumah salah seorang lagi suspek, sebelum mendakwa dirogol rakan lelakinya bersama pemilik rumah sewa terbabit, kira-kira jam 12.30 malam, Rabu lalu.

“Kejadian sama berulang sekali lagi pada malam keesokan harinya apabila mangsa dirogol rakan lelakinya dan seorang lagi suspek lain yang juga berusia 18 tahun.

“Mangsa mendakwa, ketika dirogol ada suspek lain telah merakamkan perbuatan itu dan selepas memuaskan nafsu mereka, mangsa dihantar pulang ke rumah,” katanya.

Jelas sumber, mangsa mendakwa telah menerima khidmat pesanan ringkas (sms) daripada rakan lelakinya kira-kira jam 5.30 petang, Khamis lalu yang mengugut mangsa agar keluar bersamanya lagi jika tidak mahu rakaman video perbuatan seks mereka disebarkan dilaman sosial seperti Wechat dan WhatsApp.

Katanya, mangsa yang takut dengan ugutan suspek terpaksa akur, sebelum sekali lagi dirogol rakan lelakinya bersama seorang lagi suspek berusia 16 tahun di lokasi sama awal pagi Jumaat lalu.

“Selepas puas melepaskan nafsu serakah mereka, mangsa dihantar pulang kira-kira jam 3.30 pagi, sebelum terserempak dengan abang mangsa yang bertindak mengejar suspek selepas curiga adiknya dihantar lelaki, terbabit tetapi gagal menangkap suspek.

“Mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya dan susulan laporan dibuat, gerakan memburu suspek dijalankan.

“Kesemua suspek berjaya ditahan antara jam 1 hingga 3 petang, Jumaat lalu di sekitar Manir untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan suspek kini direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Drone Seludup Dadah, Senjata Ke Penjara Terhempas


Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 4:42 PM

CUBAAN menyeludup dadah, senjata dan telefon bimbit ke sebuah penjara di United Kingdom menggunakan drone gagal apabila kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) itu terhempas sewaktu terbang memasuki kawasan tersebut.

Portal berita Mirror melaporkan insiden yang dikatakan pertama seumpamanya di Britain itu berlaku apabila pesawat kawalan jauh tersebut terhempas ke kawasan jaring di sekitar penjara Bedford di Bedfordshire.

Sebuah bungkusan turut dikesan dilekatkan bersama alat itu yang mengandungi dadah, telefon, pisau dan pemutar skru.

Semua ketua penjara di seluruh Britain kini mengambil perhatian dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan cubaan penyeludupan itu.

Menurut sumber: "Kami percaya ia merupakan pertama kali berlaku melibatkan drone yang digunakan untuk membawa masuk dadah ke dalam sebuah penjara di United Kingdom. Ianya dengan mudah dapat dikesan. Bagaimanapun, mungkin ada yang lain berjaya melepasinya.

"Menggunakan drone jauh lebih mudah berbanding seseorang secara fizikal dengan mencampakkan bungkusan itu ke dinding atau tembok keselamatan."

Bungkusan itu kini diserahkan kepada pihak polis.

Seorang jurucakap Polis Bedfordshire berkata: "Kami mendapat panggilan untuk melaporkan mengenai sebuah drone kecil ditemui bersama satu bungkusan di kawasan jaring di atas dinding keselamatan penjara HMP Bedford pada pukul 11.30 malam pada 6 Mac lalu.

"Kedua-dua peranti dan kandungan di dalam bungkusan itu kini sedang diperiksa, dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalangnya. Kami bekerjasama rapat dengan pihak penjara bagi menyiasat insiden ini."

Menurut laporan pemeriksaan, penjara Bedford yang mempunyai 500 banduan itu memiliki sistem yang baik bagi mengelakkan sebarang penyeludupan dadah ke dalam bangunan.

Pada Februari 2014, bekas banduan Bedford, Lee Hocking, 28, dari Watford, Hertfordshire, dipenjara selama empat tahun selepas mencampakkan sebuah bungkusan mengandungi dadah, tembakau dan telefon bimbing ke dinding penjara.

Pada Jun tahun yang sama, sebuah drone yang membawa dadah terhempas ketika cuba melepasi kawasan jaring di tembok keselamatan di penjara Wheatfield di Dublin.

Kaedah penyeludupan yang sama digunakan di Amerika Syarikat (AS).

Penggunaan drone dikawal ketat di bawah peraturan pihak berkuasa penerbangan awam. - mirror.co.uk 

Banduan Bunuh Keluarga Ketika Sesi Lawatan Di Penjara


Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 6:06 PM

Domingo Villa yang dipenjarakan kerana membunuh isterinya bertindak membunuh keluarganya semasa sesi lawatan di penjara.

SEORANG bekas polis yang dipenjarakan kerana membunuh isterinya bertindak membunuh semua ahli keluarga yang datang melawatnya di penjara.

Portal berita Mirror melaporkan banduan, Domingo Villa, 40, membunuh teman wanita, dua anaknya dan seorang anak tiri perempuan menggunakan senjata yang diperbuat daripada dawai tajam sebelum menikam dirinya sendiri di bahagian dada.

Teman wanita Villa, Isela, 36, bersama ahli keluarga banduan itu melawatnya di penjara Puente Grande di Guadalajara, barat Mexico.

Sebelum kejadian, kesemua mereka dipindahkan ke sebuah bilik asrama untuk sesi lawatan berikutan hujan lebat.

Dalam satu kenyataan, banduan itu dikatakan mengamuk apabila anaknya mengadu mengenai ibunya yang tidak melayani mereka dengan baik.

Dia yang berang kemudiannya bertindak menikam teman wanitanya di bahagian dada dan membunuh Angel, anak lelakinya berusia empat tahun dan bayi perempuannya, Valeria yang baharu berusia beberapa bulan.

Anak tiri perempuannya, Erika, 17, cedera parah tetapi berjaya melarikan diri tetapi kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan itu.

Ketua Penguam negeri, Luis Najera mengakui bahawa tiada pengawal yang mengawasi asrama tersebut ketika kejadian berlaku.

"Para pegawai penjara sedang memeriksa pintu masuk. Seorang penyelia sedang membuat pemeriksaan di satu sel yang agak jauh dan tiada sesiapa pun menyedari kejadian itu sehingga anak perempuan berusia 17 tahun itu menangis meminta bantuan," kata pegawai.

Para pengawal menemui banduan itu dalam keadaan menikam dirinya sendiri dan mereka kemudiannya menahannya. Banduan itu dirawat di sebuah hospital berhampiran.

Villa kemudiannya memberitahu polis bahawa senjata berupa dawai itu diperoleh ketika bengkel kraftangan di penjara.

Villa dipenjara kerana membunuh isterinya akibat cemburu pada 2006. Dia kini berhadapan dengan tuduhan lima pembunuhan menyebabkan kemungkinan akan dikenakan hukuman paling maksimum.

Pengarah penjara dilaporkan tidak dapat memberi penjelasan sebab tiada pengawal yang mengawasi sesi lawatan itu ketika kejadian pembunuhan berlaku.

Villa dipenjara secara berasingan dengan pesalah lain kerana sebagai bekas anggota polis bagi memastikan keselamatan dirinya terjamin sepanjang penahanan di penjara Puente Grande. - miror.co.uk

Edar Dadah: Wanita Vietnam Ke Tali Gantung


Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 7:03 PM

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang wanita warga Vietnam kerana mengedar 2.1kg dadah jenis methamphetamin, empat tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Aziah Ali menolak rayuan Nguyen Thanh Ngoc Tuyet selepas memutuskan terdapat keterangan yang cukup untuk menyokong sabitan terhadap wanita berusia 27 tahun itu.

"Kami mendapati sabitan terhadap wanita itu selamat. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk mensabit dan menjatuhkan hukuman mati," kata Aziah yang bersidang bersama-sama dengan Datuk Mohd Zawai Salleh dan Datuk Ahmadi Asnawi.

Wanita tersebut, yang juga ibu kepada seorang anak, dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi George Town pada 18 Julai, 2012 selepas didapati bersalah mengedar dadah tersebut di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas, pada pukul 10.10 pagi, 26 Jun 2011.

Ketika mensabitkan Nguyen Thanh atas tuduhan itu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa wanita itu bukan pembawa ketakbersalahan apabila dadah itu ditemui tersorok dalam ruang khas beg yang dibawanya.

Dalam pembelaannya, Nguyen Thanh, seorang pelajar universiti yang tercicir, mendakwa dia telah membantu membawa beg milik kawannya Tran Tranh Tam tanpa pengetahuan mengenai kandungan beg tersebut.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mendengar keterangan dua pegawai polis dari Vietnam yang memaklumkan mereka merakamkan keterangan Tran Tranh yang menyatakan dia tidak memberitahu Nguyen Thanh bahawa kandungan yang dibawanya mengandungi dadah tetapi sebaliknya pakaian.

Pada 11 Okt 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Nguyen Thanh untuk mengemukakan keterangan baharu iaitu kenyataan dua pegawai polis itu serta keterangan lisan tiga saksi warga Vietnam termasuk Tran Tranh bagi membuktikan ketakbersalahan.

Bagaimanapun, mahkamah dimaklumkan bahawa Tranh Tranh memilih untuk tidak datang memberi keterangan kerana dia sedang menjalani hukuman penjara selama lapan tahun di negaranya atas kesalahan menjual dadah.

Bagaimanapun, Nguyen Thanh mempunyai peluang terakhir untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

Wanita itu diwakili oleh peguam K. Simon Murali manakala Timbalan Pendakwa Raya, Norinna Bahadun bertindak bagi pihak pendakwaan.

Dua remaja maut rempuh belakang kereta rosak


22 Mac 2015


KUALA LUMPUR - Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki mereka melanggar bucu kanan pacuan empat roda yang berhenti di laluan kecemasan kerana masalah enjin di Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur berhampiran Desa Sri Petaling dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, Mohd Bukharu Ishak, 24, dari Setapak dan pembonceng Nor Diannatasya Jefry Ariffin Saw, 16, dari Wangsa Maju, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, Mohd Bukharu yang menunggang di laluan kiri lebuh raya melanggar bucu kanan sebuah pacuan empat roda yang berhenti di laluan kecemasan kerana masalah enjin di Km4.1 lebuh raya itu.

"Akibat pelanggaran berkenaan beliau tercampak di lorong sebelah kiri lebuh raya manakala remaja perempuan berkenaan tercampak ke lorong tengah.

"Sebuah Perodua Alza tidak sempat mengelak, lalu merempuh dan mengheret gadis berkenaan kira-kira 50 meter," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

“Pemandu pacuan empat roda dan pemandu Perodua Alza berkenaan tidak mengalami kecederaan,” katanya. - Bernama

Kutip cebisan mayat ayah

Oleh Asrizal Aris

am@hmetro.com.my
Gopeng : “Saya lihat di hadapan mata penunggang motosikal itu digilis beberapa kenderaan menyebabkan bahagian badannya bertaburan dan serpihannya turut diseret sehingga 10 meter di atas jalan raya,” kata seorang pemandu lori, Jasni Haris, 43.

Jasni antara saksi terawal yang menyaksikan kemalangan ngeri membabitkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Benelli TnT 600, Zainal Abidin Omar, 43, yang maut selepas digilis beberapa kenderaan dalam kejadian di Kilometer 300.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan Gua Tempurung, di sini, kira-kira jam 3.25 pagi semalam.

Mangsa yang menunggang motosikal bersama anak lelakinya Zikri Haziq Daniel Zainal Abidin, 16, dalam perjalanan ke Taiping untuk menziarah bapanya yang sakit.

Setiba di tempat kejadian mangsa dikatakan merempuh bahagian belakang sebelah kiri sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang memperlahankan kelajuan secara tiba-tiba ketika menuruni bukit di lorong kiri jalan menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terjatuh di tengah jalan sebelum digilis beberapa kenderaan.

Menurut Jasni, sebaik kedua-dua mangsa terjatuh dari motosikal, dia sempat mengelak daripada melanggar mangsa dan berhenti di tepi jalan untuk melihat kejadian.

“Mangsa yang tidak sempat bangun, dirempuh oleh lori tangki sebelum sebuah bas ekspres dan lori simen menggilis badan mangsa.

MOTOSIKAL milik mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2015 @ 6:29 AM

MAYAT mangsa selepas kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40106#sthash.1T2UfnCz.dpuf

APMM rampas minyak diesel bernilai RM220,000 di Pulau Redang


ANGGOTA APMM memeriksa kandungan tangki pada sebuah kapal kargo yang berjaya ditahan di Pulau Redang hari ini. APMM menahan sebuah kapal kargo pada 20 Mac lalu dan berjaya merampas sebanyak 100,000 liter minyak diesel yang bernilai kira-kira RM220,000 yang dipercayai cuba diseludup. - Foto BERNAMA
SETIU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim (DM) 9 Kuala Terengganu merampas kira-kira 100,000 liter cecair minyak diesel bernilai hampir RM220,000 yang disyaki diseludup.
Ketua Penguatkuasa DM 9, Laksamana Pertama Maritim Xavier Thevandas, berkata minyak diesel itu ditemui ekoran penahanan sebuah kapal kargo minyak Mongolia kira-kira pukul 1 pagi Jumaat lalu, yang sedang bersauh di Pulau Redang, dekat sini.
Katanya, pemeriksaan terhadap kapal itu mendapati master kapal gagal mengemukakan pelepasan perlabuhan dan tidak melaporkan ketibaan di perairan Malaysia.
"Sampel minyak tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk pengesahan lanjut untuk memastikan sama ada minyak itu adalah minyak bersubsidi atau tidak.
"Jika minyak itu adalah minyak bersubsidi perkara ini akan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
ANGGOTA APMM memeriksa kandungan tangki pada sebuah kapal kargo yang berjaya ditahan di Pulau Redang di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
Beliau menambah, APMM turut menahan enam anak kapal warganegara Indonesia yang berusia antara 21 dan 53 tahun, namun siasatan mendapati kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Menurut Xavier, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku aktiviti pemindahan minyak atau menerima minyak di tengah laut sebelum dikesan APMM, namun siasatan lanjut sedang giat dijalankan.
Katanya, kapal terbabit dipercayai belayar dari pelabuhan Kemaman pada 18 Mac lalu sebelum bersauh di pulau peranginan itu.
Bagaimanapun, APMM tidak dapat membawa pulang kapal tersebut ke jeti APMM di Kuala Terengganu kerana mengalami kerosakan pada bahagian enjin.
Xavier berkata master kapal itu boleh didakwa di bawah Kaedah 10 (1) dan kaedah 15 Peraturan Perlabuhan Persekutuan 1953 iaitu tidak memaklumkan ketibaan kapal di Malaysia.
Peraturan itu memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

4 geng 36 terbabit kes tembak ditahan di Pulau Pinang


KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi (kiri) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mazlan Kesah (kanan) menujukkan dua pucuk pistol dan peluru, iaitu sepucuk revolver .38 bersama 8 butir peluru .38 sepucuk sig sawyer bersama 10 butir peluru 9mm dari suspek lelaki India yang ditahan di R&R Sungai Perak dan suspek membawa ke rumah sewanya Taman Seri Bistari, Nibong Tebal dan menemui dua pucuk pistol tersebut, Penemuan dua pucuk pistol ada kaitan dengan kes tembak di Jalan Scotland Pulau Pinang lalu. - Foto Ramdzan Masiam
GEORGE TOWN: Polis menahan empat lelaki yang juga anggota kongsi gelap 36 dan merampas dua pucuk pistol bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki mati ditembak di Jalan Scotland di sini pada 2 Mac lepas.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata bertindak hasil maklumat awam dan risikan, polis berjaya mengesan empat lelaki berusia 20 hingga 30 tahun itu di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, Perak pada jam 6 petang semalam.
"Mereka yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur berjaya ditahan di kawasan R&R berkenaan dan susulan penahanan tersebut, polis menyerbu sebuah rumah yang disewa seorang daripada mereka di Taman Seri Bistari di Nibong Tebal dekat sini.
"Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, polis menemui dua pucuk pistol bersama 18 butir peluru dan polis percaya satu daripada pistol itu digunakan dalam kejadian tembak di Jalan Scotland," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Dalam kejadian tembak itu, mangsa berusia 51 tahun dan bekerja dengan syarikat pengawal keselamatan mati ditembak dua lelaki yang menunggang motosikal ketika kereta yang dipandu mangsa berhenti di lampu isyarat.
Susulan kejadian itu, tiga lelaki termasuk seorang ahli perniagaan ditahan di George Town dan Butterworth.
Abdul Rahim berkata, seorang daripada lelaki yang ditahan itu mengaku terbabit dalam kejadian tembak terbabit.
Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku disebabkan urusan perniagaan dadah antara geng kongsi gelap tersebut.
"Tiga lelaki yang ditahan itu telah dibebaskan dan kami percaya dengan penahanan empat lelaki lagi yang masing-masing tidak bekerja serta bekerja sendiri itu, pihak polis dapat menyelesaikan kes tersebut," katanya.
Beliau berkata, siasatan juga mendapati mereka yang ditahan turut terbabit dalam kejadian bunuh seorang remaja lelaki di Kampung Manis, Perai bulan lepas.
Mereka yang mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau turut terbabit dalam beberapa kes tembak dan bunuh di Kedah, Perak, Kuala Lumpur serta Selangor, katanya. - BERNAMA

Dua penjenayah ditembak mati terbabit kes berprofil tinggi - Polis

SEREMBAN: Dua penjenayah yang ditembak mati di sini, semalam, dipercayai terbabit dalam banyak kes berprofil tinggi termasuk rompakan bersenjata dan bunuh.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof, berkata kedua-dua mereka berusia 24 dan 40 tahun turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.
"Kedua-dua mereka dikehendaki kerana terbabit dalam beberapa siri kes jenayah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor sejak 1999.
"Operasi masih diteruskan untuk memburu saki baki kumpulan penjenayah ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini, hari ini.
Pada jam 2.15 petang semalam, dua penjenayah ditembak mati selepas melepaskan tembakan terhadap sepasukan polis dalam cubaan melarikan diri di Jalan Seremban-Port Dickson berhampiran Plaza Tol Port Dickson, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini.

APMM tahan kapal kargo seludup diesel

Oleh Zaid Salim

am@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuala Terengganu (DM9) menahan kapal kargo minyak yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan diesel di perairan negeri ini, Jumaat lalu.

Kapal sepanjang 33 meter yang didaftarkan di Mongolia ditahan pihak berkuasa berkenaan ketika sedang berlabuh di perairan Pulau Redang pada 1 pagi.

Ketua Penguat Kuasa Maritim DM9, Laksamana Pertama Xavier Thevadas berkata, hasil pemeriksaan mendapati kapal terbabit membawa muatan diesel kira-kira 100,000 liter dianggarkan bernilai RM220,000.

"Kita menahan kapal terbabit bersama lima kru warga Indonesia berusia 22 hingga 55 tahun kerana siasatan awal mendapati kapal terbabit tidak memiliki dokumen keluar masuk dari Pelabuhan Kemaman," katanya.

Beliau berkata, kapal berkenaan dikatakan tiba di Pelabuhan Kemaman pada 13 Mac lalu dan keluar dari pelabuhan berkenaan pada Rabu lalu sebelum ditemui berhampiran Pulau Redang, Jumaat lalu.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Kaedah 10(1) dan Kaedah 15 Peraturan Perlabuhan Persekutuan 1953 kerana gagal mengemukakan surat pelepasan pelabuhan dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
KAPAL kargo minyak yang didaftarkan di Mongolia ditahan APMM di Pulau Redang. FOTO Zaid Salim -
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 3:41 PM
KAPAL kargo minyak yang didaftarkan di Mongolia ditahan APMM di Pulau Redang. FOTO Zaid Salim



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38622#sthash.Pmw3Vgmx.dpuf

Dua maut motosikal rempuh kenderaan rosak


Oleh Asmah Rusman

asmah_rusman@hmetro.com.my



Kuala Lumpur: Dua maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh kenderaan pacuan empat roda yang berhenti di laluan kecemasan kerana mengalami kerosakan di Kilometer 4.1 Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, penunggang motosikal, Mohd Bukhary Ishak, 24, dari Setapak dan rakannya, Nor Diannatasya Jefry Ariffin Saw, 16, pelajar sekolah di Wangsa Maju maut di lokasi kejadian.

Menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan, akibat perlanggaran itu, pembonceng motosikal iaitu Nor Diannatasya tercampak di lorong tengah sebelum dirempuh sebuah Perodua Alza yang tidak sempat mengelak.

"Mangsa diseret kenderaan itu sejauh 50 meter ke arah pusat bandar dan disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala," katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 1:48 PM

MOTOSIKAL merempuh kenderaan yang berhenti di laluan kecemasan kerana mengalami kerosakan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38618#sthash.6P1eLBGw.dpuf

Feri diselenggara terbakar


Oleh Hadzlihady Hassan

hadzlihady@hmetro.com.my


Butterworth: Feri yang sedang diselenggara terbakar di bahagian enjin di jeti pengkalan Sultan Abdul Halim, Jalan Bagan Dalam, pagi tadi.

Kebakaran berlaku kira-kira 10.30 pagi namun tiada sebarang kemalangan jiwa.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Shoki Hamzah berkata, kebakaran membabitkan 30 peratus di bahagian enjin dan kemungkinan berpunca daripada kerja kimpalan yang dilakukan.

"Kita menerima panggilan pada 10.35 pagi dan api dapat dikawal kira-kira sejam selepas itu.

"Setakat ini jumlah kerugian masih belum diketahui," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 3:59 PM


KEBAKARAN membabitkan 30 peratus di bahagian enjin kemungkinan berpunca daripada kerja kimpalan yang dilakukan. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38625#sthash.Lu5MeNLA.dpuf

Lelaki lemas di bekas tapak kelong

Oleh Mohd Sah Muda
Mersing: Seorang lelaki ditemui lemas di bekas tapak kelong di Pulau Sibu di sini, 8.15 pagi tadi.

Choo Tei Chee, 31, yang berasal dari Pulau Pinang dikatakan melancong ke pulau berkenaan bersama rakannya.

Mereka dikatakan berenang di kawasan itu, 12 tengah hari semalam sebelum hilang.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar berkata, mangsa bekerja di Singapura dan ke pulau berkenaan bersama 20 rakannya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 4:12 PM

ANGGOTA polis mengangkat mangsa yang ditemui lemas. FOTO Mohd Sah Muda
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38627#sthash.4U6iRyzK.dpuf

Anggota bomba maut motosikal rempuh kereta


Muar: Seorang anggota balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Kuala Lumpur, maut apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh kereta di simpang empat Jalan Majidi dan Jalan Hassan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, Muhammad Hazim Basir, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan ke Tanjung Emas dari bandar Muar.

Menurutnya, bagaimanapun apabila tiba di tempat kejadian tiba-tiba kereta dari arah bertentanganmembelok ke kanan untuk memasuki Jalan Hassan.

"Mangsa yang tidak sempat mengelak atau memberhentikan motosikalnya merempuh kereta itu lalu tercampak beberapa meter.

"Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 6:06 PM

MANGSA maut selepas motosikal kuasa tinggi merempuh kereta di Muar. FOTO Sharafiq Abd Samad
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38632#sthash.SV48LiZk.dpuf

Warga emas maut diseret van

 Oleh Khairul Hamizy Ramlee

am@hmetro.com.my


Marang: Seorang warga emas lelaki maut selepas diseret lebih 50 meter oleh van dalam kemalangan di Kampung Binjai Bongkok di sini, 7.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Sidek Puteh, 73, yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas kedai makan berhampiran yang ingin dituju tutup.

Bagaimanapun, belum sempat sampai di rumah van merempuhnya dari belakang hingga mangsa terseret lebih 50 meter di laluan berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di seluruh badan sebelum meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Bukit Payong di sini.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 7:31 PM

KEADAAN motosikal dan van yang terbabit kemalangan di Kampung Binjai Bongkok, Marang. FOTO Khairul Hamizy Ramlee
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38637#sthash.Fech3GUX.dpuf

DBKL selamatkan wanita terjun dalam tasik

Oleh Fardy Bungga
Kuala Lumpur: Pengunjung Taman Tasik Ampang Hilir gempar apabila melihat wanita berusia 20-an dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam tasik sebelum diselamatkan Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, wanita terbabit dikatakan secara tiba-tiba terjun ke dalam tasik berkenaan dan usaha orang awam untuk memujuknya kembali ke tepi tasik gagal.

Penguatkuasa Skuad Penyelamat DBKL, Norizam Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima makluman daripada pengawal keselamatan taman itu yang mendakwa seorang wanita bertindak terjun ke dalam tasik berkenaan.

Menurutnya, wanita terbabit berkeras untuk terus berada di tengah tasik walaupun pihaknya sudah memujuk wanita itu selama lebih satu jam.

"Anggota Skuad Penyelamat DBKL terpaksa turun ke dalam tasik untuk membawanya naik ke daratan sebelum diserahkan kepada anggota polis yang berada di lokasi kejadian untuk tindakan selanjutnya,"katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 8:17 PM

ANGGOTA Skuad Penyelamat DBKL terpaksa turun ke dalam tasik untuk menyelamatkan wanita dipercayai cuba membunuh diri. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38639#sthash.QCO07Q9P.dpuf

Budak OKU dikhuatiri lemas

Oleh Ravale Savarinathan

am@hmetro.com.my


Teluk Intan: Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir di tepi Sungai Chikus, Langkap, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari tadi, mangsa Mohamad Ashraf Jefri, disedari hilang selepas baju, basikal serta kasut miliknya ditemui di tebing sungai berkenaan.

Difahamkan mangsa dipercayai keluar bersendirian dari rumahnya di Attap Duri di sini kira-kira 8 pagi tadi tanpa memberitahu sesiapa termasuk ahli keluarganya.

Ibu mangsa, Rosni Awang Kechik, 48, berkata, dia bimbang anaknya yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu tergelincir ke dalam sungai berdasarkan kepada penemuan barangan milik anaknya itu.

Katanya, dia tidak menyedari Mohamad Asraf keluar dari rumah kerana sedang membuat kerja rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit keluar bekerja.

"Saya terkejut apabila jiran datang ke rumah dan memberitahu ada orang menjumpai basikal, kasut serta baju anaksaya di tepi sungai yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah.

"Saya kemudian bergegas ke tempat berkenaan dan terkejut melihat basikal dan baju dia di tepi sungai," katanya yang ditemui di lokasi pencarian.

Sementara itu jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.22 tengah hari.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan sehingga 5.30 petang tadi gagal menemui sebarang petunjuk dan operasi dan akan disambung semula pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 9:52 PM

MANGSA (gambar kecil) disedari hilang selepas baju, basikal serta kasut miliknya ditemui di tebing sungai. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38647#sthash.pSRgCVKr.dpuf

Enjin rosak bongkar rahsia

Oleh Zaid Salim

am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Sebuah kapal kargo minyak yang dipercayai terbabit kegiatan penyeludupan diesel ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuala Terengganu (DM9) selepas mengalami kerosakan enjin di perairan Pulau Redang, di sini, Jumaat lalu.

Berikutan penahanan itu, APMM merampas 100,000 liter diesel dianggarkan bernilai RM220,000 yang dipercayai dibawa keluar dari perairan negeri ini.

Kapal sepanjang 33 meter milik Indonesia dan didaftarkan di Mongolia itu ditahan selepas tersadai berhampiran pulau berkenaan 27 batu nautika dari Kuala Terengganu oleh pasukan anggota APMM yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan pada jam 1 pagi.

Ketua Penguatkuasa Maritim DM9 Laksamana Pertama Xavier Thevadas berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku kegiatan penyeludupan kerana kapal terbabit tidak memiliki surat pelepasan pelabuhan selain tidak melaporkan diri sebaik tiba di negeri ini.

“Kita menahan kapal terbabit bersama lima kru warga Indonesia berusia 21 hingga 53 tahun kerana gagal mengemukakan dokumen pelepasan pelabuhan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2015 @ 7:55 AM


KAPAL kargo minyak yang mengalami kerosakan enjin di perairan Pulau Redang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38673#sthash.HoYVw9U0.dpuf

Suami setan

Oleh Mary Victoria Dass

maryvictoria@hmetro.com.my
Johor Bahru: Seorang lelaki pelarian Rohingya tergamak memaksa isterinya yang masih dalam pantang mengemis bersama anak bongsu berusia kira-kira tiga minggu, kelmarin.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, lelaki tidak bertanggungjawab berkenaan pada awalnya memberi alasan meninggalkan dua orang anaknya bersama isteri di pekarangan Masjid Sultan Abu Bakar di sini, sementara mengerjakan solat Jumaat.

Beliau berkata, bagaimanapun JKM menemui sejumlah wang selain bekas meletak wang bersama wanita berkenaan.

Menurutnya, ketika ditemui wanita berkenaan yang berusia 26 tahun bersama bayi lelakinya dan seorang lagi anak perempuan berusia setahun enam bulan.

Katanya, wanita itu juga memiliki sejumlah wang dipercayai diperoleh hasil mengemis.

“Dalam operasi dijalankan mulai jam 12 tengah hari hingga 8 malam, kami menyelamatkan wanita berkenaan bersama dua anaknya.

“Apa yang mengejutkan, wanita itu menyatakan baru melahirkan anak bongsunya pada bulan lalu dan masih dalam pantang.

“Dia mengharapkan ihsan orang ramai termasuk mengemis bersama bayi kerana mahu membeli susu untuk anak memandangkan suaminya tiada pekerjaan,” katanya.

Manayi berkata, tidak lama kemudian suami wanita berkenaan yang berusia 32 tahun muncul dan menyatakan isterinya bukan pengemis.

Katanya, siasatan mendapati pasangan berkenaan memiliki enam cahaya mata dan berasal dari Saleng, Senai.

“Siasatan mendapati sudah menjadi kebiasaan bagi lelaki berkenaan mendesak isterinya mengemis.

“Mereka dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan sejak setahun lalu di sekitar bandar raya ini.

“Bagaimanapun, perbuatan lelaki berkenaan boleh mengundang masalah tidak diingini terutama bagi bayinya,” katanya yang menambah pasangan itu sudah tinggal di negeri ini kira-kira dua tahun.

Manayi berkata, wanita berkenaan dan dua anaknya diselamatkan dan kini ditempatkan di Rumah Seri Kenangan (RSK) selama sebulan sementara siasatan dijalankan di bawah Akta Orang Papa 1977.

“Dalam operasi sama, JKM menyelamatkan 15 pengemis termasuk seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an, lima perempuan dewasa berusia 20 hingga 40-an selain sembilan kanak-kanak termasuk seorang bayi yang berusia antara tiga minggu hingga 13 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 9:56 AM

SUAMI wanita tampil ketika operasi menyelamatkan pengemis sekitar Masjid Sultan Abu Bakar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38556#sthash.k269aHlm.dpuf

Awek bawah katil




am@hmetro.com.my
Melaka: Lakonan seorang lelaki mendakwa dia bersendirian di dalam bilik sebuah hotel bajet di bandar raya ini gagal memperdaya penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sejurus kekasihnya ditemui menyorok di bawah katil.

Dalam serbuan jam 4 pagi semalam, lelaki berusia 23 tahun itu mulanya memberitahu dia hanya menginap berseorangan di bilik hotel di Melaka Raya di sini.

Bagaimanapun, tembelangnya terbongkar apabila pemeriksaan rapi penguatkuasa JAIM menemui seorang wanita berusia 22 tahun sedang bersembunyi di bawah katil.

Sumber berkata, penguat kuasa sebelum itu terpaksa menggunakan kunci pendua hotel selepas pasangan terbabit tidak memberikan kerjasama.

“Sebaik pintu dibuka, lelaki itu berpura-pura baru terjaga daripada tidur dan memberi alasan tidak dengar pintu biliknya diketuk,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2015 @ 7:57 AM

PASANGAN kekasih yang dicekup dalam serbuan jam 4 pagi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38675#sthash.D2mRNF6q.dpuf

Khemah maksiat

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Mohd Rizal Abdullah

am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Urut dan seks di dalam khemah. Itulah tawaran disediakan sebuah pusat urut di Bandar Puteri Puchong, dekat sini, yang menyediakan khemah di premis berkenaan dipercayai bagi menarik minat pelanggan.

Premis sama pernah diserbu Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada April tahun lalu seperti didedahkan Harian Metro, namun dikesan kembali beroperasi sejak lebih empat bulan lalu.

Kegiatan tidak bermoral itu bagaimanapun terbongkar dalam serbuan dilakukan Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) diketuai Ketua Penolong Pengarahnya Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa.



Menurut Khairi, pihaknya bersama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman melakukan serbuan serentak di tujuh pusat urut sekitar kawasan berkenaan bermula jam 8 hingga 10.30 malam selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, satu daripada tujuh pusat urut itu didapati menyediakan khemah di dalam bilik.

“Ini mungkin taktik ataupun modus operandi digunakan pemilik pusat urut itu bagi menarik minat pelanggan,” katanya, semalam.

Menjelaskan lanjut, Khairi berkata, pemeriksaan dilakukan pihaknya terhadap semua pusat urut itu juga mendapati mereka beroperasi tanpa lesen.

“Dalam serbuan itu, seramai 53 perempuan iaitu warga Vietnam, China, Thailand dan Indonesia ditahan kerana disyaki membabitkan diri dalam aktiviti pelacuran selain gagal menunjukkan pasport ketika pemeriksaan dilakukan.

“Kita (STAGG) juga menahan 19 penjaga premis terdiri daripada 13 warga tempatan dan enam warga asing termasuk sembilan pelanggan yang berada di pusat urut itu,” katanya.

Difahamkan, semua yang ditahan berusia antara 20-an hingga 30-an.

Khairi berkata, pihaknya juga berjaya merampas wang tunai sebanyak RM3164, 531 kondom, minyak urut, bahan pelincir KY, buku rekod hasil kutipan dan bil berkaitan premis untuk tujuan siasatan.

Menurut Khairi semalam, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Puchong untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372A dan 372B Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan mengenai aktiviti pelacuran, Seksyen 55B , Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen serta Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 9:54 AM

ANTARA wanita yang disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran ditahan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38552#sthash.uZitmAjk.dpuf

Selam tak timbul

Oleh Mohd Sah Muda

am@hmetro.com.my
Mersing: Kegembiraan tujuh rakan melakukan aktiviti snorkeling untuk melihat keindahan dasar laut di perairan Pulau Sibu, di sini, kelmarin, berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa, Choo Tei Chee, 31, bersama enam rakannya melakukan aktiviti menyelam di bekas tapak kelong di perairan pulau berkenaan.

Bagaimanapun, apabila mereka naik semula ke permukaan air, rakannya terkejut apabila mendapati mangsa tidak timbul menyebabkan mereka cuba mencarinya, tetapi selepas dua jam, kelibat mangsa tidak kelihatan.



Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintendan M Kumar berkata, rakan mangsa kemudiannya membuat laporan di Pondok Polis Pulau Sibu, di sini, untuk mendapatkan bantuan mencari mangsa.

Katanya, gerakan mencari dan menyelamat membabitkan Pasukan Polis Marin (PPM), kakitangan resort dan penduduk kampung dilancarkan. Bagaimanapun, sehingga lewat malam kelmarin, mangsa gagal ditemui.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2015 @ 8:00 AM

KOH sebak di sisi mayat kakaknya yang lemas di Pulau Sibu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38677#sthash.mdakDlkI.dpuf

Empat suspek bunuh ditahan


Ipoh: Polis menahan empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah padang di Taman RPA2, Ayer Tawar, Manjung, kelmarin, dalam tiga serbuan berasingan sejak kelmarin.

Semalam, Harian Metro melaporkan M Mariappan, 44, ditemui mati kira-kira jam 5 pagi dengan beberapa kesan tetakan termasuk di kepala dipercayai diserang sekumpulan lelaki bersenjata.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim semalam berkata, tangkapan pertama membabitkan dua suspek berusia 29 dan 26 tahun di sebuah rumah inap di Taman Bersepadu, Sitiawan, kira-kira jam 1 petang, kelmarin.

Menurutnya, seorang lagi suspek berusia 39 tahun diberkas di Kampung Jering, Ayer Tawar, sejam selepas itu manakala suspek keeempat berusia 33 tahun, ditahan di sebuah rumah di Taman Nesa, Sitiawan, kira-kira jam 3.10 petang.



Menurut Mohd Dzuraidi, soal siasat mendapati seorang suspek mendakwa ke tempat kejadian bersama dua rakannya dan menyerang mangsa.

“Hasil siasatan mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau, antaranya adalah kes dadah yang disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952, menyebabkan kecederaan dan rompakan.

“Keempat-empat suspek direman tujuh hari bermula semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya, semalam.

Dzuraidi berkata, polis turut menyita sebuah kereta Toyota Vios serta merampas tiga parang, empat helai baju dan empat helai seluar daripada mereka.

Pasangan kekasih maut dalam nahas



BEGINILAH keadaan motosikal dinaiki pasangan kekasih yang maut selepas merempuh belakang sebuah pacuan empat roda di Kilometer 4.1 Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur awal pagi semalam.


KUALA LUMPUR – Sepasang kekasih maut selepas motosikal yang mereka naiki merempuh sebuah pacuan empat roda yang diletakkan di lorong kecemasan berikutan mengalami kero­sakan enjin di Kilometer 4.1 Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, penunggang motosikal, Mohd. Bukhary Ishak, 24, dan Nor Diannatasya Jefry Ariffin Saw, 16, dikatakan keluar rumah pada pukul 11.30 malam untuk menyertai majlis BBQ di rumah abang Bukhary di Setapak.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S. Markandan berkata, setibanya di tempat kejadian, motosikal berkenaan telah melanggar bahagian belakang sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang diletakkan di lorong kecemasan selepas mengalami kerosakan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3VAAilZ15 
Hakcipta terpelihara 

2 mati ditembak anggota Geng 36



Jaafar (dua dari kiri) bersama Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun (kanan) menunjukkan dua senjata api yang dirampas dalam kejadian dua penjenayah mati ditembak pada sidang akhbar di Seremban semalam.


SEREMBAN – Dua lelaki yang mati ditembak di Jalan Rasah-Port Dickson kelmarin disyaki anggota kongsi gelap Geng 36 yang terlibat dalam kegiatan samun senjata api dan pengedaran dadah.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd. Yusof berkata, ia berdasarkan penemuan tatu nombor 36 pada lengan kiri suspek berusia 24 tahun yang juga pemandu kereta.
“Siasatan mendapati kedua-duanya yang berusia 24 dan 40 tahun memiliki rekod jenayah.
“Mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah, samun bersenjata api dan perebutan kawasan dadah di beberapa buah negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Negeri Sembilan sejak tahun 1999,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Dalam kejadian sama, seorang anggota polis turut terkena tembakan pada dada, namun terselamat kerana memakai jaket kalis peluru dan hanya mengalami lebam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3VAAcxt00 
Hakcipta terpelihara 

Pemandu teksi ancam mogok



Amran (dua dari kanan) mewakili persatuan pemandu-pemandu teksi Lembah Klang membantah penangguhan kenaikan tambang teksi pada sidang akhbar di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPT) di Lembah Klang memberi amaran akan mengadakan mogok jika kadar tambang baharu teksi ditarik balik oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
BBPT merupakan gabungan daripada 22 persatuan pemandu teksi di Lembah Klang yang mempunyai keahlian seramai 7,000 orang.
Pengerusi BBPT, Amran Jan berkata, tindakan untuk mengadakan mogok itu adalah sebagai bantahan jika SPAD menarik balik kadar tambang baharu seperti yang diumumkan tiga hari lalu.
“Jika SPAD umumkan penurunan semula kadar tambang teksi, kami akan berkumpul di lokasi yang akan ditentukan bagi mengadakan mogok meminta semula hak pemandu teksi.
“Sudah enam tahun kami tidak menerima kenaikan dan beberapa kali terpaksa ditangguhkan. Tindakan menarik semula kadar tambang baharu itu adalah tidak adil kepada kami yang berhak ekoran kami kini menanggung kos operasi yang tinggi,” kata Amran.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3VAAUvveb 
Hakcipta terpelihara 

Pas kekal di DUN Chempaka dengan majoriti lebih besar



AHMAD FATHAN (dua dari kanan) menjulangkan tangannya selepas diumumkan memenangi PRK DUN Chempaka di MRSM Pengkalan Chepa, Kota Bharu malam tadi. Turut kelihatan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (kiri) dan timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (tiga dari kanan).


KOTA BHARU – Pas berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang disandang oleh bekas Mursyidul Am Pas yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut di sini semalam dan berjaya me­raih majoriti lebih besar.
Ini setelah calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad, 42, yang merupakan Imam Tua Masjid Mukim Baung Besar menewaskan empat calon Bebas dengan memperoleh sebanyak 10,899 undi.
Keputusan yang diumumkan Pegawai Pengerusi PRK DUN, Ibrahim Bakri Mat Deris pukul 9 malam tadi menyaksikan calon Pas itu memperolehi majoriti 10,092 undi iaitu lebih 3,592 undi berbanding Nik Abdul Aziz yang meraih majoriti 6,500 undi.
Ahmad Fathan menewaskan empat calon Bebas iaitu aktivis Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Shariff Mahmood yang memperoleh 807 undi diikuti Yang Dipertua Kelab Bumi Rahmat Kelantan, Fadzillah Hussin (89 undi); ahli perniagaan, Izat Bukhary Ismail Bukhary (51 undi) dan ahli perniagaan dari Pasir Puteh, Aslah Mamat (27 undi).


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3VAAH3Mzd 
Hakcipta terpelihara 

Paulsen ditangkap lagi kerana menghasut



Paulsen


KUALA LUMPUR – Pengarah sebuah badan bukan kerajaan, Eric Paulsen sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik beberapa status yang mempersoalkan hukum hudud menerusi akaun Twitternya semalam.
Tindakan Pengarah Eksekutif Lawyer For Liberty yang mengabaikan sensitiviti agama itu menyebabkan lelaki itu ditahan pada pukul 5.30 petang semalam.
Penahanan Paulsen disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Se­nior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.
“Paulsen ditahan selepas polis menerima laporan mengenai status akaun Twitternya yang didakwa melakukan penghinaan terhadap agama Islam dan tindakannya itu boleh menggugat ketenteraman awam,” kata Zainuddin dalam satu kenyataan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3VAA4W7vr 
Hakcipta terpelihara 

Puting beliung badai Malaysia


PUSARAN puting beliung setinggi bangunan empat tingkat dapat dilihat terbentuk sejurus hujan lebat di Pendang, Kedah Oktober tahun lalu.


KUALA LUMPUR – Penduduk Malaysia terutamanya di kawasan utara Semenanjung tanah air kini perlu bersiap sedia berdepan pusaran puting beliung yang mungkin melanda negara lebih kerap dan ganas dengan kelajuan angin sehingga 120 kilometer sejam (km/j).
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail berkata, negara mengalami lebih lapan kejadian puting beliung tahun lalu, masing-masing empat di darat dan empat di laut yang juga dikenali sebagai belalai air.
Beliau berkata, fenomena puting beliung, ribut petir kuat, taufan dan angin kencang merupakan kesan daripada perubahan iklim serta pemanasan global.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3VA9z0HDt 
Hakcipta terpelihara