Search This Blog

Sunday, March 22, 2015

Dua penjenayah ditembak mati terbabit kes berprofil tinggi - Polis

SEREMBAN: Dua penjenayah yang ditembak mati di sini, semalam, dipercayai terbabit dalam banyak kes berprofil tinggi termasuk rompakan bersenjata dan bunuh.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof, berkata kedua-dua mereka berusia 24 dan 40 tahun turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.
"Kedua-dua mereka dikehendaki kerana terbabit dalam beberapa siri kes jenayah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor sejak 1999.
"Operasi masih diteruskan untuk memburu saki baki kumpulan penjenayah ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini, hari ini.
Pada jam 2.15 petang semalam, dua penjenayah ditembak mati selepas melepaskan tembakan terhadap sepasukan polis dalam cubaan melarikan diri di Jalan Seremban-Port Dickson berhampiran Plaza Tol Port Dickson, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini.

10 Maut Akibat Serang Hendap Polis Mexico


Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 10:10 AM
Pasukan polis memeriksa kesan peluru di tempat kejadian berdekatan bandar Ocotlan, Jalisco.

MEXICO: Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dalam serangan bersenjata di barat negara ini apabila sekumpulan penjenayah menyerang hendap pasukan keselamatan pada malam Khamis.
Ia disifatkan serangan berdarah terburuk sejak Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto mengambil alih jawatan pada Disember 2012.
Lima anggota polis unit baharu Mexico yang dikenali sebagai gendarmerie terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di Ocotlan, Jalisco, manakala lapan yang lain cedera, kata Suruhanjaya Keselamatan Negara dalam kenyataan sehari selepas kejadian itu.
Selain itu, dua individu yang berada di tempat kejadian dan tiga anggota penjenayah terbabit juga disyaki terbunuh.
Menurut suruhanjaya itu, unit gendarmerie ditugaskan meronda di bandar tenggara ibu negeri Guadalajara.
Sekurang-kurangnya 10 kenderaan digunakan dalam serangan ke atas polis dan penyerang melepaskan tembakan menggunakan senjata berkuasa tinggi, kata suruhanjaya keselamatan itu.
Pihaknya juga mendapati beberapa penyerang dalam kejadian itu bertindak melarikan diri.
Dalam kejadian itu, polis merampas tujuh senjata api dan empat sepihan bom di tempat kejadian, serta lima kenderaan dipercayai milik penyerang, kata pihak berkuasa kerajaan itu.
Jalisco dibelenggu masalah dadah kerana generasi baru kartel Jalisco bersama kartel dadah dari negeri jiran, Michoacan, Knights Templar semakin lemah berikutan penangkapan dan pembunuhan ketuanya.
Lebih 100,000 orang terbunuh akibat kegiatan keganasan di Mexico sejak lapan tahun lalu hingga mendorong Presiden Mexico berjanji akan membawa keamanan selepas beliau mengambil alih jawatan itu.
Susulan itu, unit gendarmerie diwujudkan untuk melaksanakan usaha kerajaan membanteras gejala berkenaan.- Reuters

Pelancong Sewa Pistol Ditemui Mati Di Lapang Sasar Phuket


Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 11:06 AM
Pihak polis sedang menjalankan siasatan berikutan kematian pelancong warga asing di lapang sasar Thalang, Sabtu.

PHUKET: Pelancong warga British ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di lapang sasar di daerah Thalang di sini pada Sabtu.
Pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 3.50 petang.
Ketika pemeriksaan dijalankan, polis menemui seorang lelaki warga asing tanpa baju terlentang dengan pistol di tangan kanannya.
Berdasarkan maklumat pada pasport lelaki berkenaan, dia berusia berusia 22 tahun.
Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV), malahan ia turut dimuatnaik menerusi laman web media tempatan.
The Bangkok Post  melaporkan hasil soal siasat terhadap pemandu teksi, Presert Pasaman, 41, mendapati lelaki berkenaan bertengkar dengan kenalan lelakinya di sebuah pusat peranginan sebelum menahan teksinya.
"Apabila ditanya dia mahu ke mana, lelaki itu menjawab:"Bawa saya ke tempat di mana saya boleh menembak.", oleh itu saya membawanya ke lapang sasar," kata Prasert.
Bagaimanapun pemandu teksi itu tidak menunjukkan sebarang reaksi berhadapan dengan tekanan ketika itu.
Rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu menanggalkan bajunya dan menyewa pistol 11 mm sebelum memasukkan tujuh peluru dan mula menembak tepat ke sasaran.
Selepas itu, lelaki berkenaan memasukkan tiga lagi peluru dan kali ini dia meletakkan pistol itu ke kepalanya dan menekan picu.
Tindakannya itu cuba dihalang petugas lapang sasar berkenaan tetapi gagal. Mayatnya dibawa ke Hospital Thalang.
Pihak polis sedang mengumpul maklumat mengenai lelaki berkenaan dan memaklumkan kedutaan negara asalnya supaya dapat menghubungi keluarganya mengenai kejadian itu.

Liberia siasat punca jangkitan mangsa terbaharu Ebola

MONROVIA: Pegawai kerajaan Liberia segera menjalankan siasatan bagaimana seorang pesakit terbaharu dijangkiti virus maut Ebola selepas beberapa minggu tiada kes jangkitan dicatatkan di negara itu.
Liberia sebelum ini menjadi negara paling ramai mencatatkan kematian akibat Ebola membabitkan 4,200 orang daripada lebih 10,000 kes kematian yang direkodkan di seluruh wilayah Barat Afrika.
Kali terakhir kes Ebola dilaporkan di Liberia pada 5 Mac lalu dan sehingga ini sudah 42 hari negara itu dikategorikan bebas Ebola.
Namun pada Jumaat lalu, pegawai berkata seorang pesakit dikenal pasti positif Ebola dan ia sekali gus mencetuskan kebimbangan baru kepada negara itu.
Malah pesakit terbabit juga dikatakan tidak berhubung dengan mana-mana mangsa jangkitan Ebola dan mengakui tidak pernah keluar melawat negara jiran yang dijangkiti wabak itu sama ada di
Sierra Leone atau Guinea.
Pemangku Pasukan Pengurusan Kes Ebola Liberia, Dr Francis Kateh, berkata pihak berkuasa kini mengkaji kemungkinan pesakit terbabit pernah menemui seseorang dari luar Liberia atau melakukan hubungan seks dengan mangsa yang terselamat.
Virus Ebola masih boleh didapati pada air mani seseorang yang terselamat sehingga tempoh tiga bulan, demikian menurut pihak berkuasa kesihatan. - AP

7 kanak-kanak maut periuk memasak meletup

NEW YORK: Tujuh kanak-kanak yang mempunyai pertalian keluarga terkorban di New York selepas rumah mereka terbakar dipercayai berpunca daripada periuk elektrik mudah alih yang digunakan tidak berfungsi dengan baik.
Pihak berkuasa berkata, plat panas yang merupakan elemen dalam pemanas elektrik, mungkin telah digunakan untuk menyimpan dan menghangatkan makanan disebabkan budaya Yahudi ortodok yang mengharamkan memasak pada hari Sabath, menurut Pesuruhjaya Kebakaran New York, Daniel Nigro pada sidang medianya.
"Ini adalah tragedi kebakaran terbesar di bandar ini yang pernah terjadi dalam tempoh tujuh tahun.
"Ia adalah satu tragedi bagi keluarga ini, satu tragedi bagi masyarakat ini dan satu tragedi bagi bandar raya ini," kata Nigro dalam komennya seperti dilapor The New York Times.

Anggota bomba dimaklumkan mengenai kebakaran rumah berkenaan selepas tengah malam. Mangsa yang terkorban itu berusia antara lima hingga 15 tahun.
Seorang wanita berusia 45 tahun yang dianggap sebagai ibu mereka dan seorang gadis berusia 14 tahun, sempat melarikan diri dengan melompat keluar dari tingkap dan kini sedang dirawat di sebuah hospital, keadaannya dilaporkan kritikal.
"Saya mendengar seorang wanita menjerit, 'Anak-anak saya berada di sana. Tolong dapatkan mereka, bawa mereka keluar! '," kata seorang Jiran, Nate Weber, kepada New York Post.
Ibu dan lapan kanak-kanak itu ketika kejadian berada di bahagian tingkat atas rumah berkenaan dan kebakaran berlaku di bahagian dapur di tingkat bawah. - AFP

Hudud: Tetap komited walau rakan PR bantah


Hudud
KOTA BHARU - Ketua Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff mengakui ada pihak yang bersetuju untuk tidak bersetuju dalam sesetengah perkara dalam PR.

Namun dalam perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum hudud ini, kerajaan Kelantan tetap dengan pendirian untuk merealisasikan impian rakyat itu.

"Kita sudah bentangkan di sidang Dun Kelantan dan semuanya menyokong, kita tidak memaksa parti lain untuk menyokong namun kita akan tetap dengan impian untuk melaksanakannya," katanya ketika ditemui di pusat mengundi SMK Pengkalan Chepa 1, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: PKR tolak hudud kerana kecewa?]

Beliau diminta mengulas tindakan rakan komponen PR yang didakwa menolak dan tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud di negeri ini.

MAZRAM IDZAM RIDZAL

Anak hilang berada di Lombok


Anak hilang berada di Lombok
Sebanyak empat laporan polis dibuat sebelum ini dalam usaha menjejaki anak Choy Fah (dua,kiri) iaitu Kar See yang melarikan diri bersama jirannya yang merupakan warga Indonesia.
KUANTAN - “Bila mendapat perkhabaran dari Kedutaan Indonesia di Malaysia menyatakan anak saya selamat dan kini berada di Lombok, hati saya berasa sedikit lega dan tidak sabar untuk berjumpanya.

“Namun, dalam masa sama hati saya hancur luluh apabila diberitahu bahawa pihak keluarga lelaki yang membawa lari anak saya itu, sudah mengahwinkannya dan menukar namanya sebagai Fatin." demikian luahan Lee Choy Fah dalam satu sidang media di pejabat Adun Teruntum, dekat sini, semalam.

Menurutnya, setelah berita tentang kehilangan tersebar, anaknya, Mun Kar See, 14, ada menghubungi mereka sekeluarga meminta agar tidak melaporkan kepada pihak polis.

“Mungkin ada kawan-kawan lelaki tersebut yang masih tinggal di rumah sewa berhampiran rumah saya memberitahu padanya perkembangan dan tindakan saya sejak kehilangannya.

“Jadi anak saya menelefon dan memberitahu dia tidak mahu lagi pulang ke Malaysia dan lelaki tersebut memberinya makan dan minum serta menjaganya dengan baik.

“Tambahan pula, katanya dia sekarang sudah tidak lagi dipukul lelaki yang dikenali sebagai Eddy dan ibu tidak perlu risau lagi,” katanya.

Choy Fah berkata, selain menunggu anaknya menelefon dia ada beberapa kali cuba menghubungi mereka dan sering memujuknya pulang.

“Saya cuba bercakap dengan Eddy supaya bawa pulang anak saya. Katanya, dia  boleh bawa pulang jika saya kirimkan wang memandangkan dia tidak mampu untuk bawanya pulang ke Malaysia.

“Kekeliruan sama ada dia dah dikahwinkan, mengandung, ditukar nama atau sebaliknya, saya harap dapat jawapannya lebih tepat apabila bertemu kelak,” katanya.

Sementara itu, menurut Choon Siang, pihaknya merasakan harapan masih ada setelah bertungkus-lumus membantu ibu malang ini menghantar dan menyediakan segala laporan kepada pihak Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, 18 Mac lepas.

“Melalui kedutaan tersebut saya berjumpa dengan pegawai polis, Kombes Polis Aby Nursetyanto yang lebih mudah dipanggil Pak Aby untuk melaporkan kehilangan remaja malang tersebut.

“Pihak kedutaan agak terkejut memandangkan kami melampirkan empat keping salinan laporan polis yang dibuat sejak tahun lepas tetapi dia langsung tidak menerima sebarang maklumat lantas segera mengambil tindakan.

“Pada 20 Mac lepas, kami dihubungi Pak Aby menyatakan adik Kar See tidak lagi berada di Jawa Barat tetapi telah berada di Lombok dan tindakan segera sudah diambil dengan membawanya ke Pusat Perlindungan Kanak-kanak Lombok.

“Pegawai polis di Kedutaan Malaysia di Indonesia, Asisten Komisioner Naim Yazid Mat Said juga hubungi kita beritahu Kar See selamat berada di bawah kawalan polis Nusa Tenggara Barat dan diserahkan kepada Lembaga Perlindungan Anak,” katanya sambil memberitahu keadaan semakin baik apabila remaja itu yang dibawa ke Indonesia tanpa sebarang dokumen sah dapat ditemui dan selamat berada di bawah jagaan kaunselor.

Padah curi roti

Midrand (Afrika Selatan): Tindakan sebuah pasar raya di sini mengurung seorang budak perempuan yang kelaparan di dalam sangkar kerana mencuri sebuku roti mengundang kemarahan orang ramai.
Budak perempuan itu, Rachel Ngema, 13, ditangkap mencuri sebuku roti oleh pekerja pasar raya Spar di sini, baru-baru ini.
Sebagai hukuman pihak pengurusan pasar raya itu mengurung Rachel di dalam satu sangkar yang digunakan untuk menyimpan makanan.
Lebih menyedihkan lagi pekerja pasar raya itu meletakkan budak berkenaan di tengah laluan orang ramai selama beberapa jam.
Pelanggan yang tidak berpuas hati kemudiannya bertindak merakam gambar budak itu dengan telefon bimbit sebelum memuat naik imej berkenaan di Internet.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 6:52 AM


RACHEL dikurung di dalam sangkar di tengah laluan orang ramai.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38487#sthash.XEB82sWD.dpuf

Semua kena siasat

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan siasatan terhadap video kontroversi berkaitan hudud yang disiarkan stesen radio BFM.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan membabitkan ancaman ugut yang diterima pengacara radio berkenaan.
Selain itu, katanya, penyiar dan penulis skrip video berkenaan akan dipanggil polis.
“PDRM akan siasat kedua-dua pihak, BFM dan mereka yang ugut pengacara. Penulis skrip juga akan dipanggil,” katanya menerusi laman Twitter, semalam.
Sebelum ini, video bertajuk ‘Hudud Isi Periuk Nasi’ mendapat kecaman banyak pihak, malah pengacara video berkenaan turut menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 7:22 AM


KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38493#sthash.qNuxEc0f.dpuf

Sebelas kedai papan musnah dalam 15 minit


Oleh Ahmad Ismail

am@hmetro.com.my
Segamat: Sebelas kedai papan musnah dalam kebakaran di Jalan Simpang Jabi, di sini, 1.25 petang, hari ini.
Dalam kejadian itu, kedai papan terbabit musnah hanya dalam tempoh 15 minit.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Abdullah Bandar Putra, Aizat Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.28 petang.
Katanya, tiga jentera bersama 20 anggota bergegas ke lokasi kebakaran.
“Api marak begitu pantas disebabkan angin dan cuaca panas selain kedai terbabit diperbuat daripada papan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran serta anggaran kerugian," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38464#sthash.5hbCg90I.dpuf

Babi hutan bikin kecoh, gigit warga emas

Alor Setar: Wanita warga emas cedera selepas diserang babi hutan jantan dianggarkan seberat 70 kilogram dipercayai tersesat masuk ke rumahnya, di Pondok Kepala Bukit, Bukit Pinang, di sini, 8.30 pagi, hari ini.
Kejadian itu mengakibatkan Rokiah Ahmad, 85, cedera di lengan kanan akibat terkena taring haiwan berkenaan dan menerima beberapa jahitan.
Anak mangsa, Ahmad Daud Abdullah, 37,berkata, ketika kejadian hanya dia, isteri, Nor Shohiba Ibrahim, 28, dan ibunya berada di rumah.
"Ketika kejadian, saya sedang mandi dan isteri pula memasak di dapur. Ibu pula sedang menonton televisyen di ruang tamu.
“Bagaimanapun, tiba-tiba saya mendengar bunyi bising dari arah ruang tamu dan segera keluar untuk memeriksa keadaan, namun terkejut sebaik melihat babi hutan sedang berlari tidak tentu arah dalam rumah kami," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.
Ahmad Daud berkata, bimbang sesuatu buruk berlaku dia segera mendapatkan ibunya yang berada di ruang tamu, manakala isterinya sempat melarikan diri.
“Melihat kelibat saya, babi hutan itu terus mengejar saya hingga ke ruang tamu sebelum menyerang ibu menyebabkan lengan kanannya cedera.
"Pada masa sama juga saya dan ibu berjaya keluar rumah melalui pintu depan sebelum meminta bantuan penduduk kampung dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menangkap haiwan berkenaan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar Kapten Saifuddin Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada, 8.59 pagi.
Menurutnya, satu pasukan dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menangkap haiwan berkenaan.
"Sebaik tiba pihak kami mendapati haiwan itu sedang bertindak agresif selain turut merosakkan peralatan rumah seperti perabot, kabinet dan tingkap di dalam rumah mangsa.
"Operasi menangkap babi hutan berkenaan mengambil hampir tiga jam menggunakan jaring sebelum haiwan itu mati tidak lama kemudian akibat parah dipercayai terkena serpihan kaca," katanya.
Katanya, pihaknya percaya babi hutan itu datang dari kawasan hutan Bukit Pinang yang terletak berhampiran dan tersesat sebelum memasuki rumah mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2015 @ 8:28 PM


BANGKAI babi hutan jantan yang menyerang mangsa Rokiah di rumahnya di Pondok Kepala Bukit, Bukit Pinang. FOTO ihsan JPAM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38466#sthash.XoRYb1l7.dpuf

Remaja maut di Setiu



Setiu: Remaja lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama keluarganya terbabit dalam kemalangan di KM62 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu, hari ini.
Dalam kejadian berhampiran Kampung Chalok, di sini, 9.20 pagi, Mohamad Haikal Mohamad Zamri, 12, maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila Toyota Hilux yang dipandu bapanya, Mohamad Zamri Awang, 45, yang menghala ke Kota Bharu bertembung dengan Proton Wira dari arah bertentangan.
“Pertembungan itu mengakibatkan pacuan empat roda yang dipandu Mohamad Zamri hilang kawalan lalu terbalik ke kiri jalan.
“Mohamad Haikal yang duduk di bahagian hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya tidak cedera,” katanya. - Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38470#sthash.q7cmJgrm.dpuf

19 penyamun Indonesia terjerat jua


Johor Bahru: Sekumpulan penyamun warga asing yang disifatkan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff sebagai kumpulan berbahaya berjaya ditumpaskan selepas 19 orang termasuk tiga wanita ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram di sini, Rabu lalu.
Modus operandi kumpulan itu mereka akan memecah masuk kediaman mangsanya sebelum bertindak mengikatnya.
Mereka juga bertindak mencederakan mangsanya dengan membelasahnya sebelum melarikan pelbagai barangan.
Mohd Mokhtar berkata, semua suspek itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi selepas gerakan mengesannya dijalankan berikutan beberapa kejadian samun yang berlaku di sekitar Wilayah Pembangunan Iskandar.
Menurutnya, kumpulan berkenaan juga dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian samun lain di sekitar Kota Tinggi dan Mersing sejak beberapa bulan lalu.
Katanya, mereka juga disyaki terbabit dalam 48 kes samun sebelum ini, tetapi siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Semua penjenayah yang ditahan berkenaan berusia antara 25 hingga 45 tahun serta berasal dari Indonesia.
“Siasatan awal mendapati mereka berada di negara ini tanpa mempunyai sebarang dokumen sah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang turut dihadiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan di sini, semalam.
Menurutnya, hasil penahanan kumpulan berkenaan turut membawa kepada penemuan 128 unit telefon bimbit, 15 komputer riba, tujuh unit iPad, 10 unit kamera pelbagai jenis dan juga 16 jam tangan pelbagai jenama.
“Kita percaya kediaman berkenaan dipercayai menjadi tempat penyimpanan hasil samun mereka kerana semuanya disimpan di satu tempat.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk untuk mengenal pasti serta mengesan saki baki kumpulan itu yang masih bebas,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38407#sthash.js41Q6u6.dpuf

Diberkas curi lori telur

Teluk Intan: Seorang lelaki yang melarikan sebuah lori yang sarat dengan muatan telur ayam diberkas selepas 10 minit dia melarikan kenderaan itu, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, pemandu lori bersama kelindannya dikatakan sedang menurunkan kotak telur di depan sebuah restoran nasi kandar di Jalan Changkat Jong, di sini, manakala enjin lori masih hidup.
Selepas menurunkan beberapa kotak, pemandu lori dari Air Kuning, Tapah, dekat sini, terkejut apabila tiba-tiba lorinya bergerak menuju ke arah bandar.
Menurut, Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebaik menyedari lorinya dilarikan, pemandu berkenaan menjerit sambil mengejar lori berkenaan.
“Orang awam membantu pemandu mengesan lori berkenaan dan akhirnya lori itu ditemui di tepi Jalan Sultan Abdullah. Apabila didekati suspek melompat keluar untuk melarikan diri, namun dia berjaya ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.
“Suspek direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya, semalam.
Katanya, lori bernilai lebih RM45,000 itu membawa muatan 30,000 biji telur dianggar bernilai RM15,000.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2015 @ 11:32 AM


ORANG awam dan polis menahan suspek yang melarikan lori membawa muatan telur, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38415#sthash.b5VAi2sg.dpuf

2 penjenayah paling dikehendaki mati ditembak

Seremban: Polis menembak mati dua penjenayah paling dikehendaki selepas berbalas tembak dengan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC) Bukit Aman di kawasan semak tepi jalan Jalan Rasah-Port Dickson, berhampiran Plaza Tol Port Dickson, di sini, semalam.
Sumber berkata, sebelum itu, kedua-dua lelaki berusia 20-an dan 30-an yang ditembak mati itu, cuba melarikan diri selepas menyedari diekori polis dari arah Port Dickson, dekat sini.
Katanya, selepas terjun dari kereta dinaiki, suspek melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang kemudian membalas tembakan itu.
“Kejadian berbalas tembak itu berlangsung sehingga 20 minit sebelum kedua-dua penjenayah berkenaan ditembak mati,” katanya.
Menurut sumber, kedua-dua suspek penjenayah paling dikehendaki kerana terbabit dalam beberapa kes jenayah.
Katanya, ketika ini, jumlah sebenar suspek menaiki kenderaan itu masih disiasat, termasuk kes jenayah dilakukan merela.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Abdul Rahim Daud mengesahkan kedua-dua suspek ditembak mati.
Beliau yang turut berada di lokasi kejadian berkata, siasatan menyeluruh akan dibuat terhadap kejadian berkenaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter memuji kejayaan pasukan khas itu menumpaskan dua penjenayah terbabit.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 7:27 AM


ANGGOTA polis memantau lokasi dua penjenayah ditembak mati di Jalan Rasah-Port Dickson, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38499#sthash.QExQ2oO1.dpuf

Racun ibu kerana iPhone


Denver, Amerika Syarikat: Seorang budak perempuan berusia 13 tahun seolah dirasuk syaitan apabila tergamak meracuni ibunya sendiri kerana berang iPhone miliknya dirampas.
Lebih mengejutkan budak itu cuba membunuh ibunya sebanyak dua kali dengan meracun wanita berkenaan menggunakan cecair peluntur.
Kerana tidak tahan dengan sikap anaknya itu, wanita berkenaan bertindak melaporkan perkara itu kepada polis.
Jurucakap polis, Heidi Prentup berkata, budak perempuan itu ditahan pada Jumaat lalu selepas ibunya membuat laporan bahawa anaknya itu cuba membunuhnya.
Katanya, budak itu cuba membunuh ibunya sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu dengan mencampurkan minuman mangsa dengan cecair peluntur.
“Cubaan pertama berlaku pada 2 Mac lalu apabila budak itu memperdayakan ibunya dengan memberikannya minuman yang dicampur dengan cecair peluntur.
“Apabila mangsa minum air yang dibuat anaknya itu, dia berasa pelik apabila terbau cecair peluntur, namun dia menyangka gelas itu tidak dibilas dengan bersih,” katanya.
Menurutnya, selepas minum air berkenaan, wanita itu jatuh sakit dan terpaksa dirawat di hospital selama beberapa hari.
Bagaimanapun, sebaik keluar dari hospital, budak itu masih meneruskan rancangan jahat untuk membunuh ibunya.
Budak itu sekali lagi mencampurkan cecair peluntur di dalam minuman ibunya, tetapi kali ini mangsa berasa curiga kerana minuman itu berbau cecair peluntur.
“Kerana tidak berpuas hati wanita itu terus menyoal anaknya yang akhirnya mengaku dia sengaja menuangkan cecair peluntur berkenaan.
“Budak itu memberitahu dia mahu membunuh ibunya kerana berang selepas wanita itu merampas iPhone miliknya,” jelasnya.
Tambahnya, budak itu ditahan polis di rumahnya selepas ibunya membuat laporan polis.
“Budak itu kini ditahan di pusat juvana, sementara menunggu pertuduhan yang akan dikenakan terhadapnya,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38518#sthash.amxcrXvi.dpuf

PGA bongkar sindiket jual orang



Sebahagian daripada pendatang asing tanpa izin warga Myanmar berjaya diselamatkan anggota Batalion 3 PGA di Genting Perah, Kaki Bukit, Perlis kelmarin.


BUKIT KAYU HITAM – Taktik satu sindiket pemerdagangan orang yang menjadikan kawasan hutan berhampiran Genting Perah, Kaki Bukit, Perlis untuk menyembunyikan pendatang asing tanpa izin (PATI) terbongkar apabila ia diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) petang kelmarin.
Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu, tiga anggota dari Batalion 3 PGA Pos Simpang Lima telah melakukan pemeriksaan rutin di kawasan tersebut sebelum terserempak dengan dua lelaki dipercayai anggota sindiket.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3V4JzeXrN 
Hakcipta terpelihara 

Polis siasat pengacara radio BFM



Aisyah


KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pengacara stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin, 27, yang mempersoalkan sama ada hukum hudud boleh meningkatkan ekonomi negeri Kelantan menerusi klip video di laman YouTube.
Itu jaminan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status terbaharunya menerusi laman Twitter semalam.
Tegas Khalid lagi, individu yang mengugut pengacara berkenaan termasuk penulis skrip bagi klip video itu juga tidak terkecuali daripada disiasat polis.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3V4JY0jcu 
Hakcipta terpelihara 

Geng motor besar cekup perompak



TIGA ahli Kelab Born Shakers membawa suspek berusia 26 tahun yang berjaya dicekup selepas melakukan rompakan di Kuching semalam.


KUCHING – Seorang lelaki yang ingin mendapatkan rawatan di sebuah klinik gigi di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini mengalami mimpi ngeri selepas dia dirompak dua lelaki semalam.
Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa ditum­buk di pipi dan mata sebelum kedua-dua suspek mengambil dompetnya lalu melarikan diri ke arah Jalan Lebuh India di sini.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, tiga orang ahli motosikal berkuasa tinggi dari Kelab Born Shakers yang kebetulan berada di Jalan India dan melihat ada tompokan darah di seluar salah seorang suspek yang sedang berlari.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3V3s49LQ2 
Hakcipta terpelihara 

Pembuli jalan raya berleluasa


kesesakan jalan raya boleh mendatangkan kemarahan kepada pemandu
Kesesakan jalan raya boleh mendatangkan kemarahan kepada pemandu yang tidak sabar dan panas baran sehingga mampu mencetuskan pergaduhan di jalan raya apabila kemalangan berlaku. gambar hiasan
Setiap hari kes buli di jalan raya semakin menjadi-jadi, bukan sahaja kerap berlaku di ibu kota Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara. Ini kerana sikap masyarakat kita yang seakan-akan tidak pandai bersabar.
Lebih menyedihkan, sebuah video yang menjadi viral di Facebook baru-baru ini melihatkan seorang warga tua dipukul oleh dua penunggang motosikal dengan menggunakan topi keledar tersebar.
Kes yang dilaporkan berlaku di Kuching, Sarawak itu bermula dengan hanya pemandu kereta membunyikan hon kerana penunggang terbabit menunggang motosikalnya secara berbahaya.
Namun kerana tidak berpuas hati, mereka menunjukkan isyarat lucah dan kemudian memberhentikan kenderaan sehingga berlakunya pergaduhan di tengah jalan raya.
Bagaikan tidak waras, mereka memukul lelaki tua itu dengan topi keledar. Ia sekali gus menunjukkan pembuli jalan raya kini bukan hanya berani menunggang atau memandu secara berbahaya, bahkan boleh mencederakan orang lain.
Sikap seperti ini sepatutnya tidak ada dalam diri masyarakat yang bertamadun. Mereka seharusnya menghormati hak di antara satu sama lain kerana jalan raya dikongsi bersama.
Pergaduhan dan bertikam lidah di antara pengguna jalan raya meningkat sejak akhir-akhir ini mungkin di sebabkan oleh beberapa faktor yang menjadikan mereka berubah.
Antara faktor yang mungkin timbul adalah kesuntukan masa ke tempat kerja, kesesakan jalan raya, tekanan perasaan dan sebagainya yang semua ini dialami oleh mereka yang bekerja atau belajar di bandar besar.
Masalah yang sama juga berlaku di kawasan-kawasan pekan, walaupun mungkin faktornya berbeza tetapi ia menjadi satu masalah kepada pengguna jalan raya lain, bahkan juga membahayakan keselamatan.
Pihak berkuasa perlu memainkan peranan penting bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berlanjutan, selain tidak menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian masyarakat negara kita.
Kita perlu mengambil contoh di Amerika Syarikat, setiap daripada mereka yang ditangkap atas kesalahan jalan raya sama ada membuli, memandu secara berbahaya dan sebagainya perlu menghadiri kelas kaunseling dan khidmat masyarakat.
Di kelas itulah, mereka akan bertemu dengan pesalah jalan raya yang lain dan secara tidak langsung menginsafkan mereka untuk tidak melakukan lagi kesalahan itu.
Dalam pada itu, kumpulan sokongan juga wajar ditubuhkan, khusus untuk mereka yang mempunyai masalah. Langkah ini diharap dapat membantu mereka mencorak sikap dan cara menghormati orang lain.
Diharapkan masyarakat negara ini akan terus berbudi bahasa dan memiliki sikap hormat menghormati di antara satu sama lain.
Khairul Aris Annuar
Kuching, Sarawak
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pembuli-jalan-raya-berleluasa-1.72046#sthash.ex5xF2F3.dpuf

Polis tembak mati dua penjenayah dikehendaki


ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang disyaki penjenayah
ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang disyaki penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Jalan Rasah-Port Dickson menghala ke Seremban , Negeri Sembilan, semalam. MINGGUAN/ASWAD YAHYA
RASAH 21 Mac - Dua penjenayah yang dikehendaki polis maut dalam kejadian berbalas tembak lebih 10 minit berhampiran kawasan semak di Jalan Rasah-Port Dickson, hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu berlaku kurang 50 meter dari simpang masuk Plaza Tol Seremban-Port Dickson dan menyebabkan keadaan lalu lintas di lokasi kejadian sesak.
Mingguan Malaysia difahamkan, kedua-dua lelaki berusia 20-an dan 30-an itu telah diekori oleh pihak polis dari arah Port Dickson menuju ke Seremban sebelum terjun dari kenderaan yang dinaiki.
Suspek kemudiannya melepaskan tembakan ke arah pihak polis menyebabkan tembakan balas terpaksa dilepaskan.
Sumber memaklumkan, kejadian berbalas tembak tamat selepas kedua-dua suspek maut akibat terkena tembakan.
"Buat masa ini bilangan sebenar suspek yang menaiki kenderaan masih disiasat,'' katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi kenyataan di Twitternya memuji kejayaan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman menumpaskan dua penjenayah itu.
Beliau dalam kenyataan susulannya di laman sosial itu memberitahu, Stafoc berjaya menahan empat lagi lelaki bersama dua pucuk pistol di Perak pada pukul 5.10 petang.
"Syabas lagi Stafoc, jam 5.10 petang tadi di Hentian Sungai Perak pula berjaya tangkap empat lelaki yang sangat dikehendaki dan rampas dua pucuk pistol," katanya.
Difahamkan, dua kejadian itu mempunyai kaitan kerana penjenayah yang ditembak dan ditahan adalah daripada kumpulan yang sama.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhammad Zaki Harun pula memaklumkan, sidang akhbar berhubung kejayaan polis menumpaskan dua suspek itu akan diadakan esok di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban bersama Ketua Polis Negeri, Datuk Jaafar Mohd. Yusof.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-tembak-mati-dua-penjenayah-dikehendaki-1.72154#sthash.9kC5KiE3.dpuf