Search This Blog

Monday, March 16, 2015

Dilema Dipaksa Tukar Agama, Remaja Tekad Minum Racun??!!



Seorang remaja yang didalam dilema dan terperangkap dalam kes pertukaran agama telah dikejarkan ke hospital selepas cuba membunuh diri dengan meminum racun.

Memetik laporan Malaysiakini bapanya S Ganesan, memaklumkan bahawa anaknyanya itu Thiyaggurudeen telah meminum kopi yang dicampur dengan sejenis racun bernama Paraquat.

“Saya tanya kenapa dan dia kata dia takut mereka (pihak berkuasa agama) mengambilnya dan beri dia pengalaman pahit lagi...

“Dia akui, dan dia beritahu doktor-doktor dan polis perkara sama,” katanya yang ditemuai di Hospital Seremban.

Pada 17 Februari lalu, pelajar tersebut seperti cerita di dalam laporan polis bertarikh 17 Februari telah dipaksa oleh guru sekolahnnya untuk membuat laporan polis apabila dikatakan bapanya cuba menukar agama Thiyaggurudeen kepada agama Hindu.

Turut di ceritakan dalam laporan itu, dia juga dikatakan telah dibawa ke sebuah pusat dakwah dan disoal siasat selama tiga jam oleh kumpulan yang didakwa pegawai jabatan hal ehwal agama Islam.

Ibu pelajar itu seorang warga Indonesia yang beragama Islam.

Ganesan pernah memohon pada Mahkamah Syariah untuk menukar agama anaknya, namun diberitahu untuk menunggu sehingga umur 18 tahun.
http://www.sportmusang.com/2015/03/dilema-dipaksa-tukar-agama-remaja-tekad.html

Kereta hilang di pasar raya

Kereta hilang di pasar raya
Kawasan parkir pasar raya di mana kereta mangsa dilaporkan hilang, dipercayai dicuri.
TAIPING - Seorang remaja mendakwa kereta milik bapanya yang diletakkan di kawasan parkir sebuah pasar raya di sini hilang, dipercayai dicuri.
Mangsa berusia 19 tahun yang enggan dikenali itu berkata, dia meletakkan kereta jenis Proton Wira berwarna biru dengan nombor pendaftaran DAJ 5795 berkenaan pada kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Menurutnya, sebaik keluar dari kereta, dia sudah memastikan kenderaan itu dikunci.

"Namun selepas sejam tinggalkan  kereta dan datang semula sekitar jam 5.30 petang, saya dapati kereta bapa saya sudah tiada," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mangsa berkata, pada mulanya dia cuba mencari kereta terbabit kerana beranggapan ia mungkin diletakkan di tempat lain, namun usahanya tidak berhasil.
"Setelah puas cari tetapi tak jumpa,  saya yakin kereta dicuri," katanya.

Menurutnya, pada masa sama dia turut bimbang kerana dompetnya ditinggalkan dalam kereta berkenaan selain beberapa dokumen penting.

"Terdapat banyak dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad bank dan wang tunai sebanyak RM680 dalam dompet itu.

"Saya telah buat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping berhubung kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Polis Marin rampas 228 batang kayu balak


BALAK
KUCHING - Polis Marin merampas 228 kayu balak yang dianggar bernilai RM52,800 dalam "Ops Pensura" di perairan Ulu Lanang Batang Rajang, Sibu, sekitar pukul 7.15 pagi semalam.
  
Komander Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, Asisten Komisioner N. Kalai Chelvan dalam satu kenyataan berkata kayu balak itu ditemui selepas pihaknya mengesan satu aktiviti pemunggahan hasil hutan itu dari sungai ke darat di kawasan berkenan.
  
"Semasa diperiksa, semua kayu balak yang dianggarkan 228 batang itu didapati tiada cop 'JH' mahupun sebarang dokumen yang sah daripada Jabatan Perhutanan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  
Menurutnya semua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Bahagian Sibu untuk tindakan selanjutnya, dan kes sedang disiasat mengikut Ordinan Perhutanan Sarawak.
  
Sementara itu dalam satu lagi kenyataan Kalai Chelvan berkata pihaknya turut menahan sebuah kapal tunda yang didapati menjalankan operasi mengorek pasir di luar daripada kawasan yang dibenarkan, dalam 'Ops Gelora' di perairan Sungai Loba Semareng sekitar Sarikei, dua hari lepas.
  
Beliau berkata kegiatan itu merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Tanah Negeri, dan kes diserahkan kepada Jabatan Tanah dan Ukur untuk tindakan lanjut.
  
"Anggaran nilai rampasan berjumlah RM1.685 juta," menurut kenyataan itu. - Bernama

Pemuda mati dibelasah sekumpulan lelaki

Pemuda mati dibelasah sekumpulan lelaki
Mangsa, Kathivaran
MELAKA - Seorang pemuda maut selepas dibelasah sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di Jalan Thamby Abdullah, di sini, Jumaat lalu.

A Kathiravan, 23, disahkan meninggal dunia kira-kira 10.10 pagi kelmarin, ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka akibat kecederaan teruk di kepala.

Saksi kejadian dikenali sebagai Raja, 24, berkata, ketika kejadian kira-kira 3.30 petang itu.  mangsa berada di sebuah restoran dan dibelasah sekumpulan tiga lelaki yang dikenalinya.

Kumpulan itu kemudian menghumban mangsa masuk ke dalam sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna putih.

“Saya ke restoran itu membeli makanan untuk dibawa ke tempat kerja. Saya nampak dua lelaki berbadan besar dan seorang lagi kurus, memukul mangsa sebelum memasukkannya ke dalam kereta Proton Saga, lalu beredar.

“Saya kenal mangsa, lalu menghubungi kakaknya supaya segera membuat laporan polis mengenai kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, kakak mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai A Suja, 30, berkata, kira-kira 1 tengah hari sebelum kejadian, dia ada meminta Kathiravan pulang ke rumah.

“Sewaktu saya menghubunginya, dia memberitahu yang dia berada di Banda Hilir dan berjanji akan pulang ke rumah mereka (di sebuah rumah pangsa di Ayer Keroh).

"Pada 2.15 petang, abang sulung kami, Nagalingam menghubunginya dan dia memberitahu dalam perjalanan pulang.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 3 petang, saya keluar untuk mengambil adik bongsu kami di stesen bas Melaka Sentral, ketika itulah saya terima panggilan daripada seorang kenalan memberitahu ada tiga orang lelaki memukul dan memasukkan adik ke dalam sebuah kereta," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Suja berkata, dia segera menghubungi Kathiravan bagaimanapun ada lelaki lain yang menjawab panggilan dengan makian.

Berikutan itu, Suja berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah kira-kira 6.45 petang Jumaat lalu, sebelum bergegas ke Hospital Melaka selepas dimaklumkan adiknya sudah dibawa ke situ.

“Pihak hospital memberitahu ketika adik saya dihantar ke hospital, otak dan sistem sarafnya tidak berfungsi lagi, sebelum disahkan meninggal pada keesokan paginya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, polis sudah menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 40 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Wang tunai RM18,000 hangus sekelip mata

Wang tunai RM18,000 hangus sekelip mata
Seow Ching bertanyakan sesuatu kepada pegawai bomba yang terlibat operasi memadamkan api dalam insiden kebakaran berkenaan.
SUNGAI BULOH – Ketukan bertalu-talu dan jeritan di luar kedai mengejutkan seorang peniaga kedai makan nasi ayam, Siew Seow Ching, 37, yang sedang nyenyak tidur di tingkat atas kedainya di Jalan Sasaran-Bukit Kuching, Sungai Buloh.

Menurutnya, sebaik tersedar dari tidur pada mulanya dirinya tidak berfikir sesuatu yang buruk bagaimanapun selepas turun ke tingkat bawah dan melihat keluar kedai, orang ramai sibuk mengangkat barang.

“Masa itu saya masih mamai buka pintu... tapi bila tengok ramai orang kecoh dan panik sebab api marak ke arah kedai, saya terus berlari naik selamatkan isteri dan dua anak di dalam bilik.

“Masa itu saya tak fikir apa-apa, hanya nak selamatkan anak dan isteri saja. Bila dukung anak dan keluar kedai, saya terus masukkan mereka dalam kereta yang berada di seberang jalan. Masa itu saya patah balik ke kedai untuk mengambil dokumen penting tapi bila nak naik tingkat atas, saya bimbang terkepung sebab asap terlalu tebal.

“Saya hanya sempat ambil yang ada saja dalam satu bekas. Tak tahulah dalam itu ada sekali surat beranak anak atau tidak. Lagi sakit hati, duit RM18,000 yang disimpan dalam bilik pun hangus. Ingatkan nak simpan Isnin nanti, sebab tunggu bank buka... tapi jadi macam ni pula. Kalau tahu jadi begini, memang saya simpan tempat lain.

“Baju anak sekolah pun dah hangus. Saya tak tahu macam mana nak mulakan hidup selepas ini sebab tinggal sehelai sepinggang,” katanya yang kini tinggal menumpang sementara di rumah ibu mertuanya di Taman Salmon.

Seow Ching antara 14 penyewa dan pemilik di sembilan deretan kedai yang terjejas akibat kebakaran di Jalan Sasaran-Bukit Kuching, Sungai Buloh Jeram, malam kelmarin.

Sementara itu, Komander Operasi, Ahmad Rozali Jaimi menjelaskan, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.27 pagi dan tiga balai bomba dan penyelamat di Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Bestari Jaya bergegas ke lokasi kejadian.

“Jentera pertama tiba jam 241 pagi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dan seluruh kekuatan pegawai dan anggota seramai 20 orang.

"Hasil siasatan awal, kebakaran membabitkan lapan pintu kedai kelas C berkeluasan 80 kaki persegi kali 160 kaki persegi itu disifatkan musnah 80 peratus. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

3 mayat lelaki warga asing di temui di kubur

ISNIN, 16 MAC 2015 @ 5:15 PM

Oleh Safeek Afendi Razali

 
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Mayat tiga lelaki dipercayai warga Myanmar berusia 20-an ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala dan badan di kawasan perkuburan Jalan Kuari, Cheras, di sini, tengahari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, ketiga-ketiga mereka yang ditemui kira-kira jam 1 hasil maklumat orang awam.

Siasatan awal katanya mendapati mangsa sebelum itu dilapor sedang melepak dan meminum minuman keras di kawasan tanah perkuburan itu sejak tengah malam tadi.


Bagaimanapun katanya, berlaku pergaduhan di kawasan terbabit membabitkan beberapa individu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah akibat ditetak dan dikelar.

"Ketiga-tiga mangsa ditemui berasingan di kawasan itu dan sedang mengenal pasti identiti mereka kerana kita tidak menemui dokumen pengenalan diri," katanya

Beliau berkata, siasatan lanjut juga sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

Pegawai kanan PETRONAS bebas tuduhan rasuah berjumlah RM23,200

ISNIN, 16 MAC 2015 @ 3:39 PM
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan PETRONAS hari ini menarik nafas lega selepas Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskannya daripada empat pertuduhan rasuah berjumlah RM23,200 berhubung pembekalan Cecair Gas Asli (NGL) kepada sebuah syarikat pada 2008.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap Ishak Hashim, 49, di akhir kes pembelaan.

Ishak yang berada di kandang tertuduh dilihat menoleh ke arah anggota keluarganya yang hadir pada prosiding hari ini sambil melemparkan senyuman selepas mahkamah memberi keputusan itu.

Ahmad Zamzani, ketika membuat keputusan itu, berkata mahkamah mendapati tertuduh berjaya memberi penjelasan jujur mengenai wang yang didakwa diterimanya daripada syarikat Erision Chem Sdn Bhd.


Hakim itu berkata pembelaan tertuduh juga bukan bersifat difikirkan kemudian dan mahkamah juga mendapati keterangan dua saksi pendakwaan sukar diterima kerana terdapat percanggahan.

Ishak yang ketika kejadian bertugas sebagai Pengurus Kanan Pengurusan Risiko Pelanggan PETRONAS, didakwa terhadap dua pertuduhan bersetuju menerima wang suapan berjumlah RM22,800 daripada Pengarah Syarikat Erision Chem Sdn Bhd iaitu Choo Ka Ckye melalui akaun Maybank miliknya dan akaun Maybank rakannya, Syed Mustaffa Syed Abu Bakar sebagai upah pembekalan NGL ke syarikat itu.

Dia juga didakwa terhadap dua pertuduhan cuba memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM400 daripada Choo dan seorang lagi pengarah syarikat Erision, Abdul Khair Walli Mohamed melalui akaun Maybank milik Syed Mustaffa bagi tujuan sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Segambut, di lobi Hotel Corus, Jalan Ampang dan Lot 1485, Kampung Alor Janggus, Napoh, Jitra, Kedah antara 15 Jun 2008 hingga 19 September 2008.

Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Wan Ahmad Nidzam Wan Omar telah mengemukakan 19 saksi pendakwaan manakala peguam Jesvinderjit Singh memanggil tiga saksi pembelaan untuk memberi keterangan.

Ishak yang kini digantung tugas, ketika ditemui pemberita selepas itu melahirkan rasa gembira dan lega atas keputusan mahkamah dan akan melaporkan perkara itu kepada majikannya hari ini.

- BERNAMA

Helikopter Terhempas Semasa Bawa Bayi Ke Hospital


Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2015 10:17 AM
Tentera Serbia membuat pemeriksaan terhadap bangkai helikopter yang terhempas di Belgrade. Foto AFP

BELGRADE: Sebuah helikopter tentera Serbia yang membawa seorang bayi berusia lima hari untuk mendapatkan rawatan kecemasan di hospital terhempas dalam keadaan kabus tebal dan mengakibatkan kesemua tujuh orang di dalamnya maut. 
Perdana Menteri Serbia, Aleksandar Vucic memberitahu saluran televisyen RTS, mereka yang terkorban ialah empat kru, dua kakitangan perubatan, termasuk seorang bayi.
Seorang ketua pegawai tentera Serbia, Ljubisa Dikovic berkata, ia merupakan insiden seumpamanya yang terburuk berlaku sejak 1996.
Kementerian Pertahanan Serbia dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian, helikopter jenis Mi-17 itu sedang membawa seorang bayi yang mengalami masalah pernafasan ke sebuah hospital di Belgrade dekat ibu negara pada lewat malam Jumaat.
Terdahulu, bayi itu dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans, tetapi kenderaan itu terkandas dalam perjalanannya akibat kejadian tanah runtuh di tengah Serbia, kira-kira 200 kilometer selatan Belgrade.
Pusat kawalan trafik udara terputus hubungan dengan helikopter itu yang sedang menunggu kebenaran untuk mendarat.
Vucic berkata, helikopter itu hilang dari radar beberapa minit kemudian.
Komando unit helikopter, Predrag Bandic memberitahu para pemberita bahawa helikopter itu cuba untuk mendarat sebanyak dua kali dalam keadaan kabus tebal yang mengehadkan jarak penglihatan.
Media tempatan melaporkan bahawa beberapa penerbangan komersial dilencongkan ke lapangan terbang lain berikutan keadaan kabus tebal.
Menurut pegawai tentera, juruterbang itu merupakan tentera Serbia yang paling berpengalaman, dengan catatan 4,000 jam penerbangan.
"Kru terbabit merupakan yang terbaik dalam tentera Serbia dan helikopter itu berfungsi baik sepenuhnya sebelum berlepas," kata Bandic.
Kerajaan Serbia mengisytiharkan Ahad sebagai hari berkabung buat negara itu. - AFP

Tukang Sapu Maut Dalam Letupan Bom


Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2015 10:25 AM

KAHERAH: Seorang tukang sapu maut apabila sebutir bom meletup di sebatang jalan di tengah ibu negara ini pada Sabtu, lapor seorang pegawai keselamatan.
Letupan itu dilaporkan berlaku berhampiran landasan tren di kawasan kejiranan di Mattariya yang merupakan kubu kuat penyokong yang menggulingkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi.
Disebabkan penggulingan Morsi oleh tentera pada 2013, rakyat yang memberontak sering melakukan serangan bom di Kaherah dan sasaran utama mereka adalah polis dan tentera.
Serangan terbaru itu dilakukan ketika persidangan pelaburan sedang berlangsung di Resort Laut Merah Sharm el-Sheikh, kira-kira 400 kilometer ke tenggara Kaherah dan ia telah menarik perhatian para pemimpin dan ahli perniagaan global.
Kawalan keselamatan telah dipertingkatkan sepanjang persidangan tersebut.
Letupan itu adalah peringatan untuk Presiden Abdel Fattah al-Sisi disebabkan pergolakan yang berlarutan sejak beliau mengambil alih pentadbiran Mesir.
Beliau menggulingkan Morsi pada 2013 dan sejurus itu memenangi pilihan raya presiden yang menyebabkan kemarahan penyokong Morsi. 

13 Dirawat Makan Daging Dijangkiti Penyakit 'Anjing Gila'


Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2015 2:32 PM

MANILA: Seramai 13 orang dirawat oleh pegawai kesihatan Filipina selepas mereka didapati memakan daging seekor anjing yang didiagnosis penyakit 'anjing gila'.
Pakar perubatan haiwan kerajaan tempatan, Mario Arriola berkata, penemuan itu mendapati empat dewasa dan sembilan kanak-kanak memakan daging anjing yang dijangkiti penyakit itu selepas satu pemeriksaan dibuat terhadap satu kes disyaki 'anjing gila' di pinggir bandar Zamboanga.
Arriola memberitahu AFP bahawa anjing berkenaan mati pada minggu lalu tanpa diketahui punca kematiannya.
"Kita pergi ke lokasi untuk menyiasat sekiranya ia (anjing) ada menggigit haiwan lain. Kita telah menghantar sampel ke makmal untuk melakukan ujian," katanya.
Hanya selepas pemeriksaan dibuat baharu mereka mendapati anjing tersebut menghidap penyakit 'anjing gila' dan difahamkan dagingnya telah dimakan oleh beberapa penduduk tempatan.
"Kami diberitahu terdapat penduduk tempatan yang memakan anjing yang dijangkiti dengan penyakit itu. Mereka tidak tahu anjing berkenaan menghidap penyakit 'anjing gila'. Malangnya, beberapa kanak-kanak turut memakan daging anjing tersebut," katanya.
Jabatan kesihatan tempatan di Zamboanga memberikan empat suntikan anti 'anjing gila' kepada mereka yang memakan daging tersebut bagi memastikan tiada jangkitan berlaku.
Arriola berkata, mereka diarahkan untuk bertindak segera sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani kes kematian manusia akibat penyakit 'anjing gila'. 
Beliau berkata, pada 2014 direkodkan kes yang pertama dalam sejarah Filipina, namun tiada kematian akibat jangkitan penyakit berkenaan.
Walaupun menjual anjing untuk dijadikan makanan diharamkan di Filipina, tetapi daging anjing masih popular dijadikan sebagai hidangan di sesetengah tempat di negara itu. - AFP

Mayat Reput Dengan Tangan Terikat Ditemui


Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 1:32 PM

NIBONG TEBAL: Mayat yang hampir reput dengan tangan terikat dan leher terjerut kain ditemui dalam kawasan hutan di Kampung Sethu di sini pagi Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mazlan Kesah berkata mayat lelaki itu ditemui seorang pencari buluh kira-kira pukul 10.17 pagi.
"Tangan mayat terikat tali nylon manakala lehernya terjerut dengan kain.
Mayat hanya berseluar," katanya dan menambah tiada sebarang dokumen diri ditemui bersama mayat.
Beliau berkata kes disiasat bersabit bunuh.

Gempa bumi 6.3 magnitud di perairan Papua New Guinea


SINGAPURA: Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda perairan pulau Papua New Guinea, New Britain hari ini, menurut agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Menurutnya, gempa bumi itu berlaku pada kedudukan 9 kilometer ke barat laut bandar Rabaul, di hujung timur laut Pulau New Britain.
Bagaimanapun, tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan. -REUTERS

Perubahan iklim menyumbang kepada bencana di Vanuatu - Presiden

SENDAI, Jepun: Presiden Vanuatu, Baldwin Lonsdale, berkata perubahan iklim adalah faktor utama kepada kemusnahan yang dibawa taufan Super Cyclone Pam ke negara Pasifik itu di mana enam orang terkorban dan 30 lagi cedera di ibu negara Port Vila sahaja.
"Perubahan iklim menyumbang kepada bencana di Vanuatu," kata Lonsdale dalam komennya kepada televisyen Australia sebelum berlepas dari Jepun ke Sydney, hari ini.
"Disahkan terbunuh adalah enam orang dan lebih 30 lagi cedera di Port Vila saja," katanya. -AFP

30 maut kemalangan bas di Brazil

30 maut kemalangan bas di Brazil
Anggota penyelamat bertungkus-lumus mencari dan mengeluarkan mayat mangsa. - Foto AFP
SAO PAULO - BRAZIL. Sekurang-kurangnya 30 penumpang maut manakala 11 lagi cedera apabila bas dinaiki terjunam dalam gaung sedalam kira-kira 400 meter.

Menurut jurucakap kerajaan tempatan, bas pelancong itu membawa lebih 50 penumpang ketika kemalangan berlaku berhampiran bandar Joinville di Santa Catarina, sekitar pukul 5.30 petang (waktu tempatan), kelmarin.

"Masih ada lagi mangsa di atas bukit mahupun yang terperangkap di dalam serpihan bas. Tetapi peluang untuk mencari mangsa yang masih hidup adalah tipis," menurut Kolonel Nelson Coelho.

Polis Santa Carina menerusi kenyataan dalam media sosial mengesahkan 32 kematian dan 11 cedera, namun memberi amaran angka kematian mungkin meningkat kerana bas penuh ketika nahas

Siasatan awal mendapati kegagalan brek bas berfungsi menyebabkan pemandu bas hilang kawalan ketika di selekoh. - Anadolu Agency

Remaja tawar diri dibakar


16 Mac 2015


SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang remaja di Australia mengalami luka terbakar yang teruk selepas dia bersetuju dibakar ketika menghadiri sebuah parti di pinggir bandar Collaroy Plateau di utara ibu negara.

Pegawai polis memaklumkan, rakan mangsa berusia 18 tahun itu menggunakan aerosol dan cecair mudah terbakar untuk menyalakan api.

"Mangsa stabil tetapi mengalami kesan melecur serius dan keadaannya kini semakin pulih," menurutnya.

Susulan kejadian itu, seorang lagi remaja ditahan bagi membantu siasatan. - dpa

Dua rakan maut, seorang parah

Oleh Arifin Salleh
Alor Gajah : Dua penunggang motosikal maut manakala seorang lagi parah selepas digilis beberapa kenderaan dari arah sama di Kilometer 211.9, Lebuh raya PLUS, arah selatan, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian 1.14 pagi, Zukhairi Zahari, 21, dan Mohd Nurhazim Ithnin, 20, maut manakala rakannya Mohd Redza Sidek, 21, parah selepas motosikal ditunggang berasingan terbabit kemalangan.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa dari arah Tol Simpang Ampat dalam perjalanan ke Ayer Keroh bersama beberapa rakan sebelum motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas di tengah jalan sebelum digilis beberapa kenderaan.
Dua dari mereka disahkan mati di tempat kejadian dalam keadaan tubuh mereka hancur manakala rakan mereka yang parah dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Muhammas Yusuh mengesahkan dua lelaki maut dan mayat dihantar ke bilik mayat untuk bedah siasat.
"Manakala seorang lagi mangsa turut mengalami kecederaan parah di bahagian muka, kepala dan kaki.
"Kes disiasat mengikut Sekyen 41(1)Akta Pengangkutan jalan 1987," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2015 @ 10:44 AM


KEADAAN mayat mangsa yang maut dalam kemalangan pagi tadi. FOTO Arifin Salleh
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37119#sthash.5s2yqkXl.dpuf

Tujuh jam baru jumpa mayat

Oleh Fuad Hadinata Yaacob 
am@hmetro.com.my


Tanjung Karang: Mayat seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan selepas terbabas dan terjatuh ke dalam parit di Jalan Blok O Sawah Sempadan Tanjung Karang pagi semalam ditemui orang awam kira-kira tujuh jam selepas kemalangan itu.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, mangsa Mohamad Syafizal Musa, 38, dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat kerjanya di sebuah sekolah di Tanjung Karang.
Bagaimanapun, ketika tiba di Jalan Blok O Sawah Sempadan, mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum jatuh ke dalam parit di sebelah kiri jalan.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa ditemui penduduk kampung kira-kira jam 3 petang hari sama.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2015 @ 4:19 PM


Mayat Mohamad Syafizal ditemui orang awam. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36929#sthash.iNNsC2Yk.dpuf

Bergesel di lebuh raya

Oleh Arifin Salleh 
am@hmetro.com.my

Alor Gajah : Dua penunggang motosikal terbunuh apabila digilis beberapa kenderaan selepas motosikal yang mereka tunggangi terbabit dalam kemalangan di Kilometer 211.9, Lebuhraya Utara-selatan, arah Selatan, jam 1.15 pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian itu, dua mangsa bersama seorang rakan menunggang motosikal jenis Yamaha 125z secara berasingan dari arah Tol Simpang Ampat menghala ke arah Restoran Jejantas Ayer Keroh.
Mangsa, Mohd Nurhazim Ithnin, 20, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut sumber, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dipercayai menunggang di lorong kanan bersama lima motosikal lain yang ditunggang individu berbeza sebelum motosikal mangsa hilang kawalan.
“Dipercayai, motosikal ditunggang Mohd Nurhazim yang berada di hadapan hilang kawalan lalu bergesel dengan motosikal ditunggang Zulkhairi sebelum mereka terbabas dan terjatuh di lorong tengah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:48 AM


ANGGOTA polis trafik dan penyelamat mengangkat mayat mangsa yang terbabit kemalangan maut, awal pagi semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37319#sthash.WKOv1hN2.dpuf

Rumah kedai hangus

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Kuala Selangor: Sebuah kedai musnah dalam kebakaran di Bukit Kuching, di sini, awal pagi tadi.
Kebakaran dipercayai berlaku pada 2.15 pagi, sebelum orang awam menghubungi bomba bagi memaklumkan kejadian.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 2.27 pagi sebelum anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor tiba pada 2.41 pagi.
Menurutnya, kebakaran menyebabkan rumah kedai berkenaan musnah keseluruhannya.
"Setakat ini, bomba masih menjalankan siasatan sekiranya ada mangsa di dalam premis berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37120#sthash.QD4QcueB.dpuf

Jumpa mayat dalam longkang

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Meru: Mayat seorang lelaki yang ditemui tersangkut di dalam longkang di Jalan Puding, di sini, pagi tadi.
Mayat terbabit ditemui orang awam kira-kira 9.45 pagi sebelum memaklumkan penemuan kepada polis.
Sumber berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah mereput, polis percaya mangsa dibunuh sejak tiga hari lalu.
Katanya, mayat ditemui dalam keadaan terikat dengan kabel sebelum dibungkus di dalam plastik hitam.
"Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2015 @ 2:30 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37127#sthash.Og26h3rf.dpuf

Terikat dalam plastik

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque 
ekhwan@hmetro.com.my



Kapar: Ikat dan bunuh. Itu ‘nasib’ menimpa seorang lelaki yang diikat dan dibunuh sebelum mayatnya dibungkus dalam plastik hitam dan dibuang di dalam sebuah longkang di Jalan Puding, Meru, di sini, pagi semalam.
Mayat lelaki terbabit ditemui orang awam yang melalui kawasan itu jam 9.45 pagi selepas curiga dengan ‘isi’ beg plastik hitam yang tersangkut pada sebatang paip yang melintangi longkang berkenaan.
Polis yang menerima maklumat kejadian itu bergegas ke lokasi penemuan itu dan siasatan lanjut mendapati badan mangsa diikat dengan kabel elektrik manakala kaki, tangan dan kepala diikat menggunakan rantai sebelum dibungkus dalam plastik hitam.
Sumber berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa dipercayai dibunuh tiga hari lalu sebelum mayatnya dibuang di lokasi penemuan.
Katanya, polis juga sukar untuk mengecam umur dan bangsa mangsa memandangkan keadaan mayat yang sudah mereput, selain tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:48 AM


ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang ditemui di Jalan Puding, Meru, semalam.

Hembus nafas terakhir dalam kenderaan


Oleh Raja Noraina Raja Rahim
Nilai: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam pacuan empat roda miliknya di tempat letak kereta di Dataran Nilai di sini, selepas dipercayai diserang angin ahmar, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, orang awam yang menyangka mangsa, Nor Azham Ismail, 54, terperangkap dalam kenderaan bertindak menghubungi pasukan bomba.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Azmi Hamid berkata, sebuah jentera dengan tujuh anggota ke lokas kejadian sebaik menerima panggilan.
"Bomba terpaksa memecahkan tingkap pada pintu belakang pacuan empat roda berkenaan untuk mengeluarkan mangsa. Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak perubatan," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdullah Roning berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37134#sthash.CR1JBa5A.dpuf

Vanuatu isytihar darurat

Suva (Fiji): Kerajaan Vanuatu semalam mengisytiharkan darurat selepas negara pulau itu terjejas teruk setelah dibadai puting beliung.
Kerajaan juga merayu bantuan antarabangsa ekoran laporan menyatakan beberapa kampung musnah sama sekali dalam kejadian berkenaan.
Sehingga semalam, jumlah kematian rasmi kekal enam orang.
Bagaimanapun, laporan yang belum dapat disahkan berkata, 44 penduduk sebuah kampung terbunuh setelah puting beliung Pam membadai negara itu.
Laporan lain menyatakan, 90 peratus rumah di Port Vila, ibu negara Vanuatu, rosak selepas angin selaju 320 kilometer sejam melanda negara berkenaan malam kelmarin.
Menurut kerajaan, skala kemusnahan masih belum diketahui kerana ia masih menanti laporan daripada beberapa pulau lain.
Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Alice Clements berkata: “Keadaan ketika ini amat teruk. Penduduk tidak mempunyai air minum. Bekalan elektrik terputus. Mereka perlukan bantuan.”
Presiden Baldwin Lonsdale ketika bercakap kepada perwakilan di satu persidangan PBB Tokyo, merayu rayuan antarabangsa untuk membantu rakyat negaranya.
Sementara itu, Tuvalu, negara kecil yang berjiran dengan Vanuatu juga mengalami kerosakan teruk, kesan daripada puting beliung Pam.
Negara yang terdiri daripada sembilan pulau itu dengan populasi kurang daripada 11,000 orang kini bergelut menghadapi kemusnahan yang berlaku, kata Perdana Menteri Enele Sopoaga.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:20 AM


BEBERAPA bot yang rosak di Port Vila, ibu negara Vanuatu selepas puting beliung Pam membadai negara pulau itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37241#sthash.Y8ttRlSh.dpuf

Tak mahu tutup mata


Agensi
Jakarta: Rakyat Nigeria yang menanti masa untuk menjalani hukuman mati di Nusakambangan kerana kesalahan dadah, memohon pihak berkuasa Indonesia supaya tidak menutup mata apabila menjalani hukuman itu kelak.
Raheem Agbaje Salami mengemukakan permohonan itu sebelum dia dipindahkan ke Nusakambangan di Jawa Tengah dari penjara tempat dia ditahan di Madiun, Jawa TImur, dua minggu lalu.
Wasiat terakhir Raheem didedahkan kepda wartawan oleh penasihat spiritualnya Titus Tri Wibowo.
Menurut Titus, wasiat terakhir tiga muka surat itu sudahpun dikemukakan kepada pihak berkuasa kehakiman Jawa Timur, Kedutaan Nigeria di Jakarta dan peguamnya, Utomo Karim.
Titus berkata, alasan utama Raheem memohon supaya matanya tidak ditutup ketika ditembak skuad penembak di Nusakambangan kelak ialah kerana dia mahu melihat dunia untuk kali terakhir.
Raheem didapati bersalah selepas ditangkap bersama-sama 5.2 kilogram dadah di Lapangan Terbang Surabaya pada 1999.
Dia yang dihukum mati kerana kesalahan itu sebelum ini memohon pengampunan daripada pihak berkuasa Indonesia tetapi ditolak.
“Jika dibenarkan, Raheem tidak mahu matanya ditutup. Dia ingin melihat dunia kali terakhir sambil berdoa,” kata Titus.
Dalam wasiatnya itu juga, lelaki Nigeria berkenaan memohon supaya dia dikebumikan di Madiun.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:22 AM