Search This Blog

Wednesday, March 11, 2015

Maut terjun bangunan

Oleh Isma Ismail 
am@hmetro.com.my


Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 27 tahun ditemui mati dipercayai terjun dari bangunan di City Sentral, di sini, 10 malam tadi.
Mangsa dikenali sebagai Soh Swee Hong, berasal dari Mentakab, Pahang.
Difahamkan, lelaki berkenaan terjun dari tingkat enam bangunan itu sebelum ditemui berhampiran pintu masuk pusat beli-belah terbabit.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 12:18 PM


Lelaki berusia 27 tahun ditemui mati dipercayai terjun dari bangunan City Sentral, malam tadi. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36170#sthash.tpSAR72Q.dpuf

Mayat tersepit di celah batu


Oleh Diyanah Anuar

am@hmetro.com.my

Kangar: Kehilangan seorang lelaki warga emas di kawasan rekreasi Gua Cenderawasih, di sini, sejak 5 Mac lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui, petang ini.
Mayat Ahmad Hashim, 65, dari Taman Hijrah ditemui di atas kawasan berbukit berdekatan gua berkenaan kira-kira 4 petang sebelum dibawaturun oleh pasukan penyelamat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Superintendan Sabtu Md Ali berkata, mayat mangsa ditemui di celah batu pada ketinggian kira-kira 50 meter dari kaki bukit.
"Mayat mangsa kemudian dibawa turun lalu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, untuk tindakan lanjut," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35990#sthash.9tbn8aYw.dpuf

Ditemui tidak sedarkan diri

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
Johor Bahru: Seorang warga emas ditemui tidak sedarkan diri dalam rumah yang berkunci di Jalan Silat Lincah, Taman Selesa Jaya di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun, Abdul Shatar Khan Abdul Aziz Khan, 60, disahkan sudah meninggal dunia ketika diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat yang memecahkan pintu kediaman itu untuk menjalankan operasi.
Jurucakap bomba berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pulai bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 8.50 pagi dan tiba di lokasi 25 minit kemudian.
"Mangsa didapati tidak sedarkan diri dalam rumah dan akibat berkunci, bomba terpaksa memecahkan mangga dan pintu untuk menyelamatkan mangsa, namun disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 8.45 pagi dan siasatan awal mendapati tiada tanda unsur jenayah dalam kejadian itu.
"Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 2:59 PM


FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35971#sthash.B5Z3Dp5p.dpuf

Bengkel perabot musnah


Oleh Naqiukamil Abdullah

am@hmetro.com.my

Banting: Sebuah bengkel membuat perabot musnah dalam kebakaran di Jalan Sekolah Bukit Changgang, Banting, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian 3.30 pagi itu, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sebelum ke lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.32 pagi dan anggota bomba dari dua balai bomba dikerahkan ke lokasi kejadian .
"Jentera bomba dari dua balai iaitu Banting dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke lokasi kejadian dan api dapat dikawal pada 3.50 pagi.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat pada 4.40 pagi. Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35980#sthash.gDEoPtMq.dpuf

Reman suspek dera kanak-kanak disambung


Oleh Muhammad Apendy Issahak

apendy@hmetro.com.my

Ipoh: Seorang wanita yang dipercayai mendera kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun hingga mati disambung reman selama tujuh hari lagi bermula esok.
Mahkamah Majistret Ipoh membenarkan wanita berusia 26 tahun terbabit yang juga pengasuh kanak-kanak berkenaan disambung reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Rahimah Rahim.
Dalam kejadian 3 Mac lalu, mangsa Nor Saraniya Abdullah, 3, disahkan meninggal dunia di kediaman suspek di Kledang Jaya oleh pasukan perubatan selepas mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan pada mulut.
Hasil bedah siasat terhadap mangsa kemudian mendapati kanak-kanak terbabit meninggal dunia akibat jangkitan kuman kerana kekurangan zat makanan, selain terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat kekerasan atau penderaan di badan mangsa.
Suspek yang dipercayai penagih dadah ditahan polis pada 2.30 petang 4 Mac lalu di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini serta direman tujuh hari sehingga hari ini dan kini disambung reman sehingga 18 Mac ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36186#sthash.nK7LlFSe.dpuf

Operasi besar-besaran untuk penunggang motosikal

Oleh Asmah Rusman 
asmah_rusman@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan operasi bersepadu khas secara besar-besaran terhadap penunggang motosikal dalam masa terdekat berikutan peningkatan ketara statistik kemalangan maut membabitkan mereka.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya belum menetapkan tarikh bagi melaksanakan operasi berkenaan kerana mahu memberi peluang kepada penunggang dan pemilik motosikal memperbaiki kenderaan mereka.
"(Operasi) dalam masa terdekat tetapi kita belum putuskan bila. Kita bagi peluang mereka memperbaiki kerosakan pada kenderaan seperti lampu brek, cermin sisi dan nombor pendaftaran.
"Ingin saya tegaskan, sebaik operasi itu dilancarkan PDRM tidak akan berkompromi atau menerima sebarang alasan yang diberikan malah jumlah saman yang dikenakan atas kesalahan berkenaan tidak akan dikurangkan," katanya.
Sebelum itu, beliau dalam ucapan sempena Majlis Penganugerahan Surat Penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen terbaik Op Selamat 6 sempena Tahun Baru Cina berkata, secara keseluruhan jumlah kemalangan dalam operasi kali ini meningkat sebanyak 18.8 peratus iaitu 2,796 kes.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 1:16 PM


Sebahagian penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Bersepadu di Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang, 4 Mac lalu. Gambar Hiasan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36192#sthash.vFc0Kk1F.dpuf

Rokok bawah kaunter

Oleh Mohamad Fahd Rahmat 
Fahd@hmetro.com.my

Johor Bahru: Sepasukan pegawai dan penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas dua karton rokok haram dalam serbuan sebuah pasar raya mini di Bandar Selesa Jaya, Skudai di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 2.40 petang itu, pasukan penguat kuasa menemui bungkusan kotak berkenaan yang disorokkan di bawah kaunter juruwang dijaga seorang warga India berusia 31 tahun.
Lelaki berkenaan pada mulanya menafikan pasar raya terbabit menjual rokok haram berkenaan, namun selepas pemeriksaan anggota penguat kuasa menemui dua karton rokok jenama John dan Canyon berjumlah 20 kotak.
Rokok haram berkenaan dipercayai dijual dengan harga bawah RM5 sekotak dan menjadi pilihan rakyat tempatan dan warga asing kerana harganya murah.
Rokok berkenaan dipercayai diseludup ke negara ini dari Indonesia menerusi laluan haram di sekitar kawasan perairan Johor.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana didapati menjual rokok tanpa cukai yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda 20 kali lebih tinggi daripada nilai rampasan atau kedua-duanya.
Lelaki ditahan dan dibawa ke Pejabat JKDM Johor untuk membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 8:41 AM


PEGAWAI kastam Razuan Abdullah (tengah) mengeluarkan saman kepada juruwang pasar raya mini, di Bandar Selesa Jaya, Skudai dalam serbuan bagi membanteras penjualan rokok seludup.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36119#sthash.zFepzEMo.dpuf

Tersilap curi beg tangan anggota polis

Alor Gajah: Malang bagi seorang penjenayah apabila tersilap mencuri beg tangan anggota polis sebelum ditahan di tandas wanita di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Lebuhraya Utara-Selatan di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi, remaja lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai bersembunyi dalam tandas wanita namun tersilap sasaran apabila beg tangan dicuri milik anggota polis wanita berpangkat koperal berusia 29 tahun.
Sumber berkata, beberapa anggota polis masuk ke tandas sambil membawa beg tangan masing-masing sebelum seorang daripada mereka terdengar pintu sebelah terbuka.
“Mangsa berpangkat koperal keluar namun terkejut apabila mendapati beg tangan diletakkan atas pam tandas di belakangnya tiada sebelum memaklumkan rakan lain.
“Beberapa rakan yang berada di luar tandas menyedari kelibat seorang lelaki keluar dari tandas wanita secara tergesa-gesa dan meluru masuk ke dalam tandas lelaki lalu menguncinya dari dalam,” katanya di sini, semalam.
Sumber berkata, mangsa memaklumkan beg tangan mengandungi wang tunai, dua telefon pintar dan beberapa dokumen penting hilang dipercayai dicuri.
Menurutnya, rakan lelaki mangsa keluar dari tandas wanita masuk ke tandas lelaki mencari suspek dan mendapati satu tandas terkunci dari dalam.
“Wanita itu bersama rakannya menunggu 15 minit sebelum memecahkan pintu dan menemui seorang remaja lelaki bersama beg tangan yang dicuri.
“Suspek yang panik selepas menyedari kehadiran anggota polis cuba memanjat ke tandas sebelah malangnya tergelincir atas lantai sebelum dicekup,” katanya.
Sumber berkata, mangsa bersama beberapa anggota lain menaiki bas Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dalam perjalanan pulang dari Kangar, Perlis selepas menyertai pertandingan sukan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, suspek dipercayai terbabit dengan kegiatan curi di tempat lain sepanjang R&R Lebuhraya Utara-Selatan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 8:18 AM


SUSPEK digari sebaik dicekup mencuri beg tangan anggota polis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36087#sthash.f72PRXxu.dpuf

Pamer gaya ghairah


Oleh Fardy Bungga

fardy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seramai 26 pelayan pelanggan (GRO) yang sedang beraksi ghairah di atas pentas terkedu apabila sebuah pusat hiburan di Jalan Kia Peng, di sini, diserbu polis, awal pagi semalam.
Wanita berkenaan bukan saja memberi hiburan kepada pelanggan yang datang, tetapi sedang berusaha ‘mempromosikan’ diri mereka supaya dipilih dan dibawa pulang dengan bayaran mengikut rundingan yang dipersetujui pelanggan.
Serbuan dilakukan kira-kira jam 12.50 pagi oleh sepasukan anggota Unit Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterisme (D7) Bukit Aman yang diketuai oleh Superintendan Razali Abu Samah bersama 16 anggota termasuk pegawai.
Menurut Razali, selain wanita berkenaan, enam lelaki warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar yang berkerja di premis berkenaan turut ditahan.
Katanya, seorang wanita tempatan berusia 30 tahun yang bekerja sebagai juruwang dan juga penjaga kepada semua wanita warga asing terbabit turut ditahan.
“Semua wanita berusia 19 hingga 32 tahun dan mereka dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran berdasarkan pergerakan keluar dan masuk wanita warga asing bersama pelanggan.
“Ketika serbuan dibuat, semua wanita warga asing sedang asyik membuat persembahan dan leka melayan lebih 80 pelanggan,” katanya, semalam.
Menurutnya, ini adalah serbuan kali pertama dalam tahun 2015, hasil daripada aduan awam dan pemerhatian yang dijalankan tiga hari oleh unit risik D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
Katanya, semua tangkapan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)C Akta Imigresen serta Seksyen 39B Peraturan Imigresen.
“Siasatan lanjut mendapati pusat hiburan ini sudah beroperasi lebih lima tahun dan memiliki lesen perniagaan yang sah,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36107#sthash.qhq3D3Mq.dpuf

‘Buat baik’ sebelum samun


Oleh Mohd Rizal Abdullah

mohd.rizal@mediaprima.com.my
Kajang: Bocorkan tayar sebelum samun. Itu yang berlaku pada seorang lelaki apabila wang gaji pekerja berjumlah RM42,000 yang dibawanya disamun sekumpulan penjenayah di Kampung Teras Jernang, Bangi, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 30-an dihampiri empat suspek menaiki kereta Proton Saga kononnya untuk membantu menukar tayar kenderaan mangsa yang bocor.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek dipercayai warga Indonesia itu kemudiannya bertindak melarikan wang berkenaan yang berada di dalam kereta mangsa.
Menurutnya, wang berkenaan baru saja dikeluarkan dari bank untuk diserahkan kepada pekerja.
“Selepas pulang dari bank, mangsa berhenti untuk makan. Ketika ingin pulang, mangsa mendapati salah satu tayarnya pecah sebelum dihampiri penjenayah berkenaan,” katanya.
Katanya, polis percaya suspek mempunyai rangkaian dengan pihak tertentu kerana mengetahui hari dan masa mangsa mengeluarkan wang berkenaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36117#sthash.xfjhIFTM.dpuf

Penganggur didakwa bunuh isteri sukarelawan polis

Oleh Muhamaad Razis Ismail & Ramli Ibrahim 
am@hmetro.com.my


Gua Musang: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, bagi menghadapi tuduhan membunuh seorang wanita yang juga isteri sukarelawan polis, 1 Mac lalu.
Tertuduh, Mohammad Awari Ahmad, 21, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izzudin Mohd Shukri.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Yashmin Fauzi, 25, di sebuah rumah tanpa nombor, Kampung Batu Papan, di sini antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi, pada 1 Mac 2015.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Yashmin maut dipercayai dikelar penjenayah yang memecah masuk rumah sewanya di Kampung Batu Papan, di sini, pada 2.30 pagi.
Ketika kejadian, suaminya Mohd Azrul Isahak, 30, yang juga sukarelawan polis, bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.
Mohd Azrul yang berasa tidak sedap hati dan hilang tumpuan ketika bertugas, meminta izin pegawainya pulang ke rumah seketika sebelum menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah di leher, tidak berpakaian dan keletihan di atas jalan, 100 meter dari rumahnya.
Mangsa meninggal dunia 6.40 pagi selepas empat jam menerima rawatan di bilik kecemasan Hospital Gua Musang (HGM) malah sempat memberitahu 'petunjuk' penting yang membawa kepada tangkapan suspek pertama.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 12:04 PM


Mohammad Awari didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. FOTO Ramli Ibrahim
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36162#sthash.Ncxk79vX.dpuf

Hidup mewah tak sepadan gaji

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop 
hafizee@hmetro.com.my

Ipoh: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam menahan reman lima anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) termasuk seorang wanita bersama sembilan orang awam bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah mengikut Akta SPRM 2009.
Difahamkan, anggota dan pegawai TLDM terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM kerana meminta dan menerima rasuah manakala orang awam yang lain pula disiasat mengikut Seksyen 17(b) akta sama kerana memberi rasuah.
Jika sabit kesalahan bagi kedua-dua kesalahan itu boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda dengan lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan SPRM Putrajaya, kelmarin melakukan penahanan 14 individu membabitkan 12 lelaki dan dua wanita itu selepas menerima maklumat daripada orang awam berikutan gaya hidup melebihi daripada kemampuan membabitkan beberapa penjawat awam berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 8:03 AM


Sebahagian daripada anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia termasuk seorang wanita ditahan reman, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36062#sthash.hutgtjjx.dpuf

Panik budak terperangkap dalam kereta

ORANG ramai membantu mengejutkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta.
Melaka: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun hampir lemas selepas terperangkap lebih 30 minit dalam kereta ibunya yang terkunci di hadapan sebuah kedai serbaneka di Bukit Baru, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Mohd Syazwan Shamsul terkurung di dalam Proton Saga BLM yang ditinggalkan ibunya berusia awal 40-an ketika hendak membeli barang keperluan.
Setibanya di hadapan kedai itu, ibu mangsa keluar meninggalkan anaknya di tempat duduk belakang dalam keadaan enjin dihidupkan sebelum wanita itu kembali beberapa minit kemudian dan terkejut mendapati Mohd Syazwan tertidur manakala kereta terkunci dari dalam.
Saksi, Abdul Karim Deraman, 38, berkata, dia melihat seorang wanita menghendap dari cermin luar kenderaannya sambil mengetuk tingkap belakang kereta.
“Saya nampak wanita itu mundar-mandir mengelilingi keretanya di hadapan kedai serbaneka. Wanita itu dilihat menangis sambil menunjuk ke arah anak lelakinya yang terbaring di tempat duduk belakang dan pintu terkunci dari dalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 8:33 AM


Laungan brek rosak

MANGSA parah dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans.
Oleh Mohd Hilmi Mahmud 
am@hmetro.com.my
Balik Pulau: “Saya terkejut apabila terdengar suara pemandu bas melaung kuat dari tempat duduk pemandu memberitahu semua penumpang brek bas rosak.
“Saya tidak sempat berbuat apa-apa kecuali menundukkan kepala dan sejurus kemudian kepala saya terhantuk pada tempat duduk penumpang depan,” kata Ade Sofitri, 28, mangsa kemalangan bas kilang di depan kilang Robert Bosch, Bayan Lepas, awal pagi semalam.
Ade yang bekerja di kilang Flexus Bayan Baru yang cedera di muka dan kepala bersyukur kerana tiada yang terkorban dalam kemalangan itu tetapi ia menjadi pengalaman ngeri pertama dilaluinya sejak bekerja di negara ini.
Menurutnya, dia melihat bas bergerak laju sebelum melanggar tiang konkrit jejambat yang sedang dalam pembinaan sebelum bumbung bas berkenaan tercabut.
“Selepas bas berhenti, saya nampak bumbung bas tercabut dan ramai rakan saya cedera dan berdarah,” katanya.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, bas kilang dipandu D Asoghan, 49, terbabas sebelum melanggar tiang konkrit jejambat yang masih dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ketika dalam perjalanan dari Relau ke Batu Maung.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 8:24 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36100#sthash.xh2CZwvf.dpuf

Enam jahitan padah menjeling


Ampang: Seorang pemandu teksi menerima enam jahitan di kepala selepas diserang lelaki di hadapan kediamannya di Pandan Indah, di sini, hanya kerana dituduh menjeling teman wanita suspek.
Dalam kejadian jam 11.30 malam Ahad lalu, lelaki berusia 28 tahun itu ketika itu berada di luar rumah dan terpandang pasangan kekasih itu yang wanita terbabit juga jirannya.
Menurutnya, menyedari mangsa memerhatikan mereka tiba-tiba teman lelaki jirannya itu terus datang ke arahnya dan memaki hamun mangsa selain mengajaknya bergaduh selepas dituduh menjeling teman wanitanya.
“Mangsa tidak mengendahkan suspek dan terus masuk ke dalam rumah bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.
“Beberapa minit kemudian dia keluar semula untuk menutup pintu pagar, namun suspek tiba-tiba meluru dan memukulnya di kepala dengan pengunci stereng kereta,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36115#sthash.FPg3Fzzh.dpuf

Bahana miliki rokok seludup

Oleh Salman Hamat dan Muhamaad Razis Ismail 
am@hmetro.com.my



Butterworth: Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan berasingan kerana memiliki rokok seludup.
Tertuduh, Ooi Eng Kai, 53, dan Jahir Hussain Ahamed Bahurdeen, 42, mengaku salah selepas faham dengan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hizween Azleena Othman Kamal.
Mengikut pertuduhan, Eng Kai memiliki 2,000 batang rokok putih jenama Luffman Virginia Blend bernilai RM160 di No 3, Jalan Jetty Lama Butterworth pada jam 3 petang, 5 Mac lalu.
Jahir Hussain pula memiliki 137 peket yang setiap satu mengandungi 20 rokok putih jenama John di Pasar Mini Penaga, No 1200, Jalan Besar Penaga, Penaga pada jam 6 petang, 5 Disember 2011.
Hizween Azleena menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara sehingga tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan bayaran itu terhadap Eng Kai.
Jahir Hussain pula didenda RM2,700 atau dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.
Pendakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135 (1) (iii)(aa) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Muhd Ridhauddin Jamaludin dan Nur Izyani Ismail.
Sementara itu di Pasir Mas, Kelantan, seorang peniaga kedai runcit berdepan hukuman penjara dan denda selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan memiliki rokok seludup di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Eh Tee Eh Chom, 45, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan 7 April depan untuk fakta kes dan hukuman terhadap tertuduh.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki 140 peket rokok pelbagai jenama bernilai RM277.60 yang dilarang diimport dalam sebuah premis di Kampung Lati, Jalan Hospital di sini pada 12.30 tengah hari, 2 September lalu.
Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh dan waktu sama dia didakwa memiliki 125 peket rokok pelbagai jenama bernilai RM244.60 di belakang premis sama di Kampung Lati, Jalan Hospital di sini.
Sehubungan itu, dia didakwa mengikut 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang dihukum di bawah Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Karthy Gasedev menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh bagaimanapun memohon jaminan itu dikurangkan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 8:43 AM


ENG Kai (kanan) didenda RM3,000 kerana memiliki rokok tidak sah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36121#sthash.sg1z4Vqi.dpuf

Main pasir tanpa coli

Oleh Ardyhansah Amat dan Hazsyah Abdul Rahman 
hmkk@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Beberapa pengunjung yang mengunjungi pusat peranginan dipercayai di Pulau Sulug, terkejut apabila menyedari gelagat dua gadis warga asing yang bermain pasir dalam keadaan separuh bogel tanpa coli, dengan tidak menghiraukan sensitiviti penduduk tempatan dan pelancong lain.
Aksi kedua-dua warga asing berusia sekitar 20-an itu bukan saja diperhatikan pengunjung kanak-kanak, malah perbuatan mereka berjaya dirakam beberapa pengunjung lain di pulau itu yang terletak di bawah bidang kuasa Taman-Taman Sabah (TTS).
Seorang pengunjung, Mardiana Abdul Ezam, 33, berkata, dia hanya menyedari perbuatan pelancong asing itu selepas ditegur salah seorang anaknya sebaik menjejakkan kaki ke pulau berkenaan kira-kira jam 9 pagi, Ahad lalu.
“Pada mulanya, saya menyangka anak tersilap cakap apabila mendakwa melihat perempuan tidak berbaju sedang bermain pasir.
“Saya kemudian melihat ke arah mereka dan terkejut apabila mendapati dakwaan anak memang betul,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 7:08 AM


AKSI dua gadis warga asing separuh bogel yang leka bermain pasir berjaya dirakam beberapa pengunjung.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36014#sthash.QtCyNOlv.dpuf

Padah iklan ‘melebih’


Beijing: Syarikat barangan pengguna Amerika Syarikat (AS), Procter & Gamble (P&G) didenda AS$962,660 (RM3.6 juta) kerana menyiarkan iklan yang terlalu membesar-besarkan keberkesanan produk keluarannya.
Denda dikenakan terhadap syarikat itu yang paling tinggi di China membabitkan iklan televisyen untuk produk pemutih gigi jenama Crest yang turut menggunakan selebriti Taiwan terkenal, Dee Hsu untuk mempromosikan ‘ubat gigi dengan dua kuasa pemutihan’ berkenaan.
Pengarah jabatan pengiklanan di Pentadbiran Industri dan Perdagangan Shanghai, Miao Jun dipetik agensi berita Xinhu berkata, kesan pemutihan yang ditonjolkan dalam iklan televisyen berkenaan terlalu diubah suai dengan teknik komputer.
“Iklan itu tidak menunjukkan kesan sebenar ubat gigi berkenaan. Penalti tinggi dkenakan selepas mengambil kira kos pengiklanan seperti termaktub dalam Perundangan Pengiklanan China,” katanya.
Dalam iklan 30 saat itu, Dee Hsu mendakwa ubat gigi berkenaan memutihkan giginya dalam tempoh beberapa hari sehingga membantunya mendapat kontrak dengan sebuah majalah.
Miao berkata, latar belakang di dalam iklan boleh diubah suai menggunakan komputer, tetapi barangan yang diiklankan sendiri tidak boleh diubah suai untuk membesar-besarkan kesannya.
Beberapa syarikat terkemuka antarabangsa seperti L’Occitane dan Clinique juga pernah didenda kerana didakwa menyiarkan iklan palsu mengikut undang-undang perdagangan China pada 2014.
Menurut Xinhua, pengiklan biasanya menggunakan teknik komputer untuk mencipta kesan yang tidak wujud pada sesuatu produk.
“Pengguna tidak mempunyai kemampuan untuk menilai kebenaran sesuatu produk yang diiklankan ini.
“Kebanyakan pengguna juga sudah biasa dengan iklan yang terlalu membesar-besarkan kesan sesuatu produk,” jelasnya. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36064#sthash.UxWiimAl.dpuf

Ancam racun susu bayi


Wellington: Polis New Zealand semalam mendedahkan ada pihak yang mengancam mencemari produk tenusu negara itu dengan racun perosak sebagai membantah penggunaan racun berkenaan.
Ancaman itu diterima oleh syarikat tenusu Fonterra dan Persekutuan Peladang melalui satu surat pada November lalu termasuk beberapa bungkusan susu yang disahkan positif tercemar dengan racun perosak yang dikenali sebagai 1080.
Surat berkenaan mengancam mencemari susu bayi formula dan produk tenusu lain sekiranya New Zealand tidak menghentikan penggunaan racun perosak menjelang hujung bulan ini selain mengugut mendedahkan perkara berkenaan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Clement berkata, ancaman itu mungkin palsu tetapi masih perlu dipandang serius dan menggesa penulis surat berkenaan menyerah diri kepada polis.
Kerajaan New Zealand sangat sensitif dengan isu keselamatan makanan terutama kesannya terhadap keyakinan pengguna di China.
Menteri Industri Utama, Scott Gallacher berkata, pertubuhan itu yakin terhadap integriti produk makanan New Zealand sama seperti sebelum ancaman berkenaan. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36059#sthash.GndFMabi.dpuf

Paramedik biadab dipecat


Agensi
Moscow: Seorang paramedik dipecat selepas menyiarkan koleksi gambar selfie bersama pesakit nazak.
Tatiana Kulikova, 25, memuat naik gambar berkenaan beserta keterangan seperti ‘seorang lagi manusia bodoh’ dan ‘saya tak suka kerja saya’ di sebelah mangsa yang sepatutnya mendapat bantuan kecemasan daripadanya.
Perkhidmatan kecemasan tempatan memecat Tatiana selepas dia mengakui merakam gambar berkenaan.
Penduduk tempatan mengecam tindakan Tatiana kerana mendapati ahli keluarga mereka dipaparkan dalam galeri menyedihkan itu.
Aktivis kesihatan tempatan, Artem Golubev, 40, berkata, tindakan Tatiana zalim kerana beberapa pesakitnya meninggal dunia selepas gambar mereka dirakam.
“Saya tidak terkejut jika keluarga pesakit menyaman Tatiana dan perkhidmatan kecemasan tempat dia bekerja,” katanya.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan tempatan berkata, mereka menggantung perkhidmatan Tatiana sebaik sahaja diberitahu tentang gambar yang dimuat naik.
“Dia dipecat selepas siasatan menyeluruh dijalankan,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36075#sthash.xsHt4kb7.dpuf

Nenek tergamam cucu dihanyut arus



PASUKAN penyelamat meninjau keadaan arus sungai sebelum memulakan operasi mengesan Ningkan yang dikhuatiri lemas selepas hanyut di Sungai Nanga Malong, Awik, Saratok kelmarin.


SARATOK – Tiada yang paling menyedihkan buat seorang nenek melainkan hanya mampu menyaksikan cucunya jatuh ke dalam sungai sebelum dihanyutkan arus deras di Sungai Nanga Malong, Awik dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, mangsa, Ningkan Bundak, 8, dikhuatiri lemas selepas tergelincir lalu terjatuh dari sampan ketika sedang menangkap udang di sungai tersebut.
Menceritakan detik cemas itu, warga emas yang enggan dikenali itu memberitahu, dia tidak sempat mencapai tangan cucu lelaki­nya kerana kejadian berlaku begitu pantas.
“Saya tergamam melihat cucu saya yang tidak pandai berenang terkapai-kapai meminta tolong sebelum kelibatnya hilang dihanyut arus deras,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Wanita berusia 50-an yang masih terkejut dengan kejadian itu kini berada dalam keadaan sugul dan enggan ditemubual.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Mohamad Darul Azreen Md. Desa berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik me­nerima panggilan pada pukul 5.53 petang.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan kira-kira 100 meter daripada Rumah Panjang Pana Nanga Malong, Awik di sini.
“Setakat ini, mangsa belum ditemui dan gerakan mencari masih diteruskan sehingga lewat petang ini (semalam),” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3U35cTv00 
Hakcipta terpelihara 

Polis berkas empat sekeluarga



Md. ZUKIR (dua dari kiri) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perlis, Superintendan Azahar Muda (kiri) menunjukkan komputer riba dan telefon bimbit yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di IPK Perlis, Kangar semalam.


KANGAR – Empat sekeluarga merupakan antara 10 suspek yang diberkas oleh polis selepas mereka disyaki memecah masuk dan merompak sebuah kedai menjual telefon bimbit dan komputer di sini.
Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, anggota keluarga itu membabitkan seorang bapa, anak lelaki dan perempuannya serta seorang menantu lelaki.
“Anak dan menantu mempunyai rekod jenayah lampau serta positif dadah methamphetemine,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini semalam.
Katanya, mereka yang ditahan berusia antara 16 hingga 46 tahun dan kesemuanya ditangkap di beberapa lokasi berasingan selepas seorang peniaga membuat laporan kedainya di Taman Seri Tambun, Jalan Padang Behor di sini dipecah masuk pada 10 Februari lepas.
Dalam aduan tersebut, peniaga terbabit mendakwa, pintu bahagian belakang premisnya telah dikopak dan kejadian itu disedari kira-kira pukul 9.15 pagi pada hari
kejadian.
Menurut Md.Zukir, peniaga itu memeriksa kedainya dan mendapati 21 unit
telefon bimbit, tablet dan 16 buah komputer riba bernilai RM16,000 telah dilarikan.
Katanya, Pasukan Petugas Khas Jenayah IPK Perlis yang menyiasat kes itu berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita yang berasal dari Kodiang, Kedah pada 25 Februari lepas.
“Tangkapan tersebut membawa kepada penahanan tujuh lagi lelaki serta barang-barang kes termasuk sebuah kereta Perodua Viva di Kodiang dan Alor Setar. Mereka ditahan reman sehingga 16 Mac ini bagi membantu siasatan,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3U35U9RsM 
Hakcipta terpelihara 

Padah buat seks dengan remaja



POLIS menahan seorang buruh berusia 19 tahun selepas disyaki merogol gadis bawah umur di Vista Perdana, Miri, Sarawak pada 16 Februari lalu.


MIRI – Seorang buruh berusia 19 tahun ditahan selepas disyaki mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajar perempuan bawah umur di sebuah rumah di Vista Perdana di sini 16 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, suspek telah berkenalan dengan mangsa berusia 12 tahun itu yang tinggal di kawasan perumahan sama kira-kira seminggu.
Menurutnya, sepanjang tempoh perkenalan itu, suspek telah berjumpa dengan mangsa dan mereka pernah menunggang motosikal bersama-sama di sekitar taman perumahan tersebut.
“Bagaimanapun, mangsa yang tinggal bersama ibu angkatnya berusia 48 tahun dikatakan menghilangkan diri pada petang hari kejadian dan mengikut suspek pulang ke rumahnya.
“Mereka kemudian me­lakukan hubungan seks di rumah suspek selepas keluar bersama pada 16 Februari lalu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3U35Jalct 
Hakcipta terpelihara