Search This Blog

Tuesday, March 10, 2015

MH370: Paket tuala tertera logo MAS ditemui di pantai Australia

Pakej ini telah terdampar di sebuah pantai Cervantes, Australia beratus-ratus kilometer jauhnya dari mana pesawat itu dikatakan telah hilang. http://www.dailymail.co.uk/
TUALA yang terdampar di pantai Australia Barat mungkin telah hilang dari penerbangan Malaysia Airlines MH370 - Foto ihsan http://www.dailymail.co.uk/

CANBERRA: Penemuan satu bungkusan tuala tertera logo MAS di pantai Barat Australia oleh sepasang suami isteri boleh dianggap petunjuk terbaharu bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 yang genap setahun pada Ahad lalu.
Tuala itu sedang dianalisis bagi mencuba dan mengesahkan sekiranya ia adalah dari pesawat yang hilang berkenaan.
Tuala kertas kecil itu berada dalam paket tertulis Malaysia Airlines yang dihantar ke Canberra untuk diuji dan disahkan selepas ditemui oleh sepasang suami isteri ketika berjalan di pantai di Cervantes pada Julai lalu, lapor Nine News.
Pasangan itu yang menemui paket tuala itu berkata, "ia tidak terbuka, memang sesuatu yang luar biasa."
"Jika ia terbuka dan dijumpai terdampar di situ maka ia adalah sesuatu yang berbeza sepenuhnya," kata pasangan itu.
The Daily Telegraph melaporkan pakar percaya kemungkinan paket kecil seperti tuala itu bergerak jauh tanpa mengalami sebarang kerosakan.
Penemuan terbaharu di pantai Barat Australia itu boleh memberikan petunjuk bagi merungkai misteri pesawat MH370 yang hilang bersama 239 orang di dalamnya pada 8 Mac 2014.
Baru-baru ini, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) mengeluarkan laporan interim setebal 584 muka surat. - Mail Online

Bekas wanita pertama Ivory Coast dipenjara 20 tahun

ANAK lelaki bekas Presiden Laurent Ivory Coast, Gbagbo, Michel Gbagbo (tengah), bekas Menteri Luar Ivory Coast Alcide Djedje (kiri) dan bekas pemimpin pergerakan Besar Utara, Beh Diabate (kanan), tiba di mahkamah di Abidjan, hari ini untuk mendengar mahkamah menjatuhkan hukuman. - Foto AFP
ABIDJAN: Mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas bekas wanita pertama Ivory Coast atas tuduhan "memperlekeh keselamatan negara" ketika keganasan selepas pilihan raya umum 2010-2011 menyebabkan 3,000 orang terkorban.
"Mahkamah selepas membuat pertimbangan sewajarnya, sebulat suara memutuskan bekas isteri Presiden Ivory Coast, Laurent Gbagbo, 65, dipenjara selama 20 tahun," kata Presiden mahkamah, Tahirou Dembele.
Pendakwa raya sebelum itu memohon hukuman penjara selama 10 tahun. - AFP

10 maut helikopter bertembung di Argentina

SELASA, 10 MAC 2015 @ 8:58 AM

 
BUENOS AIRES: Seramai 10 orang maut apabila dua helikopter bertembung di udara wilayah La Rioja, Argentina, kata pegawai hari ini.

Agensi berita kebangsaan, Telam melaporkan sebahagian mangsa yang terkorban adalah warga negara Perancis.

"Dalam nahas ini, seramai 10 orang mati. Berdasarkan maklumat yang kami terima, tiada yang terselamat," kata ketua keselamatan La Rioja, Cesar Angulo.

Dua juruterbang yang maut adalah rakyat Argentina manakala penumpang adalah warga asing.


Media tempatan berkata, helikopter terbabit mungkin membawa wakil media bagi merakamkan dokumentari atau program realiti.

"Salah satu helikopter ialah milik kerajaan wilayah dan sebuah lagi milik penganjur program realiti itu yang diadakan tiga tahun berturut-turut di sebuah perkampungan di Villa Castelli.

"Sumber berkata, penumpang adalah rakyat Perancis," kata Telam. - Reuters

Benjy, rakan wanita mengaku tidak bersalah tuduhan miliki dadah

GAMBAR fail Benjy ditahan kerana memiliki dadah.
KUALA LUMPUR: Pelakon, Benjy dan seorang rakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi atas tuduhan memiliki dadah, Khamis lalu.
Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim,37 dan Julia Ernie Jamaludin, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor.

44 orang cedera bas kilang rempuh jejantas

KEADAAN bas yang membawa pekerja terbabas lalu merempuh tapak projek pembinaan jalan bertingkat berhampiran Jambatan kedua Pulau Pinang, awal pagi tadi. - Foto Ramdzan Masiam
ANTARA mangsa nahas yang cedera dibawa dengan ambulan ke hospital. - Foto Ramdzan Masiam


GEORGETOWN: Sebuah bas kilang yang membawa 44 penumpang termasuk pemandu cedera selepas merempuh jejantas di hadapan sebuah kilang di Bayan Lepas, pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi itu menyebabkan bumbung bas berkenaan tercabut.
Pemandu bas dilaporkan tersepit dalam nahas berkenaan.

Kes Penganggur Miliki Bom Tangan Disebut Semula 10 April


Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 12:51 PM

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini Selasa menetapkan 10 April depan untuk sebutan semula kes seorang penganggur yang didakwa memiliki sebutir bom tangan, Januari lepas. 
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor memohon tarikh sebutan baharu kerana laporan kimia tertuduh masih belum siap.
Pada 10 Februari lepas, Mohamad Rosidi Othman,36, didakwa memiliki bom tangan di alamat SB 479 Unit 8, Mukim 19 Kampung Tun Sardon, Bukit Mertajam, dekat sini, pada pukul 8.45 pagi, 29 Januari lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 14 tahun dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.
Mohd Rosidi diwakili peguam E. Gnasegaran.

Pengendali Kren Maut Semasa Jala Udang


Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 1:40 PM

SITIAWAN: Seorang pengendali kren maut selepas tergelincir dan terjatuh daripada sampan yang dinaiki sewaktu menjala udang dengan rakannya di Sungai Dinding berhampiran dengan Jeti Kampung Baru, Sitiawan, malam Isnin.
Ketua Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan dari rakan mangsa pada 9.25 malam.
Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati Mohd Faizal Abdul Halim, 39, telah pun ditarik keluar oleh rakannya dari dalam sungai itu dan dibawa ke tebing berhampiran.
Mohd Zaki berkata, anggota bomba cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa sementara menunggu ketibaan pihak hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
"Bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Sementara itu, isteri mangsa, Rashidah Saidin, 40, berkata beliau terkejut dengan insiden berkenaan dan menganggapnya satu ujian daripada Allah.
"Saya ada mendapat pesanan ringkas daripada suami saya mengatakan dia mahu menjala udang dengan rakannya dan tidak menyangka itu adalah mesej terakhir daripada dia," katanya.
Rashidah yang tinggal di Pantai Dalam, Kuala Lumpur berkata Mohd Faizal bekerja serta menetap di Sitiawan sejak dua tahun lepas dan sering ke lokasi itu untuk menjala udang dengan rakannya.
"Kali terakhir kami sekeluarga berkumpul ialah pada Selasa lepas di rumah saya di Kuala Lumpur namun dia tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Seri Manjung pada Selasa.
Mohd Faizal, yang merupakan pengendali kren sebuah syarikat di Kampung Acheh di sini, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak berusia antara 2 dan 9 tahun.

Peserta Realiti TV Antara 10 Maut Nahas Helikopter Di Argentina


Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 8:46 AM
Gambar yang dikeluarkan oleh NA menunjukkan bangkai sebuah helikopter yang musnah dijilat api selepas bertembung dengan sebuah helikopter yang lain di wilayah La Rioja di Argentina. Foto AFP

BUENOS AIRES: Lapan warga Perancis yang menjalani penggambaran bagi sebuah rancangan realiti televisyen terbunuh apabila dua helikopter yang dinaiki mereka bertembung di udara di barat laut Argentina. 
Turut maut adalah dua juruterbang warga Argentina yang membawa helikopter berkenaan.
Para pelakon itu sedang menjalani satu penggambaran siri survival di kawasan pergunungan di wilayah La Rioja apabila helikopter yang membawa mereka berlanggar antara satu sama lain, kata pegawai rasmi dan laporan media.
"Dua helikopter bertembung antara satu sama lain ketika kejadian. Tiada yang terselamat," kata jurucakap wilayah itu, Horacio Alarcon.
Beliau berkata, keadaan cuaca adalah baik dan punca nahas masih belum diketahui.
Sumber polis memberitahu bahawa mangsa nahas merupakan lapan penumpang warga Perancis dan dua juruterbang warga Argentina.
Media Argentina menunjukkan dua bangkai helikopter yang musnah dijilat api.
Mereka terbunuh termasuk peserta yang terbabit dalam program realiti televisyen itu. Ketika kejadian, mereka sedang melalui kawasan Quebrada El Yeso dan Quebrada Condado, kawasan terpencil di wilayah itu. - AFP

44 Cedera Bas Rempuh Jejambat


Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 10:06 AM

GEORGE TOWN: Seramai 44 orang cedera apabila bas yang dinaiki mereka merempuh sebuah jejambat dekat Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas, awal pagi Selasa.
Kemalangan itu menyebabkan bumbung bas tercabut.
Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.55 pagi.
"Kita berjaya mengeluarkan kesemua penumpang yang tersempit," katanya.
Kesemua mangsa sedang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Mati dikerat abang tiri


Mati dikerat abang tiri
Polis mencari bahan bukti di kawasan berhampiran Becky dibunuh.
MISTERI kehilangan seorang remaja perempuan sejak 19 Februari lalu akhirnya terungkai, selepas mayatnya ditemui Selasa lalu dengan anggota badannya dikerat-kerat di sebuah rumah tidak jauh dari kediaman keluarganya.

Menurut laporan Mirror, mangsa dikenali sebagai Becky Watts, 16, berasal dari Bristol.

Susulan pembunuhan yang menggemparkan seluruh United Kingdom itu, polis menahan abang tiri mangsa, Nathan Matthews dan teman wanitanya, Shauna Hoare.

Kedua-dua mereka telah dihadapkan ke mahkamah majistret Bristol atas tuduhan membunuh.

Empat lagi individu yang bersubahat menyembunyikan mayat mangsa turut dihadapkan ke mahkamah sama.

Sepanjang kehilangannya, bapa Becky, Darren serta ibu tirinya, Angie-Mae Galsworthy muncul di kaca televisyen sambil menangis dan merayu supaya Becky pulang ke pangkuan mereka.

Malah, kekasih kepada abang tiri mangsa turut merayu melalui laman Facebooknya meminta orang ramai supaya turut membantu dalam mencari kehilangan Becky.
Difahamkan, usaha mencari gadis terbabit dilakukan di seluruh Bristol.

Sehingga kini, polis masih menyiasat motif pembunuhan tersebut.

Jokowi lemah jika tunda hukuman mati


Jokowi lemah jika tunda hukuman mati
Warga Australia, Myuran Sukumaran (tengah) kini sedang menunggu hukuman mati di penjara pulau Nusakambangan.
JAKARTA - INDONESIA . Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi diminta segera memerintahkan Mahkamah Agung untuk melaksanakan hukuman mati terhadap pengedar dadah termasuk beberapa warga asing.

Penganalisis Undang-Undang dari Universiti Islam Indonesia, Profesor Mudzakir berkata, tiada keperluan untuk menangguhkan hukuman tersebut memandangkan Jokowi sudah menolak pengampunan pesalah terbabit.

"Hukuman sudah dijatuhkan. Jadi, teruskan sahaja dengan pelaksanaan hukuman mati itu. Saya percaya, Indonesia mengambil tindakan yang betul dalam usaha membanteras pengedaran dan penyeludupan dadah," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata Jokowi dan Mahkamah Agung perlu menutup mata dan telinga serta tidak tunduk dengan tekanan dari negara lain.

"Jika pelaksanaan hukuman mati itu ditangguhkan hanya disebabkan tekanan daripada pihak luar, itu ertinya pemerintahan Jokowi lemah," tegasnya.

Sebelum ini, Mahkamah Agung menyatakan bahawa hukuman itu dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Namun sehingga kini, ia masih belum dilaksanakan.

Difahamkan, terdapat 10 pesalah termasuk dua warga Australia sedang menunggu hukuman mati di penjara pulau Nusakambangan.

Januari lalu, Indonesia melaksanakan hukuman mati ke atas enam banduan, lima daripadanya adalah warga asing. - Kompas.com

MH370: Paket kertas tisu ada logo MAS ditemui


MH370: Paket kertas tisu ada logo MAS ditemui
CANBERRA - AUSTRALIA. Genap setahun kehilangan MH370 pada Ahad, penemuan bungkusan seperti kertas tisu tertera logo MAS oleh sepasang suami isteri di pantai Barat Australia diharap dapat merungkai misteri pesawat malang itu.

Memetik laporan Mail Online, kertas tisu itu sedang dianalisis bagi mengesahkan sekiranya ia dari pesawat malang berkenaan.

Nine News turut melaporkan penemuan bungkusan kecil itu yang masih belum dibuka di pantai Cervantes, Julai lalu oleh pasangan suami isteri terbabit.

Paket tertulis Malaysia Airlines itu dihantar ke Canberra untuk diuji dan disahkan.

Pasangan berkenaan dipetik sebagai berkata, "ia tidak terbuka, memang sesuatu yang luar biasa."

"Jika ia terbuka dan dijumpai terdampar di situ maka ia adalah sesuatu yang berbeza sepenuhnya," kata pasangan itu.

Sementara itu, The Daily Telegraph melaporkan pakar percaya kemungkinan paket kecil bergerak jauh tanpa mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan terbaharu di pantai Barat Australia itu boleh memberikan petunjuk bagi merungkai misteri pesawat MH370 yang hilang bersama 239 orang di dalamnya pada 8 Mac 2014.

Perompak maut ditembak


Perompak maut ditembak
Anggota unit forensik menjalankan siasatan awal di lokasi kejadian.
KUALA LUMPUR - Seorang perompak tidak sempat menggunakan hasil samunnya apabila dia maut ditembak di tempat meletak kenderaan sebuah pusat membeli-belah, di Cheras dekat sini, semalam.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, menyebabkan suspek berusia lingkungan 30-an maut selepas satu das tembakan dilepaskan oleh pengawal keselamatan mengenai dada kanan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, sebelum itu suspek bersama tiga rakannya yang menaiki kenderaan jenis Naza Citra berwarna putih, merempuh sebuah premis pengurup wang yang berada di tempat meletak kenderaan di pusat beli-belah berkenaan.

Menurutnya, kumpulan suspek terus keluar dari kenderaan dan terus menahan pekerja premis sebelum mengugut menggunakan parang.

“Bagaimanapun, pengawal keselamatan yang melihat kejadian kemudian bertindak melepaskan tiga das tembakan ke arah kumpulan suspek tersebut. Satu das telah mengenai dada kanan salah seorang suspek.

“Tembakan menyebabkan suspek parah dan maut di lokasi kejadian. Namun, tiga lagi rakannya berjaya melarikan diri dengan membawa sejumlah wang tunai hasil samun di premis pengurup wang tersebut,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, semalam.

Beliau memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati kereta tersebut adalah kenderaan curi dan dilaporkan hilang di Jinjang, beberapa tahun lalu.

Selain itu, suspek yang maut turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau bersabit kes curi kenderaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut pada kereta tersebut juga menemui dua bilah parang di percayai digunakan dalam kejadian ini.

“Kita masih memburu rakan suspek berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan dan percaya kumpulan ini yang terlibat dalam kejadian rompakan premis pengurup wang pada tahun lalu, berikutan modus operandi mereka yang serupa,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Suspek keenam nekad letup diri


Suspek keenam nekad letup diri
Zaur Dadayev (kiri) satu-satunya suspek yang mengaku terlibat dalam pembunuhan Boris Nemstov.
MOSCOW - RUSIA . Suspek keenam dalam kejadian menembak mati pemimpin pembangkang Rusia, Boris Nemtsov bertindak meletupkan dirinya sendiri ketika pihak berkuasa cuba memberkasnya di bandar Grozny pada Sabtu lalu.

Kelmarin, stesen TV Russia 24 melaporkan Beslan Shavanov melakukan tindakan nekad itu selepas melemparkan bom tangan ke arah pasukan polis.

Sementara itu, bekas Timbalan Komander Polis Chechen, Zaur Dadayev mengaku terlibat dalam insiden pembunuhan Nemtsov selepas dia bersama seorang lagi suspek, Anzor Gubashev dihadapkan ke mahkamah.

"Penglibatan Dadayev disahkan melalui pengakuannya sendiri. Bagaimanapun, Gubashev menafikan dia terlibat dalam kejadian itu," kata Hakim, Nataliya Mushnikova.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan tiga lagi suspek, Shagid Gubashev, Ramzan Bakhayev dan Tamerlan Eskerkhanov diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa.

Pada 27 Februari lalu, Nemtsov yang merupakan pengkritik lantang Presiden Vladimir Putin telah ditembak mati berhampiran dengan Kremlin di Moscow. - Press TV

Mata dicungkil, telinga dikerat


Mata dicungkil, telinga dikerat
Davoud Roushanaei (dua, kanan) buta mata kiri dan kehilangan cuping telinga kanan selepas disimbah asid pada 2005.
SEORANG pemuda yang didapati bersalah menyimbah mangsanya menggunakan asid menerima padah apabila sebuah mahkamah Iran mengarahkan supaya sebelah matanya dicungkil.

Menurut laporan Independent, bukan itu sahaja, mahkamah turut mengarahkan supaya salah satu cuping telinganya dikerat.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Hamid itu, didapati bersalah menyerang Davoud Roushanaei pada 2004 menggunakan cecair asid sehingga menyebabkan wajahnya hancur.

Akhbar harian Iran, Hamshahri melaporkan, hukuman ke atas Hamid telah ditetapkan pada 3 Mac lalu, namun pelaksanaannya ditangguhkan pada tarikh baharu.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan Hamid supaya membayar diyat atau wang darah kepada mangsa dan menjalani hukuman penjara selama 10 tahun.

Hamid bertindak menyerang Davoud pada Ogos 2005 selepas wanita terbabit berulang kali menolak lamarannya untuk berkahwin.

140 bumbung rumah diterbang angin pusar

Sik: “Saya terkejut mendengar bunyi angin kuat sebelum ternampak pusaran angin dari arah hadapan rumah yang kemudian menerbangkan bumbung rumah dan kedai dari kawasan perumahan,” kata saksi kejadian, Sobri Wahab, 47.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, semalam, lebih 140 rumah penduduk sekitar Bandar Baru Beris Jaya dan 10 premis perniagaan mengalami kerosakan.
Sobri berkata, bumbung rumahnya turut diterbangkan angin menyebabkan air masuk ke dalam rumah.
“Panik dengan keadaan itu, saya yang sedang berniaga di depan rumah segera berlari ke kawasan lapang lalu melaungkan azan dengan harapan ribut berhenti.
“Melihat angin yang semakin kuat sehingga menyebabkan bumbung rumah berterbangan, saya berlari masuk ke dalam rumah dan melaungkan azan untuk kali kedua,” katanya yang ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Penduduk lain, Ku Sadoh Ku Pin, 45, berkata ketika kejadian itu, dia sedang berada di halaman rumahnya sebelum bergegas masuk ke dalam rumah sebaik melihat pusaran angin yang kuat datang dari arah depan rumah.
“Saya berlari masuk ke dalam rumah bagi melihat keadaan anak berusia 17 tahun yang sedang tidur.
“Malangnya rumah turut mengalami kerosakan pada bahagian bumbung apabila bumbung bangsal diangkat angin terbabit lalu menghempap bumbung rumah,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Briged Sukarelawan 1Malaysia Daerah Sik Mahadzir Abdul Hamid ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.35 petang berhubung kejadian itu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri berkata, seramai 50 anggota Briged kesukarelawan Malaysia Daerah Sik dan ahli Pergerakan Pemuda UMNO Sik bergegas ke tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 9:10 AM


SEBAHAGIAN peralatan perniagaan milik Sobri yang rosak dalam kejadian ribut di Bandar Baru Beris Jaya, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35871#sthash.ogI6XNbu.dpuf

Kunci mulut isu bercoli

Kuala Lumpur: Pelakon Diana Danielle bertindak mengunci mulut berhubung kontroversi gambarnya memakai coli dan membalut badan dengan bendera Amerika Syarikat dalam sesi fotografi sebuah majalah gaya hidup berbahasa Inggeris keluaran Mac.
Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 24, yang cuba dihubungi tidak memberikan sebarang respons bagi mendapatkan penjelasannya mengenai gambar berkenaan.
Bagaimanapun, Diana menerusi status di Instagram semalam berkata, kebebasan untuk menjadi diri sendiri tidak memerlukan keizinan mana-mana pihak.
Kenyataan itu sekali gus mencetuskan tanda tanya seolah-olah Diana mahu mempertahankan dirinya berhubung gambar berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 9:05 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35867#sthash.lvLJ5iHf.dpuf

Lagi gadis bertudung peluk anjing

Georgetown: Satu lagi insiden membabitkan orang Islam memegang anjing dikesan dalam program ‘Opt To Adopt’ yang dianjurkan sebuah kolej swasta di pusat beli-belah di negeri ini dan mula tersebar luas di laman sosial, semalam.
Menerusi gambar yang tersiar di laman Facebook Penang Kini dan Penang Times Square itu, kelihatan seorang wanita bertudung mendukung serta memeluk anjing dan perlakuannya dirakam seorang individu lelaki menggunakan telefon bimbit.
Difahamkan, program dianjurkan selama empat hari sehingga kelmarin itu bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penjagaan anjing liar sebagai haiwan peliharaan dan dianjurkan pelajar diploma Kelab Pengurusan kolej berkenaan.
Pengerusi Badan Bertindak Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) Mohamed Hafiz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) perlu menyiasat wanita berkenaan dengan segera.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 7:07 AM


GAMBAR wanita bertudung mendukung anjing di Pulau Pinang yang menjadi viral di laman facebook.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35776#sthash.hBDS5jg5.dpuf

Ugut bawa geng

Melaka: “Wa ada geng... lu boleh buat... saya juga boleh buat, wa cakap tak bohong! (Saya ada geng.. awak boleh buat.. saya juga boleh buat, saya tidak cakap bohong)” kata seorang lelaki kepada pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia yang menyerbu sebuah pub di Melaka Raya di sini, malam kelmarin.
Ketika kejadian jam 12.15 tengah malam itu, pub berkenaan lokasi terakhir diperiksa imigresen Melaka yang melancarkan Ops Sayang bagi mengesan pendatang asing.
Ketika anggota pasukan itu melakukan pemeriksaan pasport, seorang lelaki dipercayai pemilik premis mempersoalkan tindakan penguat kuasa yang didakwanya mengganggu urusan di premisnya dan mengeluarkan kata-kata itu.
Pengarah Imigresen Melaka Mahpof Mahmod berkata, pihaknya tidak akan terjejas dengan sebarang ugutan daripada sesiapa saja.
“Kami menjalankan tugas dan tidak akan tunduk kepada mereka yang gagal mematuhi arahan. Malah, anggota kami sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 7:04 AM


ANTARA GRO warga asing yang ditahan selepas serbuan, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35773#sthash.MXb2a4mi.dpuf

Dikurung dalam sangkar babi

Nanning, China: Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dipaksa melutut meminta maaf, dimasukkan ke dalam sangkar babi sebelum direndam di dalam tasik sebagai hukuman kerana mencuri wang berjumlah lebih 20,000 yuan (RM11,800).
Portal berita NetEase melaporkan, budak itu memasuki sebuah rumah dengan memanjat tembok sebelum masuk melalui tingkap di tingkat dua.
Seorang jiran yang melihat kejadian itu menyangka budak berkenaan saudara jirannya yang datang melawat ketika musim perayaan.
Jiran itu hanya menyedari budak lelaki itu pencuri selepas mangsa mengadu wangnya hilang.
Penduduk kampung yang berang mengambil keputusan menghukum kanak-kanak berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 7:08 AM


GAMBAR kanan menunjukkan kanak-kanak yang namanya tidak disiarkan direndam dalam tasik. Gambar kiri, budak itu dimasukkan ke dalam sangkar dengan memegang wang yang dicurinya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35647#sthash.hbC80BK4.dpuf

Susuri mayat adik terapung

Seremban: “Saya amat sedih kerana kehilangan rakan baik dalam kejadian ini,” kata mangsa kemalangan, Abdul Samad Mydin Gani, 39, ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Tuanku Ja’afar, semalam.
Penyelia ladang itu kelihatan sugul kerana masih terkejut dengan kejadian mengorbankan rakannya, peniaga kain sari, K Kumaran selepas kereta Proton Saga FL dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang besar di Jalan Persiaran Senawang 1, jam 10.45 malam kelmarin.
Mayat mangsa ditemui jam 8.15 pagi semalam bersebelahan kereta yang dihanyutkan arus.
Katanya, ketika kejadian, hujan lebat dan dia yang sedang tidur tersentak apabila kereta dipandu Kumaran tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar batu sebelum terhumban ke dalam longkang berkenaan.
Menurutnya, dalam keadaan mencemaskan itu, dia sempat membuka cermin tingkap untuk keluar dan meredah air separas leher sebelum berjaya menyelamatkan diri dengan memanjat tebing batu sangkar.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 7:14 AM


KEADAAN kereta yang terbabas ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras, malam kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35649#sthash.cj0yOZO0.dpuf

Cemas kereta berapi

Shah Alam: “Saya sangka bunyi kuat itu berpunca batu besar yang jatuh daripada rumah yang sedang dibaik pulih. Tetapi, tergamam apabila ternampak kepulan asap hitam dan api marak membakar sebuah kereta di sebelah rumah jiran,” kata Nor Fawziah Haron, 60.
Dia menceritakan detik cemas kebakaran sebuah kereta di Seksyen 20, di sini, semalam.
Sebelum kejadian jam 8.30 pagi itu, kereta Proton Saga BLM itu diletakkan di tepi jalan oleh pemiliknya musnah dipercayai akibat masalah teknikal pada kenderaan itu.
Menurut Nor Fawziah, dia ternampak kepulan asap dari lorong bersebelahan rumah jiran dan memberanikan diri mendekatinya sebelum melihat api marak membakar kenderaan itu.
“Keadaan itu membuatkan saya tergamam dan menjerit meminta pertolongan jiran supaya menghubungi bomba kerana bimbang kebakaran akan merebak ke rumah berdekatan.
“Sebaik mendengar jeritan, beberapa jiran bertungkus-lumus memadamkan api dan menyelamatkan kereta serta harta benda masing-masing,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 7:24 AM


KERETA yang ditinggal pemilik hangus dalam kebakaran.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35653#sthash.JrtjINLX.dpuf

Didakwa bunuh bayi

Sungai Petani: Seorang buruh kampung berusia 33 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, pagi ini atas tuduhan menyebabkan kematian bayi perempuannya yang berusia enam bulan pada 24 Februari lalu.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, A Dhivianathan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nuraswan Aminuddin di hadapan Majistret Mohd Izham Ali, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berdasarkan pertuduhan, Dhivianatham yang hanya bekerja kampung didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian mangsa dalam kejadian di rumah di Taman Sutra, di sini, antara 1 pagi hingga 12.20 tengah hari pada 24 Februari lalu.
Mahkamah kemudian menetapkan 12 April depan sebagai tarik sebutan semula kes.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 2:37 PM


A Dhivianathan dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menyebabkan kematian anak perempuannya. FOTO Amran Hamid
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35697#sthash.s4ybPd1x.dpuf

Padah samun pengurup wang

Kuala Lumpur: Seorang penjayah maut ditembak pengawal keselamatan ketika dipercayai cuba menyamun premis pengurup wang bersama tiga rakannya di pusat beli belah di Taman Maluri, Cheras, 11 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, suspek bersama tiga rakannya dipercayai datang menaiki satu kereta dan motosikal sebelum menyerbu masuk ke dalam premis pengurup wang itu.
Bagaimanapun, kehadiran kumpulan penjenayah itu disedari pengawal keselamatan pusat beli belah berkenaan yang cuba menghalang tindakan kumpulan penjenayah itu.
Difahamkan pengawal keselamatan berusia 50-an terbabit melepaskan tiga das tembakan dan mengenai seorang suspek yang dipercayai cuba menyerang lelaki itu menggunakan parang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 2:52 PM


KENDERAAN dipercayai milik kumpulan suspek ketika cuba menyamun premis mengurup wang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35701#sthash.qJ3B4vfR.dpuf