Search This Blog

Saturday, March 7, 2015

Sepak Anak Hendak Solat, Pengawal Keselamatan Dipenjara Empat Bulan


Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 5:07 PM

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pengawal keselamatan menyepak anaknya berusia lapan tahun yang hendak menunaikan solat dibalas dengan hukuman penjara empat bulan, Jumaat oleh Mahkamah Majistret, di sini.
Majistret Zuraini Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasrol Azhar Rahmat, 36, setelah dia mengaku bersalah dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap, 14 Januari lepas.
Ketika menjatuhkan hukuman, Zuraini sempat menasihati Hasrol Azhar supaya mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.
"Saya memandang berat kes ini kerana setiap hari ada kes dera anak yang dibawa ke mahkamah. Walaupun anak sendiri tidak boleh pukul," katanya.
Hasrol Azhar didakwa mendera anaknya berusia 8 tahun dengan menyepak mangsa di sebuah rumah pangsa, Wangsa Maju di sini, kira-kira pukul 7.19 malam, 3 Disember lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.
Menurut fakta kes, tertuduh menyepak anaknya sewaktu mangsa hendak membentang sejadah untuk menunaikan solat Maghrib.
Perbuatan itu diketahui kakak tertuduh pada 5 petang, 7 Januari lepas yang kemudiannya turut dimaklumkan oleh mangsa bahawa dirinya sering didera tertuduh.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut, manakala bapanya ditangkap pihak polis.
Ketika rayuan, tertuduh, yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan selain memohon maaf kepada mahkamah atas kesalahan yang dilakukannya.
"Saya juga mahu mohon hukuman ringan kerana anak-anak sedang menunggu saya di luar sana," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal agar tertuduh insaf selain dapat menjadi ikhtibar kepada masyarakat.

Kanak-Kanak Maut Caj Bateri


Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 1:06 AM

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mengecas bateri motosikal mini milik abangnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang Khamis, mangsa, Mohd Azmar Tahkim Asri terkena renjatan elektrik dipercayai akibat litar pitas.

Kejadian berlaku di rumahnya di Taman Putri, Pokok Sena, di sini.

Kanak-kanak malang itu dijadual untuk menerima anugerah kecemerlangan akademik bagi mata pelajaran Bahasa Arab di sekolahnya minggu depan.

Ketika kejadian, difahamkan ibu mangsa Sarinah Akob, 40 dan abangnya, 18, sedang tidur di bilik lain sebelum dikejutkan dengan jeritan mangsa.

Bagaimanapun mangsa sudah tidak sedarkan diri selepas ibu dan abangnya bergegas ke bilik lokasi kejadian.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Rohana Omar mengesahkan kejadian, berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Lelaki Disyaki Anggota 'Geng 18' Maut Ditembak Polis Di Kg Melayu Hicom


Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 3:19 PM
Sebahagian kenderaan yang dirampas dalam Ops Cantas Khas Selangor yang ditempatkan di IPD Klang Selatan, Jumaat.

KLANG: Seorang lelaki warga tempatan disyaki anggota kumpulan gengster 'Geng 18' ditembak mati sepasukan polis dalam insiden berbalas tembakan di kawasan Kampung Melayu Hicom, dekat sini, Jumaat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, dalam kejadian 8 pagi itu, sepasukan anggota Ops Cantas Khas terserempak dengan suspek yang sedang memandu dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan di sekitar sebuah sekolah rendah di Taman Sri Muda, dekat sini.
Cubaan pasukan berkenaan untuk menahan kereta yang dipandu lelaki berumur 35 tahun itu gagal apabila suspek bertindak merempuh kenderaan polis sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota terlibat.
"Di sebabkan itu, pasukan Ops Cantas Khas terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri, menyebabkan suspek memecut keretanya untuk melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh (kanan) dan Abdul Samah (tengah) pada sidang media Ops Cantas Khas Selangor, Jumaat. 
Beliau berkata, kereta suspek dikejar sehingga ke Kampung Baru Hicom yang terletak lima kilometer dari tempat kejadian sebelum polis mengepung sebuah kedai besi buruk di situ, selepas mendapati kereta suspek diletak berhampiran.
Abdul Samah berkata, suspek yang panik dengan kehadiran polis bertindak melepaskan tembakan ke arah pasukan itu menyebabkan berlaku sekali lagi insiden berbalas tembakan sehingga meragut nyawa suspek.
Katanya, polis merampas sepucuk pistol jenis Revolver dan beberapa butir peluru yang digunakan suspek dalam insiden berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah ketika ditemui menyatakan siasatan awal mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau termasuk lima rekod membabitkan kes bunuh di sekitar Lembah Klang.
Mayat suspek dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Kanak-Kanak Tiru IS, Bakar Rakan Dalam Sangkar


Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 10:09 AM

SEORANG kanak-kanak berusia 10 tahun di Yaman nyaris maut apabila dibakar rakannya di dalam sebuah sangkar selepas mereka cuba meniru hukuman yang dilakukan kumpulan militan, Negara Islam (IS) terhadap juruterbang Jordan.
Mangsa yang belum didedahkan identiti itu, dilapor telah diserang oleh lebih dari tujuh kanak-kanak sebelum mereka mengurungnya di dalam sebuah sangkar di kampung Dahtaht.
Ketika mangsa mula dibakar, sekumpulan penduduk telah melihat kejadian itu dan menyelamatkannya daripada maut di dalam sangkar berkenaan.
Baru-baru ini dunia digemparkan dengan hukuman bakar hidup-hidup terhadap juruterbang Jordan, Muaz Alkasasbeh oleh IS.
Hukuman seumpama itu adalah yang pertama dilakukan kumpulan militan terhadap tawanan selepas hukuman lain seperti tembak dan sembelih.
Kanak-kanak yang cuba membakar rakan mereka itu didakwa mendapat idea untuk bertindak demikian selepas melihat video pembunuhan juruterbang Jordan di telefon bimbit milik ahli keluarga.
Berikutan kejadian tersebut, kaki kanan mangsa melecur dan dia berada dalam keadaan trauma.

Penduduk Pecah Masuk Penjara, Pukul Suspek Rogol Hingga Mati


Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 9:26 AM

NEW DELHI: Keganasan seksual yang semakin menghantui penduduk India ketika ini mendorong sekumpulan masyarakat di timur laut negara itu untuk memecah masuk sebuah penjara bagi mendapatkan suspek kes rogol yang ditahan pihak berkuasa.
Lelaki berusia 35 tahun itu yang didakwa merogol seorang gadis berulang kali sebelum ditahan pada 24 Februari lalu telah diheret keluar dari penjara di Nagaland sebelum dipukul sehingga mati.
"Satu perhimpunan besar-besaran oleh pelajar dan penduduk telah diadakan di Dimapur (ibu negeri Nagaland) pada pagi Khamis, mereka kemudian telah memecah masuk penjara dan mengheret suspek keluar," lapor akhbar tempatan.
Dalam laporan lain pula mendakwa, peserta demonstrasi itu berjaya memecah pintu pagar utama penjara sebelum menceroboh untuk mendapatkan suspek.
Suspek yang dipukul sehingga mati telah diheret dan digantung di bandar itu bagi memberi peluang kepada peserta demonstrasi melepaskan geram dan bergambar.
"Keadaan amat tegang, kami cuba mengawal keadaan," jelas polis bandar itu, Supritendan Meren Jamir.
Kemarahan penduduk terhadap pesalah seksual di negara itu meruncing dan  tidak dapat dikawal apabila sebuah saluran televisyen asing menyiarkan dokumentari melibatkan kes rogol yang mendapat perhatian baru-baru ini.
Pesalah dalam dokumentari berkenaan turut menyalahkan gadis yang suka keluar malam tanpa menyesal akan kesalahan yang telah dilakukan.

20,002 DVD Cetak Rompak Bernilai RM100,010 Dirampas


Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 2:28 PM

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 20,002 keping DVD cetak rompak bernilai RM100,010 dirampas dalam dua serbuan di Butterworth, di sini pada Rabu (4 Mac) dan Khamis (5 Mac).

Timbalan Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata daripada jumlah itu, sebanyak 4,436 DVD pelbagai tajuk filem dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Butterworth pada pukul 6 petang Rabu (4 Mac).

"Dalam serbuan kedua di Jalan Raja Uda pada pukul 6.30 petang semalam pula, kami merampas 15,566 DVD cetak rompak pelbagai filem di sebuah rumah kedai dua tingkat," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Beliau berkata dua serbuan itu dibuat hasil maklumat awam dan risikan berikutan laporan sebuah syarikat yang memperoleh hak cipta untuk pengeluaran DVD filem-filem berkenaan mendakwa terdapat pihak lain mengeluarkan DVD cetak rompak milik mereka.

Iskandar Halim berkata hasil siasatan mendapati premis rumah kedai di Butterworth itu dijadikan tempat penyimpanan DVD cetak rompak sebelum diedar kepada peniaga lain di sekitar negeri ini.

Beliau berkata dalam serbuan di Jalan Raja Uda pula, pihaknya terpaksa menggunakan alat pemotong untuk memecahkan pintu premis yang berkunci dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu laluan rahsia melalui ruang tandas di kedai berkenaan yang membawa ke sebuah bilik penyimpanan DVD cetak rompak.
"Kami terpaksa melalui tiga pintu khas sebelum sampai ke bilik yang menyimpan pelbagai DVD itu dan siasatan mendapati kedai itu bukan sahaja menjual sendiri DVD-DVD itu malah merupakan pembekal kepada peniaga di sekitar negeri ini dan Kedah," katanya.

Iskandar Halim berkata kedai itu dipercayai menjalankan operasi sejak dua tahun lepas dan pernah diserbu serta diambil tindakan beberapa kali sebelum ini.

"Ketika serbuan, tiada sesiapa di kedua-dua premis itu. Usaha mengesan pemilik premis giat dijalankan bagi membantu siasatan," katanya.

Anggota Polis Maut Kemalangan Di Bayan Lepas


Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 4:39 PM

GEORGE TOWN: Seorang anggota polis maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah van kilang di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas di sini Jumaat.
Lans Koperal B. Sukumaran, 31, mati ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Bayan Baru di sini, beberapa jam selepas kemalangan pada 6.30 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah Hin berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan itu berlanggar dari arah hadapan menyebabkan mangsa tercampak dari motosikalnya dan mengalami kecederaan parah.
"Mangsa mengalami kecederaan dalaman di bahagian kepala, perut, pecah pundi kencing selain patah serta luka kaki kanan," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.
Beliau berkata, mangsa yang masih bujang bertugas di Balai Polis Bayan Lepas sebelum dipinjamkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Januari 2013 dan sedang melakukan tugas khas ketika kejadian itu.
Beliau berkata, mayat Sukumaran dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan akan menjalani upacara pengebumian di kampung halamannya di Melaka.
Lai berkata, polis akan menahan pemandu van berusia 40-an untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Indonesia Tolak Tawaran Pertukaran Banduan Dengan Australia


Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 10:23 PM
Banduan warga asing yang akan menjalani hukuman mati selepas rayuan ditolak. Atas dari kiri, warga Australia Myuran Sukumaran dan Andrew Chan; warga Perancis, Serge Atlaoui dan rakyat Brazil, Rodrigo Gularte. Bawah dari kiri, warga Nigeria, Raheem Agbaje Salami, rakyat Filipina, Mary Jane Fiesta Veloso, dan seorang lagi warga Nigeria, Silvester Obiekwe Nwolise.

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menolak tawaran Australia untuk membuat pertukaran banduan bagi menyelamatkan dua warganegaranya yang dihukum mati di Indonesia berhubung kes pengedaran dadah.
Media-media utama di negara ini memetik Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali Jokowi berkata, Indonesia tetap menjaga hubungan baik dengan negara-negara jiran namun masih terdapat batasan yang perlu dihormati oleh semua pihak iaitu menghormati kedaulatan undang-undang sesebuah negara.
"Kedaulatan hukum tetap kedaulatan hukum, kedaulatan politik tetaplah kedaulatan politik," katanya.
Jokowi dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas tawaran Menteri Luar Australia, Julie Bishop untuk menukar dua banduan warga negara Australia, Andrew Chan dan M.Sukumaran yang dihukum mati kerana kesalahan pengedaran dadah.
Beliau berkata, gejala penagihan dadah di negara ini adalah serius dan ia disebabkan oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang semakin berleluasa.
Katanya, hukuman mati tidak seharusnya hanya dilihat dari perspektif banduan terbabit tetapi juga mangsa-mangsa yang telah terkorban akibat dadah.
"Lihatlah berapa yang meninggal, generasi muda kita. Jangan selalu dilihat yang dihukum. Lihatlah korban-korbannya ... pada setiap tahun terdapat empat hingga lima juta orang yang terpaksa menjalani rawatan pemulihan dadah," katanya.
Siaran televisyen tempatan hampir setiap hari menyiarkan laporan secara langsung mengenai perkembangan hukuman tembak itu yang belum ditentukan tarikhnya.
Hukuman itu akan dilaksanakan di Lapangan Tembak di penjara Nusakambangan, di Jawa Tengah dan semua banduan terbabit sudah ditempatkan di bilik akhir penjara di pulau itu.
Di Indonesia, hukuman berkenaan dilaksanakan oleh pasukan penembak khas selepas waktu tengah malam.

Pakistan rampas 2,000kg daging labi-labi



GAMBAR fail bertarikh 11 September 2014 ini menunjukkan kura-kura berbintik hitam berenang di sebuah kolam di pusat kuarantin haiwan di bandar Sukkur, Pakistan. - AFP


KARACHI – Pihak berkuasa Pakistan akan memulakan siasatan selepas hampir 2,000 kilogram (kg) daging labi-labi yang diambil daripada lebih 4,000 ekor haiwan tersebut berjaya dirampas di sebuah pelabuhan di sini, lapor sumber kastam semalam.
“Ini merupakan kiriman labi-labi terbesar dalam sejarah kastam negara ini. Bekalan daging kering dan bahagian badan lain haiwan tersebut telah diambil daripada 4,200 labi-labi dengan nilai melebihi AS$6 juta (RM21.8 juta) di pasaran antarabangsa,” jelas pegawai kanan kastam, Iran Javed kepada agensi berita AFP.
Tambahnya, satu kes di bawah undang-undang jenayah dan hidupan liar telah didaftarkan dan usaha membuat tangkapan telah dimulakan. Sebuah syarikat tempatan yang berdaftar dengan kawasan mewah di bandar ini telah mengatur penghantaran bekalan tersebut kepada seorang pengimport China di Hong Kong.
Cebisan daging haiwan itu turut dihantar untuk ujian makmal bagi mengesahkan spesiesnya sebelum kesemua barang rampasan itu disimpan di pusat barang rampasan Jabatan Kastam.
Pegawai kastam minggu lalu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup sekitar 1,900kg daging labi-labi berkenaan ke Hong Kong yang cuba disembunyikan di sebalik label daging ikan.
Pemburuan labi-labi untuk diseludup kepada pelanggan di China dan Thailand telah menjadi ancaman besar kepada spesies kura-kura yang tinggal di Sungai Indus itu.
Sekitar 200 ekor labi-labi yang dikelaskan sebagai haiwan terancam telah diseludup ke Xinjiang, China pada Jun tahun lalu tetapi pihak berkuasa Pakistan berjaya mendapatkan semula haiwan-haiwan tersebut dan memulangkannya ke Sungai Indus. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3TdOSbZ1L 
Hakcipta terpelihara 

Pecah cermin bas kerana pemandu enggan berhenti

GAMBAR menunjukkan cermin tingkap yang dipecahkan oleh Hao dalam satu insiden di Shanghai baru-baru ini. - AGENSI


SHANGHAI – Gara-gara tidak dibenarkan turun di satu tempat, seorang wanita, Dan Hao, 35, bertindak memecahkan tingkap bas awam yang dinaiki menggunakan tukul kecemasan.
Pemandu bas berkenaan, Shen Hsing, 43, memberitahu, dia mengikut jalan yang biasa dilaluinya di wilayah Huangdu sebelum diminta untuk memberhentikan kenderaan oleh wanita tersebut.

RAKAMAN menunjukkan Hao menarik tukul kecemasan untuk meminta pemandu memberhentikan bas di satu tempat. - YOUTUBE


Namun, apabila permintaannya tidak diendahkan, wanita itu bertindak ganas dengan melakukan vandalisme ketika bas sedang bergerak.
“Saya sudah memaklumkan tidak boleh berhenti sebarangan, tetapi wanita itu tetap berdegil dan mula menjerit,” kata Hsing.
Tambahnya, dia cuba menghalang Hao kerana takut mencederakan penumpang lain, bagaimanapun wanita itu menjerit dan menuduhnya cuba melakukan serangan seksual.
Video tersebut menjadi viral di laman sosial dan pihak polis telah menahan suspek untuk disoal siasat. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3TdNVd2xt 
Hakcipta terpelihara 

Benjy ditangkap kali ketiga

Oleh NUR AISHAH AMIN

BENJY ditahan lagi bagi membantu siasatan kes dadah.


KUALA LUMPUR – Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy ditahan bersama seorang wanita dan seorang lelaki di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Yap Ah Shak di sini pada Khamis lalu bagi membantu siasatan kes memiliki dan mengambil dadah.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Superintendan Adnan Azizon berkata, Benjy, 37, dan dua yang lain ditahan pada pukul 9.30 malam selepas polis menerima maklumat me­ngenai kegiatan mencurigakan di hotel bajet tersebut.

Inilah hotel bajet di Jalan Yap Ah Shak, Kuala Lumpur yang menjadi lokasi Benjy dan dua rakannya ditangkap kelmarin bagi membantu siasatan kes dadah.


“Semasa serbuan di bilik hotel itu, pasukan JSJN Kuala Lumpur mendapati Benjy, seorang wanita dan seorang lelaki lain berada di bilik hotel tersebut.
“Pemeriksaan lanjut menemui beberapa bungkus kecil dadah disyaki jenis syabu,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Wanita dan lelaki yang ditahan bersama Benjy masing-masing berusia 29 dan 37 tahun.
Adnan memberitahu, pemeriksaan lanjut kemudian menemui sepucuk pistol angin yang mengandungi peluru bebola besi di dalam sebuah beg yang berada di bilik hotel itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3TdKldRtA 
Hakcipta terpelihara 

Ibu empat anak ditemui mati dikelar di rumah

Oleh SUHANA MD. YUSOP


DI salah sebuah rumah di tingkat satu bangunan inilah mayat Komethy (gambar kecil) ditemui mati dikelar di Taman Putra Perdana dekat Sepang malam kelmarin.


SEPANG – Seorang wanita ditemui mati dikelar di ruang tamu rumah sewanya yang baru dua hari didiaminya di tingkat 1, Jalan Putra Perdana 5F, Taman Putra Perdana dekat sini malam kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai D. Komethy berumur 31 tahun itu ditemui terlentang di atas tilam dalam keadaan berpakaian baju blaus bercorak petak bunga dan berseluar paras lutut oleh orang awam kira-kira pukul 9 malam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Awang berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam iaitu seorang lelaki India pada pukul 9 malam yang memberitahu terdapat mayat perempuan India di rumah kedai itu.
“Setibanya di rumah itu, polis mendapati pintu rumah dalam kea daan terbuka dengan lampu menyala. Hasil siasatan menjumpai mayat seorang perempuan India dalam keadaan terlentang di atas tilam bujang di ruang tamu rumah tersebut.
“Pemeriksaan pada badan mangsa terdapat tiga kesan luka akibat dikelar pada bahagian hadapan hingga belakang leher, telinga kanan dan pipi kiri mangsa. Tiada kece deraan lain ditemui pada badan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3TdKvFgvW 
Hakcipta terpelihara 

Ahli ‘Geng 18’ maut ditembak polis

Oleh MOHD. AZLI ADLAN


MOHMAD (kanan) melihat barang yang dirampas daripada penjenayah dalam Ops Cantas Khas Selangor selepas sidang akhbar di IPD Klang Selatan, Klang semalam.


KLANG – Seorang lelaki yang dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap ‘Geng 18’ yang menjadi buruan pihak berkuasa sejak beberapa bulan lalu ditembak mati oleh sepasukan polis dalam kejadian berbalas tembakan di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, sepasukan anggota Ops Cantas Khas terserempak dengan suspek berusia 37 tahun yang sedang memandu kereta jenis Toyota Camry dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 33, Shah Alam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kenderaan peronda yang dinaiki tiga anggota polis telah memintas kereta suspek di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang
Emerald bagi menahannya untuk pemeriksaan.
“Bagaimanapun suspek tiba-tiba merempuh kenderaan peronda dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis sebelum memandu laju menuju ke Kampung Baru Hicom.
“Selepas menjejak hampir sejam, kereta suspek ditemui di hadapan sebuah premis besi buruk di Kampung Baru Hicom iaitu kira-kira 9 kilometer dari SJKT Ladang Emerald,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3TdLTtIcR 
Hakcipta terpelihara 

3 anak maut di padang yang sama

SEORANG lelaki dipercayai ahli keluarga melihat mayat Norhanizam yang diletak dalam kenderaan polis ketika dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat semalam.


KUALA LIPIS – Nasib malang seorang bapa yang kematian dua anaknya di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Merapoh pada tahun 2006 dan 2008 berulang kembali apabila seorang lagi anaknya mati di padang sekolah yang sama petang kelmarin.
Dalam kejadian pukul 2.26 petang itu, murid darjah enam SK Teluk Gunung, Ahmad Norhanizam Borhan, 12, maut selepas pengsan ketika sedang menyertai pertandingan olahraga di padang tersebut.
Difahamkan, pada 2006 dan 2008, anak sulung dan anak kedua Borhan Yunus, 51, juga pengsan sebelum meninggal dunia ketika berjalan di padang sama kira-kira dua meter dari lokasi Norhanizam pengsan kelmarin.
Lebih memilukan, bimbang tragedi sama menimpa dua anak perempuannya itu berulang, Borhan bertindak menghantar Norhanizam yang merupakan anak keempat belajar di SK Teluk Gunung walaupun sekolah tersebut terletak lebih jauh dari rumahnya berbanding dengan SK Merapoh.
Menurut Borhan, pada hari kejadian, dia menemani anaknya pada sebelah pagi sebelum pulang ke rumah selepas guru sekolah berkenaan memaklumkan akan menghantar anaknya pulang selepas sukan berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3TdL6xiQB 
Hakcipta terpelihara 

Suspek rogol dipukul hingga mati


Suspek rogol dipukul hingga mati
Tertuduh dilontar batu dan dipukul beramai-ramai hingga mati.
NEW DELHI - INDIA. Seorang suspek kes rogol di India maut selepas dipukul beramai-ramai di timur laut negara itu berikutan kemarahan penduduk terhadap kadar keganasan seksual yang semakin meningkat di negara berkenaan.

Menurut AFP, puluhan perusuh dikatakan memecah masuk ke penjara di bandar Dimapur dan menculik tertuduh sebelum dilucutkan pakaian, diseret sejauh 6 kilometer (km) dan dipukul hingga mati.

Akhbar The Hindustan Times melaporkan, orang ramai merobohkan dua pintu pagar dan melarikan suspek sebelum dia diheret ke menara jam yang merupakan mercu tanda di bandar tersebut.

Laporan lain turut menyebut, orang ramai mula berarak menuju ke penjara dari lokasi sejauh hampir 7 km.

"Keadaan sangat tegang. Kami akan cuba yang terbaik untuk memulihkan keadaan," menurut pegawai polis Meren Jamir.

Difahamkan, suspek yang ditahan 24 Februari lalu atas dakwaan merogol seorang pelajar kolej dikenal pasti sebagai peniaga kereta berusia 35 tahun.

Indonesia umum tarikh hukuman mati


6 Mac 2015


JAKARTA - INDONESIA. Peguam Negara Indonesia akan mengumumkan tarikh pelaksanaan hukuman mati ke atas 11 tertuduh dalam masa terdekat, menurut jurucakap kerajaan, semalam.

"Ia akan diumumkan kemudian dan bukan seperti yang diuar-uarkan beberapa pihak," kata Tony Spontana.

Sementara itu, Australia telah menawarkan perjanjian pertukaran tahanan sebagai usaha untuk membebaskan dua warga mereka yang bakal berdepan hukuman mati dalam masa beberapa hari lagi.

Media tempatan melaporkan Menteri Luar, Julie Bishop membuat tawaran untuk menghantar pulang tiga penyeludup dadah warga Indonesia jika perjanjian itu dipersetujui. - Reuters

Ketua kartel dadah Mexico tumpas


Ketua kartel dadah Mexico tumpas
Morales (tengah) dikawal ketat tentera sebaik tiba di lapangan terbang Mexico City. Foto: AFP
MEXICO CITY - Pasukan keselamatan Mexico berjaya memberkas ketua kumpulan dadah paling berbahaya, Omar Trevino Morales dalam satu serbuan di utara Monterrey, kelmarin.

Ia merupakan penangkapan berprofil tinggi kedua oleh polis dan tentera Mexico sejak beberapa minggu lalu dalam usaha Presiden Enrique Pena Nieto membanteras jenayah terancang.

Morales adalah adik lelaki kepada Miguel Angel Trevino, iaitu bekas pemimpin utama geng dadah Los Zetas yang ditangkap pada 2013.

"Morales ditangkap bersama empat lelaki lain dalam dua operasi berasingan pada awal pagi Rabu. Dia antara suspek paling dikehendaki dan memiliki profil yang sangat bahaya," kata Pengarah Suruhanjaya Keselamatan Negara, Monte Alejandro Rubido.

Amerika Syarikat sebelum ini menawarkan ganjaran ASD$5 juta (RM18 juta) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapannya.

AS mendakwa Morales bertanggungjawab dalam beberapa kes penculikan dan pembunuhan termasuk penyeludupan kokain. - Reuters

Ahli kongsi gelap ‘Geng 18’ ditembak mati


KLANG 6 Mac – Seorang lelaki warga tempatan dipercayai ahli kongsi gelap ‘Geng 18’ berjaya ditembak mati se­pasukan polis selepas berbalas tembakan di kawasan Kampung Me­layu Hicom, pagi ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, kejadian pada pukul 8 pagi itu berlaku sema­sa sepasukan anggota Op Cantas yang melakukan rondaan di sekitar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Emerald terserempak dengan suspek yang memandu dalam keadaan yang mencurigakan.
Katanya, susulan itu, pasukan Op Cantas Khas cuba menahan ke­re­ta suspek namun penjenayah ber­­ tindak ganas apabila merempuh kenderaan yang dinaiki polis sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota berkenaan.
“Demi mempertahankan diri, pasukan khas terpaksa melepaskan tembakan menyebabkan suspek memecut laju dan berlaku insiden mengejar sehingga ke Kampung Ba­ru Hicom,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Op Cantas Khas Sela­ngor di Ibu Pejabat Daerah Klang Se­latan (IPD) di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Ja­bat­­an Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.
Katanya, suspek yang ber­umur 32 tahun itu melarikan diri ke Kampung Baru Hicom yang terletak kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian sebelum polis bertindak mengepung kawasan terbabit.
Tambahnya, suspek dikatakan meletakkan kereta tersebut ber­ham­­piran sebuah kedai besi buruk di situ.
“Suspek yang cemas dengan ke­ha­diran polis bertindak melepaskan tembakan lagi ke arah pasukan Op Cantas sehingga menyebabkan berlaku insiden berbalas tembakan sehingga meragut nyawa suspek,” ujarnya.
Jelasnya, hasil siasatan, polis turut menemukan sepucuk pistol Revolver dan beberapa butir peluru yang digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Sia­satan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek juga mempunyai 13 rekod jenayah termasuk lima kes bunuh di sekitar Lembah Klang.
“Pihak polis kini meneliti latar belakang suspek dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/ahli-kongsi-gelap-8216-geng-18-8217-ditembak-mati-1.66746#sthash.CDfVupli.dpuf

Bekas anggota polis, Wan Muhaimin dicari


LIMBANG 7 Mac - Polis Daerah Limbang sedang mengesan bekas anggota, Wan Muhaimin Wan Mohd. Yusoff yang dikeluarkan waran tangkap di Mahkamah Majistret Limbang.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Bukhori Saffai berkata, waran tangkap tersebut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, alamat penama adalah di No 99, Taman Bunga Matahari, 32400 Ayer Tawar Perak.
“Penama pernah berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang dan ditamatkan perkhidmatan atas tindakan disiplin kerana didapati bersalah atas kes Mahkamah Syariah.
“Kerjasama orang ramai diperlukan untuk menyalurkan maklumat ke balai berdekatan atau boleh menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Limbang di talian 085-211466/211691 atau 019-2711032,” katanya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/bekas-anggota-polis-wan-muhaimin-dicari-1.66480#sthash.ABWTkcCN.dpuf

Wanita mati dikelar


Ditemui berlumuran darah di rumah sewa

D.KOMETHY ditemui mati dibunuh di rumah kedai yang disewa mangsa
D.KOMETHY ditemui mati dibunuh di rumah kedai yang disewa mangsa di Taman Perdana Putra, Puchong, Selangor, kelmarin. – UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN
SEPANG 6 Mac - Seorang wanita ditemui mati berlumuran darah dipercayai dikelar di rumah yang ba­haru disewanya dua hari lalu di Jalan Putra Perdana 5F, Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini.
Mangsa yang dikenali sebagai D. Komethy, 31, ditemui terlentang di atas tilam dalam keadaan berpakaian baju blaus bercorak petak bunga dan berseluar pendek oleh orang awam kira-kira pukul 9 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Awang berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki pada pukul 9 malam untuk memaklumkan tentang kejadian tersebut.
“Ketika tiba di rumah mangsa, didapati pintu rumah dalam keada­an terbuka dengan lampu menyala dan kita menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan terlentang di atas tilam bujang di ruang tamu rumah tersebut.
“Mangsa ditemui dalam ke­ada­an berpakaian baju blaus berco­rak petak bunga dan memakai selu­ar pendek berwarna hitam.
“Pemeriksaan pada badan mang­sa terdapat tiga kesan luka akibat dikelar di bahagian hadapan hingga belakang leher, telinga kanan dan pipi kiri mangsa,” katanya ketika dihubu­ngi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Mohd. Yusoff, hasil siasatan lanjut mendapati mangsa telah bercerai sejak tujuh tahun lalu dan mempunyai empat orang anak dalam lingkungan umur empat hingga 10 tahun.
“Tiga daripada anak mangsa dijaga oleh ibunya di Sungai Chua, Kajang manakala seorang anak lelaki dijaga oleh bekas suami mangsa,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan so­al siasat dengan jiran terdekat didapati mangsa tinggal sendirian di rumah tersebut dan bekerja di bengkel milik bapanya berdekatan dengan rumah sewa berkenaan.
“Siasatan awal juga mendapati kejadian itu bermotif bunuh kera­na mempunyai kesan kelar dan di­perca­yai dilakukan oleh seseorang yang dikenali mangsa. Tiada sebarang senjata ditemukan di rumah tersebut,” ujarnya.
Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif dan lain-lain unsur jena­yah pembunuhan tersebut terma­suk menjejak suspek.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wanita-mati-dikelar-1.66745#sthash.oGAilpjR.dpuf