Search This Blog

Wednesday, March 4, 2015

Budak Perempuan Berusia 16 Tahun Mati Dikerat Abang Tiri


Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 5:09 PM
Becky Watts

> Polis akhirnya temui mayat Becky Watts, 16, dalam keadaan dikerat beberapa bahagian
> Dia tidak pulang ke rumah sejak 19 Feb lalu
> Gadis dari Bristol, UK itu disyaki dibunuh oleh abang tirinya sendiri
> Abang tiri dan kekasihnya kini ditahan polis
> Motif pembunuhan masih belum diketahui
> Jenayah ini telah mengemparkan seluruh United Kingdom
BRISTOL (UK): Becky Watts, gadis berusia 16 tahun yang hilang sejak 19 Februari lalu dan menjadi berita hangat di seluruh United Kingdom telah ditemui mati dengan keadaan anggota badannya dikerat-kerat di sebuah rumah tidak jauh dari kediaman keluarganya.
Sehubungan dengan penemuan mayatnya itu, polis telah menahan abang tiri mangsa yang berusia 28 tahun serta kekasih abang tirinya yang berusia 21 tahun kerana disyaki membunuhnya.
Polis telah memperolehi waran untuk menahan dan menyoalsiasat Nathan Matthews dan Shauna Phillips untuk tempoh empat hari mulai Selasa.
Bapa Becky Darren Galsworthy, 51,  dan ibu tiri mangsa Angie-Mae Galsworthy, 49.
Kedua-duanya ditahan sebaik sahaja polis menemui anggota badan yang telah dikerat-kerat di dalam sebuah rumah di sini.
Polis turut menahan lima lagi suspek yang berusia antara 23 hingga 29 tahun dipercayai ada kaitan dalam kes tersebut.
Ibu kepada abang tiri Becky, Angie-Mae Galsworthy, 49, adalah isteri kepada bapa mangsa, Darren, 51.
Sewaktu kehilangannya, Angie dan Darren telah muncul di kaca televisyen sambil menangis dan merayu supaya Becky pulang semula ke pangkuan mereka dengan segera.
Suprintendan Mike Courtiour mengadakan sidang media mengenai pembunuhan tersebut berhampiran lokasi kejadian.
Malah kekasih kepada abang tiri mangsa yang kini ditahan polis turut merayu melalui laman Facebooknya meminta orang ramai supaya turut membantu dalam mencari kehilangan Becky.
Sebaik sahaja Nathan dan kekasihnya Shauna ditahan polis, jiran-jiran mereka berkata, kedua-duanya adalah jiran tetangga yang kelihatan normal.
"Malah Shauna telah menghantar mesej kepada saya bertanya apakah jiran-jiran ada melihat adik perempuan kepada kekasihnya setelah dia hilang dua minggu yang lalu," kata seorang jiran.
Polis menemui mayat Becky pada malam Selasa di kawasan perumahan Barton Hill di sini hanya satu setengah batu dari rumah mangsa.
Anggota polis sedang berusaha mencari bukti di kawasan Becky dibunuh.
Motif pembunuhan tersebut masih belum diketahui.
Sehingga berita ini ditulis, pihak polis masih lagi mengeledah rumah di mana mayat Becky ditemui dan kawasan sekitarnya

Empat sekeluarga maut nahas di Beluran

SANDAKAN: Empat sekeluarga maut termasuk bayi berusia lima hari, manakala dua lagi parah apabila PERODUA Myvi dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 59, Jalan Beluran-Telupid, kira-kira 100 kilometer dari sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, mangsa yang maut ialah Ridzuan Basnu, 30; isterinya, Noorlilah Masli, 25, dan bayi perempuan mereka berusia lima hari serta ibu Noorlilah, Gaya Gudang, 50.
Dua yang parah adalah anak lelaki pasangan itu, Ahmad Kidam, 4, dan adik Noorlilah, Mohd Hazawan Masli, 16.
Difahamkan, enam sekeluarga itu dalam perjalanan dari Beluran ke Telupid sebelum bertembung dengan pacuan empat roda berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

32 pelombong maut dalam letupan di timur Ukraine



KELIHATAN dalam gambar lombong arang batu Zasyadko di Donetsk selepas kejadian letupan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 32 pelombong. - Foto AFP
DONETSK: Sekurang-kurangnya 32 pelombong terbunuh dalam kejadian letupan di lombong arang batu di kawasan dikuasai kumpulan pemberontak di timur Ukraine, hari ini.
"Ia tragedi yang menyedihkan berlaku pagi ini di Zasyadko (lombong). Terdapat mangsa yang ketika ini berjumlah 32," kata Pengerusi Parlimen Ukraine, Volodymyr Groysman memberitahu sidang Perlimen hari ini dengan meminta ahli Parlimen bertafakur selama satu minit.
Letupan berlaku di Bandaraya Donetsk, pusat konflik antara tentera kerajaan dengan kumpulan pemisah yang pro-Russia.
Jurucakap kesatuan pekerja lombong berkenaan berkata, ketika kejadian 207 pelombong masih berada di bawah tanah. - AFP