Search This Blog

Tuesday, March 3, 2015

Tak malu mencuri

Agensi
London: Seorang wanita dianggap sebagai pencuri tidak tahu malu apabila mengaku memperoleh pendapatan mencecah £2 juta (RM11.16 juta) dengan hanya mencuri.
Wanita berkenaan, Kim Farry, 44, memberitahu, dia bangga dengan kegiatannya itu kerana ia membolehkan dia boleh hidup mewah dan memakai pakaian berjenama.
Kim berkata, dia mula mencuri di pasar raya dan kedai ketika berusia sembilan tahun dan turut melatih sebahagian daripada enam anaknya mencuri.
Menurutnya, dengan hasil ‘pekerjaannya’ itu dia mampu menampung perbelanjaan makan malam mewah, melancong dan membuat tiga pembedahan membesarkan payudara.
Lebih menarik lagi Kim tinggal di rumah yang disediakan kerajaan dan turut menerima wang bantuan berjumlah £556 (RM3,103) sebulan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2015 @ 7:19 AM


KIM menunjukkan antara barangan yang dicurinya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33987#sthash.QbjGAr3O.dpuf

Tiba-tiba jadi pelanggan

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin 
am@hmetro.com.my

Georgetown: Bagi mengelak dicekup beberapa wanita warga asing yang bekerja secara haram di gerai di Medan Selera Jalan Sungai Pinang di sini, berlagak seperti pelanggan untuk mengelirukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen ketika pemeriksaan dijalankan.
Namun, taktik lapuk itu gagal apabila raut wajah mereka berubah menjadi pucat lesi dan berpeluh ketika dihampiri pegawai anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen dalam Op Bersepadu bermula jam 10 malam kelmarin.
Ketika diperiksa ada antara wanita berkenaan gagal menunjukkan dokumen perjalanan atau pas pekerjaan yang sah, sekali gus melanggar syarat dan peraturan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Timbalan Pengarah Penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri P Selva berkata, semasa pemeriksaan dilakukan didapati ada segelintir pendatang tanpa izin cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pegawai imigresen masuk ke dalam kawasan medan selera itu.
“Kami memeriksa 76 lelaki dan wanita warga asing dan selepas semakan dijalankan 49 individu iaitu 39 lelaki dan 10 wanita ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.
“Individu yang ditahan membabitkan warga negara Nepal, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Indonesia dan Kemboja, semua mereka kemudian dihantar ke Depoh Tahanan Sementara, Juru untuk siasatan selanjutnya,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2015 @ 7:23 AM


Sebahagian pembantu kedai wanita warga asing yang ditahan, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33992#sthash.fKQ004KC.dpuf

Parah ditembak enam das

Mohd Fadly Samsudin 
fadly@hmetro.com.my


Kajang: Seorang lelaki parah selepas terkena enam das tembakan yang dilepaskan seorang daripada dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Jalan Reko, di sini.
Dalam kejadian 12.46 tengah hari itu, mangsa yang menaiki kereta Honda Accord berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.
Menurut sumber, seorang daripada suspek melepaskan enam das tembakan ke arah kereta mangsa.
"Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Kajang," katanya.
Katanya, dua suspek menaiki motosikal jenis Yamaha LC berwarna putih.
"Pihak berkuasa sedang memeriksa CCTV di kawasan berkenaan untuk mengenal pasti dua penyerang terbabit.
"Sehingga kini, saksi bebas yang menyaksikan kejadian itu gagal mengecam nombor pendaftaran motosikal digunakan dua penyerang terbabit," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2015 @ 4:05 PM


Anggota forensik PDRM melakukan siasatan kejadian tembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Reko, Kajang, tengah hari tadi. FOTO Mohd Fadly Samsudin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34194#sthash.H7hKxMqr.dpuf

Tiga maut tersepit

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Batu Pahat : Tiga maut manakala seorang parah dalam kemalangan di Kilometer 91, Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Ayer Hitam di sini, hari ini.
Dalam kejadian 5.20 petang itu, kesemua mangsa dipercayai tersepit selepas kereta dinaiki mereka merempuh lori di kiri jalan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Superintendan Mat Razali Awang berkata, pihaknya sendang mendapatkan identiti bagi semua mangsa.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2015 @ 6:46 PM


KEADAAN kereta yang merempuh lori di kiri jalan. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34200#sthash.UxHC7jzj.dpuf

Lagi maut ditembak

Oleh Hadzlihady Hassan 
hadzlihady@hmetro.com.my


Georgetown: Seorang lelaki maut selepas ditembak ketika berada dalam MPV berhampiran lampu isyarat di Jalan Scotland, di sini, malam ini.
Kejadian berlaku pada 9.30 malam ketika lelaki yang masih belum diketahui identiti itu dalam perjalanan pulang dari sebuah kuil berhampiran lokasi kejadian.
Menurut sumber, suspek dipercayai dua lelaki menunggang motosikal dengan seorang daripadanya melepaskan kira-kira tujuh das tembakan.
"Mangsa maut dalam kenderaannya dan setakat ini polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
"Usaha memburu suspek masih dijalankan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2015 @ 10:51 PM


Maut ditembak dalam MPV. FOTO Hadzlihady Hassan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34213#sthash.aOl2cvtU.dpuf

Putih mata

Oleh Salman Hamat 
salman@hmetro.com.my

Bukit Mertajam: Seorang pemilik sebuah premis menjual alat ganti motosikal terpaksa berputih mata apabila hampir semua stok barangan disimpan di kedainya di Lorong Gemilang 3, Taman Gemilang, di sini, hangus dalam kebakaran, awal pagi semalam.
Pemilik premis berkenaan yang hanya dikenali sebagai Teoh berkata, bapanya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 3.15 pagi memaklumkan melihat kepulan asap hitam keluar dari kedai berkenaan.
Dia yang tinggal berhampiran premis berkenaan terus bergegas ke kedai terbabit untuk melihat apa yang berlaku dan gagal berbuat apa-apa berikutan api sudah merebak.
“Kedai ini beroperasi sejak 15 tahun lalu dan kami tidak menolak kemungkinan kebakaran mungkin berpunca akibat masalah pendawaian elektrik di dalam premis, namun ia belum dapat dipastikan dan kami menunggu keputusan siasatan bomba.
“Apa boleh buat, perkara sudah berlaku dan kami sekeluarga menerimanya dengan hati terbuka. Jumlah kerugian yang dialami belum diketahui kerana perlu melakukan pemeriksaan terhadap stok yang tidak terbakar,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 7:15 AM


KEADAAN premis milik mangsa yang terbakar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34240#sthash.RdBpSLdt.dpuf

Angkara lori 5 tan

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail 
rabiatul@hmetro.com.my

Padawan: Lebih 1,000 penduduk daripada 260 keluarga terputus hubungan selepas Jambatan Sungai Merah menghubungkan empat kampung di Annah Rais di sini, runtuh, semalam.
Jambatan kayu itu dikatakan runtuh ketika dilalui sebuah lori lima tan, namun pemandu berusia 56 tahun bernasib baik kerana tidak cedera selepas menyelamatkan diri.
Kejadian itu menyebabkan lori mangsa terjatuh dan terbalik dalam sungai berkenaan.
Kampung terjejas ialah Kampung Sadir dan Kampung Simuti, masing-masing membabitkan 80 keluarga dan Kampung Sibuang dan Kampung Sebekar yang membabitkan 50 keluarga.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Farhan Sufiyan Borhan berkata, ketika ini, ada penduduk pergi ke kampung mereka dengan berjalan di sebalik runtuhan jambatan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 7:18 AM


LORI terjatuh ke dalam sungai apabila jambatan yang dilaluinya runtuh, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34243#sthash.0d4ZudiU.dpuf

Hentak kepala hingga mati

Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris 


am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan hentakan di kepala dipercayai dibunuh tiga suspek di Jalan Rimbunan Raya 1, Laman Rimbunan, Kepong, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mayat lelaki terbabit ditemui 2.45 pagi oleh seorang lelaki berusia 26 tahun yang kebetulan melalui jalan berkenaan dan bertindak menghubungi polis.
Katanya, sejurus menerima panggilan sepasukan anggota polis tiba di lokasi kejadian dan mendapati mangsa mengalami luka teruk di kepala dipercayai akibat hentakan yang kuat.
"Siasatan awal mangsa dipercayai bersama tiga invididu tidak dikenali sebelum berlakunya pergelutan sesama mereka dan ketiga suspek melarikan diri menaiki dua kereta," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat dan pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti ketiga suspek berkenaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34461#sthash.Qe2IFcsi.dpuf

Ladang babi curi air terawat, Syabas rugi RM77,000


KUALA LANGAT: Sebuah ladang ternakan babi yang beroperasi sejak 16 tahun lepas di sini diserbu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini kerana didakwa melakukan penyambungan paip haram serta mencuri air terawat mengakibatkan kerugian RM77,000.
Pengarah Eksekutif Projek dan Air Bukan Hasil (NRW) Syabas, Yusuf Badawi berkata, kegiatan haram yang dilakukan pemilik ladang itu dikesan setahun lepas apabila bacaan meter air yang berdaftar dengan operator air berkenaan diragui.
"Hasil siasatan lanjut, kita mendapati pemilik ladang melakukan penyambungan paip poli berukuran 20 milimeter secara haram sepanjang 200 meter daripada paip utama untuk disalurkan ke kandang ternakan dan tandas di dalam ladang tersebut.
"Kegiatan haram yang dilakukan itu menyebabkan sebanyak 33,300 meter padu air terawat telah dicuri pemilik ladang, malah dia juga didapati menggunakan pam bagi meningkatkan proses kemasukan air ke ladang berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, Syabas melakukan proses pemotongan bekalan air bagi penyambungan paip haram itu serta-merta dan pemilik ladang terbabit telah diambil keterangan untuk tindakan selanjutnya.
Dalam perkembangan lain, Yusuf berkata, bagi tempoh Januari hingga 25 Februari lepas, sebanyak 1.7 juta meter padu air dikesan digunakan secara tidak sah melibatkan 148 aduan berhubung kegiatan penyambungan paip haram dan kes kecurian air di Selangor.
Katanya, dalam tempoh dua bulan, Syabas mengalami kerugian RM3.9 juta hasil daripada kegiatan haram tersebut.
"Bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas pula, kita telah menyiasat 4,551 kes dan 512 daripadanya didapati kes sahih melibatkan 6.5 juta meter padu air digunakan secara haram.
"Daripada jumlah kes sahih tersebut, Syabas telah membuat tuntutan sebanyak RM14 juta daripada individu yang terlibat dalam kes berkenaan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya sedang giat menjalankan operasi mencegah kegiatan haram tersebut dan menyarankan orang ramai segera melaporkan sebarang aktiviti mencuri air kepada Syabas atau pihak berkuasa. - BERNAMA

APMM tahan bot Vietnam tangkap gamat di perairan Tok Bali


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang melakukan pemantauan. - Gambar hiasan ihsan The Malaysian Insider
PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menahan sebuah bot laut dalam nelayan Vietnam kerana menceroboh perairan negara ini untuk menangkap gamat di kawasan 37 batu nautika timur laut Tok Bali di sini, awal pagi tadi.
Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 10 Tok Bali, Komander Maritim Khoo Teng Chuan, berkata pihaknya turut menahan seorang tekong dan empat awak-awak serta merampas lima kilogram gamat pada 1 pagi tadi.
"APMM juga merampas sebuah tangguk iaitu sejenis peralatan yang digunakan untuk menangkap gamat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat APMM Daerah Maritim 10 Tok Bali di sini.
Khoo berkata, kegiatan nelayan asing itu boleh merosakkan ekosistem laut dan mengurangkan hasil tangkapan ikan oleh nelayan selain gamat merupakan spesies dilindungi.
Sehingga kini, APMM telah menahan empat bot Vietnam dan merampas 400 hingga 500 kilogram gamat bernilai antara RM10,000 dan RM20,000, katanya.
Khoo berkata, pencerobohan nelayan asing untuk menangkap gamat semakin menjadi-jadi di perairan Kelantan dalam tempoh dua hingga tiga bulan lepas berikutan harga gamat di Vietnam adalah tinggi iaitu RM26 sekilogram berbanding RM10 di pasaran tempatan.
Sementara itu, beliau berkata APMM akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa ketua kumpulan nelayan itu kerana menyogok wang tunai RM5,000 kepada anggota APMM yang menahan mereka.
Katanya, nelayan terbabit juga akan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran dan jika sabit kesalahan bot akan dirampas, tekong akan didenda tidak lebih RM1 juta dan awak-awak didenda tidak lebih RM500,000.
- BERNAMA

Tiga mengaku tidak bersalah culik warga Bangladesh


M. Alif Baharuddin, 21, M. Hanif Norhadi, 27, dan seorang warga Myanmar Azizullah Idris, 41, didakwa dengan niat bersama menculik atau melarikan secara paksa seorang eksekutif syarikat swasta, Muhammad Shakhawat Hussain, 31, dengan niat mengurung mangsa di dalam sebuah kereta.
Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pintu masuk pusat beli-belah Pavilion Jalan Bukit Bintang, Dang Wangi, di sini pada kira-kira pukul 7 malam, 21 Februari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin membenarkan M. Alif dan M. Hanif diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu mereka dilarang mengganggu dan menghampiri saksi-saksi pendakwaan khususnya mangsa, manakala warga Myanmar itu tidak dibenarkan jaminan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan kerana mereka dituduh atas kesalahan yang serius manakala Azizullah pula tiada pengesahan dokumen pengenalan oleh pihak imigresen.
Peguam Mohd Zaidi Othman yang mewakili M. Alif dan M. Hanif, memohon mahkamah membenarkan jaminan atas alasan kedua-duanya kini tidak bekerja dan mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan.
"Selain itu, Alif baru berusia 21 tahun dan jika dia tidak dibenarkan jaminan dia akan dihantar ke penjara bersama pesalah-pesalah tegar," katanya.
Mohd Zaidi turut berkata anak guamnya berjanji untuk tidak mengganggu saksi pendakwaan dan bersedia menerima syarat tambahan oleh pihak mahkamah.
Erry Shahriman menetapkan 7 April depan untuk sebutan kes. - BERNAMA

Ops Licin 2: Sepuluh lagi pegawai polis ditahan

ANTARA mereka yang ditahan menerusi Ops Licin 2. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini menahan 10 lagi pegawai polis bagi membantu siasatan kes berkaitan melindungi aktiviti penyeludupan dan penjualan minyak petrol dan diesel secara haram di sempadan Malaysia-Thailand.
Mereka berumur antara 25 hingga 58 tahun.
Dengan tangkapan terbaru itu, jumlah mereka yang ditahan menerusi Ops Licin 2 adalah seramai 25 orang.
Menurut kenyataan SPRM, tujuh daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Kedah selepas dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap manakala dua lagi di Balai Polis Kota Putra, Padang Terap.
"Mereka yang ditahan antara 11.30 pagi hingga 2 petang terdiri daripada enam anggota polis berpangkat koperal dan masing-masing berpangkat konstabel, sarjan dan sarjan mejar.
Beliau berkata seorang lagi daripada kumpulan itu merupakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ditahan di Kem PGA Ulu Kinta, Perak.
Ops Licin 2 dijalankan sejak Isnin bagi mengesan anggota penguat kuasa yang terbabit meminta dan menerima rasuah, dipercayai bagi melindungi aktiviti penyeludupan dan penjualan minyak petrol dan diesel secara haram di sempadan Malaysia-Thailand.
SPRM, Isnin menahan 15 individu termasuk 13 pegawai penguat kuasa Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan PGA dan masing-masing seorang bekas pegawai UPP dan orang awam.
Kesemua mereka yang ditahan itu telah dibebaskan Selasa selepas kenyataan mereka diambil.
"Di Kedah, kesemua lapan orang termasuk bekas penguat kuasa UPP telah dibebaskan dengan jaminan. Pegawai penguat kuasa bebas dengan jamin mulut manakala bekas penguat kuasa dengan seorang penjamin dan wang tunai RM10,000.
"Di Perak, enam anggota PGA telah dibebaskan dengan jamin mulut. Seorang awam yang ditahan semalam di Perak juga telah dibebaskan dengan jamin wang tunai RM2,500 dengan seorang penjamin," kata kenyataan SPRM.
Menurut SPRM, orang awam yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 manakala pegawai penguat kuasa disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - BERNAMA

Tiga lelaki direman susulan kes tembak di Pulau Pinang

Sumber berkata, tiga lelaki terbabit berusia lingkungan 20-an hingga 50-an.
"Mereka yang direman itu adalah rakan mangsa yang terselamat ketika kejadian tembak terbabit dan juga pemilik motosikal yang nombor pendaftarannya digunakan suspek.
"Setakat ini siasatan awal mendapati rakan mangsa yang terselamat dalam kejadian itu adalah sasaran utama suspek," katanya. Menurutnya, siasatan juga mendapati rakan mangsa sebelum ini pernah cuba ditembak tahun lalu namun dia terselamat dalam kejadian itu

Bayi maut terlebih dos dadah


Bayi maut terlebih dos dadah
SEORANG wanita di Britain sanggup memberi dadah kepada bayinya untuk menidurkan mangsa ketika dia sedang 'menikmati' kokain.
Tindakan Kelly Emery, 34, dari Frankley, Worcestershire itu turut menyebabkan anak lelakinya, Fenton Hogan, 2, maut akibat terlebih dos methadone pada 1 Julai 2013.

Susulan daripada itu, Emery telah didakwa atas kesalahan membunuh dan dibicarakan di Nottingham Crown Court.

Wanita tersebut menafikan tuduhan itu, namun dia mengaku bersalah menyebabkan kematian Fenton atas sebab kecuaiannya. 

Menurut ibu tertuduh, Angela, anaknya mengalami ketagihan dadah yang melampau sejak berusia 17 tahun.

"Dia sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan langsung tidak menghiraukan keperluan Fenton," katanya.

Bagaimanapun, wanita tersebut yakin anaknya tidak mempunyai niat untuk membunuh cucunya dan ia mungkin dilakukan dalam keadaan tidak sedar akibat berada di bawah pengaruh dadah.

Hasil keputusan post-mortem mendapati Fenton telah menelan methadone sekurang-kurangnya dua kali sebelum dia meninggal dunia. - Daily Mail

Pemain bola disyaki terlibat seks bawah umur


Adam Johnson
Adam Johnson
SUNDERLAND - BRITAIN. Pemain bintang Sunderland, Adam Johnson ditahan polis kerana disyaki membuat hubungan seks dengan seorang gadis berumur 15 tahun.
 
Menurut BBC, Sunderland juga menggantung aktiviti untuk Johnson sehingga sebarang siasatan polis selesai.
 
Sementara itu, keluarga Johnson dan teman wanitanya Stacey Flounders, 25, percaya bahawa pemain berumur 27 tahun berkenaan tidak bersalah.
 
Polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kes berkenaan.

Indonesia pindahkan banduan


Indonesia pindahkan banduan
Warga Australia, Myuran Sukumaran (kanan) dan Andrew Chan berdepan hukuman mati di Indonesia. Foto: EPA
JAKARTA - INDONESIA. Sekurang-kurangnya 10 banduan yang dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan dadah bakal dipindahkan ke sebuah penjara kawalan ketat di pulau Nusakambungan.

Menurut laporan dpa, daripada jumlah tersebut, sembilan merupakan warga asing termasuk dua warga Australia, Myuran Sukumaran dan Andrew Chan.

Banduan terbabit ditempatkan di penjara berkenaan sebelum menunggu hukuman mati mereka dilaksanakan. 

"Proses pemindahan itu akan selesai sepenuhnya dalam minggu ini," kata jurucakap pendakwa raya, Tony Spontana.

Menurut Spontana, tarikh pelaksanaan hukuman mati itu masih belum diputuskan.

Keputusan Indonesia untuk mengekalkan hukuman mati ke atas banduan terbabit menerima tentangan berterusan daripada Australia dan Brazil.

Canberra misalnya melakukan pelbagai cara termasuk merayu kepada Presiden Joko Widodo supaya mengampunkan dua warganya.

Brasilia pula mendakwa warganya, Rodrigo Gularte mengalami masalah mental dan memerlukan rawatan psikiatri.

Jokowi sebelum ini menegaskan beliau tidak akan mengampunkan mana-mana pengedar dadah kerana menganggap mereka adalah perosak bangsa dan negaranya.

Awal Januari lalu, Indonesia menembak mati enam pengedar dadar termasuk seorang warganya.

Pelaksanaan hukuman itu adalah yang pertama sejak 2013.

Perbuatan Cleaner's gang terbongkar


Perbuatan Cleaner's gang terbongkar
Seorang daripada mangsa dalam kejadian pembunuhan mengerikan itu.
KIRA-KIRA 12 gelandangan dibunuh dengan kejam oleh Cleaner's gang dalam kejadian menggemparkan di Rusia.

Elena Lobacheva, 25, bersama rakannya, Paul Voitov, 20, dipercayai menikam kesemua mangsanya lebih 100 kali dan turut merobek perut serta mengerat anggota tubuh mereka tanpa perikemanusiaan.

Hasil siasatan awal pihak berkuasa mendapati Lobacheva melakukan perbuatan kejam itu dengan menyasarkan golongan pengemis dan pemabuk kononnya sebagai usaha untuk 'membersihkan' Moscow.

"Dia mendakwa mendapat inspirasi daripada filem seram Hollywood, Bride of Chucky dan perbuatan tersebut dikatakan memberi 'kepuasan seksual' kepadanya," kata jurucakap polis.

Susulan daripada itu, Lobacheva digelar sebagai Chucky's Bride oleh media tempatan selepas dia mengaku sangat obses dengan filem tersebut.

Hasil serbuan di kediamannya, pihak berkuasa turut menemui komputer yang mengandungi panduan untuk melakukan pembunuhan dan beberapa keping gambar yang memaparkan mangsa dalam keadaan mengerikan.

Pasangan tersebut dipercayai telah melakukan pembunuhan bersiri itu sejak Julai lalu, namun perbuatan mereka terbongkar selepas salah seorang mangsa berjaya melarikan diri sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa. - Daily Mail

Perogol salahkan mangsa rogol


Mukesh Singh
Mukesh Singh. - Foto ihsan BBC
NEW DELHI - INDIA. Salah seorang banduan yang disabitkan kesalahan merogol dan bunuh pada 2012 menuduh mangsa rogolnya sebagai punca kejadian tersebut berlaku.

Melalui satu temuramah dengan BBC, Mukesh Singh memberitahu bahawa wanita yang keluar pada waktu malam patut dipersalahkan jika mereka menarik perhatian perogol.

"Perempuan patut dipertanggungjawabkan dalam kes rogol," kata Mukesh yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh mangsanya, Jyoti Singh.

"Apabila dirogol, mangsa tak sepatutnya melawan. Mangsa patut diam dan biarkan (dirogol). Kemudian perogol akan bebaskan mereka.

"Perempuan yang baik tidak akan berada di luar rumah selepas jam 9 malam. Kerja rumah adalah kerja perempuan, bukan pergi disko dan bar sambil memakai baju tidak sopan," kata Mukesh tanpa sebarang riak penyesalan.

Muskesh juga memberitahu bahawa hukuman mati akan memburukkan lagi keadaan.

"Sebelum ada hukuman mati, perogol akan tinggalkan mangsa selepas merogol. Sekarang (ada hukuman mati) perogol akan merogol dan membunuh mangsa rogol mereka," akhiri Mukesh.

Mayat terbiar 5 tahun dalam kereta

Pontiac (Amerika Syarikat): Mayat seorang wanita dijumpai mereput di dalam kereta di rumahnya selama lima tahun dan kematiannya hanya disedari selepas rumahnya dirampas pihak bank baru-baru ini.
Kehilangan wanita itu, Pia Farrenkopf tidak disedari keluarga dan rakan-rakannya kerana dia memang suka menyendiri.
Aktiviti terakhir Pia adalah pada 25 Februari 2009 apabila dia mengeluarkan wang berjumlah AS$1,500 (RM8,374) dari akaun banknya.
Pia yang bekerja sebagai pengatur cara perisian komputer membayar bayaran ansuran perumahannya secara automatik dari akaun banknya.
Wang di dalam akaun banknya dilaporkan habis pada 2013 dan pihak bank bertindak merampas semula kediaman wanita itu.
Menurut laporan Detroit Free Press, mayat wanita berkenaan hanya dijumpai dua pekerja yang diupah membaiki bumbung rumah itu yang bocor pada Disember tahun lalu.
Mayat wanita itu yang hanya tinggal tulang, dijumpai terbaring di tempat duduk belakang sebuah jip di dalam garaj di rumah berkenaan.
Mayat Pia ditemui bersama sejumlah surat yang masih belum dibuka, beberapa kotak rokok kosong dan sebotol wain.
Botol-botol kosong, pakaian dan sampah juga dijumpai bersepah di dalam rumah wanita berkenaan.
Seorang rakan mangsa, Joan Gill Strack berkata, keadaan rumah itu bertentangan dengan sifat Pia yang suka rumahnya bersih dan kemas.
Jurucakap polis, Michael Bouchard berkata, tiada kesan kecederaan yang ditemui pada mayat mangsa.
“Ini menunjukkan kemungkinan mangsa mati akibat sakit atau dia membunuh diri,” katanya.
Pasukan penyiasat juga menolak wanita itu mati akibat keracunan gas karbon monoksida kerana kenderaan mangsa masih berisi minyak. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 7:20 AM


PIA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34245#sthash.Nj94YiCZ.dpuf

Video polis AS tembak mati gelandangan disebar



YOUTUBE - RAKAMAN menunjukkan seorang gelandangan ditembak mati anggota polis di Los Angeles dan menjadi viral di laman Facebook.


LOS ANGELES – Kejadian anggota polis di bandar ini menembak mati seorang lelaki gelandangan kelmarin telah dirakam dan disebarkan di internet, lapor media tempatan.
Video yang disebarkan melalui laman sosial Facebook itu merakamkan perbalahan antara seorang lelaki yang tidak dikenali dengan beberapa pegawai polis di kawasan Skid Row berhampiran pusat bandar Los Angeles.
Keadaan sebenar di sebalik insiden itu masih belum jelas tetapi mengikut rakaman tersebut, mangsa terhuyung-hayang ke arah anggota polis ketika mereka cuba menahannya.
Satu suara menjerit ‘letakkan pistol itu!’ juga boleh didengari tidak lama sebelum bunyi beberapa das tembakan dilepaskan dan diikuti jeritan beberapa orang yang menyaksikan kejadian tersebut.
Jabatan Polis Los Angeles belum memberi sebarang kenyataan pada masa ini tetapi media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya seorang anggota polis telah melepaskan tembakan dalam kejadian tersebut.
Jurucakap polis, Sarjan Barry Montgomery memberitahu akhbar The Los Angeles Times bahawa mangsa disahkan meninggal dunia di hospital tidak lama selepas kejadian tersebut.
Skid Row adalah kawasan daif yang menempatkan hostel dan perkhidmatan untuk golongan gelandangan di wilayah ini dengan ada antara mereka yang memasang khemah di tepi-tepi jalan.
Pendedahan rakaman video itu menyusuli beberapa kejadian polis menembak sebilangan lelaki kulit hitam yang kerap dihebohkan sehingga membawa kepada tunjuk perasaan selama beberapa minggu tahun lalu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3TH0cW2bt 
Hakcipta terpelihara 

Wanita Indonesia edar dadah ke tali gantung


AJENG YULIA diiringi dua anggota polis keluar dari Mahkamah Tinggi
AJENG YULIA diiringi dua anggota polis keluar dari Mahkamah Tinggi di Kuantan semalam selepas dijatuhi hukuman mati atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 3,004 gram di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, dua tahun lalu.
KUANTAN 27 Feb. – Seorang wanita warga Indonesia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 3,004 gram di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di sini, dua tahun lalu.
Ajeng Yulia, 21, yang merupakan seorang juruwang dari Jakarta dijatuhi hukuman itu oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman selepas tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Wanita tersebut didakwa mengedar dadah berkenaan di Unit Pemeriksaan Penumpang, Balai Ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah kira-kira pukul 11 malam, 10 November 2013.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.
Berdasarkan keterangan, tertuduh ketika itu berusia 19 tahun mengenali seorang lelaki warga Nigeria bernama Stanley melalui media sosial 'Blackberry Messenger' yang tinggal di New Delhi, India.
Tertuduh mendakwa pergi ke New Delhi dari Jakarta menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) selama empat hari untuk belajar bahasa Inggeris dengan Stanley pada 6 November 2013.
Pada hari terakhir di New Delhi kira-kira pukul 3 pagi, Stanley menye­rahkan sebuah beg yang lebih besar kepadanya dengan alasan beg yang dibawanya terlalu kecil untuk me­ngisi barang-barang yang dibeli di sana.
Menurut Ab. Karim, tertuduh dalam pembelaannya gagal membuktikan kewujudan Stanley dan perkara itu hanya rekaan semata-mata.
“Tertuduh juga tidak memanggil saksi lain untuk menyokong pembe­laannya. Malah mendakwa datang ke Kuantan untuk tujuan melancong.
“Mahkamah mendapati adalah tidak munasabah seseorang yang hidup di pedalaman, tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak berpendidikan datang ke negara lain untuk tujuan melancong,” jelas beliau.
Tertuduh yang berbaju warna putih dan berseluar berbunga-bu­nga kelihatan tenang ketika keputusan itu dibacakan kepadanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Mohd. Radzi Shah Abdul Razak manakala tertuduh diwakili peguam, Aina Safia Azmi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/wanita-indonesia-edar-dadah-ke-tali-gantung-1.64548#sthash.pgOJQrNZ.dpuf