Search This Blog

Saturday, February 28, 2015

Musibah jahil

Putrajaya: Elemen jahil dan taasub dikenal pasti sebagai faktor utama mempengaruhi serta mendorong seseorang individu menyertai kumpulan fahaman songsang, ekstremis melampau dan radikal.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau melihat elemen jahil dan taasub itu sebagai faktor utama yang mendorong kepada umat Islam menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS).
Beliau berkata, sifat jahil itu sendiri jelas menggambarkan seseorang itu kurang ilmu agama, tidak pernah belajar atau maklumat yang diterima silap selain tidak mengetahui sesuatu isu itu dengan jelas.
“Sebab itu, jahil dianggap musibah kerana dengan sedikit maklumat yang ada, mereka sanggup berdebat dengan sesiapa saja. Kejahilan itu juga punca kepada timbulnya fahaman ekstremis.
“Sama halnya dengan taasub di mana seseorang itu cuba menghalang fahaman sebenar mempengaruhi mereka. Apabila seseorang itu terlalu taasub, dia gagal untuk mempertimbang dari segi akal yang sahih selain melihat hanya dia saja yang betul manakala orang lain pula dianggap salah,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:36 AM


SIFAT taasub pada IS melahirkan individu ekstremis melampau.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33706#sthash.XmdkkIZt.dpuf

Maut dihempap palang besi konkrit

MANGSA parah selepas beberapa palang besi konkrit terjatuh. FOTO ihsan JPAM

Kuala Lumpur: Seorang pekerja binaan maut manakala seorang lagi rakannya parah selepas dihempap palang besi konkrit di tapak projek pembinaan landasan Transit Aliran Ringan Massa (MRT), 1.40 petang tadi.
Kejadian runtuhan dipercayai berlaku selepas tali pengikat untuk mengangkut besi ke bahagian atas terputus menyebabkan beberapa palang besi konkrit terjatuh.
Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini mengesahkan kejadian berkenaan di kawasan pembinaan Portal Samantan.
Menurutnya, setakat ini hanya dua pekerja yang terbabit dalam insiden berkenaan dan pihak pengurusan syarikat berkenaan masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 5:00 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33504#sthash.QjByciav.dpuf

Kelab jantan kaya

Oleh Mohd Fadly Samsudin 
fadly@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Terkenal dengan jolokan ‘kelab jantan kaya’ berikutan beratus pelanggan lelaki berkerumun memenuhi premis hiburan di Solaris, Mont Kiara di sini, saban malam.
Kebanyakan pelanggan lelaki yang muncul menaiki kereta mewah dikesan berhajat mendapatkan khidmat seks puluhan pelacur warga asing ditawarkan di premis itu.
Semua 85 wanita jelita terbabit didatangkan khas dari Thailand, Kemboja dan Laos dan tampil dengan hanya memakai pakaian dalam.
Kegiatan maksiat itu bagaimanapun dibongkar selepas lima pegawai polis bersama 23 anggota dari Unit Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman diketuai Superintendan Razali Abu Samah melakukan serbuan mengejut jam 1.45 pagi semalam.
Razali berkata, 150 pelanggan lelaki berhibur dan memilih pasangan di pusat hiburan itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 7:24 AM


SEBAHAGIAN GRO yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan di Solaris Mont Kiara, awal pagi semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33346#sthash.Vc8mWrSN.dpuf

Ilham seksual dari filem

Washington: Pendakwa Chicago semalam berkata, seorang pelajar kolej melakukan serangan seksual selepas mendapat ilham daripada filem Fifty Shades of Grey.
Kata Sarah Karr, Mohammad Hossain mengaku melakonkan semula adegan daripada filem itu bersama mangsa di bilik asramanya Ahad lalu.
“Dia menyuruh wanita terbabit menanggalkan pakaian sebelum mengikatnya.
“Matanya ditutup dengan topi dan seluar dalamnya ditanggalkan manakala tali leher disumbat ke dalam mulutnya. Mohammad kemudian memukulnya menggunakan tali pinggang,” katanya.
Ketika ini Mohammad, 19, ditahan selepas hadir di mahkamah pada Isnin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 7:20 AM


ANTARA adegan dalam filem Fifty Shades of Grey arahan Sam Taylor-Johnson.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33341#sthash.aKNykaOB.dpuf

Dua maut ditimbus tanah

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop dan Asrizal Aris 
am@hmetro.com.my


Tapah: Dua pekerja kontrak warga Bangladesh maut dalam kejadian tanah runtuh di kawasan tapak pembinaan di Jalan Kampung Banir, Batu 3, Temoh, di sini.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, dua pekerja kontrak warga Bangladesh dikenali sebagai Md Abu Talib,30, dan Ikbal Hossain, 32, maut selepas ditimbus tanah ketika sedang melakukan kerja-kerja gerudi tanah di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, kedua-dua mangsa yang maut itu berasal dari Dhaka, Bangladesh.
Katanya, siasatan awal mendapati, punca kejadian berlaku apabila seorang operator mesin menarik mesin gerudi ke atas tanah menyebabkan tanah menggelungsur dan menimbus kedua-dua mangsa.
"Mayat mangsa pertama dijumpai kira-kira 5.30 petang di kedalaman tiga meter dari permukaan namun usaha mengeluarkannya mengambil masa disebabkan kaki mangsa tersepit manakala seoang lagi ditemui jam 6.40 petang dengan kedalaman sembilan meter," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Februari 2015 @ 9:20 PM


BOMBA berusaha mencari mangsa. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33324#sthash.iIM3P8yH.dpuf

Tragedi van sekolah

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

am@hmetro.com.my

Seremban: Murid perempuan berusia tujuh tahun maut, pemandu van sekolah berusia 30-an parah, tujuh murid cedera dan tiga sekeluarga patah tengkuk dalam kemalangan membabitkan van sekolah dan pacuan empat roda di Jalan Sendayan-Mantau, di sini, petang tadi.
Sumber polis berkata, dalam kejadian 3.15 petang itu, pacuan empat roda dinaiki tiga beranak yang dalam perjalanan ke Sendayan, di sini, hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik dan memasuki laluan bertentangan.
Katanya, pacuan empat roda berkenaan merempuh pula van sekolah dipandu pemandu terbabit yang ketika itu membawa lapan murid sebuah sekolah rendah antarabangsa di Sendayan, di sini.
"Akibat kemalangan itu, murid perempuan berusia tujuh tahun maut dan pemandu van sekolah berkenaan parah.
"Tujuh lagi murid yang cedera dibawa keluar dari van oleh orang awam yang menyaksikan kejadian," katanya.
Menurutnya, tiga sekeluarga yang menaiki pacuan empat roda patah tengkuk dan semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban di sini untuk tindakan susulan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Februari 2015 @ 5:36 PM


Murid perempuan yang maut dibawa keluar anggota bomba. FOTO Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33310#sthash.97nbU7Ht.dpuf

Broker tanah ditemui mati

Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor

am@hmetro.com.my

Tampin: Seorang broker tanah ditemui mati dalam keadaan tertiarap di atas katil dengan lehernya diikat di rumahnya di Jalan Kelicap 1, Taman Bukit Tampin, di sini, petang tadi.
Mayat lelaki berusia 68 tahun itu ditemui seorang jiran yang mahu menghantar makanan kepadanya pada 1 petang.
Difahamkan, jiran terbabit menghantar makanan kepada mangsa setiap hari, sejak tiga tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintenden Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 4:34 PM


Suasana tempat kejadian broker tanah ditemui mati. FOTO Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33501#sthash.VTh2m87W.dpuf

Harga baru petrol dan diesel Mac

Oleh Mohd Husni Mohd Noor 
mhusni@hmetro.com.my


Putrajaya: Mulai jam 12.01 tengah malam ini, harga runcit baru RON95, RON97 dan diesel sepanjang Mac masing-masing RM1.95, RM2.25 dan RM 1.95 seliter .
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, sepanjang Februari harga runcit bagi RON95 adalah pada harga RM1.70 seliter selain RON97 pula adalah RM2 seliter, manakala, diesel pula ditetapkan pada harga RM1.70 seliter.
Katanya, harga baru bahan api itu hanya berkuatkuasa bagi bulan Mac saja, malah kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan semasa pasaran minyak global bagi menentukan harga runcit petrol dan diesel untuk bulan-bulan berikutnya.
"Seperti sedia maklum bahawa kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 November lalu memutuskan bahawa penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal dimana ia kaedah sama digunakan bagi menetapkan harga runcit RON97 sejak Julai 2010," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, petang ini.
Katanya, semua syarikat minyak serta pengusaha minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baru ini.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 8:12 PM


Harga runcit baru RON95, RON97 dan diesel sepanjang Mac masing-masing RM1.95, RM2.25
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33749#sthash.jrPDdbI6.dpuf

Lori ‘makan’ tuan

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein 
izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: “Setiap hari arwah akan singgah ke warung ini untuk bungkus juadah makanan tengah hari, namun hari ini (semalam) arwah datang lebih awal untuk bersarapan ketika warung baru dibuka,” kata saksi kejadian pemandu lori yang maut digilis kenderaan dipandunya dalam kejadian di depan warung di FELDA Inas, Jalan Sengkang-FELDA Inas dekat Kulaijaya, semalam.
Menurut wanita berusia 36 tahun yang juga pekerja warung berkenaan, pemandu lori, Rezal Osman, 37, yang maut ketika cuba memberhentikan lorinya sebelum digilis tayar belakang kenderaan berat itu adalah pelanggan tetap di warung berkenaan.
“Semalam (kelmarin), arwah datang seperti biasa ke warung untuk membungkus juadah tengah hari dan itu rutin hariannya.
“Berbeza hari ini (semalam), arwah tiba lebih awal kira-kira jam 7.15 pagi ketika warung belum dibuka sepenuhnya, namun kuih-muih tersedia di hadapan dan arwah mahu membelinya
“Ketika dia membungkus kuih, tiba-tiba semua orang di warung terkejut dan panik apabila melihat lori dipandu arwah yang diletakkan di bahu jalan bergerak dan melanggar bumbung warung,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:52 AM


REZAL maut digilis lori sendiri dalam nahas, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33724#sthash.S71ztmvq.dpuf

Kutip tol di jalan kerajaan


Hanoi: Pada zahirnya, kegiatan mengutip tol di laluan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai sama seperti jalan lain yang ada di Hanoi, sehinggalah akhbar Tien Phong membuat pendedahan semalam.
Menurut akhbar itu, sekurang-kurangnya ada sebuah syarikat mengutip tol secara haram di atas jalan raya dibina kerajaan.
Laporan itu menyatakan, kutipan tol hanya boleh dibuat pada laluan yang dibina menggunakan pembiayaan persendirian atau syarikat swasta.
Satu daripada jalan yang didapati mempunyai plaza kutipan tol haram ialah laluan menghubungkan selatan Jambatan Thang Long ke Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai membabitkan jarak sejauh 30 kilometer.
“Kementerian Pengangkutan beberapa kali merobohkan plaza kutipan tol itu, namun syarikat terbabit tetap berdegil,” lapor akhbar berkenaan.
Laluan itu, kata Tien Phong, dibina Vietracimex 8 membabitkan kos AS$28.8 juta (RM104 juta) dan kerajaan membenarkan syarikat berkenaan mengutip tol selama hampir 17 tahun.
Pegawai Kanan Kementerian Pengangkutan, Nguyen Danh Huy berkata, kutipan tol dimulakan empat tahun lalu.
“Berdasarkan kajian, hanya ada satu plaza tol yang dibina di lokasi salah dan kerajaan mengarahkan mereka berpindah ke tempat yang betul,” katanya. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33603#sthash.FN1IBsnG.dpuf

Majikan kejam dijel

LAW


Hong Kong: Seorang wanita dihukum penjara enam tahun, semalam, kerana mendera pembantu rumahnya warga Indonesia.
Law Wan-tung, 45, didapati bersalah awal bulan ini atas tuduhan menyerang, mencederakan dan mengancam Erwiana Sulistyaningsih, 24, dalam kes yang jelas mengetengahkan risiko dihadapi golongan amah di Asia dan Timur Tengah.
Ibu beranak dua itu tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman dijatuhkan Hakim Mahkamah Daerah Amanda Woodcock.
“Tuduhan berat dan keadaan kes ini memerlukan hukuman penjara yang lama,” katanya.
Katanya, Law tiada belas kasihan dan menghina sesiapa yang dianggap bertaraf rendah daripadanya.
Amanda turut mendenda Law HK$15,000 (RM7,000) bagi 10 tuduhan gagal membayar gaji Erwiana tepat pada masanya serta tidak memberinya cuti.
Law juga mengaku salah tuduhan gagal menyediakan insurans untuk mangsa.
Pada masa sama, Amanda menyelar peraturan ditetapkan kerajaan yang mewajibkan pembantu rumah tinggal bersama majikan mereka yang dianggap punca kes penderaan amah.
Dia juga menggesa kerajaan Hong Kong serta Indonesia menyiasat amalan agensi pekerjaan yang mengenakan bayaran tinggi kepada pekerja asing menyebabkan mereka terikat dengan bebanan hutang.
Penderitaan Erwiana diketahui umum selepas gambarnya menunjukkan kesan kecederaan teruk dialaminya - dengan tangan, kaki dan muka dipenuhi kesan keruping, luka selain kulit kakinya hitam serta menggelupas.
“Saya amat gembira kerana akhirnya majikan dipenjara walaupun hanya untuk enam tahun. Namun cukuplah keadilan bagi saya,” kata Erwiana di luar mahkamah.
Erwiana mula bekerja dengan Law yang mempunyai dua anak remaja selama lapan bulan bermula Jun 2013.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:07 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33585#sthash.aWsynCgQ.dpuf

Aktivis cap ayam


Tokyo: Seorang lelaki berusia 61 tahun yang mengetuai kumpulan hak asasi manusia ditahan kerana menjadi bapa ayam apabila melacurkan seorang pelajar sekolah kepada puluhan lelaki.
Masaya Suzuki ditahan di Ibaraki di timur laut Tokyo kerana disyaki melanggar undang-undang antipelacuran, lapor Sankei Shimbun di portal beritanya.
Polis mengesyaki lelaki itu menipu mangsa berusia 18 tahun terbabit supaya menandatangani kontrak pelacuran pada Disember dan memaksanya mengadakan seks dengan kira-kira 60 lelaki dalam tempoh tiga bulan.
Suspek menubuhkan organisasi bukan berasaskan keuntungan, Persatuan Perlindungan Hak Asasi Manusia Ibaraki yang didakwa menyokong kaedah pembesaran kanak-kanak yang baik.
Bagaimanapun, polis mengesyaki kumpulan itu sekadar nama selepas Suzuki dilaporkan berkata: “Saya mendaftarkannya sebagai ahli organisasi itu untuk memberinya imej yang baik.” - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33577#sthash.pb2hsl3y.dpuf

Wanita tersepit terpaksa membunuh


Ankara: Di Turki kes pembunuhan wanita sudah menjadi masalah besar dan dianggarkan tidak kurang daripada 294 mangsa dibunuh sepanjang tahun lalu.
Daripada jumlah itu. 60 peratus daripada mereka maut di tangan suami atau teman lelaki masing-masing.
Menurut pertubuhan We Will Stop Women Homicides Platform, memang tidak dinafikan ada juga lelaki yang dibunuh isteri atau pasangan sendiri.
Namun kata pegawai pertubuhan berkenaan, tiada statistik mengenai isu itu.
Seorang penganalisisnya, Ozlem Albayrak berkata, dia menemubual 30 wanita yang disabitkan kesalahan membunuh suami atau teman lelaki.
“Semua wanita terbabit mengaku menjadi mangsa penderaan suami atau lelaki sebelum bertindak nekad membunuh mereka.
“Sesetengahnya dipaksa melacurkan diri atau melayan lebih daripada seorang lelaki, selain dipaksa memakan najis,” katanya.
Ozlem berkata, kebanyakan kes pembunuhan berlaku secara spontan dan wanita terbabit tidak mempunyai pilihan lain untuk mempertahankan diri.
Katanya, daripada semua wanita terbabit, hanya seorang dapat membawa masalah mereka ke mahkamah atas dakwaan penderaan fizikal.
“Namun hakim pula mengarahkan wanita itu pulang dan berhias untuk suami bagi mengatasi masalah berkenaan,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33609#sthash.8zeOcjmI.dpuf

Penulis blog mati ditetak

Dhaka: Penulis blog kelahiran Bangladesh dan memiliki kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS) mati ditetak kelmarin, manakala isterinya parah.
Ketua Polis Dhaka, Sirajul Islam berkata, mayat Avijit Roy ditemui berlumuran darah di samping isterinya, Rafida Ahmed Banna, yang kritikal.
“Rafida berada dalam keadaan parah dan hilang satu jari,” katanya.
Avijit dikenali sebagai penganut fahaman ateis dan mengasaskan blog Mukto-Mona (Minda Bebas) yang giat memperjuangkan fahaman sekular liberal.
Menurut saksi, Avijit, 40, bersama Rafida dalam perjalanan pulang dari pesta buku apabila mereka diserang dua lelaki tidak dikenali.
Sebelum ini, kumpulan Islam tempatan mendesak Avijit dihukum gantung di khalayak ramai kerana aktif menghasilkan tulisan memperlekehkan Islam.
Bagaimanapun, polis tidak dapat mengesahkan sama ada kumpulan itu terbabit dalam serangan berkenaan.
Keluarga Avijit pula mendakwa dia menerima banyak e-mel ugutan daripada kumpulan Islam radikal.
Avijit mendapat kewarganegaraan AS dan menerbitkan beberapa buku, termasuk Biswasher Virus (Virus Keimanan). - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:11 AM


RAFIDA dibawa ke Hospital Kolej Perubatan Dhaka selepas ditemui dalam keadaan cedera parah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33613#sthash.Vgh2pYVC.dpuf

Ibu ganas

Houston: Pergaduhan dua remaja perempuan nyaris menyebabkan tragedi apabila ibu seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya ke kepala musuh anaknya.
Kejadian itu berlaku selepas seorang daripada remaja berkenaan mencabar rakannya bergaduh di sebuah taman berhampiran sekolah mereka.
Punca perseteruan mereka pula bukanlah terlalu berat, sebaliknya hanya didorong rasa ingin memiliki seorang teman lelaki.
Kedua-dua remaja perempuan itu baru berusia 14 tahun.
Ketika mereka bergomol, Viridiana Alvarez, 33, mengeluarkan sepucuk pistol dan terus mengacukan senjata itu di kepala lawan anaknya.
Viridiana kemudian ditahan polis selepas video dan beberapa keping gambar kejadian tersebar di Internet.
Bapa kepada remaja perempuan terbabit, Ted Myers berkata, dia hampir tidak percaya apabila melihat Viridiana mengacukan pistol di kepala anaknya.
“Saya kaku dan seluruh badan saya menggigil melihat rakaman video berkenaan.
“Pergaduhan ini membabitkan kanak-kanak dan tindakan itu sangat melampau,” katanya.
Viridiana yang dihadapkan ke mahkamah memberitahu, pistol berkenaan tidak mempunyai peluru dan dia membawa senjata itu mahu menakutkan lawan anaknya itu.
“Saya hanya merancang untuk menakutkan budak perempuan itu,” katanya kepada hakim.
Viridiana kini ditahan di dalam penjara kerana masih belum menjelaskan ikat jamin AS$35,000 (RM12,640).
Kedua-dua remaja perempuan itu pula digantung sekolah dan diarahkan menghadiri kelas pemulihan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:10 AM


Viridiana
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33608#sthash.oNUAlqHo.dpuf

Suami terdesak


Agensi
Manado: Seorang lelaki yang sering kesunyian kerana berjauhan daripada isterinya mengaku mencuri pakaian dalam wanita di sebuah pasar raya untuk diberikan kepada wanita lain.
Media semalam melaporkan, Hawandi Andi Andes mengaku dia melakukan kegiatan itu lebih daripada sekali.
Hawandi, 50, berkata isterinya berada jauh kerana bekerja dan dia perlu mencari wanita lain untuk menghiburkan hati.
“Pakaian dalam yang saya curi dihadiahkan kepada mana-mana wanita yang sanggup menemani saya atau penghibur kelab malam.
“Wang daripada kegiatan mencuri ini juga saya gunakan untuk berbelanja di pusat hiburan,” katanya.
Sebelum itu, Hawandi ditangkap polis selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di sebuah pasar raya.
Pengurus pasar raya Multi Mart di Tikala, Feiby Makahinda berkata, perbuatan Hawandi dikesan melalui pemantauan kamera litar tertutup di premis berkenaan.
“Apabila pengawal keselamatan menahannya, kami menemui pelbagai barang di dalam poket seluar dan kemeja suspek, termasuk coklat, minyak wangi dan seluar dalam wanita,” katanya.
Feiby berkata, Hawandi tidak dapat memberi sebarang dalih kerana dia ditangkap bersama bukti.
Sementara itu, Hawandi berkata, dia berazam untuk berubah.
“Saya tidak akan mencuri lagi,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33604#sthash.58sEWbnX.dpuf

Bayi dalam laci


Bulawayo: Seorang pengasuh dipenjara 22 tahun selepas menyumbat bayi jagaannya berusia 10 bulan ke dalam laci kerana tidak berhenti menangis supaya dapat menonton televisyen.
Violet Moyo, 22, didapati bersalah menyebabkan kematian mangsa yang disifatkan Hakim Mahkamah Tinggi Lawrence Kamocha sebagai ‘kejam dan tak berperikemanusiaan.’
Violet ditugaskan menjaga bayi lelaki itu ketika ibu bapanya keluar bekerja.
Menurut pendakwa, lima jam selepas ditidurkan, bayi itu terjaga dan mula menangis.
Violet kemudian cuba menenangkan bayi itu dan akhirnya kerana tidak tahan, membungkus bayi itu dengan selimut sebelum menyumbatnya dalam laci baju.
Dia kemudian menutup laci itu dan pergi menonton televisyen. Selepas tiga jam, Violet mendapati bayi itu sudah tidak bernyawa.
Ketika menjatuhkan hukuman, Kamocha berkata: “Kamu tidak langsung menghiraukan tangisan bayi itu. Tindakan kamu jelas menunjukkan niat untuk membunuh mangsa.”
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33591#sthash.zaUkZMzH.dpuf

Bapa tak boleh harap


Texas: Seorang lelaki didakwa mencekik mati dua anaknya yang masih kecil selepas menghantar gambar seorang daripadanya digantung dari leher kepada ibu mereka.
Gabriel Armandariz, 32, membunuh dua anak lelakinya itu berusia lapan bulan dan dua tahun sebelum menyorokkan mayat mereka di dalam rumah.
Polis menemui mayat mangsa 10 jam kemudian selepas wanita terbabit membuat laporan.
Hanya beberapa jam sebelum itu, dia menghantar gambar bayi berkenaan tergantung dari siling menggunakan tali yang diikat di leher kepada ibu mangsa yang juga bekas kekasihnya.
Dia turut menghantar gambarnya bersama dua mangsa itu dengan keterangan “Kami sayangkan kamu, selamat tinggal.”
Armandariz dikatakan marah kerana bekas kekasihnya itu suka berhibur dengan rakannya termasuk kerap menghadiri parti.
Dalam pesanan ringkas kepada mangsa, dia berkata: “Saya cuba memberikan peluang kepada kamu supaya dapat melihat anak-anak kami. Sebaliknya kamu seperti biasa lebih berminat melepak dengan kawan-kawan.” - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33588#sthash.arje7LTE.dpuf

Baju bertatah mutiara hilang

Los Angeles: Sehelai pakaian bertatahkan mutiara yang dipakai aktres Lupita Nyong’o ketika majlis anugerah Oscar baru-baru ini dilaporkan dicuri.
Baju bernilai AS$150,000 (RM542,145) itu dipakai Lupita ketika dia menyampaikan anugerah untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di majlis berkenaan pada 22 Februari lalu.
Pakaian berkenaan dilaporkan hilang di bilik hotel yang didiami aktres yang popular dengan filem 12 Years A Slave itu.
Jurucakap polis, William Nash berkata, pakaian itu dilaporkan hilang di sebuah bilik di Hotel London West Hollywood kira-kira jam 11.30 malam Rabu lalu.
Pakaian berkenaan dicipta pereka fesyen terkenal, Francisco Costa menggunakan lebih 6,000 mutiara putih Akoya.
Pihak polis sudah melawat hotel berkenaan dan percaya harga yang mahal antara faktor pakaian itu menjadi sasaran pencuri.
“Kami masih belum membuat sebarang tangkapan dan meneliti rakaman kamera keselamatan di hotel itu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:10 AM


Lupita
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33606#sthash.Eeh55Aou.dpuf

Yu paus mati ‘sesat’ dalam terusan


Para pegawai jabatan haiwan dan pertubuhan hidupan liar merekodkan
Para pegawai jabatan haiwan dan pertubuhan hidupan liar merekodkan ukuran ikan yu paus yang ditemukan mati selepas terperangkap di dalam sebatang terusan di Jawa Timur, Indonesia, baru-baru ini.
JAKARTA – Penduduk di bandar Probolinggo, Jawa timur gempar dengan penemuan bangkai seekor ikan yu paus di sebatang terusan di pinggir laut Paiton, di sini baru-baru ini.
Portal berita detik.com melaporkan ikan daripada spesies Rhincodon typus atau turut dikenali paus hiu itu dipercayai terperangkap di terusan PLTU Paiton pada 31 Januari lalu.
Bagaimanapun, ikan sepanjang 6.8 meter dan memiliki berat kira-kira enam tan itu ditemukan mati sebelum sempat dipindahkan ke habitat asalnya.
Setelah terperangkap selama 10 hari di terusan PLTU Paiton, yu paus itu akhirnya mati.
Punca kematian yu paus itu masih belum diketahui kerana siasatan ke atas ikan itu masih berjalan.
Sementara itu, seorang aktivis dari Jakarta Animal Aids Network (JAAN), Amang Raga yang terlibat dalam pasukan penyelamat haiwan itu berkata, pihaknya masih melakukan pengambilan sampel organ tubuh daripada yu paus untuk mengetahui sebab kematiannya.
“Kita masih perlu melakukan pemerhatian dengan membuat autopsi bagi mengetahui punca yu paus itu mati,” kata Amang.
Katanya, daripada pemerhatian pasukan penyelamat, terdapat beberapa kesan luka pada tubuh yu paus yang mati itu, Namun pihaknya belum dapat memastikan luka pada tubuh paus tersebut.
“Adakah luka ini terjadi sebelum terperangkap di dalam saliran atau setelah berada di dalam saliran berkenaan. Hal ini kita belum dapat pastikan sehinggalah autopsi dapat dilakukan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/yu-paus-mati-8216-sesat-8217-dalam-terusan-1.64482#sthash.yeOrxpQq.dpuf

Majikan dera amah Indonesia dipenjara 6 tahun


Law Wan-tung (kanan) dan Erwiana Sulistyaningsih. – AGENSI
Law Wan-tung (kanan) dan Erwiana Sulistyaningsih. – AGENSI
HONG KONG 27 Feb. – Seorang wanita Hong Kong dipenjara selama enam tahun kerana mendera dua pembantu rumah Indonesia dan mengugut untuk membunuh ahli keluarga mangsa, kes yang mencetuskan kemarahan serantau dan mendedahkan penderitaan berjuta-juta pembantu rumah di Asia.
Ibu kepada dua orang anak, Law Wan-tung, 44, turut didenda sebanyak HK$15,000 (RM6,943) selepas didapati bersalah terhadap 18 daripada 20 tuduhan termasuk menumbuk dan memukul dua pembantu rumahnya menggunakan batang mop.
Selain itu, hakim mahkamah, Amanda Woodcock mendapati Wan-tung bersalah kerana menyebabkan kecederaan teruk pada mangsa dan mengeluarkan ugutan terhadap Erwiana Sulistyaningsih, 24, dan seorang lagi pembantu rumah Indonesia kira-kira dua tahun lalu.
Menurut Woodcook, keputusan itu dibuat selepas bukti jelas menunjukkan betapa sedikit kebajikan yang diperoleh oleh Erwiana dan seorang lagi mangsa sepanjang bekerja untuk Wan-tung.
Penderitaan yang dialami Erwiana selama lapan bulan itu mendapat tumpuan ramai pihak di Hong Kong dan luar negara yang mendesak kerajaan agar mengkaji semula dasar pengambilan pekerja asing.
Dalam pada itu, ketika ditemui pihak media selepas keputusan mahkamah, Erwiana berkata, hukuman penjara selama enam tahun tidak mencukupi, walaupun sebelum ini dia sedia memaafkan bekas majikannya itu.
“Ketika kita menyedari pekerja asing dizalimi dan wujud kegiatan perhambaan di Hong Kong, pihak kerajaan seolah-olah bertolak-ansur dalam perkara tersebut.
“Keputusan mahkamah itu menunjukkan kerajaan negara ini tidak kisah dengan isu penderaan pekerja asing,” katanya sambil disokong kira-kira 30 orang yang membantah penderaan pembantu rumah. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/majikan-dera-amah-indonesia-dipenjara-6-tahun-1.64534#sthash.v4cgpQnb.dpuf