Search This Blog

Wednesday, February 25, 2015

Padah gaduh berebut gadis



SEBAHAGIAN daripada 10 lelaki yang didakwa atas tuduhan melakukan pergaduhan di tempat awam kerana berebut seorang gadis di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Gara-gara berebut seorang gadis hingga menyebabkan pergaduhan dan melepaskan tembakan di tempat awam, 10 lelaki lelaki akhirnya menerima padah apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Bagaimanapun, hanya tiga daripada 10 lelaki terbabit dijatuhkan hukuman penjara selepas masing-masing mengaku bersalah manakala tujuh lagi mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Kesemua 10 orang dari Tumpat dan Kota Bharu itu dihadapkan di depan Majistret Mohd. Firdaus Zainal Abidin atas tuduhan bersama-sama melakukan pergaduhan di tempat awam.
Mohd. Firdaus menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang tertuduh iaitu seorang anggota polis berpangkat konstabel, Mohamad Izzat Irfan Md. Khuzeh, 26, manakala dua lagi lelaki iaitu seorang pekerja hotel, Wan Mohd. Farif Wan Ahmad, 23, dan seorang penganggur, Mohd. Hasrizal Mazlan, 20, masing-masing dijatuhi hukuman penjara lima bulan.
Sementara itu, tujuh lagi tertuduh ialah Shahrul Hafiz Shafie, 25; Mohamad Shahrin Shafie, 22; Mohd. Ridhuan Yusof, 22; Farid Suria, 23; Muhamad Nazrin Nik Ismail, 22; Wan Mohd. Arham Wan Mansor, 27, dan Wan Mohamad Fahmi Wan Mansor, 22.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3SlhTzwbQ 
Hakcipta terpelihara 

Mayat lelaki mangsa bunuh ditemui tertanam di hutan simpan



Mohd. NASHIR (dua dari kiri ) melihat lokasi mayat seorang lelaki ditanam di kawasan hutan simpan di Pedu dekat Kuala Nerang semalam.


KUALA NERANG – Kecurigaan sekumpulan pencari madu kelulut terhadap satu lokasi tanah yang baru dikorek dan dikambus semula membawa kepada penemuan satu mayat lelaki disyaki dibunuh tertanam di hutan simpan di Pedu dekat sini kelmarin.
Lokasi seakan-akan kubur yang ditutup dengan ranting kayu itu ditemui pada pukul 7 petang sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Tanjung, Pedu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nashir Ya memberitahu, sepasukan polis kemudian menggali sebahagian kawasan itu dan menemui tangan manusia.
“Kerja-kerja menggali dihentikan untuk pemeriksaan lanjut sebelum penggalian disambung semula pada pagi tadi (semalam) dengan kehadiran pasukan patologi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3SlhLrfgq 
Hakcipta terpelihara 

Pencuri coli, seluar dalam diberkas





KLANG – Misteri kehilangan coli dan seluar dalam wanita di sekitar Taman Seri Bahagia di sini terungkai selepas polis menahan seorang lelaki berstatus duda dan menemui pelbagai pakaian dalam itu di rumah suspek di Jalan Temeggung 20, Off Jalan Sungai Jati, Taman Seri Bahagia di sini pukul 11 malam, Isnin lalu.
Perbuatan pelik dan tidak bermoral duda berusia 35 tahun itu terbongkar selepas jirannya membuat laporan kehilangan pelbagai peralatan rumah bernilai RM5,000 pada 19 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kehilangan peralatan elektrik daripada seorang pengadu di Taman Seri Bahagia di sini.
Katanya, antara barangan yang dilaporkan hilang adalah set televisyen, cerek elektrik, kasut jenama Adidas, beg, kamera, mesin jahit, mesin pencetak, seterika, kipas meja dan banyak lagi de­ngan jumlah kerugian RM5,000.
“Bertindak atas maklumat, polis telah menyerbu sebuah rumah di taman tersebut pukul 11 malam pada Isnin lalu dan menahan seorang duda yang berasal dari Perak.
“Pemeriksaan lanjut mendapati, lelaki itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan dia juga merupakan jiran pengadu dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mengulas lanjut, Kamarul Zaman memberitahu, pemeriksaan dalam rumah suspek mendapati, barang-barang milik pengadu yang hilang ditemui di rumah duda berkenaan.
Menurutnya, turut ditemui adalah pel­bagai baju dan seluar dalam wanita de­ngan jumlah yang banyak dalam rumah terbabit.
“Kita syak, suspek telah mencuri seluar dan coli di ampaian lebih kurang 50 buah rumah di sekitar Taman Seri Bahagia ini.
“Hasil siasatan awal, kita dapati suspek yang bertindak berseorangan mencuri seluar dan coli tersebut adalah untuk bahan koleksi sahaja,” ujarnya.
Bagaimanapun kata beliau, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek turut terlibat dengan kes pecah rumah dan lelaki itu ditahan reman selama empat hari bermula semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3Slgta0UO 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki cuba bantu rakan ditemui lemas

RABU, 25 FEBRUARI 2015 @ 10:14 PM

 
SANDAKAN: Seorang lelaki ditemui lemas hari ini selepas berenang untuk mendapatkan bantuan apabila bot yang dinaiki beliau dan tiga rakan lain terbalik di tengah laut semalam.

Mayat Mohamad Zaki Hamid, 22, ditemui penduduk kampung pada jam 4.40 petang tadi berhampiran lokasi bot mereka terbalik berdekatan Pelabuhan Karamunting, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang semalam itu, Mohamad Zaki dikatakan keluar ke laut bersama tiga rakannya untuk memukat menggunakan bot kecil.

Bagaimanapun, bot mereka terbalik menyebabkan mangsa mengambil keputusan untuk berenang ke tepi laut bagi mendapatkan bantuan, manakala tiga lagi rakannya berpaut pada bot sebelum diselamatkan nelayan lain yang kebetulan melalui perairan itu.


Kehilangan mangsa hanya disedari rakannya pada jam 9 malam hari kejadian selepas mendapati mangsa masih tidak pulang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali, berkata gerakan mencari dilancarkan polis dan bomba sejurus menerima laporan mengenai kehilangan mangsa.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat," katanya.

Empat maut, jet pejuang Turki terhempas



Jenis jet RF-4E Turki yang terhempas di wilayah Malatya, tenggara Ankara hari ini. - Foto ihsan http://www.airliners.net/
ANKARA: Empat askar Turki terkorban apabila dua jet pejuang terhempas di wilayah Malatya, tenggara negara itu, kata tentera hari ini.
Angkatan tentera negara itu berkata, pihaknya terputus hubungan dengan dua jet RF-4E ketika menjalankan latihan penerbangan pada sebelah malam.
"Operasi mencari dilaksanakan dengan segera. Bangkai dua jet itu sudah ditemui dan malangnya empat juruterbang terkorban," katanya.
Katanya, dua jet berkenaan terhempas akibat kemalangan tetapi tidak memberikan maklumat lanjut punca atau mengapa jet terbabit terhempas serentak.
Setiap jet itu dilaporkan membawa seorang juruterbang dan seorang pembantu juruterbang. Tiada sesiapa yang terselamat.
Stesen televisyen swasta, NTV melaporkan, anggota penyelamat dan helikopter serta anggota bomba dan ambulans digerakkan ke tempat kejadian selepas terdengar letupan.
Kabus tebal menyukarkan kenderaan untuk sampai ke tempat kejadian. - AFP

27 maut, letupan bom gegar stesen bas di Nigeria


KEADAAN bangkai bas yang rentung akibat terbakar disebabkan oleh dua lelaki meletupkan diri mereka di terminal yang sibuk di Kano Line, Nigeria. - Foto AFP
KANO, Nigeria: Dua letupan bom menggegar stesen bas di utara Nigeria menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang maut ketika keganasan terus berleluasa kurang lima minggu menjelang pilihan raya umum.
Letupan pertama mengakibatkan 17 orang mati di stesen di pinggir Potiskum, timur laut wilayah Yobe yang dilaporkan menjadi sasaran kumpulan militan Boko Haram.
Selang beberapa jam kemudian, dua lelaki meletupkan diri mereka selepas keluar dari sebuah bas di terminal yang sibuk di Kano, bandar terbesar di utara dan satu lagi sasaran kumpulan berkenaan. Seramai 10 orang terkorban.
Presiden Goodluck Jonathan berkata, pihak tentera berjanji melumpuhkan pergerakan kumpulan militan itu.
"Presiden memberi jaminan kepada seluruh rakyat Nigeria dan penduduk di wilayah timur laut terutamanya, bahawa hari untuk berkabung bagi mangsa serangan pengganas di negara ini akan berakhir dan keadaan semakin sukar di pihak Boko Haram," kata kenyataan pejabat presiden.
Kumpulan militan Nigeria itu didakwa bertanggungjawab terhadap 13,000 kematian sejak 2009 dan dalam tempoh beberapa minggu ini sedang meningkatkan pengaruh mereka di negara jiran sekali gus menimbulkan kebimbangan berlaku krisis serantau. - AFP

Polis Colombia rampas kokain AS$90 juta



KETUA Polis Colombia, Jeneral Rodolfo Palominco (tengah) dan pasukannya memeriksa bungkusan kokain yang dirampas ketika operasi besar-besaran terhadap kumpulan penjenayah di kawasan hutan berdekatan sempadan Panama, hari ini. - Foto REUTERS
NECOCLI, Colombia: Polis merampas 3.3 tan kokain dipercayai mahu diseludup ke Mexico ketika operasi besar-besaran terhadap kumpulan penjenayah di kawasan hutan berdekatan sempadan Panama, kata polis.
Ketua Polis Colombia, Jeneral Rodolfo Palomino berkata, dadah dipercayai milik kumpulan Colombian Usuga Clan dan bernilai kira-kira AS$90 juta itu, ditemui dalam kawasan hutan berkenaan.
"Penghantaran itu bersedia untuk beredar menggunakan laluan laut ke Caribbean atau sempadan dengan Panama dan seterusnya ke Mexico," katanya.
Colombia, pengeluar kokain terbesar, mengeluarkan kira-kira 300 tan setahun bahan terlarang itu.
Pihak berkuasa berjaya merampas 166 tan dadah pada 2014.
Kawasan timur laut Colombia dianggap paling strategik untuk geng penjenayah dan gerila berhaluan kiri bagi mengedar senjata api dan dadah.
Kumpulan Usuga Clan, mempunyai kira-kira 2,000 ahli adalah geng penjenayah terbesar di negara itu.
Selain pengedaran dadah, mereka juga terbabit dalam perlombongan haram.
Pihak berkuasa Colombia menawarkan hadiah AS$600,000 bagi mendapatkan maklumat sehingga tertangkapnya ketua kumpulan berkenaan. - Reuters

1 maut, dua cedera parah nahas di Teluk Intan

TELUK INTAN: Seorang lelaki maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Dato Maharajalela, Batu 4, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.
Kemalangan membabitkan dua kereta jenis PERODUA Kancil dan Kia Spectra.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mangsa yang juga pemandu Kia Spectra meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.
"Maklumat awal bomba juga mendapati, dua yang parah adalah seorang kanak-kanak dan seorang wanita dewasa dipercayai yang juga penumpang Kia Spectra.
"Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Katanya, identiti mangsa yang maut dan cedera belum diperolehi.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 7.15 pagi.
Operasi diketuai Penguasa Bomba Sharifuddin Jubri dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan.

Baling Batu, Remaja Dihukum Kerja Khidmat Masyarakat


Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 7:25 PM

KUALA LUMPUR: Gara-gara membaling batu pada pekerja gerai makan, remaja lelaki berumur 18 tahun dikenakan hukuman menjalankan kerja khidmat masyarakat selama tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Rabu.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu ke atas remaja terbabit setelah dia mengaku bersalah mencederakan Krishnamoorthy Chinnadurai,28, dengan membaling sebiji batu yang mengenai kepala mangsa, sebagai senjata yang boleh mendatangkan kematian.

Mahkamah menjatuhkan hukuman perintah kehadiran wajib empat jam sehari selama tiga bulan berturut-turut mengikut Seksyen 5 Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 terhadap tertuduh kerana dia merupakan pesalah muda.

Remaja terbabit, seorang pembantu gerai makan lain, didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan gerai makan, tepi jalan Lorong Sentul Pasar, Sentul, disini pada pukul 9 pagi, 16 Februari lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah datang dan memarahi mangsa yang ketika itu sedang bekerja di gerai makan dengan meluahkan kata-kata kotor terhadapnya kerana dia lambat mengambil pesanan makanan.

Ketika Krishnamoorthy mahu beredar, tertuduh telah mengambil batu lalu membaling ke arahnya dan terkena di bahagian kiri kepala mangsa, menyebabkan mangsa menerima tiga jahitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah MohdYushaa, manakala remaja itu tidak diwakili peguam. 

Mahkamah Tangguh Keputusan Kes Senjata Api Salman Khan


Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 7:15 PM
Salman Khan

NEW DELHI: Mahkamah Majistret di Jodhpur, Rajasthan, menangguhkan kepada 3 Mac untuk memberi keputusan, yang sepatutnya diumumkan Rabu bagi kes pemilikan senjata api secara haram oleh pelakon Bollywood Salman Khan ketika berburu pada 1998.
Media tempatan melaporkan bahawa pengumuman keputusan perbicaran kes itu ditangguhkan setelah pihak pendakwaan memfailkan afidavit baharu.
Pihak pendakwaan berkata mereka perlu membuat pemeriksaan semula terhadap sebahagian daripada 16 saksi pendakwa dan akan mengemukakan bukti baharu.
Terdahulu, media melaporkan bahawa pelakon berusia 49 tahun itu akan hadir di mahkamah pada Rabu apabila mahkamah mengumumkan keputusannya. Penangguhan itu mengecewakan para wartawan dan peminat Salman Khan yang memenuhi kawasan mahkamah.
Sebelum ini, Salman Khan disabitkan kesalahan bagi dua tuduhan iaitu memburu dan membunuh rusa diancam kepupusan ketika membuat penggambaran untuk filemnya, Hum Saath Saath Hain, pada 1998.
Menurut fakta kes, dua rusa jenis blackbucks, yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar, mati di pinggir kampung Kankani dekat Jodhpur.
Dalam satu daripada kes itu, Salman Khan didakwa membawa senjata api yang luput tempoh lesennya.
Hindustan Times melaporkan bahawa mahkamah merampas raifal dan revolver Salman Khan ketika beliau pertama kali dituduh memburu secara haram dan menggunakan lesen yang tamat tempoh.
Tuduhan baharu dikenakan terhadapnya tahun lepas apabila Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung Rajasthan memutuskan bahawa akta senjata api tidak boleh diguna pakai terhadapnya, dan memerintahkan kes itu kembali dibicarakan di mahkamah lebih rendah.
Pada Januari tahun ini, Mahkamah Agung membatalkan satu perintah mahkamah agar hukuman penjara lima tahun terhadap Salman Khan berhubung kes berburu secara haram, ditangguhkan.
Pada 2013, Mahkamah Tinggi Rajasthan menangguhkan pelaksanaan sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun terhadap pelakon itu.

Rasuah: Pegawai Jabatan Hutan Didenda RM70,000, Dilucut Hak Wang RM3.8 Juta


Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 8:28 PM
Amir Sharifuddin Aliman, 61, dijatuhi hukuman denda RM70,000 atau tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku menerima rasuah RM100,000 daripada seorang kontraktor balak, tiga tahun lepas.

IPOH: Seorang pegawai Jabatan Hutan Daerah Hulu Perak dijatuhi hukuman denda RM70,000 atau tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen disini selepas mengaku menerima rasuah RM100,000 daripada seorang kontraktor balak, tiga tahun lepas.

Hakim Rihaida Rafie turut mengarahkan wang tunai RM768,970 milik Amir Sharifud-din Aliman, 61, yang dirampas dari rumah tertuduh serta wang berjumlah RM3,103,324.71 dalam 12 akaun milik isteri dan empat anaknya (jumlah keseluruhan RM3.872 juta) dilucut serta diserah kepada kerajaan Malaysia.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah pada prosiding hari ini.

Sebelum ini, pada 1 Februari 2013, Amir Sharifud-din mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen atas 12 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM390,000 daripada dua kontraktor balak antara April 2010 dan Januari 2012.

Dia turut berdepan dakwaan gagal menyerahkan pernyataan bersumpah bagimenjelaskan mengenai harta berlebihan yang dimilikinya pada 26 September 2013.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), A.Hafiizh Abu Bakar memohon mahkamah menggugurkan 12 lagi pertuduhan yang dihadapi Amir Sharifud-din itu selepas dia menukar pengakuannya.

Mengikut pertuduhan, Amir Sharifud-din menerima wang itu dengan tiada balasan daripada Ismail Abdul Manas di depan Kafe Bawang Merah, No 8281, Jalan Suda Bahagia, Gerik pukul 9 malam, 3 Jan 2012.

Peguam Saw Hoe Teck pula memohon anak guamnya dikenakan hukuman denda atas alasan Amir Sharifud-din menghidap penyakit jiwa iaitu 'Kecelaruan Afektif Dwikutub' yang disahkan pakar psikiatri Hospital Fatimah Ipoh dan masih menjalani rawatan susulan.

"Tertuduh dan isterinya juga tidak bekerja. Malah wang yang ada di dalamakaunnya dan anggota keluarganya sudah disita. Mohon hukuman denda yang rendah,"katanya.

A. Hafiizh memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal dan memintamahkamah mengambil kira 12 pertuduhan yang digugurkan sebagai pemberat ketikamenjatuhkan hukuman. 

Lelaki cuba 'rogol' peti surat ditemui mati


Lelaki cuba 'rogol' peti surat ditemui mati
kapsyen: Gambar Hiasan
GREATER MANCHESTER - BRITAIN. Lelaki yang pernah menggemparkan dunia dengan ‘cubaan mengadakan hubungan seks dengan peti surat’ bulan lepas ditemui mati di belakang sebuah restoran Cina, lapor portal metro.co.uk, semalam.

Pihak berkuasa Greater Manchester berkata, mayat Paut Bennet, 45, ditemui di belakang restoran tersebut pada awal pagi Ahad.

Bennet yang berasal dari Worsley, Greater Manchester dipercayai meninggal dunia akibat mengambil dadah berlebihan.

Januari lalu, Mahkamah Wigan Magisrates mengenakan hukuman 12 bulan khidmat komuniti setelah didapati bersalah menonjolkan perilaku seks terhadap sebuah peti surat di tepi jalan.

Dia juga dilarang mengambil alkohol dan diperintah menjalani program pemulihan serta membayar pampasan sebanyak £260 kepada mangsa.

Sementara itu, seorang kenalan Bennet bagaimanapun menyifatkan Bennet seorang rakan yang baik.

“Dia mungkin mempunyai masalahnya sendiri, tapi dia sebenarnya seorang rakan yang baik,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Kematian akibat selesema babi di India cecah 832


24 Februari 2015


NEW DELHI - INDIA. Negara ini mencatat 20 lagi kematian akibat‎ selesema babi (H1H1) semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 832 sejak wabak tersebut merebak awal tahun ini, dengan jumlah kes yang disahkan mencecah 14,000.
   
Pihak berkuasa kesihatan pada Ahad sahaja melaporkan sebanyak 38 kematian dalam satu hari dengan pihak berkuasa kesihatan di ibu negara ini dan beberapa bandar raya utama mempertingkatkan usaha membendung penyakit membawa maut ini dengan mengarahkan hospital dan makmal melakukan saringan darah.
   
Selain Delhi, negeri-negeri utama lain yang terjejas teruk ialah Rajasthan, Uttar Pradesh, Gujerat dan Telangana.

Negeri paling teruk terjejas setakat ini ialah Rajasthan dengan lebih 4,000 kes dilaporkan, melibatkan 200 kematian.
   
Delhi dan Gujerat sahaja masing-masing mencatat kira-kira 2,000 kes sepanjang tempoh dua bulan lepas.
   
Simpton selesema babi adalah sama dengan selesema biasa seperti batuk, demam, sakit tekak dan keletihan.
 
Para aktivis sosial dan parti politik menyalahkan kerajaan pusat yang mereka dakwa gagal mengambil tindakan sewajarnya bagi mengendalikan krisis kesihatan.
   
Mereka menyalahkan pihak berkuasa terutama di Delhi yang tidak memberi perhatian berikutan lawatan presiden Amerika Syarikat Barack Obama baru-baru ini serta pilihan raya perundangan Delhi dua minggu lalu.
   
Hanya beberapa hari lepas sahaja kempen media melalui televisyen dan papan iklan digiatkan bagi mendidik dan memberi amaran kepada penduduk, dengan semakin ramai penduduk memakai topeng semasa berada di luar rumah.
   
Pemeriksaan di farmasi menunjukkan sekotak mengandungi 50 keping topeng dijual pada harga 300 rupee (RM18) sebelum ini, tetapi meningkat kepada 600 hingga 700 rupee (RM35-RM40) pada masa kini.
   
Wabak tersebut juga menyebabkan pihak berkuasa kesihatan menetapkan kadar caj saringan darah pada 4,800 rupee (kira-kira RM280) dengan makmal-makmal swasta mengenakan bayaran sekali ganda.
   
Tahun lalu India mencatat 937 kes selesema babi dan 218 kematian. - Bernama

Bunuh 3 anak kerana tertekan


Bunuh 3 anak kerana tertekan
Sanjay ditahan pihak polis selepas mengaku membunuh ketiga-tiga anaknya.
GARA-gara bimbang tidak mampu membiayai majlis perkahwinan anaknya, seorang bapa di India sanggup mencekik tiga anak perempuannya hingga mati dan mencampakkan mayat mereka ke dalam sebuah terusan.

Sanjay Dubey, 33, ditahan di tempat kejadian selepas mengaku membunuh Ankita, 9, Priya, 7, dan Bhavna, 2.

Awalnya, lelaki itu memberitahu isterinya dia ingin membawa anak mereka ke sebuah pameran tempatan. Sebaliknya, peniaga sari dari Pandesera di Gujarat itu ke terusan berhampiran dan membunuh ketiga-tiga anaknya.

Menurut Inspektor Mahendra Kher, pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk kampung yang menemui tiga mayat terapung dalam keadaan tertiarap. Apabila pasukan polis tiba, Sanjay yang berada di tempat kejadian terus mengaku bersalah membunuh anak-anaknya.

Isterinya, Meera Devi, 32, hanya tahu mengenai kejadian itu keesokan hari selepas diberitahu abang iparnya dan tidak menyangka bagaimana suaminya itu boleh bertindak sejauh itu.

Difahamkan, Sanjay mengalami kemurungan setelah kerugian 3,000 pound (RM17,000) dalam urus niaga perniagaan beberapa bulan lalu.

Dia turut memberitahu pihak polis bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain selain membunuh mereka kerana bimbang mengenai kos membesarkan anak-anaknya itu. – Daily Mail

Media AS tutup mulut


Media AS tutup mulutPEMBUNUHAN tiga pelajar Islam yang ditembak di kepala di sebuah apartmen di Chapel Hill berdekatan dengan Universiti North Carolina di Amerika Syarikat, baru-baru ini dipandang sepi media arus perdana AS.

Media AS sekadar melaporkan berita pendek pembunuhan itu dilakukan seorang lelaki ateis tanpa mengaitkannya langsung dengan politik, perkauman atau agama dianuti penyerang terbabit.

Seboleh-bolehnya mereka mahu menekankan pembunuhan itu tiada kaitan langsung dengan Islamofobia.

Craig Stephen Hicks yang berumur 46 tahun menembak mati Deah Shaddy Barakat, 23, isterinya, Yusor Mohammad, 21, serta adik perempuannya, Razan Mohammad, 19.

Bapa dua mangsa wanita berkenaan, Mohammad Abu-Salha pula berkata, polis memberitahu pasangan itu ditembak di kepala ketika di rumah mereka dan yakin ia adalah satu jenayah kebencian.

“Media di sini suka mengaitkan rakyat Amerika dengan Islam, keganasan Islam dan menjadikan penduduk di sini takut dan membenci kita (orang Islam) dan mahu kita keluar.

“Kalau ada dalam kalangan mereka bercanggah pendapat dengan anda, dan mereka pun membenci anda, anda akan mendapat peluru di kepala,” kata Abu-Salha yang juga seorang ahli psikiatri.

Polis sebaliknya percaya, pembunuhan tersebut berpunca daripada perebutan parkir.

10 maut bas terbakar di Pakistan


24 Februari 2015


KARACHI - Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan sembilan cedera selepas sebuah bas terbalik dan terbakar di selatan Pakistan, semalam.

Menurut Channel News Asia, kemalangan itu berlaku di bandar selatan Noori Abad, sekitar 100 kilometer dari Karachi.

"Daripada 10 yang terkorban, tujuh mayat ditemui rentung dan gagal dikenal pasti. Tiga wanita, dua kanak-kanak serta empat yang lain pula cedera," kata pegawai kanan polis, Naeem Shaikh. Menurut Shaikh, bas berkenaan membawa lebih muatan dan terbabas sebelum terbalik selepas salah satu tayarnya pecah.

Bulan lalu, 62 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh di selatan Pakistan apabila bas dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak.

Kebanyakan mangsa maut akibat terbakar.

Lelaki ikat, rogol tiru babak filem lucah


WARTAWAN SINAR HARIAN
Lelaki ikat, rogol tiru babak filem lucah
Lelaki ikat, rogol tiru babak filem lucah Mohammad Hossain
25 Februari 2015


CHICAGO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pelajar universiti didakwa menyerang dan merogol seorang pelajar wanita selepas mengaku meniru babak filem lucah, '50 Shades of Grey'.

Mohammad Hossain, 19, mengikat mangsa yang merupakan pelajar dari universiti sama di sebuah bilik.

Menurut Dailymail UK, mangsa datang ke bilik Hossain pada hari kejadian. Hossain kemudian menyuruhnya menanggalkan pakaian dan mula mengikat mangsa.

Pegawai pendakwaraya, Sarah Karr memberitahu mahkamah, Hossain mula menyebat mangsa menggunakan tali pinggang.

Mangsa kemudian menangis dan minta dilepaskan namun Hossain mula menumbuk dan merogol mangsa.

Hossain kemudian ditangkap dan ditahan reman sebelum diikatjamin RM1.8 juta (AS$ 500,00) oleh seorang penjamin.

Tiga mati makan pau


Xi’an: Sambutan Tahun Baru Cina bertukar menjadi tragedi bagi satu keluarga di wilayah Shaanxi minggu lalu apabila tiga beradik termakan pau kukus yang tercemar dengan racun boraks.
Pada hari pertama sambutan itu, nenek ketiga-tiga beradik itu menyediakan beberapa pau kukus untuk keluarganya di kampung Liujiagou, di daerah Suide.
Tetapi, kerana tergesa-gesa untuk menyediakan makanan itu, dia mencapai racun itu boraks yang disangkanya tepung, lapor agensi berita Xinhua.
Ketiga-tiga beradik perempuan yang berumur antara enam dan 16 tahun itu disahkan mati selepas memakan pau berkenaan.
Bapa mangsa dan anak lelakinya berusia lapan tahun turut memakan pau berkenaan tetapi terselamat selepas dikejarkan ke hospital.
Boraks digunakan dalam bahan pencuci, kosmetik dan racun serangga. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32943#sthash.2Nh4d25F.dpuf

Bunuh diri dalam penjara


Vienna: Rakhat Aliyev (gambar), bekas menantu presiden Kazakhstan yang bertukar menjadi penentangnya, ditemui mati di dalam penjara di Austria kerana membunuh diri, menurut jurucakap mahkamah semalam.
Disember tahun lalu, Aliyev dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh dua pegawai bank pada 2007.
Kazakhstan berulang kali memohon dia diekstradisi berkait dengan kes itu.
Aliyev yang juga bekas duta Kazakhstan ke Austria sebelum menjadi pengkritik lantang Presiden Nursultan Nazarbayev, mengecam tuduhan itu dan mendakwanya bermotifkan politik.
Dia ditahan sejak Jun tahun lalu apabila menyerah diri kepada pihak berkuasa Austria.
Agensi berita Austria memetik pegawai penjara sebagai berkata, mayat Aliyev ditemui pada 7.20 pagi semalam (waktu tempatan) dalam bilik kurungan tempat dia ditahan bersendirian di penjara Josefstadt di Vienna.
Pegawai itu berkata, Aliyev menggantung dirinya dalam bilik mandi.
Kazakhstan sebelum ini berusaha meminta Austria mengekstradisinya tetapi Vienna menolaknya dua kali kerana rekod hak asasi negara itu. - Reuters
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32944#sthash.Bj6D3KJP.dpuf

Dua dipenjara hina raja

Bangkok: Sebuah mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara dua setengah tahun ke atas dua orang atas tuduhan menghina raja.
Pelajar Patiwat Saraiyaem, 23, dan aktivis, Ponrtip Mankong, 26, sebelum ini mengaku bersalah atas tuduhan itu selepas ditangkap Ogos lalu, setahun selepas mereka mengambil bahagian dalam pementasan satira berjudul ‘The Wolf Bride.’
Pasangan itu mulanya dipenjara lima tahun tetapi hukuman itu dikurangkan kepada separuh kerana mereka mengaku bersalah, kata hakim di Mahkamah Jenayah Ratchada di Bangkok.
“Mahkamah menganggap peranan mereka dalam pementasan itu mencemar raja dan tidak ada alasan untuk membebaskan mereka,” katanya di mahkamah yang penuh sesak dengan anggota keluarga tertuduh.
Kumpulan hak asasi berkata, pendakwaan berkait dengan undang-undang menghina raja meningkat mendadak sejak tentera mengambil alih pemerintahan.
Raja Bhumibol Adulyadej, 87, dianggap kebanyakan rakyat Thai sebagai ‘wakil tuhan’ dan mereka yang didapati bersalah menghina raja, permaisuri, waris atau raja muda berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun untuk setiap kesalahan. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Februari 2015 @ 7:31 AM


PATIWAT (kiri) dan Porntip dibawa keluar dari mahkamah selepas mereka dihukum penjara, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32714#sthash.ZDRGNtEY.dpuf

Jalani hukuman mati minggu ini


Agensi
Denpasar: Dua warga Australia Myuran Sukumaran dan Andrew Chan mungkin menjalani hukuman mati minggu ini.
Ketua pejabat pendakwa raya Bali Momock Bambang Samiarso dipetik sebagai berkata demikian oleh portal berita Australia, news.com.au, semalam.
Pihak berkuasa Indonesia sebelum ini berkata, hukuman ke atas kedua-dua lelaki itu ditangguhkan selama sebulan.
Menurut Momock, pihaknya bagaimanapun masih menunggu isyarat dari Nusakambangan untuk menghantar kedua-dua warga Australia yang dihukum mati pada 2006 selepas didapati bersalah cuba menyeludup keluar dadah dari Bali ke Australia.
Mereka kini ditahan di Penjara Kerobokan di Bali.
“Kemungkinan besar mereka akan menjalani hukuman tembak minggu ini. Kita masih menunggu isyarat dari Nusakambangan untuk memindahkan mereka,” kata Momock.
Menurutnya, dia berbincang dengan pihak berkuasa Nusakambangan mengenai penghantaran kedua-dua lelaki itu tetapi tidak memberikan butir lanjut mengenainya.
Sementara itu, pendakwa raya HM Prasetro berkata, persiapan untuk melaksanakan hukuman mati terhadap Sukumaran dan Chan masih dilakukan.
Penghantaran kedua-dua pesalah dadah itu ke Nusakambangan sebelum ini ditunda kerana masalah teknikal.
Dalam perkembangan berkaitan tiga pesawat Sukhoi SU-30MKI dilapor tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai dari Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin di Makassar, dipercayai akan digunakan untuk mengiringi pesawat yang membawa Sukumaran dan Chan ke Nusakambangan.
Kedua-duanya kelmarin merayu Presiden Joko Widodo (Jokowi) supaya menarik balik hukuman itu.
Isu hukuman mati ke atas pesalah dadah di Indonesia mengeruhkan hubungan diplomatik antara negara berkenaan dengan dengan Australia dan Brazil.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32710#sthash.iBCRviWq.dpuf

Penggal kerana hina Nabi


Riyadh: Mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Lelaki yang namanya tidak didedahkan berusia 20-an itu juga dituduh mengoyakkan al-Quran, merakamkan perbuatannya dan menyebarkan video itu di media sosial, lapor akhbar Sharq.
“Lelaki itu dihukum penggal selepas didapati bersalah,” lapor akhbar itu.
Menurutnya, tiga panel hakim mengeluarkan perintah hukuman mati itu namun tidak menyatakan sama ada dia boleh mengemukakan rayuan. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32699#sthash.PwHoafdq.dpuf

Jururawat bunuh 30 pesakit minta maaf


Berlin: Seorang jururawat yang membunuh lebih 30 pesakit kerana bosan meminta maaf atas perbuatan kejinya itu.
Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Niels H, 38, kini dibicarakan atas tuduhan bunuh dan cubaan membunuh di Jerman.
Katanya, dia amat menyesali perbuatan itu dan berharap keluarga mangsa lebih lega dan dapat meneruskan kehidupan apabila dia didapati bersalah.
Tertuduh mengaku memberi suntikan berlebihan ubat jantung dalam dos yang mampu mengakibatkan kematian kerana menurunkan tekanan darah.
Dia kemudian cuba menyedarkan semula mangsa dan rasa gembira apabila berjaya, namun amat sedih jika gagal.
Niels mengakui keputusannya memberi ubat itu sebagai tindakan spontan. Jumlah kematian di klinik tempat kerjanya meningkat sepanjang tempoh dia berkhidmat antara 2003 dan 2005.
Dia ditangkap selepas rakan sekerja melihatnya menyuntik ubat yang salah kepada seorang pesakit. Kematian 174 pesakit di bawah jagaannya kini disiasat. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32703#sthash.AZYqDrB9.dpuf

Polis henti siasat kes perkosa gadis Sultan Solo

Solo: Polis menghentikan siasatan terhadap tuduhan merogol seorang gadis ke atas Sultan Solo Pakubuwono XIII atas alasan kekurangan bukti.
Polis di Sukoharjo, Jawa Tengah berkata, mereka tidak mempunyai alasan untuk menyoal siasat sultan itu yang dituduh merogol gadis berusia 16 tahun hingga mangsa melahirkan anak.
Beberapa saksi disoalsiasat tetapi tidak ada yang memberikan bukti mencukupi mengenai pembabitan Pakubuwono, kecuali mangsa.
“Tanpa bukti tambahan, dakwaan itu terlalu lemah. Kami memerlukan sekurang-kurangnya satu saksi tambahan untuk mengesahkan tuduhan mangsa sebelum kami boleh menyoal siasat sultan itu,” kata Ketua Polis Sukoharjo Andi Rifai.
Menurutnya, polis juga melakukan siasatan untuk mencari bukti di kamar sebuah hotel, tempat pemerkosaan itu dikatakan berlaku.
Penyiasat tidak berjaya mendapatkan rakaman CCTV yang diperlukan kerana kelengkapan keselamatan hotel itu memadamkan rakaman video setiap dua bulan secara automatik.
Mangsa mendakwa dirogol Mac tahun lalu tetapi hanya melaporkannya pada Julai.
Pelajar itu berkata, seorang wanita dengan nama singkatan WT menawarkan dia kerja dengan Pakubuwono tetapi sebaliknya menjualnya kepada sultan itu dengan harga Rp2 juta (RM540).
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Februari 2015 @ 7:30 AM


GAMBAR fail menunjukkan Sultan Pakubuwono XIII di dalam kereta kuda.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32708#sthash.8K3jluvX.dpuf