Search This Blog

Monday, February 23, 2015

Pelajar sekolah cedera parah disimbah asid


Pelajar sekolah cedera parah disimbah asid
KATHMANDU - NEPAL. Dua pelajar sekolah berisiko cacat seumur hidup selepas seorang remaja bertopeng menyerbu kelas dan menyerang mereka dengan asid.

Menurut Dailymail UK, Sangita Magar, 16, and Sima Basnet, 15 cedera parah di muka, badan dan kaki.

Mangsa dikhuatiri diserang atas motif balas dendam.

Menurut sebuah temuramah, Sima melarikan diri ke rumah selepas diserang manakala Sangita dihantar ke hospital oleh ibu bapanya.

Menurut siasatan, ibu bapa Sangita tidak berpuashati selepas anak mereka tidak mendapat rawatan selepas 5 jam serangan tersebut berlaku.

Pesara polis tembak mati dua anak perempuan


Pesara polis tembak mati dua anak perempuan
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pesara polis membunuh diri selepas menembak mati dua anak perempuannya, Sabtu lepas.

Menurut Yahoo News, Glen Hochman, 52, menembak mati Alissa, 17 dan Deanna, 13 dan 3 ekor anjing peliharaan di rumah mereka di Harrison.

Ketua Polis, Anthony Marraccini memberitahu, anggota polis dihantar ke rumah Hochman selepas terdapat aduan orang awam.

Siasatan masih dijalankan dan motif kejadian tidak dapat dipastikan.

69 maut feri terlanggar bot kargo


DHAKA - BANGLADESH. Seramai 69 dilaporkan maut selepas sebuah feri berlanggar dengan sebuah bot kargo, semalam.
 
Menurut laporan AFP, feri tersebut membawa 150 penumpang ketika kejadian.
69 maut feri terlanggar bot kargo
 
Inspektor polis,  Abdul Muktadir memberitahu bahawa kebanyakan yang terkorban merupakan  penumpang tingkat bawah feri berkenaan.
 
Menurutnya, feri tersebut tenggelam dengan pantas selepas pelanggaran menyebabkan usaha menyelamatkan diri bagi penumpang tingkat bawah hampir mustahil.
 
Kejadian berkenaan di sungai Padma dan feri tersebut sudah diapungkan oleh pasukan penyelamat.

‘Aksi filem’ luar panggung

Oleh Mohd Hasbi Sidek

hmetroshahalam@hmetro.com.my
Klang: “Kejadian itu bagaikan seperti aksi dalam filem apabila mangsa diserang di tengah orang ramai di hadapan panggung wayang menggunakan parang,” kata saksi kejadian yang enggan dikenali menceritakan kejadian seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun parah ditetak di sebuah pasar raya, di sini, malam kelmarin.

Saksi, pengawal keselamatan di situ berkata, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran mulut antara dua kumpulan berkenaan sebelum ia berakhir di hadapan panggung wayang apabila mangsa ditetak.

“Mangsa berlari ke arah orang ramai bagi mengelak diserang suspek, namun suspek bertindak berani menetak mangsa manakala rakan mangsa melarikan diri,” katanya, di sini, semalam.

Difahamkan, dua kumpulan berkenaan sebelum itu bertengkar di pusat karaoke dan berlarutan hingga di hadapan panggung wayang di pusat beli-belah berkenaan.

Dua kumpulan terbabit dikatakan bersedia untuk bergaduh, malah suspek berusia 30-an turut membawa parang ketika mengadakan perbincangan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Februari 2015 @ 5:26 AM

MANGSA terbaring berlumuran darah selepas ditetak, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32385#sthash.DMzBIWGN.dpuf

Kegembiraan berakhir tragedi


Oleh Hadzlihady Hassan

hadzlihady@hmetro.com.my

Georgetown: Seorang budak lelaki maut ketika mandi bersama ibu dan bapanya di kolam renang hotel di Tanjong Bungah, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Ong Jing Jie, 12, dikatakan mandi dalam kolam renang untuk orang dewasa ditemani kedua ibu bapanya.
Menurut sumber, perbuatan itu ditegur petugas hotel namun tidak diendahkan ahli keluarganya.
"Selepas hampir setengah jam kemudian, mangsa lemas dan kejadian itu tidak disedari ibu bapanya kerana berlaku dengan pantas.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat," katanya.
Ahli keluarga terbabit dikatakan datang dari Johor untuk bercuti di negeri ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian terbabit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32388#sthash.ctOMhSuw.dpuf

Drama ‘pengsan’ 30 minit

Oleh Nur Syazwana Mansor

am@hmetro.com.my
Yan: Pengguna jalan raya yang melalui pekan Guar Chempedak, dekat sini, gempar menyaksikan gelagat seorang lelaki yang berlegar-legar di tepi jalan raya secara tiba-tiba melompat ke arah sebuah kereta yang kebetulan lalu di hadapannya sebelum berbaring di atas jalan raya, di situ.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang kelmarin, pengguna jalan raya terpaksa memberhentikan kenderaan mereka hampir 30 minit selepas perjalanan mereka terhalang akibat tindakan lelaki terbabit.

Menurut saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Hanim, 34, sebelum kejadian, dia melihat lelaki itu berlegar-legar di tepi jalan raya sebelum melompat ke arah sebuah kereta yang kebetulan melepasi lampu isyarat dari Alor Setar menghala ke Sungai Petani.

Katanya, pemandu kereta terbabit yang juga seorang wanita sempat mengelak daripada melanggar lelaki itu, namun lelaki itu dilihat berpura-pura pengsan dan terus berbaring di atas jalan raya terbabit tanpa bergerak.

“Pada mulanya, saya lihat lelaki itu bangun semula dan berjalan ke tepi jalan, namun selepas dia melihat kereta itu berhenti, dia segera kembali ke tengah jalan dan berbaring semula.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 6:49 AM

LELAKI yang berbaring di tengah jalan raya kesan pengambilan dadah berlebihan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32430#sthash.ixMx94nb.dpuf

Mengamuk mi pedas


Oleh Mohd Fadly Samsudin

fadly@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Bukan saja tidak membayar makanan yang dipesan, sekumpulan lelaki bertindak samseng apabila merosakkan pelbagai peralatan di sebuah restoran di Taman Danau Kota, Setapak di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang, kumpulan suspek membabitkan lima orang berusia 20-an termasuk dua wanita.
Menurut pengurus restoran, Jowhar Ali Mk Mohamed Ishack, 48, sebelum kejadian pekerjanya sudah menunaikan tiga kali permintaan seorang suspek supaya menyediakan mi tidak pedas.
“Namun, dia masih lagi tidak berpuas hati dan mengatakan semua mi itu pedas sebelum meminta lagi buat kali keempat, menyebabkan pekerja saya enggan memenuhi permintaan itu,” katanya.
Menurutnya, semua suspek datang ke restoran itu sejak dari jam 11 pagi dan duduk di meja paling hadapan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32442#sthash.oIJ9XhQW.dpuf

Suami maut, isteri parah


Kota Kinabalu: Lelaki maut manakala isterinya parah selepas kereta mreka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 28 Jalan Papar-Beaufort, hari ini.
Chong Tseng Kong, 59, terbunuh manakala isterinya, Chong Mui Ken, 56, patah tulang rusuk kanan dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Geaorge Abd Rakman, ketika dihubungi berkata kejadian 12.50 tengah hari.
Katanya, ketika itu mangsa dan isterinya dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu ke Beaufort.
Apabila tiba di lokasi kejadian 4WD yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan selepas melanggar bahagian kanan belakang sebuah kereta lain yang datang dari arah yang sama apabila tiba-tiba menukar laluan ke kanan jalan raya tiga lorong itu.
Katanya, pemandu 4WD berkenaan cuma cedera manakala pemandu dan penumpang Myvi tidak cedera.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32237#sthash.YmbEC6CX.dpuf

Pemandu, kelindan cedera lori terbalik

Oleh Mohd Amin Jalil
Nilai: Seorang pemandu lori dan kelindannya cedera selepas lori dinaiki mereka terbalik selepas tayar belakangnya pecah di Kilometer 278.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 9.45 pagi itu, Mohd Yusri Madzlan, 32, dari Segamat, Johor dan Zainudin Yaacob, 42, dari Besut, Terengganu, mengalami kecederaan di bahagian tangan.

Pegawai Operasi Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Sharim Simin berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 9.46 pagi pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bersama lima anggota dan satu jentera.

Katanya, siasatan awal kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tiga tan membawa muatan susu dan air dari Kuala Lumpur itu dipercayai hilang kawalan selepas tayar sebelah kanan bahagian belakang pecah, lalu memasuki laluan kanan dan terbalik.

"Akibatnya barangan yang dibawa lori berselerak di atas jalan raya manakala mangsa yang tersepit di tempat duduk masing-masing dikeluarkan orang awam dan dibawa oleh ambulans ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban," katanya.

Sharim berkata, kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain yang melalui laluan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Februari 2015 @ 3:24 PM

KEADAAN lori yang terbalik. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32393#sthash.rHdLNdS4.dpuf

Kilang kasut hangus

Oleh Mohd Rizal Abdullah
Kuala Lumpur: Kilang kasut dua tingkat musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan 11, Salak Selatan Baru, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian 8.51 malam ini, kebakaran itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Ketua Operasi Kanan Bomba Rodzlan Othman berkata, pemilik juga tidak sempat menyelamatkan segala pekakas di dalam kilang berkenaan.

"Jumlah kerugian dianggarkan RM30,000," katanya.

Menurutnya, setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Februari 2015 @ 11:13 PM

KEADAAN kilang kasut yang musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32401#sthash.HQdmghS6.dpuf

Minyak mendidih di ‘mahkota’ isteri


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Mohd Hanafis Abdul Haris

am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Minta duit tapi dapat sakit. Itu nasib malang menimpa seorang isteri yang cedera di kemaluan akibat disimbah minyak panas oleh suaminya.
Malah, wanita berusia 44 tahun itu turut cedera di badan selepas ditendang dan dipukul.
Menurut sumber, kejadian berlaku jam 7.30 pagi Jumaat lalu di rumah pasangan itu di Setapak, di sini.
Katanya, sebelum kejadian mangsa berada di ruang dapur kerana sedang memasak dan dia meminta duit daripada suaminya kerana ingin pulang ke kampung.
“Bagaimanapun suaminya yang berusia 40-an enggan memberikan wang yang diminta menyebabkan berlaku pertengkaran.
“Gagal mengawal kemarahan, suspek memukul dan membelasah isterinya tanpa mengendahkan rayuan mangsa supaya tidak diperlakukan sedemikian,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32508#sthash.kWikdUxU.dpuf

33 mati lemas


Dhaka: Seramai 33 maut semalam apabila sebuah feri yang dinaiki lebih 100 penumpang terbalik selepas berlanggar dengan sebuh bot pukat tunda di sungai Padma di sini.

Jurucakap polis, Bidhan Tripura berkata, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seramai 50 penumpang dan masih lagi mencari mangsa yang mungkin terselamat.

“Seramai 33 mayat berjaya ditemui setakat ini termasuk seorang bayi,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa merampas bot pukat tunda berkenaan dan menahan dua kru.


Menurutnya, satu pasukan polis yang dibantu bomba dan Pihak Berkuasa Perairan Darat Bangladesh kini berusaha menyelamatkan feri berkenaan.

“Beberapa penyelam juga cuba mencari mayat mangsa yang masih terperangkap di dalam feri berkenaan,” jelasnya.

Kemalangan itu berlaku ketika feri berkenaan dalam perjalanan dari Daulatdia ke Paturia yang terletak di seberang sungai Padma di wilayah Rajbari.

Standard keselamatan yang lemah dan kurangnya penguatkuasaan menyebabkan nahas feri sering berlaku di Bangladesh.

Dalam kejadian terbaru pada 13 Februari lalu, seramai tujuh orang terbunuh selepas feri yang dinaiki mereka terbalik di selatan negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 7:37 AM

SEORANG wanita meratap sambil memegang mayat seorang mangsa selepas kejadian kemalangan feri di Paturia, 70 kilometer ke timur Dhaka, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32473#sthash.25x23gNR.dpuf

Kereta terbakar: Seorang melecur, 5 selamat


Kereta terbakar: Seorang melecur, 5 selamat
KUALA BERANG - Enam sekeluarga berdepan saat cemas apabila kereta Proton Gen 2 yang mereka naiki dalam perjalanan pulang menghadiri kenduri kahwin, terbakar secara tiba-tiba di Kilometer 389.2, Lebuh Raya Pantai Timur 2, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, seorang daripada mangsa, Feah Mohd Amin, 76, melecur, manakala lima yang lain terselamat kerana sempat keluar daripada kenderaan sebelum api marak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada jam 1.10 petang dan bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan enam anggota serta sebuah jentera.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kereta terlibat sudah terbakar 100 peratus, manakala semua mangsa termasuk pemandu, Mohammad Kamaruddin Mohammad, 25, beralamat di Kampung Pak Katak, Batu Enam, Manir, berada beberapa meter dari kenderaan.

“Mereka dari arah Bukit Besi menghala ke arah Ajil dan dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin di Air Putih, Kemaman secara konvoi bersama beberapa kenderaan lain terdiri daripada sanak-saudara.

"Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, pemandu (Mohammad Kamaruddin) menyedari meter minyak kereta berada di kedudukan kosong sedangkan dia sudah mengisi minyak di Batu Enam sebelum memulakan perjalanan.

"Musykil dengan keadaan itu, dia kemudiannya berhenti di bahu jalan dan terkejut apabila lihat api di bahagian belakang kenderaan sebelum merebak ke bahagian depan. Namun, semua menumpang sempat keluar menyelamatkan diri termasuk seorang warga emas,” katanya, semalam.

Menurut Mohd Zamri lagi, mangsa yang cedera dibawa orang awam ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, operasi mengawal kebakaran diketuai Pegawai Bomba Khairul Anuar Bidin itu tamat pada jam 1.45 petang.

Rogol: Mahkamah tolak rayuan tukang masak


Rogol: Mahkamah tolak rayuan tukang masakKUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam, menolak rayuan seorang tukang masak sekali gus mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan lapan sebatan kerana kesalahan merogol gadis di bawah umur, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu terhadap Ahmad Shuhaimi Aziz, 33, selepas menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukumannya.

Sebelum ini, mahkamah sesyen telah mensabitkan kesalahan terhadap Ahmad Shuhaimi selepas didapati bersalah merogol seorang gadis berusia 14 tahun dan lapan bulan di dalam kereta jenis Proton Wira yang diletakkan di kawasan perkuburan Cina Batu 5, Dungun.

Dia didapati bersalah melakukan perbuatan itu pada 20 Mei 2011, di antara jam 6.30 pagi hingga 9 pagi.

Ahmad Shuhaimi didapati bersalah mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Tragedi feri karam di Bangladesh

Tragedi feri karam di Bangladesh

DHAKA - BANGLADESH. Sebuah feri yang membawa 100 penumpang karam di Bangladesh, dengan operasi menyelamat sedang giat dijalankan.
Menurut laporan Press TV, jurucakap rasmi Jabatan Bomba, Shahzadi Begum berkata, feri tersebut di lapor terlanggar kapal kargo di lintasan Daulatdia-Paturia, merentasi Sungai Padma, lewat petang semalam.
Bagaimanapun, masih tiada sebarang maklumat rasmi berkenaan bilangan mangsa yang terselamat ataupun yang masih hilang.

Kawasan insiden tersebut berlaku dilaporkan kira-kira 40 kilometer ke arah barat laut ibu negara bandar Dhaka.
Begim berkata, pasukan penyelamat telah dikerah ke tempat kejadian dengan bantuan bot-bot penyelamat.

Sementara itu, Inspektor Zihad Mia, pegawai yang bertanggungjawab untuk operasi menyelamat berkata, feri itu telah tenggelam pada kedalaman 20 kaki (6 meter).

“Kami belum menjumpai mayat mangsa, dan masih belum memiliki gambaran yang jelas berkenaan punca kejadian,” katanya.

Beliau turut percaya ramai mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Satu sumber tidak rasmi mendedahkan, sekurang-kurangnya tujuh mayat telah dijumpai berhampiran lokasi kejadian.

Sungai Padma merupakan salah satu sungai terbesar yang bersambung dengan lebih daripada 130 sungai lain.

Ogos tahun lalu, sebuah feri dengan kapasiti 85 penumpang, dilaporkan terbalik apabila membawa lebih muatan, dengan hampir 200 penumpang.
Dalam insiden berkenaan, lebih 100 orang mati atau hilang.

TPM Somalia cedera serangan di hotel


Pasukan perubatan mengusung seorang lelaki yang cedera dalam serangan
Pasukan perubatan mengusung seorang lelaki yang cedera dalam serangan bom kereta di luar Hotel Central berhampiran Istana Presiden Somalia di Mogadishu, kelmarin. – AFP
MOGADISHU 21 Feb. - Timbalan Perdana Menteri Somalia, Mohamed Omar Arte merupakan antara mangsa yang cedera selepas kumpulan militan al-Shabab meletupkan sebuah bom kereta di sebuah hotel, di sini, semalam, selain mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 orang yang lain terkorban.
“Bangunan hotel rosak teruk, letupan yang berlaku begitu kuat. Saya dapat lihat 11 mayat dibawa keluar dari lokasi kejadian, selain banyak orang cedera,” kata pegawai polis, Abulrahman Ali.
Laman web Arab News memetik kenyataan seorang pegawai polis, Kapten Mohammed Hussein sebagai berkata, seorang lelaki membawa sebuah kereta yang diisi bahan peledak melanggar pintu pagar hotel, de­ngan seorang lagi lelaki bertindak meletupkan diri­nya sejurus selepas memasuki hotel berkenaan.
Militan al-Shabab mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu berdasarkan kenya­taan yang diumumkan di stesen radio kumpulan itu iaitu Andulus.
Mohamed Omar yang kini menerima rawatan di hospital merupakan antara beberapa pemimpin kerajaan yang berada di hotel tersebut ketika letupan berlaku, beliau berada di hotel itu bersama 70 delegasi lain bagi menghadiri satu persidangan antarabangsa.
“Mereka langsung tidak hiraukan tentang kehidupan, kemanusiaan dan agama Islam,” jerit seorang wanita warga emas yang duduk berhampiran mayat mangsa yang terkorban sebagai mengutuk serangan kejam oleh kumpulan militan itu.
Pegawai perisik berkata, de­legasi dari Turki merupakan antara 70 pegawai atasan yang mengha­diri persidangan itu ketika letupan itu berlaku, bagaimanapun kea­daan mereka tidak dapat disahkan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tpm-somalia-cedera-serangan-di-hotel-1.61979#sthash.V0iOOoBU.dpuf