Search This Blog

Sunday, February 22, 2015

Dua lot kedai musnah terbakar


SEREMBAN - Dua buah lot kedai setingkat musnah dalam kebakaran di Garden Homes, Seremban 2 di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.30 petang tadi dan seramai 15 anggota bersama dua jentera ditugaskan ke lokasi kejadian.
"Dua lot kedai itu merupakan tempat simpanan barangan lusuh. Pihak kami dapat mengawal api dalam tempoh 20 minit namun, kebakaran masih belum padam sepenuhnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian dan kerugian sedang disiasat.
Sementara itu, sebuah bengkel musnah dalam kebakaran di Jalan Lombong Emas 11, Taman Industri Ringan di sini, malam ini.

Pegawai Bomba Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban S. Maya berkata seramai 16 anggota bersama dua jentera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.50 malam.

"Turut musnah dua buah kereta Mitsubishi Storm dan Datsun Sunny. Anggota bomba dapat memadam kebakaran 30 minit kemudian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Punca kejadian masih disiasat dan kerugian dianggarkan RM1 juta. - Bernama

Tak peduli duta Indonesia

Brasília: Presiden Dilma Roussef enggan menemui duta baru Indonesia ke negara itu bagi menunjukkan rasa marahnya terhadap keputusan republik terbabit melaksanakan hukuman bunuh warga Brazil, bulan lalu, kerana menyeludup dadah.
“Kami menganggap satu evolusi perlu dilakukan dalam keadaan ini bagi memperjelas keadaan hubungan diplomatik dengan Indonesia,” katanya ketika menemui duta dari lima negara lain.
Katanya, ini berikutan hubungan yang agak tegang antara dua negara terbabit berikutan seorang lagi warga Brazil, Rodrigo Gularte, 42, masih berdepan hukuman mati sejak 2004 selepas menyeludup enam kilogram kokain ke Indonesia yang disorok dalam papan luncur air.
Keluarga Gularte berulang kali cuba memohon pengampunannya atas alasan dia disahkan menghidap penyakit skizofrenia paranoid dan sepatutnya dihantar ke pusat psikiatrik.
Media Brazil melaporkan seorang diplomat membuat permohonan bertulis kepada ketua penjara Indonesia memohon Gularte dipindahkan.
Kerajaan Indonesia menolak permohonan pengampunan untuknya dua kali.
Rakan Gularte, Marcho Archer, menjalani hukuman mati di hadapan skuad penembak, bulan lalu, walaupun Dilma sendiri memohon pengampunan bagi pihaknya.
Hukuman terhadapnya dilaksanakan bersama lima lain yang didapati bersalah menyeludup dadah termasuk lima warga asing - hukuman pertama seumpama itu dilaksanakan di bawah pentadbiran Presiden Joko Widodo.
Sehubungan itu, Dilma memberi amaran hubungan Brazil dengan Indonesia mungkin akan terjejas.
Sementara itu, kementerian luar negara Indonesia berkata dalam satu kenyataan, Jakarta membantah tindakan Dilma dan memanggil semula dutanya itu.
Jurucakapnya Arrmanatha Nasir berkata: “Kami kesal dan tidak dapat menerima tindakan Brazil ini yang nyata menunjukkan pemimpinnya kurang matang.
“Indonesia adalah negara berdaulat dan demokrasi dengan sistem perundangan yang berkecuali. Negara asing tiada hak untuk mencampuri pelaksanaan undang-undang kami termasuk dalam isu mengedar dadah.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Februari 2015 @ 5:24 AM


GAMBAR fail menunjukkan Archer (kiri) dan Gularte.

Amuk guna batu bata


Beijing: Seorang pekerja rumah penjagaan membunuh tiga warga emas dan mencederakan 15 yang lain menggunakan batu bata selepas bertengkar dengan majikannya berhubung gaji tertunggak.
Kerajaan daerah Shuangfeng di wilayah Hunan berkata, Luo Renchu, 64, menyerang tiga penghuni serta pekerja rumah jagaan itu yang dimiliki pihak swasta.
Kejadian berlaku pada jam 2 pagi pada hari pertama Tahun Baru China. Polis kini memburu Luo.
Agensi berita Xinhua melaporkan semalam, serangan berlaku tidak lama selepas Luo dan pemilik rumah jagaan itu bertengkar apabila dia menuntut gaji tertunggak berjumlah 40,000 yuan (RM23,000).
Katanya, 15 yang cedera juga penghuni rumah itu selain ibu pemilik pusat berkenaan. - AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32323#sthash.vfCoX2FH.dpuf

Terhempas ‘diangkat’ angin


Bangkok: Dua paraluncur Perancis parah selepas angin kuat menyebabkan mereka ditiup dan terhempas ke bumbung hotel di Pantai Jomtien, daerah Chonburi.
Narayan Keita, 28, dan Tatyana Fedeyeya, 14, patah tulang belakang dan mengalami luka serius dalam kejadian Rabu lalu itu apabila angin menolak mereka 200 meter ke udara sebelum diheret ke bumbung Bangunan Marina, menurut laporan media Thailand.
Kakitangan hotel membawa kedua pelancong berkenaan dari bumbung ke tingkat 40 sebelum pasukan penyelamat tiba.
Mereka dihantar ke hospital berasingan dengan Keita dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Saksi berkata, pelancong itu tinggal di hotel berhampiran pantai Jomtien dan menyewa peralatan parauncur.
Ketika kejadian mereka dilihat berada di atas papan luncur sebelum angin mula meniup mereka kira-kira 200 meter dari pantai. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32324#sthash.X0rvHbHM.dpuf

Tukang tilik bongkar perogol

Agensi
London: Penderitaan seorang budak perempuan dicabul dan dirogol sejak berusia tujuh tahun berakhir selepas perkara itu terbongkar ketika tukang tilik yang membaca nasibnya memaklumkan kejadian itu kepada ibu saudara mangsa.
Mangsa pada mulanya menafikan selepas disoal ibu saudaranya, namun akhirnya mengakui dicabul sejak berusia tujuh tahun sebelum dirogol pada usia 12 tahun oleh lelaki warga Colombia John Aguiler-Paez, 37, yang bekerja sebagai pelayan.
Mangsa yang namanya dirahsiakan itu memberitahu Mahkamah Crown Snaresbrook perkara itu terbongkar selepas ibu saudaranya melawat tukang tilik kad tarot yang memaklumkan wanita terbabit bahawa ada orang ‘menyakitinya’.
Katanya, Aguiler-Paez juga sering memberinya hadiah dan wang untuk mendiamkannya, selain mengancam mangsa akan dipenjara, dibenci dan dipanggil pelacur jika mendedahkan perkara itu.
Aguiler-Paez didapati bersalah atas 12 tuduhan cabul dan rogol. Hakim Joanna Korner menetapkan 26 Mac untuk hukuman.
Aguiler-Paez yang datang ke United Kingdom pada 2002 dipenjara enam tahun pada Disember 2013 kerana menyeludup dadah dari Amerika Selatan.

Nenek khalwat bersama warga asing


Nenek khalwat bersama warga asing
JOHOR BAHRU - Seorang wanita berumur 58 tahun yang lazimnya sudah bergelar nenek, ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) selepas didapati berkhalwat dengan seorang lelaki Bangladesh dalam Ops Limau di Taman Ungku Tun Aminah, di sini, semalam.

Wanita itu mengakui hubungannya dengan lelaki warga asing berusia 30 tahun berkenaan sekadar kawan selepas disoal anggota dan pegawai penguatkuasa.

Namun, mengejutkan apabila dia mengakui mereka masuk bilik hotel berkenaan sekitar jam 11 pagi kelmarin dan sudah melakukan seks meskipun pada awalnya, lelaki Bangladesh terbabit menafikan perkara itu.

Ketika diminta untuk memaklumkan kepada keluarga atau waris berhubung penahanan dan bagi proses jaminan, wajah wanita terbabit kelihatan sugul dan enggan berbuat demikian.

Mereka bagaimanapun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah bagi proses dokumentasi sebelum ke Jaij untuk tindakan lanjut.

Pada operasi sama, seorang pelajar perempuan tingkatan empat dari sebuah sekolah menengah di negeri ini, turut ditahan kerana berdua-duaan bersama pasangannya dalam bilik hotel.

Enggan memberikan kerjasama, pihak penguatkuasa terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak hotel untuk mendapatkan kunci tambahan bagi membuka pintu bilik pasangan terbabit.

Sebaik pintu dibuka, pelajar berusia 16 tahun itu keluar dari bilik air, manakala pasangannya, lelaki berusia 24 tahun di atas katil dalam keadaan berpura-pura nyenyak tidur, namun kedua-duanya berpakaian lengkap.

Ketika ditanya, mereka mengakui baharu sahaja masuk hotel tersebut sekitar jam 12 tengah malam, dan mendakwa tidak melakukan kegiatan tidak bermoral.

Bagaimanapun, mereka tetap ditahan kerana berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari, mengesahkan penahanan tujuh pasangan terbabit sepanjang Ops Limau, oleh pihaknya.

"Semua 14 individu itu ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana berkhalwat," katanya.

Ops berkenaan diketuai Pegawai Penguatkuasa Jaij, Khairudin Mat Ali, bersama lima anggota di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, bermula jam 11 malam dan berakhir 3.30 pagi.

Kereta terbakar jam 4 pagi


SEREMBAN - Sebuah kereta jenis Kia Sorento terbakar di tempat letak kenderaan berhampiran bangunan Senawang Business Park dekat sini, awal pagi ini.
  
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Mohamad Faiz Sulaiman berkata, sebuah jentera bersama-sama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 4 pagi.
  
"Api berjaya dikawal dan padam sepenuhnya 37 minit kemudian. Tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun, kereta berkenaan musnah terbakar 80 peratus," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya. - Bernama

Menara kediaman di Dubai terbakar


Menara kediaman di Dubai terbakar
DUBAI - UAE. Salah satu dari menara kediaman tertinggi di dunia, Marina Torch terbakar di sini awal pagi tadi.

Menara setinggi 336.1 meter itu terbakar kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan BBC, terdapat dua kebakaran berlaku di menara tersebut dan punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti.

Kebakaran itu bermula di tingkat ke-50 dan merebak ke tingkat ke-70 dan menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke menara bersebelahan.

Penduduk memberitahu dalam kejadian tersebut angin bertiup kencang dan terdapat banyak serpihan jatuh dari bangunan tersebut.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini dan kebakaran berjaya dikawal serta beratus-ratus penduduk dibenarkan kembali ke unit pangsapuri masing-masing.

Penduduk terlibat dalam insiden ini berjaya diselamatkan daripada terkena masalah sesak nafas.

Siklon Marcia badai Queensland


Siklon Marcia badai Queensland
GLADSTONE - AUSTRALIA. Siklon Marcia yang membawa angin kencang berkelajuan 285 kilometer sejam membadai pantai Queensland terletak antara St Lawrence dan Yeppoon, utara Australia, menurut pihak berkuasa, semalam.

Biro Meteorologi Australia melaporkan siklon kategori lima yang membawa hujan lebat itu dijangka terus bergerak ke arah selatan.

"Ia turut menyebabkan kemusnahan besar dan banyak pokok tumbang di kawasan tersebut. Kira-kira 53,000 penduduk juga terjejas akibat bekalan elektrik terputus.

"Tiada kematian atau kecederaan serius dilaporkan dalam kejadian itu," menurut jurucakap agensi terbabit.

Sementara itu, pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan kepada penduduk supaya sentiasa bersedia untuk dipindahkan jika dinasihatkan berbuat demikian. - Press TV