Search This Blog

Saturday, February 21, 2015

Tercampak ke gaung

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail dan Pretty Licha

am@hmetro.com.my
Mukah: Perjalanan lima sekeluarga berakhir tragedi apabila tiga maut dan dua parah apabila Perodua Myvi dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 88, Jalan Sibu-Bintulu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, Perodua Viva itu bertembung dengan pacuan empat roda Toyota Hilux dan tercampak ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter.
Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Tupong Tengah, Kuching, dalam perjalanan ke Miri.
Katanya, dua mangsa, Mohammad Rizal Lah, 32 dan ibu mentuanya, Salmah Abdullah, 50 meninggal dunia di tempat kejadian.
“Seorang wanita dipercayai isteri kepada Mohammad Rizal, Adzuana Delima Edurus, 30, disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
“Dua lagi ahli keluarga iaitu Edurus Abdul Wahid, 60-an, dan Ainatul Mahdiah Edurus, 20-an, cedera parah dan masih menerima rawatan rapi di Hospital Sibu,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, pemandu Toyota Hilux, Jesse Nyalu, 34, hanya mengalami kecederaan ringan.
“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sibu untuk tindakan lanjut sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengebumian,” katanya.
Jimmy berkata, siasatan awal mendapati Toyota Hilux yang dalam perjalanan dari Bintulu ke Selangau hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.
Katanya, akibat pertembungan itu, Perodua Viva tercampak ke dalam gaung manakala Toyota Hilux terbalik.
“Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufiyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.52 malam.
Katanya, sebuah jentera dengan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Sibu dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak 72 kilometer dari balai bomba.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, tiga mangsa sudah dikeluarkan orang awam, manakala dua lagi tersepit dalam kereta yang jatuh dalam gaung,” katanya.
Seorang ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, jenazah akan dibawa pulang ke Kuching untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang dan ahli keluarga yang cedera akan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 5:31 AM


ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32191#sthash.W6sPoBti.dpuf

Kereta berdentum di selekoh dua hala



Sitiawan: Seorang penuntut perempuan Universiti Kuala Lumpur Malaysian - Spanish Institute (UniKL MSI) Kulim, Kedah, maut manakala tujuh cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 7, Jalan Seri Manjung - Segari berhampiran Kawasan Perindustrian Kampung Acheh, di sini, lewat petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.25 petang itu, Nurul Atiqah Norshahidan, 19, yang juga penumpang hadapan kereta Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan itu, meninggal di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi dinaiki mangsa bersama dua yang lain dari arah Segari menuju Seri Manjung, hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Proton Iswara dinaiki lima individu.
“Pemandu Perodua Myvi berusia 21 tahun, penumpang belakang 19 tahun dan pemandu Iswara berusia 37 tahun serta empat penumpangnya yang berusia antara 15 hingga 37 tahun, bagaimanapun hanya cedera ringan.
“Siasatan awal mendapati, kenderaan dinaiki mangsa yang maut itu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan yang juga kawasan garisan berkembar dan bertembung dengan Proton Iswara berkenaan,” katanya di sini semalam.
Tengku Mohd Zailan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat, kira-kira jam 9 pagi semalam sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.
Menurutnya, kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan di lokasi kejadian mendapati laluan berkenaan adalah selekoh dua hala dengan garisan berkembar.
Sementara itu, ahli keluarga dan rakan mangsa termasuk mereka yang terbabit dalam kemalangan itu ketika ditemui di Hospital Seri Manjung enggan memberi sebarang komen kerana masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu.
Difahamkan, jenazah mangsa dibawa ke kampung halamannya di Taiping, dekat sini, sejurus selepas selesai dibedah siasat untuk urusan pengebumian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32189#sthash.9OejPBhL.dpuf

Dua jahanam

Oleh Rizal Abdullah

am@hmetro.com.my
Serdang: Polis menggiatkan usaha memburu dua peragut ganas bermotosikal yang membelasah seorang wanita hingga cedera parah awal pagi Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, suspek langsung tidak mengeluarkan kata-kata amaran sebelum memukul mangsa di Jalan Bandar Kinrara 2 di sini.
Serangan mendadak itu menyebabkan mangsa wanita warga Indonesia berusia lingkungan 30-an itu mengalami luka teruk ke kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang berjalan kaki menuju ke tempat kerja di kawasan berhampiran.
Menurutnya, dua suspek lelaki yang menunggang sebuah motosikal tiba-tiba muncul sebelum terus memukul belakang badan mangsa menggunakan batang besi dibawa.
“Pukulan itu turut mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian merampas beg tangan mangsa sebelum melarikan diri.
“Pukulan kuat itu menyebabkan belakang badan mangsa bengkak, kepalanya berdarah dan terpaksa menerima enam jahitan,” katanya.
Beliau berkata, bahagian muka mangsa juga lebam dan dia mengadu sakit kaki akibat terjatuh atas jalan sejurus diserang.
“Mangsa kehilangan wang tunai, telefon bimbit dan pasport antarabangsa miliknya.
“Polis masih mengesan suspek terbabit dan rondaan cegah jenayah akan dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 5:31 AM


MANGSA cedera parah selepas diserang dua peragut.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32188#sthash.h6aRx6gU.dpuf

Abai bayi kerana video lucah

Oregon: Sepasang kekasih dituduh menyebabkan kematian bayi mereka berusia tujuh bulan selepas dibiarkan berlapar apabila mereka menghasilkan video lucah menunjukkan si ibu mengeluarkan susu badannya.
Stephen Michael Williams Jr, 26, dan teman wanitanya Amanda Marie Hancock, 21, didakwa membunuh dengan cara penderaan selepas hasil bedah siasat menunjukkan bayi lelaki mereka, Data Toria Hancock mati kebuluran, bulan lalu.
Williams dan Amanda berkata bayi itu disusukan beberapa kali sehari, namun tidak pernah membawanya untuk rawatan.
Malah, mengikut dokumen mahkamah, Williams memberitahu polis dia tidak membawa bayi itu ke doktor kerana “itu tanggungjawab Amanda” mengikut perjanian antara mereka.
Pasangan itu mengakui menghasilkan video lucah yang memaparkan Amanda mengeluarkan susu badannya. Mereka mendapat bayaran apabila disiarkan di Internet.
Menurut Timbalan Pendakwa Daerah Shannon Sullivan, mereka dihadapkan ke mahkamah kelmarin dan tidak dibenarkan jaminan oleh Mahkamah Daerah Douglas.
Tiada pengakuan direkodkan buat masa ini.
Sumber polis berkata, ambulans dikerah ke rumah pasangan itu pada 22 Januari lalu apabila Data berhenti bernafas sebelum mati tidak lama kemudian.
Sementara itu, anak lelaki mereka berusia dua tahun kini dalam jagaan pejabat kebajikan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 5:04 AM


WILLIAMS (kiri) dan Amanda.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32075#sthash.mg8dazxH.dpuf

Lilin kemaluan


Oleh Asmah Rusman

asmah_rusman@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Tindakan kejam melampau apabila kumpulan penculik menyeksa seorang kontraktor dengan membakar kemaluan mangsa menggunakan lilin.
Mangsa yang juga kontraktor berusia 20-an itu didera kumpulan enam penjenayah yang menculiknya di Sri Kembangan, Selangor, pada jam 2 pagi kelmarin.
Mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia diserang kumpulan lelaki sebelum dibawa menaiki motosikal dengan mata tertutup dan kedua-dua tangan berikat ke sebuah rumah.
Menurutnya, dia dikurung di dalam bilik yang sempit tanpa diketahui tempat sebenar dia berada.
“Mereka meminta wang tebusan RM50,000 selain mengugut membunuh saya jika gagal membuat bayaran.
“Justeru saya diarah menghubungi ahli keluarga atau kenalan rapat bagi mendapatkan wang tebusan yang diminta itu,” katanya.
Menurutnya, dia merayu kepada suspek membebaskannya tanpa sebarang syarat.
“Bagaimanapun kumpulan suspek membelasah selain mendera saya dengan mencucuh kemaluan saya menggunakan api lilin berulang kali. Saya hanya mampu menjerit kesakitan dan merayu tindakan itu dihentikan.
“Saya dipaksa menghubungi rakan sekerja bagi mendapatkan wang tebusan itu secepat mungkin,” katanya.
“Melalui perbualan telefon itu, rakan saya bersetuju berjumpa suspek dan membuat ‘pertukaran’ di tempat berhampiran pasar borong di sekitar Seri Kembangan pada jam 9 malam,” katanya.
Dia dibawa suspek ke tempat dijanjikan dalam keadaan mata bertutup dan kedua-dua tangan berikat.
“Sebaik sampai di situ, mereka membuka ikatan dan memberitahu saya dibebaskan kerana rakan saya sudah membayar wang tebusan diminta RM20,000.
“Suspek meninggalkan saya seorang diri di kawasan itu sebelum rakan saya muncul dan menghantar saya pulang,” katanya.
Menurutnya, kejadian penculikan selama 20 jam itu menakutkan berikutan penjenayah tidak teragak-agak membunuh jika wang tebusan diminta tidak dibayar.
Susulan itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan di sini, berhubung kejadian itu.
Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang berkata, pihaknya mengambil keterangan daripada mangsa dan berusaha menjejaki semua suspek terbabit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32153#sthash.AQ8xkIzK.dpuf

Tiga sekeluarga maut kemalangan

Oleh: Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

rabiatul@hmetro.com.my

Mukah: Tiga beranak maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Viva dan Toyota Hilux di KM90, Sungai Buloh Selangau, dekat Mukah di sini, jam 8.40 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, dua mangsa maut di lokasi kejadian, Mohamad Rizal Lah, 32 dan ibu mertuanya Salmah Abdullah, 50, manakala mangsa ketiga isteri Mohamad Rizal, Edzuana Delima Edurus, 28 meninggal dunia di Hospital Sibu jam 4 pagi tadi.
Dua lagi penumpang Perodua Viva yang dalam perjalanan ke Miri itu, Ainatul Mahdiah Edurus dan Edurus Abdul Wahid cedera, kini dirawat di hospital Sibu.
Pemandu Toyota Hilux Jesse Nyalu, 33 hanya mengalami cedera ringan.
Siasatan lanjut masih dijalankan mengenai punca kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Februari 2015 @ 2:56 PM


LOKASI kemalangan. FOTO ihsan JBPM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32026#sthash.36dncrsb.dpuf

Awak sudah mati!

Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Muhammad Saufi Hassan 


am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Saya terkejut apabila mengetahui identiti saya selama ini digunakan individu lain untuk membuka akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama 31 tahun lalu tanpa saya ketahui.
“Mujur tidak ada apa-apa, kalau dia buat jenayah, pasti saya yang masuk lokap,” kata Ruslan Ahmad, 51.
Menurut Ruslan, perkara itu terbongkar ketika membuat semakan akaun pada 2006 apabila petugas di kaunter memaklumkan penama yang menggunakan kad pengenalannya meninggal dunia dan identiti yang digunakan adalah dirinya sendiri.
“Awak Ruslan kah? Ruslan sudah mati. Berkali-kali saya tanya, namun pegawai itu tetap memberi jawapan sama. Beberapa bulan sebelum itu, saya semak dan dapati ada lebih RM40,000 wang dalam akaun KWSP saya. Kemudian bila semak lagi dalam akaun kosong.
“Siapa tidak terkejut kerana saya masih hidup. Saya pernah hilang kad pengenalan ketika bekerja di Singapura pada 90-an, tetapi tak sangka jadi sampai begini. Nampaknya tak dapatlah saya pulang ke kampung untuk menjaga emak dan berkahwin,” katanya.
Wang yang dicarum Ruslan sejak mula bekerja lebih 30 tahun lalu didapati tiada di dalam akaun ketika dia membuat semakan pada 2007 kerana diisytiharkan meninggal dunia pada Ogos 2005 di Muar, Johor.
Sejak itu, dia hilang punca dan turun naik pejabat KWSP lebih 30 kali kerana ingin mengetahui status bagaimana wang di dalam akaun persaraannya itu boleh hilang begitu saja dengan alasan meninggal dunia sedangkan dia masih hidup sehingga hari ini.
“Siapa yang mati sebenarnya, saya masih hidup dan saya percaya identiti saya diguna orang lain selepas kad pengenalan hilang di Singapura pada 2005.
“Kali terakhir saya semak akaun ialah pada pertengahan 2005. Ketika itu akaun berkenaan masih berbaki RM45,228. Sebulan selepas itu ketika mendapatkan penyata, saya terkejut ianya kosong.
“Apabila ditanya, pegawai memaklumkan duit diserahkan kepada Amanah Raya Berhad kerana saya sudah mati,” katanya ketika ditemui Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM) Datuk Khairul Anwar Rahmat.
Ruslan berkata, dia hadir ke pejabat Amanah Raya untuk mengemukakan bukti dia masih hidup dan pemilik akaun sah dan pada mulanya pegawai bertugas juga terkejut bagaimana kes terbabit boleh berlaku.
Katanya, dia dimaklumkan bahawa duit simpanannya sudah diproses dan dihantar kembali ke KWSP, namun semakan mendapati sebaliknya kerana ia hanya berbaki lebih RM1,000, jauh lebih rendah daripada sepatutnya.
“Saya tanya pegawai di situ dan dimaklumkan ia bukan milik saya kerana sudah meninggal dunia. Saya ditunjukkan gambar orang itu, memang mirip saya, tetapi bukan saya.
“Sehingga ke hari ini saya masih berusaha mendapatkan semula duit saya. Saya sudah berjumpa dengan keluarga si mati itu tidak lama dulu. Saya juga ada impian, mahu berkahwin dan ada keluarga, saya rasa teraniaya,” katanya yang kini bergantung hidup dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan makanan percuma di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di ibu negara.
Sementara itu, Khairul Anwar berkata, pihaknya mendapati kes berkenaan mempunyai asas dan tidak menolak kemungkinan ia angkara sindiket yang mengambil kesempatan menggunakan kad pengenalan orang lain.
“Kami akan bantu dari aspek perundangan termasuk khidmat nasihat guaman. SUKAGUAM menggesa pihak berwajib tampil memberi penjelasan berhubung isu ini kerana jika berasas, iasatu penganiayaan kepada Ruslan,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32175#sthash.gm6RP2vK.dpuf

Jika ajal sudah menjemput

Oleh Arifin Salleh

am@hmetro.com.my
Alor Gajah: Bayi lelaki berusia 20 bulan maut selepas dihempap kereta ayahnya dalam kemalangan di Kilometer 201.4 Lebuhraya PLUS arah utara, di sini, semalam.
Dalam kejadian 5.30 petang itu, Muhammad Anas Nazhan Shamsul Azwan maut di tempat kejadian.
Bayi itu dikatakan berada di pangkuan ibunya, Norhayati Mat Isa, 30, yang turut parah manakala bapanya Shamsul Azwan Abu Bakar, 29, hanya cedera.
Kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Shamsul dikatakan hilang kawalan, terbabas ke kiri jalan dan melantun semula ke tengah lebuh raya sebelum terbalik dan menghempap bayinya.
Difahamkan, tiga beranak itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumlur selepas melawat Zoo Melaka sempena cuti Tahun Baru Cina.
Jurucakap polis berkata, jasad bayi berkenaan dihantar ke Hospital Alor Gajah.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 2:31 PM


SHAMSUL Azwan disamping mayat anak sulungnya yang maut dalam kemalangan terbabit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32213#sthash.abgI9Y4a.dpuf

Cincin tersangkut tiga hari

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

am@hmetro.com.my
Jempol: Wanita berusia 38 tahun terpaksa menahan sakit sepanjang tiga hari apabila jari telunjuk tanggan kanannya membengkak sejurus cincin dipakainya gagal dikeluarkan, sejak Rabu lalu.
Berikutan itu, Seng Cheng Knee bergegas ke Hospital Jempol, di sini, bagi mendapatkan pertolonngan dan rawatan, 7.25 malam tadi.
Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Bandar Seri Jempol, Mohd Fahmi Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.35 malam.
Katanya, anggota kemudian ke hospital terbabit dan memerlukan kira kira 20 minit untuk memotong cincin terbabit.
Menurutnya, pihaknya difahamkan mangsa yang berasal dari Segamat, Johor, dan bekerja di Kuala Lumpur itu datang ke rumah neneknya di Ladang Geddes, bagi meraikan Tahun Baru Cina.
"Wanita itu memakai cincin berkenaan sejak Rabu namun ketika itu merasakan tangannya muka membengkak kerana cincin tidak sepadan jarinya.
"Dia mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan cincin itu termasuk menggunakan minyak dan sabun tetapi tidak berjaya sebelum bergegas ke hospital," katanya.
Mohd Fahmi berkata, jari pada tangan mangsa turut dibius bagi memotong cincin berkenaan dan sebaik cincin dikeluarkan, mangsa diberi rawatan di hospital terbabit.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 4:32 PM


FOTO ihsan Bomba dan Penyelamat
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32221#sthash.paMLnUgx.dpuf

Dua parah, tiga cedera

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

am@hmetro.com.my
Nilai: Dua parah manakala tiga cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 285 Lebuhraya PLUS, arah utara, dekat Plaza Tol Nilai, di sini, kira-kira 12 tengah hari ini.
Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Nilai, Mohd Zain Mustafa berkata, kemalangan menyebabkan lelaki dan wanita tersepit dalam Proton Wira.
Katanya, tiga lagi mangsa lain yang menaiki Honda City dan Toyota Hilux turut cedera dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dekat sini, untuk rawatan susulan.
Katanya, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada 12.04 tengah hari.
Menurutnya, tujuh anggota ke lokasi bagi menyalurkan bantuan dan kira-kira 20 minit diperlukan bagi mengeluarkan mangsa tersepit.
"Punca kejadian masih disiasat kerana setibanya di lokasi, semua mangsa sudah terbabit kemalangan. Ia membabitkan dua lelaki dan tiga wanita," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 3:11 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32219#sthash.i2keYXnP.dpuf

Lelaki Indonesia parah ditetak


Oleh Mohd Hasbi Sidek

am@hmetro.com.my
Klang: Lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun parah ditetak rakan senegaranya di pasar raya, di sini, kira-kira 10 malam tadi.
Mangsa bersama rakan dikatakan bertengkar dengan kumpulan suspek di pusat karaoke dalam pasar raya berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong, berkata berikutan pertengkaran itu suspek menyerang kumpulan mangsa.
"Bagaimanapun, tiga rakan mangsa sempat melarikan diri dan mangsa ditetak di beberapa bahagian badan.
"Mangsa kini kritikal dan dirawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang," katanya.
Menurutnya, usaha mengesan suspek kini giat dijalankan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32222#sthash.q8gAdfOC.dpuf

Wanita usia `dah senja’ turut dicekup

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

izlailyhussein@hmetro.com.my
Johor Bahru: Tujuh pasangan bukan mahram ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam Ops Limau sempena Tahun Baru Cina di lapan hotel bajet sekitar Taman Ungku Tun Aminah dan Skudai di sini, malam tadi.
Dalam operasi yang bermula jam 11 malam hingga 4 pagi tadi, JAINJ menahan 14 individu, termasuk pelajar tingkatan empat dan wanita 58 tahun, yang disyaki berkhalwat atau berdua-duaan tanpa sebarang ikatan sah.
Ketua Operasi dari Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Agama Daerah Johor Bahru Khairudin Mat Ali berkata, antara yang ditahan empat warga asing masing-masing dua orang dari Bangladesh dan Indonesia.
"Semua mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 27(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana berkhalwat.
"Mereka dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk mengambil keterangan sebelum ke pejabat JAINJ untuk tindakan selanjutnya," katanya.9
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 5:05 PM


WANITA berusia 58 tahun dan pasangannya ditahan dalam Ops Limau JAINJ sekitar Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32225#sthash.1ylAjJH6.dpuf

Suami maut, isteri parah


Kota Kinabalu: Lelaki maut manakala isterinya parah selepas kereta mreka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 28 Jalan Papar-Beaufort, hari ini.
Chong Tseng Kong, 59, terbunuh manakala isterinya, Chong Mui Ken, 56, patah tulang rusuk kanan dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Geaorge Abd Rakman, ketika dihubungi berkata kejadian 12.50 tengah hari.
Katanya, ketika itu mangsa dan isterinya dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu ke Beaufort.
Apabila tiba di lokasi kejadian 4WD yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan selepas melanggar bahagian kanan belakang sebuah kereta lain yang datang dari arah yang sama apabila tiba-tiba menukar laluan ke kanan jalan raya tiga lorong itu.
Katanya, pemandu 4WD berkenaan cuma cedera manakala pemandu dan penumpang Myvi tidak cedera.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32237#sthash.td7OcA82.dpuf

Terkejut buka pintu

Jitra: Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang juga seorang tentera bukan Islam berusia 22 tahun di sebuah bilik sewa di sebuah rumah kedai di Taman Mahsuri, di sini, awal pagi semalam.
Wanita berusia 32 tahun dari daerah ini mempunyai dua anak berusia lima dan tujuh tahun itu mendakwa digantung tak bertali suaminya sejak beberapa tahun lalu.
Difahamkan, dia dikatakan berkenalan dengan anggota tentera terbabit sejak setahun lalu selepas diperkenalkan rakan sebelum menjalinkan hubungan sulit.
Anggota tentera terbabit yang kini bertugas di kem di Kelantan datang ke negeri itu untuk menghabiskan cuti sempena Tahun Baru Cina dengan wanita itu.
Bagaimanapun, tindakan mereka melepaskan rindu dengan menyewa bilik di kawasan itu mengundang padah apabila dicekup berkhalwat pada jam 2.45 pagi pasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 5:32 AM


WANITA bersama pasangannya anggota tentera yang dicekup PADKP di Jitra, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32195#sthash.pb4748m8.dpuf

RM124j untuk keluarga mangsa


Aix-en-Provence, Perancis: Mahkamah Perancis mengarahkan Penerbangan Yemenia membayar pampasan lebih 30 juta euro (RM124 juta) kepada keluarga mangsa nahas pesawatnya di kepulauan Comoros pada 2009.
Perancis mendakwa syarikat penerbangan Yaman itu pada 2013 selepas pihak berkuasa mendapati pesawat itu tidak dibenarkan berlepas berikutan diharamkan daripada ruang udara Eropah.
Pemeriksaan pesawat berkenaan pada 2007 oleh pegawai Perancis turut menemui pelbagai kekurangan dalam pesawat itu.
Hanya satu daripada 142 penumpang - termasuk warga Comoros dan Perancis serta 11 anak kapal - terselamat dalam kejadian Jun 2009 di Lautan Hindi itu ketika pesawat berkenaan cuba mendarat di Moroni di Comoros.
Mangsa yang terselamat, Bahia Bakary, ketika itu berusia 14 tahun turut kehilangan ibunya dalam kejadian itu. Dia diselamatkan selepas dilihat berenang dengan dikelilingi mayat dan serpihan bangkai pesawat. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32092#sthash.IXKMGYfR.dpuf

‘BERGAYUT’ BAWA MAUT


Bangaluru, India
Ternyata telefon bimbit bukan saja boleh memulakan perhubungan antara manusia, malah mungkin menjadi punca berakhirnya hidup seseorang.
Sekurang-kurangnya itulah yang berlaku ke atas seorang remaja berusia 16 tahun yang diherdik kakaknya kerana terlalu lama ‘bergayut’ dengan pacarnya di telefon.
Media semalam melaporkan, kejadian berlaku di Kalappa Layout berhampiran, HAL timur Bangaluru.
Kata sumber, Ruma Patra ialah seorang belas pelajar sebuah kolej dari Kolkata.
Katanya, selepas dibuang dari kolej berkenaan, Ruma pergi ke bandar itu untuk menjaga bayi kakaknya.
“Kakak Ruma, Khuma, kurang senang kerana remaja terbabit bercakap dengan seorang lelaki di telefon terlalu lama.
“Khuma menegur Ruma dengan baik tetapi tidak memberi kesan,” katanya.
Lama-kelamaan, Khuma hilang sabar dan mula mengherdik adiknya.
Remaja itu kemudian mengurung dirinya di dalam bilik semalaman.
“Khuma mengetuk pintu bilik tetapi tiada jawapan.
“Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, Khuma memecahkan pintu bilik,” katanya.
Wanita itu terkejut mendapati Ruma tergantung dengan lehernya terjerut dengan tali yang diikat pada siling.
Polis masih menjalankan siasatan tetapi yakin Ruma membunuh diri kerana dimarahi kakaknya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32089#sthash.uT5QmTUn.dpuf

Bapa, anak didakwa membunuh


Moo He Hong, 56, dan anaknya, Moo Wee Keong, 28, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh Majistret Mahyun Yusof.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh Chan Boon Poh, 42, berhampiran rumah No A113 Kampung Baru Cina Tambahan, Air Kuning Selatan, dekat Gemencheh, Tampin, pada jam 12.30 tengah malam, 24 Februari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nor Azuan Said, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Mohamad Zahid Ahmad. Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula pada 30 April depan di Majistret Gemas, Tampin.

Polis cuba culik budak kerana terlalu comel


Yoshioka, Jepun: Seorang anggota polis berusia 24 tahun ditahan kerana disyaki cuba menculik seorang budak perempuan berusia 10 tahun.
Polis berkata, Nobuhiro Akiyama dituduh cuba melarikan kanak-kanak itu jam 4 petang pada 15 Januari lalu.
Jurucakap polis berkata, Akiyama menggunakan maklumat sulit mengenai keluarga kanak-kanak terbabit untuk memujuk mangsa menaiki keretanya.
“Akiyama tidak bertugas ketika dia menghampiri kanak-kanak itu yang berjalan bersama seorang rakannya.
“Dia memanggil kanak-kanak itu dengan nama pertama dan memberitahu kononnya bapa budak itu berada di hospital kerana terbabit dalam satu kemalangan jalan raya,” katanya.
Bagaimanapun, kata jurucakap itu, kanak-kanak terbabit bernasib baik kerana terus beredar dari situ.
Dia kemudian mengadu kepada ibunya mengenai kejadian berkenaan.
Kata jurucakap polis itu, siasatan menjadi lebih mudah kerana kanak-kanak terbabit memang sering melihat suspek meronda di kawasan kediaman mereka.
Sementara itu, ketika disoal siasat, Akiyama mendakwa dia hanya ingin berkenalan dengan kanak-kanak terbabit kerana terlalu comel. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32088#sthash.5arGoecS.dpuf

Gelombang panas landa Malaysia



Peta suhu dunia semalam disiarkan AccuWeather yang menunjukkan Malaysia berada pada warna merah iaitu skala 30 darjah Celsius hingga 35 darjah Celsius.


KUALA LUMPUR – Malaysia bakal berhadapan cuaca panas bermula minggu depan sehingga April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.
Sumber Jabatan Meteo­rologi Malaysia membe­ritahu, fenomena yang berlaku cuma dua kali dalam setahun itu juga bermaksud matahari berada tegak di atas Malaysia dengan suhu paling panas mungkin pada Mac ini te­rutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung.
Berdasarkan ramalan oleh portal cuaca, AccuWeather, bacaan suhu di beberapa bandar utama di Malaysia mulai 25 Februari ini mencecah 36 darjah Celcius.
“Setiap tahun pada bulan Mac dan September, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.
“Suhu akan lebih tinggi dan kering waktu itu. Ia boleh mencecah sehingga 38 darjah Celcius untuk negeri-negeri tertentu,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! di sini semalam.
Suhu 38 darjah Celcius adalah bersamaan de­ngan suhu purata pada awal musim di Mekah, Arab Saudi.
Sumber itu turut menjelaskan, cuaca normal di Malaysia kurang daripada 34 darjah Celcius dan lebih daripada itu dianggap sebagai cuaca panas.
Sementara itu, Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Fredolin Tangang berkata, cuaca panas di Malaysia waktu ini turut disebabkan oleh Monsun Timur Laut yang hampir berakhir.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3SMASJq5J 
Hakcipta terpelihara 

Empat rumah sewa hangus



MUHAMMAD HANAFI (kiri) melihat dua jirannya memeriksa motosikal yang musnah dalam kebakaran empat buah rumah sewa di Tanjung Kling, Melaka semalam.


MELAKA – Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila sederet rumah sewa empat pintu yang didiami mereka di Kampung Gelam, Tanjung Kling di sini terbakar semalam.
Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi itu berlaku akibat litar pintas daripada sambungan kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad yang menghubungkan kediaman tersebut.
Salah seorang mangsa, Muhammad Hanafi Kasim, 27, memberitahu, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus.
“Sebelum itu saya turut terdengar bunyi percikan api dan apabila diperiksa saya dapati bahagian bumbung rumah terbakar,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Jelasnya, dia segera mengejutkan isterinya dan dua anak yang sedang tidur serta jiran pasangan suami isteri yang tinggal bersebelahan.
Menurutnya, penghuni di dua rumah sewa di deretan yang sama pula tiada ketika kejadian.
Sementara itu, Mohd. Asrul Aman, 26 memberitahu, dia hanya memikirkan keselamatan isteri yang sedang sarat mengandung anak sulung mereka selepas menyedari kejadian.
“Api marak dengan pantas dan saya tidak sempat selamatkan barang berharga termasuk wang sebanyak RM600 yang disimpan untuk persediaan isteri bersalin bulan hadapan,” katanya.
Jelasnya, dia gagal masuk semula ke rumah tersebut selepas menyelamatkan isterinya kerana api yang marak dengan cepat tetapi dia bersyukur kerana mereka terselamat dalam insiden tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan kejadian tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3SMAJyUcv 
Hakcipta terpelihara 

Warga emas nyaris rentung



Norazlini melihat runtuhan rumahnya selepas musnah dalam kebakaran di Kampung Tujoh, Tumpat semalam.


TUMPAT – Seorang lelaki warga emas yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan menghidap penyakit sawan nyaris maut selepas rumahnya di Kampung Tujoh, dekat sini terbakar pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Abd. Rauf Dollah, 62, yang lumpuh kaki terpaksa mengesot keluar dari bilik tidur untuk menyelamatkan diri ketika api sedang marak membakar rumahnya sementara dua anak perempuannya yang turut berada dalam rumah bergegas menyelamatkan cucu-cucunya.
Menurut seorang anaknya, Norazlini, 27, ketika kebakaran berlaku, bapanya sedang baring di atas tilam dalam salah sebuah bilik tidur rumah tersebut.
“Saya tiada di rumah kerana keluar mencari anak kedua saya yang bermain di kawasan bendang belakang rumah. Anak sulung saya juga tidak ada kerana menghadiri tuisyen.
“Dua adik saya iaitu Mursyidah,17, dan Khuzaifah Al-Amin, 25, berada di ruang tamu. Khuzaifah sedang menjahit baju manakala Mursyidah pula sedang mengasuh anak saudara kami berusia lima bulan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3SMACRHeZ 
Hakcipta terpelihara 

Motosikal Raja Ilya dicuri



video daripada rakaman CCTV yang telah dimuat naik oleh Raja Ilya di laman Instagramnya memaparkan suspek sedang menaiki motosikal berkuasa tinggi miliknya sebelum ia dilarikan di Damansara Perdana hujung bulan lalu.


KUALA LUMPUR – Pelakon Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohamad, (gambar kecil) 29, mengesahkan motosikal berkuasa tinggi jenis Superbike KTM Duke 200 miliknya yang bernilai RM30,000 telah dicuri pada hujung bulan lalu di kawasan letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.
Jelas pelakon filem Appalam itu, dia meletakkan motosikalnya di situ pada 23 Januari lalu dan hanya mengetahui kejadian berkenaan setelah kembali ke premis itu tiga hari kemudian selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Damansara Perdana.
“Saya tidak menyangka kawasan yang dikawal rapi pun berjaya dibolosi pencuri. Seminggu selepas kejadian berlaku barulah saya memperoleh rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berkenaan dan video berkenaan telah menjadi viral di internet tanpa pengetahuan saya dua hari lalu,” ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.
Pelakon itu kelmarin telah memuat naik petikan video daripada rakaman CCTV yang diperoleh daripada sebuah syarikat keselamatan menunjukkan seorang lelaki sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi miliknya sambil berpusing-pusing di bahagian tingkat bawah tempat letak kereta itu pada hari yang sama dia meletakkan motosikal itu di situ.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3SM9ycSqb 
Hakcipta terpelihara