Search This Blog

Tuesday, February 17, 2015

Pria Ini Palsukan 77 Kematian demi Dapat Uang Asuransi


Selasa 27 Rabiulakhir 1436 / 17 Februari 2015 17:50
makam
SEORANG direktur pemakaman Australia dituduh memalsukan lebih dari 70 kematian. Semua ini dia lakukan demi mengantongi uang asuransi. Akibatnya ia dijatuhi hukuman sedikitnya 3 tahun penjara, UPI.com melaporkan pada Senin (16/2/2015).
Hakim Pengadilan Holden Hills memvonis Robin George Knight, 45, karena memalsukan kematian dari 77 klien yang telah mengontrak pemakaman, dan menggunakan lebih dari 540 ribu USD yang ia terima melalui penipuan untuk membayar tagihan dan biaya usaha lainnya.
Pengadilan mendengar salah satu perusahaan asuransi yang dikontrak melalui rumah duka Knight, menolak untuk menandatangani perjanjian dengan Knight. Akibatnya sebanyak 38 orang yang telah mengontrak pemakaman, tidak mendapat layanan pemakaman prabayar mereka.
Knight juga mengaku bersalah atas sekira 100 tuduhan pencurian dan penipuan.
“Saya sangat menyesal dengan tindakan saya dan meminta maaf kepada semua orang yang bersangkutan,” terang Knight. [sm/islampos]

Polis tahan 2,814 orang termasuk warga asing terbabit pelbagai jenayah


SUNGAI PETANI: Polis menahan 2,814 individu termasuk 1,302 daripadanya warga asing yang melakukan pelbagai kes jenayah melalui penguatkuasaan Ops Cantas Utara 2015 yang dijalankan dalam tempoh dua minggu sejak 25 Januari hingga 7 Februari lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata daripada jumlah itu 11 individu yang ditahan disahkan adalah anggota empat kumpulan kongsi gelap 04, 36, 18, 24.
Selain itu, beliau berkata polis turut merampas 44 kad UNCHR palsu yang dimiliki oleh pendatang asing melalui sindiket dengan kebanyakan tangkapan berlaku di Pulau Pinang.
"Melalui ops cantas utara selama dua minggu ini, polis turut merampas 15 senjata termasuk senjata berbahaya, 27 kenderaan curi, 236 buah mesin judi, dadah jenis ganja seberat 2,565 gram (g) dan heroin 11.59 g.
"Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM35,125.40 dan membekukan akaun membabitkan wang palsu sebanyak RM611,027.93 mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) " katanya.

Warga emas maut, motosikal dirempuh kereta



TEE Enn Num yang menunggang motosikal dari arah pusat bandar Muar ke Jalan Bakariah maut selepas dirempuh sebuah kereta. - Foto NSTP
MUAR: Seorang lelaki warga emas tidak sempat untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina apabila maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Jalan Bakariah di sini, awal pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam kejadian pada 6.45 pagi itu, mangsa Tee Enn Num, 73, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Kemalangan dipercayai berlaku, ketika mangsa yang menunggang sendirian dari arah Muar menghala ke Jalan Bakariah cuba membelok ke kanan jalan memasuki persimpangan Parit Mohamad Derus.
"Motosikal mangsa kemudiannya dirempuh daripada belakang oleh sebuah kereta sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya," katanya ketika dihubungi di sini.
Menurut Azman, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas bersarapan pagi di bandar ini.
Beliau berkata, pemandu kereta Proton Waja yang berusia lingkungan 30-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat laporan polis.
Mayat dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

33 GRO ditahan dalam serbuan polis di Klang



POLIS menahan seramai 33 wanita warga asing yang bekerja sebagai GRO dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Taman Desawan, Klang, awal pagi tadi. - Foto ihsan PDRM
KLANG: Polis menahan seramai 33 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Taman Desawan, Klang, awal pagi tadi.
Serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Perjudian, Maksiat, Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman pada jam 1.15 pagi itu turut dibantu Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.
Sumber berkata, dalam serbuan itu, semua GRO yang ditahan berusia lingkungan 20-an dikesan bekerja di premis hiburan berkenaan tanpa memiliki dokumen yang sah.
Ketika premis diserbu, ada 100 pelanggan sedang berhibur dan semua mereka dibebaskan selepas selesai proses dokumentasi.
"Semua GRO yang ditahan dibawa ke IPD Klang Selatan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)C Akta Imigresen serta Seksyen 39b Peraturan Imigresen," katanya.

Polis tahan empat lelaki dalam serbuan banteras dadah di KL

KUALA LUMPUR: Polis percaya dapat menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang didalangi rakyat tempatan dengan tertangkapnya empat lelaki dalam dua operasi berasingan, minggu lalu.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, berkata dalam serbuan pertama oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Jalan Tun Razak, pada 11 Februari lalu, berjaya menahan dua lelaki berusia 35 tahun dan merampas pelbagai dadah bersama wang tunai dengan jumlah keseluruhan RM198,4200.
Sementara itu, dalam serbuan kedua pada 13 Februari lalu, dua lagi lelaki berusia 41 dan 33 tahun ditahan di Taman Midah Ria dan menjumpai pelbagai jenis dadah serta wang tunai yang kesemuanya bernilai RM212,700.
"Kedua-dua kes berkenaan tiada kaitan antara satu sama lain. Bagaimanapun, kita percaya kesemua dadah itu adalah untuk pasaran tempatan.
"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti dari mana mereka mendapat bekalan dadah itu," katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) di sini, sebentar tadi.

Mayat wanita ditemui di kebun kelapa sawit



MAYAT seorang wanita yang sedang mereput ditemui di kawasan kebun kelapa sawit di Mantin, dekat sini. - Foto Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
NILAI: Mayat seorang wanita yang sedang mereput ditemui di kawasan kebun kelapa sawit di Mantin, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata, mayat wanita itu yang berpakaian kemeja-T berwarna putih dan berseluar panjang berwarna coklat ditemui di kawasan berkenaan pada 6.45 petang semalam.
Katanya, mayat Norini Sofian, 58, dijumpai telah membengkak dan pergelangan tangan kiri sudah tiada disyaki dimakan binatang.
"Barang kemas didapati tidak hilang. Terdapat seutas cincin di sebelah kiri mayat (atas tanah)," katanya di sini, hari ini.
Katanya, siasatan awal mendapati kes ini mempunyai persamaan dengan kes kehilangan seorang wanita yang mengalami penyakit saraf hilang selepas keluar dari rumah pada 11 Februari lepas.
"Pakaian yang dipakai oleh mangsa seperti dalam laporan ketika dia hilang adalah sama iaitu baju kemeja-T berwarna putih dan berseluar panjang berwarna coklat," katanya.
Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, kata Abdullah. - BERNAMA

JPJ Johor keluar 1,509 saman dalam Ops Tahun Baharu Cina

MUAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 1,509 saman melalui Ops Tahun Baharu Cina yang dilancarkan sejak 12 Feb lalu sehingga semalam.
Pengarahnya, Johari Yusof berkata, 226 saman dikeluarkan terhadap pengguna motosikal, kereta (136 saman) dan lain-lain kesalahan membabitkan kenderaan lain seperti bas dan lori (1,147 saman).
"Kita menekankan kepada tujuh kesalahan sepanjang ops ini iaitu gagal patuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai topi keledar dan tidak memakai tali pinggang keledar.
"Ops ini akan berakhir pada 27 Feb ini dan kita memberi ingatan kepada pengguna jalan raya, sepanjang waktu itu pegawai JPJ kita akan berada di mana-mana," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Terminal Bas Bentayan sempena ops berkenaan di sini, Isnin malam.
Johari berkata, pihaknya akan menumpukan di 16 lokasi yang sering berlakunya kemalangan di negeri ini dengan mengadakan penguatkuasaan statik selain di stesen penguat kuasa jabatan itu.
Johari berkata, JPJ juga mengadakan Ops Motosikal yang menumpukan 56 lokasi di negeri ini bermula 14 Feb lalu sehingga 22 Feb ini.
"60 peratus penyumbang kepada kemalangan keseluruhan sebelum ini adalah daripada motosikal," katanya.
Sementara itu, Johari berkata, sepanjang ops berkenaan, enam depoh syarikat bas ekspres di seluruh Johor akan dikunjungi pegawai jabatan itu bagi memeriksa tahap keselamatan bas yang akan digunakan sepanjang perayaan tersebut.
Beliau berkata, 65 bas diperiksa dengan dua daripadanya tidak dibenarkan meneruskan perjalanan kerana keadaan bas yang tidak selamat. - BERNAMA

85 maut lima hari Ops Selamat


KUALA LUMPUR: Sebanyak 85 kematian membabitkan 75 kes kemalangan jalan raya dicatat di seluruh negara sepanjang lima hari Ops Selamat bermula 12 hingga 16 Februari.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Latiff, berkata remaja berusia antara 16 hingga 20 tahun paling ramai terbabit nahas dengan sejumlah 17 kematian, sementara sembilan lagi membabitkan yang berumur 21 hingga 25 tahun.
Sepanjang tempoh sama, beliau berkata sebanyak 6,456 kes kemalangan dilaporkan membabitkan beberapa laluan termasuk lebuh raya, jalan persekutuan serta jalan bandaran.

Kemalangan berkenaan membabitkan 55 motosikal, 18 kereta, lima pejalan kaki, tiga basikal dan empat lain-lain kenderaan.
Sejumlah 87,350 saman dikeluarkan di seluruh negara atau purata 17,000 sehari.
Antara kesalahan ialah memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan kenderaan, memotong di garisan berkembar dan melanggar lampu isyarat merah.
"Kita tidak bertolak-ansur dan akan menjalankan operasi ini secara serius bagi mengelak berlakunya kemalangan dan kesesakan lalu lintas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Perak, Johor, Selangor dan Pulau Pinang mencatat kematian tertinggi dengan masing-masing 17 kes di Perak, Johor (14), Selangor (13) dan tujuh di Pulau Pinang.
"Kita akan memberi tumpuan 60 kawasan yang kerap berlaku kemalangan maut iaitu di Johor meliputi 17 kawasan, Perak (12), Kelantan (tujuh), Selangor (enam)dan Negeri Sembilan (enam)," katanya.

Tsunami 20 sentimeter landa utara Jepun



PEGAWAI dari Agensi Meteorologi Jepun (JMA), Yasuhiro Yoshida berucap pada sidang media di Ibu Pejabat di Tokyo berkenaan tsunami yang melanda utara negara itu hari ini. - Foto AFP
TOKYO: Tsunami kecil melanda utara Jepun hari ini susulan gempa bumi kuat di dasar laut membadai kawasan pantai iaitu tempat sama yang berlakunya tsunami dahsyat pada 2011.
Ombak berukuran 20 sentimeter direkodkan di Kuji, timur Iwate pada kira-kira jam 9.07 pagi waktu tempatan, bacaan di bawah satu meter yang diramal oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Agensi itu memberi amaran bahawa paras ombak naik sedikit di Kuji walaupun ia tidak mungkin membesar.
Ombak berukuran 10 sentimeter turut dicatat di pantai lain di wilayah Iwate.
Tiada laporan mengenai kerosakan atau kematian.
Stesen televisyen NHK melaporkan, pemandangan di kawasan berkenaan tidak menunjukkan peningkatan paras laut di sepanjang pantai. Malah tiada perubahan terhadap jarak penglihatan di pelabuhan kawasan berkenaan.
JMA berkata, gempa bumi berukuran 6.9 magnitud melanda pada kira-kira jam 8.06 pagi di Pasifik kira-kira 210 kilometer timur Miyako, dengan kedalaman 10 kilometer.
Pegawai memberitahu sidang akhbar di sini bahawa pakar geologi menyifatkan gempa berkenaan sebagai susulan gempa pada 2011.
Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula merekod gempa itu pada 6.7 magnitud.
Sehubungan itu, kerajaan Jepun kemudiannya menguji sistem amaran kepada masyarakat.
Petugas NHK turut meminta orang ramai di kawasan terbabit supaya pergi ke tempat lebih tinggi dan memberi amaran supaya menjauhi kawasan pantai.
Sistem amaran orang awam di sepanjang pantai turut mengeluarkan amaran manakala kenderaan pasukan kecemasan meronda sambil membunyikan siren.
"Setakat ini kami dapati tsunami kecil tetapi akan terus memberi amaran kepada penduduk supaya tidak mendekati kawasan pantai kerana ombak kedua dan ketiga diramal lebih tinggi," kata pegawai pejabat pengurusan bencana di Miyako, Masayuki Yamazaki.
Seorang lagi pegawai berkata: "Gempa bumi ini amat kuat dan menyebabkan bangunan bergoyang tetapi tidak mendapat maklumat mengenai sebarang kerosakan." - AFP

Pemuda Ditetak Di Panggung Wayang


Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 3:47 PM

GEORGE TOWN: Seorang pemuda cedera parah selepas dibelasah dan ditetak sekumpulan remaja lain di laluan keluar sebuah panggung wayang di Jalan Tun Dr Awang di sini pada Ahad.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, mangsa serta beberapa rakan yang berusia 20-an berada di depan pintu lif telah didatangi sekumpulan pemuda sebelum mereka dibelasah.
Ketika cuba melarikan diri ke arah panggung wayang, mangsa masih dikejar dan ditetak oleh kumpulan berkenaan yang bersenjatakan parang dan topi keledar.
Difahamkan, kejadian berpunca apabila seorang daripada rakan mangsa menjeling ke arah kumpulan berkenaan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, suspek dalam kejadian itu telah ditahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
"Polis juga telah mengenalpasti suspek lain dan mereka akan ditahan dalam tempoh terdekat," ujarnya.

Peniaga Rugi RM14 Juta Dakwa Ditipu Ejen Jongkong Emas


Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 8:58 PM
KUALA LUMPUR: Pemilik sebuah syarikat jual beli emas serta rakannya mendakwa mereka kerugian lebih RM14 juta setelah menjadi mangsa penipuan ejen urus niaga dan pengedar jongkong emas.
Pengadu berkenaan, Ismazali Mohd Ismail, 32, yang juga pemilik Syarikat Habib Gold  and  Jewelleries di Shah Alam mengaku ditipu ejen terbabit yang mempunyai sebuah syarikat berdaftar di Seremban.
"Sejak lima bulan lepas, saya sudah membeli jongkong emas dalam skala kecil dan tiada masalah berurusan dengan ejen berkenaan yang mana setiap barang yang kita tempah, akan dipenuhi dalam tempoh dijanjikan.
"Tetapi dalam urusan jual beli November lepas yang babitkan jumlah pembelian yang besar, barang yang dijanjikan gagal disampaikan sehingga ke hari ini.
"Alasan yang diberikan ialah barang itu tiada. Malah duit saya dan pembeli lain juga tidak dipulangkan langsung," katanya pada pemberita di sini, Selasa.
Beliau percaya modus operandi ejen berkenaan adalah dengan memancing pelanggannya membeli jongkong emas pada jumlah yang besar dengan harga murah berbanding harga sebenar dipasaran sebelum menipu pembeli.
Ismazali berkata, beliau telah membuat satu laporan polis di Seremban dan telah memfailkan permohonan injunksi ke mahkamah semalam untuk tindakan lanjut.
Rakan mangsa yang juga seorang ahli perniagaan, Abdul Malik Dasthigeer berkata, beliau tidak menyangka ejen tersebut sanggup menipu pihak mereka memandangkan urusan jual beli melibatkan jumlah yang besar.
"Saya meminta orang ramai agar tidak tertipu dengan ejen ini yang masih lagi berani beroperasi sehingga hari ini dengan iklan-iklan yang ditampalkan di banyak tempat di Seremban dan Lembah Klang," katanya.

Jepun keluarkan amaran tsunami berikutan gempa 6.9 magnitud



JEPUN keluarkan amaran tsunami sehingga satu meter susulan gempa bumi 6.9 magnitud landa utara negara itu awal hari ini. - Sumber Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS)
TOKYO: Jepun keluarkan amaran tsunami sehingga satu meter susulan gempa bumi 6.9 magnitud landa utara negara awal hari ini.
Agensi Meteorologi Jepun dalam kenyataannya meramalkan ombak setinggi satu meter itu dijangka melanda pantai utara jam 8.30 pagi ini waktu tempatan. - AFP

Kereta api bawa minyak mentah tergelincir di AS



Letupan kuat berserta kepulan api naik ke udara selepas kereta api yang membawa lebih 100 tangki minyak mentah tergelincir di selatan West Virginia hari ini. - Foto Reuters
MOUNT CARBON, West Virginia: Kereta api yang membawa lebih 100 tangki minyak mentah tergelincir di selatan West Virginia hari ini dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu tangki terhumban ke dalam sungai, kata pegawai hari ini.
Selain itu, sekurang-kurangnya 14 tangki terbakar dalam kejadian berkenaan.
Kenyataan akhbar syarikat kereta api itu, CSX berkata, seorang mangsa dirawat kerana mengalami masalah pernafasan tetapi tiada kecederaan serius dilaporkan.

API marak membakar gerabak keretapi CSX Corp selepas tergelincir dari landasan di selatan West Virginia hari ini. - Foto Reuters
Penduduk berdekatan kawasan kemalangan diarah berpindah ketika pegawai pasukan kecemasan dan alam sekitar bergegas ke tempat kejadian kira-kira 48.2 kilometer tenggara Charleston.
West Virginia kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga terhadap ribut musim sejuk dan hujan salji berukuran 12 sentimeter.
Tidak dapat dipastikan sama ada cuaca mempunyai kaitan dengan kejadian kereta api tergelincir terbabit.
Pegawai pengendali bahan berbahaya berkata, pihaknya dikerahkan ke sana.
Syarikat berkenaan pula berkata, mereka masih menyiasat punca kereta api berkenaan tergelincir.
Sementara itu, jurucakap Keselamatan Awam, Lawrence Messina berkata, satu tangki dan kemungkinan satu lagi terhumban ke dalam sungai.
Katanya, pasukan kecemasan berdepan masalah untuk menghampiri kediaman yang terbakar.
Sebanyak 14 daripada 17 tangki terbabit sama ada terbakar atau meletup. - AP

Suami isteri maut digilis lori


KUALA SELANGOR 17 Feb.- Sepasang suami isteri maut ketika dalam perjalanan ke Klang selepas motosikal mereka digilis lori minyak di Sungai Buloh di sini hari ini.
Dalam nahas pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Mohd.Razali Mohd.Sohad, 65, dan isterinya, Jahrah Daud, 49, meninggal dunia di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/suami-isteri-maut-digilis-lori-1.60758#sthash.G58dLacI.dpuf

Amaran tsunami, Jepun arah penduduk berpindah


TOKYO 17 Feb. – Pihak berkuasa Jepun mengarahkan penduduk di beberapa pekan berdekatan kawasan pantai di wilayah Iwate berpindah ke lokasi selamat awal pagi ini ekoran gempa bumi kuat berukuran 6.9 skala Richter menggegarkan timur laut negara ini.
Portal berita The Gurdian memetik laporan Agensi Meteorologi Jepun sebagai berkata, amaran tsunami turut dikeluarkan dan ombak setinggi satu meter dijangka membadai kawasan pantai Iwate.
Jelas laporan tersebut, gempa berkenaan dikesan pada kedalaman kira-kira 9.6 kilometer dan gegaran dapat dirasakan sehingga Tokyo yang terletak 692 kilometer dari Iwate.
Tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan setakat ini.
Sementara itu, laporan rangkaian televisyen NKH menyebut, tsunami kecil dengan ukuran ombak 10 sentimeter direkodkan kira-kira 45 minit selepas gempa dan orang ramai dinasihati agar menjauhi kawasan pantai.
Syarikat pengendali loji tenaga nuklear, Tohoku Electric Power Co dan Tokyo Electric Power Co, melaporkan tiada kerosakan berlaku terhadap kedua-dua kemudahan terbabit selepas gempa.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/amaran-tsunami-jepun-arah-penduduk-berpindah-1.60663#sthash.wLZ7lwtE.dpuf

4 maut dan 4,500 hilang tempat tinggal


MANILA 16 Feb - Seramai empat orang terkorban dan 4,500 orang kehilangan tempat tinggal apabila satu kebakaran yang tercetus menghanguskan beratus-ratus buah rumah di sebuah kawasan penempatan setinggan di pusat bandar Filipina hari ini, kata sebuah jabatan bomba tempatan semalam.
Kesemua mangsa yang terkorban itu termasuk seorang ibu mengandung dan dua kanak-kanak, jelas jabatan bomba Bandar Pasay di Manila.
Kira-kira 4,500 penduduk di negara ini kehilangan rumah mereka disebabkan kebakaran yang berlaku sebelum subuh dan merebak dengan pantas kerana rumah tersebut diperbuat daripada bahan ringan, kata jabatan itu.
Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran itu berlaku namuan penduduk di kawasan kejadian mendakwa api tercetus disebabkan perbuatan individu yang merancang merobohkan kawasan rumah itu yang dijangka dilakukan awal tahun atau hujung tahun ini. - Agensi
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/4-maut-dan-4-500-hilang-tempat-tinggal-1.60515#sthash.RAGbSQry.dpuf

Gaji pekerja lesap

Oleh Muhammad Apendy Issahak

apendy@hmetro.com.my
Ipoh: Seorang kontraktor mengalami kerugian RM173,000, apabila wang untuk membayar gaji pekerja dan pembekalnya sempena Tahun Baru Cina disamun sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang dan tukul besi dalam kejadian berhampiran sebuah bank di Gunung Rapat, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kontraktor berkenaan yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu isterinya dihalang kereta jenis Toyota Vios dinaiki empat lelaki yang memakai topeng sebaik keluar dari sebuah bank di kawasan berkenaan.
Menurut isteri mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Lee, 34, kira-kira jam 11.30 pagi dia bersama suami ke bank berkenaan untuk mendepositkan wang bayaran kepada pembekal sebanyak RM3,000.
Katanya, sebelum itu mereka berdua menggeluarkan wang sebanyak RM176,000 di bank lain di kawasan Pekan Baru, di sini untuk membayar gaji pekerja serta pembekal sebelum cuti panjang perayaan Tahun Baru Cina.
“Sebaik keluar dari bank di Gunung Rapat, saya memandu kenderaan manakala suami duduk di bahagian penumpang depan dengan memegang beg silang mengandungi semua wang terbabit dan selepas kira-kira 100 meter memandu di Laluan Gunung Rapat 1, secara tiba-tiba sebuah Toyota Vios bertindak memotong kenderaan kami sebelum berhenti di depan menghalang laluan.
“Tiga lelaki yang memakai topeng dengan dua daripadanya bersenjatakan parang dan seorang lagi memegang tukul besi kemudian meluru ke arah kami serta bertindak menghentak cermin depan dan kedua-dua tingkap bahagian pemandu serta penumpang depan,” katanya, semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menurutnya siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti kesemua suspek.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Februari 2015 @ 8:35 AM


PASANGAN suami isteri yang disamun empat lelaki bertopeng.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31421#sthash.3T9hq3Df.dpuf

Memang ‘perosak’ sungguh!

Oleh Salman Hamat

salman@hmetro.com.my
Nibong Tebal: Helah sekumpulan penjenayah yang menyamar sebagai kakitangan sebuah syarikat kawalan serangga perosak berjaya memperdayakan puluhan pekerja warga asing menyebabkan kerugian lebih RM100,000 selepas suspek dikatakan mencuri barangan berharga dan wang tunai mangsa.
Bermodalkan alat penyembur asap dan pam racun serangga, suspek mengarahkan mangsa mengosongkan asrama mereka bagi memberi laluan kepada kerja semburan asap untuk membunuh nyamuk.
Sumber berkata, mereka menggunakan kesempatan itu menyelongkar asrama itu untuk mencuri barangan berharga milik mangsa termasuk gajet elektronik, telefon bimbit dan wang tunai.
Menurutnya, ada antara mangsa yang terpedaya dengan taktik suspek itu kerugian hampir RM1,000 selepas wang tunai disimpan di asrama dikebas kumpulan penjenayah berkenaan.
“Namun, selepas 51 kali menggunakan taktik sama memperdayakan mangsa di negeri ini, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan, lima suspek berusia 19 hingga 27 tahun dicekup dalam serbuan dilakukan di Kamunting, Perak pada 8 Februari lalu.
“Suspek menjadikan asrama penginapan pekerja asing sebagai sasaran utama dan modus operandi digunakan ialah memperkenalkan diri sebagai kakitangan sebuah syarikat kawalan serangga perosak yang dihantar majikan pekerja terbabit untuk melakukan semburan asap dan kerja menghapuskan serangga perosak,” katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Datuk Mazlan Kesah berkata, selain menyamar sebagai kakitangan syarikat kawalan serangga perosak, suspek ada ketikanya turut memperkenalkan diri sebagai pegawai kesihatan, anggota polis dan pegawai imigresen.
“Bagi meyakinkan mangsa, suspek turut menunjukkan dokumen atau nota arahan tertentu kononnya diarahkan majikan pekerja terbabit untuk melakukan semburan asap atau kerja kawalan serangga perosak di premis yang dijadikan sasaran.
“Namun ada kalanya mereka ini bijak mengatur ayat dan mengaku sebagai penjawat awam untuk menakutkan mangsa terutama apabila pekerja asing terbabit enggan memberikan kerjasama atau membenarkan mereka masuk ke dalam premis terbabit,” katanya.
Mazlan berkata, suspek dilaporkan bertindak ganas dan dalam beberapa kes ia turut membabitkan kecederaan mangsa selain ada yang mendakwa turut diugut akan dicederakan menggunakan tukul besi.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya tidak menolak kemungkinan penjenayah rentas negeri itu dipercayai aktif sejak Ogos tahun lalu dan terbabit dalam sekurang-kurangnya 19 kes di negeri ini manakala bakinya di tempat lain.
“Kami sudah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap semua suspek berkenaan sehingga 18 Februari depan dan bagi melengkapkan kertas siasatan, kami akan bekerjasama dengan polis kontinjen di negeri berkenaan.
“Kerjasama ini penting berikutan suspek turut aktif melakukan jenayah berkenaan di beberapa negeri lain dan kami akan meneliti laporan dibuat mangsa sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.
Mazlan berkata, pihaknya mendapati seorang daripada suspek memang bekerja dengan sebuah syarikat kawalan serangga perosak dan membolehkan kumpulan itu menggunakan peralatan menghapus serangga bagi memperdayakan mangsa.
Beliau berkata, susulan penahanan lima lelaki terbabit, pihaknya sedang mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas dikenali sebagai Mohd Nuzul Che Man, 25, beralamat di No 142A, Kampung Setia Jaya Kamunting, Perak.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Februari 2015 @ 8:41 AM


MAZLAN menunjukkan alat penyembur racun serangga yang dirampas daripada suspek pada sidang media di IPD Seberang Perai Selatan (SPS), semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31428#sthash.fARTqnqB.dpuf

Mangsa terperangkap di tingkat 1


Ipoh: Mangsa kebakaran seorang ahli perniagaan Norhashimah Mohd Ismail, 48, dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas dalam kejadian kebakaran membabitkan rumah kedai di Jalan Greentown, Greentown Nova, di sini, awal pagi semalam.

Norhashimah ibu kepada lima cahaya mata mempunyai penyakit asma dikatakan gagal menyelamatkan diri sebelum ditemui tertiarap di ruang legar tingkat satu premis berkenaan oleh anggota bomba.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, mayat mangsa ditemui dalam bilik tidurnya di tingkat satu premis berkenaan.

“Mangsa dipercayai sesak nafas dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P Samasuvam berkata, lima jentera dengan dibantu sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.45 pagi.

Menurutnya, mangsa bersama empat anak dan 13 pekerjanya tinggal di tingkat atas rumah kedai itu.

“Mangsa dipercayai terperangkap dan terhidu asap menyebabkan sesak nafas dan meninggal dunia,” katanya.

Lelaki diburu terjatuh tingkat 21


Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang dikehendaki berhubung beberapa kes jenayah termasuk tipu maut selepas terjatuh dari tingkat 21 kondominium ketika cuba mengelakkan diri daripada diberkas polis dalam kejadian di di KL Sentral, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ke rumah suspek di tingkat 21 bangunan 30 tingkat itu.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, pegawai polis membunyikan loceng pintu rumah suspek beberapa kali dan seorang lelaki membuka pintu.
Katanya, selepas pegawai berkenaan mengenalkan diri sebagai pegawai polis dengan menunjukkan kad kuasa, lelaki itu menutup pintu.
“Beberapa minit kemudian pasukan polis mendengar jeritan seorang wanita dari dalam rumah itu dan selepas mengarahkan wanita itu untuk membuka pintu, mereka menemui lelaki itu jatuh ke tingkat bawah kondominium.
“Pemeriksaan ke atas suspek juga mendapati dia meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, semakan mendapati lelaki berkenaan dikenali sebagai S Krishnan yang dikehendaki mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bersabit kes Dang Wangi dan Seksyen 403 dan 467 kanun yang sama bersabit kes USJ 8.
Beliau berkata, pasukan forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan tiada sebarang unsur jenayah yang menjadi punca kematian suspek.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31424#sthash.1LeJUJq8.dpuf

Berbalah status jenazah

KELUARGA Allahyarham membuat persiapan untuk pengkebumian mengikut upacara Hindu. 
Seremban: Kematian seorang warga emas yang juga seorang mualaf berusia 74 tahun menimbulkan perbalahan apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan keluarga lelaki itu masing-masing menuntut jenazah untuk dikebumikan mengikut agama masing-masing di rumahnya di Taman Seremban Jaya, di sini, semalam.
Jenazah A Razak Abdullah @M Macha dituntut Bahagian Dakwah JHEAINS untuk dikebumikan mengikut Islam, bagaimanapun keluarganya bertegas mengadakan upacara mengikut agama Hindu.
Keadaan bertambah rumit apabila keluarga tidak membenarkan jenazah dibawa pergi mengakibatkan anggota polis mengawal keadaan daripada berlaku kekecohan.
Keadaan menjadi parah sejurus beberapa pemimpin pembangkang menghalang pegawai JHEAINS menyebabkan jenazah dibakar di tempat pembakaran mayat di Jalan Templer, di sini.
Pegawai Bahagian Dakwah JHEAINS Mohd Zulkarnain Abdullah berkata, A Razak meninggal dunia di Rumah Orang-Orang Tua, Taman Bunga Blossom, di sini, jam 7.30 malam kelmarin dan rekod mendapati arwah beragama Islam.
Katanya, bagaimanapun keluarganya bertegas A Razak meninggal dunia dalam agama Hindu berdasarkan rekod pemeriksaan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Jelasnya sambil menunjukkan bukti, A Razak memeluk Islam pada 1970-an selepas berkahwin dengan isterinya, Kosnibatu Ibrahim yang juga India Muslim.
Menurutnya, bagaimanapun A Razak tidak memaklumkan kepada JPN mengenai status pertukaran agama menyebabkan keadaan menjadi sukar.
Menurutnya, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan lima cahaya mata juga beragama Islam sebelum 5 Januari 1998 anak sulung arwah, Mumtaz, 40, menggunakan sijil sumpah daripada Suruhanjaya Sumpah bagi menukar namanya di JPN.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31423#sthash.ExUOtbkK.dpuf

Diisytihar kongsi gelap


Oleh Hayati Ibrahim

ya_t@hmetro.com.my
Putrajaya: Sebanyak 23 buah pertubuhan kongsi gelap di Malaysia diisytiharkan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 dengan Nombor Pewartaan P.U.(A) 34/2015.
Pertubuhan itu Geng 3821, Geng Ngo Sek Kee, Geng Gee Hor Sia, Geng Chong Woh, Geng Gee Long San, Geng Gee It Leng, Geng Gee Hon San, Geng Guat Sam Sia, Geng It Tiam Ang, Geng Lian Heng Siah, Geng Ang Mor Low, Geng Sio Or Leng, Geng Loong Foo Thong, Geng 969 (Kow Lak Kow), Geng 32 Sar Jee, Geng Chaun San, Geng Fong Hong San, Geng Jin Jee Tong, Geng Gee Lam Kok, Geng Hong Fah, Knight Of Right Keepers’ @ ‘‘Kappa Rho Kappa’ (KRK’), Malin Kundang (Sandakan) dan Special Force (Lahad Datu).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertubuhan itu menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di Malaysia seperti sindiket pengedaran dadah, pelacuran, perjudian, mencuri kereta mewah dan memeras ugut.
“Pertubuhan ini juga menimbulkan pergaduhan di antara pertubuhan kongsi gelap, melakukan huru-hara dan juga terdapat kes penyeludupan serta turut memberi bantuan logistik dan maklumat persembunyian pihak berkuasa kepada kumpulan penculik dari Bahagian Selatan Filipina seperti kumpulan KRK.
“Sehubungan itu, tiada sesiapa pun boleh menggunakan semula nama, simbol, lambang atau logo pertubuhan kongsi gelap terbabit sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7 (3)(b) Akta Pertubuhan 1966,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31319#sthash.10WnZ2EN.dpuf