Search This Blog

Monday, February 16, 2015

Perangkap maut kediaman tinggi



Mukhlis menunjukkan Pangsapuri PPR Seri Pantai di Kuala Lumpur yang berhadapan dengan beberapa masalah penyenggaraan baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Tiga kes kematian kanak-kanak akibat terjatuh dari apartmen yang berlaku awal tahun ini seperti tidak memberi apa-apa kesan kepada pihak berkuasa dan masyarakat di negara ini.
Tinjauan Kosmo! di beberapa buah apartmen dan pangsapuri sekitar ibu negara mendapati tiada sebarang langkah pencegahan diambil oleh pihak pengurusan apartmen serta penghuni bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan di kediaman ma­sing-masing.
Kebanyakan apartmen dan pangsapuri yang mempunyai balkoni juga tidak dipasang jeriji besi tambahan bagi mengurangkan risiko kemalangan terjatuh dari tingkat atas.
Malah, ada juga penghuni yang sengaja meletakkan barangan lain seperti kerusi dan pasu bunga berdekatan dengan balkoni, sekali gus mengundang risiko kanak-kanak terjatuh kerana memanjat barangan berkenaan.
Lebih menakutkan, terdapat pihak pengurusan apartmen yang tidak melakukan kerja penyenggaraan apabila kesemua cermin tingkap di laluan bertangga pecah dan tidak diganti.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3RuDHSari 
Hakcipta terpelihara 

PATI dicekup sebaik turun bas



ANGGOTA Imigresen memeriksa warga asing sebaik turun daripada bas di Terminal Bas Melaka Sentral, Melaka semalam.


MELAKA – Hasrat 100 pendatang asing tanpa izin (PATI) meluangkan masa bersiar-siar di sekitar bandar raya ini tidak kesampaian apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Ops Kutip di Terminal Bas Melaka Sentral di sini semalam.
Dalam operasi selama lima jam bermula pukul 10 pagi itu, ke­semua warga asing terbabit dicekup anggota penguat kuasa Imigresen sebaik sahaja turun dari bas yang mereka naiki.
Pengarah Imigresen negeri, Mahpof Mahmood berkata, pihaknya percaya kebanyakan warga asing terbabit datang dari daerah lain seperti Alor Gajah dan Jasin.
“Kita percaya mereka ingin meluangkan masa cuti hujung minggu bersama rakan masing-masing dan menaiki bas tersebut untuk ke bandar raya ini,” katanya kepada pemberita di Melaka Sentral di sini semalam.
Menurutnya, semasa operasi dilakukan, pihak­nya telah memeriksa seramai 550 orang sebaik bas yang mereka dinaiki sampai di terminal tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3RuD8oeAF 
Hakcipta terpelihara 

Maut terperosok bawah lori



Beginilah keadaan kereta Perodua Myvi dinaiki Ganesan dan anaknya yang terperosok di bawah treler dalam kemalangan di Kilometer 263.3 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Seremban semalam.


SEREMBAN – Seorang bapa maut manakala anak perempuannya yang berusia tujuh tahun cedera dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 263.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Tol Seremban arah utara pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu K. Ganesan, 39, merempuh bahagian belakang sebuah treler yang dipercayai membawa bahan binaan sebelum terperosok di bawah kenderaan berat itu.
Nahas tersebut menyebabkan Ganesan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala manakala anaknya, G. Reshika patah kaki.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian dipercayai berlaku di lorong kiri lebuh raya ber­kenaan ketika sebuah treler berhenti ekoran mengalami kerosakan pada gegandar tayar.
“Treler itu berhenti di lorong kiri kerana lorong kecemasan ditutup berikutan kerja-kerja pembinaan jalan. Pemandu kenderaan berat itu juga meletakkan kon keselamatan di lorong tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3RuD1JsUN 
Hakcipta terpelihara 

Ketua, ahli kongsi gelap dibunuh



Antara corak tatu yang kerap ditemui pada anggota badan ahli Geng 36 .


SHAH ALAM – Polis menahan 11 lelaki termasuk seorang lelaki Nepal bagi membantu siasatan dua kejadian bunuh masing-masing membabitkan ketua dan ahli kumpulan sebuah kongsi gelap dalam kejadian di Telok Panglima Garang dan Kuala Langat dekat sini.
Dalam kejadian pukul 3.10 pagi pada Rabu lalu di Jalan Pandan 2, Kuala Langat, seorang lelaki disyaki ketua kongsi gelap Geng 24 mati ditetak selepas bertengkar di hadapan sebuah kedai arak.
Pada pukul 11.15 malam di Telok Panglima Garang kelmarin pula, seorang lagi lelaki dipercayai ahli geng kongsi gelap daripada Geng 36 dilaporkan mati akibat ditembak dengan beberapa das tembakan dalam keretanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, dalam kejadian pertama pada 11 Februari itu, polis menahan lapan lelaki berusia 19 hingga 34 tahun di dua lokasi iaitu di Telok Panglima Garang pada pukul 11.30 pagi dan sekitar Ban­ting pada pukul 5 petang keesokan harinya.
Menurut beliau, semakan rekod mendapati lima daripada lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu mempunyai pelbagai rekod jenayah se­perti kes gaduh dan dadah manakala tiga lagi tiada rekod jenayah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3RuCrfSkr 
Hakcipta terpelihara 

Nenek dirogol penjual kain


KOTA KINABALU – Seorang nenek mendakwa dirogol oleh seorang peniaga kain gara-gara gagal melangsaikan baki hutang bajunya bernilai RM20 dalam kejadian di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Cenderakasih, Luyang dekat sini baru-baru ini.
Kejadian pada pukul 9 pagi Jumaat lalu itu dikatakan berlaku ketika mangsa yang berusia 75 tahun tinggal berseo­rangan di rumahnya.
Satu sumber polis memberitahu, sebelum kejadian, wanita itu dikatakan didatangi oleh peniaga kain warga Pakistan berusia lingkungan 30-an ke rumahnya.
Kedatangan warga asing itu adalah bagi mengutip baki hutang RM20 daripada mangsa yang baru membuat bayaran RM10 bagi sehelai baju blaus yang bernilai RM30.
Kata sumber itu, mangsa dikatakan mempelawa peniaga kain itu masuk ke dalam rumahnya dengan niat berbincang mengenai baki hutangnya.
“Namun lain jadinya apabila peniaga kain itu didakwa naik berang selepas wanita warga emas itu dikatakan memberi alasan dia tiada wang,” kata sumber itu semasa dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3RuCkykf2 
Hakcipta terpelihara 

Suami orang dicekup buat ‘projek’ dalam hotel



PEGAWAI penguat kuasa JAIJ menahan salah satu pasangan yang berkhalwat ketika sambutan Hari Valentine di salah sebuah hotel bajet di sekitar Johor Bahru, Johor semalam.


JOHOR BAHRU – Hajat seorang lelaki yang juga merupakan suami orang untuk melakukan ‘projek’ bersama kekasihnya sempena Hari Va­lentine terbantut apabila mereka dicekup dalam kea­daan berbogel oleh pegawai Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) ketika Ops Mawar dijalankan di sekitar bandar raya ini awal pagi semalam.
Lebih memalukan, lelaki berusia 28 tahun yang be­kerja sebagai buruh itu dan kekasihnya berusia 22 tahun itu terpaksa menggunakan kain cadar untuk menutup badan mereka yang terdedah ketika diserbu oleh pegawai JAIJ di sebuah hotel bajet di sini.
Menurut Penolong Pe­nguat kuasa JAIJ, Hafiz Abd. Rahman, pasangan tersebut merupakan antara 72 individu termasuk empat warga asing yang berjaya ditahan dalam operasi berkenaan bermula pukul 11 malam kelmarin hingga awal pagi semalam.
“Operasi ini bertujuan untuk membendung kegiatan maksiat sempena sambutan Hari Kekasih yang jatuh pada setiap 14 Februari.
“Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 50 tahun dan mereka akan dikenakan tindakan kerana kesalahan berkhalwat serta berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3RuCEwu92 
Hakcipta terpelihara 

Senjata Api, Peluru Dirampas Dari Kapal Layar Asing Di Langkawi


Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 2:38 PM
Zamri Yahya

ALOR SETAR: Polis Kedah merampas lima pucuk senjata api dan ratusan butir peluru dari sebuah kapal layar milik warga Afrika Selatan yang ditinggalkan di jeti Pulau Langkawi Khamis lepas.
Ketua Polis Negeri, Datuk Zamri Yahya berkata, turut dirampas dari kapal layar itu termasuk tiga teleskop penembak tepat dan penyenyap bunyi serta tiga kelopak peluru pelbagai saiz untuk kegunaan senjata api terbabit.
"Kapal terbabit telah ditinggalkan di jeti Rebak Marina sejak Ogos tahun lepas oleh pemiliknya. Daripada pemeriksaan dengan Jabatan Imigresen, kami juga mendapati warga Afrika Selatan itu telah meninggalkan Malaysia," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kedah di sini, Isnin.
Katanya, semua senjata api berkuasa tinggi itu, ratusan peluru serta pelbagai kelengkapannya disembunyikan di bilik tidur kapal layar terbabit di bahagian belakang kapal berkenaan.
Ditanya sama ada rampasan senjata itu mempunyai kaitan dengan kegiatan militan, Zamri berkata, polis masih menyiasat tentang motifnya.
Dalam dua kejadian berasingan pada September tahun lepas, Polis Kedah merampas 23 pucuk senjata api dan ribuan peluru dari kapal dagang asing yang berlabuh di Langkawi.
Menurut Zamri, pihaknya akan menjalankan siasatan sama ada kes rampasan senjata api terbaharu di Langkawi ini mempunyai kaitan dengan kedua-dua kes sebelum ini yang juga melibatkan warga Afrika Selatan.
"Kami memandang serius perkara ini kerana kami jumpa raifal di Langkawi dalam keadaan tidak diisytiharkan oleh pihak berkaitan," katanya dan menambah, penemuan teleskop penembak tepat bersama-sama senjata api itu juga menggusarkan pihaknya.
Pemilik senjata api warga asing yang menggunakannya untuk tujuan melindungi kapal-kapal mereka sepatutnya memohon permit daripada polis sebelum pihak berkuasa menimbangkan kebenaran untuk membawa serta menggunakan senjata itu, katanya.
Tetapi di dalam kes ini, ia adalah kesalahan yang jelas kerana pemiliknya tidak mempunyai permit terhadap senjata-senjata itu, kata Zamri.
Kes itu disiasat di bawah Akta Senjata 1960, katanya.
Menurut Zamri, Polis Kedah dan Bukit Aman akan berhubung dengan Kedutaan Afrika Selatan untuk mengesan warganya yang memiliki kapal layar itu serta menyelidik latar belakangnya sama ada memiliki rekod polis atau tidak.
Katanya, ini merupakan kali pertama lelaki Afrika Selatan berusia 40-an itu memasuki Langkawi dan destinasi sebelum serta seterusnya selepas meninggalkan pulau peranginan itu juga masih disiasat.
Ketua Polis Kedah itu berkata, pemilik bot atau kapal asing perlu memaklumkan kehadiran mereka di perairan Langkawi kepada Jabatan Laut, sebelum berurusan dengan pemilik jeti untuk menempatkan bot mereka.
Mereka juga perlu membuat pengisytiharan kepada pihak Kastam tentang barangan yang dibawa oleh bot atau kapal mereka, katanya.
Pemilik juga perlu mengambil semula bot dan kapal mereka selepas tiga bulan menempatkannya di jeti, katanya.

Tony Abbott beri amaran kepada Indonesia



ANDREW Chan (gambar kiri) dan Myuran Sukumara (gambar kanan) berusaha untuk mendapatkan pengampunan tetapi ditolak oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo.


CANBERRA – Berjuta-juta rakyat Australia meluat berhubung tindakan pemerintah Indonesia yang berkeras mahu melaksanakan hukuman mati terhadap dua warganya, Kata Perdana Menteri Tony Abbott semalam.
Abbott memberi amaran tindakan diplomatik yang keras akan diambil jika Indonesia tetap melaksanakan hukuman tersebut.
Kenyataan beliau disiarkan selepas keluarga dua banduan tersebut, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran membuat rayuan terakhir kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo.
“Saya berkali-kali merayu supaya beliau memaafkan kedua-duanya dan memberi peluang kedua kepada mereka,” kata nenek Sukumaran, Edith Visvanathan.
Satu kenyataan daripada keluarga Chan menyebut bahawa Andrew Chan masih terus berdoa.
“Selagi mereka hidup, selagi itulah masih ada harapan,” kata kenyataan tersebut.
Tarikh perlaksanaan hukuman itu masih belum ditetapkan tetapi pemerintah Indonesia menyatakan, negara-negara yang rakyat mereka dihukum mati dijemput untuk menghadiri satu perbincangan di Kementerian Luar Indonesia hari ini.
Chan, 31, dan Sukumaran, 33, berdepan hukuman tembak seawal minggu ini susulan penglibatan mereka sebagai ketua sindiket Bali Nine yang bertanggungjawab menyeludup heroin dari Pulau Bali ke Australia.
Walaupun harapan untuk menyelamatkan mereka sudah tiada, Abbott terus menekan Jakarta untuk dua hari berturut-turut.
“Berjuta-juta rakyat Australia meluat dengan apa yang akan berlaku di Indonesia (perlaksanaan hukuman mati),” katanya kepada saluran televisyen Channel Ten.
“Jika hukuman ini diteruskan, kami pasti akan mencari jalan supaya kekecewaan kami dirasai oleh Indonesia,” ujarnya.
Abbott bagaimanapun tidak menyatakan tindakan yang akan diambil oleh Canberra.
Sebelum ini, Brazil dan Belanda memanggil pulang dutanya sebagai membantah perlaksanaan hukuman mati terhadap rakyat pada Januari lalu.
Terdahulu, seramai 150,000 orang menandatangani satu petisyen untuk menggesa Jakarta mengampunkan dua banduan warga Australia itu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3RuBs4H6i 
Hakcipta terpelihara 

Serangan di Copenhagen


SEORANG anggota polis memeriksa lokasi tembak-menembak antara polis di Copenhagen, Denmark. - REUTERS


COPENHAGEN – Polis Denmark semalam menyatakan pihaknya percaya lelaki yang ditembak mati oleh beberapa anggota polis semalam, bertanggungjawab melancarkan dua serangan berdarah yang menggemparkan penduduk di sini.
“Suspek ditembak mati selepas dia melepaskan tembakan ke arah pasukan polis di sebuah stesen kereta api,” kata seorang jurucakap kerajaan, Torben Moelgaard Jensen.
Perkembangan itu berlaku selepas seorang lelaki berusia 55 tahun terbunuh di sebuah majlis dialog mengenai Islam dan kebebasan bersuara di sebuah kafe di bandar raya ini kelmarin.
Acara tersebut dihadiri oleh kartunis kontroversi, Lars Vilks dan Duta Perancis, Francois Zimeray.
Vilks merupakan seorang rakyat Sweden yang menerima banyak ugutan bunuh kerana melukis karikatur Nabi Muhammad.
Pada majlis itu, Zimeray memuji usaha Denmark memperjuangkan kebebasan bersuara susulan serangan ke atas akhbar Charlie Hebdo di Paris yang meragut 12 nyawa.
Beberapa saksi berkata, beliau belum selesai berucap apabila sehingga 40 das tembakan dilepaskan dari luar bangunan oleh penyerang berkenaan.
Polis berkata, pihaknya menganggap Vilks merupakan sasaran utama serangan itu.
Beberapa jam kemudian pada waktu malam, beberapa das tembakan dilepaskan ke arah sebuah rumah ibadat Yahudi, berdekatan kafe tersebut.
“Seorang lelaki ditembak di kepala dan kemudian disahkan meninggal dunia, manakala dua anggota polis turut cedera.
“Kami percaya kedua-dua serangan dilakukan oleh lelaki sama dan kami juga percaya suspek yang ditembak mati di stesen kereta api Noerrebro melakukan serangan tersebut,” kata Moelgaard Jensen.
Menurutnya, lelaki itu ditembak mati semasa operasi pemburuan intensif di sekitar bandar raya ini bagi menjejaki penyerang tersebut yang membunuh dua orang dan menyebabkan lima lagi cedera.
Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmidt menganggap insiden tersebut sebagai serangan pengganas.
“Kami pasti serangan ini bermotifkan politik. Justeru, ia satu serangan pengganas,” kata Thorning-Schmidt.
Dalam perkembangan berkaitan, penganjur dialog berkenaan, Helle Merete Brix berkata, dia melihat seorang penyerang bertopeng di lokasi kejadian.
“Beberapa pengawal keselamatan menjerit ‘Semua orang keluar’ dan kami ditolak keluar dari bilik tempat acara itu berlangsung.
“Penyerang cuba masuk ke bilik persidangan tersebut dan saya melihat dia memakai topeng,” kata Brix.
Denmark sendiri menjadi sasaran serangan selepas akhbar negara berkenaan menyiarkan gambar Nabi Muhammad sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran oleh umat Islam di seluruh dunia. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3RuBfWPu1 
Hakcipta terpelihara 

Tembakan dekat rumah ibadat Yahudi di Copenhagen

AHAD, 15 FEBRUARI 2015 @ 8:45 AM

COPENHAGEN: Seorang mangsa terkena tembakan di kepala manakala dua anggota polis di lengan dan kaki berhampiran rumah ibadat Yahudi di Copenhagen, menurut polis.
Tidak dapat disahkan kejadian itu ada kaitan dengan serangan di pusat budaya Copenhagen yang meragut satu nyawa sebelum itu.
"Kami tidak dapat menyatakan mengenai keadaan mereka yang cedera," menurut polis Copenhagen. - AP



Penjenayah siber multinasional curi AS$1 bilion - Kaspersky Lab


NEW YORK: Dianggarkan sejumlah AS$1 bilion (RM3.5 bilion) dari 100 institusi kewangan di seluruh dunia telah dicuri kumpulan penjenayah siber multinasional sejak dua tahun lalu, menurut syarikat keselamatan komputer Russia, Kaspersky Lab.
Syarikat itu menyatakan, ia sudah bekerjasama dengan Interpol, Europol dan pihak berkuasa negara lain untuk cuba mendedahkan maklumat terperinci mengenai apa yang dipanggil mereka sebagai rompakan tidak disangka.
Kumpulan itu yang digelar Kaspersky Carbanak, menggunakan pendekatan luar biasa mencuri terus dari bank dan bukan menyamar sebagai pelanggan untuk mengeluarkan wang dari syarikat atau akaun individu.
Menurut syarikat itu, kumpulan berkenaan terdiri daripada penjenayah siber dari Eropah termasuk Russia dan Ukraine serta dari China.
Carbanak menggunakan emel yang direka khusus untuk menipu mangsa disasarkan bagi membolehkannya membuka fail perisian, satu teknik yang biasa dikenali sebagai 'spear phishing'.
Mereka kemudian memasuki ke dalam rangkaian dalaman dan mengesan komputer pentadbir untuk melakukan pengawasan video.
Menerusi cara ini, menurut Kaspersky, penjenayah siber terbabit akan mempelajari bagaimana kerani bank bekerja dan boleh meniru aktiviti mereka apabila memindahkan wang.
Dalam sesetengah kes, Carbanak mengapungkan baki akaun sebelum meraih dana tambahan melalui penipuan transaksi. Oleh kerana dana yang sah masih ada, pemegang akaun tidak akan mengesyaki sebarang masalah.
Kaspersky berkata, Carbanak juga membuat kawalan ATM dari jauh dan mengarahkan pengeluaran tunai pada masa yang telah ditetapkan ujtuk ahli kumpulan itu mengambilnya.
"Serangan itu menunjukkan hakikat bahawa penjenayah akan mengeksploitasi apa juga kelemahan yang terdapat pada mana-mana sistem.
"Ia juga menyerlahkan hakikat bahawa tidak ada sektor boleh menganggap ia kebal daripada serangan dan mesti sentiasa memantapkan prosedur keselamatan," kata Pengarah Pusat Jenayah Interpol Digital, Sanjay Virmani, dalam satu kenyataan disediakan Kaspersky.
- Reuters

Polis Copenhagen percaya lelaki ditembak mati dalang dua serangan

COPENHAGEN: Polis Copenhagen percaya lelaki yang ditembak mati oleh anggotanya awal hari ini bertanggungjawab terhadap dua serangan maut di ibu negara Denmark itu.
Menurut polis, rakaman video pengawasan menunjukkan lelaki berkenaan adalah dalang kedua-dua serangan itu iaitu satu di majlis debat mengenai kebebasan bersuara di sebuah pusat budaya dan satu lagi di luar rumah ibadat Yahudi di Copenhagen.
Dalam dua serangan itu, dua lelaki maut manakala lima anggota polis cedera. - AFP

Polis Copenhagen tembak mati seorang lelaki



ANGGOTA polis berlindung di sebalik kereta peronda di lokasi kejadian di Copenhagen hari ini selepas dua orang terbunuh manakala lima anggota polis cedera dalam serangan di sebuah pusat budaya dan rumah ibadat Yahudi di sini. - Foto AFP
COPENHAGEN: Polis Copenhagen menembak mati seorang lelaki berhampiran tempat kejadian di mana dua orang maut dan lima anggota polis cedera di ibu negara Denmark itu.
"Lelaki berkenaan dipanggil. Dia melepaskan tembakan ke arah polis dan ditembak mati. Lelaki itu sudah mati dan tiada anggota polis yang terkena tembakan," menurut polis dalam satu kenyataan berhubung kejadian di kawasan Norrebro di Copenhagen.
"Polis kini menyiasat sama ada lelaki berkenaan adalah dalang kejadian di Krudttoenden dan Krystalgade," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, dua orang terbunuh manakala lima anggota polis cedera dalam serangan di sebuah pusat budaya dan rumah ibadat Yahudi. - Reuters/AFP

Seragam tentera tinggal abu

Melaka: “Semua pakaian seragam tentera yang belum sempat digunakan dan barang peribadi terbakar sekelip mata,” kata Sarjan Atorey Not, 34, selepas sebahagian rumah didiami bersama isteri, Roslina Anak Usau, 32, dan dua anak lelakinya berusia tiga dan lima tahun terbakar di Kuarters Tentera Desa Tun Razak, Tangga Batu di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.15 petang, sebuah bilik dan sebahagian dapur rumah anggota Skuadron 73 Kor Ordinan Diraja (KOD) Kem Terendak musnah ketika mereka tiada di rumah.
Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama seorang rakan baru baru tiba di sebuah tempat takungan air di Machap Umboo untuk memancing sebelum dihubungi isteri memaklumkan kebakaran itu.
“Saya terus pulang ke rumah dan sebaik tiba anggota bomba sedang memadam api. Saya lega apabila dimaklumkan isteri dan anak selamat.
“Namun, saya terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana tiada di rumah ketika kejadian,” katanya yang kerugian RM30,000 ketika ditemui, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 5:16 AM


RUMAH Atorey yang musnah dalam kebakaran.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31168#sthash.bWy3tMKy.dpuf

‘Terimalah pilihan Allah’

Marang: “Dua hari sebelum kejadian, ibu saudara (Mimi Suhartini) saya menukar status profil aplikasi WhatsApp miliknya dengan mesej ‘Terimalah Pilihan Allah Dengan Gembira’. Tidak sangka ia petanda dia akan bertemu Tuhan,” kata Siti Hajar Mohd Sapiem, 22, anak saudara kepada mangsa nahas kemalangan, Mimi Suhartini Muda, 37.
Dalam kemalangan jam 2.30 petang kelmarin, Mimi Suhartini maut bersama suami, Roslan Mamat, 34, bayinya, Nur Airish Alesya berusia tiga bulan dan Muhammad Zaquan, 6, di Kampung Telong, Tok Bali, Bachok, Kelantan.
Difahamkan kenderaan Perodua Alza dinaiki semua mangsa bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dari arah bertentangan.
Tiga lagi anak pasangan terbabit Muhammad Rizqi, empat tahun, Muhammad Zarfan Danial, 11 dan Nur Dina Qistina, 12, masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Siti Hajar berkata, kejadian berlaku ketika keluarga ibu saudaranya itu dalam perjalanan pulang ke Kampung Pak Madah, Bukit Payong, di sini, selepas menziarahi jenazah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia di Kampung Pulau Melaka, Kelantan, kelmarin.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Februari 2015 @ 5:34 AM


EMPAT beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Melawi-Tok Bali Kampung Telong, Bachok selamat dikebumikan pada pagi dan petang semalam di Tanah Perkuburan Kampung Pak Madah, Bukit Payong, Marang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31040#sthash.FeJpP2PT.dpuf

‘Mana mau lari...’

ANGGOTA tentera dan pelajar kolej swasta ditahan kerana disyaki bersekedudukan di bilik hotel, semalam. 
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud

asnawi@hmetro.com.my
Melaka: Terkejut dengan kehadiran pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang melakukan operasi cegah maksiat, seorang penjawat awam cuba melarikan diri melalui tingkap sebuah hotel bajet di Malim, di sini, malam kelmarin.
Lelaki berusia 34 tahun itu dikatakan terkejut apabila pintu bilik hotel di tingkat satu yang disewa bersama pasangannya berusia 22 tahun diketuk menyebabkan dia berusaha memboloskan diri.
Usaha lelaki terbabit gagal apabila tindakannya disedari penguat kuasa JAIM yang menunggu di tingkat bawah sebelum dia diarahkan masuk semula ke dalam bilik hotel.
Mereka antara lapan pasangan dicekup dalam Ops Valentine diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Zurul Iman Zakaria bersama polis di sekitar negeri ini bermula jam 10.30 malam kelmarin hingga jam 4 pagi semalam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, penguat kuasa JAIM yang turut dibantu polis melakukan pemeriksaan di 10 hotel bajet dan dua premis urut di sekitar Malim, Cheng, Bandaraya Melaka dan Melaka Raya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31038#sthash.ZrYCreAj.dpuf

Pencuri hati budiman

GAMBAR rakaman kamera litar tertutup sebuah kedai menunjukkan Few memulangkan patung beruang yang dicurinya sebelum itu. 
Agensi
London: Sesekali, pencuri juga memiliki hati budiman.Sekurang-kurangnya itu dibuktikan Brodie Few, 26, selepas dia mencuri patung beruang gergasi dari sebuah kedai beberapa hari lalu.
Sejurus selepas melarikan patung beruang berkenaan, Few terkejut apabila menyedari ia hadiah untuk cabutan bertuah program amal untuk pekerja kedai berkenaan yang meninggal dunia tahun lalu akibat kanser payu dara.
Lebih menarik, tindakan Few memulangkan patung beruang itu dirakam kamera litar tertutup kedai itu.
Imejnya yang terakam memudahkan pihak berkuasa mencari dan menangkapnya selepas ia disebarkan secara meluas di media tempatan.
Patung itu sebenarnya hadiah dikendalikan Pusat Goulds Garden di Poole, Dorset.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31032#sthash.3iMtjXbF.dpuf

Awak kata macam tu?

IBU mangsa menunjukkan kesan calar pada pipi kiri anaknya akibat dicakar. 
Oleh Norul Awatif Romli

awatifromli@hmetro.com.my
Pokok Sena : Akibat salah faham berikutan dituduh sebagai ‘pembawa mulut’, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah, di sini, mengalami bengkak di leher dan bahu selain calar di muka selepas dipukul pelajar senior, kelmarin.
Sebelum kejadian pada jam 2.15 petang, mangsa yang berusia 15 tahun mahu pulang ke rumahnya selepas tamat sesi persekolahan dan menuju ke tempat meletak kenderaan sebelum didatangi sekumpulan tujuh pelajar perempuan membabitkan pelajar tingkatan dua, empat dan lima sekolah berkenaan.
Menurut mangsa, dia tergamam apabila seorang daripada pelajar terbabit menghampiri dan menampar pipi kiri sebelum menarik tudung sekolah serta rambutnya menyebabkan dia jatuh tersungkur.
Lebih malang apabila rayuan mangsa supaya tidak diapa-apakan tidak diendahkan pelajar terbabit yang dipercayai turut menendang badannya menyebabkan dia berasa pening.
“Pada awalnya dia datang dan bertanyakan ‘awak kata macam tu (itu) ke’ dan saya hanya mendiamkan diri menyebabkan dia menampar pipi kiri saya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30824#sthash.wzzjO0uJ.dpuf

Kontraktor dijerut wayar

ANGGOTA Unit Forensik di lokasi kejadian.
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan dan Balqis Jazimah Zahari

am@hmetro.com.my
Ipoh: Seorang kontraktor ditemui mati dalam keadaan lehernya dijerut dan tangannya diikat dengan kabel elektrik dalam kejadian di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 2, di sini, malam kelmarin.
Malah, mangsa dipercayai dijerut di ruang tamu sebelum ditinggalkan dalam keadaan duduk di atas sofa dalam bilik air kediamannya.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, mangsa Rais Ramzidi Rhahim, 32, dipercayai mati dalam tempoh 36 jam sebelum mayatnya ditemui anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB) dan orang awam di lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Ahmad Tarmizi Abd Haq berkata, siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia selepas lehernya dijerut oleh beberapa suspek di ruang tamu sebelum ditinggalkan dalam keadaan duduk di atas sofa dalam bilik air di rumah berkenaan.
Menurutnya, polis yang tiba di tempat kejadian melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa sebelum menemui mangsa di atas sofa di dalam bilik air dengan kesan jerutan pada bahagian leher.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30826#sthash.qXf7jcEa.dpuf

Empat maut, kereta bertembung lori

Oleh Ibrahim Isa

am@hmetro.com.my


Muar: Empat lelaki terbunuh selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka bertembung dengan lori satu tan, dalam kejadian di Batu 12, Jalan Bukit Mor , Bakri, dekat sini.

Dalam kejadian 1.40 petang itu, keempat-empat mangsa maut di tempat kejadian dan kereta yang dinaiki mereka remuk teruk.

Difahamkan, kereta itu dikatakan cuba memintas satu kenderaan lain, tetapi gagal lalu merempuh lori dari arah bertentangan.

Semua mangsa dari Batu Pahat dan dikenal pasti sebagai Tin Seng Kit, 19, dari Taman Puteri; Tan Wei Loon, 20, dari Taman Sri Jaya; Lee Ping Meng, 22, dari Taman Ria Jaya dan Loh Yi Wei, 19, dari Taman Bandar.

Pemandu lori berusia 62 tahun parah dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob mengesahkan kejadian dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Februari 2015 @ 4:47 PM

Keadaan kereta dinaiki mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30838#sthash.FiDOVwtp.dpuf

‘Bakar guna petrol’

Ampang: “Tersentak melihat keadaan api mula marak, saya bersama anak segera menggunakan saluran getah untuk memadamkan kebakaran di bahagian depan dan semua tayar kereta itu.
“Ia berjaya dipadamkan dalam tempoh kira-kira lima minit dan mujur tiada kemusnahan lebih teruk berlaku,” kata Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, kereta jenis Toyota Fortuner miliknya yang diletakkan di depan kediamannya di Desa Haras, Hulu Kelang di sini, nyaris musnah disyaki angkara khianat apabila dibakar pihak tertentu menggunakan minyak petrol.
Difahamkan, sebatang kayu turut digunakan untuk membakar kenderaan itu, namun hanya mengalami sedikit kerosakan di bahagian depan selepas api dipadamkan mangsa dan anaknya.
Mohd Hatta yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata, kejadian disedari pengawal keselamatan kawasan perumahan itu yang melihat sebuah kereta jenis Proton Saga berada di sekitar kawasan berkenaan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Februari 2015 @ 5:34 AM


DR Mohd Hatta melihat kerosakan pada kereta miliknya selepas dipercayai dibakar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31042#sthash.OSrCCqA2.dpuf

Ahli kongsi gelap maut ditembak


Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Shah Alam: Seorang lelaki yang juga ahli kumpulan kongsi gelap maut selepas ditembak individu tidak dikenali dalam kejadian di Jalan Utama 4, Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang, Banting, malam tadi.
Dalam kejadian 11.15 malam itu, mangsa berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terkena beberapa das tembakan di bahagian badannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, mangsa yang memandu seorang diri dikatakan dalam perjalanan menuju ke rumahnya selepas bertemu beberapa rakan sebelum kejadian.
Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa didatangi individu tidak dikenali sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya sebelum melarikan diri.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh dan setakat ini dua lelaki berusia 26 hingga 29 tahun sudah ditahan awal pagi tadi di sekitar Banting untuk membantu siasatan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31060#sthash.LTT31eF0.dpuf

Padah melaram kereta curi

Kulim: Keasyikan seorang lelaki melaram menggunakan kereta curi membawa padah apabila ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dalam serbuan di sebuah rumah di Sedim di sini, kelmarin.
Menurut sumber, serbuan jam 10.30 malam itu dijalankan hasil risikan polis sejak beberapa minggu lalu dan menahan suspek pada jam 12 tengah hari kelmarin yang diketuai Inspektor Nor Faizal Mohamad.
Katanya, suspek berusia 27 tahun yang kini dtahan reman, bekerja sebagai peniaga buah itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri kenderaan di sekitar daerah itu.
“Soal siasat dijalankan terhadap suspek membawa polis ke kawasan perumahan Taman Cempedak, Tasek Gelugor, dan menemui sebuah Proton Perdana ditinggalkan di bahu jalan.
“Suspek mengaku kereta berkenaan dipinjam daripada kenalannya, namun pemeriksaan polis mendapati nombor enjin dan casis kenderaan itu sudah diubah suai,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 5:20 AM


NOR Faizal (kanan) bersama anggotanya menahan suspek.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31170#sthash.F7Pwp8QV.dpuf