Julie Bishop
Julie Bishop
SYDNEY - AUSTRALIA . Pelancong Australia bakal memboikot Indonesia jika Jakarta tetap meneruskan hukuman mati ke atas dua rakyatnya yang didapati bersalah menyeludup dadah.

Menteri Luar Australia Julie Bishop berkata, keadaan kini bertambah tegang terutamanya selepas pihak berkuasa Indonesia merancang untuk memindahkan Andrew Chan dan Myuran Sukumaran dari penjara ke tempat pelaksanaan hukuman.

Bantahan menolak hukuman mati dan merayu untuk belas kasihan telah diadakan di seluruh negara. Malah, hukuman itu juga boleh mempengaruhi kadar kemasukan pelancong Australia ke negara terbabit.

"Situasi ketika ini sangat tegang. Saya tahu ramai mengadakan perhimpunan dan saya yakin rakyat Australia akan menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan ini termasuk tentang membuat keputusan tempat percutian," katanya. - AFP