Search This Blog

Thursday, February 12, 2015

Lelaki diseret keluar hospital atas perentah mahkamah kerana tidak mahu pulang setelah 3 tahun dirawat

Tak mau keluar usai 3 tahun dirawat, RS di China gugat pria 55 tahun

12/2/15

Chen. ©2015 Merdeka.com 
 Biasanya orang tak mau berlama-lama di rumah sakit, namun hal tersebut terbalik dengan yang dilakukan pria bermarga Chen. Lelaki 55 tahun tersebut disaman pihak rumah sakit lantaran sudah tiga tahun tidak mau keluar dari rumah sakit Jing Mei Beijing. 
Chen memberi alasan masih memerlukan pengubatan, lantaran kecelakaan yang dialaminya tiga tahun silam. Dia bahkan merantai dirinya ke tempat tidur selama tiga tahun. Kelakuannya tersebut membuat dirinya harus diusir oleh petugas mahkamah setempat pada Selasa kemarin.

Pada  Ogos 2011, Chen mengalami kemalangan lalu lintas, dan mendapat  rawatan di Rumah Sakit Jing Mei Beijing. Dua bulan usai keluar dari rumah sakit tersebut, dia kembali dan mengeluhkan sakit di kaki kirinya.

Pihak rumah sakit sudah melakukan segalanya untuk lelaki ini, hingga Jun  2012 mereka merasa Chen sudah sembuh dan menyuruhnya untuk pulang.
Menurut laporan CCTV News, Khamis (12/2), Chen menolak untuk pergi dan mengatakan dirinya masih memerlukan  rawatan lebih lanjut. Walaupun rumah sakit telah melakukan negosiasi dengannya, dia tetap saja menolak dengan alasan tersebut.

Tak punya pilihan lain, akhirnya pihak rumah sakit membawa kesnya ke mahkamah. Setelah melalui proses, petugas mahkamah dan polis  diperintahkan untuk membawa Chen pulang.

"Kami   terkejut melihat dia merantai dirinya dengan tempat tidur, sehingga kami harus memotong rantai tersebut untuk membawanya pulang," ujar salah seorang anggota  polis .
"Dia terus berteriak, 'Saya memerlukan pengubatan' ketika kami berusaha membawanya keluar, anggota keluarganya juga ada yang marah kerana kami memaksanya," tambah anggota polis itu.
sumber: Merdeka.com

Terperangkap 30 minit

Melaka: “Ketika itu, saya dan anak mengalami sesak nafas kerana menghidu asap tebal, namun kami syukur kerana bomba bertindak pantas,” kata Rosida Jaafar, 47, yang terperangkap hampir 30 minit di dalam rumah bersama anaknya dalam kebakaran di Tanjung Kling di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.50 pagi, Pembantu Pengurusan Murid di Sekolah Kebangsaan Lereh itu bersama anak perempuannya, Zata Nurimani Zaini, 18, sesak nafas terhidu asap apabila sebuah pasar mini di tingkat bawah rumah kedai yang disewanya terbakar.
Rosida berkata, dia yang tidur di dalam bilik di bahagian hadapan rumah di tingkat satu itu dikejutkan dengan bunyi beberapa letupan disusuli bau hangit sebelum bertindak keluar untuk melihat keadaan.
“Sebaik membuka pintu, saya terkejut apabila asap tebal memenuhi ruang tangga sebelum ia masuk ke dalam rumah. Panik dengan keadaan itu, saya menghubungi suami, Zaini Yunan, 46, yang berada di Johor dan dia meminta saya menghubungi bomba.
“Ketika itu keadaan sangat menakutkan kerana kami terperangkap, mujur di bahagian belakang rumah ini terdapat ruang terbuka dan kami duduk di situ menunggu bantuan sambil menekap muka menggunakan tuala basah bagi mengurangkan risiko terhidu asap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, mereka yang ketika itu hampir lemas kerana asap tebal menunggu 30 minit sebelum berjaya diselamatkan anggota bomba yang memecah masuk melalui tangga dan pintu hadapan rumah kedainya.
“Pada awalnya saya menyangkakan bengkel di sebelah yang terbakar dan ketika menghubungi bomba saya memaklumkan kebakaran berlaku di premis berkenaan, namun selepas diselamatkan baru saya tahu pasar mini di tingkat bawah ini yang terbakar.
“Kami dua beranak kemudian dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Melaka oleh Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba sebelum dibenarkan pulang selepas doktor mengesahkan kesihatan kami dalam keadaan baik,” katanya.
Pemilik pasar mini, Muhammad Suffie Mohammad, 20, berkata, dia yang ketika itu tidur di rumahnya di Tanjung Minyak mengetahui mengenai kejadian selepas menerima panggilan telefon daripada jiran berhampiran premis berkenaan.
“Sebaik tiba saya lihat beberapa jentera bomba dan kenderaan polis di kawasan ini, manakala anggota bomba sibuk memadamkan kebakaran. Kebakaran mengakibatkan saya mengalami kerugian lebih RM50,000 selepas beberapa bahagian kedai seperti kaunter pembayaran, rak rokok dan wang tunai hasil jualan musnah terbakar,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5 pagi dan seramai 13 anggota serta pegawai bersama dua jentera dan sebuah EMRS ke lokasi.
“Masing-masing sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mazlan Samah dan BBP Jalan Kubu itu tiba di lokasi kejadian jam 5.10 pagi.
“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 5.39 pagi dan kebakaran mengakibatkan pasar mini itu terbakar 20 peratus. Anggota kita juga menyelamatkan seorang wanita bersama anaknya yang terperangkap di tingkat atas,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 7:01 AM


KEADAAN pasar mini yang terbakar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30197#sthash.4PMWWbQZ.dpuf

Balas dendam atas katil

Al -Ain, UAE: Sekumpulan pembantu rumah yang dipercayai menjadi mangsa rogol berulang kali dan dikurung ejen mereka membalas dendam dengan membunuh lelaki terbabit.
Mangsa yang berasal dari Asia itu melihat kesempatan melunaskan dendam mereka terbuka luas apabila suspek mengarahkan dia diurut.
Menurut sumber polis, ketika beberapa wanita terbabit mengurut badan lelaki Arab terbabit, mereka tiba-tiba bergabung tenaga mencekiknya sehingga mati.
Bagaimanapun, jumlah pembantu rumah terbabit dalam kejadian itu tidak didedahkan.
Polis berkata. semua mangsa sudah lama mencari peluang untuk membalas dendam kerana tidak tahan berulang kali didera secara seksual.
Mahkamah diberitahu, selain dirogol wanita berkenaan dikurung di apartmen lelaki terbabit untuk tempoh lama.
Mangsa tidak dapat melarikan diri kerana pasport mereka dipegang suspek.
Lelaki durjana itu juga memeras wang daripada mangsa dari semasa ke semasa.
Akhbar al Ittihad semalam melaporkan, mangsa dibunuh ketika berbaring untuk diurut di katilnya.
Dalam perbicaraan, hakim menjatuhi hukuman penjara hanya setahun kerana tertuduh diampunkan keluarga mangsa apabila mereka membayar wang pampasan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30293#sthash.g7eq3hBJ.dpuf

‘Wheelie' motosikal kena penjara, denda


Oliver (kiri) terjatuh dari motosikal selepas mencuba 'wheelie' dan menunggang melebihi had laju.
Oliver (kiri) terjatuh dari motosikal selepas mencuba 'wheelie' dan menunggang melebihi had laju.
UCKFIELD - BRITAIN. Dua penunggang motosikal dihukum penjara dan denda kerana menunggang melebihi had laju dan membuat aksi merbahaya.

Menurut BBC UK, Lee Oliver dan Lee Cunningham dirakam menunggang pada kelajuan 130mph di kawasan had laju 30 mph dalam kejadian 18 Mei tahun lepas.
Oliver juga dirakam membuat aksi 'wheelie' yang kemudian terjatuh dan hampir merempuh sebuah van dari arah bertentangan.

Oliver dan Cunningham mengaku bersalah dalam perbicaraan 6 Februari lepas. Kedua-dua tertuduh dihukum penjara 18 bulan, denda RM 5,400 dan dilarang memandu selama 4 tahun.

Kanak-kanak 11 tahun didakwa membunuh bayi


Zuri Whitehead (kanan)
Zuri Whitehead (kanan)
OHIO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun didakwa memukul seorang bayi perempuan berumur dua bulan sehingga mati.

Mnurut Mirror UK, bayi tersebut, Zuri Whitehead maut selepas cedera parah di bahagian otak, buah pinggang, tulang belakang dan ginjal.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika kanak-kanak dan bayi berkenaan berada di bawah pengajian pengasuh, Jumaat lepas.

Kanak-kanak berkenaan, yang namanya tidak disiarkan kerana masih dibawah umur, muncul di mahkamah pada Isnin lepas.

Ketua Polis, Randy Ice memberitahu bahawa mereka masih menyiasat motif pembunuhan tersebut.

Pengurus Muslim dipaksa ke penjara gara-gara SMS


Allami terpaksa meringkuk di dalam penjara lebih dari tiga jam, gara-gara SMS yang dihantarnya.
Allami terpaksa meringkuk di dalam penjara lebih dari tiga jam, gara-gara SMS yang dihantarnya.
QUEBEC - KANADA. Hanya kerana dia seorang Muslim, seorang pengurus jualan telekom ditahan pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara akibat salah faham daripada sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada kakitangannya.

Menerusi laporan yang dipetik dari Metro.co.uk, Ketua pusat jualan Quebec, Saad Allami, 41, ditahan selepas dia menghantar SMS kepada kakitangannya untuk memberi dorongan kepada mereka supaya berusaha menjayakan satu pertandingan yang diadakan di sebuah pameran.

Menurut polis, kandungan SMS Allami yang bertulis ‘Blow up the competition’ (Jayakan pertandingan itu) menyebabkan dia ditahan oleh pihak berkuasa.

“Penggunaan perkataan ‘Blow’ menyebabkan kakitangannya salah faham terhadap mesej sebenar yang ingin disampaikan oleh beliau.

Mereka (kakitangan) fikir dia akan letupkan pameran itu.

Kandungan SMS itu menyebabkan polis menyerbu kediamannya dan menahan beliau.

Isterinya juga turut dimaklumkan bahawa Allami merupakan seorang pengganas.

Dalam pada itu, Allami berkata, dia terpaksa meringkuk di dalam penjara lebih dari tiga jam sementara polis menggeledah kediamannya.

Katanya, beliau ditahan tiga jam selepas menghantar mesej, manakala sepasukan pegawai polis menjalankan carian di rumah beliau.

Menegaskan bahawa dia tidak mempunyai kaitan dengan sebarang organisasi pengganas, Allami kini memfailkan saman terhadap pasukan polis Quebec sehingga £65,000.

Sentimen anti-Islam kembali selepas Charlie Hebdo


Charlie hebdo
KUALA LUMPUR - Tunjuk perasaan anti-Islam di Amerika Syarikat muncul kembali Januari tahun ini setelah 'senyap' seketika berikutan kejadian serangan terhadap pejabat Charlie Hebdo di Paris, kata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam satu kenyataan.

Pertubuhan berpejabat di Jeddah itu berkata beberapa masjid diancam, manakala dasar kontroversi memantau ketat pergerakan masyarakat Islam yang  dilaksanakan sejak kejadian serangan 11 September di Amerika, memperoleh justifikasi baharu untuk ditingkatkan.

Menurut OIC, media Amerika memberi kemudahan serta ruang berkempen kepada pihak yang membenci Islam seperti Bill Maher dan Salman Rushdie, manakala  rakyat Amerika memandang dengan penuh syak wasangka terhadap dasar yang dianggap 'mesra Islam'.

OIC berkata secara umumnya, Islamophobia di Perancis agak hangat selepas tragedi Charlie Hebdo apabila tiga lelaki bertopeng melepaskan tembakan terhadap pejabat majalah itu pada 7 Januari, yang meragut nyawa 12 orang dan menyebabkan tiga lagi cedera parah.

Turut terbunuh editor majalah itu, Stephane Charbonnier, dan tiga kartunis. Charlie Hebdo terkenal kerana menyiarkan karya satira yang mengkritik ahli politik, puak  pelampau kanan dan semua agama.

OIC berkata pendirian Presiden Perancis Francois Hollande ketika memberi respons tentang keadaan kritikal di negara itu, patut diberi perhatian, terutama mengenai  sikap beliau terhadap pendatang beragama Islam.

Menurut pertubuhan itu, dalam hujahnya, Hollande berkata hak golongan minoriti terbela bukan melalui penyerapan agama ke dalam kerajaan, tetapi kerana  wujudnya kerajaan sekular, yang memberi layanan sama rata kepada semua agama.

"Perancis mencetuskan gelombang besar apabila presidennya meletakkan sentimen anti-Islam setara dengan anti-Semitisme," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Vatican kini begitu aktif mempamerkan penentangannya terhadap cara yang tidak betul dalam mengamalkan kebebasan menyuarakan pendapat, termasuk perbuatan media barat yang menggunakan lukisan kartun bagi mempersenda Nabi Muhammad SAW.

OIC berkata di Eropah, perbahasan secara melampau tentang kebebasan menyuarakan pendapat berkaitan had dan caranya, membawa kepada semakin meningkatnya sentimen anti-Islam.       

Katanya pendapat orang ramai dibayangi idea bahawa kebebasan bersuara merupakan 'harga tetap' bagi masyarakat Eropah dan oleh itu, tidak boleh ada sebarang ruang untuk dirundingkan dengan 'ideologi lain', termasuk Islam.

OIC berkata di negara tertentu, burqa, niqab dan purdah mula menjadi fesyen pakaian wanita Islam, tetapi di negara lain, pakaian itu dianggap mengancam dan melanggar undang-undang negara. - Bernama

TransAsia tawar pampasan RM1.7 bilion


Bangkai pesawat tersebut diangkat keluar ketika operasi mencari dan menyelamat pada 5 Februari lalu. - Foto:AFP
Bangkai pesawat tersebut diangkat keluar ketika operasi mencari dan menyelamat pada 5 Februari lalu. - Foto:AFP
TAIPEI - TAIWAN . Syarikat penerbangan Taiwan, TransAsia, semalam menawarkan wang pampasan berjumlah AS$473,000 (RM1.7 bilion) kepada waris keluarga 40 penumpang yang terkorban dalam nahas melibatkan pesawat GE235 pada 4 Februari lalu.

Bayaran ganti rugi tersebut turut meliputi dana bantuan kecemasan berjumlah AS$6,300 (RM23,000) dan elaun upacara pengebumian bernilai AS$38,000 (RM137,500).
Bagaimanapun, tidak semua waris menerima tawaran tersebut.

Difahamkan, jumlah pampasan itu adalah sama dengan yang diberikan kepada waris keluarga 48 mangsa penumpang pesawat TransAsia 222 yang terhempas di Pulau Penghu pada Julai lalu.

Pengumuman itu dibuat susulan daripada laporan ujian kecekapan ke atas 71 juruterbang syarikat penerbangan tersebut berhubung cara mereka mengendalikan masalah kerosakan enjin dan situasi cemas yang dikeluarkan Pentadbiran Aeronautik Awam.

Data awal perakam penerbangan menunjukkan salah satu enjin pesawat terbabit hilang kuasa sejurus ia berlepas dari Lapangan Terbang Songshan.

Kru pesawat tersebut kemudiannya menutup satu lagi enjin yang masih berfungsi dan cuba menghidupkannya semula sebelum ia terjunam ke dalam sungai. - CNA

Buka pintu kecemasan sebelum berlepas


Foto sumber South China Morning Post (SCMP)
Foto sumber South China Morning Post (SCMP)
GUANGXI - CHINA. "Pintu ini tak penting," balas seorang penumpang selepas membuka pintu kecemasan pesawat penumpang dan menyebabkan penerbangan ditangguh selama sejam.

Menurut South China Morning Post, tiada sesiapa yang menyangka kejadian tersebut akan berlaku dan pintu kecemasan tersebut berjaya dibuka dengan senang.

Lelaki tersebut yang dilaporkan tidak menyesal dengan perbuatannya, kata jurucakap China Southern Airlines.

Penumpang berkenaan dihukum penjara 10 hari.