Search This Blog

Wednesday, February 11, 2015

Mati macam Whitney



Agensi
Atlanta: Anak perempuan Whitney Houston yang kini tenat di hospital dijangka dibiarkan mati selepas keluarganya bersetuju menghentikan mesin bantuan pernafasan pada detik sama ratu R&B itu menghembus nafas terakhirnya hari ini.
Difahamkan, ibu Whitney, Cissy mencadangkan detik itu ketika berbincang dengan keluarga bapa Bobbi Kristina Brown, Bobby Brown, di Hospital Universiti Emory, semalam.
Whitney ditemui mati dalam tab mandi Hotel Beverley Hilton pada 11 Februari 2012.
Sehubungan itu, media semalam melaporkan, mesin bantuan pernafasan Bobbi Kristina, 21, akan dihentikan tepat jam 12 tengah malam (waktu tempatan) - tepat dua tahun selepas kematian Whitney.
Cadangannya itu dilaporkan dipersetujui keluarga Brown kerana ia dianggap sebagai cara simbolik terbaik untuk menyatukan dua beranak berkenaan.
Bobbi Kristina diletakkan dalam koma sejak ditemui pengsan dalam tab mandi di rumahnya pada 31 Januari lalu.
Menurut sumber, dua keluarga itu bertegang urat sejak Bobbi Kristina dimasukkan ke hospital, namun difahamkan sudah berbaik selepas menerima hakikat dia tidak boleh diselamatkan lagi.
“Mereka semua bersetuju dia sudah tiada (mati otak) dan tidak dapat diselamatkan. Kedua-dua pihak memutuskan mesin bantuan pernafasan patut dihentikan,” katanya.
Sumber itu memberitahu, pengarah filem, Tyler Perry yang juga sahabat baik Whitney memainkan peranan penting mendamaikan kedua-dua keluarga berkenaan, selain sudah diminta membuat persiapan diperlukan untuk majlis pengebumian Bobbi Kristina.
Sementara itu, polis masih menyiasat kejadian berkenaan.
Bobbi Kristina ditemui tertiarap dalam tab mandi oleh teman lelakinya Nick Gordon dan seorang rakan yang menghubungi pasukan kecemasan.
Polis kini menyiasat Gordon berikutan kesan kecederaan pada muka Bobbi Kristina.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30024#sthash.7j15FAem.dpuf

Majikan paksa pekerja jadi ibu tumpang



Meerut: Seorang wanita dipukul dan dimalukan hanya kerana tidak mahu menjadi ibu tumpang majikannya.
Wanita itu, pelajar jurusan undang-undang juga bekerja separuh masa sebagai pengurus di sebuah rumah tamu di Meerut, mendakwa majikannya memaksa dia melahirkan anak untuknya.
“Sejak saya bekerja di rumah tamu itu, majikan saya sering memaksa untuk menjadi ibu tumpang dan apabila enggan, saya dipukul. Bukan saja dia malah tiga lagi termasuk seorang jururawat dan pengurus hospital juga membelasah saya,” katanya.
Berikutan kejadian itu, wanita berkenaan membuat laporan polis, dan empat suspek, termasuk majikannya kini ditahan untuk siasatan.
Kata wanita itu, sebelum ini, majikannya itu pernah melakukan beberapa serangan seksual ke atasnya.
Sehubungan itu, penguasa kanan polis di Meerut mengarahkan pegawainya untuk melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian di balai, tempat wanita itu melaporkan kes terbabit.
Wanita itu tinggal di rumah sewa di Shastrinagar dan bekerja sebagai pengurus di rumah tamu itu bagi menampung perbelanjaannya dalam jurusan undang-undang di sebuah kolej di Meerut.
Sementara itu, ketua polis daerah, Subhash Singh Baghel berkata, semua tuduhan sedang disiasat dan sesiapa yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30041#sthash.AEs6BWY8.dpuf

Majikan bersalah dera amah



Hong Kong: Wanita yang didakwa mendera pembantu rumahnya semalam didapati bersalah oleh mahkamah kerana memukul dan menyeksa mangsa.
Menurut jurucakap mahkamah, sebaik keputusan dibaca hakim, sorakan bergema di dalam yang dipenuhi aktivis dan penyokong Erwiana Sulistyaningsih, bekas pembantu rumah yang sejak kebelakangan ini menjadi subjek utama dalam kempen meningkatkan hak pekerja di pusat kewangan Asia itu.
Gambar kecederaan dialami Erwiana akibat penderaan itu mencetuskan kemarahan rakyat Indonesia dan menggemparkan seluruh penduduk Hong Kong selepas amah berusia 24 tahun terbabit dimasukkan ke hospital dalam keadaan amat menyedihkan.
Dia didakwa didera seorang ibu kepada dua anak, Law Wan-tung.
Erwiana berkata, dia gembira hakim menyabitkan kesalahan ke atas Law, namun menggesa pembaharuan terus dilakukan bagi memastikan pihak majikan Hong Kong tidak lagi memperlakukan pembantu rumah mereka seperti hamba.
“Saya sedia memaafkan perbuatan Law, tetapi berharap Law diberi hukuman maksimum penjara tujuh tahun,” katanya.
Hakim akan menetapkan hukuman ke atas Law pada 27 Februari ini.
Law, 44, didapati bersalah bagi 18 daripada 20 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, termasuk menyebabkan kecederaan, menyerang, ugutan jenayah dan tidak membayar gaji. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30042#sthash.ZNUqtiTE.dpuf

Bunuh diri elak dicekup



Rohtak: Tidak sampai lapan jam selepas polis memberkas lapan remaja dari kampung Gaddhi Kheri atas dakwaan merogol dan membunuh wanita Nepal, suspek kesembilan mengambil jalan pintas membunuh diri di Delhi, kelmarin.
Menurut polis, lelaki dikenali sebagai Sombir Kumar, 22, pekerja kilang di kampung itu membunuh diri dengan menelan pil beracun.
Sombir selama ini menyembunyikan diri di rumah keluarganya di Delhi bagi mengelak ditangkap polis.
Dalam sidang media semalam, Menteri Pertanian Haryana, Om Prakash Dhankar memberi wang pampasan kepada keluarga mangsa berjumlah Rs500,000 (RM29,000), selain berjanji menyelesaikan kes itu dengan segera.
Kejadian itu tidak ubah seperti kes rogol 16 Disember di Delhi yang membabitkan mangsa wanita cacat mental dari Nepal.
Mangsa berusia 28 tahun itu dirogol sebelum dibunuh dengan kejam dan mayatnya dibuang di ladang berhampiran di Lebuh Raya Rohtak-Hsar.
Bedah sisasat menunjukkan kecederaan teruk pada kemaluan mangsa selain batu, pisau dan kondom ditemui dalam perut mangsa.
Mangsa tinggal mangsa tinggal bersama kakaknya sejak tiga bulan sebelum kejadian dan menjalani rawatan di Institut Perubatan Pascasiswazah Pandit Bhagwal Dayal Sharma di Rohtak.
Kakak mangsa melaporkan kehilangannya apabila mengesyaki sesuatu buruk selepas adiknya tidak pulang. Mayat mangsa ditemui tiga hari selepas itu. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30043#sthash.ZZluWgWy.dpuf

Pelajar perempuan ketagih telefon



Agensi
Tokyo: Kajian terbaru ke atas 618 pelajar dari seluruh Jepun mendedahkan, secara purata pelajar perempuan menghabiskan tujuh jam sehari menggunakan telefon mudah alih dengan 10 peratus daripada mereka menghabiskan masa untuk peranti itu selama sekurang-kurang 15 jam.
Kajian melalui Internet itu dikendali firma keselamatan maklumat Digital Arts mendedahkan, secara bandingan kanak-kanak lelaki seusia mereka pula menggunakan telefon mudah alih hanya lebih empat jam sehari.
Kajian itu juga mendedahkan punca remaja menggunakan telefon mudah alih mereka.
Kebanyakannya menggunakan peranti itu untuk mengakses media sosial seperti Line, aplikasi mesej dan rangkaian telekomunikasi, selain permainan telefon pintar dan menghasilkan video.
Keputusan kajian itu dikeluarkan ketika penularan gejala tidak sihat semakin meningkat dalam kalangan remaja penagih teknologi mudah alih.
Keadaan hampir sama berlaku di China apabila didapati golongan remaja menjadi pengguna melampau telefon pintar.
Kata penganalisis, kecenderungan itu bakal mencetuskan perubahan neurologi dalam badan, sama seperti alkohol dan kokain.
Menurut firma itu, 96 peratus pelajar sekolah tinggi Jepun mempunyai telefon mudah alih, berbanding 60 peratus pelajar sekolah menengah.
Kajian juga menunjukkan hampir setiap empat daripada 10 kanak-kanak di tahun awal sekolah rendah - berumur seawal 10 tahun - menggunakan telefon genggam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30044#sthash.hBRCNWPB.dpuf

Enam banduan jadikan kakitangan penjara sebagai tebusan di Taiwan


TAIPEI: Enam banduan yang dipercayai bersenjata menjadikan tiga kakitangan sebuah penjara di bandar Kaohsiung sebagai tebusan, kata pegawai.
Timbalan Menteri Kehakiman, Chen Ming-tang berkata, banduan terbabit yang menceroboh masuk ke bilik senjata, mengambil empat raifal dan enam pistol serta menjadikan ketua penjara dan dua kakitangan lain sebagai tebusan.
Kesemua banduan berkenaan yang menjalani hukuman atas pelbagai jenayah termasuk pembunuhan, rompakan dan dadah menuntut mereka dibebaskan daripada penjara.
"Rundingan dengan penculik sedang dijalankan. Mereka menuntut untuk dibebaskan menerusi satu pintu," katanya.
Imej televisyen menunjukkan berpuluh-puluh anggota polis bersenjata raifal dan jaket kalis peluru mengelilingi penjara berkenaan.
Chen berkata, penculik melepaskan tembakan ke udara sebagai amaran tetapi tiada sesiapa yang mengalami kecederaan. - AFP

Dua maut, lebih 60 cedera nahas di Seoul


SEBAHAGIAN kenderaan yang terbabit dalam nahas di lebuh raya menuju lapangan terbang di Korea Selatan. - Foto EPA
SEOUL: Dua orang maut dan lebih 60 mengalami kecederaan dalam nahas membabitkan 100 kenderaan yang bertindan-tindih di lebuh raya menuju lapangan terbang terbesar di Korea Selatan, kata polis.
Kemalangan itu berlaku ketika cuaca kabus teruk di laluan bertingkat menghala Seoul yang dihubungkan dengan lebuh raya utama menghubungkan Lapangan Terbang Incheon ke ibu negara.
Jurucakap polis berkata, nahas berkenaan membabitkan 105 kenderaan berpunca sebuah limosin merempuh bahagian belakang sebuah kereta lain.
Katanya, cuaca kabus menyebabkan pemandu hanya boleh melihat jarak 15 meter di hadapan kenderaan mereka.
"Seramai 63 orang termasuk 18 warga asing turut mengalami kecederaan," katanya.
Mereka yang cedera termasuk tujuh rakyat China, tiga Thailand, dua Vietnam dan dua dari Filipina manakala seorang masing-masing dari Jepun, Russia, Bangladesh dan Switzerland. - AFP

Lelaki Nepal maut motosikal terbabas dalam tali air






11/02/2015 8:44pm

KOTA BHARU - Seorang lelaki warga Nepal maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam tali air berhampiran Klinik Desa Kemumin di sini, hari ini, menurut polis.

Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, lelaki itu dikenal pasti sebagai Govind Tharu, 28, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mayat lelaki itu ditemukan oleh seorang anggota polis trafik yang melalui kawasan berkenaan.

"Siasatan awal mendapati mangsa terbabas seorang diri," katanya ketika dihubungi.

Rohaimi berkata, identiti lelaki itu disahkan oleh majikannya. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_33.htm#ixzz3RRd5tZ2f
Hakcipta terpelihara

Polis tahan wanita dipercayai kurang siuman berjalan bogel di ibu kota






11/02/2015 9:07pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita warga Indonesia, dipercayai kurang siuman, yang berjalan dalam keadaan bogel di ibu kota Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kanan Zainuddin Ahmad berkata, wanita berusia lingkungan 20-an itu kemudian diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan mental.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari Jumaat lepas, wanita itu berjalan dari Masjid Negara ke Kampung Attap di sini sambil menanggalkan pakaiannya satu persatu.

"Kami mendapat maklumat berkenaan daripada polis trafik yang bertugas ketika kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan ke atas wanita berkenaan, polis mendapatinya mengalami tekanan perasaan sehingga menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Baru-baru ini sebuah video berdurasi 12 saat menjadi viral di laman sosial WhatsApp yang memaparkan seorang wanita bogel berjalan di tengah-tengah jalan raya di ibu kota. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_35.htm#ixzz3RRcixJ4j
Hakcipta terpelihara

Remaja hilang dihanyut ombak ketika mandi di Pantai Irama



11/02/2015 9:24pm

BACHOK - Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang dihanyut ombak ketika sedang mandi bersama seorang rakannya di Pantai Irama, di sini hari ini.
Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, sehingga pukul 7 petang, Mohd Amirul Ashraf Suzaini, 18, masih gagal ditemui selepas dilaporkan hilang pukul 5.30 petang.
"Sebelas anggota bomba dan pasukan skuba terlibat dalam operasi mencari remaja terbabit sebaik menerima panggilan pukul 5.58 petang," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Kasyfi Syahmi berkata, Mohd Amirul Ashraf dipercayai dihanyutkan ombak besar yang datang secara tiba-tiba, manakala rakannya itu terselamat. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_37.htm#ixzz3RRcP8Bxq 
Hakcipta terpelihara 

Rangka manusia dalam tong disimen di Bukit Beruntung


11/02/2015 9:25pm


KUALA LUMPUR - Satu rangka manusia yang dipercayai mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah tong di tepi kolam di Kampung Timah, Bukit Beruntung dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi berhubung penemuan rangka berkenaan di tepi kolam berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Beruntung itu.
"Pemberi maklumat yang berada di tempat kejadian telah menunjukkan lokasi kejadian kepada pihak polis dan menemukan rangka tulang dipercayai tulang manusia yang telah disimen dalam satu tong biru.
"Jarak jalan masuk ke tempat kejadian ke jalan besar lebih kurang 4.4km," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Susulan itu, Pasukan Bomba Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian dengan tujuh orang anggota dan sebuah jentera, katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_38.htm#ixzz3RRc7YaUe 
Hakcipta terpelihara 

Rokok antarabangsa 
RM7.7 juta dirampas



Usaha jadikan Malaysia transit seludup terbesar gagal

Mohd. Roslan Mahayudin (tiga dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan
Mohd. Roslan Mahayudin (tiga dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian daripada 154,500 karton rokok jenama antarabangsa bernilai RM7.7 juta yang dirampas di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Nilai, Negeri Sembilan, semalam. – UTUSAN/ABD. RAZAK AID
SEREMBAN 10 Feb. - Rancangan menjadikan negara ini sebagai transit penyeludupan terbesar rokok berjenama antarabangsa oleh satu sindiket berjaya dipatahkan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) baru-baru ini.
Hasil daripada risikan dan mak­lumat yang diperoleh, seba­nyak 154,500 karton rokok jenama Gau­loises Blondes bernilai RM7.7 juta yang cuba diseludup ke Turki dan Lebanon di Pelabuhan Klang, Se­langor pada 23 Januari dan 5 Februari lalu berjaya dirampas.
Pengarah Penguat Kuasa KPDN­KK, Mohd. Roslan Mahayudin ber­kata, kesemua rokok tiruan itu dirampas daripada tiga kontena yang memasuki Pelabuhan Klang dan dijadikan sebagai transit sebelum dipasarkan di dua negara berkenaan.
Jelas beliau, pihaknya menerima maklumat daripada pemilik cap dagang rokok berkenaan, Imperial Tobacco Limited yang berpangkalan di Britain dan rokok berkenaan dibuat untuk pasaran Eropah dan Asia Barat.
“Pada 23 Januari kira-kira pukul 1.45 petang, kontena pertama berjaya dikesan dan dibuka. Hasil pemeriksaan kita menjumpai 1,030 kotak yang setiap satu mengandu­ngi 50 karton daripada sebuah kontena bernilai RM2.575 juta.
“Pemeriksaan kedua yang dila­kukan pada 5 Februari lalu pula menyaksikan 2,060 kotak rokok yang bernilai RM5.15 juta berada di dalam dua kontena,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Kom­pleks Penyimpanan Bahagian Pe­nguat Kuasa KPDNKK, di sini hari ini.
Mohd. Roslan memberitahu, siasatan awal mendapati rokok ber­kenaan dibawa masuk dari sebuah negara jiran dan menjadikan negara ini sebagai transit sebelum dihantar ke negara lain.
Katanya, kontena pertama di­syaki dihantar ke Mersin, Turki manakala dua lagi kontena dihantar ke Beirut, Lebanon.
“Pada masa yang sama kita juga tidak menolak kemungkinan bahawa pengilang dan pengeksport rokok tiruan berkenaan dipercayai menjadi dalang di sebalik sindiket yang sama. Buat masa ini tiada tangkapan dilakukan,” katanya.
Menurut beliau, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 atas kesalahan membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang palsu yang mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM15,000 bagi setiap bara­ngan.
“Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu,” tegasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rokok-antarabangsa-8232-rm7-7-juta-dirampas-1.58268#sthash.71UOHXwO.dpuf

Seludup diesel: Taktik lelaki 
ubah suai tangki lori terbongkar



Ahmad Fitri Ali menunjukkan tangki minyak diesel pada lori yang
Ahmad Fitri Ali menunjukkan tangki minyak diesel pada lori yang diubah suai sehingga mampu memuatkan 1,000 liter diesel di Temerloh, Pahang, semalam.
TEMERLOH 10 Feb. – Bagi mengelak daripada ditahan pihak berkuasa, seorang lelaki yang menjalankan aktiviti penyelewengan diesel bertindak mengubah suai tangki lorinya sehingga mampu memuatkan 1,000 liter diesel berbanding muatan asal hanya 150 liter.
Namun tindakan lelaki berke­naan akhirnya dapat dihidu oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Temerloh yang berjaya menahan suspek ketika sedang mengisi minyak diesel di sebuah stesen minyak di sini, malam semalam.
Ketua Penguat kuasa KPDNKK Temerloh, Ahmad Fitri Ali berkata, dalam serbuan yang dilakukan hasil intipan selama seminggu itu pihaknya berjaya merampas kira-kira 600 liter diesel bernilai RM36,000 yang diisi ke dalam tangki diubahsuai berkenaan.
“Dalam serbuan itu, kita menahan seorang lelaki berusia 60 tahun yang memandu lori ber­kenaan dan turut menahan pemilik stesen minyak berkenaan untuk siasatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati lori terbabit dilihat mengisi minyak di stesen terbabit setiap hari dan pernah mengisi lebih dari dua kali dalam satu hari,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat KPDNKK Temerloh, di sini semalam.
Menurut Ahmad Fitri, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan iaitu memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan.
Katanya, berdasarkan siasatan awal pihaknya percaya suspek menjual minyak diesel berkenaan di kawasan industri berhampiran.
Dalam pada itu, beliau berkata, pemilik stesen minyak berkenaan disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan apabila gagal mematuhi syarat khas lesen yang tidak membenarkan stesen minyak menjual diesel selain untuk tangki kende­raan berkenaan sahaja.
“Jika sabit kesalahan pesalah dan pemilik stesen boleh didenda RM1 juta bagi individu dan RM3 juta bagi syarikat atau tiga tahun penjara,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/seludup-diesel-taktik-lelaki-8232-ubah-suai-tangki-lori-terbongkar-1.58270#sthash.Wewau1xx.dpuf

Bangsal sedia ‘sarapan’ air ketum berhampiran kandang lembu diserbu



ANGGOTA polis menunjukkan sebahagian daripada daun dan air ketum
ANGGOTA polis menunjukkan sebahagian daripada daun dan air ketum yang dirampas dalam serbuan di Kampung Tasek, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.
NIBONG TEBAL 10 Feb. – Setiap hari sebuah bangsal berhampiran kandang lembu di Kampung Tasek di sini ‘meriah’ dengan pembeli air ketum.
Seawal pukul 6 pagi, mereka mula berpusu-pusu ke bangsal itu untuk mendapatkan bekalan yang dijual dengan harga RM5 sebungkus.
Namun hari ini, nasib mereka berbeza apabila dicekup Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang.
Dalam serbuan itu, seramai 21 penagih termasuk seorang pengusaha air ketum dan tiga pekerja­nya yang berusia antara 19 hingga 56 tahun berjaya ditahan pasukan terbabit ketika datang membeli ‘sarapan’ berkenaan.
Ketika serbuan, pengusaha air itu yang berusia 40-an dan pekerjanya sedang tidur di bangsal ter­babit sementara menunggu air ketum yang sedang direbus di dalam sebuah reban ayam di belakang rumahnya, masak.
Biarpun ada sebahagian mereka cuba melarikan diri sebaik sahaja ternampak kelibat anggota polis, namun berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan untuk tindakan lanjut.
Timbalan Ketua JSJN negeri, Deputi Superintenden Lee King Chuan berkata, dalam serbuan itu sebanyak 73 liter atau 146 bungkus air ketum dan 32 kilogram daun ketum dirampas pihaknya.
“Pengusaha air ketum ini tinggal di Padang Serai, Kulim tetapi menternak lembu di kawasan ini dan bangsal ini dijadikan lokasi penjualan air ketum kepada penduduk setempat.
“Ketika serbuan, dia bersama pekerjanya sedang tidur di bangsal sewaktu menunggu air rebusan ketum itu masak sepenuhnya,” kata­nya kepada pemberita di sini hari ini.
Daun ketum itu dipercayai diperoleh dengan harga RM40 sekilogram dari Kulim, Kedah dan dibawa ke situ untuk diproses.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 30 (3) yang boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 iaitu denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/bangsal-sedia-8216-sarapan-8217-air-ketum-berhampiran-kandang-lembu-diserbu-1.58275#sthash.AFicYxTb.dpuf

Seremban tertinggi penyalahgunaan dadah



Ayub Salim (kanan) bersama Setapa Yusoff (tengah) membakar pelbagai
Ayub Salim (kanan) bersama Setapa Yusoff (tengah) membakar pelbagai jenis dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Negeri Sembilan, semalam.
JELEBU 10 Feb. – Polis menahan seramai 6,883 individu kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah sepanjang tahun lalu di negeri ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintenden Ayub Salim berkata, daripada jumlah itu daerah Jelebu mencatatkan tangkapan paling sedikit iaitu sebanyak enam peratus.
“Berdasarkan statistik, daerah Seremban pula menyumbang kes penyalahgunaan dadah paling tinggi di negeri ini dengan mencatatkan 30 peratus, diikuti Nilai sebanyak 15 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hadir Majlis Pemusnahan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, di sini hari ini.
Yang turut hadi Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Setapa Yusoff.
Menurut Ayub, pihaknya akan memperhebatkan operasi dalam usaha mengurangkan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah terutama di kawasan ladang sawit di negeri ini.
Selain operasi, penguatkuasaan berterusan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, ceramah pencegahan jenayah dan dadah serta pelaksanaan program kepolisan masyarakat (turut menyumbang kepada usaha tersebut.
Dalam pada itu, Setapa menjelaskan, barang kes yang dilupuskan terdiri daripada 211 kertas siasatan sejak tahun 2004 berkaitan Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 39A(2), Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
“Barang kes yang dimusnahkan pula adalah heroin seberat 344.25 gram (g), syabu (43.46g), ganja (39.48g), pil psikotropik (245 biji), eramin (10 biji), ketamin (47.81g) dan ubat batuk (8.25 liter),” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/seremban-tertinggi-penyalahgunaan-dadah-1.58266#sthash.eOTt6aBh.dpuf

Wanita maut dikelar dalam kejadian samun di Tanjung Rambutan



IPOH 11 Feb. - Seorang wanita berusia 50 tahun ditemukan mati di kediamannya dipercayai dikelar di leher dalam kejadian samun di Taman Tanjung Emas, Tanjung Rambutan di sini pagi ini.
Mangsa ditemukan kira-kira pukul 3.50 pagi oleh anak lelakinya yang baru pulang daripada berniaga.
Wanita tersebut yang merupakan isteri seorang anggota polis peronda ditemukan di dalam bilik tidur dalam keadaan tertiarap. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wanita-maut-dikelar-dalam-kejadian-samun-di-tanjung-rambutan-1.58353#sthash.49lppZGt.dpuf