Search This Blog

Tuesday, February 10, 2015

Kakitangan penjara maut dilanggar treler


10 Februari 2015


KUANTAN - Seorang kakitangan Penjara Penor dekat sini maut selepas motosikal Honda EX5 yang ditungganginya melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 20 Jalan Pekan-Kuantan, berhampiran penjara berkenaan, malam tadi.
 
Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Supt Mohd Noor Yusuf Ali berkata, Muhammad Iqbal Mohamed, 34, dari Kampung Ketapang Tengah, Pekan, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
 
"Ketika dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja pada 9 malam itu, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar belakang treler membawa muatan balak yang diletakkan di bahu jalan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
 
Akibatnya, motosikal mangsa terperosok di bawah lori sebelum orang ramai menghubungi ambulan, katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Menurut Mohd Noor, treler itu dipercayai mengalami kerosakan, namun pemandunya tiada di situ ketika kejadian dan polis kini sedang berusaha mengesannya.
 
Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan jenazah sudah dituntut anggota keluarga untuk urusan pengkebumian, katanya. - Bernama

Gadis tekad tendang peragut


10 Februari 2015


KUALA LUMPUR - Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun bertindak berani mengejar dan menendang motosikal seorang peragut menyebabkan penjenayah itu berjaya diberkas dalam kejadian di hadapan Petronas Jalan Merdeka, Ampang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, suspek berusia 22 tahun diberkas oleh penduduk sekitar walaupun cuba melarikan diri selepas terjatuh dari motosikal.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, sebelum kejadian, suspek yang menunggang motosikal mengekori mangsa yang juga menunggang motosikal secara perlahan dan kemudiannya menarik beg tangan yang diletakkan di celah kaki mangsa.

"Suspek memerhati mangsa sebelum merampas beg tangan namun mangsa bertindak berani mengekori suspek dan kemudiannya menendang motosikal yang dinaiki suspek sehingga terjatuh. Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas motosikal jenis Yamaha Nouvo yang digunakan suspek.

"Suspek dibawa ke Mahkamah Ampang untuk permohonan tahanan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan dan polis akan melakukan siasatan sama ada suspek pernah terbabit dengan kes ragut lain," katanya.

Khairudin berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali bagi tuduhan pertama, jika sabit kesalahan. - Bernama

Kucing selamatkan nyawa tuan


Anggota JPAM memegang ular tedung selar sepanjang 3.6 meter yang berjaya ditangkap di Kampung Bendang Kering.
Anggota JPAM memegang ular tedung selar sepanjang 3.6 meter yang berjaya ditangkap di Kampung Bendang Kering.
KUALA KANGSAR - Seorang lelaki terselamat daripada bahaya kehadiran seekor ular tedung selar di kawasan rumahnya di Kampung Bendang Kering, di sini disedari tujuh kucing peliharaannya, petang kelmarin.

Azman Zaidin, 57, berkata, ular yang panjang 3.6 meter itu dijumpai di bawah kerusi buruk yang diletakkan di halaman rumah.

Menurutnya, kira-kira jam 5 petang itu, dia keluar dari rumah dan melihat tujuh kucingnya berkumpul di satu tempat seperti sedang memerhatikan sesuatu.

“Saya pergi ke situ dan terkejut apabila melihat seekor ular tedung selar sedang berehat di bawah kerusi buruk berkenaan.

“Saya terus pergi ke rumah jiran dan meminta mereka menghubungi bomba atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Kangsar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Azman berkata, jika bukan kerana kucingnya, mungkin nyawanya boleh terancam kerana tidak menyedari kehadiran ular tersebut.

Jelasnya, lokasi ular berkenaan melingkar ada laluannya untuk ke tempat menyimpan alatan kebun.

“Kalau kucing-kucing saya tidak sedar kehadiran ular tedung tersebut, mungkin saya menjadi mangsa patukan reptilia berkenaan kerana saya kerap menggunakan laluan itu,” katanya.

Sementara itu, anggota JPAM, Rahimi Yang Rasidi mengakui mereka menghadapi kesukaran untuk menangkap ularang tedung berkenaan.

Menurutnya, ular itu bersikap agresif dan JPAM terpaksa menggunakan beberapa orang untuk menundukkan reptilia berbiasa tersebut.

“Setelah berusaha beberapa minit, ular itu semakin lemah dan kita berjaya menangkapnya. Saiz ular itu yang agak besar juga menyukarkan kami menangkapnya kerana ia akan lebih agresif dan berbahaya.

“Ular tedung ini merupakan antara ular terbesar yang saya pernah tangkap,” katanya.

Ribuan umat Islam bantah Charlie Hebdo di London


Umat Islam yang menyertai himpunan berkenaan. - Foto AFP
Umat Islam yang menyertai himpunan berkenaan. - Foto AFP
LONDON – BRITAIN. Ribuan umat Islam berhimpun secara aman di pintu masuk Downing Street di sini semalam untuk memprotes tindakan akhbar satira Perancis, Charlie Habdo yang menerbitkan karikatur mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

Dalam risalah yang diedarkan oleh penganjur himpunan, Majlis Tindakan Muslim (MAF) berkata, penerbitan semula karikatur mempersendakan Nabi Muhammad dalam Charlie Hebdo adalah "peringatan yang nyata" bahawa kebebasan bersuara kerap digunakan untuk "menghina personaliti yang dianggap suci oleh sesuatu agama".

Kumpulan itu juga turut melahirkan rasa kesal ke atas serangan di Paris termasuk pembunuhan beramai-ramai di Charlie Hebdo kerana tindakan mereka adalah melanggar undang-undang Islam .

[ ARTIKEL BERKAITANJualan al-Quran makin laris di Perancis ]

Petisyen bantahan ditandatangani oleh hampir 100,000 oleh umat Islam

Manakala menurut jurucakap Kanan MAF, Syaikh Tauqir Ishaq berkata, tindakan pelampau yang membunuh adalah tindakan tidak bertamadun dan tidak boleh diterima masyarakat.

Syaikh Noor Siddiqi, salah seorang wakil MAF berkata, tindakan media Britain  tidak menerbitkan kartun penghinaan amat dihargai oleh penduduk Islam Britain dan sikap saling menghormati ini akan mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Menurut laporan Mirror.uk, tiada sebarang penangkapan di lakukan semasa himpunan berkenaan.

Pejabat majalan satira Perancis  Charlie Hebdo diserang beberapa individu bersenjata 7 Januari lalu sehingga mengorbankan seramai 12 orang.

Polis siasat ancaman tembak di FB


Lee Hsien Loong
Lee Hsien Loong
SINGAPURA - Satu laporan polis dibuat susulan beberapa ancaman terhadap Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, kata jurucakap polis semalam.
  
Beliau berkata "siasatan sedang dijalankan".
  
Saluran televisyen tempatan, Channel NewAsia (CNA), melaporkan ancaman itu dibuat dalam catatan di laman Facebook pada 6 Februari lepas.

Dalam satu daripada catatan itu, penulis mengugut untuk menembak perdana menteri manakala catatan lain mendakwa satu bom ditinggalkan di Lapangan Terbang Changi.
  
CNA melaporkan catatan itu turut ditag kepada Hsien Loong dan Polis Singapura. - Bernama

Polis jumpa 60 mayat diawet


Sebahagian mayat yang dijumpai pihak berkuasa.
Sebahagian mayat yang dijumpai pihak berkuasa.
ACAPULCO - MEXICO. Pihak berkuasa tempatan menemui sekurang-kurangnya 60 mayat yang diawet sempurna di sebuah rumah pembakaran mayat yang terletak di Acapulco, Mexico.

Memetik laporan daripada Metro.co.uk, rumah mayat itu telah ditutup sejak dua tahun lalu dan tidak pernah digunakan sehingga kini.

Menurut pihak berkuasa, pihaknya melakukan serbuan ke rumah tersebut pada Khamis lalu dan antara yang ditemui termasuk mayat wanita, lelaki dan kanak-kanak.

“Walaupun mereput, kesemua mayat ditemui masih dalam keadaan sempurna.

Ketua Pendakwa Guerrero, Miguel Angel Godinez berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi persekutuan dan Interpol untuk mencari pemilik rumah mayat tersebut, Guillermo Estua Zadai.

“Ini mungkin satu penipuan yang dilakukan oleh Gullermo terhadap saudara mara si mati. Mereka semua mungkin menyangka si mati telah dibakar, namun sebenarnya mayat mereka tidak dibakar dan ditinggalkan di sini untuk tujuan tertentu,” katanya lagi.

Kesemua mayat yang ditemui berbungkus dengan kain putih dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

Polis melakukan serbuan ke atas rumah berkenaan berikutan laporan aduan daripada jiran yang mengadu menghidu bau busuk sejak dua hari sebelumnya.

Warga Jepun maut diserang jerung


Terdapat beberapa serangan jerung di luar pantai Australia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Foto Reuters
Terdapat beberapa serangan jerung di luar pantai Australia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Foto Reuters
NEW SOUTH WALES - AUSTRALIA. Seorang lelaki maut akibat dibaham jerung di Pantai Shelly, Ballina hari ini yang juga kejadian kedua melibatkan serangan jerung dilaporkan di pantai sama.

Polis berkata, lelaki yang dipercayai warganegara Jepun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kehilangan banyak darah.

Peluncur yang berada dikawasan cuba memberikan pertolongan dengan menarik mangsa ke pantai untuk diberikan rawatan namun mangsa gagal diselamatkan.

Menurut Datuk Bandar Ballina, David Wright berkata, serangan itu berlaku kira-kira 9 pagi waktu tempatan.

"Kedua-dua kaki mangsa putus dan dia disahkan meninggal akibat kehilangan banyak darah, " katanya dipetik  BBC.

Terdapat beberapa serangan jerung di luar pantai Australia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selfie dengan mayat kawan selepas membunuhnya


Mayat Ryan Mandanditemui di rumah oleh ibunya. - Foto KDKA
Mayat Ryan Mandanditemui di rumah oleh ibunya. - Foto KDKA
PENNSYLVANIA - AMERIKA SYARIKAT. Tindakan seorang remaja lelaki memuatnaik gambar selfie bersama mayat rakan yang dibunuhnya mengundang padah apabila tindakannya itu berjaya dikesan polis.

Menurut pihak berkuasa, Maxwell Morton, 16,  dituduh menembak mati rakannya, Ryan Mangan, 16, di muka dan kemudian memuatnaik gambar selfie bersama mangsa ke sebuah aplikasi telefon, Snapchat dan kemudian memadam semula gambar tersebut beberapa minit kemudian.

Bagaimanapun, gambar tersebut berjaya disimpan oleh salah seorang pengguna aplikasi berkenaan dan terus memaklumkan kepada ibunya yang kemudiannya bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Polis  berkata, gambar tersebut menunjukkan mangsa duduk di kerusi dengan luka tembakan di muka.

"Seorang remaja kulit hitam sedang selfie dengan mukanya menghadap kamera dan mangsa di belakangnya," katanya dipetik Washington Post.

Mayat Ryan ditemui oleh ibunya yang kemudian menghubungi pihak  polis.

Polis turut  menemui gambar Ryan memegang pistol setengah automatik di telefon beliau.

Maxwell mengaku bersalah membunuh Mangan selepas polis menemui pistol tersembunyi di rumahnya dan  akan didakwa  melakukan kes pembunuhan dan  memiliki senjata api haram.

Dalam pada itu, Peguam Daerah, John Peck berkata, ini adalah satu kejadian yang luar biasa sepanjang penglibatannya selama 30 tahun dalam kerjayanya dimana pembunuh berselfie bersama mangsa yang dibunuhnya.

"Saya tidak pernah lihat sebelum ini, tetapi itu adalah kunci utama bukti kes pembunuhan ini."

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Media Sosial dan Psikologi, Pamela Rutledge berkata, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penjenayah mempamerkan jenayah mereka .

"Ini adalah persoalan mengenai patologi jenayah bukannya teknologi ,"

"Pesalah memerlukan mengesahkan kuasa dan rasa kesombongan mereka menggunakan semua jenis komunikasi untuk  menunjukkan kehebatan mereka dalam melakukan aktiviti jenayah", katanya.

5 maut dalam kejadian tembak di AS

WASHINGTON: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah rumah dekat Atlanta, membunuh empat orang dan mencederakan dua kanak-kanak termasuk sanak saudara dalam perbalahan keluarga sebelum menembak dirinya.
Menurut Leftenan Glenn Daniel daripada Pejabat Syerif Douglas County, tujuh orang ditembak dalam kejadian di Douglasville, barat Atlanta itu.
"Ia situasi domestik," katanya sambil menambah dua kanak-kanak berkenaan kini dirawat di hospital berdekatan.
"Terdapat lima kematian termasuk penembak itu," katanya.
Tidak dinyatakan berapa mangsa adalah anggota keluarga yang sama tetapi beberapa mangsa adalah saudara mara. - AFP

Rampas dadah RM1.37 juta di KLIA

Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan dua cubaan penyeludupan dadah seberat 7.19 kilogram (Kg) bernilai RM1.37 juta tiba ke negara ini menerusi pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 31 Januari dan 4 Februari lalu.
Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, kes pertama pada kira-kira 1 pagi, 31 Januari lalu membabitkan penemuan serbuk putih yang disorok dalam 25 beg kecil.
"Ujian yang dilakukan mendapati ia positif methamphetamine dengan berat kasar 5.3 kg bernilai kira-kira RM1 juta.
"Modus operandi digunakan sama dengan kes lain iaitu disembunyikan dalam bagasi tetapi cara pergerakannya (bagasi) agak berlainan sekali gus menjadi trend terbaru menyeludup dadah ke negara ini.
"Bagasi itu tiba bersama suspek dari Lagos pada 29 Januari 12.20 pagi dan pada hari sama, suspek transit ke Miri, Sarawak pada 9.25 pagi sebelum transit sekali lagi ke Mulu, Sarawak pada 1.45 petang," katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA di sini, hari ini.
Beliau berkata, suspek kemudian balik semula ke Miri pada 30 Januari lalu dan terbang semula ke KLIA, namun tidak mengambil bagasi berkenaan tetapi meminta syarikat penerbangan menghantar ke lokasi penginapan di Kuala Lumpur.
"Suspek pulang ke negara asal pada 2 Februari lalu sedangkan tempahan tiket suspek sepatutnya pulang pada 7 Februari," katanya.
Dalam kes kedua, Chik Omar berkata, wanita warga China berusia 23 tahun ditahan oleh anggota JKDM kira-kira 12.30 pagi pada 4 Februari lalu selepas imbasan ke atas bagasi beroda yang dibawanya menampakkan imej meragukan.
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati serbuk putih yang disorok di dalam ruangan khas dalam bagasi itu adalah positif dadah jenis methamphetamine seberat 1.89 kg bernilai RM359,100.
Sehubungan itu, wanita itu kini ditahan reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori, katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Februari 2015 @ 3:41 PM


CHIK Omar (kanan) menunjukkan dadah Methamphetamine yang disorok dalam ruangan khas bagasi. Turut sama Ketua Bahagian Penguatkuasa Kastam KLIA, Zahari Abdullah (kiri) dan Penguasa Kastam KLIA, Aziah A/P Ngah (tengah). FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29701#sthash.ptiktNsh.dpuf

Warga emas cedera gas meletup

Alor Gajah: Seorang wanita warga emas parah selepas disambar api apabila gas yang digunakan untuk memasak dipercayai bocor dan meletup secara tiba-tiba di Taman Kejora Tebong, di sini pagi tadi.
Difahamkan, kejadian kira-kira 11 pagi itu mengakibatkan Chik Bah Mohd Amin, 76, terbakar di bahagian kanan badan dan tangan, muka, rambut dan kedua-dua kaki.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang tinggal bersendirian mahu menghidupkan dapur gas untuk memasak makan tengah hari.
"Sebaik menghidupkan dapur itu, berlaku letupan dan api menyambar tubuh mangsa yang ketika itu hanya berkemban mengakibatkan kain batik dipakai terbakar.
"Kejadian disedari jiran selepas mendengar bunyi letupan berkenaan dan jeritan mangsa sebelum dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans," katanya ketika ditemui di sini.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Februari 2015 @ 4:25 PM


KAIN dipakai mangsa hangus dalam kejadian pagi tadi. FOTOMuhammad Hatim Ab Manan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29705#sthash.ump6dHzt.dpuf

Sambung reman tujuh hari

Taiping: Polis mendapatkan kebenaran Mahkamah Majistret di sini untuk menyambung reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap suspek kes kelar penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang maut di Kilometer 228.2, Lebuhraya PLUS dekat Bukit Gantang, minggu lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong pendaftar Mahkamah Rendah Taiping, N Mageswari bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, polis masih memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan siasatan secara teliti sebelum membawa kes ini ke peringkat pendakwaan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pada 2 Februari lalu, Norsyuhada Johari, 20, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh Pulau Pinang meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar, dekat sini, kira-kira 2 petang ketika sedang mendapatkan rawatan selepas dipercayai dikelar suspek di dalam kereta.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Februari 2015 @ 11:54 AM


REMAN bagi suspek bunuh penuntut UiTM (kanan) disambung selama tujuh hari. FOTO L Manimaran
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29686#sthash.VeGFpnDJ.dpuf

Penyamun terkulai

Yan: Seorang pemilik kedai menjual telefon bimbit nekad mengekori empat lelaki menaiki dua motosikal yang menyamun premisnya sejauh 500 meter sebelum menghimpit mereka sehingga terjatuh, sekali gus menahan keempat-empatnya dengan bantuan orang ramai, kelmarin.
Sebelum kejadian jam 4 petang, mangsa Yeah Soon Khai, 33, yang sedang melayan seorang pelanggan di premisnya terletak di Batu 17, Guar Chempedak, di sini, sebelum tiga motosikal berhenti secara mengejut di hadapan kedainya.
Difahamkan, empat lelaki yang bertopi keledar menerpa masuk sambil dua daripada mereka memegang parang, manakala dua lagi menunggu di atas motosikal di luar premisnya.
Soon Khai berkata, dia yang terkejut dengan kemunculan mereka, tidak berani melawan lalu mengikut kemahuan lelaki terbabit yang memintanya menyerahkan semua barangan berharga milik iaitu seutas rantai emas, komputer riba dan wang tunai RM2,000 dengan nilai keseluruhan RM14,000.
Menurutnya, penjenayah terbabit bergegas meninggalkan kedainya, tetapi pada masa sama dia turut bergegas menaiki kereta dan memandu seorang diri untuk mengekori dari belakang tanpa mereka sedari.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Februari 2015 @ 5:14 AM


SEORANG suspek yang cedera selepas terjatuh ke parit akibat dihimpit kenderaan mangsa yang disamunnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29599#sthash.6ERooyE1.dpuf

Rakyat Malaysia dikenal pasti

Surabaya: Pasukan Pengecaman mangsa Bencana (DVI) berjaya mengenalpasti mayat penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 adalah lelaki warga Malaysia, Sii Chung Huei, 56.
Memetik laporan Detiknews.com, Ketua Pasukan DVI, Dr Budiyono berkata, mayat yang dilabel dengan nombor B086 itu berjaya dikenal pasti hasil bedah siasat melalui rekod pergigian mangsa.
Menurutnya, selain daripada itu, pemeriksaan pada mayat mangsa juga berjaya menemui kad kredit yang tertera nama mangsa.
"Pemeriksaan mayat mangsa juga selari dengan jantina, usia dan ketinggian mangsa," katanya kepada Detiknews.com.
Menurutnya, setakat ini pihaknya menerima 100 mayat mangsa yang berjaya ditemui dan daripada jumlah itu, 73 mayat sudah berjaya dikenal pasti.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Februari 2015 @ 8:57 PM


FOTO EPA. Gambar kecil, mangsa dikenal pasti. FOTO NSTP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29712#sthash.0sRwjW87.dpuf

Dadah ‘nasi kandar’

Georgetown: Dadah nasi kandar. Itu taktik digunakan sindiket pengedaran dadah yang membungkus heroin dengan surat khabar seperti nasi kandar sebelum ia diedarkan kepada pembeli.
Taktik itu dikatakan dipercayai bagi mengaburi mata polis dan orang ramai ketika mereka membawa heroin yang siap diproses keluar dari rumah yang dijadikan makmal memproses dadah.
Bagaimanapun, kegiatan anggota sindiket terbabit ditumpaskan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri yang menyerbu sebuah pangsapuri di Sungai Pinang, di sini, petang Khamis lalu.
Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dalam serbuan jam 1.30 petang itu, polis merampas dadah jenis heroin dan syabu yang bernilai RM5 juta.
Beliau berkata, ahli sindiket terbabit menggunakan taktik ‘tradisional’ dengan membungkus dadah seperti bungkusan nasi kandar sebelum diedarkan kepada pembeli.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 6:49 AM


PEGAWAI polis menunjukkan dadah yang dirampas dan dibungkus seperti nasi kandar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29745#sthash.A1Nt2rtC.dpuf

Kanak-kanak boleh saman ibu bapa


Seoul: Mahkamah Agung Korea Selatan semalam membenarkan seseorang yang berusia bawah 19 tahun menyaman ibu bapa masing-masing jika berasa mereka menjadi mangsa keganasan domestik.
Menurut pegawai perundangan, langkah itu diharap dapat membantu menjamin hak kanak-kanak dan remaja untuk mendapat penjagaan kebajikan.
Jika berasa menjadi mangsa, seseorang remaja boleh meminta mahkamah menggantung hak ibu bapa mereka.
“Sebelum ini, kelonggaran hanya diberikan untuk memfailkan tindakan undang-undang melalui peguam ataupun menunggu sehingga 19 tahun sebelum boleh mengambil tindakan,” katanya.
Keputusan itu diambil kerana kebanyakan kanak-kanak menjadi ‘cagaran’ dalam pertikaian pasangan suami isteri.
Katanya, jika kes itu dibawa ke mahkamah, hakim mesti mendapatkan keterangan daripada mangsa.
“Ia berbeza dengan peruntukan semasa yang tidak mewajibkan remaja berusia 13 tahun memberi keterangan,” katanya. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29771#sthash.xSMA9qX5.dpuf

Penjahat akhirnya dihukum


Beijing: Pembunuh dan perogol bersiri, Zhao Zhihong, yang sebelum ini menyebabkan seorang lelaki tidak bersalah dijatuhi hukuman gantung, disabitkan kesalahan membunuh, merogol, merompak dan mencuri oleh Mahkamah Sesyen Hohhot, semalam
Zhao didenda 53,000 yuan (RM30,190) sebagai tambahan denda 102,768 yuan (RM58,524.66) difail plaintif sivil.
Sebelum ini, seorang remaja berasal dari Mongolia, Huugjilt, 19, disabitkan kesalahan membunuh dan merogol di Hohhot pada 1996.
Hanya selepas 61 hari selepas kes itu ditamatkan, Huugjilt menjalani hukuman mati.
Ketika hakim menjatuhi hukuman ke atas Zhao semalam, ibu bapa Huugjilt dijemput mendengar keputusan itu.
Kes berkenaan menimbulkan kontroversi.
Zhao ditangkap pada 2005 atas kesalahan lain dan dia mengaku terbabit dalam jenayah yang dikaitkan dengan Huugjilt.
Zhao dipenjarakan sejak dia membuat pengakuan itu. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29773#sthash.DAOjThaz.dpuf

Jantan India mengganas lagi


New Delhi: India sekali lagi menjadi perhatian dunia kerana kes rogol semalam, selepas seorang wanita Jepun mengadu diserang pemandu pelancong di bandar Jaipur.
Menurut mangsa yang berusia 20 tahun, dia ditawarkan untuk melihat sekitar bandar Jaipur menaiki motosikal, kelmarin.
Apabila tiba di kawasan terpencil pada petang itu, ‘pemandu pelancong’ terbabit merogol mangsa.
Jurucakap polis berkata, sebelum serangan berlaku suspek menawarkan mangsa untuk membawanya bersiar-siar dan berjanji menghantarnya pulang ke hotel selepas semuanya selesai.
“Mangsa mendakwa dia diberikan sedikit makanan dan polis mengesyaki bahan itu dicemari dadah,” katanya.
Kejadian itu adalah serangan seksual berprofil tinggi terbaru dilaporkan di India.
Bulan lalu, enam lelaki dari Kolkata didakwa menculik dan merogol beramai-ramai seorang lagi pelancong Jepun - kali ini berusia 22 tahun.
Lebih malang, mangsa yang diculik selepas melawat sebuah tempat suci Buddha di negeri Bihar, dikurung selama sebulan. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29776#sthash.zkESyqln.dpuf

Maut dibaham jerung

Sydney: Nampaknya seminggu dua ini bukan tempoh yang baik untuk Jepun.
Semalam seorang lagi warga negara itu terbunuh selepas kakinya terputus akibat dibaham seekor jerung ketika bermain luncur ombak di pantai timur Australia.
Seorang peluncur lain dibaham jerung di kawasan berhampiran, kelmarin.
Datuk Bandar Ballina di New South Wales, David Wright berkata, jerung berkenaan menyerang mangsa dari arah belakang ketika dia bersama papan luncurnya menanti kedatangan ombak besar.
“Mangsa berusia 41 tahun,” katanya.
Selepas parah akibat kakinya terputus, rakan mangsa membawa dia ke darat sebelum cuba memberhentikan pendarahan.
Mangsa juga diberikan bantuan pernafasan.
Namun, kata Wright, lelaki terbabit akhirnya gagal diselamatkan kerana pendarahan terlalu banyak.
“Kecederaan daripada kedua-dua kakinya terputus dibaham jerung menyebabkan pendarahan gagal dihentikan,” katanya.
Menurut Wright, identiti mangsa perlu dirahsiakan.
“Dia bekerja sebagai pencuci di kedai luncur tempatan,” katanya.
Ekoran kejadian semalam, kawasan pantai di situ ditutup kepada orang ramai.
Kelmarin, Jabez Reitman, 35, turut dibaham jerung pada pinggangnya kira-kira 20 kilometer dari tempat serangan semalam berlaku.
Kata Reitman, asalnya dia menyangka seekor ikan lumba-lumba menggigitnya.
“Saya tidak menyedari bahaya itu sehinggalah berasa kesakitan amat sangat,” katanya.
Reitman kemudian dipindahkan ke Hospital Universiti Gold Coast dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 7:21 AM


KAWASAN Shelly Beach di Ballina, New South Wales, ditutup kepada orang ramai selepas kejadian kedua membabitkan serangan jerung dilaporkan di kawasan itu, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29781#sthash.Vjzw4Nne.dpuf

2 maut dalam nahas berasingan



Keadaan motosikal Zalkapli yang maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat UTHM, Batu Pahat, Johor kelmarin.


BATU PAHAT – Seorang pemandu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini maut di hadapan institut pengajian tinggi itu selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dari arah bandar Batu Pahat yang dipercayai tidak memberhentikan kenderaan ketika lampu isyarat bertukar merah di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Zalkapli Ahmad, 47, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak beberapa meter akibat berlanggar dengan sebuah Proton Exora.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, berdasarkan siasatan awal, Zalkapli yang tiba di persimpangan lampu isyarat di hadapan UTHM telah memberhentikan motosikalnya untuk membelok masuk ke kawasan kampus.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3RIFcAVD5 
Hakcipta terpelihara 

Lepas tembakan berebut perempuan


KOTA BHARU – Hanya kerana berebut seorang gadis beraksi manja di laman Facebook, dua kumpulan anak muda sanggup bergaduh sehingga salah satu kumpulan melepaskan dua das tembakan awal pagi semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 12.15 pagi itu, tembakan yang dilepaskan berhampiran sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan di sini tersebut tidak mengenai sesiapa kerana ia dihalakan kepada sebuah kereta yang dinaiki kumpulan terbabit.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kumpulan pertama terdiri daripada lima anak muda lelaki dan kumpulan kedua terdiri daripada tujuh orang termasuk seorang gadis yang masing-masing berusia 20 tahun hingga 27 tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3RIFR3ka4 
Hakcipta terpelihara 

Empat pembekal heroin diberkas



Rahim (kanan) menunjukkan sebahagian dadah bernilai RM5 juta yang dirampas dalam dua serbuan berasingan pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN – Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini ekoran penahanan empat suspek dan terbongkarnya sebuah rumah dijadikan makmal memproses heroin dalam dua serbuan di Timur Laut di sini pada 5 Februari lalu.
Dalam serbuan pertama pada pukul 1.30 petang di Lebuh Sungai Pinang, polis menahan empat suspek berketurunan Cina terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.
Suspek-suspek yang ditahan itu berusia 35 hingga 57 tahun.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dalam serbuan pertama di sebuah pangsapuri di Lebuh Sungai Pinang, polis mendapati kediaman itu dijadikan makmal memproses heroin ekoran pe­nemuan bahan kimia dan peralatan digunakan dalam aktiviti pemprosesan bahan terlarang itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3RIFDVPxL 
Hakcipta terpelihara 

Perhimpunan anti-Islam gagal di Austria


polis antirusuhan Austria cuba menyuraikan perarakan PEGIDA dan
Polis antirusuhan Austria cuba menyuraikan perarakan PEGIDA dan kumpulan antikeganasan di Linz, kelmarin. – AFP
LINZ 9 Feb. – Demonstrasi anti-Islam pertama diadakan di bandar Linz, Austria anjuran Kumpulan Patriotik Eropah Menentang Pengislaman Barat (PEGIDA) gagal selepas hanya menarik kehadiran kira-kira 150 orang semalam, kata polis.
Perarakan PEGIDA di seluruh bandar itu turut dibatalkan selepas lebih 2,000 penunjuk perasaan anti-keganasan menghalang laluan yang ingin dilalui oleh kumpulan anti-Islam tersebut, lapor Agensi Berita Austria.
Apabila keadaan itu berlanjutan selama satu jam, yang turut menyaksikan sejumlah bebola salji dilemparkan antara mereka, PEGIDA kemudian mengambil keputusan untuk bersurai.
Jurucakap polis menyatakan, tiada penunjuk perasaan ditahan dalam kejadian tersebut.
“Tidak seperti perarakan di Vienna pada minggu lalu, pihak polis tidak melihat sebarang gerakan tanda hormat ala Hitler dilakukan dalam perhimpunan kali ini di Linz,’’ katanya.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 1,000 orang Islam di Britain mengadakan demonstrasi di pusat bandar London semalam bagi membantah akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo, yang menghina Nabi Muhammad.
Penunjuk perasaan tersebut berhimpun berdekatan pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron di Whitehall, London sambil membawa sepanduk yang tertulis, ‘Berdiri Teguh Untuk Nabi Kita.’
Demonstrasi itu diadakan beberapa minggu selepas 17 orang terbunuh dalam tempoh tiga hari keganasan di Perancis pada bulan lepas.
Kejadian itu berlaku apabila dua lelaki bersenjata memecah masuk ke pejabat akhbar mingguan itu serta melepaskan beberapa das tembakan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/perhimpunan-anti-islam-gagal-di-austria-1.57837#sthash.6XMkfC4z.dpuf