Search This Blog

Saturday, February 7, 2015

Pusat urut warga asing dirobohkan


Struktur kekal yang dibina untuk aktiviti perniagaan urut oleh warga asing dirobohkan DBKL.
Struktur kekal yang dibina untuk aktiviti perniagaan urut oleh warga asing dirobohkan DBKL.
KUALA LUMPUR - Minyak urut batin antara yang ditemui di premis aktiviti mengurut di Jalan Haji Hussein, Chow Kit, di sini dalam Ops Tegas siri 3, yang dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) petang kelmarin.

Penemuan itu sekali gus menjadi bukti dakwaan penduduk tempatan bahawa terdapat aktiviti tidak bermoral yang ditawarkan di premis-premis berkenaan.

Penolong Pesuruhjaya Penguat kuasa DBKL, Osman Ismail berkata, menerusi operasi itu, sebanyak sembilan premis urut yang kesemuanya mempunyai 28 bilik, diserbu dan disita.

Menurutnya, tujuh struktur khemah yang dibina secara kekal di bahu jalan juga dirobohkan dan operasinya dijalankan oleh warga asing.

“Barang-barang seperti tilam dan minyak urut termasuk minyak untuk alat kelamin antara yang ditemui dan kita sita semuanya.

“Kesemua aktiviti urut tidak berlesen dan pembinaan pengadang dalam premis tanpa kebenaran menyalahi undang-undang dan tindakan di bawah Jabatan Reka Bentuk Bangunan,” katanya.

Struktur khemah kekal didapati menyebabkan halangan dirbohkan bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan.

“Sebelum ini tindakan sama telah dibuat bagi struktur yang dikendalikan warga asing. Manakala struktur lain yang dikendalikan warga tempatan terlibat dengan program pemindahan,” katanya.

Menerusi operasi itu juga, tiga warga asing ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Seramai 157 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara,  Imigresen, dan jabatan-jabatan berkaitan DBKL, terlibat.

Dalam pada itu, Osman berkata, menerusi dua siri operasi yang dilakukan di Jalan Petaling dan Pasar Pudu sejak awal Januari lalu, sebanyak 19 notis kompaun telah dikeluarkan dan 13 sitaan dibuat.

“Enam warga negara tidak berlesen juga dikenakan tindakan serta lima warga asing,” katanya.

‘Pusher’ tak sempat jual dadah


Seramai 44 penagih termasuk seorang pusher ditahan dalam Ops Sarang di sebuah ladang sawit di Kampung Gelam kelmarin.
Seramai 44 penagih termasuk seorang pusher ditahan dalam Ops Sarang di sebuah ladang sawit di Kampung Gelam kelmarin.
TANGGA BATU - Seorang ‘pusher’ tidak sempat menjual 144 gram dadah disyaki heroin di ‘lubuk’ menagih dadah apabila sepasukan polis menyerbu sebuah ladang sawit di Kampung Gelam, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 58 tahun itu juga dipercayai tidak sempat membungkus kesemua heroin bernilai kira-kira RM15,000 ke dalam plastik lut sinar kecil apabila dia ditahan di hadapan sebuah ‘kaunter’ jualan yang terdapat di ladang itu.

Suspek dari Batu Berendam itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah yang diketuai Pegawai Risikan dan Operasi, Inspektor Aminudin Abdullah kira-kira jam 12.30 tengahari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintenden Razali Bakar berkata, polis menemui ketulan dadah tersebut di dalam lapan plastik lut sinar di dalam sebuah beg hitam.

“Ketika ditahan, kita menjumpai lapan plastik lut sinar mengandungi ketulan dadah disyaki heroin yang belum sempat dihancurkan untuk dijual mengikut keperluan pelanggan.

“Banyak plastik lut sinar kecil turut ditemui bersama alat penimbang serta pemetik api dipercayai digunakan untuk menjual sekurang-kurangnya RM10 sepaket kepada penagih yang datang ke ladang ini,” katanya dalam sidang media, di sini.

Razali berkata, suspek ditahan bersama 43 lelaki disyaki penagih dadah berusia 18-65 tahun ketika serbuan dalam Ops Sarang membabitkan 16 anggota polis.

“Mereka datang ke ladang ini menaiki motosikal dipercayai mahu mendapatkan bekalan selain melepaskan gian namun gagal apabila dicekup penguat kuasa," katanya.

Menurutnya, kesemua penagih yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983 manakala ‘pusher’ berkenaan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

'Treler itu terbabas dan rempuh saya'


Keadaan kereta Perodua Mohd Faizol yang remuk teruk akibat kemalangan tersebut.
Keadaan kereta Perodua Mohd Faizol yang remuk teruk akibat kemalangan tersebut.
TEMERLOH – Pemandu Perodua Alza yang terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Batu 7 Jalan Karak Rabu lalu menceritakan detik cemas sebelum kemalangan dari situasi sebenar berbeza dengan cerita saksi di tempat kejadian.

Pemandu terbabit Mohd Faizol Mat Rahim 35, berkata, sewaktu kejadian dia bersama dua lagi rakan kerjanya sedang memandu atas urusan kerja dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Temerloh, dari Lanchang ke Mentakab.

Menurutnya, sampai di tempat kejadian antara jam 8.30 hingga 8.40 pagi, dia melihat sebuah treler datang dari arah bertentangan melalui satu selekoh dalam keadaan berbahaya.

Katanya, dia sempat brek dan memberhentikan kenderaan apabila melihat pemandu treler terbabit seperti hilang kawalan dan dalam beberapa saat treler terbabit terbabas lalu melintang dan terseret di atas jalan.

“Treler itu tumbang dan badannya terseret dalam keadaan laju menghala ke kereta saya lalu merempuh kereta saya.

“Saya bernasib baik kerana sempat memberhentikan kereta dan dapat mengurangkan impak rempuhan lori itu, bagaimanapun tekanan beg udara di bahagian tempat duduk hadapan kereta menyebabkan dada saya terasa sangat sakit,” katanya.

Mohd Faizol berkata, dia dan dua rakannya keluar dari kereta kemudian menaiki sebuah ambulans untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Mentakab.

Menurutnya, apa yang mengecewakannya saksi kemalangan melaporkan situasi yang berbeza yang mengatakan treler terbabit datang dari arah yang sama dengannya.

“Saya harap penjelasan ini dapat membantu kerana saya jangkakan kereta saya rosak teruk akibat hentaman kuat kemalangan terbabit, bukan saya yang langgar treler itu sebaliknya treler terbabit yang melanggar saya,” katanya.

Melambung depan mata


Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar menaiki ambulans.
Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar menaiki ambulans.
SEREMBAN - Dua wanita menempuhi detik mengerikan apabila kereta Perodua Viva dinaiki mereka merempuh seorang warga emas di Jalan Rasah, arah Seremban, di sini, semalam.

Menceritakan semula pengalaman mereka, salah seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Akma, 24, berkata, semasa kejadian berlaku kira-kira 7.30 pagi itu, dia dan pemandu hanya mahu dikenali sebagai Siti, 23, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Tuanku Munawir.

“Masa itu, kami berada di lorong paling kanan. Perkara terakhir kami ingat sebelum kemalangan, macam kelibat seseorang sedang bergerak dengan pantas depan kenderaan.

“Siti dah cuba brek, tapi tak sempat sebab jarak terlalu dekat. Tahu-tahu sahaja, dengar bunyi dentuman dan orang dilanggar melambung hingga melepasi kereta,” katanya di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Walaupun terkejut dan ketakutan, kata Akma, dia dan Siti  beranikan diri turun dari kenderaan untuk melihat mangsa.

“Kami tergamam dan tak mampu bersuara. Badan kami menggigil bila ternampak seorang wanita pertengahan usia dah terbaring tengah jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Beberapa pengguna lalu lintas kemudian berhenti dan memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa, manakala selebihnya menghubungi ambulans,” katanya yang memberitahu cermin depan kereta rakannya pecah dalam insiden berkenaan.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa berusia 53 tahun dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini, untuk mendapatkan rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.30 pagi.

“Mangsa berasal dari Mantin dipercayai cuba melintas jalan yang mempunyai enam laluan keseluruhan, dari arah Hong Leong Bank ke kawasan Public Bank.

“Bagaimanapun, sebaik saja melepasi pembahagi jalan dan berada di laluan paling kanan, wanita terbabit dilanggar sebuah kenderaan yang sedang menghala ke Seremban,” katanya yang menjelaskan punca kematiannya akibat kecederaan serius pada bahagian dada.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhammad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta pengangkutan Jalan 1987.

Suami isteri menangis teresak-esak


Dua pasangan suami isteri ini dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa.
Dua pasangan suami isteri ini dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa.
KUALA TERENGGANU - Sepasang suami isteri warga Indonesia menangis teresak-esak selepas masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan satu bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, semalam, kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan sah.

Keputusan itu dibuat selepas Sahil Sahe, 29, dan isterinya, Juri, 32, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak memiliki dokumen sah.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa berada di negara ini secara menyalahi undang-undang kerana tidak memiliki pas sah memasuki negara ini ketika ditahan di sebuah kilang di Jalan Kuala Berang-Kampung Wakaf Tapai, Marang, 11.45 pagi, pada 19 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap Sahil manakala isterinya pula dipenjarakan selama satu bulan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Terengganu Farah Hanim Abdul Rashid.

Terdahulu di mahkamah sama, sepasang suami isteri juga warga Indonesia turut dijatuhi hukuman penjara masing-masing empat bulan dan satu bulan penjara kerana tinggal lebih masa di negara ini dan memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.

Hukuman itu diputuskan Mohd Azhar selepas Agusalem, 25, dan isterinya, Ashawiyah, 29, masing-masing mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Sementara itu, suasana di pekarangan mahkamah sama bertukar hiba apabila dua pasangan berkenaan mula menangis selepas dibenarkan bertemu seketika sebelum masing-masing dibawa ke penjara bagi menjalani hukuman.

Mata ditutup, tangan diikat tuala


Tingkap belakang rumah mangsa yang dipatahkan menggunakan tuil kereta dalam kejadian samun yang berlaku di Kampung Bercham di sini, kelmarin.Gambar kecil: Lian Yu
Tingkap belakang rumah mangsa yang dipatahkan menggunakan tuil kereta dalam kejadian samun yang berlaku di Kampung Bercham di sini, kelmarin.Gambar kecil: Lian Yu
IPOH – Seorang wanita warga emas panik selepas mata dan mukanya ditutup serta kedua tangannya diikat menggunakan tuala ketika dia sedang nyenyak tidur di rumahnya dalam kejadian samun yang berlaku di Kampung Bercham, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa Jin Lian Yu, 68, warganegara China yang bekerja sebagai pembantu kedai di sini, turut dipukul di bahagian muka dan paha sebelah kanan oleh dua lelaki yang dipercayai bertindak menyamun rumah warga emas terbabit.

“Ketika kejadian saya terdengar perbualan dua lelaki terbabit namun tidak dapat melihat wajah mereka memandangkan muka saya telah ditutup.

“Saya hanya merasa sakit di bahagian mata sebelah kiri dan paha sebelah kanan akibat dipukul oleh dua lelaki terbabit.

“Malah, mereka turut melarikan beberapa barangan berharga saya antaranya sebentuk cincin emas dan wang tunai RM400.

“Saya mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM1,000,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Lian Yu berkata, kedua-dua lelaki terbabit dipercayai mengumpil pintu pagar belakang rumah dan mematahkan besi tingkap sebelum masuk.

“Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana tidak dicederakan dengan teruk oleh mereka,” katanya yang hanya tinggal bersendirian ketika kejadian itu berlaku.

Dia kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Bercham dengan bantuan Adun Bercham, Cheong Chee Khing, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes tersebut dan ia akan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun berkawan.

Polis Brazil tembak mati 13 orang disyaki perompak


 
BRASILIA, Brazil: Polis Brazil menembak mati 13 orang disyaki merancang untuk merompak sebuah bank di bandar timur laut, Salvador, kata pegawai.

"Kumpulan seramai 30 orang lelaki merancang untuk merompak sebuah bank dan melepaskan tembakan ke arah polis apabila pihak berkuasa mendapat maklumat," kata Ibu Pejabat Polis Tentera Wilayah Bahia.

Tiga suspek dan seorang polis berpangkat sarjan turut mengalami kecederaan dalam tembak menembak itu.

Polis berkata, mereka merampas senapang berkaliber tinggi dan dadah selepas insiden berkenaan.

Penyiasatan sedang dijalankan terhadap kejadian itu.

Sumber polis berkata, pegawai mereka sedang bekerjasama dengan unit risikan bagi menyekat serangan terhadap mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di wilayah Bahia. - AFP

Empat mati akibat letupan bom petrol di Bangladesh



ORANG ramai membantu membawa mangsa dari sebuah bas yang padat dengan penumpang terbakar akibat bom yang dilempar pembangkang di Dhaka, utara Bangladesh, malam tadi. - Foto AFP
DHAKA: Sekurang-kurangnya empat orang termasuk seorang kanak-kanak rentung apabila aktivis pembangkang melempar bom petrol ke arah sebuah bas yang padat dengan penumpang di utara Bangladesh, malam tadi.
Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) yang enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya umum setahun lalu berkata, mereka melancarkan bantahan besar-besar sejak bulan lalu bagi memaksa Perdana Menteri, Sheikh Hasina untuk meletak jawatan dan mengadakan pilihan raya baharu.
Lebih 60 orang terkorban sejak keganasan dalam tempoh sebulan termasuk empat dalam bas malam adi.
"Empat termasuk seorang kanak-kanak dan seorang wanita mati di tempat kejadian selepas aktivis pembangkang melempar bom petrol," kata pegawai polis tempatan, Raziur Rahman.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 30 orang mengalami kecederaan termasuk beberapa mangsa cedera parah.
BNP bertindak membuat sekatan jalan raya, landasan kereta api dan laluan air berkata, mereka akan terus berbuat demikian sehingga kerajaan sekarang dibubarkan.
Mereka turut mengadakan demonstrasi selama 72 jam bermula pagi esok.
Kancah politik Bangladesh bergolak selama bertahun-tahun berpunca daripada persaingan di antara Hasina dan pemimpin BNP, Begum Khaleda Zia.
Kedua-dua pemimpin wanita itu mempunyai pertalian saudara dengan bekas pemimpin terdahulu dan mereka berdua silih berganti menjadi perdana menteri negara berkenaan selama dua dekad yang lalu. - Reuters

Ibu Tampar Guru Kerana Cubit Anak Lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2015 8:00 AM
Gambar hiasan.

NIBONG  TEBAL:  Seorang guru sekolah vernakular, L. Vanitha berusia 37 tahun di Sungai Bakap dekat sini berada dalam keadaan trauma selepas dia ditampar di pipi sebelah kiri oleh ibu salah seorang pelajarnya.

Ketika kejadian, mangsa yang tinggal di Taman Berjaya di sini berada dalam bilik guru sebelum guru penyelia petang memaklumkan kepadanya bahawa ibu kepada seorang pelajarnya ingin berjumpa dengannya pada hari Isnin pukul 5.15 petang.

Sebaik sahaja mangsa keluar daripada bilik guru, terdapat empat orang individu termasuk seorang pelajar berusia 9 tahun, dua wanita yang mana salah seorang daripadanya adalah ibu serta ayah kepada pelajar berkenaan.

Wanita berkenaan beberapa kali bertanya kepada anak lelakinya sama ada wanita tersebut merupakan gurunya.

Sebaik sahaja anaknya mengesahkan Vanitha merupakan gurunya, ibu pelajar berkenaan segera menampar pipi mangsa.

Guru penyelia petang yang berada berhampiran dengan tempat kejadian telah memarahi wanita berkenaan kerana bersikap biadap terhadap guru malang itu, sebelum wanita berkenaan mengatakan sesuatu dalam bahasa Cina.

Guru penyelia petang yang enggan dikenali itu memaklumkan keluarga pelajar berkenaan mendakwa guru tersebut telah mencubit anak lelakinya.

Berikutan insiden tersebut mangsa telah membuat laporan di balai polis Nibong Tebal pada pukul 6.40 petang Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Supritendan Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa.

Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan secara sengaja dan jika didapati bersalah tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM 2,000 atau kedua-duanya sekali.

Bapa mangsa, V. Loganathan, 82, yang juga bekas guru berkata dia sungguh terkejut dengan kejadian berkenaan.

Dia berkata ibu kepada pelajar berkenaan sepatutnya berbincang dengan cara yang baik ketika bertemu dengan anak perempuannya.

"Saya berharap pihak polis akan mengambil tindakan tegas sekiranya wanita berkenaan didapati bersalah," katanya. 
Loganathan berkata anak perempuannya telah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap pada hari kejadian.

Pada Jumaat, mangsa sekali lagi mendapatkan rawatan lanjut kali ini di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang.

Mayat Dua Juruterbang Ditemui Di Kokpit, Satu Berjaya Dikeluarkan


Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2015 12:47 PM

JAKARTA: Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) menemui mayat dua juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.
Perkara itu dimaklumkan pada sidang media, Jumaat.
Ketua Basarnas, Bambang Soelistyo berkata kokpit pesawat tersebut dijumpa kira-kira 20 meter dari lokasi penemuan badan pesawat dan mayat kedua-dua juruterbang itu terperangkap didalamnya.
Dua mayat itu masih berpakaian seragam dan melekat di tempat duduk dengan memakai tali pinggang keselamatan, lapor portal berita Detik.com.
Pasukan penyelam berjaya mengeluarkan salah satu mayat dan dibawa naik ke atas kapal KN Pacitan.

Mayat tersebut tidak dapat dikenal pasti kerana sudah mereput, kata Bambang.

Penyelam dijangka kembali ke kokpit tersebut pada pagi Sabtu untuk mengeluarkan satu lagi mayat yang tertinggal.

Pesawat AirAsia Indonesia terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu semasa dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Pesawat tersebut membawa 162 penumpang dan anak kapal.

Seramai 98 mayat telah dijumpai setakat ini. 
Ia termasuk mayat salah seorang juruterbang yang ditemui pada Jumaat dan satu lagi mayat di luar perairan Pinrang, Selatan Sulawesi. – The Straits Times/ANN

Cubaan Rompak Bank Gagal, 13 Maut Ditembak Polis


Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2015 3:39 PM

BRASILIA: Cubaan sekumpulan 30 lelaki untuk merompak sebuah bank Salvador tidak kesampaian apabila 13 daripada mereka maut ditembak polis pada Jumaat.
Rancangan kumpulan tersebut untuk merompak gagal apabila risikan polis menerusi kerjasama dengan pihak bank terlebih dahulu berjaya menghidu gerakan mereka.
Berikutan itu, berlaku siri berbalas tembakan antara polis dan penjenayah sehingga menyebabkan seorang anggota pihak berkuasa berpangkat sarjan cedera.
Lima suspek turut mengalami kecederaan dan dua daripada mereka dilaporkan parah serta dirawat di hospital. Suspek lain pula berjaya ditahan.
Polis turut merampas sejumlah senjata berkaliber tinggi yang digunakan penjenayah untuk merompak.
Polis bagaimanapun menerima kritikan dengan didakwa menggunakan kekerasan dalam membendung jenayah di negara berkenaan.

Masih pegang alat pengemudi


Anggota penyelamat mengeluarkan beberapa penumpang yang terselamat dalam nahas tersebut. Gambar kecil, Liao Chien-tsung.
Anggota penyelamat mengeluarkan beberapa penumpang yang terselamat dalam nahas tersebut. Gambar kecil, Liao Chien-tsung.
TAIPEI - TAIWAN . Juruterbang pesawat TransAsia Airways GE235 yang terhempas di Sungai Keelung di Taipei, masih memegang alat pengemudi di kokpit pesawat, apabila mayatnya ditemui, menurut laporan media Taiwan.

Liao Chien-tsung, 42 tahun, dipuji sebagai wira kerana berjaya mengelak daripada melanggar bangunan kediaman dan komersil ketika mengemudi pesawat malang itu, sebelum ia terhempas ke dalam sungai.

Mayat Liao ditemui dengan kedua-dua kakinya retak teruk, menurut akhbar berpangkalan di Taipei, China Times.

“Dia cuba sedaya upaya untuk memegang alat pengemudi hingga detik terakhir sebelum pesawat terhempas di sungai, dalam usaha untuk mengawal arah pesawat dan mengurangkan kematian,” menurut laporan itu.

Pesawat TransAsia ATR 72-600 itu yang membawa 58 penumpang dan kru, terhempas sejurus ia berlepas dari Lapangan Terbang Songshan dalam perjalanan ke pulau Kinmen.

Sementara itu, menurut TVBS, dua lagi mayat ditemui semalam, menjadikan angka korban kepada 33 setakat ini, 10 yang lain masih hilang.

Nahas tersebut merupakan yang kedua melibatkan pesawat TransAsia.

Julai lalu, 48 penumpang maut apabila sebuah lagi pesawat TransAsia terhempas ketika hendak mendarat di pulau kecil, Penghu.

Dalam perkembangan berkaitan, Pentadbiran Aeronautik Awam Taiwan (CAA), Lin Tyh-ming berkata pihaknya sudah mengharamkan TransAsia Airways daripada menambah laluan penerbangan baharu selama setahun.

"Syarikat penerbangan itu sudah pun dikecualikan dari peruntukan ruang udara baharu oleh CAA sejak Julai tahun lalu, selepas tragedi yang mengorbankan 48 orang," katanya. - Channel News Asia

Dah jatuh, digilis kereta

Beijing: Seorang lelaki warga emas menerima malang bertimpa apabila tidak dipedulikan selepas jatuh di tengah jalan sehingga dilanggar kereta.
Dalam kejadian di daerah Yuhuan, wilayah Zhejiang itu, warga emas terbabit terbaring di atas jalan selama lapan minit sebelum dilanggar sebuah kereta.
Sepanjang kejadian itu, empat kereta dan 23 orang lalu di situ tanpa menghiraukan mangsa.
Rakaman kamera litar tertutp (CCTV) menunjukkan hanya seorang wanita warga emas yang juga jiran mangsa berhenti untuk bertanyakan keadaannya.
Wanita itu kemudian beredar untuk mendapatkan bantuan keluarga mangsa selepas melihatnya tidak memberi sebarang tindak balas.
Namun dua jam kemudian, sebelum wanita terbabit sempat kembali ke situ, sebuah kereta datang merempuh mangsa malah mengheretnya untuk beberapa meter tanpa menyedari lelaki terbabit masih melekat di bawah kenderaannya.
Pemandu itu hanya berhenti selepas dimaklumkan orang ramai.
Keadaan mangsa tidak diketahui dan kes itu kini dalam siasatan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 6:28 AM


RAKAMAN CCTV menunjukkan mangsa terbaring tanpa dihiraukan orang ramai.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28636#sthash.By5PfKsK.dpuf

Labora si polis kebal

Jayapura: Labora Sitorus mungkin hanya anggota polis berpangkat rendah, tetapi tindakannya enggan membenarkan dirinya menjalani hukuman penjara membingungkan ramai pihak.
Labora termasuk dalam senarai buruan paling dikehendaki pihak berkuasa walaupun dia sebenarnya tidak pernah melarikan diri.
Akaun bank miliknya diragui kerana menyimpan wang bernilai Rp1.5 trilion (RM428 juta) dan selepas dibicarakan, didapati bersalah terbabit dalam salah guna kuasa.
Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda Rp5 bilion (RM1.4 juta) terhadap anggota polis yang berkhidmat di Sorong, Papua Barat.
Di sebalik hukuman itu, Labora tetap bertegas dia tidak bersalah dan enggan membiarkan dirinya ditangkap.
Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia Yasonna H Laoly berkata, Labora kekal bebas kerana dilindungi orang berkuasa.
“Jika tidak dilindungi kumpulan berpengaruh, mustahil dia kekal bebas,” katanya.
Justeru, kata Yasonna, kerajaan bercadang menghantar Labora ke penjara di luar Papua bagi mengelakkan dia melarikan diri.
Kemewahan Labora terbongkar pada 2003 apabila Pusat Aduan dan Analisis Transaksi Kewangan membongkar akaun bank tertuduh.
Labora dan ahli keluarganya didapati memiliki beberapa syarikat yang berdagang kayu haram serta subsidi bahan api.
Pejabat Pendakwa Papua kini sudah membentuk satu pasukan untuk mengheretnya ke penjara.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 6:26 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28634#sthash.eLeP55LV.dpuf

Cucu jadi cagaran tempat mandi awam


Beijing: Usianya baru enam tahun, tetapi datuknya rela meninggalkannya sebagai ‘jaminan’ di sebuah rumah mandi awam kerana tidak cukup wang untuk membayar hutang.
Lebih malangnya, jumlah diperlukan si datuk masih belum dijelaskan walaupun sebulan sudah berlalu, menyebabkan kanak-kanak terbabit - dikenali sebagai Siyao - terpaksa berkampung di rumah mandi berkenaan.
Pengurusnya, Mee Wang, 40, berkata pada awalnya si datuk memberitahu Siyao ingin mandi dalam air suam dan mendapatkan urutan badan.
Dia kemudian membawa cucunya itu ke sebuah rumah mandian di bandar Kunming, Yunnan.
Apabila tiba masa untuk membayar bil, si datuk mendakwa dia terlupa membawa dompet dan meminta izin pulang untuk mengambilnya di rumah.
Menurut Mee, untuk meyakinkannya lelaki warga emas itu meninggalkan Siyao di situ dan berjanji akan kembali bersama wang yang sepatutnya.
“Masalahnya, saya menunggu dia sebulan lalu.
“Sepanjang tempoh itu Siyao terpaksa dijaga sepenuhnya oleh pekerja di sini,” katanya.
Kisah Siyao dilaporkan dalam media tempatan dan pihak yang berkenaan merayu agar datuknya datang untuk membawanya pulang. - AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28918#sthash.4T3h6jbY.dpuf

Koma hela helium dewasa


Tokyo: Seorang daripada anggota kumpulan penyanyi kanak-kanak koma selepas menyedut gas helium dalam rancangan televisyen disertai mereka, kata stesen penyiar semalam.
Jurucakap TV Asahi Corporation berkata, kanak-kanak perempuan itu sebahagian daripada anggota kumpulan 3B Junior.
Ia dianggotai oleh 25 penyanyi berusia antara 10 dan 16 tahun.
Kata jurucakap berkenaan, mangsa yang koma berusia 12 tahun.
“Dia adalah satu daripada lima kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam rakaman rancangan televisyen pada 28 Januari lalu,” katanya.
Menurut jurucakap berkenaan, mangsa menyedut gas helium dari sebuah kanister sebagai syarat permainan.
Katanya, gas itu disedut untuk membolehkan suara budak terbabit berubah dan menceriakan lagi keadaan.
“Sejurus selepas menyedut helium yang diberi, kanak-kanak itu terus pengsan,” katanya.
Lapor media tempatan, kanak-kanak itu dibawa ke hospital Tokyo dan dia disahkan mengalami embolisme yang menyebabkan berlaku darah beku atau gelembung udara sehingga menyumbat arteri.
Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit kini semakin pulih walaupun lemah.
“Walapun kanak-kanak itu berstatus sebagai penyanyi, namanya harus dirahsiakan kerana dia masih di bawah umur,” katanya.
Sehubungan itu, TV Asahi memohon maaf dan akan membuat siasatan menyeluruh mengenai perkara itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28919#sthash.GIjeS95o.dpuf

Seru nama mangsa di tepi sungai


Taipei: Pasukan penyelamat Taiwan berusaha mencari 12 orang yang masih hilang dalam tragedi pesawat TransAsia yang terhempas, kelmarin.
Ratusan anggota penyelamat termasuk penyelam dan askar mempertingkatkan usaha mereka dalam keadaan cuaca serta air sejuk.
Pesawat malang itu terhempas tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Songshan, kelmarin selepas mengelak beberapa bangunan dan melanggar sisi jambatan serta sebuah teksi.
Dalam operasi yang berjalan sepanjang malam, sebahagian besar fiuslaj dikeluarkan dari sungai membolehkan mayat yang terperangkap di dalam juga dibawa keluar.
Penyelam meredah arus kuat untuk mencari mangsa yang dihanyutkan air.
Penyelam, Cheng Ying-chih berkata, penyelam menghadapi kesukaran disebabkan tidak dapat melihat di dalam air yang sejuk dan keruh, memaksa mereka hanya mampu bertugas selama sejam.
Sementara itu, keluarga mangsa berhimpun di tepi sungai sambil menangis serta memanggil nama orang tersayang manakala sami membacakan mantera dengan mengibas baju mangsa yang dipercayai dapat membawa roh mereka pulang.
Siasatan kini dijalankan terhadap punca kejadian, dengan pakar penerbangan dari Perancis serta Kanada dijangka tiba di Taiwan minggu ini.
Pada masa sama pelbagai kisah mula tersebar yang diceritakan mangsa terselamat.
Seorang ayah yang berjaya menyelamatkan bayinya berkata, dia menukar tempat duduk sebelum berlepas kerana rasa tidak sedap hati.
Tindakan itu mungkin menyelamat mereka apabila kemalangan menyebabkan badan pesawat di tempat duduk baru itu retak seterusnya membolehkan keluarga itu keluar selepas terhempas.
Lelaki warga emas Huang Chin-shun, 72, berkata, dia rasa ada sesuatu tidak kena dengan enjin pesawat sebaik berlepas jadi terus mengikat tali pinggang dan menyuruh gadis di sebelahnya melakukan perkara sama. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28920#sthash.187h5Oor.dpuf

Tak mengaku bunuh ibu

Denpasar: Seorang remaja Amerika Syarikat yang hamil semalam menegaskan dia tidak bersalah dalam kes pembunuhan ibunya di sebuah hotel di Bali.
Heather Mack berkata, dia sangat menyayangi ibunya dan merindui wanita itu setiap hari.
“Saya terpaku apabila melihat mayatnya,” katanya.
Heather, 19, dan teman lelakinya Tommy Schaefer, 21, menghadapi tuduhan membunuh Sheila von Wiese Mack, 62, pada Ogos tahun lalu.
Mayat Sheila ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan di dalam but teksi di depan hotel mewah di Bali.
Heather dan Schaefer didapati cuba melarikan diri selepas itu.
Berdasarkan siasatan, Sheila dipercayai dipukul oleh Schaefer kerana mangsa membangkitkan isu warna kulit .
Penyiasat juga percaya ketika kejadian Heather bersembunyi di dalam bilik mandi.
Kedua-dua mereka kemudian bersama-sama menyumbat mayat Sheila ke dalam beg pakaian.
Mereka berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Februari 2015 @ 7:44 AM


HEATHER dan Schaefer tiba di mahkamah untuk perbicaraan, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28922#sthash.SHMJdKdA.dpuf

Bebas ‘perisik’ Kanada

Beijing: Seorang wanita Kanada yang ditahan bersama suaminya kerana disyaki mencuri rahsia kerajaan dibebaskan dengan jaminan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata, Julia Garratt dibebaskan walaupun kes itu masih disiasat.
Dia dan suaminya Kevin, masing-masing berusia 50-an, ditahan pada 4 Ogos tahun lalu di Dandong yang bersempadan dengan Korea Utara selepas kerajaan China mengambil tindakan terhadap kumpulan mubaligh Kristian yang membantu pelarian dari negara jiran itu.
Hong berkata, pasangan suami isteri itu didakwa mencuri rahsia kerajaan serta mengintip, manakala Garratt yang sebelum ini diawasi di tempat kediamannya kini dipindahkan ke pusat tahanan.
“Garratt dan Julia disyaki menggugat keselamatan negara. Pihak berkuasa China akan mengendalikan kes itu dan memastikan hak mereka terlindung mengikut undang-undang,” katanya.
Pasangan itu berasal dari Vancouver, berpindah ke China pada 1984 dan sejak 2008 menjalankan perniagaan kedai kopi di Dandong. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Februari 2015 @ 7:46 AM


GAMBAR fail menunjukkan Julia dan Kevin diapit dua anak mereka.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28926#sthash.e3LIoF8w.dpuf

Berjuang hingga saat akhir

PENYELAMAT bertafakur berhampiran mayat pesawat terhempas.


Taipei: Juruterbang syarikat TransAsia Airways dipercayai ‘berjuang’ hingga ke saat terakhir untuk menyelamatkan pesawat malang itu berdasarkan keadaan mayatnya yang masih memegang alat kawalan di dalam kokpit.
Menurut sumber, juruterbang pesawat udara ATR 72-600 itu ditemui dengan kedua-dua tangannya masih memegang erat alat kemudi, manakala kakinya patah.
“Liao Chien-tsung berusaha mengawal pesawat udara berkenaan sehingga ia menjunam ke dalam Sungai Keelung,” katanya.
Rabu lalu, kapal terbang berkenaan mengalami kemalangan hanya beberapa minit sesudah berlepas dari Lapangan Terbang Songshan di Taipei.
Ia kemudian menempuh laluan di celah bangunan sebelum sebahagian sayapnya terkena sebuah teksi serta struktur jambatan.
Ia akhirnya terhempas di Sungai Keelung.
Daripada 58 penumpang dan kru berada dalam pesawat udara itu, hanya 15 orang terselamat.
Pelbagai pihak memuji keberanian Liao mengemudi pesawat udara itu sehingga ia dapat meminimumkan kematian serta kerosakan.
Pemimpin dan rakyat Taiwan juga memberi penghormatan tinggi kepada Liao, manakala akhbar utama negara itu menyiarkan laporan mengenainya di halaman depan.
Sementara itu, Pengarah Pentadbiran Aeronautik Awam, Lin Tyh-ming berkata, ia adalah kemalangan kedua membabitkan syarikat penerbangan sama.
“Kami mengenakan sekatan permohonan laluan baru selama setahun ke atas TransAsia Airways,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Februari 2015 @ 7:19 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29220#sthash.xX06GAnm.dpuf

Bapa gari tangan anak elak diculik


Gambar merakamkan Chen Yen menggari tangan anak perempuannya bersama
Gambar merakamkan Chen Yen menggari tangan anak perempuannya bersama tangannya ketika mereka menunggu kereta api sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan anaknya menjadi mangsa culik. – AGENSI
BEIJING 6 Feb. – Demi menjaga keselamatan anak perempuannya daripada menjadi mangsa culik, seorang ayah di China sanggup bertindak di luar jangkaan apabila menggari tangannya dengan tangan anaknya ketika berjalan di luar rumah.
Kejadian tersebut sempat di­rakamkan oleh orang ramai di stesen kereta api Beijing South, baru-baru ini yang menunjukkan lelaki yang dikenali sebagai Chen Yen dan anak perempuannya sedang menunggu kereta api dalam keadaan tangan mereka bergari untuk menghadiri Festival Musim Panas.
Portal berita Mail Online yang memetik kenyataan Chen berkata, dia berbuat demikian selepas mendapat berita tentang anak perempuan jirannya diculik di luar sekolah dan dia berbuat demikian bagi mengelakkan perkara itu berlaku terhadap anaknya.
Pada hari yang sama, Chen berkata, polis menerusi siaran televisyen turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kegiatan penyeluk saku dan pencuri sepanjang festival itu berlangsung.
“Saya tidak kisah tentang penyeluk saku, tetapi lebih bimbangkan jika kehilangan anak saya.
“Saya tidak mahu perkara yang buruk berlaku kepadanya dan saya mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal,” kata Chen.
Dia turut memberi anaknya memakai jam tangan yang boleh dikesan pada setiap masa serta seutas rantai yang mempunyai nombor telefonnya untuk dihubungi jika berlaku kecemasan.
“Ibu bapa perlu mengambil langkah yang sepatutnya demi keselamatan anak mereka dan jangan membiarkan mereka bermain di jalan raya yang boleh menyebabkan berlaku kejadian culik,” katanya.
Dianggarkan 70,000 kanak-kanak diculik di China setiap tahun, walaupun pihak berkuasa menjalankan kempen memerangi pasaran gelap yang menjual mangsa culik di bawah umur.
Kebanyakan mangsa dipercayai diculik oleh kumpulan penjenayah yang menjual mereka kepada pasangan yang tidak mempunyai anak atas sebab-sebab tertentu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bapa-gari-tangan-anak-elak-diculik-1.56882#sthash.xV2xmrLG.dpuf

Pak Arab tak sempat lari

Kuala Lumpur: Seorang lelaki Timur Tengah yang disyaki anggota kanan sebuah kumpulan pengganas di Syria ditahan dalam satu operasi khas di Kuala Lumpur, 31 Januari lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek yang berusia 45 tahun itu menyertai kumpulan pengganas di Syria sejak Mei 2012 hingga Mei tahun lalu.
Menurutnya, suspek juga pernah memasuki beberapa negara di Timur Tengah, utara Afrika dan satu negara di Asia Tenggara sebelum menyusup masuk ke Malaysia, pertengahan bulan lalu.
“Suspek adalah bekas komander kumpulan pengganas beroperasi di Syria dan Iraq. Malah, dia turut disenaraikan sebagai suspek paling dikehendaki oleh pihak keselamatan di satu negara di Timur Tengah.
“Dia ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki menggunakan pasport palsu dan dia sudah dihantar balik ke negara asalnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Februari 2015 @ 5:21 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29297#sthash.tF3wDFJ4.dpuf

Pukul emak sampai maut

Kuantan: Seorang wanita berusia 47 maut selepas dipukul dengan batang cangkul oleh anak lelakinya yang berusia 20 tahun dalam kejadian di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian pada 6.30 petang semalam.
Menurutnya, ketika itu mangsa, Hamidah Mat Zin, 47, yang juga pekerja am di sebuah sekolah kebangsaan sedang berehat di ruang tamu rumahnya.
"Suspek dikatakan meracau sendirian sebaik memasuki ruang tamu rumah berkenaan, sebelum bertindak memukul kepala ibunya dengan batang cangkul bertubi-tubi.
"Difahamkan, suspek yang pernah menerima rawatan psikitari di Wad Dahlia Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, kemudian lari meninggalkan rumah berkenaan.
“Anak saudara mangsa yang kebetulan singgah di rumah itu melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri sebelum menghantarnya ke HTAA," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata, suspek ditahan di rumah berkenaan, kira-kira dua jam selepas kejadian.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kami sudah merampas kayu cangkul yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
"Suspek kini ditahan reman seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh," katanya.
Mangsa yang dihantar ke HTAA oleh anak saudaranya meninggal dunia jam 9.30 pagi tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Februari 2015 @ 8:53 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29305#sthash.ueCeoRX4.dpuf