Changsha, China: Seorang bekas guru bahasa Inggeris berusia 94 tahun dari wilayah Huan tidak lagi boleh bercakap bahasa Cina selepas mengalami infarksi serebrum.
Penyakit itu dikenali sebagai strok yang berpunca daripada darah tersumbat.
Menurut doktor, bahagian otak Liu Jiayu yang dikaitkan dengan bahasa ibundanya mengalami kerosakan.
Disebabkan itu, Liu hanya mampu berbahasa Inggeris malah tidak langsung memahami bahasa Cina.
Pakar neurologi Dr Gregory O'Shanick berkata, keadaan pertuturan sama termasuk Sindrom Aksen Asing dilaporkan berlaku di seluruh dunia dan kebiasaannya terjadi selepas pesakit mengalami strok atau trauma otak lain.
“Kejadian seperti ini jarang berlaku dan sukar untuk mengkajinya.
“Kebiasaannya, situasi ini menyebabkan orang mempelajari bahasa kedua mampu bertutur lebih baik dengan bahasa itu selepas mengalami kecederaan,” katanya.
Menurutnya, maklumat berkaitan bahasa ibunda disimpan dalam otak bahagian kiri, sementara kebolehan bercakap bahasa kedua (khususnya bahasa yang tidak dipelajari sejak kecil) datang dari bahagian kanan. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28364#sthash.omXP6op5.dpuf