Search This Blog

Friday, January 30, 2015

Remaja bersenjata serbu syarikat televisyen


Suspek kelihatan memegang pistol dalam video yang berjaya dirakam. - Foto Dailymail UK
Suspek kelihatan memegang pistol dalam video yang berjaya dirakam. - Foto Dailymail UK
HILVERSUM - BELANDA. Seorang remaja berumur 19 tahun ditahan selepas menyerbu sebuah syarikat televisyen swasta dengan senjata palsu.

Syarikat tersebut, NOS terpaksa menghentikan siaran selama sejam, menyebabkan rakyat negara tersebut tertanya-tanya.

Rakaman serbuan remaja berkenaan dan serbuan polis keatas remaja tersebut disiarkan ke saluran nasional.

Menurut laporan Assiociate Press, remaja berkenaan mendakwa beliau seorang 'hacker' dan terdapat beberapa bom yang akan diletupkan di beberapa lokasi jika permintaan beliau tidak dipenuhi.

Polis masih menyoal siasat remaja berkenaan dan mengenal pasti motif serangan.

Gadis mental maut ditembak polis


Kristiana Coignard. - Foto The Guardian
Kristiana Coignard. - Foto The Guardian
TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang gadis maut dilaporkan ditembak empat kali oleh dua anggota polis di sebuah balai polis, Khamis lepas.

Menurut laporan The Guardian, Kristiana Coignard, 17, didakwa menyerbu pegawai polis di stesen berkenaan menggunakan sebuah pisau pemotong daging.

Sebuah rakaman yang merakam aksi Coignard juga disiarkan selepas kejadian menimbulkan persoalan mengenai penggunaan senjata api oleh pihak berkuatan itu.

Menurut ibu saudara Coignard, Heather Robertson, anak saudaranya mempunyai masalah mental bi-polar dan pernah cuba untuk membunuh diri, namun tidak pernah bertindak ganas ataupun mengancam orang lain.

Ketua Polis Texas, Don Dingler pula memberitahu, tindakan anggota polis tersebut adalah bersesuaian dengan situasi kejadian.

Polis masih lagi menyiasat kejadian tersebut.

2 bayi, 1 jururawat maut dalam letupan gas di hospital bersalin Mexico



ANGGOTA penyelamat memeriksa lokasi letupan gas yang memusnahkan sebahagian besar bangunan hospital bersalin di Mexico City awal pagi tadi. - Foto Reuters
BANDARAYA MEXICO: Letupan trak gas memusnahkan hospital bersalin Bandaraya Mexico, menyebabkan dua bayi dan seorang jururawat terbunuh dan berpuluh lagi cedera manakala puluhan ibu bergegas menyelamatkan bayi masing-masing yang baru lahir ketika bangunan mula runtuh.
Ratusan anggota penyelamat, termasuk yang membawa anjing pengesan, menggali runtuhan Hospital Bersalin dan Kanak-kanak di Cuajimalpa selepas kejadian letupan itu biarpun pihak berkuasa berharap tiada sesiapa yang terperangkap.
"Masih terngiang-ngiang tangisan bayi di bawah runtuhan itu dan jeritan rakan setugas," kata Ivonne Ortega, jururawat yang cedera ketika membantu memindahkan bayi yang baru lahir.
Setiausaha Kesihatan Bandaraya Mexico, Armando Ahued, berkata seorang jururawat dan bayi terbunuh di tempat kejadian manakala seorang bayi meninggal dunia akibat kecederaan di hospital lain.
Katanya, 73 orang cedera manakala sembilan bayi dalam keadaan sukar.
Kira-kira tiga suku bangunan runtuh akibat letupan itu yang berlaku kira-kira jam 7 malam waktu tempatan selepas pekerja gagal mengawal kebocoran paip gas.
Datuk Bandar, Miguel Angel Mancera, berkata tiga pengendali trak gas berkenaan ditahan dengan dua daripada mereka dirawat di hospital.
Mereka adalah pekerja syarikat Gas Express Nieto yang membekalkan 31 hospital sejak 2007.
Ramai pelanggan di Mexico memperoleh gas yang dihantar trak propane.

Maut terbakar


Anggota bomba sedang mengangkat mayat mangsa yang ditemui terbakar di rumahnya.
Anggota bomba sedang mengangkat mayat mangsa yang ditemui terbakar di rumahnya.
SUNGAI MANGGIS - Seorang kakitangan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) ditemui mati di  bilik tidur dalam satu kebakaran di rumahnya di Taman Langat Jaya, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi itu disedari jiran-jiran apabila mendapati kepulan asap keluar daripada rumah mangsa.

Abang ipar mangsa, P.Arumugam berkata, dia menerima panggilan telefon dari jiran memaklumkan seolah-olah berlaku kebakaran di dalam rumah.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi dia mendapati abang iparnya berada di bawah katil dan sebahagian perabot biliknya turut terbakar.

“Mangsa, L.Joseph, 56, adalah seorang kakitangan MDKL dan akan bersara dua hari lagi.

“Namun, Joseph telah mengambil cuti sakit sehingga hari bersara akibat menghidap penyakit sawan,” katanya.

Arumugam memaklumkan, ketika kejadian isterinya sudah keluar bekerja manakala anak perempuan mangsa sudah ke sekolah.

Katanya, dia sendiri tidak sangka kejadian itu menimpa abang iparnya namun memaklumkan mangsa telah dihantar ke Hospital Banting untuk siasatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.18 pagi dan kebakaran itu melibatkan sebuah bilik tidur di rumah teres dua tingkat.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi hanya 40 peratus kawasan terbakar dan mendapati mangsa ditemui terbakar dan disahkan mati oleh pihak hospital.

“Kami melakukan pemadaman menggunakan satu aliran hos 100 kaki satu pancutan nozel dari pam air jentera bomba sehingga padam sepenuhnya.

“Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Jaslizad memaklumkan semasa pihak bomba sampai di lokasi, pintu masuk utama didapati berkunci.

Katanya, anggota bomba terpaksa mengumpil pintu jeriji rumah tersebut yang disaksikan oleh pihak polis untuk membuat tindakan pemadaman dan penyelamatan.

Sementara itu, Yang Di Pertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali ketika dihubungi mengesahkan mangsa merupakan kakitangan MDKL namun telah memohon cuti sakit sehingga hari dia bersara.

Katanya, beliau simpati dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan dan menyifatkan kakitangannya itu seorang yang berdedikasi.

Pemandu ambulans terlantar koma


Md Sohaimi (kanan) melihat keadaan Za Ismail yang terlantar koma sejak setahun lalu di Felda Bukit Goh.
Md Sohaimi (kanan) melihat keadaan Za Ismail yang terlantar koma sejak setahun lalu di Felda Bukit Goh.
KUANTAN – Gara-gara lambat mendapatkan rawatan di hospital, seorang pemandu ambulans kini terlantar koma sejak setahun lalu.

Norashidah Abdul Hamid, 32, berkata, bapa saudaranya, Za Ismail Mohamad, 42, pada awalnya hanya demam biasa, namun masih tidak kebah menyebabkan demamnya itu terus melarat.

Menurutnya, bapa saudaranya itu hanya mendapatkan rawatan di hospital apabila tidak sedarkan diri dan sehingga kini dia terus koma serta terlantar.

Katanya, doktor maklumkan demam yang berpanjangan itu menyebabkan kuman mula merebak sehingga ke otak.

“Disebabkan itu, keadaan Pok Din (Za Ismail) kini tidak berubah sejak hari pertama dia dikejarkan ke hospital.

“Walaupun sudah setahun berlalu, keadaan Pok Din terus begini, hanya bernafas melalui lubang yang ditebuk di lehernya sahaja,” kata Norashidah.

Za Ismail yang kini dijaga oleh bapa Norashidah, Abdul Hamid, 52, di Felda Bukit Goh mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Za Ismail yang merupakan anak kelapan daripada 12 beradik kini dijaga rapi oleh keluarganya di sini yang sentiasa berharap agar dia kembali sembuh.

“Walaupun kami terpaksa jaga Pok Din, dia tidak pernah menjadi beban kepada kami, sebaliknya menjadikan hubungan kekeluargaan kami makin erat.

“Kami 15 beranak di rumah ini akan bergilir-gilir menjada Pok Din kerana sebelum ini hubungan kami memang sudah rapat,” katanya.

Norashidah berkata, walaupun mereka sekeluarga tidak mewah, tetapi masih mahu melakukan yang terbaik untuk bapa saudaranya itu.

Nasib Za Ismail mendapat perhatian Adun Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah.

Md Sohaimi turut menyampaikan sumbangan lampin pakai buang untuk keperluan Za Ismail.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menderma di Bank Simpanan Nasional (BSN) 06400141000068327 atas nama Norashidah Abdul Hamid.

Dua anggota polis maut kemalangan


  • Keadaan salah seorang mangsa dan motosikal yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.Keadaan salah seorang mangsa dan motosikal yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.
 1 / 1 
PEKAN - Dua anggota polis maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 6, Jalan Pekan-Kuantan, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, Koperal Helmee Akhsan Yahya, 29, yang menunggang motosikal polis trafik jenis Honda ST 1300 gagal mengelak sebelum bertembung dengan Koperal Amran Abdullah, 48, yang sedang melintas jalan berdekatan dengan Kolej Automotif Antarabangsa Malaysia (ICAM) di sini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, akibat pelanggaran tersebut, motosikal yang ditunggang oleh Helmee yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Pekan terbabas ke pembahagi jalan sebelum melanggar pasu di situ.

“Helmee meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Pekan akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Amran yang bertugas di Cawangan Tugas Am IPD Pekan menghembus nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di hospital sama kira-kira 4.20 petang.

“Ketika kemalangan itu berlaku, Helmee dalam perjalanan menghala ke Ubai bagi penugasan rondaan (escort),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, apabila tiba di kawasan kejadian, berlaku pelanggaran antara motosikal yang ditunggang oleh Helmee dengan Amran yang ketika itu sedang melintas jalan.

“Akibat pelanggaran itu, motosikal Helmee terbabas ke pembahagi jalan sebelum melanggar pasu bunga hiasan yang terdapat di situ.

“Siasatan di kawasan kejadian mendapati bahu jalan yang tidak berturap selain permukaan jalan yang rata. Bagaimanapun siasatan lanjut berkaitan kemalangan ini masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Jenazah Helmee akan dikebumikan di Kampung Mangkok, Setiu, Terengganu manakala Amran di Kampung Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan selepas dituntut oleh keluarga masing-masing.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1), AKta Pengangkutan Jalan 1987.

Fanatik gym hampir maut kerana steroid


Harriss. - Foto Sumber Daily Mail UK
Harriss. - Foto Sumber Daily Mail UK
ESSEX - BRITAIN. Seorang pengguna gym hampir maut akibat kegagalan jantung kerana penggambilan steroid.

Jantung Ryan Harriss, 22, dilaporkan membengkak dan membesar dari kadar biasa, malah mempunyai tekanan darah terlalu tinggi.

Menurut laporan Daily Mail UK, Harriss mula mengambil steroid selepas hasil latihan gym tidak memberikan kesan memuaskan.

"Saya mula menambah dos steroid selepas badan bertambah berotot," kata Harriss.

Selain itu, Harriss juga menggunakan pelbagai jenis steroid, atau dikenali sebagai stacking.

"Ramai orang menggunakan steroid, saya nasihatkan supaya tidak menyalahgunakannya," tambah Harriss selepas berjanji untuk tidak menggunakan steroid lagi.

QZ8501: Pembantu juruterbang kawal pesawat


Pengerusi NTSC, Tatang Kurniadi (kiri) menerangkan sesuatu mengenai pesawat QZ8501 ketika sidang media di Jakarta, semalam.
Pengerusi NTSC, Tatang Kurniadi (kiri) menerangkan sesuatu mengenai pesawat QZ8501 ketika sidang media di Jakarta, semalam.
JAKARTA - INDONESIA. Pembantu juruterbang didakwa mengambil alih kawalan pesawat QZ8501 sebelum ia terhempas ke dalam Laut Jawa pada bulan lalu, menurut Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC), semalam.

Laporan NTSC menyebut Remi-Emmanuel Plesel cuba untuk mengelakkan cuaca buruk dan tindakannya itu turut dipantau oleh Kapten Iriyanto.

Ketua penyiasat agensi itu, Mardjono Siswosuwarno berkata, pesawat terbabit mengambil masa selama kira-kira tiga minit sebelum ia terjunam ke dalam laut.

"Perakam data penerbangan memberi gambaran yang cukup jelas mengenai apa yang berlaku terhadap QZ8501 pada saat-saat akhir sebelum nahas itu berlaku.

"Pesawat yang membawa 162 penumpang itu disahkan berada dalam keadaan baik sebelum ia berlepas dari Singapura pada 28 Disember lalu," jelasnya.

Menurutnya lagi, pesawat terbabit juga terbang pada ketinggian yang stabil dan had berat dibenarkan, namun beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai punca nahas tersebut menurut laporan AFP.

Kanada pantau 15 juta fail muat turun


Ibu pejabat agensi pemantauan elektronik tersebut berpusat di Ottawa.
Ibu pejabat agensi pemantauan elektronik tersebut berpusat di Ottawa.
OTTAWA - KANADA. Agensi pemantauan elektronik Kanada didakwa telah melakukan pengintipan ke atas jutaan fail yang dimuat turun di seluruh dunia.

Menurut laporan Press TV, perkara itu dibongkar oleh CBS News dan wartawan, Glenn Greenwald yang mendedahkan Penubuhan Keselamatan Komunikasi Kanada (CSE) menganalisis lebih 15 juta gambar, video, dokumen muzik dan fail lain yang dimuat turun oleh pengguna internet.

Projek pengintipan digelar Leviathan itu didakwa turut menjejaki lebih 102 laman perkongsian termasuk Rapidshare, Sendspace dan Megaupload.

"Insiden itu didedahkan bekas pembocor maklumat rahsia Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA), Edward Snowden. Ia adalah program pengintipan secara besar-besaran yang melibatkan CSE," kata Greenwald.

Sementara itu, beberapa penganalisis juga mengesahkan laporan tersebut adalah sahih.

Mayat Lelaki Bertatu Ditemui Terapung Di Lombong


Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 11:27 PM

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an ditemui dalam keadaan terapung di lombong berdekatan bulatan Batu Caves Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Kepong, tengah hari Khamis.
Ketua Polis Daerah Sentul, R.Munusamy berkata, pihaknya menerima panggilan penemuan mayat itu pada 1.40 tengah hari dan sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati mayat lengkap berpakaian seluar jean, kemeja-T serta kasut sandal.     
"Tiada pengenalan diri ditemui dan pemeriksaan luaran fizikal dilakukan, tiada kesan mencurigakan, bagaimanapun mayat berkenaan mempunyai tatu lambang nazi di ibu jari tangan kanannya," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Mayat itu dihantar ke hospital Selayang untuk bedah siasat, katanya.

MH17: Peguam Terkenal AS Jumpa Keluarga Mangsa


Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 10:26 AM

PETALING JAYA: Tragedi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine Julai lalu terus mendapat perhatian dunia apabila peguam antarabangsa dijadualkan akan ke Kuala Lumpur dan bertemu ahli keluarga mangsa dalam tempoh terdekat.
Dua peguam terkenal itu dikatakan akan terbang dari Amerika Syarikat (AS) bagi menawarkan bantuan kepakaran dan memastikan kepentingan ahli keluarga dilindungi mengikut sistem perundangan, seterusnya mendapat keadilan daripada insiden yang berlaku.
Difahamkan, kunjungan mereka ke sini bukanlah atas jemputan waris atau mana-mana ahli keluarga mangsa, sebaliknya mendakwa ‘dihantar’ oleh sebuah firma pengurusan tuntutan yang berpengkalan di Australia.
Syarikat tersebut berpengalaman dalam menyediakan bantuan kepakaran kepada mangsa dan ahli keluarga yang terbabit dalam kemalangan udara di seluruh dunia sejak 1991.
Don Shahidan Kassim, abang kepada Ketua Pramugari MH17, Allahyarham Dora Shahila Kassim berkata, beliau sedikit terkejut apabila menerima mesej melalui aplikasi pesanan ringkas WhatsApp pada minggu ini.
Katanya, mesej tersebut dihantar oleh seorang wakil dari sebuah syarikat pengurusan tuntutan Australia yang memperkenalkan dirinya sebagai Shanti.
Dalam mesej yang dipercayai dihantar kepada semua waris mangsa, beliau memaklumkan tentang objektif kunjungan dan pertemuan iaitu bagi memastikan kepentingan setiap waris mangsa dilindungi dan mereka mendapat keadilan sepenuhnya.
“Saya terima satu mesej memberitahu bahawa seorang pengarah dan peguam dari firma guaman di Amerika akan datang ke Kuala Lumpur dan bertemu keluarga mangsa MH17.
“Untuk memastikan bahawa mesej itu bukan mesej palsu, saya bertanyakan kepada beberapa ahli keluarga mangsa yang lain bagi mendapatkan kepastian dan mereka mengesahkan menerima mesej sama,” katanya kepada mStar Online, Khamis.
Bagaimanapun Don berkata, dia telah membuat keputusan untuk tidak hadir pertemuan itu dan tidak akan memberi sebarang maklum balas terhadap mesej tersebut.
Menurut mesej yang diterima, ia juga bertanya sama ada waris atau ahli keluarga mangsa mempunyai kelapangan masa dalam tempoh yang dicadangkan, selain bentuk pertemuan bagaimana yang dirasakan lebih selesa, sama ada secara individu atau berkumpulan.
Sementara itu, Asmaa Aljuned, isteri kepada pembantu juruterbang MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, mengesahkan menerima mesej tersebut tetapi belum membuat keputusan sama ada mahu terlibat dengannya ataupun tidak.
“Melantik peguam atau mengambil tindakan undang-undang bukanlah apa yang ada dalam fikiran saya atau sedang saya usahakan pada masa ini," katanya.
Katanya, dalam hal ini beliau tidak mahu membuat keputusan berdasarkan ‘apa yang orang lain kata’ sebaliknya akan melihat situasi yang berlaku secara keseluruhan dan menyeluruh terlebih dahulu.
“Sehingga sekarang saya belum melantik mana-mana peguam. Perkara itu adalah begitu jauh,” kata Asmaa.
Mariyam Yusof, isteri kepada Ketua Juruterbang MH17, Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin berkata, dia tidak terkejut menerima mesej tersebut ketika seluruh dunia masih memperkatakan tentang nahas pesawat itu yang berlaku pada 17 Julai tahun lalu.
Bagaimanapun katanya, tawaran itu tidak diterimanya memandangkan dia sudah pun mempunyai peguam yang turut mewakili beberapa ahli keluarga mangsa yang lain.
"Sebarang perbincangan dan keputusan berkaitan dengan suami saya akan dilakukan bersama peguam saya. Itu yang saya katakan kepada dia.
"Apa yang saya harapkan adalah hak dan keadilan di atas kejadian yang menimpa suami," kata Mariyam yang pertama kali menerima mesej seumpama itu dan tidak mengenal wanita yang mengirimkam mesej berkenaan.
Bagi Chong Seng See, abang kepada pramugari MH17, mendiang Chong Yee Peng, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan terhadap tawaran itu.
Katanya, walaupun ahli keluarganya tidak mempunyai peguam untuk diwakili berhubung insiden MH17 ketika ini, tetapi setiap keputusan perlu dipertimbangkan dengan teliti.
"Banyak perkara yang kami sekeluarga perlu pertimbangkan demi keadilan dia (Yee Peng) tetapi masih belum ada keputusan dibuat pada masa ini.
"Kami akan fikirkan apakah yang terbaik. Namun apa yang lebih penting sekarang adalah menjaga hati ahli keluarga masing-masing yang sedang meneruskan kehidupan baharu di atas kejadian yang berlaku," katanya sambil menambah mesej berkenaan diterima oleh salah seorang ahli keluarganya dua hari lalu.

Hati-hati kes langgar belakang kereta


KUALA LUMPUR: Sebanyak 44 kes samun kereta menerusi modus operandi melanggar bahagian belakang kereta mangsa terlebih dahulu dilaporkan berlaku sejak Jun tahun lepas di sekitar sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, antara kereta yang sering menjadi sasaran ialah Toyota Hilux, Toyota Camry dan Honda CRV.
"Kejadian dilaporkan kerap berlaku di sekitar Brickfields, Cheras dan Sentul. Kebanyakan kejadian melibatkan susur keluar bersempadan antara lebuh raya atau laluan Kuala Lumpur ke Selangor.
"Pada Jun hingga Dis tahun lepas, sebanyak 33 kes dilaporkan manakala di bulan Januari sehingga kini, sebanyak 11 kes dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata jenayah itu dilakukan oleh dua hingga empat lelaki sekitar 6 pagi hingga tengah hari dan dari 6 petang hingga tengah malam.
"Modus operandi kumpulan penjenayah ini adalah melanggar kereta mangsa dari belakang, mengacukan senjata tajam dan melarikan kereta selepas mangsa menghentikan kereta di tepi jalan untuk berbincang mengenai kemalangan," katanya.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memberhenti kenderaan di tepi jalan selepas dilanggar tetapi terus ke balai polis untuk tindakan lanjut.
Bilik Gerakan Jabatan Siasatan Jenayah D9 IPKKL boleh dihubungi di talian 03-21460685 atau hotline 03-211599999. - BERNAMA

Dua tengkorak, cebisan tulang ditemui dekat Bestari Jaya

KUALA SELANGOR: Dua tengkorak dan cebisan tulang dalam keadaan terbakar ditemui di Ladang Estet Tennamaram, Bestari Jaya, di sini, tengah hari tadi.
Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dimaklumkan kepada polis oleh seorang pemancing yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.
Menurut sumber, tengkorak dan cebisan tulang berkenaan ditemui terbakar bersama beberapa cebisan tayar.
"Siasatan lanjut di tempat kejadian juga turut menemui rantai leher namun ia masih belum dapat disahkan siapa pemiliknya," katanya.
Sumber berkata, pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

Pengarah urusan syarikat pembalakan didakwa peroleh 2.7 juta unit saham

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah urusan syarikat pembalakan, TH Group Berhad didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 53 tuduhan memperoleh lebih 2.7 juta unit saham syarikatnya melalui penyampaian maklumat sulit, tujuh tahun lepas.
Lei Lin Thai, 77, yang diwakili peguam Alex Tan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Tiga wanita iaitu Wong Joon Mui, 44, Chung Yin Mui, 64, dan Lau Sin Ling, 44, mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Lei selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan.
Mengikut pertuduhan, Lei didakwa memperoleh 2.77 juta unit saham syarikat melalui akaun Sistem Depositori Pusat milik Wong, Chung dan Lau serta seorang lagi wanita, Ng Lai Sim.

Lei didakwa memperoleh unit saham itu dengan cara menyampaikan maklumat sulit iaitu maklumat cadangan penswastaan TH Group Berhad melalui 'Selective Capital Repayment', yang tidak boleh didapati secara umum.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Bursa Malaysia Securities Berhad, Exchange Square, Bukit Kewangan di sini antara 5 Jun hingga 22 September 2008.
Dia didakwa mengikut Seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM1 juta, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Wong, 44, yang diwakili peguam Mohd Radhi Azizan, didakwa terhadap 23 pertuduhan bersubahat dengan Lei bagi memperoleh 890,000 unit saham syarikat TH Group Berhad, antara 1 Ogos hingga 11 September 2008.
Chung, 64, yang diwakili peguam Geraldine Oh, didakwa terhadap 13 pertuduhan bersubahat dengan Lei bagi memperoleh 557,700 unit saham syarikat itu antara 5 Jun hingga 5 Ogos 2008.
Lau, 44, yang diwakili peguam Masleena Zaid didakwa atas enam tuduhan bersubahat dengan orang yang sama bagi memperoleh 578,900 unit saham syarikat TH Group Berhad antara 15 September hingga 22 September 2008.
Ketiga-tiga wanita itu didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di Bursa Malaysia Securities Berhad, mengikut Seksyen 370(1)(c) akta yang sama.
Hakim Mat Ghani Abdullah kemudiannya membenarkan Lei diikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin manakala Wong dan Chung diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.
Sementara itu, Lau, seorang warga Singapura dikenakan jaminan RM100,000 dengan dua orang penjamin warganegara Malaysia.
Di Mahkamah Sesyen berasingan, Ng Lai Sim, 47, didakwa terhadap 11 pertuduhan bersubahat dengan Lei bagi memperoleh 740,000 unit saham syarikat itu di Bursa Malaysia Securities Berhad antara 18 Jun hingga 24 Julai 2008.
Wanita itu, yang diwakili peguam Lim Kon Keen, didakwa mengikut Seksyen 370(1)(c) akta sama, yang memperuntukkan hukuman sama.
Hakim Abdul Rashid Daud membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah memerintahkan supaya kesemua kes itu dibicarakan bersama dan menetapkan 3 Mac depan untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rosmawar Rozain daripada Suruhanjaya Sekuriti. - BERNAMA

24 hilang, bot Bangladesh ke Malaysia karam - polis

DHAKA: Sebuah bot nelayan yang sarat dengan migran Bangladesh yang dikatakan hendak ke Malaysia karam dibadai ombak besar hari ini dan 24 penumpang masih hilang, kata polis.
Pihak berkuasa sudah menyelamatkan 32 wang Bangladesh di Teluk Benggal selepas bot itu karam kira-kira 2.5 kilometer dari pantai, tetapi ramai yang masih hilang.
"Kira-kira 24 orang masih hilang. Pengawal pantai dan polis masih meneruskan operasi menyelamat," kata seorang pegawai polis, Masud Alam.
"Penumpang yang terselamat beritahu kami ada kira-kira 60 orang dalam bot itu. Semua penumpang adalah warga Bangladesh dan mereka menuju ke Malaysia secara haram menerusi laut," katanya.
Anggaran mengenai jumlah penumpang tidak sama, apabila sebuah stesen TV swasta, Somoy dalam laporannya menyebut ada 100 penumpang ketika bot itu karam berhampiran pulau Kutubdia.
Bot itu dipukul ombak besar tidak lama selepas meninggalkan Chittagong, sebuah bandar pelabuhan di selatan negara itu.
Beribu-ribu warga miskin Bangladesh termasuk pelarian etnik Rohingya meninggalkan Myanmar untuk ke Malaysia setiap tahun dengan melalui perjalanan laut yang berbahaya sejauh 3,200 kilometer. - AFP

38,000 budak Somalia mungkin mati kebulur

Nairobi: Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya 38,000 kanak-kanak Somalia berisiko tinggi mati akibat kebuluran.
Berdasarkan data terkini yang dikumpul oleh anggota PBB, peningkatan kebuluran berlaku berikutan musim kemarau teruk sejak tiga tahun lalu, selain perang berpanjangan yang mengakibatkan jutaan penduduk terkorban.
Menurut laporan yang dikeluarkan agensi itu, secara keseluruhan lebih 731,000 orang, termasuk 203,000 kanak-kanak, menghadapi masalah kekurangan zat makanan walaupun berlaku penurunan kecil dalam jumlah mereka sejak enam bulan yang lalu.
Dianggarkan 202,600 kanak-kanak bawah usia lima tahun adalah antara 38,200 orang yang berdepan masalah kebuluran.
Sementara itu, lebih 250,000 orang dengan separuh daripadanya kanak-kanak, mati kerana kebuluran yang dahsyat pada 2011. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27246#sthash.0mpx8swi.dpuf

2.25 juta kandungan digugurkan di Pakistan

Islamabad: Kajian baru-baru ini mendedahkan hampir 2.25 juta kandungan digugurkan di Pakistan pada 2012.
Kajian bersama dijalankan Lembaga Penduduk dan Institut Guttmacher juga menunjukkan, kira-kira 623,000 wanita Pakistan dirawat kerana mengalami komplikasi selepas menggugurkan kandungan.
Masalah itu berlaku kerana sebahagian besar prosedur dilakukan orang yang tidak mempunyai kemahiran atau menggunakan kaedah tradisional.
Dianggarkan sebanyak 50 pengguguran dijalankan bagi setiap 1,000 wanita berusia 15 hingga 49 tahun pada tahun itu.
Hasil kajian itu dibentangkan di sebuah hotel semalam.
Dalam laporan lain, analisis menunjukkan tahap penerimaan alat pencegah kehamilan semakin meningkat.
“Disebabkan beban kewangan dan kesedaran meningkat kalangan suami semakin menyokong penggunaan kaedah pencegah kehamilan,” kata laporan itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 5:04 AM


GAMBAR hiasan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27258#sthash.qagVPNqJ.dpuf

Talian hayat dari IS

AP
Jordan
Negara Islam (IS) semalam melanjutkan tempoh akhir untuk membunuh atau membebaskan wartawan bebas Jepun dan seorang juruterbang tentera udara Jordan bagi membolehkan kerajaan terbabit memenuhi tuntutan militan berkenaan.
Melalui mesej audio berbahasa Inggeris dibaca seorang lelaki dipercayai Kenji Goto itu, IS memberi peluang sehingga senja semalam (waktu tempatan) untuk Amman membebaskan wanita pengebom berani mati, Sajida al-Rishawi.
Tempoh awal diberi IS berakhir tengah malam kelmarin.
Berikut beberapa fakta mengenai krisis itu:
TEMPOH AKHIR
SEBELUM MATAHARI
TERBENAM
Mesej dibaca Goto menyatakan, Left Muath al-Kaseasbeh akan dibunuh jika Amman tidak membebaskan Sajida. Wanita itu dituntut dibawa ke sempadan Turki menjelang senja.
Pada masa sama, Tokyo mengkaji kesahihan rakaman audio itu namun berpendapat, “ada kemungkinan suara itu ialah Goto.”
IS menahan Muath selepas pesawat itu terhempas pada Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, belum jelas sama ada IS akan membebaskan seorang atau kedua-duanya tahanan itu sebagai pertukaran dengan Sajida.
PERTUKARAN
TUNTUTAN
Krisis ini bermula 20 Januari lalu selepas IS mengancam untuk membunuh Goto dan seorang lagi tebusan Jepun, Haruna Yukawa kecuali Tokyo membayar wang tebusan AS$200 juta (RM723 juta) dalam masa 72 jam.
Apabila tempoh diberi berakhir, IS memancung Yukawa.
Sabtu lalu, IS menukar tuntutan dengan meminta Sajida dibebaskan.
Mereka memberi tempoh selama 24 jam.
   DULUAN
Pertukaran banduan boleh dijadikan rujukan dalam rundingan dengan IS pada masa depan.
Sebelum ini tuntutan pembebasan banduan tidak dilakukan secara terbuka dan Jordan - negara sekutu rapat Amerika Syarikat tidak berunding dengan pengganas.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pula berikrar enggan tunduk kepada tuntutan pengganas.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 5:06 AM


ABE bertegas enggan tunduk kepada militan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27280#sthash.muoYS1mO.dpuf

Seniman Mesir pertikai wahyu Nabi Ibrahim

Kaherah: Seorang penyair terkenal Mesir berdepan hukuman penjara tiga tahun berikutan tindakannya mengkritik amalan korban ketika Aidiladha.
Fatima Naoot (gambar) menggambarkan wahyu yang diterima Nabi Ibrahim AS mengenai ibadah itu sebagai ‘mimpi ngeri.’
Pendapat sesatnya itu ditulis di akaun Facebooknya.
Dia yang dibicarakan sejak kelmarin menghadapi tuduhan menghina Islam dan mengganggu ketenteraman awam.
Fatimah bagaimanapun menafikan tuduhan itu, tetapi jika disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjara antara enam bulan hingga tiga tahun.
Ditemui di mahkamah, Fatimah berkata, dia “tidak akan dikalahkan walaupun dipenjara.”
“Mangsa sebenar dalam kes ini ialah perkembangan kebudayaan,” katanya.
Sementara itu, aktivis hak asasi manusia Mesir, Gamal Eid berkata, kes Naoot tidak sepatutnya dibicarakan di mahkamah.
“Ini menunjukkan bahawa negara ini menutup mata terhadap penyokong pelampau agama,” katanya.
Jun lalu tiga wartawan al-Jazeera, Mohamed Fahmy, Baher Mohamed dan Peter Greste, dipenjara kerana berbohong untuk membantu Ikhwanul Muslimin - sebuah pertubuhan Islam yang kini dianggap pengganas oleh kerajaan Mesir. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 5:07 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27284#sthash.ASEY49Zz.dpuf

Kemboja arah henti iklan pulih dara


Phnom Penh: Kerajaan Kemboja mengarahkan sebuah hospital menghentikan iklan mengenai prosedur pemulihan dara kerana ia bertentangan dengan norma masyarakat di negara itu.
Beberapa klinik di Kemboja dilaporkan menawarkan perkhidmatan itu - dikenali sebagai hymenoplasty menurut istilah saintifiknya - secara senyap-senyap.
Perkhidmatan itu biasanya mendapat sambutan dalam kalangan penduduk sesebuah negara yang masih mengukur nilai wanita dari segi keperawanannya.
Namun di Hospital Antarabangsa Victoria, pengurusan pusat perubatan itu menguar-uarkan perkhidmatan berkenaan tanpa segan silu.
Sehubungan itu, melalui surat bertarikh 23 Januari, Menteri Penerangan Kemboja, Khieu Kanharith mengarahkan hospital berkenaan untuk menurunkan iklan itu.
“Hospital anda mengiklankan perkhidmatan pembedahan dara dan mengubah alat sulit wanita di radio, televisyen dan akhbar dengan ulasan keterlaluan. Ia memberi kesan berpanjangan terhadap moral dan tradisi masyarakat Kemboja,” katanya.
Dalam surat berasingan, Kanharith juga mengarahkan semua media di negara itu untuk menghentikan penyiaran iklan berkenaan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 5:07 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27285#sthash.0MFHUFBh.dpuf

Ribuan kucing China diselamat dari hidangan

Hanoi: Ribuan kucing yang diseludup dari China untuk dijadikan hidangan berjaya diselamatkan, kata polis semalam.
Hidangan daging kucing dianggap istimewa di Vietnam dan penduduk setempat menggelarnya sebagai “harimau kecil.”
Jurucakap polis semalam berkata, mereka menahan sebuah lori sedang dalam perjalanan ke ibu negara Vietnam pada Selasa lalu.
“Ketika diperiksa kami mendapati bahagian belakang lori berkenaan penuh dengan kucing.
“Secara keseluruhan kucing itu seberat 3,000 kilogram,” katanya.
Kerajaan sudah mengharamkan daging kucing untuk dijadikan hidangan di Vietnam, namun ia masih disajikan dengan meluas di beberapa restoran tertentu.
Kata jurucakap itu, pemandu lori mengaku dia membawa kucing itu dari wilayah Quang Ninh yang bersempadan dengan China.
“Menurut undang-undang, semua kucing ini sepatutnya dilupuskan tetapi kami masih memikirkannya kerana jumlah yang terbabit adalah sangat banyak,” katanya dalam satu kenyataan.
Imej yang didedahkan media tempatan menunjukkan kucing itu berada dalam keadaan amat menyedihkan.
Ia dikurung dalam sangkar buluh yang sempit dan disusun berhimpit-himpit antara satu sama lain. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 5:08 AM


Hidangan daging kucing dianggap istimewa di Vietnam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27287#sthash.lbZOCb8g.dpuf