Search This Blog

Monday, January 26, 2015

Suami isteri rugi RM120,000

Kamaruddin dan isteri menunjukkan surat tawaran ganjaran kereta Toyota Vellfire yang diposkan kepada mereka.
Kamaruddin dan isteri menunjukkan surat tawaran ganjaran kereta Toyota Vellfire yang diposkan kepada mereka.
SELAYANG - Pasangan suami isteri warga emas rugi RM120,000 selepas terpedaya dengan peraduan gores dan menang ditawarkan sebuah syarikat yang beroperasi di Kepong sejak Disember tahun lalu.
Dalam tempoh sebulan, akaun mangsa dalam Amanah Saham Nasional Berhad hanya berbaki RM618 daripada RM80,000; Tabung Haji dari RM57,000 tinggal RM6,000 termasuk simpanan isteri digunakan hampir RM18,000.
Perkara tersebut hanya dikesan baru-baru ini selepas pihak bank melakukan sekatan kepada akaun penerima sewaktu mangsa cuba melakukan transaksi bernilai RM8,000.

Sekatan dibuat selepas pihak bank mengesan terdapat unsur penipuan dalam urusan transaksi sebelum menghubungi anak mangsa untuk pemakluman.

Menceritakan kejadian, mangsa yang merupakan pesara polis, Kamaruddin Pilus, 74, dan isteri Maimunah Musa, 67, didatangi lelaki dikenali Vincent yang menawarkan hadiah kereta Toyota Vellfire kepada pasangan berkenaan ketika membeli keperluan dapur di NSK Selayang.

Pasangan tersebut kemudian dibawa ke pejabat untuk sesi penerangan termasuk perlu menjelaskan kos RM10,000 sebagai permulaan proses pengeluaran kereta.
“Mulanya memang tak percaya, tapi lepas beberapa bukti dan hadiah ditawarkan, saya tertarik sebelum serahkan wang tunai dan sebelas transaksi melalui akaun yang diberikan.
“Beberapa transaksi dibuat kerana ditawarkan menjadi duta kilang selain caj tambahan pengeluaran termasuk pembayaran cukai dan GST,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, anaknya cuba mengesan suspek namun tidak berjaya apabila nombor yang dihubungi tidak berjawab.

“Memang saya tak beritahu anak-anak sebelum ini atas nasihat suspek yang tak mahu urusan tawaran terganggu apabila keluarga campur tangan.

“Selepas laporan polis dibuat, individu tersebut ada hubungi saya minta jelaskan baki RM4,800 untuk bayaran terakhir dan jika tidak berminat kereta tersebut akan ditawarkan ke pihak lain,” katanya.
Katanya, pihaknya masih berharap supaya wang yang dilaburkan dapat dikembalikan sekiranya tidak mendapat kereta yang ditawarkan.

Sementara itu, anak pasangan tersebut, Azwan Kamaruddin, 34, memaklumkan ketika laporan polis dibuat di Balai Polis Selayang, terdapat seorang mangsa juga warga emas ditipu menggunakan modus operandi yang sama.

Katanya, sebelum ini dia memang ada mengesyaki sesuatu ketika membuat semakan pada akaun ayahnya, namun ketika ditanya ayahnya tidak buka mulut.

“Ayah masih tak percaya dia ditipu sebaliknya masih terpengaruh dengan suspek yang masih mencarinya untuk meneruskan urusan tersebut walaupun telah menukar nombor telefon,” katanya.

Tragedi konvoi balik kampung


Muhammad Zulhelmi (gambar kecil) maut ditempat kejadian setelah motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan.
Muhammad Zulhelmi (gambar kecil) maut ditempat kejadian setelah motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan.
IPOH – Konvoi tiga bersaudara untuk pulang ke kampung di Lenggong berakhir dengan tragedi apabila salah seorang adik mereka maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan di Kilometer 266.5 Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran Terowong Menora, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Muhammad Zulhelmi Omar, 20, menaiki motosikal jenis Kawasaki RR 150 konvoi bersama abangnya, Muhammad Rashid Omar, 26 dan sepupunya, Muhammad Iqbal Mohmad, 21.

Muhammad Rashid berkata, dia mula berasa tidak sedap hati apabila salah seorang pengguna jalan raya sempat memberitahu terdapat kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal.

Katanya, sebelum kejadian, dia sedang menunggu mangsa di kawasan rehat berhampiran terowong itu kerana dia ketinggalan selepas mereka meneruskan perjalanan dari Kawasan Rehat dan Rawat Tanjung Malim.

“Saya berasa tidak sedap hati terus memecut motosikal berpatah balik untuk melihat kemalangan itu dan apabila terpandang topi keledar, saya terus menerpa mendapatkan adik yang terbaring di jalan,” katanya.

Menurutnya, mereka meneruskan konvoi dari Kuala Lumpur seawal jam 6 pagi dan adik dilihat sangat teruja untuk menyertai kami setelah lebih 10 tahun dia tidak pulang ke Kampung Bukit Sapi.

“Tidak sangka sikapnya yang secara tiba-tiba menjadi pendiam ketika berehat di Tanjung Malim menjadi petanda dia pergi dahulu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan ketika menaiki bukit di kawasan terbabit.

“Siasatan awal mendapati mangsa terbabas dan melanggar pengadang besi di kiri jalan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan maut di temat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Budak 6 tahun dicabul jiran


Ibu dan bapa mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya.
Ibu dan bapa mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya.
SEBERANG JAYA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai dicabul jirannya di Taman Kurau Jaya di sini, pada 21 Januari yang lalu.

Ibu mangsa, 40-an, berkata, kejadian berlaku apabila anaknya itu dipanggil seorang lelaki yang dikenalinya untuk keluar.

“Ketika itu anak saya sedang bermain di luar rumah, tiba-tiba seorang lelaki yang saya kenali memanggilnya lalu anak saya ikut lelaki terbabit ke rumahnya.

“Selang beberapa minit kemudian anak saya pulang ke rumah dan saya menyuruhnya mandi. Ketika dia menanggalkan pakaian dalamnya, saya dapati terdapat tompokan darah pada seluar dalamnya. Dia beritahu yang lelaki terbabit memasukkan jari ke dalam kemaluannya,” katanya.

Rentetan itu, ibu mangsa bersama suaminya membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya pada 23 Januari lalu.

Kini anaknya ditempatkan di Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Turut hadir melawat mangsa ialah Exco Kesihatan, Dr Afif Bahardin bersama Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor yang dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian ini pada 23 Januari lalu.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan berkaitan kejadian ini,” katanya.

Penipu kantoi tayang kekayaan di Facebook


Gambar ketika serbuan dilakukan
Gambar ketika serbuan dilakukan
MIAMI - AMERIKA SYARIKAT. Gilberto Martinez, 28, yang tinggal di Cuba diberkas selepas dikehendaki polis Amerika Syarikat (AS) untuk tuduhan penipuan kad kredit.

Menurut laporan Yahoo News, Martinez meninggalkan Cuba 8 tahun lalu dan ke AS untuk mencari kerja.

Sekembalinya Martinez di Cuba, beliau dikatakan menayang kekayaan dan duit kepada orang ramai, termasuk memuat naik gambar-gambar ke Facebook.

Menurut sebuah mahkamah di Florida, Martinez merupakan seorang banduan yang melarikan diri selepas terlibat dengan beberapa siri penipuan kad kredit.

American Sniper burukkan imej Islam


Hos Chris Pine dan Cheryl Boone mengumumkan filem American Sniper sebagai salah satu calon Oscar untuk Filem Terbaik di Beverly Hills, California pada 15 Januari lalu. - Foto AFP
Hos Chris Pine dan Cheryl Boone mengumumkan filem American Sniper sebagai salah satu calon Oscar untuk Filem Terbaik di Beverly Hills, California pada 15 Januari lalu. - Foto AFP
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Penduduk Muslim di Amerika Syarikat (AS) kini berdepan ancaman kempen anti-Islam yang semakin meningkat susulan daripada penghasilan filem berjudul American Sniper.

Susulan daripada itu, Jawatankuasa Antidiskriminasi Arab-Amerika (ADC) bertindak menghantar surat kepada pengarahnya, Clint Eastwood dan aktor Bradley Cooper sebagai membantah filem tersebut.

"Majoriti ancaman keganasan yang dilaporkan sejak beberapa hari lalu dipercayai berpunca daripada gambaran imej buruk orang Arab dan Islam dalam filem terbabit," kata jurucakap ADC.

Menurutnya lagi, mereka turut menerima ratusan mesej menerusi media sosial yang membantah filem bercorak perang tersebut.

Filem mengisahkan kisah benar mengenai penembak tepat terhandal AS, Chris Kyle yang dihantar menyertai misi di Iraq itu mula ditayangkan awal bulan lalu dan turut dicalonkan dalam enam kategori Anugerah Akademi.

Kyle dinamakan sebagai penembak tepat paling berbahaya kerana telah membunuh lebih 100 orang sepanjang dia berkhidmat dalam unit elit tentera laut AS, SEAL.

Bekas tentera elit itu bagaimanapun ditembak mati di sebuah pusat menembak di Texas pada 2013. - AFP

Cuai punca rempuhan di Chen-Yi


Waris mangsa mendesak pegawai yang bertanggungjawab dalam insiden rempuhan di Chen-Yi dibawa ke muka pengadilan.
Waris mangsa mendesak pegawai yang bertanggungjawab dalam insiden rempuhan di Chen-Yi dibawa ke muka pengadilan.
SHANGHAI - CHINA . Datuk Bandar Shanghai, Yang Xiong berkata insiden rempuhan ketika sambutan Tahun Baharu di Dataran Chen-Yi berpunca daripada kecuaian kritikal.

Insiden berkenaan mengorbankan 36 orang kebanyakannya wanita berusia antara 16 dan 25 tahun.

Kejadian berlaku 25 minit sebelum tengah malam di sepanjang Sungai Huangpu, iaitu sebuah kawasan dataran tepi sungai yang biasa digunakan dalam majlis keraian besar-besaran.

"Kemalangan yang berlaku pada malam Tahun Baharu itu menunjukkan ada tanda-tanda pengabaian dan bahaya dalam infrastruktur keselamatan di Shanghai.

"Mereka yang bertanggungjawab telah didakwa dan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya pada mesyuarat tahunan Kongres Rakyat Shanghai, semalam.

Rabu lalu, 11 pegawai telah dihukum, termasuk empat pegawai dari daerah Huangpu dipecat.

Bagaimanapun sehingga kini, masih belum ada pengumuman untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah. - AFP

Pencuri ditahan selepas selfie dengan iPad curi


Dua lelaki yang mencuri iPad ditahan selepas bergambar selfie dengan menggunakan tablet tersebut.
Dua lelaki yang mencuri iPad ditahan selepas bergambar selfie dengan menggunakan tablet tersebut.
HOUSTON - TEXAS. Dua lelaki yang mencuri sebuah iPad akhirnya ditangkap dan ditahan pihak berkuasa selepas bergambar selfie dengan menggunakan tablet tersebut.

Menerusi laporan yang dipetik di portal berita Metro.co.uk, mangsa kehilangan tablet tersebut, wang tunai dan pelbagai barangan elektronik lain pada 8 Januari lalu apabila traknya di ceroboh dan dicuri oleh dua lelaki tersebut.

Bagaimanapun menurut mangsa, dia terkejut melihat gambar kedua pencuri itu memegang wang tunai Dollar tersenyum ke arah kamera  sebaik sahaja mendaftar masuk ke akaun iCloudnya.

Beberapa barangan lain dibuang oleh pencuri di belakang sebuah kafe, kata pihak berkuasa.

“Mangsa percaya iPadnya disambungkan ke Wi-Fi milik kafe itu dan gambar yang diambil itu dimasukkan ke akaun iCloudnya secara tidak sengaja.

“Selepas gambar tersebut menjadi viral, kedua pencuri tersebut dikenalpasti oleh pihak berkuasa dan ditahan pada Rabu lalu,” katanya seperti yang dipetik menerusi petikan berita tersebut.

Penduduk terus bantah projek Datum Jelatek



SEBAHAGIAN daripada penduduk yang mengadakan bantahan terhadap projek Datum Jelatek memegang kain rentang yang mendakwa pembangunan tersebut tidak mampu dimiliki penduduk tempatan di Taman Keramat, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Hampir 1,000 orang termasuk penduduk di Taman Keramat di sini berhimpun dan mengadakan bantahan bagi mendesak projek pembangunan Datum Jelatek di kawasan itu dihentikan.
Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek, Salleh Samad berkata, projek hartanah itu didakwa ditawarkan kepada warga asing dari China, Singapura dan Indonesia.
“Ia terbukti melalui satu artikel dalam sebuah majalah perniagaan pada 1 September 2012 yang menyatakan projek ini ditawarkan kepada pelabur di tiga negeri terbabit, kalau betul projek ini untuk penduduk Keramat, kenapa promosi dilancarkan sehingga ke luar negara,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3Pt4JCnRC 
Hakcipta terpelihara 

Dua maut motosikal bertembung



Salah seorang mangsa yang maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Banting-Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor semalam.


PELABUHAN KLANG – Dua lelaki maut selepas motosikal yang mereka tunggangi bertembung dalam kemalangan di Jalan Ban­ting-Pandaraman di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 11.25 malam itu, Muhd. Azamuddin Kudong, 18, yang merupakan pengawal keselamatan di Kolej Institut Teknologi Pekerja (WIT) maut di lokasi kejadian, manakala Lim Soon Huat, 28, pula meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, sewaktu kejadian, Muhd. Azamuddin dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Delek, Klang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3Pt41m200 
Hakcipta terpelihara 

Alat pemadam api meletup



Di premis inilah Kok Kong (gambar kecil) terbunuh apabila sebuah alat pemadam api yang sedang diisi gas meletup semalam.


BIDOR – Seorang remaja lelaki maut selepas sebuah alat pemadam api meletup ketika mangsa sedang mengisi gas ke dalamnya di sebuah kedai kimpalan, di Jalan Bidor Raya di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang semalam, mangsa, Lau Kok Kong, 18, yang merupakan pekerja kedai kimpalan itu maut selepas mengalami kecederaan serius di muka dan dada sebelum dikejarkan ke Hospital Tapah oleh majikan mangsa.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, kejadian itu disedari majikan mangsa yang berada di tingkat atas premis selepas terdengar bunyi letupan dari aras bawah.
Katanya, ketika bergegas ke bawah, majikan mangsa melihatnya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian mulut, dada dan perut.
“Menurut majikan mangsa, Kok Kong cuba mengisi gas Argon yang digunakan untuk mengimpal keluli dalam tong pemadam api yang telah diubah suai. Mungkin gas itu terlalu penuh lalu tong itu meletup,” ujarnya kepada Kosmo!.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3Pt3qlIu5 
Hakcipta terpelihara 

Sejam tahan sakit tersepit



Zulkifli patah kaki kanan selepas tersepit dalam jentera penuai padi di Kampung Kuala Rimau, Pendang kelmarin.


PENDANG – Seorang lelaki nyaris kudung selepas kaki kanannya tersepit di dalam jentera penuai padi dalam kejadian di Kampung Kuala Rimau di sini kelmarin.
Sebelum kejadian pada pukul 9.30 malam, Zulkifli Mohd. Noh, 40, sedang memijak-mijak padi yang baru dituai bagi diratakan sebelum dimasukkan ke dalam jentera itu.
Bagaimanapun, kerana terleka, kaki kanan mangsa tiba-tiba terperosok ke dalam jentera yang digunakan untuk mengasingkan padi dan jerami.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3Pt3TR6MD 
Hakcipta terpelihara 

Pil ‘bakar’ tubuh

Oleh Zuliaty Zulkiffli

am@hmetro.com.my

Alor Setar: "Seluruh badan dan muka saya pedih seolah-olah 'terbakar' akibat melecur serta melepuh selepas mengambil dua jenis pil dari sebuah klinik swasta di Perlis, minggu lalu.
"Akibatnya, saya kini menanggung penderitaan apabila seluruh badan sakit dan hanya mampu terlantar di atas katil sejak Khamis lalu disebabkan masalah kulit ini," kata pesakit yang dipercayai alah dengan pengambilan ubat berkenaan.
Wanita berusia 35 tahun yang enggan identitinya didedahkan itu dikatakan mendapatkan rawatan di klinik berkenaan Selasa minggu lalu dan diberi dua jenis pil itu untuk membantu meredakan masalah kebas yang dialaminya.
Dia yang menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu dikatakan baru pertama kali mendapatkan rawatan di klinik berkenaan walaupun sebelum ini sering ke hospital kerajaan untuk membuat pemeriksaan.
Akibat masalah itu, seluruh wajahnya membengkak dan melecur yang disertai air bisa, kulit badannya berbintik di seluruh badan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 5:15 AM


BIBIR dan kulit wajah mangsa melecur teruk.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26317#sthash.ziogj15M.dpuf

Dinihari hingar parti lalok

Oleh Arifin Salleh

am@hmetro.com

Melaka: Bunyi bising pesta hari jadi pada awal pagi di sebuah vila yang terletak di lokasi peranginan di negeri ini membongkar parti dadah yang disertai kumpulan besar pasangan muda-mudi awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, seramai 49 lelaki dan wanita berusia antara 18 hingga 30 tahun yang semuanya sedang lalok akibat dadah terkedu apabila premis itu diserbu anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, di sini.
Difahamkan, 33 lelaki dan 16 wanita termasuk dua pelajar ditahan ketika asyik berkaraoke dan berdansa dalam premis berkenaan dipercayai di bawah pengaruh dadah.
Sumber berkata, sebahagian daripada mereka yang khayal cuba meloloskan diri apabila menyedari kehadiran polis, namun usaha mereka gagal kerana premis berkenaan sudah dikepung.
"Sebahagian daripada mereka ditahan dalam keadaan separuh sedar akibat pengaruh dadah masih ligat menari bersama pasangan masing-masing yang berpakaian menjolok mata, manakala sebahagiannya berada di bahagian luar premis itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 5:12 AM


SEBAHAGIAN daripada 49 lelaki dan wanita yang diberkas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26315#sthash.SJ2VPRfw.dpuf

Lemas selepas memancing

Oleh Fuad Hadinata Yaacob
Shah Alam: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun lemas ketika mandi bersama rakan di sungai berhampiran sebuah kelab rekreasi dekat sini, kira-kira 3 petang tadi.
Mangsa Muhammad Syubli Hillmi Mohd Fauzi, 12, bersama beberapa rakan dikatakan ke lokasi kejadian di Seksyen U6 Denai Alam untuk memancing.
Menurut ibunya, Murni Nuar, 37, sebelum kejadian dia mengajak anak kedua daripada empat beradik itu mengikutnya ke Klang ke rumah adik iparnya namun mangsa tidak mahu berbuat demikian.
Katanya, kira-kira 3 petang jiran menghubunginya dan memintanya pulang segera sebelum anaknya disahkan meninggal dunia.
Sementara itu Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kejadian dan berkata, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 9:15 PM


ANGGOTA Bomba dan Peyelamat mengangkat mayat Muhammad Syubli Hilmi yang lemas. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26219#sthash.2c8fX74c.dpuf

Empat mati tersepit

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Hulu Selangor: Empat maut dalam kemalangan membabitkan bas kilang dan kereta dari arah Bukit Beruntung menghala ke Sungai Choh, di sini, kira-kira 8 malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Superintendan Mohamad Faisal Sarip berkata, semua mangsa yang berada di dalam kereta itu adalah empat lelaki berusia 16 hingga 20 tahun maut di tempat kejadian.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu dari arah Bukit Beruntung dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh bas kilang yang datang dari arah hadapan.
"Empat mangsa yang berada di dalam kereta itu telah tersepit di bawah bas sebelum berjaya dikeluarkan pihak bomba. Manakala semua penumpang bas seramai 17 orang mengalami cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, semua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 10:50 AM


KEADAAN kereta yang hancur dalam kemalangan dengan bas kilang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26201#sthash.kM4nIGho.dpuf

Sejam buang 7,500 iklan

Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris

am@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Tidak sampai sejam, lebih 7,500 iklan haram diturunkan Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam operasi penurunan iklan di sekitar Sri Damansara, di sini semalam.
Pengarahnya Mohd Fauzi Maarop berkata, jumlah itu sekali gus membuktikan kegiatan berkenaan masih berleluasa walaupun beberapa kali operasi menurunkannya dilaksanakan hampir setiap hari.
"Sejak awal Januari lalu, MBPJ menurunkan 35,240 iklan haram di sekitar Petaling Jaya dan pada hari ini (semalam) 7,500 lagi diturunkan," katanya.
Menurutnya, sejak 2012 hingga 2014 pula, MBPJ berjaya menurunkan 1,217,658 iklan tanpa lesen dan jumlah itu antara tertinggi setakat ini.
"Jumlah itu meliputi pelbagai jenis iklan haram seperti kain rentang (28,961), bunting (455,775), iklan kecil pinjaman wang (226,428), iklan rumah (161,449), iklan lori sewa (215,694), iklan berstruktur (356) dan lain-lain (128,995)," katanya pada sidang media di Persiaran Margosa, Sri Damansara di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 9:08 AM


IKLAN yang diturunkan dipunggah ke dalam lori.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26177#sthash.Mz9m3YDq.dpuf

Nasib jumpa askar

Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

rabiatul@hmetro.com.my

Baram: Perjalanan lima penduduk dari Kampung Long Panai untuk mendapatkan makanan tengah hari di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh, di sini, bertukar tragedi apabila perahu yang dinaiki mereka terbalik di Sungai Tutoh Apoh di sini, semalam.
Perahu panjang yang dinaiki tiga wanita dan seorang lelaki warga emas bersama seorang kanak-kanak lelaki itu terbalik kira-kira 50 meter dari jeti SMK Tutoh Apoh.
Bagaimanapun, 12 anggota dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang kebetulan membuat rondaan di Long Panai ke Long Terawan berjaya menyelamatkan mereka dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.40 pagi itu.
Sumber berkata, kelima-lima mangsa adalah antara penduduk kampung yang terjejas akibat banjir tetapi tidak diarahkan berpindah kerana rumah mereka masih berada dalam keadaan selamat.
"Bantuan makanan sudah diagihkan sebelum ini tetapi mereka mungkin pergi ke pusat pemindahan berhampiran kerana bekalan makanan sudah habis.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 8:41 AM


ANGGOTA tentera mengangkat mangsa perahu terbalik, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26152#sthash.NoB1BMp1.dpuf

Tak perasan anak tenggelam

Oleh Mohd Khidir Zakaria
Port Dickson: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun lemas di kolam renang ketika sedang mandi bersama bapa dan adiknya di hotel di Batu 10, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa dari Selangor dikatakan datang ke hotel terbabit untuk beriadah.
Katanya, sebelum kejadian, mangsa bersama bapa dan adik sedang leka mandi sebelum didapati hilang.
"Kanak-kanak berkenaan yang difahamkan tenggelam menyebabkan orang ramai di kawasan itu mulai panik.
"Berikutan itu penyelamat di hotel bertindak terjun ke kolam untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan," katanya.
Menurutnya, sejurus mangsa dinaikkan daripada kolam, dia didapati masih bernafas dan dibawa bapa ke Hospital Port Dickson (HPD), di sini, untuk diselamatkan.
"Bagaimanapun, kira-kira 6 petang, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 4:37 PM


GAMBAR hiasan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26215#sthash.X1hnVIc0.dpuf

Dipanggang dalam sauna

Miami: Memanaskan badan di dalam sauna mungkin antara aktiviti yang terbaik untuk melawan kedinginan di musim sejuk.
Malangnya, bagi seorang bapa di Miami, sauna menjadi tempat terakhir untuk dia bernyawa.
Dennis Antiporek, 68, ditemui mati oleh anak perempuannya, Laura, dalam sauna di kondominium tempat mereka tinggal.
Menceritakan pengalamannya, Laura berkata, suhu di dalam sauna itu panas melampau dan dia mengalami kesukaran bernafas ketika cuba menyelamatkan Antiporek.
"Saya terpaksa membiarkan pintu sauna itu terbuka supaya boleh bernafas," katanya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 8:01 AM


DENNIS Antiporek.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26124#sthash.gGjlRHDz.dpuf

Tenggelam kembali


Pangkalan Bun: Badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sempat diangkat setinggi tujuh meter laut sebelum kembali tenggelam ke dasar Selat Karimata.
Marsekal Muda Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU) Agus Dwi Putranto berkata, badan pesawat itu hanya berjaya diangkat untuk tempoh 30 minit sebelum tenggelam semula berikutan tali yang mengikat pelampung udara terputus.
"Usaha mengangkat badan pesawat hampir berjaya, tapi beberapa tali pelampung udara terputus kerana badan pesawat terlalu berat," katanya.
Beliau berkata, kerja mengangkat badan pesawat itu sudah dijangka rumit kerana berdepan banyak faktor termasuk keadaan cuaca dan isu teknikal seperti berat badan pesawat.
"Bagaimanapun, kita yakin badan pesawat itu dapat diangkat ke permukaan laut hari ini (semalam) kerana cuaca dalam keadaan cukup baik," katanya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 9:18 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26186#sthash.w2nWrBWu.dpuf

2 kereta mewah terbakar

Ipoh: Dua kenderaan mewah ditemui musnah terbakar di Jalan Lahat-Simpang Pulai, di sini, dalam kejadian awal pagi semalam dan punca sebenar kejadian itu tidak diketahui berikutan pemiliknya tiada di lokasi kejadian sebaik pihak berkuasa tiba.
Dalam kejadian jam 4.55 pagi, dua kereta BMW 318i dan Alfa Romeo dijumpai di bahu jalan berkenaan yang pada awalnya disangkakan terbabit dalam kemalangan sebelum dipercayai terbakar.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan di laluan berkenaan dan siasatan awal di tempat kejadian mendapati menerusi kedudukan di tempat kejadian, kereta BMW dipercayai datang dari arah Simpang Pulai, manakala Alfa Romeo dari arah bertentangan.
“Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diperoleh mengenai kemalangan kerana kedua-dua kenderaan berkenaan ditinggalkan dalam keadaan terbakar tanpa pemiliknya.
“Siasatan lanjut juga tidak menemui kesan brek dan tiada kesan tayar menuju ke bahu jalan yang bertanah tempat kenderaan berkenaan ditinggalkan serta turut tidak ditemui serpihan komponen kenderaan di tempat kejadian yang menunjukkan berlaku kemalangan,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, polis juga belum menerima sebarang laporan dibuat oleh mana-mana pihak atau pemilik kedua-dua kenderaan yang terbakar itu.
“Semakan mendapati kenderaan jenis BMW itu atas nama seorang lelaki Cina berusia 62 tahun dan beralamat di Taman Merdeka, di sini manakala tiada sebarang maklumat diperoleh mengenai pemilik Alfa Romeo berkenaan.
“Kedua-dua kereta berkenaan terbakar keseluruhannya serta ketika kejadian tiada saksi yang berada di tempat kejadian dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kedua-dua kenderaan atau kejadian itu untuk tampil membantu siasatan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 8:02 AM


ANGGOTA bomba memadam kebakaran dua kereta mewah, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26421#sthash.ecetHSsW.dpuf

Dua pelumba haram ditahan


Ipoh: Dua remaja lelaki berusia 17 tahun diberkas polis apabila dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram di Jalan Kuala Kangsar, berhampiran Klebang Putra, di sini, awal pagi semalam dan satu daripada motosikal yang digunakan untuk berlumba itu turut didapati adalah kenderaan curi.
Kedua-dua remaja terbabit yang berasal dari Chemor, di sini, ditahan kira-kira jam 6 pagi di laluan terbabit dan dua motosikal jenis Yamaha LC serta Yamaha 125Z turut disita bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, tangkapan membabitkan seorang remaja Cina dan seorang remaja Melayu yang disyaki terbabit dalam kegiatan lumba haram itu.
“Remaja Cina itu berasal dari Kanthan Baru, Chemor dan menaiki motosikal Yamaha LC, manakala seorang lagi remaja yang menaiki Yamaha 125Z, beralamat di Taman Klebang Putra,Chemor.
“Semakan terhadap motosikal dinaiki remaja Melayu berkenaan mendapati nombor pendaftarannya tidak sepadan dengan butiran motosikal dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan siasatan lanjut mendapati nombor casis kenderaan itu bersangkut dengan laporan kehilangan di Batu Gajah, dekat sini,” katanya di sini, semalam.
Sum berkata, remaja Melayu terbabit bersama motosikal yang dilaporkan dicuri itu kemudian diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah.
Menurutnya, kes seorang lagi remaja yang diberkas disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai atau merbahaya yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang dua tahun dan lesen memandu percubaan dibatalkan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 7:49 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26410#sthash.uDyiTwKR.dpuf

Tunai dua hajat terakhir anak

MUHAMMAD Azlan memenangi tiga pingat emas di Incheon, tahun lalu.
Oleh Shamsudin Husin 
am@hmetro.com.my

Chukai: Walaupun terkejut dengan pemergian anaknya, Mat Lazim Ali, 52, bapa pemenang tiga pingat emas Sukan Para Asia Incheon 2014 Muhammad Azlan Mat Lazim tetap akan menunaikan dua hajat anaknya yang tidak kesampaian.
Hajat pertama membawa isterinya menunaikan umrah dan kedua membeli rumah baru untuk mereka sekeluarga.
“Sebelum kejadian, dia menghubungi saya pada jam 11 pagi untuk bertanya khabar kami sekeluarga dan menyatakan hasratnya membeli rumah baru dan menghantar saya dan isteri mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.
“Namun, tiga jam lebih selepas itu, saya terkejut menerima berita kejadian menimpanya. Saya reda dengan apa yang berlaku meskipun amat sedih,” katanya ketika ditemui, semalam.
Dalam kejadian kelmarin, pemenang tiga pingat emas paralimpik di Sukan Asia Incheon Muhammad Azlan Mat Lazim dilaporkan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Serdang Raya, Serdang, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu turut membabitkan seorang lagi atlet lompat jauh paralimpik negara, Farisan Jasna, 24, yang disahkan mengalami kecederaan ringan.
Kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal Yamaha 125Z ditunggang mangsa dilanggar sebuah van jenis Toyota Hiace dari arah sama ketika keluar dari persimpangan menghala ke Lebuh Raya Bukit Jalil.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala pemandu van iaitu lelaki berusia 43 tahun tidak cedera.
Pada temasya Para Asia di Incheon Oktober tahun lalu, Muhammad Azlan menampilkan aksi cemerlang apabila membawa pulang tiga emas menerusi acara 100 meter, 200m dan 400m lelaki kategori kecacatan T38 dan T36.
Jenazah Allahyarham Muhammad Azlan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabur Kubur jam 1 pagi, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 7:53 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26417#sthash.n5cdk5Bl.dpuf