Search This Blog

Sunday, January 25, 2015

Buaya Baham Ayam Penduduk Ditangkap




BATU NIAH: Seekor buaya sepanjang lebih sembilan kaki yang dipercayai kerap membaham ayam ternakan penduduk kampung yang tinggal di tebingan Sungai Niah ditangkap awal pagi tadi.

Difaham, sepasang suami isteri terbangun dari tidur apabila terdengar bunyi bising ayam ternakan mereka lebih kurang jam 3 pagi.

Ketika memeriksa di sekeliling rumah, kedua mereka terkejut apabila tersuluh buaya tersebut yang bersembunyi dicelah parit yang berdekatan. 

Pasangan tersebut bertindak mengawasi reptilia tersebut dalam keadaan gelap kerana khuatir buaya berkenaan akan melepas diri sebelum memangggil penduduk kampung untuk menangkapnya pada sebelah pagi kemudian. - Sarawakiana

Warga emas rentung


Beberapa anggota bomba dan penyelamat memeriksa lokasi kejadian.
Beberapa anggota bomba dan penyelamat memeriksa lokasi kejadian.
ALOR SETAR - Sepasang warga emas ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan empat rumah kedai di Kampung Dara, Sungai Tawar, Baling, awal pagi, semalam.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Firdaus Daud berkata, mayat Toh Hock Lim, 81, dan isterinya Soh Moy, 75, ditemui kira-kira jam 5 pagi di dalam sebuah rumah yang terletak beberapa rumah kedai berkenaan.

“Daripada empat rumah kedai kelas B ini, satu dijadikan kedai manakala tiga lagi dijadikan kediaman,” katanya.

Mohd Firdaus berkata, lima penghuni lain sempat menyelamatkan diri ketika kejadian.

“Antara yang turut musnah tiga kereta, sebuah jip dan sebuah motosikal,” katanya.

Beliau berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech dan Sik bersama   14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa pertama dijumpai rentung, kira-kira jam 4.13 pagi diikuti penemuan mangsa kedua sekitar jam 5.10 pagi,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat dan punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

4 sekeluarga, kenalan kemalangan


Kenderaan pelbagai guna dinaiki lima mangsa remuk akibat rempuhan dengan treler. Gambar kecil: Muhammad Asyran
Kenderaan pelbagai guna dinaiki lima mangsa remuk akibat rempuhan dengan treler. Gambar kecil: Muhammad Asyran
SUNGAI PETANI – Niat seorang pemuda yang mahu menghabiskan masa bersama keluarga rakannya di Kedah tidak kesampaian apabila maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 107.2, Lebuhraya Utara Selatan, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Asyran Mohd Najib, 24, dari Bandar Baru Temerloh, Pahang dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah Mohd Fauzan Mohamad Zaini, 24, di Taman Mahsuri, Jitra, Kedah.

Bagaimanapun, kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Grand Livina yang dinaiki mangsa bersama keluarga Mohd Fauzan dikatakan merempuh sebuah treler berdekatan susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Selatan.

Rempuhan menyebabkan kenderaan dinaiki lima mangsa itu diseret sejauh kira-kira 200 meter mengakibatkan Muhammad Asyran maut di lokasi kejadian.

Ibu Mohd Fauzan, Narizah Ismail, 55, terperangkap lebih sejam sebelum anggota bomba berjaya mengeluarkannya akibat tersepit.

Adik Narizah, Nordin Ismail, 54, berkata, dia terkejut apabila mendengar berita kemalangan yang membabitkan ahli keluarganya itu.

“Saya juga terkejut apabila mendapat tahu seorang rakan anak saudara yang mengikut keluarga pulang, meninggal dunia dalam kemalangan ini,” katanya.

Menurutnya, Mohd Fauzan merupakan seorang pelajar di Universiti Kuala Lumpur.

Dua lagi mangsa, Mohamad Zaini Zainol Abidin, 55, (suami Narizah) dan Naufal, 18 (anak Narizah) berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin mengesahkan kematian.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kejadian akan dijalankan.

Tindakan pantas bomba selamatkan rumah


Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran pada lori berkenaan untuk memastikan api tidak merebak ke kediaman berhampiran.
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran pada lori berkenaan untuk memastikan api tidak merebak ke kediaman berhampiran.
SEREMBAN - Tindakan pantas pihak bomba memadamkan kebakaran melibatkan lori satu tan di Kampung Batu 3, Mambau, dekat sini, kelmarin berjaya menyelamatkan sebuah rumah sewa tiga pintu daripada turut terbakar.

Dalam kejadian sekitar jam 6.08 petang itu, lori berkenaan yang diparkir bersebelahan kediaman tersebut hangus.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Md Zin Salleh berkata, bomba bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

“Sembilan anggota, termasuk dua pegawai kanan dihantar ke lokasi dengan menaiki tiga jentera. Selain lori, stor berdekatan yang menempatkan barang-barang dapur untuk berniaga turut musnah.

“Kita mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengawal kebakaran. Kerja-kerja pemadaman dan pemeriksaan menyeluruh selesai lebih kurang 45 minit kemudian,” katanya, di sini, semalam.

Menurut beliau, insiden itu nyaris mengakibatkan kediaman separa kekal yang disewa tiga keluarga termasuk pemilik lori itu terbakar.

“Kita dapati, bahagian bumbung dan dinding sebelah luar di rumah paling hujung terbakar sedikit, iaitu sekitar 10 peratus.

“Bagaimanapun, tiada penghuni cedera. Punca kebakaran dan jumlah kerugian pula masih dalam siasatan,” katanya.

Dua ditahan miliki barangan curi

Barangan dipercayai hasil curi yang dirampas daripada dua suspek yang ditahan, kelmarin. - FOTO: FB POLIS PAHANG
Barangan dipercayai hasil curi yang dirampas daripada dua suspek yang ditahan, kelmarin. - FOTO: FB POLIS PAHANG
KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki untuk siasatan lanjut ekoran penemuan beberapa barangan termasuk telefon bimbit, kad bank, barang kemas dan lesen memandu milik seorang wanita dalam milikannya, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu berjaya ditahan polis kira-kira jam 3.30 petang berhampiran tangki air Medan Warisan di sini bagaimanapun rakannya berjaya melarikan diri.

Berdasarkan maklumat melalui laman facebook Polis Pahang, kedua-dua suspek yang menaiki sebuah motosikal dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di jalan pintasan Bukit Setongkol.

Kehadiran mereka disedari sepasukan anggota dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis

Kontinjen (IPK) Pahang yang kebetulan menjalankan tugas rondaan di kawasan tersebut.

Mereka bagaimanapun terus melarikan diri dengan memecut motosikal selepas menyedari kehadiran polis.

Tindakan nekad suspek melarikan diri mendorong anggota polis terlibat mengejar mereka sehingga ke Medan Warisan di sini.

Suspek terjerat apabila cubaan mereka berjaya dihalang hingga membawa kepada penahanan seorang daripada suspek manakala rakannya berjaya melepaskan diri.

Hasil pemeriksaan ke atas lelaki itu membawa kepada penemuan sebuah telefon bimbit, wang tunai RM93, tiga kad bank, lesen memandu dan seutas gelang tangan dipercayai milik seorang wanita.

Suspek dibawa ke balai polis Kuantan untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing juga mendapati dia positif dadah.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki ditahan bersama dua buah beg berisi wayar kabel dan penebat tembaga dipercayai hasil curi ketika menunggang motosikal di Jalan Wong Ah Jang di sini, kelmarin.

Sebelum itu, suspek diarahkan berhenti oleh sepasukan anggota polis selepas didapati menunggang dalam keadaan mencurigakan.

Suspek bagaimanapun bertindak melarikan diri sehingga memaksa polis mengejar sebelum  berjaya ditahan  selepas motosikal dinaiki terbabas.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek menjumpai dua sebuah beg galas berisi wayar kabel dan penebat tembaga .

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing juga mendapati dia positif dadah.

Tiga maut kereta rempuh jejambat


Kereta yang dinaiki mangsa remuk teruk akibat rempuhan kuat pada tiang jejambat.
Kereta yang dinaiki mangsa remuk teruk akibat rempuhan kuat pada tiang jejambat.
GOMBAK - Tiga maut manakala dua cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tiang jejambat dalam kejadian di Kilometer 11.7, Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Sri Gombak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, kereta jenis Toyota Estima berkenaan dipandu lelaki berusia 30-an bersama dua anak, ibunya dan seorang lagi rakan.

Menurut sumber, pemandu didakwa gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh tiang konkrit jejambat berkenaan.

“Kereta terseret kira-kira 25 meter melalui kesan brek atas jalan sebelum akhirnya melanggar besi pengadang dan tiang.

“Kesemua mangsa tersepit dalam kereta. Ibu pemandu, Kham Chui Yoke, 58, maut akibat tercampak keluar dan mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan (putus kaki),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Selayang Makmur dari arah Setapak.

“Rakan pemandu, Kueh Chin Hui, 42 dan anak perempuan pemandu, Ng Lee Teng, 10, juga meninggal dunia akibat tersepit di dalam kereta.

“Pemandu kini dilaporkan kritikal sementara seorang lagi anaknya berusia 14 tahun hanya mengalami cedera ringan. Kedua-dua mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Selayang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Usaha apung fiuslaj


QZ8501
JAKARTA - INDONESIA. Kumpulan penyelamat Indonesia melancarkan operasi untuk menaikkan fiuslaj pesawat AirAsia QZ8501 dari Laut Jawa selepas empat lagi jasad berjaya ditemui, awal pagi semalam.

Operasi tersebut diteruskan sehari selepas kumpulan penyelam berjaya memasuki bahagian utama pesawat tersebut setelah kedudukannya berjaya dikesan.

"Kami sudah memulakan operasi menaikkan badan pesawat dan berharap berjaya mengapungkannya hari ini (semalam)," kata Pengarah Operasi Basarnas, SB Supriyadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Supriyadi berkata, setakat ini pihaknya sudah menemui 65 mayat, menjadikan jumlah terbaharu yang sudah ditemui adalah 69. - AFP

Satu maut, 48 cedera


Unit pemusnah bom meneliti lokasi serangan bom berhampiran sebuah pub di Mindanao.
Unit pemusnah bom meneliti lokasi serangan bom berhampiran sebuah pub di Mindanao.
ZAMBOANGA - FILIPINA. Sekurang-kurangnya seorang penduduk terbunuh manakala 48 yang lain cedera selepas satu letupan kuat menggegarkan sebuah kawasan komersial di selatan Mindanao, kelmarin.

Saksi memberitahu polis, kejadian berlaku pukul 3 petang (waktu tempatan) dan berpunca daripada sebuah kenderaan yang dipercayai sarat dengan bahan letupan.

Impak letupan turut memecahkan beberapa cermin bangunan berhampiran lokasi kejadian.

"Kami percaya letupan berpunca daripada bom kereta. Serangan itu berlaku di hadapan sebuah pub yang terletak berhampiran  dengan terminal bas," kata jurucakap polis, Angelito Casimiro, semalam.

Sementara itu, Datuk Bandar Zamboanga, Maria Isabella Climaco mendakwa letupan tersebut didalangi puak pemisah Abu Sayyaf.

Menurut Climaco, serangan dilakukan bagi mendesak pembebasan 57 anggotanya yang ditahan di sebuah penjara di tengah bandar tersebut.

"Ini satu peringatan bahawa kita perlu memindahkan 57 tahanan terbabit ke penjara lain bagi memastikan bandar ini tidak lagi menjadi sasaran serangan," katanya. - AFP

Penyerang berpisau mengamuk


25 Januari 2015


BEIJING - CHINA. Seorang lelaki bersenjatakan pisau membunuh seorang pejalan kaki dan mencederakan tujuh yang lain dalam insiden amuk di bahagian tengah China, menurut media semalam.

Agensi berita rasmi Xinhua berkata, kejadian berlaku di sebatang jalan di bandar Wuhan.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang suspek berusia 38 tahun.

"Seorang meninggal dunia di hospital, mangsa yang lain menerima rawatan kecemasan," katanya. - dpa

Lelaki maut selepas barbeku di ruang tamu


Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
BARNSLEY - BRITAIN. Seorang lelaki ditemui maut dipercayai keracunan gas karbon monoksida di rumahnya di Barnsley.

Stephen Waddington, 53, ditemui tidak bernyawa di samping tiga alatan barbeku pakai buang di ruang tamu rumahnya.

Menurut laporan Thestar.co.uk, polis yang menemui Waddington juga terpaksa dimasukkan ke hospital kerana dikhuatiri keracunan gas karbon monoksida.

Kematian Waddington disedari oleh sepupunya yang membunyikan loceng kecemasan selepas terbau gas.

Polis mengklasikasikan kes tersebut sebagai kemalangan.

Rempuhan Di Shanghai Menunjukkan 'Kecuaian Kritikal' - Datuk Bandar


SHANGHAI: Rempuhan Tahun Baru di Shanghai yang mengorbankan 36 orang termasuk seorang rakyat Malaysia menunjukkan 'kecuaian kritikal', menurut Datuk Bandar hab komersial untuk warga Cina itu, Sabtu.
Datuk Bandar Yang Xiong, bagaimanapun, menegaskan bahawa mereka yang bertanggungjawab telah pun menerima hukuman setimpal.

Tan Wei, 20, pelajar Universiti Hangzhou mati dalam rempuhan itu manakala seorang lagi rakyat Malaysia Ooi Hooi Yi, 20, cedera dalam kejadian itu.

Dalam pesta tahun baru itu yang diadakan di kawasan tepi sungai bersejarah dikenali sebagai Bund itu menyaksikan ramai pengunjung, kebanyakannya wanita muda, berkerumun di kawasan itu menyebabkan keadaan sesak dan pengunjung dipijak kerana langkah keselamatan yang tidak mencukupi.
"Insiden pada malam Tahun Baru telah mendedahkan 'kecuaian kritikal' dan membahayakan dalam infrastruktur keselamatan di Shanghai," kata Yang Xiong dalam mesyuarat tahunan Kongres Rakyat Shanghai.
"Mereka yang bertanggungjawab telah ditahan dan tidak terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya, membaca dari teks yang telah tersedia.

"Kami berkongsi kesedihan rakyat dan mengakui bersalah dan bertanggungjawab."

Seramai 11 pegawai telah menerima hukuman, dengan empat daripadanya dilucutkan jawatan masing-masing, kebanyakannya dari daerah Huangpu di mana kemalangan itu berlaku.

Tiada sebarang pengumuman lagi berhubung hasrat untuk mendapatkan hukuman jenayah melalui mahkamah.

Keluarga mangsa telah menggesa supaya pegawai-pegawai bandaraya di peringkat lebih tinggi, dipersalahkan di tengah-tengah spekulasi yang turut mengaitkan Datuk Bandar itu sendiri.

Datuk Bandar itu mempertahankan laporan siasatan rasmi mengenai tragedi itu yang menggambarkan rempuhan itu sebagai 'insiden', yang mengenakan hukuman yang lebih ringan dan bayaran pampasan yang kurang kepada mereka yang terjejas berbanding klasifikasi 'kemalangan'.

"Kami telah menghasilkan satu laporan yang objektif dan tidak berat sebelah mengikut undang-undang," katanya.

Keluarga si mati akan menerima 800,000 yuan yang mereka kritik kerana terlalu rendah sambil menggesa satu jumlah yang lebih besar daripada kerajaan, bukan sekadar pampasan.

Yang juga menggariskan objektif utama bagi tahun akan datang.

Lelaki mengaku rogol kanak-kanak dipenjara

Geoffrey Rooney
Geoffrey Rooney
DEVON - BRITAIN. Seorang bekas tentera laut dipenjara 14 tahun di atas pelbagai kesalahan seksual kanak-kanak termasuk terhadap seorang bayi perempuan berusia enam bulan.



Memetik laporan daripada portal berita BBC, perbuatan terkutuk Geoffrey Rooney, 39, terbongkar apabila dia merakam perbuatan tersebut dan menghantar gambar terbabit ke rakannya.



Gambar tersebut dijumpai oleh isteri rakannya yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak berkuasa.



Sejurus selepas laporan dibuat, pihak berkuasa giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dan mengesan si pelaku.



Hasil siasatan polis mendedahkan Rooney telah menyimpan hampir 150 keping gambar dan video yang mengaibkan.



“Sesetengahnya memperlihatkan Rooney sebagai pelaku atau penyerang di dalam gambar tersebut.



“Kesalahan itu dilaporkan berlaku di antara Disember 2013 dan Januari 2014 semasa Rooney masih berkhidmat sebagai Tentera Laut,” kata pihak berkuasa seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.



Rooney sewaktu dibicarakan ke Mahkamah Plymouth Crown turut mengakui bahawa dia pernah merogol seorang kanak-kanak dan melakukan serangan seksual ke atas dua kanak-kanak lain sebelum ini.



Bekas ketua pegawai tentera ini juga dilapor pernah mengaku bahawa dia seorang pedofile menerusi sebuah perbualan di atas talian.



Beliau telah mengakui kesalahan termasuk rogol kanak-kanak di bawah 13 dan dua tuduhan serangan seksual pada kanak-kanak di bawah 13.

Geng pencuri lembu kantoi

Salah seorang suspek berjaya dikepung penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis.
Salah seorang suspek berjaya dikepung penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis.
TEMERLOH – Sekumpulan pencuri lembu yang cuba mencuri ternakan penduduk Kampung Charuk Puting di sini kantoi selepas mereka dikepung dan dipukul penduduk kampung.



Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, empat lelaki itu dikepung ketika cuba mencuri seekor lembu dalam ladang kelapa sawit di kampung tersebut sebelum kehadiran mereka disedari penduduk kampung.



Difahamkan, kira-kira 10 orang penduduk kampung yang kerap mengadu kehilangan lembu kemudian mengepung kawasan tersebut dan berlaku pergelutan antara mereka dengan kumpulan pencuri berkenaan.



Bagaimanapun tiga daripada mereka melarikan diri dengan meninggalkan sebuah Proton Wira yang digunakan untuk tujuan itu.



Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, pihaknya  menerima maklumat kejadian kira-kira jam 2.30 petang daripada penduduk kampung yang mengatakan seorang lelaki yang cuba mencuri lembu di Kampung Charuk Puting berjaya ditahan.



"Sehubungan itu, seorang remaja berusia 19 tahun berasal dari Jengka 15 yang sebelum itu ditangkap penduduk kampung ditahan untuk membantu siasata," katanya.



Menurutnya, suspek kemudian dihantar ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan akan direman di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.



““Hasil siasatan polis juga mendapati kereta yang digunakan kesemua suspek adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Karak.



“Polis sedang menyiasat kes ini untuk memburu mereka yang masih bebas,” katanya.

Hanya mampu lihat harta terbakar

Nagajothi dan suaminya, B. Jayaganesh, 38, melihat kediaman mereka yang musnah terbakar di Peringkat 2, Felda Bukit Rokan, semalam.
Nagajothi dan suaminya, B. Jayaganesh, 38, melihat kediaman mereka yang musnah terbakar di Peringkat 2, Felda Bukit Rokan, semalam.
Keadaan api marak membakar kediaman yang dihuni lapan sekeluarga berusia 50 tahun di Peringkat 2, Felda Bukit Rokan, semalam.
Keadaan api marak membakar kediaman yang dihuni lapan sekeluarga berusia 50 tahun di Peringkat 2, Felda Bukit Rokan, semalam.
GEMENCHEH – Lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman yang diduduki sejak 50 tahun lalu di Peringkat 2, Felda Bukit Rokan, dekat sini, hangus 100 peratus, semalam.



Kejadian kira-kira jam 12 tengahari itu mula disedari oleh mangsa, R.Asotha, 60, yang ketika itu sedang memerah santan di dapur.



Menurut Asotha, sebaik mendengar bunyi benda meletup, dia segera memanggil menantunya, Nagajothi, 33, kerana beranggapan menantunya sedang menonton televisyen.



“Bagaimanapun, menantu saya tidak menyahut panggilan dan saya terus pergi ke hadapan rumah untuk melihat dari mana bunyi letupan itu datang. Namun saya sangat terkejut apabila melihat api sedang memercik dari peti meter elektrik.



“Saya segera menjerit meminta tolong, namun api marak dengan pantas," katanya ketika ditemui.



Kata Asotha, dia kerugian hampir RM200,000 apabila sebuah pacuan empat roda jenis Hilux, motosikal jenis Yamaha RXZ, barang kemas, duit serta barangan kedai runcit hangus terbakar.



Sementara itu, Nagajothi berkata, ketika kejadian, dia berada di rumah saudara mereka yang terletak tidak jauh dari rumah untuk menghantar barang.



“Saya terdengar teriakan mak mertua dan segera berlari ke arahnya. Bagaimanapun, api terlalu marak dan membakar bahagian hadapan rumah. Kami cuba meminta tolong, namun penduduk masih lagi belum pulang bekerja.



“Kami hanya melihat api marak dan tidak mampu menyelamatkan barangan terutamanya dokumen pengenalan diri memandangkan hanya kami berdua sahaja berada di rumah ketika itu kerana ayah mertua (B. Balaraman, 68) masih belum pulang menoreh getah," katanya.



Susulan insiden itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas diketuai oleh Ketua Balai Bomba Gemas, Penolong Penguasa Bomba, Syed Ammar Syed Abas bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 12.05 tengah hari.



“Usaha memadam kebakaran ini turut menerima bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau.  Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan," katanya.



Sementara itu, Adun Gemencheh, Mohd Isam Mohd Isa berkata, keluarga terbabit akan menetap di rumah saudaranya buat sementara waktu.



"Pihak Felda akan menguruskan bantuan bagi membina kembali rumah yang musnah dalam kebakaran berkenaan.



“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah menyalurkan bantuan seperti selimut, bantal dan lain-lain buat kegunaan keluarga mangsa kebakaran," katanya.

Rumah, kilang papan hangus

Bomba mengawal kebakaran rumah kongsi, pejabat dan stor kilang kayu.
Bomba mengawal kebakaran rumah kongsi, pejabat dan stor kilang kayu.
RAUB - Tatkala sedang sibuk membeli barangan untuk diniagakan keesokannya, seorang peniaga kantin dikejutkan dengan panggilan jiran memaklumkan rumahnya terbakar sekitar jam 8 malam kelmarin.



Mangsa yang juga Ketua Wanita Umno Cawangan Lechar, Tanjung Putus, Dong, Sa’yah Mat Salleh, 60, bersama suami, Mohd Razali Ismail, 69 dan anaknya Nurul Syuhada Mohd Razali, 20, bergegas pulang sebaik sahaja dimaklumkan tentang kejadian terbabit.



Bagaimanapun, mereka sekeluarga yang menetap di rumah dibina anak sulung itu sejak lapan tahun lalu gagal menyelamatkan barangan berharga di dalam rumah terbabit.



“Tiga televisyen, tiga peti sejuk dan dua  mesin basuh serta kelengkapan rumah yang lain musnah terbakar.



“Hanya bilik anak perempuan sulung saya sahaja selamat selain sebahagian dinding bahagian hadapan rumah yang masih elok.



“Pihak bomba pula menganggarkan kerugian yang kami alami sekitar RM280,000,” katanya.



Saiyah dalam pada itu menerima kunjungan Adun Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin yang menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.



Turut hadir mengunjungi mangsa, Pegawai Daerah, Datuk Khairulanuar Mahmood.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Mohd Kamil Abdul Jabbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 9 malam dan dua jentera dengan kekuatan 11 anggota dikerahkan untuk memadam kebakaran.



Dalam kejadian berasingan, orang ramai dikejutkan pula dengan kepulan asap tebal dipercayai berpunca daripada sebuah kilang kayu Jalan Raub - Kuala Lipis yang terbakar sekitar jam 10 pagi semalam.



Mohd Kamil memberitahu, pihaknya menerima panggilan telefon dari seorang pekerja di kilang terbabit sekitar jam 10.27 pagi.



Beliau berkata, operasi memadam kebakaran turut dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Raub dan Polis Daerah Raub.



“Tiga jentera dengan kekuatan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Zon 3 dikerahkan untuk memadam dan mengawal kebakaran.



“Kebakaran berjaya dikawal sekitar 15 hingga 20 minit,” katanya.



Menurutnya, sekitar 80 peratus meliputi sebuah rumah kongsi, sebuah pejabat dan sebuah stor hangus dalam kejadian terbabit.



“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca dan kerugian yang dialami masih dalam siasatan,” katanya.

Penunggang maut terpelanting

Orang ramai membantu menutup mayat mangsa. Gambar kecil: Muhammad Hafizan.
Orang ramai membantu menutup mayat mangsa. Gambar kecil: Muhammad Hafizan.
RANTAU PANJANG - Seorang lelaki, yang juga pemandu lori maut dalam kemalangan di Jalan Pasir Mas Rantau Panjang, Kampung Padang Licin jam 6 petang, kelmarin.



Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, siasatan mendapati, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Hafizan Zamri, 22, menunggang motosikal Yamaha dari arah Pasir Mas ke Rantau Panjang.



“Setibanya di tempat kejadian, berlaku pertembungan antara motosikal berkenaan dengan kereta Proton Wira dan Perodua Kembara dari arah bertentangan.



“Mangsa terpelanting hampir 20 meter dari motosikalnya, menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.



Beliau berkata, pemandu Proton Wira, seorang wanita Siam bersama empat anaknya yang berusia 1 hingga 17 tahun, tidak mengalami kecederaan.



Manakala katanya, pemandu Perodua Kembara yang juga seorang perempuan bersama anak saudara lelaki, juga tidak mengalami kecederaan.



Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, jam 9 pagi semalam.



Sementara itu, pemandu Wira, On Uma Sodabut, 37, berkata, dia terkejut apabila mendapati penunggang motosikal berkenaan hilang kawalan sebelum merempuh sisi kanan keretanya.



“Saya baru sahaja pulang membeli belah di Rantau Panjang, bagi membeli kelengkapan rumah yang rosak akibat banjir tempoh hari,” katanya.

Peniaga rampas pistol, halau perompak

Sedutan rakaman CCTV yang dimuatnaik ke laman Youtube.
Sedutan rakaman CCTV yang dimuatnaik ke laman Youtube.
HERTFORDSHIRE - BRITAIN. Lagi kes keberanian orang awam melawan kejahatan, seorang peniaga bertindak nekad merampas pistol seorang perompak, kemudian menghalau perompak tersebut.



Kejadian tersebut yang berlaku pada Januari 2015, video litar tertutup (CCTV) merakam tindakan Hunar Mohammed, 37, melakukan rutin biasanya di belakang kaunter.



Seorang lelaki yang membeli alkohol dan rokok kemudiannya mengeluarkan sepucuk pistol, namun Mohammed dengan tenang dan pantas merampas pistol tersebut.



Perompak tersebut kemudian melarikan diri.



Menurut Dailymail.co.uk, pistol tersebut disahkan pistol palsu.



Mohammed, berasal dari Sulaymaniyah, Kurdistan mengatakan beliau tidak kekok bila berhadapan dengan senjata api.



"Saya cuma fikir apa yang saya patut buat, dan saya buat," kata bapa kepada seorang anak perempuan berumur 3 tahun tersebut.

Tersilap dipenjara 37 tahun

Sledge (tengah) memeluk adiknya, Barbara Kinlaw selepas mahkamah membebaskannya daripada dakwaan membunuh.
Sledge (tengah) memeluk adiknya, Barbara Kinlaw selepas mahkamah membebaskannya daripada dakwaan membunuh.
NORTH CAROLINA - AMERIKA SYARIKAT TENGGARA. Seorang lelaki berkulit hitam, Joseph Sledge dibebaskan pada Jumaat selepas dia silap dipenjarakan selama 37 tahun.



Dia menerima khabar gembira itu selepas tiga panel hakim khas yang mengkaji khas berkenaan mengarahkan dia dibebaskan.



Sledge yang berusia 70 tahun didapati bersalah membunuh seorang wanita dan anak perempuannya pada 1976.



Namun, berdasarkan ujian DNA, dia didapati tidak bersalah dan disingkirkan sebagai suspek utama.



"Saya sentiasa yakin dan percaya pada diri sendiri. Kebenaran akan tiba satu hari nanti.



"Jika anda putus harapan, anda akan hilang semuanya," katanya.



Sledge ditangkap pada September 1976 selepas dikaitkan dengan pembunuhan Josephine Davis, 74 dan anak perempuannya Aileen, 57.



Sehari sebelum mayat mangsa ditemui, Sledge yang menjalani hukuman empat tahun penjara melarikan diri dari White Lake Prison Camp.



Dari 1976 hingga 2003, dia sentiasa mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan memfailkan rayuan untuk kesnya dibicarakan semula.



Pada 2003, mahkamah akhirnya memberi kebenaran untuk mengadakan ujian DNA yang baharu.



Perbicaraan semula kesnya dijalankan pada 2008. - Press TV

Penyampai radio dakwa anak didera di pusat asuhan

KUALA LUMPUR - Seorang penyampai radio mendakwa anak lelakinya berusia setahun lapan bulan didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak, dua hari lalu.

 

Menurut Nazira Noran, 35, yang bertugas dengan Bernama Radio24, suaminya Muhammad Farid Samsuddin, 41, menyedari kesan gigitan dan cakaran pada lengan tangan kanan dan kiri, belakang badan serta dahi anaknya ketika menjemputnya dari taska itu pada petang Khamis.

 

"Kerana tidak berpuas hati, saya telah ke taska itu untuk mendapatkan pengesahan namun penyelianya memberi alasan ia luka lama.

 

"Namun setelah membuat pemeriksaan di sebuah pusat rawatan swasta, doktor mengesahkan ada kesan cakaran kuku saiz orang dewasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

 

Nazira berkata beliau membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada Jumaat.

 

"Ini kali pertama kejadian ini berlaku setelah lebih setahun anak saya ditempatkan di situ," katanya.

 

Nazira berkata anaknya itu kini berada dalam keadaan stabil dan buat masa ini anak bongsu daripada tiga beradik itu dijaganya sendiri susulan insiden berkenaan. -Bernama

Mayat diikat batu

Anggota polis melakukan siasatan di lokasi mayat ditemui. (Gambar kecil) Batu yang digunakan penjenayah.
Anggota polis melakukan siasatan di lokasi mayat ditemui. (Gambar kecil) Batu yang digunakan penjenayah.
RANTAU PANJANG – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila tangan, kaki dan perutnya diikat dengan tali, sebelum dibenamkan ke Sungai Golok dengan batu.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Haliludin Rahim berkata, siasatan awal mendapati, mangsa ditemui di dasar sungai dekat Pengkalan Haram Tok Ayah, jam 7.42 petang oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat rondaan sempadan.

Menurutnya, mangsa dianggarkan berusia 20 hingga 30 tahun, ditemui tidak memakai baju dan hanya berseluar jeans.

“Kita menghadapi sedikit cabaran ketika menarik mangsa ke daratan, namun disebabkan faktor keselamatan dan keadaan tempat kejadian yang gelap, kita terpaksa memotong tali yang terikat pada batu.

“Kita masih menyiasat punca kehilangan cuping telinga kanan. Selain itu, tiada kecederaan lain dilaporkan,” katanya yang mengesahkan polis tidak menemui dokumen pengenalan diri pada mangsa.

Setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan mengenai kehilangan ahli keluarga di sini.

Haliludin berkata, pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat mangsa bagi mengetahui punca kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Saya tidak dipaksa nyanyi

Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Ridzuan Abdul Rahman

am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Bekas penyanyi Slam, Zamani Ibrahim, 43, menafikan dia dipaksa untuk menyanyi ketika ditahan atas penyalahgunaan dadah, Rabu lalu.
Zamani berkata, ketika dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, seorang daripada anggota memintanya menyanyikan lagu popularnya dan dia tidak keberatan mendendangkannya.
“Dia mengaku meminati saya dan kumpulan Slam. Jadi, saya hanya menyanyikannya kerana menganggap dia peminat saya,” katanya pada sidang media di Damansara, di sini.
Hadir sama pengurusnya, Johan Aziz dan abangnya, Zulfazil.
Zamani berkata, dia tidak akan mengambil tindakan terhadap pihak yang merakam video itu dan menganggapnya sudah selesai.
Selain itu, dia juga berterima kasih dengan peminat yang menyokongnya namun meminta mereka yang memiliki video berkenaan tidak menyebarkannya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad, ketika dihubungi, berkata, penyanyi berusia 43 tahun itu dibebaskan.
“Dia sebelum ini direman atas kesalahan memiliki dadah dan siasatan kes itu sudah dilengkapkan. Kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut," katanya.
Penyanyi yang ditahan bersama seorang wanita di kediamannya di Taman Keramat Ampang.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 3:57 PM


ZAMANI bersama peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar pada sidang media selepas dibebaskan dengan jaminan polis. FOTOSaifullizan Tamadi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26036#sthash.aARNSf3b.dpuf

5 hari terkandas

Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail 
rabiatul@hmetro.com.my

Limbang: "Sudah genap lima hari (sehingga semalam) saya terkandas di sini, saya berharap air cepat surut dan dapat meneruskan perjalanan ke Lawas," kata Fadillah Junaidi, 34, yang terkandas Batu Danau, di sini, selepas jalan menghubungkan Brunei dan Limbang ditenggelami air sedalam kira-kira 1.5 meter sejak Ahad lalu.
Fadillah antara 101 mangsa daripada 26 keluarga yang kini ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Imigresen Tedungan sejak banjir melanda kawasan itu sehingga menenggelamkan Jalan Batu Danau yang menghubungkan Miri, Lawas, Limbang dan Brunei.
Menurut Fadillah, dia tidak menyangka banjir yang berlaku seburuk itu, lagi pula dia tidak tahu mengenai situasi terkini banjir yang melanda kerana tidak melihat berita dan membaca akhbar.
"Saya pergi ke Miri, Jumaat lalu dan pulang ke Lawas pada Ahad. Sebaik sampai di Jalan Batu Danau, saya lihat kenderaan sudah bersusun panjang di kedua jalan.
"Ketika itu saya hampir kehabisan minyak kereta lalu membuat keputusan membawa keluarga menumpang di surau berhampiran menunggu air surut," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:12 AM


PASUKAN bomba membawa 120 bungkusan keperluan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Limbang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25941#sthash.mVzoFfyc.dpuf

Janji ke Makkah naik kapal mewah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhaamad Hafis Nawawi
SUSPEK (kanan) ditahan untuk siasatan di Balai Polis Rawang.
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Kami terpedaya selepas dijanjikan keuntungan selain menunaikan haji percuma ke Makkah tahun ini dengan menaiki kapal persiaran mewah dari pelabuhan di Malaysia," jelas seorang mangsa penipuan pelaburan didalangi pasangan suami isteri.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 50-an, berkata, pasangan penipu licik berasal dari Rawang, Selangor itu mendakwa kuota haji ditawarkan kepada pelabur milik mantan Perana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, pasangan itu berjaya meyakinkan ramai mangsa dari Lembah Klang dan utara tanah air berikutan mendakwa mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan kewangan serta pelaburan hartanah.
"Saya dan ramai mangsa tertipu apabila menyertai skim pelaburan diperkenalkan itu sejak lebih dua tahun lalu melalui 'road show' dilakukan.
"Suspek mendakwa pelaburan itu ditawarkan kepada orang Melayu sahaja. Oleh itu kami diminta merahsiakan pelaburan itu daripada pengetahuan sesiapa,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:15 AM



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25956#sthash.p03sm0By.dpuf

Tiga terbunuh bawah jejambat

Oleh Mohd Fadly Samsudin
Add caption
fadly@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Tiga terbunuh manakala dua cedera dalam kemalangan di Kilometer 11.7 Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) menghala ke Kepong, 12.58 tengah malam tadi.
Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu lelaki berusia 35 tahun bersama tiga ahli keluarga serta seorang rakannya.
Difahamkan, mereka dalam perjalanan pulang ke Taman Selayang Makmur, Batu Caves, di sini, selepas mengambil dua anaknya menjalani latihan badminton di Setapak.
Menurut sumber, mangsa yang maut adalah ibu pemandu, Kham Chui Yoke, 59, anak pemandu, Ng Lee Teng, 10, dan rakannya, Kueh Chin Hui, 42.
Kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar besi pembahagi jalan dan tiang konkrit.
"Semua mangsa maut di lokasi kejadian. Mayat dibawa ke Hospital Selayang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 1:13 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26028#sthash.yp4eOhTy.dpuf

4 suspek Islam rancang serang Sepanyol?


Madrid: Polis menahan empat suspek pelampau Islam di wilayah Ceuta yang bersempadan dengan Maghribi untuk disiasat jika mereka merancang sebarang serangan di Sepanyol.
Kementerian Dalam Negeri menyatakan, suspek ditangkap dalam dua serbuan berasingan di sekitar wilayah berkenaan awal pagi semalam.
Kenyataan kerajaan berkata, suspek dipercayai anggota kumpulan kecil dan mampu melakukan serangan di dalam Sepanyol.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada tangkapan semalam mempunyai kaitan dengan siasatan berterusan pihak berkuasa terhadap serangan ganas di Paris serta cubaan serangan di Belgium sebelum ini.
Polis sudah menangkap kira-kira 50 yang suspek yang didakwa menyertai jihad sepanjang tahun lalu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 7:49 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26116#sthash.rEJJk2Qo.dpuf

Wajib dedah kata laluan Facebook


Springfield: Pelajar di Illinois diwajibkan memberi kata laluan untuk akaun Facebook masing-masing melalui suatu undang-undang baru diluluskan di negeri itu.
Mendakwa ia dibuat sebagai cara menghentikan amalan pembuli siber, ia berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Melalui undang-undang itu, pelajar mesti mendedahkan kandungan dalam akaun Facebook masing-masing jika pihak sekolah percaya mereka melanggar polisi penggunaan media sosial.
Namun, ibu bapa pula berasa bimbang jika peruntukan itu digunakan suatu hari nanti.
Seorang ibu, Sara Bozarth berkata, tiada masalah jika pihak menuntut melihat kandungan akaun Facebook seseorang.
“Tetapi menyerahkan kata laluan dan maklumat peribadi kepada pihak sekolah, ia tidak boleh diterima,” katanya.
Sementara itu pengetua sebuah sekolah berkata, setakat ini tiada mana-mana pelajar diminta menyerahkan kata laluan akaun.
“Ia dilaporkan di luar konteks sebenar,” katanya.
Pada Mac tahun lalu sekolah di Minnesota diperintah membayar AS$70,000 (RM252,190) dalam penyelesaian luar mahkamah selepas seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diminta menyerahkan kata laluan akaun Facebooknya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 7:50 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26117#sthash.H3FuPydj.dpuf

Remaja curi kalung RM16.7j


AFP
Hong Kong: Polis memburu seorang gadis berusia antara 13 dan 14 tahun berhubung kehilangan kalung berlian 100 karat bernilai HK$36 juta (RM16.7 juta) dari sebuah kedai barang kemas mewah.
Menurut polis, gadis terbabit dipercayai dibantu dua wanita dan lelaki berusia antara 30 dan 40 tahun.
Jurucakap polis semalam berkata, modus operandi pencuri itu ialah, suspek dewasa berlakon sebagai pelanggan mengunjungi kedai berkenaan dan berpura-pura berminat membeli barang kemas di situ.
“Tanpa disyaki, gadis itu akan bertindak mencuri barang kemas dan mereka akan meninggalkan premis berkenaan sejurus selepas itu,” katanya.
Dalam kejadian itu, kata jurucakap polis, gadis terbabit terlebih dulu mencuri kunci kabinet dari laci ketika ketika perhatian pekerja di situ dialihkan kepada pasangan lelaki dan wanita berkenaan.
“Taktik itu hanya disedari selepas polis memeriksa rakaman kamera litar tertutup di kedai yang terletak di Tsim Sha Tsui itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Berdasarkan rakaman berkenaan, pencuri terbabit dilihat berlegar-legar berhampiran kedai barang kemas itu selama hampir setengah jam.
Namun, kehilangan rantai bertatah lebih 30 berlian berkenaan hanya disedari sehari kemudian.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 7:50 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26118#sthash.79Ch9df7.dpuf

QZ8501: Empat lagi mayat mangsa berjaya dibawa naik

PERAIRAN KARIMATA: Sekurang-kurangnya empat mayat berjaya dibawa naik ke kapal KN Pacitan milik Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia awal pagi ini ketika proses mengapungkan badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di perairan Karimata, Kalimantan Tengah.
Terdahulu, Pengarah Operasi BASARNAS, SB Supriyadi di Lanud Iskandar, Pangkalan Bun, Kotawaringin Barat, Kalteng berkata, pihaknya sudah menemui 65 mayat sehingga semalam, menjadikan jumlah terbaharu yang sudah ditemui adalah 69 ketika ini.
Kerja pengapungan badan pesawat dilakukan oleh kapal Crest Onyx dan akan diangkat ke kapal milik SKK Migas untuk dibawa ke Jakarta.
Sebanyak 11 kumpulan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI) dengan setiap kumpulan terdiri daripada empat anggota memulakan operasi menyelam di dasar laut sejak jam 5 pagi waktu tempatan.
Sehingga jam 10 pagi ini, proses mengangkat badan pesawat masih dijalankan. BASARNAS melaporkan, badan pesawat berada pada kedalaman 30 meter dan berada pada kedudukan 3,400 meter dari titik penemuan ekor pesawat. - Detik.com

Dua maut motosikal bertembung di Pandamaran

Klang : Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung sesama sendiri dalam kejadian di Pandamaran, Klang, malam semalam.
Dalam kejadian pada jam 11.25 malam itu, mangsa, Muhd Azamuddin Kudong, 18, dan Lim Soon Huat, 28, maut akibat kecederaan parah di kepala dan patah tengkuk.
Ketua Trafik dan Bahagian Ketenteraman Awam Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman, berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan mahu pulang ke rumahnya di Kampung Delek selepas tamat waktu bekerjanya di sebuah kolej swasta berdekatan tempat kejadian.
"Ketika dalam perjalanan pulang, Muhd Azamuddin dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan yang berada di hadapannya sehingga menyebabkan mangsa memasuki lorong bertentangan.
"Soon Huat yang sedang menunggang dari arah Pandamaran pula tidak sempat mengelak motosikal yang sudah berada di depannya dan mereka terus bertembung," katanya.
Rosly berkata, pertembungan kedua-dua motosikal itu menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh ke atas jalan raya dan mengalami hentakan yang kuat..
"Mangsa pertama disahkan mati di tempat kejadian dan mangsa kedua yang kritikal segera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk mendapatkan rawatan.
"Namun, beberapa jam selepas dirawat di zon merah, mangsa kedua disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 pagi, tadi akibat kecederaan parah di seluruh badan," katanya.

Rotan anak jadi kesalahan besar


ROHANI (empat dari kanan) beramah mesra dengan ahli-ahli Perwani di Galeri Shah Alam, Selangor semalam.


SHAH ALAM – Merotan anak berkemungkinan menjadi kesalahan dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (gambar kecil) berkata, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan memandangkan negara ini telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Merotan anak merupakan sebahagian budaya masyarakat kita. Namun, kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.
“Kita juga mengambil iktibar daripada rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya selepas menghadiri program Santai Kopi O anjuran Komuniti Pertubuhan Wanita 1 Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Munirah Abdullah Bajanuddin dan Pengerusi Penyelaras Perwani Shah Alam, Radziah Ahmad.
Konvensyen mengenai CRC telah diterima dengan rasminya oleh PBB pada 20 November 1989 secara konsensus.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3PmodoLkG 
Hakcipta terpelihara