Search This Blog

Saturday, January 24, 2015

Zamani bebas, reman tidak disambung


KUALA LUMPUR 24 Jan. - Reman vokalis Kumpulan Slam, Zamani yang ditahan berkaitan satu kes dadah minggu ini, tidak disambung dan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuddin Saat ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu Zamani dibebaskan selepas proses dokumentasi selesai sekitar pukul 9.45 pagi di Balai Polis Hulu Klang. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/zamani-bebas-reman-tidak-disambung-1.51846#sthash.UKeDdfn0.dpuf

Tiga maut, dua cedera kemalangan di MRR2


KUALA LUMPUR 24 Jan. - Tiga sekeluarga maut manakala dua cedera dalam satu kemalangan di Kilometer 11.7 Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) menghala Kepong, awal pagi tadi.
Mangsa termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dan warga emas berusia 59 tahun.
Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tiga-maut-dua-cedera-kemalangan-di-mrr2-1.51847#sthash.MJLatpW1.dpuf

Remaja maut tersepit antara van dan pokok


LANGKAWI 24 Jan. - Seorang remaja menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila tersepit antara sebuah van dan sebatang pokok di Jalan Bukit Sejuk dari arah Simpang Kok menghala Datai di sini setelah terbabit dalam kemalangan semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa Mohammad Syamie Ghazali, 18,
yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah van yang datang dari arah bertentangan.
Mangsa dikatakan tercampak ke bahagian cermin van sebelum diheret sehingga ke sebatang pokok terletak di bahu jalan.
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan.
Mayat dihantar ke Hospital Langkawi untuk dibedah siasat.
Pemandu van hanya cedera di bahagian mata dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Harith Kam Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/remaja-maut-tersepit-antara-van-dan-pokok-1.51848#sthash.h2SH3r7X.dpuf

Tiga beranak dirempuh


Kereta Proton Iswara Aeroback ini dipercayai hilang kawalan
Kereta Proton Iswara Aeroback ini dipercayai hilang kawalan
SUNGAI HAJI DORANI – Dua beranak dan seorang saudara mereka cedera parah selepas motosikal jenis Yamaha Lagenda yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 50 Jalan Teluk Intan-Klang, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Khamsiah Arbi, 36, dalam perjalanan menghantar anaknya, Muhamad Izuddin Zaidi dan anak saudaranya, Nur Farah Amylia Suhairol masing-masing berusia 10 tahun ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Dorani.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, ketiga-tiga mereka dipercayai dalam perjalanan dari rumah di Kampung Tebuk Masro, Sungai Besar menghala ke sekolah mengikut jalan dari arah Pekan Sungai Haji Dorani.

Katanya lagi,  sebaik tiba di simpang empat di pekan itu,  sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dari arah Klang menghala ke Hutan Melintang, Perak dipercayai gagal dikawal lalu merempuh motosikal terbabit.

“Kereta terbabit didapati meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat kuning bertukar merah tanpa menyedari sebuah motosikal tiba-tiba didapati cuba melintas dari arah laluannya,” katanya.

Katanya, akibat pelanggaran itu, ketiga-tiga mangsa tercampak dari motosikal terbabit menyebabkan kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

“Mangsa mengalami patah kaki kanan dan leher, anaknya pula patah kaki kanan dan bahu kiri dan anak saudara mangsa mengalami kecederaan di bahagian paru-paru dan patah paha kanan,” katanya.

Beliau berkata, dua beranak itu kemudiannya dirujuk di Hospital Teluk Intan dan anak saudara mangsa menerima rawatan kecemasan di Hospital Cheras.

Menurut beliau, siasatan kes kemalangan dikendalikan Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Rohani Jani di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Imam selamatkan budak ditukar agama


Razali (kiri) merujuk masalah Muhammad Arqam (tengah) kepada Pembela BN Negeri Melaka, semalam.
Razali (kiri) merujuk masalah Muhammad Arqam (tengah) kepada Pembela BN Negeri Melaka, semalam.
AYER KEROH - Tindakan pantas seorang imam masjid di Tangga Batu, berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak Islam berusia 8 tahun menukar agama lain, selepas dia diserahkan kepada keluarga bukan Islam.

Kanak-kanak terbabit, Muhammad Arqam Nur Ansal diserahkan kepada keluarga beragama Kristian selepas ibu-bapanya yang berasal dari Filipina ditahan Imigresen dan dihantar pulang ke negara asal.

Imam terbabit, Razali Othman, 53, berkata, dia menemui kanak-kanak itu selepas diberitahu seorang jemaah masjid mengenai ada seorang budak lelaki di sebuah pusat bimbingan kanak-kanak yang sudah ditukarkan agama serta namanya.

“Kejadian itu berlaku sebelum Aidiladha tahun lalu. Ada orang jumpa saya meminta saya selamatkan seorang budak. Saya tanya pada dia, apa yang hendak diselamatkan?

“Jemaah itu kata, ibu bapa budak itu sudah ditangkap dan dihantar ke negara asalnya kerana masuk secara tidak sah. Budak itu tinggal dengan keluarga bukan Islam.

“Bila saya pergi ke taman bimbingan itu, sah ada kanak-kanak yang namanya sudah bertukar kepada bukan Islam,” katanya.

Razali berkata, selepas mendapatkan butiran asal usul, dia mendapati kanak-kanak itu dilahirkan di sebuah klinik swasta di Masai, Johor.

"Saya hubungi bapa budak itu di Filipina. Dia terkejut anaknya hendak ditukar agama lalu meminta saya terus memeliharanya buat sementara," katanya.

Razali berkata, walaupun berjaya menyelamatkan Muhammad Arqam, timbul masalah kerana kanak-kanak itu tidak mempunyai sebarang dokumen kelahiran.

"Sukar untuk saya masukkannya ke sekolah. Saya cadang untuk masukkannya dia di mana-mana sekolah tahfiz.

“Kalau diizinkan bapanya, saya sedia menjaganya sampai besar. Anak-anak saya juga sudah bersetuju. Bagi saya, adalah menjadi fardu kifayah untuk kita selamatkan kanak-kanak ini. Apa yang penting, adalah agamanya,” katanya.

Sementara itu, kes berkenaan dirujuk ke Pusat Perkhidmatan Barisan Nasi-onal (Pembela BN) Negeri Melaka.

Pengarahnya, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya sudah pun menghubungi klinik yang dimaksudkan di Masai tetapi mereka enggan bekerjasama.

“Kita merayu supaya klinik berkenaan bekerjasama memberikan maklumat kelahiran kanak-kanak ini untuk diuruskan proses permohonan sijil kelahiran. Ia amat penting untuk masa depan kanak-kanak ini.

“Kita percaya kes ini boleh diselesaikan kerana bapanya masih boleh dihubungi. Sekiranya klinik berkenaan tetap enggan bekerjasama, kita akan cuba dapatkan khidmat guaman bagi menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Empat sekeluarga maut


Keadaan Kancil dan Preve selepas kemalangan.
Keadaan Kancil dan Preve selepas kemalangan.
JASIN - Empat sekeluarga maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan ngeri melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Serkam Pantai - Pulai dekat sini semalam.

Dalam kejadian lebih kurang 4.15 petang, kereta dipandu Ida Dollah, 46, dari arah Melaka menghala ke Muar dipercayai dilanggar sebuah kereta Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan.

Akibat rempuhan itu kereta mangsa kemudian dilanggar sebuah Proton Preve yang gagal mengelak dari arah belakang sebelum merempuh kereta mangsa menyebabkan kereta terbabit terseret beberapa meter dari tempat kejadian.

Sumber polis berkata, kemalangan itu menyebabkan dua anak Ida, Siti Rohana, 23, dan Siti Rohani, 18, yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

Menurutnya, Ida dan ibunya, Saimah Wahab, 77, yang duduk di tempat penumpang hadapan tersepit dan mengalami cedera parah sebelum kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Keempat-empat mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah selain kereta kancil yang dinaiki mereka sekeluarga remuk teruk.

“Sementara pemandu Proton Perdana hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu Proton Preve tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Proton Perdana buat drift

Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Masri Ibrahim berkata, enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau bergegas ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 4.15 petang semalam.

Selain itu, empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu.

Menurutnya, setiba mereka di tempat kejadian, dua mangsa iaitu penumpang belakang Perodua Kancil tercampak keluar manakala pemandu dan penumpang hadapannya tersepit, semua mereka disahkan maut di lokasi.

“Bomba mengambil masa kurang dari 10 minit untuk mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dengan menggunakan pemotong hidraulik sebelum mayat mereka diserahkan kepada polis,” katanya.

Tambahnya, pasangan suami isteri bersama anak perempuannya berusia lingkungan 5 tahun menaiki Proton Preve tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu Proton Perdana berusia lingkungan 20-an cedera di kepala dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Kami difahamkan kereta Proton Perdana yang dikatakan dipandu laju terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar kereta Kancil dan Proton Preve,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan (DSP) Muhd Nur Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu.

“Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Anak-anak tidak bersalam

Abd Ghaffar Said, 49, tidak menyangka perbuatan kedua-dua anaknya yang tidak bersalaman dengannya sebelum keluar rumah membawa tanda kehilangan mereka selamanya juga isterinya serta ibu mertuanya.

Abd Ghaffar berkata, selalunya kedua-dua anaknya akan bersalaman terlebih dahulu dengannya sebelum melangkah keluar rumah.

Malah menurutnya, isterinya juga sempat memberitahu untuk keluar bersama-sama anak termasuk anak sulungnya Siti Rohana yang berkhidmat di pejabat kesihatan Johor Bahru, pulang bercuti.

Menurutnya, mereka berempat dipercayai berjalan-jalan membawa ibu mertuanya melawat Melaka.

“Selalu kalau nak ke mana-mana anak-anak akan salam tangan saya tapi kali ini sebelum mereka keluar, mereka tak berbuat demikian.

“Isteri juga kalau nak keluar selalu dia tidak beritahu, tapi kali ini, dia maklumkan kepada saya terlebih dahulu, namun saya tak sangka itulah kali terakhir saya mendengar suaranya,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Jasin, semalam.Abd Ghaffar hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan adiknya.

“Sedih namun saya redha kehilangan mereka semua,” katanya yang tinggal di Kampung Kesang Laut.

Ketiga-tiga mangsa akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halaman isterinya di Kampung Panjang Sari  Pagoh, Johor hari ini.

Bakal tunang terkejut

Bakal tunang Allahyarham Siti Rohana, Mohd Azlan Jamak, 23, berkata, sebelum kejadian, lebih kurang jam 9 dia berselisih dengan kereta yang dinaiki keempat-empat mangsa di persimpangan lampu isyarat di Tanjung Agas dan mangsa sempat melambai.

Ketika itu Mohd Azlan dalam perjalanan ke tempat kerja dan lebih kurang 12 tengah hari mangsa  menghantar mesej memberitahu bawa nenek melihat kapal besar di Melaka.

“Saya nasihatkan dia dan ibunya  berhati-hati memandu. Bagaimanapun, selepas pulang kerja dia berasa tidak senang hati setelah mangsa tidak membalas mesejnya termasuk menjawab panggilan telefon.

“Saya telefon berkali-kali, sehinggakan saya tertidur dan saya telefon semula. Namun hati saya luluh bila panggilan telefon dijawab seorang anggota polis dan meminta saya ke Hospital Jasin,” katanya yang merancang menghantar rombongan meminang pada Mac depan.

Sementara itu, pemandu Proton Preve, Fairuz Yaakob, 34, yang sedang bersama isteri dan seorang anak berusia dua tahun berkat, semasa kejadian dia tidak sempat mengelak sehingga menyebabkan kerosakan di bahagian depan kenderaan.

“Saya berada di belakang Kancil, tiba-tiba saya melihat seolah-olah Perodua Perdana ini membuat drift sebelum berlaku kemalangan.

“Tapi alhamdulillah saya dan keluarga selamat dan anak saya mengalami sedikit kecederaan di bahagian kepala,” katanya.

4 sekeluarga, kenalan kemalangan


Kenderaan pelbagai guna dinaiki lima mangsa remuk akibat rempuhan dengan treler. Gambar kecil: Muhammad Asyran
Kenderaan pelbagai guna dinaiki lima mangsa remuk akibat rempuhan dengan treler. Gambar kecil: Muhammad Asyran
SUNGAI PETANI – Niat seorang pemuda yang mahu menghabiskan masa bersama keluarga rakannya di Kedah tidak kesampaian apabila maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 107.2, Lebuhraya Utara Selatan, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Asyran Mohd Najib, 24, dari Bandar Baru Temerloh, Pahang dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah Mohd Fauzan Mohamad Zaini, 24, di Taman Mahsuri, Jitra, Kedah.

Bagaimanapun, kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Grand Livina yang dinaiki mangsa bersama keluarga Mohd Fauzan dikatakan merempuh sebuah treler berdekatan susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Selatan.

Rempuhan menyebabkan kenderaan dinaiki lima mangsa itu diseret sejauh kira-kira 200 meter mengakibatkan Muhammad Asyran maut di lokasi kejadian.

Ibu Mohd Fauzan, Narizah Ismail, 55, terperangkap lebih sejam sebelum anggota bomba berjaya mengeluarkannya akibat tersepit.

Adik Narizah, Nordin Ismail, 54, berkata, dia terkejut apabila mendengar berita kemalangan yang membabitkan ahli keluarganya itu.

“Saya juga terkejut apabila mendapat tahu seorang rakan anak saudara yang mengikut keluarga pulang, meninggal dunia dalam kemalangan ini,” katanya.

Menurutnya, Mohd Fauzan merupakan seorang pelajar di Universiti Kuala Lumpur.

Dua lagi mangsa, Mohamad Zaini Zainol Abidin, 55, (suami Narizah) dan Naufal, 18 (anak Narizah) berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin mengesahkan kematian.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kejadian akan dijalankan.

Orang minyak cuba umpil pintu


Wong Yit Fun menunjukkan pintu grill yang cuba diumpil oleh lelaki dipercayai ‘orang minyak’.
Wong Yit Fun menunjukkan pintu grill yang cuba diumpil oleh lelaki dipercayai ‘orang minyak’.
SEREMBAN – Hasrat lembaga hitam badan berkilat yang cuba memasuki sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di sini tidak kesampaian, apabila tindakannya menceroboh disedari oleh tuan rumah.

Pemilik rumah, Wong Yit Fun,55, berkata kejadian kira-kira jam 2.20 pagi semalam, ketika dia sedang menonton televisyen diruang tamu.

Katanya, semasa kejadian, rumahnya berada dalam keadaan gelap kerana semua ahli keluarganya sudah tidur, kecuali dia.

“Semasa saya sedang menonton televisyen, saya terdengar sesuatu bunyi di bahagian depan gril, tapi tidak mengendahkannya.

“Bunyi itu semakin kuat. Saya pun selak kain langsir di bahagian pintu, lalu ternampak kelibat seorang lelaki berbadan sederhana tinggi, berada di pintu gril cuba untuk membukanya.

“Lelaki yang hanya berpakaian seluar dalam, tanpa selipar dan badan berminyak, terus melarikan diri bila dengar saya menjerit,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Katanya, mujur pada waktu itu dia belum tidur lagi, jika tidak pasti rumahnya sudah dipecah masuk.

Tambah Yit Fun, ketika kejadian, pintu pagar rumahnya tidak berkunci, dan mungkin disebabkan itu pencuri itu berani bertindak masuk.

“Saya yakin lelaki itu merupakan orang minyak (pencuri), berdasarkan keadaan kulitnya yang berkilat, tanpa memakai baju dan seluar, memasuki rumah orang untuk mencuri,” katanya.

Sehubungan dengan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Cambell, pada hari yang sama.

Jakim Boleh Saman Eric Paulsen Kerana Menfitnah


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) boleh mempertimbang untuk menfailkan saman fitnah terhadap peguam Eric Paulsen yang mengeluarkan kenyataan menimbulkan kemarahan umat Islam berhubung Islam menerusi catatan Twitter miliknya.
Peguam kanan Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Jakim boleh menfailkan tindakan saman malu atau fitnah terhadap pembuat kata-kata fitnah itu kerana telah, dalam maksud lazim dan biasa, menuduh jabatan itu terlibat dengan aktiviti pengganas, keterlaluan dan membahayakan toleransi antara sesama kaum.
Mohd Hafarizam yang banyak mengendalikan kes saman fitnah, berkata bagi mendukung kesucian Islam, selain daripada pendakwaan kerana menghasut atau menghina Islam, tindakan saman juga boleh dilakukan agar menjadi pengajaran kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan itu.
"Semua pihak yang berkepentingan contohnya kerajaan, pembangkang, masyarakat sivil dan rakyat perlu lebih bertanggungjawab, sensitif, peka dan prihatin tentang isu agama.
"Undang-undang, sebagaimana canggih dan mencakupi segalanya pun, tidak akan ada maknanya jika tidak dipatuhi," katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai tindakan individu yang menghina Islam seperti yang dilakukan Paulse, yag juga Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty.
Paulsen membuat catatan itu dalam bahasa Inggeris pada 9 Jan lepas, dan beliau memadamnya selepas kecaman pelbagai pihak.
Paulsen kemudian ditahan di Brickfields dan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Pada 14 Januari, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kertas siasatan berhubung kes Paulsen akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis setelah direman dua hari.
Mohd Hafarizam berkata selain itu pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 dengan memasukkan kesucian agama Islam sebagai satu daripada subjek kecenderungan menghasut hendaklah dilakukan secepat mungkin bagi mencegah gejala menghina agama Islam di negara ini yang semakin menjadi-jadi.
Beliau berkata, ada banyak lagi Akta-Akta yang boleh diambilkira untuk pindaan seperti Kanun Keseksaan bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan sensitif terhadap agama.
"Namun, kesudahan yang ingin dicapai ialah keharmonian antara kaum atau penganut agama dan toleransi yang mampan. Ini memerlukan perlaksanaan strategik yang menyeluruh contohnya Parlimen, Eksekutif, Kehakiman, Polis, ahli Akademik dan rakyat', katanya.
Mohd Hafarizam juga menyarankan supaya kesedaran yang lebih luas dan mendalam berkenaan ajaran Islam perlu diperhebatkan oleh Jakim dan lain-lain agensi kerajaan berkaitan kepada semua bangsa, tidak terhad kepada beragama sahaja.
Mohd Hafarizam menegaskan ini tidak menyalahi undang-undang kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang memberi penerangan atau pendedahan tentang ajaran Islam.
Ketua kluster governans, perundangan dan pengurusan awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata saman itu boleh difailkan sekiranya Jakim pasti terdapat elemen fitnah dalam kenyataan peguam itu kepada agama Islam.
"Beliau ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan. Oleh itu kenyataan beliau mestilah yang akan membawa kebencian kepada kerajaan atau permusuhan kaum," katanya.
Selain itu katanya, pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 dengan memasukkan kesucian agama Islam sebagai salah satu subjek kecenderungan menghasut perlu dilakukan kerana tiada peruntukan khusus berhubung penghinaan agama Islam dalam Akta Hasutan itu dan sekiranya peruntukan itu dimasukkan ia akan memantapkan lagi akta tersebut.
"Oleh itu pindaan nanti perlu dimasukan perkara ini," katanya.
Nik Ahmad Kamal menjelaskan bagi kesalahan menghina agama atau mengganggu keharmonian antara agama, Akta Hasutan memperuntukkan hukuman denda atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan manakala di bawah Sesksyen 298A Kanun Keseksaan, ia memperuntukan hukuman penjara dua tahun hingga lima tahun.
Beliau mengambil contoh kes pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa kerana mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan mengikut Seksyen 298A yang memperuntukan hukuman yang lebih tinggi.

Sirul Pindah Ke Pusat Tahanan Di Sydney, Lapor ABC


PETALING JAYA: Bekas anggota komando polis, Sirul Azhar Umar dilaporkan dipindah ke pusat tahanan di Sydney, walaupun sebelum ini ada laporan menyatakan dia akan dibebaskan pihak berkuasa Australia.
Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan pada Jumaat malam mengenai Sirul, 43 yang dipindahkan Pusat Penahanan Imigresen Villawood dan ditempatkan di bahagian yang dilengkapkan dengan tahap kawalan maksimum.
Sirul bersama rakannya, Azilah Hadri dihukum gantung minggu lalu kerana membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditahan pada Selasa oleh pegawai imigresen Australia selepas pihak Interpol mengeluarkan notis merah.
Menurut ABC, ketika ditahan, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu tinggal bersama ahli keluarganya di timur Brisbane.
Dipercayai Sirul tinggal bersama anaknya yang berusia 19 tahun, yang dikenali sebagai Shuk Sz yang memuat naik menerusi Facebooknya mengenai kehadiran Sirul, serta ahli keluarganya di Ipswich, Queensland sejak beberapa bulan selepas memasuki negara itu menggunakan pasport dan visa sah tahun lalu.
Beberapa media tempatan, memetik sumber Wisma Putra melaporkan pada Jumaat mengatakan Sirul telah dibebaskan. Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi berhubung perkara itu daripada pihak berkuasa Australia atau polis Malaysia.
Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin menyatakan pihaknya akan mencabar sebarang usaha untuk mengekstradisi anak guamnya dari Australia.

Video Zamani: Dua Anggota Polis Digantung Tugas


PETALING JAYA: Dua anggota polis yang memaksa penyanyi kumpulan popular 90-an menyanyi ketika di lokap dan tangannya digari telah digantung tugas.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai berkata, pihaknya mengadakan siasatan berhubung penyebaran video penyanyi, Zamani Ibrahim yang menjadi virul menerusi media sosial itu.
"Ketua Polis Negara memberi kebenaran kepada jabatan untuk memindahkan anggota terbabit daripada tugas sehingga siasatan selesai.
"Kami bukan sahaja menyoal siasat mereka, tetapi juga penyelia mereka untuk mengetahui bagaimana kesilapan seumpama itu boleh berlaku dalam prosedur tugas polis.
"Kami menyiasat dari semua sudut," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit, tetapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Senior Deputi Komisioner Zubaidah menambah, pasukan itu tidak akan bertolak ansur terhadap perlakuan buruk itu termasuk menganiaya tahanan.
Malahan, katanya, tindakan yang dilakukan kedua-dua pegawai polis itu adalah sesuatu yang memalukan.Zamani, 43 ditahan pada Rabu kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di kediamannya di Taman Keramat, Ampang.
Penyanyi kumpulan Slam itu ditahan bersama teman wanitanya yang berusia 32 tahun disyaki memiliki bungkusan mengandungi 1.2 gram heroin.
Menerusi video yang dipercayai dirakam sebaik Zamani ditahan itu menunjukkan dia menyanyikan lagu Gerimis Mengundang, salah satu lagu popular kumpulannya, sambil tangannya digari.
Rakaman video itu menjadi viral di media sosial dan mendorong pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

QZ8501: 65 Mayat Ditemui, 50 Dikenal Pasti



Pasukan penyelamat memeriksa mayat yang ditemui penyelam di dasar Laut Jawa pada Jumaat.



SURABAYA: Tiga lagi mangsa tragedi pesawat AirAsia, QZ8501 yang terhempas bulan lalu dikenal pasti menjadikan jumlah keseluruhannya 50 setakat ini.
Terkini, Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Polis Indonesia mengumumkan nama tiga penumpang iaitu dua wanita, Susiyah dan Naura Kanita Rosada Suseno sera seorang lelaki yang dikenali sebagai Soesilo Utomo.
Selain itu, pasukan itu juga mengesahkan menerima tambahan 10 lagi mayat di Hospital Bhayangkara yang diterbangkan dari Pangkalan Bun di tengah Borneo untuk dikenal pasti.
Setakat ini, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) mengesahkan menemui 65 mayat di mana 50 sudah dikenal pasti, manakala 13 lagi masih dalam proses untuk dikenal pasti dan dua lagi mayat yang ditemui belum tiba ke sini.
Sementara itu, pada pagi Jumaat, asukan penyelam Indonesia berjaya sampai ke bangkai pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas bulan lalu di dasar Laut Jawa dan membawa keluar enam lagi mayat mangsa.
Kata pagawai agensi penyelamat, SB Supriyadi, penyelam berjaya sampai di bangkai pesawat tetapi tidak masuk ke dalamnya kerana terdapat banyak wayar dan sampah sarap.
Tambah beliau lagi, pihaknya terpaksa menghentikan usaha mencari baki mayat berikutan berlakunya perubahan cuaca.

H5N1 jejaskan lima negeri di Nigeria


Puluhan ribu ayam itu dimusnahkan secara berperingkat.
Puluhan ribu ayam itu dimusnahkan secara berperingkat.
ABUJA - NIGERIA. Puluhan ribu ayam dimusnahkan di lima buah negeri di Nigeria selepas virus selesema burung H5N1 menular di beberapa ladang ternakan, menurut pegawai, kelmarin.

Menteri Pertanian, Akinwumi Adesina memberitahu sekurang-kurangnya 15 ladang komersial dan sembilan pasaran burung hidup di seluruh negara terjejas sejak beberapa minggu lalu.

Menurutnya lagi, Kano merupakan bandar paling teruk terjejas dengan 103,445 ternakan dilaporkan telah dijangkiti virus tersebut. - Press TV

QZ8501 berputar sebelum terhempas


Data ADS-B dari QZ8501
Data ADS-B dari QZ8501
JAKARTA - INDONESIA. Data Automatic depedent surveilance-broadcast (ADS-B) yang dirakam pada QZ8501 yang terhempas Disember lalu menunjukkan pesawat malang itu berputar sebelum terhempas.

Menurut laporan Kompas.com, data surveilance yang mempunyai laporan longtitud itu menunjukkan di titik ketika pesawat mula menambah ketinggian, pesawat dilihat membelok ke kiri 310 darjah arah barat laut sehingga 270 darjah.

Pada ketinggin 37 6000 kaki, pesawat sekali lagi membelok ke kiri.

Pesawat kemudiannya dilihat berputar balik dari arah itu ke kedudukan 130 darjah ke arah tenggara.

Pertukaran arah itu disertai dengan pesawat mula kehilangan ketinggian atau jatuh dengan kelajuan mendadak iaitu 11,000 kaki hingga maksimum 24,000 kaki per minit.

Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Pengangkutan Indonesia dilaporkan masih  menganalisis data yang diperoleh perakam suara penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR).

Analisis data tersebut akan mendedahkan punca sebenar pesawat malang tersebut terhempas.

Jokowi tolak rayuan penyeludup dadah


Chan (kiri) dan Sukumaran bakal berdepan skuad penembak tidak lama lagi.
Chan (kiri) dan Sukumaran bakal berdepan skuad penembak tidak lama lagi.
JAKARTA - INDONESIA. Presiden Indonesia, Joko Widodo menolak rayuan pengampunan daripada salah seorang penyeludup dadah warga Australia yang dikenakan hukuman mati, menurut media tempatan semalam.

Keputusan itu membuka jalan bagi pelaksanaan hukuman mati terhadap Andrew Chan oleh skuad penembak bersama-sama rakan senegaranya, Myuran Sukumaran.

Chan dan Sukumaran pernah merayu kepada bekas presiden sebelum ini agar hukuman mereka diringankan, peluang terakhir mereka bagi mengelakkan daripada berdepan skuad penembak selepas rayuan mereka di mahkamah ditolak.

Kedua-dua tertuduh adalah anggota kumpulan Bali Nine ditahan pada 2005 kerana cuba membawa masuk 8.3 dadah kokain ke negara itu.

Minggu lalu, enam anggota sindiket terbabit ditembak mati di Pulau Nusalambangan dan Boyolali.

"Permintaan pengampunan bagi pihak Andrew Chan telah ditolak.

Pihak berkuasa juga belum menetapkan tarikh pelaksanaan hukuman mati terhadap mereka," kata jurucakap pejabat Peguam Negara, Tonny Spontana semalam.

Awal minggu ini, Perdana Menteri Australia, Tonny Abbot mengulangi desakannya agar Widodo bersimpati dan memansuhkan hukuman mati ke atas dua rakyatnya kerana kesalahan mengedar dadah.

Ketika ini, kira-kira 60 orang yang dihukum mati di Indonesia kerana kesalahan mengedar dadah akan menghadapi skuad penembak. - dpa

Masuk penjara untuk berniaga dadah


Wolverhampton: Seorang tahanan yang ditahan semula menyembunyikan dadah dalam seluar dalamnya supaya dia boleh berniaga di dalam penjara.
Pegawai yang menangkap tahanan berusia 26 tahun itu selepas dia melanggar syarat pembebasannya, menemui dia dengan beg pakaian, bersedia untuk dibawa semula ke penjara.
Pengawal penjara yang menjalankan pemeriksaan menemui 20 pil Ecstasy dan bungkusan ganja yang dijahit pada getah beberapa seluar dalamnya yang disimpan dalam beg itu.
Lebih banyak pil berkenaan ditemui dalam getah seluar yang dipakainya.
Polis yang enggan mendedahkan nama tahanan itu berkata, dia sebelum ini ditahan atas kesalahan memiliki pistol pada Julai 2010.
“Lelaki itu dikesan sering kali tidak ada di rumah ketika di luar waktu berkurungnya. Dia ditahan kerana melanggar syarat pembebasannya. Anehnya, dia sudah bersedia, siap dengan beg pakaian, apabila anggota kami datang untuk menahannya.
“Bagaimanapun, selepas dia diperiksa, kami menemui dadah itu. Jelas dia mahu menyeludup dadah itu ke dalam penjara,” kata jurucakap penjara. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:13 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25944#sthash.ccoz5ekq.dpuf

3 nahas 7 terkorban

Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Arifin Salleh

am@hmetro.com.my
Jasin: “Saya hilang semua sekali sekelip mata,” kata Abd Ghafar Said yang kematian isteri, dua anak dan ibu mentua selepas terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Serkam Pantai, Kampung Bukit Gereja, Umbai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, isteri Abd Ghafar, Ida Dollah, 46, dua anaknya, Siti Rohana, 23, dan Siti Rohani, 18, serta ibu mentuanya, Saimah Wahab, 77, maut di lokasi selepas Perodua Kancil dari arah Bandaraya Melaka ke Muar, Johor bertembung dengan Proton Perdana dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.

Difahamkan, Perodua Kancil itu kemudian dirempuh Proton Preve dinaiki tiga sekeluarga dari arah belakang yang gagal mengelak sebelum terbalik dan mengakibatkan Ida dan Saimah tersepit di tempat duduk manakala Siti Rohana dan Siti Rohani tercampak keluar.

Pemandu Proton Perdana yang cedera dihantar ke hospital manakala tiga sekeluarga yang menaiki Proton Preve itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Abd Ghafar, 49, berkata, dia yang ketika itu berada di rumah di Kesang Laut, Muar, Johor mengetahui mengenai kejadian selepas dimaklumkan adiknya yang menerima panggilan daripada anggota polis.

“Pagi tadi (semalam) isteri meminta izin untuk ke Melaka bersama anak kerana Siti Rohana yang bekerja di Pejabat Kesihatan di Johor Bahru pulang cuti hujung minggu sebelum mengambil ibunya di Sungai Rambai, Jasin.

“Namun, kira-kira jam 4.30 petang adik menghubungi memaklumkan mereka terbabit kemalangan sebelum abang saya, Ali, 50, datang ke rumah,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Jasin, di sini, semalam.

Menurutnya, dia yang mulanya menyangkakan kemalangan biasa, terkejut selepas dimaklumkan isteri, dua anak bersama ibu mentuanya maut dalam kemalangan terbabit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:54 AM

EMPAT maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Serkam Pantai, dekat Merlimau.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26015#sthash.RAkjnXQW.dpuf

Suami isteri maut dalam kebakaran

 Oleh Safuri Kamarudin
Baling: Suami isteri ditemui rentung di tingkat bawah rumah papan dua tingkat dipercayai lemas akibat terhidu asap dalam kebakaran membabitkan empat rumah kedai di Kampung Dara, Sungai Tawar, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.45 pagi itu, mayat Toh Hock Lim, 81, dan isterinya, Soh Moy, 75, ditemui kira-kira 5 pagi.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Pegawai Kanan 11 Mohd Firdaus Daud berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.48 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech dan jentera bomba Sukarela Kuala Pegang bersama sembilan anggota dan empat pegawai bergegas ke tempat kejadian dan dapat mengawal api daripada merebak kira-kira 30 minit.

"Turut hangus dalam kejadian itu lima kenderaan iaitu kereta Mercedes, Datsun DX, Honda Accord, lori dan sebuah motosikal.

€œMayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 6:52 PM

EMPAT rumah kedai musnah dalam kebakaran awal pagi. FOTO Safuri Kamarudin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25833#sthash.rC7i5a0j.dpuf

20 rumah hangus di Tawau

Oleh Junaidi Ladjana

junaidi_ladjana@hmetro.com.my


Tawau: Dua puluh rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Apas Batu 2, dekat sini, petang tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira 3 petang itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan selepas semua penduduk berjaya menyelamatkan diri.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 3.15 petang dan sepasukan anggota bomba tiba di lokasi kejadian 14 minit kemudian.

"Kebakaran memusnahkan sebanyak 20 rumah namun tiada sebarang mangsa dilaporkan.

"Api berjaya dikawal pada 4.30 petang dengan menggunakan sumber air terbuka," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 6:25 PM

FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25831#sthash.ZBFfVS12.dpuf

Tangguh lagi hukum sebat blogger


Arab Saudi merancang menangguhkan hukuman sebatan ke atas aktivis dan blogger Raif Badawi atas alasan perubatan, sekaligus menimbulkan kemungkinan Riyadh cuba menggugurkan hukuman selepas mendapat kritikan antarabangsa.
Raif yang juga pengasas laman web ‘Free Saudi Liberals’, dijatuhi hukuman 10 tahun penjara dan denda sejuta riyal (RM956,000) serta 1,000 sebatan.
Dia ditangkap pada Jun 2012 atas pelbagai kesalahan termasuk menghina Islam, melakukan jenayah siber dan mengingkari arahan bapanya - satu jenayah di Arab Saudi.
Dia menjalani 50 sebatan pertama dua minggu lalu, manakala pusingan kedua sepatutnya berlangsung Jumaat lalu selepas solat Jumaat tetapi ditangguhkan, kononnya atas alasan perubatan.
Dalam satu kenyataan, Amnesty International berkata, jawatankuasa perubatan memutuskan dia tidak harus menjalani pusingan kedua atas sebab kesihatan.
“Jawatankuasa terdiri daripada lapan doktor itu menjalankan beberapa siri ujian terhadap Raif di Hospital Raja Fahd, Jeddah dan mencadangkan supaya hukuman sebat tidak dilaksanakan buat masa ini,” kata kenyataan itu.
Bagaimanapun, Amnesty menegaskan Raif masih berisiko disebat dan menggesa pihak berkuasa membuat pengumuman untuk menamatkan sebatan ke atasnya secara terbuka.
Katanya, tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa Arab Saudi akan mengabaikan nasihat perubatan dan tetap membenarkan hukuman itu diteruskan. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:07 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25925#sthash.TbDb7YK1.dpuf

Suami isteri maut dipijak gajah


Kerala: Sepasang suami isteri terbunuh selepas dipijak gajah yang naik minyak, dipercayai kerana terganggu oleh lampu kamera mereka.
Pasangan itu sebahagian daripada kumpulan lapan orang yang menyertai ekspedisi menjejaki gajah anjuran jabatan perhutanan negeri di Hutan Simpan Harimau Periyar di Kerala.
Menurut laporan, pasangan itu cuba mengambil gambar sekawan gajah, tetapi lampu kamera mereka membuatkan gajah berkenaan naik minyak.
Seekor gajah itu dipercayai berlari ke arah pasangan suami isteri itu dan memijak mereka, menyebabkan kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian.
Pasangan terbabit berasal dari Gujarat. Si suami, Bhupendra Raval, 52, ialah pengurus besar sebuah syarikat swasta manakala isterinya Jagruthy, 50, saintis.
Seorang pegawai perhutanan memberitahu akhbar Times of India: “Pasangan itu tidak sempat melarikan diri ketika gajah itu menyerbu ke arah mereka.”
Pemandu pelancong mereka turut cedera dalam kejadian itu.
Hutan simpan itu amat popular dalam kalangan pelancong dan menarik lebih 1,000 pelawat pada musim puncak. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:07 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25928#sthash.kyTyt66Q.dpuf

Korek, makan mata bapa


Agensi
Bulawayo (Zimbabwe): Seorang lelaki di sini membunuh bapanya sebelum mencungkil mata mangsa dengan pemutar skru dan memasaknya untuk dimakan dan kemudian berkelakuan seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.
Trust Moyo, 27, menggunakan wayar untuk menjerut bapanya, tukang gunting tempatan yang berusia 61 tahun. Dia turut menggunakan ragum untuk mengetatkan jerutan berkenaan.
Penduduk kampung berkata, mangsa mati dalam keadaan mengerikan.
Jurucakap polis Bulawayo, Mandlenskosi Moyo mengesahkan pembunuhan itu, tetapi enggan memberi butiran lanjut.
“Saya mengesahkan seorang lelaki membunuh bapanya, tetapi saya tidak boleh memberitahunya secara terperinci,” kata Mandlenskosi.
Beberapa penduduk yang ditemui berkata, mereka terkejut dan tidak percaya dengan cara lelaki itu membunuh bapanya. Ada yang berkata, dia dirasuk ketika itu.
Jiran mendakwa sebelum kejadian, mangsa, Mbolandi Moyo, dan Trust bergaduh mengenai lembu yang diternak mereka.
“Trust mendesak bapanya membenarkan dia berkongsi lembu itu dengan ibu tirinya supaya dia boleh menjualnya dan menggunakan wang berkenaan untuk membeli arak,” kata jiran mangsa, Khulekani Nkomo.
Menurutnya, dia mendengar mangsa menjerit ketakutan.
“Dia meminta tolong dengan mendakwa anaknya hendak membunuhnya. Kami tidak mengendahkan kerana mereka bergaduh hampir setiap hari dan kami tidak mahu mencampuri urusan keluarga itu,” katanya.
Seorang lagi jiran berkata, Trust sering bergaduh dengan bapanya mengenai makanan, arak, rokok dan isu remeh lain.
Pagi semalam, dia dikatakan seperti biasa, menyediakan sarapan untuk dirinya .
Dia kemudian pergi ke balai polis dan memberitahu bapanya tenat dan meminta bantuan mereka.
Bagaimanapun, polis yang tiba di rumahnya terkejut melihat mayat bapanya berlumuran darah dengan beberapa anggota tubuhnya dicincang.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:13 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25945#sthash.7f6VR3pV.dpuf

QZ8501: Pesawat berputar sebelum terhempas ke laut

JAKARTA: Data Automatik Penyiaran-Pemantauan Bebas (ADS-B) yang dirakam dari pesawat Airbus A320-300 AirAsia Indonesia QZ8501 menunjukkan pesawat berputar sebelum ia terhempas ke laut.
Data pemantauan diperoleh dari pesawat itu menunjukkan pada jam 6.17 waktu Indonesia Barat (WIB), di titik ketika pesawat mula menambah ketinggian, pesawat dilihat membelok ke kiri 310 darjah arah barat laut dan menambah 270 darjah lagi.
Ketika itu, ketinggian yang dicatatkan oleh pesawat QZ8501 adalah 37,600 kaki dan kemudian pesawat sekali lagi membelok ke kiri.
Pesawat kemudiannya dilihat berputar balik dari arah itu ke kedudukan 130 darjah ke arah tenggara.
Pertukaran arah itu disertai dengan pesawat mula kehilangan ketinggian atau jatuh dengan kelajuan mendadak iaitu antara 11,000 kaki hingga maksimum 24,000 kaki per/minit.
Sementara itu, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia memaklumkan akan menentukan sama ada usaha pencarian mangsa nahas QZ8501 wajar diteruskan atau dihentikan, Selasa depan.
Pengarah Operasi BASARNAS, SB Supriyadi berkata, ia akan ditentukan dalam satu mesyuarat yang akan berlangsung esok dan dijangka dihadiri anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).
"Kita perlu bermesyuarat untuk berbincang sama ada SAR perlu diteruskan atau tidak selepas 27 Januari ini," katanya. - Kompastekno/Detik.news

Ibu tunggal maut motosikal ditunggang dirempuh kereta

DUNGUN: Seorang ibu tunggal maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Jalan Pantai Sura Hung, dekat Kelab Golf Dungun, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah malam, mangsa Norliza Ba'I, 44, yang berasal dari Kampung Baru Kuala Abang maut serta merta di tempat kejadian.
Ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai tukang sapu di sebuah sekolah memandu dalam perjalanan mengambil kakaknya , Norlida, 47, yang bekerja di sebuah kedai makan di situ.
Mangsa yang menunggang motosikal Honda Ex5 dikatakan membelok ke laluan kanan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang datang dari arah belakang.
Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak sejauh 20 meter dan mangsa yang parah di kepala dan patah kaki kanan meninggal di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Mayat mangsa dibawa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kematian.

Mahir buat bom buatan sendiri


GEORGE TOWN – Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung pe­nemuan empat butir bom buatan sendiri yang dibungkus dan ditinggalkan di sebuah rumah di Jalan Badak Mati, Sungai Bakap dekat sini Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ne­geri, Datuk Mazlan Kesah berkata, keempat-empat lelaki berkenaan yang berusia antara 24 hingga 43 tahun ditahan di sebuah rumah kedai di Jalan Seri Aman, Sungai Bakap pada pukul 2.45 petang Selasa lalu.
Menurut beliau, pemeriksaan di rumah berkenaan menemui beberapa peralatan yang dipercayai mempunyai kaitan de­ngan aktiviti membuat bom buatan sendiri.
“Berdasarkan penemuan itu, kita percaya kesemua lelaki berkenaan mempu­nyai kaitan dengan kejadian yang berlaku Sabtu lalu.
“Kita juga percaya dua daripada mereka memiliki kemahiran membuat bom buatan sendiri,” katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3PhSpIAh1 
Hakcipta terpelihara 

Pasangan warga emas rentung rumah terbakar




Anggota bomba memeriksa kesan kebakaran empat buah rumah kedai yang mengorbankan dua warga emas di Sungai Tawar, Baling semalam.



BALING – Sepasang suami isteri warga emas rentung apabila rumah kedai yang mereka diami di sini di Kampung Dara, Sungai Tawar di sini terbakar awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, mayat peniaga kedai runcit, Toh Hock Lim, 81, dan isterinya, Soh Moy, 75, ditemui di tingkat bawah rumah papan dua tingkat itu.
Kebakaran membabitkan empat buah rumah kedai yang mana tiga adalah kediaman, manakala sebuah lagi kedai runcit.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd. Firdaus Daud berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 2.48 pagi.
Beliau berkata, dua jentera bomba dari Kulim Hi-Tech dan sebuah jentera bomba sukarela dari Kuala Pegang bersama empat pegawai dan sembilan anggota tiba di tempat kejadian pada pukul 3.11 pagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3PhSXM5ac 
Hakcipta terpelihara 

Empat sekeluarga maut serentak


ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa daripada kereta Perodua Kancil di Merlimau semalam.



JASIN – Empat sekeluarga maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan lain di Kampung Bukit Gereja, Jalan Serkam Pantai, Merlimau dekat sini semalam. Mangsa ialah Ida Dollah, 46, yang memandu kereta berkenaan, dua anaknya, Siti Rohana Abd. Ghafar, 23, dan Siti Rohani, 18, dari Kesang Laut, Muar, Johor serta ibu mentua Ida, Saimah Wahab, 77.
Seorang jurucakap bomba berkata, kemalangan kira-kira pukul 4 petang itu dipercayai berlaku apabila kereta Kancil dipandu Ida dari arah Bandar Melaka dilanggar sebuah kereta Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan.




Katanya, kereta mangsa kemudian dilanggar sebuah Proton Preve yang datang dari arah belakang menyebabkan dua anak Ida, Siti Rohana dan Siti Rohani, yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan tersebut.
Kejadian itu turut menyebabkan Ida, seorang pekerja kilang dan Sai­mah, yang duduk di tempat penum­pang hadapan tersepit.
“Keempat-empat mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu Proton Perdana mengalami kecede­raan ringan sementara pemandu Proton Preve tidak cedera,” katanya.
Menurut suami Ida, Abd. Ghafar Said, 49, isterinya ada memberitahu yang mereka hendak pergi ke Bandar Melaka kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3PhRtrjK5 
Hakcipta terpelihara