Search This Blog

Friday, January 23, 2015

Polis Pulau Pinang tunggu keputusan DNA mayat ahli perniagaan



KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi (dua dari kanan) mencuba skuter untuk Skuad Aman Wanita (AMANITA) Pulau Pinang di Ibu Pejabat Kontinjen, hari ini. - Foto Mikail Ong
GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri bagi mengesahkan identiti mayat yang ditemui dibakar di Lumut, Perak pada 16 Januari lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, beliau difahamkan laporan ujian DNA itu akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu lagi.
"Sebelum ini, polis Perak telah sahkan mayat yang ditemui adalah mangsa yang hilang di Bukit Mertajam berdasarkan persamaan pergigian si mati dengan rekod pergigian ahli perniagaan berkenaan.
"Bagaimanapun, kami masih menunggu ujian DNA untuk mengesahkannya, saya akan maklumkan jika kami telah mendapat keputusan ujian itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek dan pelancaran Skuter Program Aman Wanita (Amanita), di sini hari ini.
Rabu lepas, Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata polis mengesahkan identiti mayat yang ditemui dibakar di Lumut itu adalah Law Yong Chow, 43, iaitu lelaki yang dilapor hilang di Bukit Mertajam pada 13 Januari lepas.
Abdul Rahim berkata, usaha mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian itu masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat juga diminta menghubungi balai polis berhampiran.
Terdahulu, ketika berucap, Abdul Rahim berkata polis kontinjen Pulau Pinang menerima 11 skuter untuk kegunaan Amanita dengan dua skuter masing-masing akan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan manakala sebuah lagi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.
"Skuter yang diterima itu akan digunakan oleh anggota dan pegawai Amanita untuk menghadiri program melibatkan masyarakat setempat khususnya golongan wanita. Pada program itu anggota dan pegawai Amanita akan menyelitkan tip keselamatan dan pencegahan jenayah.
"Dengan pendekatan itu, pasukan Amanita boleh merapatkan diri dengan masyarakat dan memperoleh maklumat tentang perkara berkaitan jenayah di kawasan perumahan terlibat," katanya. - BERNAMA

Ajal empat wanita

Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Arifin Salleh
Jasin: Empat wanita maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga kenderaan di Serkam Pantai, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang, empat wanita yang maut itu adalah pemandu dan penumpang satu daripada kereta terbabit.
Difahamkan, dua daripada mereka tercampak keluar manakala dua lagi tersepit dan mati di tempat kejadian.
Kemalangan membabitkan Perodua Kancil, Proton Preve dan Proton Perdana.
Turut cedera dalam kemalangan itu adalah seorang lelaki yang juga pemandu Proton Perdana berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 6:08 PM


MAYAT empat mangsa yang maut dalam kemalangan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25826#sthash.jidHQnXK.dpuf

Nafsu muntah darah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Asmah Rusman

am@hmetro.com.my

Hulu Klang: Beberapa kejadian muntah darah dilaporkan dialami beberapa lelaki di sekitar Hulu Klang di sini, sejak seminggu lalu akhirnya membongkar penjualan minuman serbuk racun yang dibancuh bersama telur ayam kampung.
Siasatan mendapati lebih 10 mangsa 'santau' ini membeli minuman jamu maut yang mudah diperolehi di beberapa kedai runcit milik warga asing Indonesia di sekitar daerah ini.
Jurucakap Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cawangan Selangor berkata, pihaknya menerima aduan dan laporan daripada beberapa mangsa yang menghubungi pejabat serta mendakwa muntah darah sejak seminggu lalu.
Menurutnya, melalui laporan bertulis diambil, mangsa mendakwa muntah darah berulang kali selepas meminum campuran serbuk ubat perangsang seks jenama Gali-Gali bersama telur ayam kampung.
"Hasil risikan dan siasatan mendapati serbuk Gali-Gali diseludup dari Indonesia itu disahkan mengandungi racun sildenafil berlebihan dan masih dijual secara rahsia di pasaran.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 5:15 AM


PRODUK Gali-Gali yang dijual di kedai.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25698#sthash.bvI88sUd.dpuf

Bungkusan ‘cinta’ RM1 juta

Oleh Arifin Salleh

am@hmetro.com.my

Alor Gajah: Seorang doktor gigi kerugian RM31,200 akibat diperdaya lelaki baru dikenalinya dalam laman sembang sosial pada awal Disember lalu.
Mangsa, Dr Norashidah Che Lah, 41, berkata, dia mengenali lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Yusuf Mohamad dan menetap di United Kingdom (UK) serta mendakwa bekerja di sebuah syarikat cari gali minyak.
"Pada awal perkenalan, saya memaklumkan sudah berkahwin dan mempunyai empat anak, namun lelaki itu sedaya-upaya mahu mengenali saya dengan lebih dekat dan memberitahu ibunya berasal dari Sarawak, manakala bapanya warga Denmark," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Menurutnya, selepas beberapa lama berkenalan, Yusuf yang mengetahui dia memiliki perniagaan sendiri menawarkan kepadanya untuk melabur dalam syarikatnya dengan modal permulaan RM10,000 dan mula meluahkan isi hati dengan mendakwa menyukainya.
"Pada 11 Januari lalu, Yusuf menghubungi saya dan menyatakan hasrat memberi hadiah sebagai tanda bekerjasama untuk melabur dalam syarikat saya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 5:09 AM


NORASHIDAH menunjukkan gambar lelaki yang dikenali melalui Facebook.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25682#sthash.wynawwrr.dpuf

Bodoh atau ikut Nazi

Berlin: Ketua organisasi rasis Jerman yang menentang "pengislaman" Eropah semalam meletak jawatan selepas beberapa pos di Internet menunjukkan dia menggunakan kata-kata penghinaan untuk merujuk kepada pelarian selain gambar dia bergaya seperti Adolf Hitler.
Pengasas bersama Penduduk Eropah Patriotik Menentang Pengislaman Barat (PEGIDA) mengumumkan keputusannya itu di laman sesawang Facebook kumpulan itu selepas media Jerman menyiarkan komennya merujuk pelarian sebagai "haiwan ternakan" dan "kotor."
Imej Lutz Bachmann menggayakan rambut serta misai ala Hitler turut disiarkan.
Bachmann tidak mengulas gambar berkenaan secara langsung, namun memohon maaf atas kenyataan antipelariannya yang dibuat di Internet September lalu, sebulan sebelum kumpulan itu melakukan protes pertamanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 5:06 AM


BACHMANN ketika ‘bergurau’ menggayakan watak Hitler.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25676#sthash.yBwcoZMz.dpuf

Pelajar UniKL maut, ibu parah nahas dekat Sungai Petani

ANGGOTA bomba dan JPAM membantu mangsa yang tersepit dalam sebuah MPV yang terperosok di bawah badan treler dalam kemalangan mengorbankan nyawa pelajar UniKL di Lebuhraya Utara Selatan di Sungai Petani, hari ini. - Foto Omar Osma

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar UniKL maut, manakala ibunya parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bersama tiga yang lain, terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 107 Lebuhraya Utara Selatan, dekat susur masuk Plaza Tol Sungai Petani Selatan di ini, pagi tadi.
Pelajar berusia 23 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sejurus MPV yang merempuh bahagian belakang treler itu terperosok ke bawah badan kenderaan berat terbabit kira-kira jam 9.30 pagi.
Ketika kejadian, MPV dinaiki mangsa bersama ibu dan bapanya, selain dua rakan dipercayai cuba memotong treler di hadapan, namun gagal kerana terdapat kenderaan lain yang datang dari arah belakang sebelum tergesa-gesa memasuki semula laluan asal.
Jurucakap polis berkata, ketika cuba memasuki laluan asal itu, MPV terbabit merempuh bahagian belakang treler sebelum terperosok ke bawahnya, lalu tersekat pada badan kenderaan berat berkenaan dan diseret sejauh 30 meter.

ANGGOTA bomba dan JPAM membantu mangsa yang tersepit dalam sebuah MPV yang terperosok di bawah badan treler dalam kemalangan mengorbankan nyawa pelajar UniKL di Lebuhraya Utara Selatan di Sungai Petani, hari ini. - Foto Omar Osman

Sepasukan anggota bomba turut dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Suami isteri warga emas rentung dalam kebakaran di Baling

JUMAAT, 23 JANUARI 2015 @ 12:08 PM

 
ALOR SETAR: Sepasang suami isteri warga emas rentung dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah kedai di Kampung Dara, Sungai Tawar, Baling awal pagi semalam.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Firdaus Daud berkata, mayat Toh Hock Lim, 81, dan isterinya Soh Moi, 75, ditemui kira-kira pukul 5 pagi di dalam sebuah daripada rumah kedai itu.

"Daripada empat buah rumah kedai kelas B ini, satu dijadikan kedai dan tiga lagi dijadikan kediaman," katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.

Katanya, tiga kereta, sebuah jip dan sebuah motosikal turut musnah dalam kebakaran itu.



Menurutnya, lima penghuni yang lain sempat menyelamatkan diri.

Mohd Firdaus berkata, pihak bomba menerima panggilan pada 2.48 pagi semalam dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech dan Sik berserta 14 anggota yang tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian dapat mengawal kebakaran sepenuhnya pukul 3.43 pagi.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Punca kebakaran masih disiasat manakala jumlah kerugian dianggarkan RM200,000, katanya. - BERNAMA

Dua lelaki disyaki penyeludup rempuh pintu masuk sempadan

PADANG BESAR: Dua lelaki disyaki penyeludup nekad merempuh pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand menggunakan kenderaan pikap dinaiki, untuk mengelak ditahan pihak berkuasa di sini, pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.10 pagi ketika pikap jenis Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand yang dikesan mencurigakan di kawasan berhampiran zon bebas cukai di sini, cuba dihampiri anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk tujuan pemeriksaan.
Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Harun, berkata menyedari kehadiran anggota pikap terbabit terus memecut dan merempuh pagar besi yang menghalang laluan di hadapan zon bebas cukai terbabit, untuk melarikan diri ke negara jiran.
"Tidak cukup dengan itu, kenderaan terbabit turut merempuh pagar utama sempadan Malaysia-Thailand, namun kenderaan itu tersekat... dua lelaki kemudian dilihat keluar dan terus melarikan diri ke arah negara jiran.
"Pemeriksaan terhadap kenderaan ditinggalkan menjumpai 20 bungkus plastik hitam berisi rokok dan 30 bungkus plastik hitam berisi minuman keras yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran," katanya ketika ditemui meninjau lokasi kejadian sebentar tadi.
PAGAR sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar yang dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam cubaan melarikan diri dari Malaysia ke Thailand dengan barangan seludup. - Foto ihsan Imigresen
Zull Aznam, berkata polis sedang berusaha mengesan dua lelaki terbabit dengan kerjasama Polis Thailand," katanya.

Seorang maut, seorang lagi cedera kemalangan dekat Yong Peng

YONG PENG: Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Parit Sulong, dekat sini pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Perodua Kelisa dan lori tanah. Bagaimanapun, pemandu lori terbabit dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan.
SEORANG lelaki berusia lingkungan 30-an maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Parit Sulong, dekat sini pagi tadi. - Foto ihsan JBPM Johor
Katanya, sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 9.49 pagi tadi.

Pegawai polis wanita lepas tuduhan rasuah

JUMAAT, 23 JANUARI 2015 @ 3:18 PM

 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan seorang pegawai polis wanita atas tuduhan menerima rasuah RM4,000 berhubung pembebasan seorang lelaki warga Cameroon yang ditahan kerana kesalahan samun.

Hakim Mohd Nasir Nordin membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Inspektor Suriati Mohd Shafie, 34, di akhir kes pembelaan.

Dalam keputusannya, mahkamah mendapati berlaku percanggahan keterangan saksi pendakwaan berhubung wang rasuah yang didakwa dimasukkan dalam beg tangan tertuduh.

Suriati dilihat menangis kegembiraan ketika berdiri di kandang tertuduh sejurus mendengar keputusan itu.


Mengikut pertuduhan, Suriati, didakwa dengan niat bersetuju menerima RM4,000 daripada Nurullizean Yahya sebagai dorongan membantu melepaskan suaminya, Tchouanseu Tchounga Armand, yang disyaki terlibat kes samun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik Pejabat Tingkat 3, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields (Balai Polis Petaling), antara 8.30 malam dan 9.30 malam pada 22 Jan 2013.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa R. Lakshumana Rao dan peguam G. Subramaniam Nair mewakili tertuduh. - BERNAMA

Ibu tunggal maut motosikal ditunggang dirempuh kereta

JUMAAT, 23 JANUARI 2015 @ 4:13 PM

 
DUNGUN: Seorang ibu tunggal maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Jalan Pantai Sura Hung, dekat Kelab Golf Dungun, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah malam, mangsa Norliza Ba'I, 44, yang berasal dari Kampung Baru Kuala Abang maut serta merta di tempat kejadian.

Ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai tukang sapu di sebuah sekolah memandu dalam perjalanan mengambil kakaknya , Norlida, 47, yang bekerja di sebuah kedai makan di situ.

Mangsa yang menunggang motosikal Honda Ex5 dikatakan membelok ke laluan kanan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang datang dari arah belakang.


Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak sejauh 20 meter dan mangsa yang parah di kepala dan patah kaki kanan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Mayat mangsa dibawa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kematian.

Tukang kayu mengaku bersalah beri rasuah kepada pegawai polis

IPOH: Seorang tukang kayu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi kerana cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai polis November lalu.
Pang Hung Boon, 34, membuat pengakuan itu ketika didakwa melakukan kesalahan itu iaitu cuba memberi suapan RM350 kepada Ketua Polis Balai Kamunting, Inspektor Abdul Rammalee Mat di balai berkenaan pada kira-kira jam 1 pagi, 29 November.
Cubaan itu sebagai dorongan kepada pegawai polis berkenaan untuk tidak mengambil tindakan terhadap tertuduh iaitu tidak membawanya untuk ujian saringan air kencing di Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping bagi kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983 Pindaan 1998.
PANG Hung Boon (kiri) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai polis November lalu. - Foto Yahya Zainuddin
Dengan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.
Hakim Rushan Lutfi Mohamed bagaimanapun menetapkan kes disebut semula pada 30 Januari ini untuk hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000.
Pihak pendakwa diwakili Pegawai Pendakwa SPRM, Yang Ah Lay manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Empat wanita maut nahas di Jasin

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di jalan Serkam Pantai, Merlimau. - Foto NSTP
JASIN: Empat wanita terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Serkam Pantai di sini, sebentar tadi.
KEADAAN mayat empat wanita yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Serkam Pantai, Merlimau. - Foto NSTP
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, empat wanita yang maut adalah pemandu dan penumpang sebuah kereta PERODUA Kancil.
Difahamkan, dua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan itu, manakala dua lagi tersepit.

Kumpulan Air France-KLM Rancang Buang 800 Kakitangan Lagi


Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 11:03 PM

PARIS: Kumpulan Air France-KLM secara rasminya memaklumkan kepada para pemimpin kesatuan sekerja pada Khamis bahawa mereka akan membuang lebih ramai pekerja dengan menawarkan pakej pemberhentian kepada sekurang-kurangnya 800 kakitangan lapangan dan juga kabin.
Dalam tempoh tiga tahun ini, Air France-KLM telah pun membuang 8,000 kakitangan tetapi masih lagi menanggung kerugian yang besar.
Bagaimanapun pihak kesatuan menganggarkan 500 kakitangan lapangan dan 300 pramugara serta pramugari akan terlibat dengan eksesais terbaru ini.
Kumpulan Air France-KLM yang menanggung kerugian sehingga Euro1.8 bilion pada 2013, belum pernah mencatat keuntungan sejak 2010.
Air France dan rangkaian subsidiari di bawahnya menggaji sehingga 65,000 pekerja.
Pertemuan untuk membincangkan langkah penjimatan terbaru ini akan berlangsung di antara pihak kesatuan dengan pengurusan pada 5 Februari ini.
Mogok yang dilancarkan oleh juruterbang Air France tahun lalu telah menyebabkan syarikat penerbangan Perancis itu mengalami kerugian sebanyak Euro 400 juta.
Pihak syarikat mensasarkan untuk mengurangkan hutang sehingga Euro 4.5 bilion menjelang hujung 2015 daripada Euro 6.5 bilion yang mereka tanggung sejak 2012.

Mayat Lelaki Warga Emas Ditemui Dalam Tali Air


Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 7:15 PM
Gambar hiasan.

KOTA BARU: Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam tali air di Kampung Wakaf Mek Zainab di sini, Khamis.

Mayat Wan Othaman Wan Hussin, 71, dari Kampung Wakaf Mek Zainab ditemui dalam keadaan tertiarap dengan memakai jaket berwarna hitam dan berkain pelekat oleh orang awam kira-kira pukul 12 tengah hari.

Anak sulung mangsa Wan Abdul Kamarulzaman, 42, berkata dia hanya mengetahui mengenai kejadian berkenaan selepas menerima panggilan daripada jirannya.

"Biasanya pada waktu pagi ayah akan keluar minum di kedai kopi berhampiran kampung ini. Jadi, saya cuba mencarinya ditempat biasa dikunjungi tetapi tidak jumpa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Khamis.

Wan Abdul Kamarulzaman berkata pada Rabu, bapanya dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini kerana demam panas.

"Bagaimanapun, ayah dibenarkan pulang pada tengah malam tadi selepas rawatan  dan suhu badannya kembali normal," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan mayat mangsa telah dibawa HRPZII untuk bedah siasat.

Yingluck Hadapi Tuduhan Rasuah Subsidi Beras


Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 12:06 PM
Yingluck Shinawatra

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra akan didakwa atas tuduhan rasuah jenayah berhubung kontroversi skim subsidi beras, demikian menurut seorang pendakwa kanan pada Jumaat.

Jika disabitkan bersalah, Yingluck berkemungkinan boleh dipenjara sehingga sepuluh tahun.

"Pejabat Peguam Negara mempunyai saksi dan bukti yang dikemukakan oleh pasukan gerak kerja bersama-sama dengan Jawatankuasa Anti Rasuah Kebangsaan.

"Kami bersetuju bahawa wujud kes membabitkan dakwaan jenayah terhadap Yingluck," kata Ketua Pengarah Pejabat Peguam Negara, Surasak Threerattrakul.

Awas Perangkap Maut Di Tepi Jalan


Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 7:30 AM
Dhia Zhulaiqa, 3, bersama ibunya, Hadariani Kanda, 35, melintasi sebuah lurang yang tidak berpenutup berhampiran Jalan Putra Perdana di Puchong. -KAMARUL ARIFFIN/TheStar

PETALING JAYA: Lurang saluran pembetungan dan longkang yang tidak ditutup menjadi perangkap maut di beberapa jalan di kebanyakan bandar di Malaysia.

Lebih mengundang padah apabila lurang-lurang berkenaan ditenggelami air ketika banjir.

Kanak-kanak adalah yang paling berisiko dengan kes terbaharu membabitkan seorang budak lelaki berusia empat tahun, Law Bin Jian.

Dia tergelincir dan jatuh ke dalam sebuah lurang terdedah di SJK (C) Pei Min di Maran, Pahang pada Selasa lalu.

Ketika kejadian budak lelaki itu berjalan menemani ibunya yang juga seorang pembantu di kantin sekolah.

Bagaimanapun ibunya hanya menyedari selepas anaknya itu terjatuh.

Empat tahun lalu, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, Chua Soon Lee maut selepas terjatuh dalam lurang yang hampir sama di Inanam, Kota Kinabalu ketika membantu ibunya mencari besi buruk.

Setahun sebelum itu, seorang lagi kanak-kanak, Nur Fariqah Chandran yang berusia enam tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sebuah lurang tidak bertutup di sebelah taman permainan di Taman Puchong Indah, dekat sini.

Pihak berkuasa menyedari mengenai bahaya perangkap maut yang berpotensi di seluruh negara namun tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof menyalahkan pihak tidak bertanggungjawab yang mencuri penutup lurang hingga membahayakan orang ramai.

"Penutup logam lurang sering dicuri dan kebanyakan kawasan yang mempunyai lurang pembetungan seperti itu berada di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran.

"Inilah sebabnya mengapa sesetengah majlis perbandaran menukar penutup lurang dengan bahan lain yang mempunyai daya tahan yang sama namun tidak mempunyai nilai jualan," katanya kepada The Star.

Pencuri biasanya mencuri penutup untuk dijual semula sebagai besi buruk.

Fadillah berkata kebanyakan lurang pembetungan tidakberada di jalan persekutuan dan bukan terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) secara berterusan membuat semakan dengan syarikat konsesi bagi memastikan mereka sentiasa memantau keadaan lurang pembentungan.

Sirul Mungkin Akan Dikurung Di Penjara Australia Untuk Tempoh Tertentu


Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 8:43 AM
Sirul Azhar Umar

KUALA LUMPUR: Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah atas sabitan kes bunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu,  kini meringkuk di penjara di Australia dan mungkin merana di negara itu untuk satu tempoh tertentu sebelum dia dibawa pulang ke Malaysia.
Bekas komando polis itu ditahan di Brisbane pada Selasa dan kini ditahan di pusat tahanan imigresen di sana.

Dia mungkin akan ditahan selama-lamanya jika permintaan ekstradisi Malaysia ditolak pada akhirnya. Difahamkan proses ekstradisi itu sendiri boleh memakan masa.

Sirul, 43, yang ditahan pada Selasa, dipercayai telah masuk ke Australia dengan visa pelancong dan pasport yang sah tetapi ia telah dibatalkan oleh kerajaan Australia berikutan notis merah Interpol yang dikeluarkan terhadapnya.

Pada Selasa, pasukan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia menyerbu sebuah rumah di Brisbane dan Sirul ditangkap.

Jurucakap jabatan itu mengesahkan bahawa ia telah menahan seorang 'bukan warganegara menyalahi undang-undang' di Brisbane.

"Jabatan ini menyedari kepentingan pihak berkuasa Malaysia ke atas individu ini. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab privasi, kami tidak boleh mengulas lanjut, "kata jurucakap itu, Rabu.

Difahamkan Sirul mungkin akan dihantar ke pusat tahanan Imigresen di Sydney tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penangkapan itu, sambil menambah: "Kami akan menghubungi rakan-rakan di Australia untuk maklumat lanjut. Bukit Aman akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai langkah seterusnya. "

Seorang jurucakap Jabatan Peguam Negara Australia berkata kerajaan Australia tidak akan mengulas secara terbuka mengenai perkara-perkara ekstradisi.

"Perkara ekstradisi termasuklah sama ada jabatan itu telah menerima permintaan ekstradisi, sehingga orang itu ditangkap atau dihadapkan ke mahkamah untuk menurut permintaan.

"Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seseorang diserahkan kepada negara lain untuk kesalahan hukuman mati melainkan negara itu telah memberikan satu aku janji kepada Australia bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan terhadap orang itu," kata jurucakap itu.

Sirul gagal hadir di Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari apabila mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya dan bekas cif inspektor, Azilah Hadri kerana membunuh Altantuya pada 2008. Mahkamah kemudian mengeluarkan waran bagi penangkapan Sirul Azhar.

Sirul memasuki Australia pada bulan Oktober tahun lepas sehingga notis merah Interpol telah dikeluarkan.

Peguamnya cuba menghubunginya dan memahami asas undang-undang di sebalik penahanannya di Australia.

Kamarul Hisham Kamaruddin berkata: "Kami tidak tahu apa langkah seterusnya adalah kerana ia bergantung kepada mengapa dia ditahan."

Warga emas ditemui mati di tali air


Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di tali air, semalam. Gambar kecil : Wan Abdul Kamarulzaman.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di tali air, semalam. Gambar kecil : Wan Abdul Kamarulzaman.
KOTA BHARU - Kehilangan seorang warga emas selama lima jam berakhir dengan penemuan menyayat hati apabila mayatnya terapung di tali air berhampiran Kampung Wakaf Mek Zainab, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa, Wan Othaman Wan Hussin, 71, dari Kampung Wakaf Mek Zainab itu ditemui dalam keadaan tertiarap dengan jaket berwarna hitam dan berkain pelekat.

Anak sulung mangsa, Wan Abdul Kamarulzaman, 42, berkata, dia hanya mengetahui mengenai penemuan mayat bapanya itu di tali air itu selepas mendapat panggilan daripada jirannya.
“Saya hanya tahu mengenai kejadian selepas pulang ke rumah dari menjaga emak di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada kira-kira jam 7 pagi dari anak sulung saya memberitahu datuknya tiada di rumah.

“Pada kebiasaannya, waktu pagi ayah akan keluar minum di kedai kopi berhampiran kampung ini. Jadi, saya cuba mencarinya di tempat biasa dikunjungi tetapi tidak jumpa.

“Saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada pihak hospital dan bergegas ke HRPZ II semula pada kira-kira 10 pagi untuk menemani emak,” katanya, semalam.

Wan Abdul Kamarulzaman, berkata, kelmarin ibu bapanya dimasukkan ditahan dalam wad kerana demam panas.

“Bagaimanapun, ayah dibenarkan pulang pada tengah malam tadi (malam kelmarin) selepas dimasukkan air dalam badannya dan kembali normal manakala emak ditahan di wad disebabkan darah tinggi selain demam panas.

“Memang tidak sangka jadi macam ni. Dia memang selalu keluar pada waktu pagi untuk bersarapan. Saya tidak tahu bagaimana nak memberitahu emak tentang keadaan ayah.

“Saya takut nanti apabila diberitahu dia akan terkejut hingga menyebabkannya tekanan darahnya terus meningkat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian tersebut dan memaklumkan mayat mangsa dibawa HRPZ II untuk bedah siasat.

Bakar diri selepas bertengkar dengan suami


Bakar diri selepas bertengkar dengan suami
MELAWI - INDONESIA. Akibat gagal mengawal emosi, seorang wanita nekad membakar diri sendiri dengan minyak tanah selepas bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di sini semalam.

Menurut adik mangsa dikenali Hera berkata, pertengkaran ini bermula selepas pertanyaan kakaknya tidak diendahkan malah dibalas dengan pukulan di kepala oleh suaminya, Anton.

"Pertengkaran berlanjutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pula selepas suaminya keluar dari rumah. Mangsa kemudiannya berpesan supaya menjaga kedua-dua anaknya dengan baik jika dia meninggal dunia namun pesanan tersebut tidak diendahkan suaminya", katanya dipetik Kompas.com.

Katanya lagi, mangsa meminta kebenaran suaminya melalu SMS untuk membeli minyak tanah dan tidak lama kemudian membakar dirinya sendiri.

"Kakak minta anaknya keluar rumah dan kemudian dia masuk ke rumah dan membakar diri sendiri," katanya.
Menurut seorang jiran, selepas membakar diri, dia sempat berteriak meminta pertolong dan jiran kemudiannya cuba untuk menyelamatkan mangsa.

Jiran cuba memadamkan api dan mangsa kemudianya berlari masuk ke dalam sebuah bekas takungan air yang berada diluar rumahnya.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal hari ini selepas mengalami kecederaan serius.

Lima mayat terikat pada kerusi


Anggota penyelamat mengangkat mayat penumpang QZ8501 yang diterbangkan ke Pangkalan Bun.
Anggota penyelamat mengangkat mayat penumpang QZ8501 yang diterbangkan ke Pangkalan Bun.
PANGKALAN BUN - INDONESIA. Pasukan penyelam Indonesia, semalam menemui lima mayat penumpang yang masih terikat dengan tali pinggang pada kerusi masing-masing di bahagian utama pesawat QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu.

Media tempatan melaporkan penemuan itu menjadikan jumlah mayat yang telah dibawa naik ke permukaan laut setakat ini berjumlah 58 orang.

Pegawai penyelaras operasi tersebut, S B Supriyadi berkata, kesemua mayat itu ditemui dalam kawasan berlumpur berhampiran bangkai pesawat terbabit.

"Kami percaya mereka mungkin tercampak keluar sejauh 50 meter (m) hingga 100 m dari bangkai pesawat terbabit," jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, pasukan penyelamat tersebut turut berjaya menemui bahagian utama pesawat QZ8501, di mana kebanyakan mayat mangsa dipercayai masih terperangkap di kerusi masing-masing, namun usaha itu tergendala berikutan jarak penglihatan di dasar laut itu hanya 2 meter.

Selasa lalu, Menteri Pengangkutan, Ignasius Jonan memaklumkan data diperoleh daripada pusat kawalan trafik udara menunjukkan pesawat tersebut naik lebih laju hingga menyebabkan enjinnya mati secara tiba-tiba sebelum ia terjunam ke dalam laut.

Sementara itu, analisis awal ke atas rakaman suara kokpit turut mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden tersebut.  - AFP

Polis wanita terbunuh dalam tembakan di ibu pejabat polis Bogota

Ketua Polis Bogota, Jeneral Rodolfo Palomino
BOGOTA: Seorang anggota polis Colombia terbunuh dan dua yang lain cedera dalam satu insiden tembak menembak di Ibu Pejabat Polis Bogota, yang kelihatan seperti pertengkaran antara pasangan kekasih.
Polis negara itu dalam satu kenyataan berkata, penembak adalah seorang pegawai polis, menggunakan senjatanya untuk melepaskan tembakan ke atas pegawai wanita yang berada di dalam bangunan itu.
Pegawai itu kemudiannya mencederakan dua yang lain termasuk seorang anggota yang keluar dari pejabatnya untuk cuba mengawal keadaan.
Wanita muda itu mati di sebuah klinik polis akibat kecederaannya, sementara dua pegawai yang cedera juga dimasukkan ke hospital, kata sumber polis kepada AFP.
Ketua Polis Jeneral Rodolfo Palomino, mengumumkan siasatan ke atas insiden tembakan terbabit. Perolehan siasatan awal mendapati ia berkaitan satu 'jenayah asmara'. - AFP

Pertahan hak lelaki untuk kencing berdiri


Berlin: Mahkamah di Dusseldorf mempertahankan hak lelaki untuk kencing berdiri selepas menolak usaha seorang tuan rumah menyimpan wang pendahuluan penyewanya berjumlah 3,000 Euro (RM13,000) kerana didakwa merosakkan lantai marmar bilik airnya dengan air kencing.
Hakim Stefan Hank berkata, lelaki yang memilih untuk kencing berdiri mungkin perlu berdepan hakikat bertengkar dengan teman serumah terutama wanita.
Bagaimanapun, katanya, mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan dari segi kewangan.
“Walaupun semakin ramai lelaki memilih posisi duduk, perbuatan kencing berdiri masih satu norma,” katanya.
Debat sama ada lelaki perlu duduk atau berdiri ketika membuang air kecil bukan sekadar gurauan di Jerman. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 5:10 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25684#sthash.lKlqSolY.dpuf

Tebas kepala

BUDI Santoso
Agensi
Sampit, Kalimantan
Muncul lagi seorang kanibal di Indonesia - dan kali ini dia dikhabarkan lebih kejam berbanding orang terdahulu.
Bertempat di Kotawaringin Timur, Kalimantan Tengah, Budi Santoso didakwa menyembelih dua pekerja ladang kelapa sawit sebelum membelah dada mangsa dan memakan hati seorang daripada mereka.
Media melaporkan, kejadian berlaku di ladang kelapa sawit di Desa Pundu, Cempaga Hulu.
Mangsa dikenali sebagai Mukada dan Sutono.
Kalteng Pos melaporkan, Budi bertindak kejam kerana berdendam dengan dua lelaki terbabit yang pernah bekerja bersamanya di ladang kelapa sawit berkenaan.
Budi dipercayai dibuang kerja dari situ gara-gara tindakan Mukada dan Sutono.
Seorang daripada mereka dipercayai mandur dan seorang lagi pengawal keselamatan.
Media melaporkan, berlaku pergaduhan antara Budi dengan dua mangsanya.
Dalam pergaduhan itu Budi bersenjatakan pisau pemetik buah kelapa sawit.
Sebelum itu Budi dilaporkan menahan sebuah bas sekolah membawa anak-anak pekerja ladang dan mengamuk di situ.
Melihat keadaan berkenaan, Mukada dan Sutono cuba menghalangnya, namun tindakan itu sebaliknya menambah kemarahan suspek.
Sehingga semalam, polis belum mengetahui motif Budi bertindak begitu ganas.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 January 2015 @ 5:13 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25440#sthash.VvyYmyca.dpuf

Aktivis mogok lapar sejak 14 tahun lalu dibebas

Guwahati: Mahkamah India mengeluarkan arahan pembebasan semula seorang aktivis hak asasi manusia yang melakukan mogok lapar sejak 14 tahun lalu, kata peguamnya semalam.
Irom Sharmila - dikenali sebagai Wanita Besi dari Manipur - menghabiskan masanya di penjara dengan ‘berpuasa’ untuk menarik perhatian kerajaan terhadap kegiatan penderaan pihak tentera di India.
Semalam, sebuah mahkamah di Manipur membatalkan tuduhan ke atas Irom yang didakwa cuba membunuh diri dengan berpuasa.
Peguam Khaidem Mani berkata, mahkamah mengarahkan Irom dibebaskan apabila hakim mendapati pendakwa gagal membuktikan tuduhan yang dikemukakan.
Wanita berusia 42 tahun itu dijangka dibebaskan hari ini dari sebuah hospital tempat dia diberi makan melalui tiub hidung selama beberapa tahun.
Tahun lalu, Irom dibebaskan dan diketepikan dari tuduhan - sekalil gus membawa kegembiraan di kalangan aktivis hak asasi manusia dan keluarganya.
Namun, disebabkan dia berpendapat isu diperjuangkannya belum selesai, Irom berikrar untuk terus berpuasa sehingga dia ditangkap kembali sejurus selepas polis mendakwanya dengan tuduhan baru.
Pengarah program Amnesty International, Shemeer Babu berkata, penghakiman harus menghentikan “kitaran tangkap dan bebas” aktivis itu kerana ia telah berlaku sejak sekian lama.
“Pihak berkuasa harus menangani isu yang ditimbulkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Irom memulakan mogok lapar pada November 2000 selepas menyaksikan tentera membunuh 10 orang awam di sebuah perhentian bas berhampiran rumahnya di Manipur. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 5:08 AM


GAMBAR dari fail pada tahun lalu ketika Irom disambut penyokongnya apabila dia dibebaskan pihak berkuasa dari hospital penjara di Imphal, Manipur.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25678#sthash.0aIRU1vF.dpuf

Posmen malas terlampau


Oregon: Seorang posmen biasanya menghantar surat tidak kira keadaan cuaca hujan atau panas malah ada juga yang terpaksa bersengkang mata semata-mata menjalankan tugas pada waktu malam.
Namun lain pula ceritanya dengan Alex Douglas Douma, 27, dari pejabat pos di Eugene apabila menyimpan hampir 1,000 surat hanya kerana dia malas.
Surat berkenaan ditemui dalam dua tong di depan rumahnya Julai tahun lalu.
Kebanyakan surat itu ialah risalah iklan, namun ada juga kertas undian daripada pilihan raya pada Mei, selain lebih 200 surat kelas pertama dan biasa.
Douma mengaku salah semalam di Mahkamah Daerah Eugene dan diarahkan menjalani pengawasan selama setahun selain membayar denda AS$500 (RM1,800).
Ketika siasatan kes itu, Douma mengakui gagal melaksanakan tugasnya kerana terasa malas beberapa kali antara akhir April dan awal Julai tahun lalu.
Douma memohon maaf di hadapan Majistret Thomas Coffin dan berkata ketika itu dia tertekan dengan garis waktu ditetapkan majikan berikutan terpaksa memilih, mengasingkan dan menghantar surat.
“Saya tidak langsung berniat menyimpan semuanya,” katanya.
Pendakwa William ‘Bud’ Fitzgerald berkata, Douma melakukan jenayah apabila gagal melaksana tugasnya.
Sementara itu, ejen Pejabat Khidmat Pos Amerika Syarikat John Masters berkata pihaknya menganggap kesalahan dilakukan Douma sebagai amat serius. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 5:12 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25689#sthash.y1JUFFhg.dpuf

33 rokok RM54,000


Reuters
Singapura
Seorang perokok didenda S$19,800 (RM54,000) kerana kerap membuang puntung rokok dari tingkap rumah pangsanya - menjadikan dia pesalah menerima denda paling tinggi untuk kesalahan seperti itu, lapor Agensi Alam Sekitar Kebangsaan.
Agensi berkenaan melaporkan, lelaki berusia 38 tahun itu didenda S$600 (RM1,600) untuk setiap rokok bagi 33 kesalahan pertama dan diarahkan melakukan kerja khidmat masyarakat bagi kesalahan keempat. Semua perbuatannya itu dilakukan dalam tempoh hanya empat hari.
Lelaki yang ditangkap hasil rakaman kamera pengawasan perlu membersihkan kawasan awam selama lima jam sambil memakai rompi berwarna terang yang menyatakan dia sedang menjalani hukuman.
Singapura memang terkenal dengan amalan menjaga kebersihan ketat, mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan kecil seperti membuang sampah dan vandalisme.
Antara hukuman diperuntukkan bagi kesalahan begitu ialah rotan.
Republik itu turut melarang pengimportan gula-gula getah dalam usaha memastikan kawasan awamnya kekal bersih.
Kamera pengawasan diletakkan di hampir 600 lokasi strategik bangunan tinggi dan hasilnya, 206 tindakan diambil sepanjang tahun lalu.
Tidak dinyatakan di tingkat berapa lelaki terbabit tinggal.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 5:13 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25690#sthash.Or1RTqQZ.dpuf