Search This Blog

Thursday, January 22, 2015

Visual Disembunyi Dalam Serangan Charlie Hebdo


Sebuah video bertajuk ‘Charlie Hebdo Shootings - Censored Video’ yang berdurasi hampir tiga minit mendedahkan bahawa penyerang Charlie Hebdo tidak menembak kepala anggota polis semasa serangan tersebut.

Pastikan anda subscribe Sinar.TV dan ikuti kami di:
http://www.sinarharian.com.my
https://www.facebook.com/SinarHarian
https://twitter.com/SinarOnline
http://instagram.com/sinar.tv

Ditahan selepas dua tahun lolos tahanan polis


22 Januari 2015


KEPALA BATAS - Selepas dua tahun menjadi buruan polis, dua lelaki yang meloloskan diri ketika dibawa dengan van polis dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterwoth, akhirnya ditahan di Jitra, Kedah.
 
Seorang daripada lelaki terbabit, berumur 38 tahun, ditahan di kawasan kebun getah di Kampung Akar Batu, pada 11.30 malam tadi manakala rakannya berumur 40 tahun ditahan di sebuah rumah kosong di Kampung Bukit Wang, pada pukul 3.30 pagi ini.
 
"Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan oleh polis Kedah ketika sedang mengutip daun ketum di kebun berkenaan," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
Beliau berkata, pasukan 'Ops Kesan Gelugor' yang ditubuhkan selepas kejadian pada 9 pagi 7 Januari 2013 itu bergegas ke Jitra selepas dimaklumkan polis Kedah berhubung penahanan itu dan hasil siasatan terhadap lelaki terbabit membawa kepada penahanan seorang lagi tahanan yang melarikan diri itu.
 
Dalam kejadian pada Januari 2013, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas membaling serbuk cili kepada anggota polis.
 
Mereka turut memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring itu dengan tangan mereka yang bergari.
 
Dua daripada mereka diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam pada 10 Januari 2013.
 
Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.
 
Dua lagi ditahan pada 12 Jan 2013 masing-masing di Kampung Petani, Kubang Semang dan di Pasar Awam Penanti manakala seorang lagi ditahan di sebuah kafe Internet di Berapit, Bukit Mertajam pada 13 Januari 2013.
 
Abdul Rahman berkata, berdasarkan siasatan, dua lelaki yang ditahan di Jitra itu sentiasa bersama sejak meloloskan diri dan hidup berpindah randah bagi mengelak dikesan polis.

“Mereka juga pernah tinggal di negara jiran sebelum tinggal di Kedah,” katanya.    Beliau berkata, dua lelaki terbabit turut menukar identiti iaitu seorang menyimpan rambut panjang manakala seorang lagi memotong rambut potongan Mohawk bagi mengelak dikenali.
 
"Sebelum bekerja sebagai pemetik daun ketum, mereka membuat pelbagai kerja bagi menampung kehidupan," katanya.
 
Abdul Rahman berkata, kedua-dua lelaki yang mempunyai pelbagai rekod jenayah berkaitan dadah, samun dan curi itu juga positif dadah.
 
Kedua-dua mereka direman petang ini bagi membantu siasatan, katanya. - Bernama

Datuk, isteri nafi tipu RM6.7 juta


mahkamah
KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerima deposit tanpa lesen dan 34 pertuduhan menipu berkaitan pembelian dan penjualan serta tander selimut Penerbangan Malaysia (MAS) membabitkan jumlah RM6.7 juta, lima tahun lalu.

Ahmad Sabri Abdul Manaf, 65, didakwa menerima deposit daripada orang awam tanpa memegang lesen sah yang diberikan di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Dia juga didakwa memperdaya 14 individu untuk mempercayai pembelian dan penjualan semula tiket MAS sempena musim perlumbaan F1 di Sepang yang boleh mendapatkan pulangan modal serta keuntungan 10 hingga 25 peratus.

Lelaki itu turut didakwa memperdaya mangsa membuat pelaburan berkaitan tander selimut MAS yang boleh mendapat pulangan modal dan keuntungan sebanyak 25 peratus.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di beberapa tempat antaranya, CIMB KLCC, pusat membeli belah Bangsar dan Maybank Raja Laut, dekat sini antara April 2010 sehingga 27 April 2011.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nursyuhada Zainal Azahar dan Pegawai Pendakwa Bank Negara Malaysia (BNM) Mohd Shukri Ahmad Mansor.

Nursyuhada mencadangkan jaminan RM1 juta atas alasan tertuduh sukar dikesan dan tidak memberi kerjasama sepanjang siasatan.

"Tertuduh telah beberapa kali menukar nombor telefon bimbit dan alamat rumahnya," katanya.

Hakim, Mat Ghani Abdullah membenarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin.

Sebagai syarat tambahan, mahkamah mengarahkan lelaki itu menyerahkan pasport dan melapor diri ke balai berdekatan setiap bulan.

Sementara itu di mahkamah berasingan, isterinya Fellinia Saruti Sadri, 37, didakwa bersubahat terhadap 21 pertuduhan bersama suaminya menipu 13 individu membabitkan jumlah RM5.2juta dan menerima deposit tanpa lesen sah.

Pegawai Pendakwa BNM, Ariff Firman Mohd Sidek turut mencadangkan wang jaminan RM1 juta.

Peguam, Datuk Mohamad Shahrom Mohamad bagaimana pun membantah jumlah itu atas alasan terlampau tinggi.

Hakim, Abdul Rasid Daud membenarkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 23 Februari depan untuk sebutan semula kes pasangan suami isteri itu.
TAMAT

Maut diseret bas 15 meter


Motosikal mangsa hangus dalam kemalangan tersebut selepas diseret sehingga 15 meter. - Foto oleh BOMBA SELANGOR
Motosikal mangsa hangus dalam kemalangan tersebut selepas diseret sehingga 15 meter. - Foto oleh BOMBA SELANGOR
KUALA KUBU BHARU – Seorang lelaki maut dan terseret sejauh 15 meter, manakala motosikalnya hangus dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Bukit Beruntung, menghala ke Sungai Choh, semalam.

Mohamad Idill Asri, 37, cedera parah di kepala dan badan, maut di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Superintendan Mohamad Faisal Sarip berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.50 pagi semalam, ketika sebuah bas kilang memotong kenderaan di hadapannya.

“Bas itu dalam perjalanan dari Bukit Beruntung menghala Sungai Choh telah memasuki laluan bertentangan sebelum  melanggar mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Penunggang motosikal terseret sejauh 15 meter sebelum kedua-dua kenderaan terbabit terbakar,” katanya.

Difahamkan, motosikal tersebut hangus, manakala bas kilang terbakar kira-kira 60 peratus.

“Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat. Manakala, pemandu bas berusia 65 tahun ditahan.

Pekerja swasta rentung, kemalangan di lebuh raya


Kereta yang terbakar menyebabkan mangsa rentung dan maut di tempat kejadian.
Kereta yang terbakar menyebabkan mangsa rentung dan maut di tempat kejadian.
IPOH - Seorang pekerja di sebuah syarikat penapisan air rentung manakala rakannya cedera parah dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di KM254.8 Lebuh raya Utara-Selatan menghala utara, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, Mohd Joeri Ramli, 34, maut akibat tersepit, manakala rakannya Mohd Nasbullah Mohd Abdul Ghaffar, 28, cedera parah dalam kejadian pada 9.30 pagi itu.

Katanya, kejadian berlaku apabila sebuah lori jenis Volvo yang membawa muatan 60 tan barangan besi hilang kawalan ketika cuba mengelak penutupan lorong sebelah kiri lebuh raya berkenaan.

"Rentetan itu, lori berkenaan telah memasuki lorong kanan sebelum merempuh tiga kenderaan lain termasuk kereta Honda Civic yang dipandu Mohd Joeri," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, kereta mangsa yang diseret sejauh satu kilometer musnah terbakar manakala mangsa dalam kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Ghuzlan, pemandu lori bertindak melarikan diri dan polis menahan kelindannya yang cedera ringan bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat manakala rakannya mendapat rawatan di Hospital Ipoh. - Bernama

Kanak-kanak dua tahun tertembak diri sendiri


Kaleb Ahles tertembak diri sendiri ketika bermain dengan pistol bapanya.
Kaleb Ahles tertembak diri sendiri ketika bermain dengan pistol bapanya.
FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak lelaki terbunuh selepas tertembak diri sendiri dengan pistol milik bapanya di sini semalam.

Kaleb Ahles, 2, dipercayai tertembak diri sendiri ketika bermain dengan pistol yang dijumpainya di dalam kereta bapanya.

Polis berkata, pistol terbabit diletakan di dalam sebuah kotak di dalam kereta bapanya, Kevin Ahles.

"Kanak-kanak tersebut bermain dengan pistol berkenaan dan kemudiannya tertembak di bahagian dadanya.

Ibunya, Christina Nigro dan ibu saudaranya cuba untuk memberi bantuan pernafasan sementara ahli keluarganya yang lain cuba mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, kanak-kanak malang terbabit disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.

Memetik laporan DailyMail, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5 petang semasa ibu-bapa Kaleb sedang berpindah dari rumahnya di Misty Hollow Lane.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan dan akan memanggil kedua-dua ibu bapa kanak-kanak tersebut untuk diambil keterangan.

Lori terbakar tiba-tiba


Anggota bomba sempat memadamkan api sebuah lori yang terbakar berhampiran Pejabat Pos Telok Panglima Garang.
Anggota bomba sempat memadamkan api sebuah lori yang terbakar berhampiran Pejabat Pos Telok Panglima Garang.
TELOK PANGLIMA GARANG -  Sebuah lori yang diletakkan berhampiran pejabat pos Telok Panglima Garang secara tiba-tiba terbakar mengejutkan penduduk setempat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 pagi itu menyebabkan sebuah lori satu tan musnah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, kejadian berlaku dari arah Jalan Banting Klang berhampiran sebuah pejabat pos.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.20 pagi dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi keadaan lori berkenaan sudah musnah 100 peratus dan gagal untuk diselamatkan.

“Difahamkan pemandu tiada di dalam lori kerana berjaya menyelamatkan diri.

“Kami terpaksa mengawal api yang marak itu supaya tidak merebak ke bangunan berhampiran. Operasi pemadaman selesai kira-kira jam 3.18 pagi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Jaslizad memaklumkan, tujuh orang anggota bomba bantuan bersama sebuah jentera bomba dikerahkan ke lokasi.

Katanya, apabila melihat keadaan lori sudah terbakar keseluruhan pihaknya menggunakan dua aliran salur bantu bermula dari air tangki pam jentera bomba sehingga api padam sepenuhnya.0
 
“Kami bersyukur tiada mangsa terperangkap dalam kenderaan terbabit. Punca kebakaran dan kos kerugian masih disiasat,” katanya.

Gadis dirogol, tinggal tepi jalan


Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang remaja perempuan berjumpa dengan kenalan lelaki yang hanya dikenali melalui telefon berakhir detik hitam apabila dia dirogol, dalam kejadian Ahad lalu.

Bagaimanapun, mangsa berusia 14 tahun itu bernasib baik apabila diselamatkan seorang lelaki yang menjumpainya ketika dia ditinggalkan di tepi jalan di Merchang, Marang oleh suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, lebih kurang jam 6.30 petang di Kampung Gong Tok Nasek, mangsa didatangi seorang lelaki yang hanya dikenali melalui telefon dan gadis itu bersetuju mengikut lelaki terbabit.

“Lelaki berkenaan membawa mangsa ke sebuah rumah dan telah menyerahkan mangsa kepada seorang lagi lelaki tidak dikenali yang sedia menunggu di rumah itu.

“Lelaki kedua itu setuju untuk menghantar mangsa pulang, namun dia hanya meninggalkan mangsa di tepi jalan dan mangsa mendakwa tidak mengetahui lokasi tersebut,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, dalam keadaan terpinga-pinga, mangsa terserempak dengan seorang lagi lelaki tidak dikenali, sebelum dibawa ke sebuah rumah di Merchang, Marang dan ditinggalkan di dalam rumah tersebut bersendirian.

“Beberapa minit kemudian, datang tiga lagi lelaki tidak dikenali dan dipercayai salah seorang daripada mereka merupakan tuan rumah,” katanya.

Jelasnya, mangsa yang ditinggalkan di dalam salah sebuah bilik di rumah itu kemudian dihampiri salah seorang daripada mereka, sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks.

“Namun, mangsa cuba melawan, menyebabkan suspek bertindak lebih kasar dengan mengambil sebilah pisau dan mengacukan ke lehernya sebelum merogol mangsa.

“Selepas dirogol, mangsa dibawa keluar dari rumah itu oleh suspek dan ditinggalkan di tepi jalan di lokasi yang agak sunyi,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila terserempak dengan seorang lelaki ketika sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya.

“Lelaki itu membawa mangsa pulang ke rumahnya terlebih dahulu untuk diberi makan kerana keadaannya yang begitu letih dan tidak bermaya.

“Beberapa jam kemudian, barulah mangsa dihantar pulang oleh bapa saudara lelaki tersebut,” katanya.

Di rumah, selepas menceritakan kejadian itu kepada keluarganya, mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), untuk rawatan.

Keputusan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan suspek masih diburu untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Polis Kenal Pasti Anggota Rakam, Sebar Video Zamani


Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 5:50 PM
Zamani didakwa sebagai individu yang dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari semasa dalam tahanan polis baru-baru ini.

PETALING JAYA: Polis sudah mengenal pasti anggotanya yang bertanggungjawab dalam merakam dan menyebarkan video bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani yang dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari semasa dalam tahanan baru-baru ini.

Ketua Polisnya, Datuk Abdul Samah Mat berkata, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri itu.

"Anggota tersebut dikenal pasti berdasarkan hasil siasatan awal setakat ini. Kami memandang serius perbuatan tersebut," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti pegawai dan anggota lain yang terlibat sama dalam menyebarkan video berkenaan.

"Kertas siasatan kes tersebut akan dilengkapkan secepat mungkin sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Abdul Samah turut memberi jaminan akan menyiasat kes tersebut dengan telus tanpa mengira sesiapa pun yang terlibat.

"Tindakan dalaman mengikut prosedur tatatertib akan dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat dalam kes itu," katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.

Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.

Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.

Bagaimanapun pada Khamis, video Zamani yang didakwa terlibat dalam kejadian berkenaan tersebar dengan keadaan tangan bergari sambil dia diarahkan menyanyikan lagu popularnya, Gerimis Mengundang.

Usaha Bawa Pulang Sirul Sedang Dilakukan - Noor Rashid


Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 4:44 PM
Sirul Azhar Umar.

TANAH MERAH: Usaha membawa pulang bekas anggota polis komando Koperal Sirul Azhar Umar yang ditahan pegawai Imigresen di Queensland, Australia, sedang dilakukan.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya perlu mematuhi peraturan tertentu daripada pihak berkuasa Australia sebelum dibenarkan membawa Sirul Azhar ke Malaysia.

"Sekarang tindakan kita perlu mengikut peraturan, kita rujuk Pejabat Peguam Negara dalam usaha menbawa balik beliau untuk menghadapi hukuman.

"Kita di peringkat membuat permohonan untuk membawa balik dan ada proses tertentu yang perlu dilalui dan kita akan mematuhi proses tersebut," katanya kepada pemberita selepas Program Gotong Royong Perdana Pasca Banjir di Perumahan Polis Taman Kiara di sini, Khamis.

Noor Rashid berkata satu siasatan mungkin akan dibuat oleh pihak Australia bagi menilai keterangan yang akan dibentangkan PDRM.

"Biasanya kalau belum didakwa mereka akan lihat keterangan yang kita akan bentangkan kepada mereka dan satu inkuiri akan dibuat untuk menilai keterangan yang ada, ia bergantung kepada pihak Australia," katanya.

Noor Rashid berkata pihaknya mempunyai kerjasama yang baik dengan Australia.

Pada Rabu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Sirul Azhar ditahan pegawai Imigresen di Queensland, Australia pada Selasa dan kini berada di pusat tahanan imigresen negara itu.

Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh model sambilan rakyat Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.

Namun pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah, dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas mereka.

Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia.

Susulan itu, Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Polis Akan Siasat Video Zamani Nyanyi Sambil Tangan Bergari


Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 2:45 PM

PETALING JAYA: Polis akan menjalankan siasatan terhadap klip video vokalis kumpulan popular 90-an yang menyanyi dalam keadaan tangannya digari.

"Polis akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap orang yang merakam dan muat naik video Zamani nyanyi semasa bergari," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter @PDRMsia, Khamis.

Video, berkenaan dipercayai telah direkodkan tidak lama selepas Zamani ditangkap yang menunjukkan dia, dalam keadaan tangan bergari diarahkan menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang.

Video itu telah tersebar di media sosial dan telah mendorong pihak polis untuk menyiasat perkara itu.

Zamani, atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, ditahan pada pagi Rabu kerana didakwa terbabit dalam penyalahgunaan dadah di rumahnya di Taman Keramat, Ampang.

Dia ditangkap dengan seorang wanita berusia 32 tahun kerana didakwa memiliki plastik yang mengandungi apa yang dipercayai 1.2g heroin.

Dua Lelaki Lari Dari Tahanan Polis Guna Serbuk Kari Ditahan Semula


Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 1:35 PM

KEPALA BATAS: Dua lelaki yang menggunakan serbuk kari untuk melarikan diri dari tahanan polis ketika sedang dibawa ke Mahkamah Butterworth dari penjara Pulau Pinang pada Januari 2013 telah ditangkap semula.

Hamzani Harun, 39 dan Hisham Abdul, 41, kedua-duanya ditahan di sebuah kampung di Jitra, Kedah dalam satu operasi polis antara pukul 11.30 pagi Rabu dan pukul 3 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata Hamzani dan Hisham telah menukar nama masing-masing kepada Mat Blue dan Sham Tok E dan memohon perlindungan di kampung itu untuk mengelak daripada dikesan.

Pada 7 Januari dua tahun lalu, kedua-dua mereka adalah antara tujuh tahanan yang melarikan diri daripada tahanan polis selepas melemparkan serbuk kari kepada anggota polis di dalam sebuah van ketika sedang dibawa ke Mahkamah Butterworth.

Dua daripada mereka telah ditembak mati manakala tiga yang lain ditangkap semula dalam tempoh enam hari kejadian.

Satu perintah reman akan diperolehi bagi Hamzani dan Hissham pada pukul 2.30 petang hari Khamis.

Hamba Seks: Penafian Punca Putera Andrew Terus Diasak

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 12:43 PM

Putera Andrew dikatakan mengenali Roberts menerusi rakannya, Epstein pada 2001.

FLORIDA: Gadis warga Amerika Syarikat yang mendakwa menjadi 'hamba seks' bawah umur dan dipaksa tidur dengan Putera Andrew terus memperjuangkan haknya apabila mengemukakan dokumen baharu di Mahkamah Palm Beach, Florida.
Virginia Roberts bertindak sedemikian menerusi peguamnya selepas putera diraja Britain itu enggan menerima surat terdahulu dan kali ini dia mahu Putera Andrew bekerjasama dan sedia disoal siasat berhubung dakwaan itu.
Gadis berusia 31 tahun itu juga 'menyerang' Duke of York menerusi dokumen itu akibat bengang dengan putera berusia 54 tahun itu yang menafikan semua perlakuan terhadapnya.
"Penafian itu palsu dan ia melukakan hati saya. Sememangnya saya pernah mengadakan hubungan seks dengannya seperti mana yang digambarkan...dan ketika itu saya bersumpah akan bercakap benar."
Sebelum ini, Istana Buckingham berkata; “Apa jua dakwaan perlakuan sumbang membabitkan Putera Andrew dengan gadis bawah umur adalah tidak benar”.
Gadis itu yang dikenali dalam dokumen perundangan sebagai ‘Jane Doe #3’ mendakwa di mahkamah bahawa dia disimpan sebagai ‘hamba seks’ oleh kenalan kepada putera itu iaitu Jeffrey Epstein.
Bagaimanapun Epstein dan Putera Andrew menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya.
Roberts mendakwa mula menjadi hamba seks kepada Andrew ketika berusia 17 tahun pada 2001 sambil mengakui: "Apa sahaja yang Putera Andrew inginkan, saya akan pastikan beliau memperolehnya."
Lebih memburukkan keadaan apabila Putera Andrew kini berada di Davos, Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia dan berita mengenai dokumen terbaharu yang dikemukakan Roberts diketahui ketika beliau dalam rangka lawatan rasmi untuk menyampaikan ucapan kepada pemimpin perniagaan seluruh dunia.

Charlie Hebdo: Polis tidak ditembak mati?


21 Januari 2015

BARU-BARU ini seluruh dunia dikejutkan dengan insiden berdarah melibatkan serangan oleh dua individu terhadap penerbit majalah satira Charlie Hebdo.

Menurut media antarabangsa, pihak berkuasa merekodkan 12 kematian dalam serangan tersebut dan motif serangan pula didakwa berpunca daripada penerbitan majalah karikaturnya yang didapati menghina Nabi Muhammad SAW.

Namun, benarkah seperti yang dilaporkan media bahawa anggota polis dalam serangan itu mati ditembak?

Sebuah video bertajuk ‘Charlie Hebdo Shootings - Censored Video’ yang berdurasi hampir tiga minit mendedahkan bahawa penyerang Charlie Hebdo tidak menembak kepala anggota polis yang terlibat dalam serangan tersebut, sebaliknya penyerang itu dikatakan membidik
laras automatiknya ke lantai dan melepaskan tembakan jauh dari kepala anggota pihak berkuasa itu.

“Kalau kita lihat secara jelas, kita boleh nampak pegawai polis itu sebenarnya tidak ditembak pada kepala seperti yang dilaporkan oleh media, sebaliknya peluru tersebut terkena pada lantai di kepalanya.

“… Kita boleh tengok debu berterbangan di kaki lima berdekatan kepalanya, menandakan tembakan dilepaskan di situ. Penyerang menggunakan laras senapang AK-47, dengan sebutir peluru mengenai kepala, ia cukup untuk membuatkan otak dan darah berada di
mana-mana… Kalau ini pun mereka tipu, apa lagi yang mereka boleh tipu?” katanya seperti yang dipetik menerusi video tersebut.

Pemilik video tersebut juga mendedahkan tiada tompok darah dikesan pada mangsa yang dikatakan ditembak, sekaligus menguatkan lagi andaian bahawa anggota polis tersebut terselamat dari peluru penyerang tersebut.

Video yang didedahkan sejak 10 Januari itu dilapor mendapat 2,687,612 hit dan angka tontonannya terus meningkat naik.

Sementara itu, pendedahan paparan video tersebut mencetuskan pelbagai pendapat dan reaksi orang ramai.

Doktor pijak pesakit mental


Doktor pijak pesakit mental
LIAONING - CHINA. Satu video rakaman litar tertutup (CCTV) beberapa doktor dan jururawat didakwa menjatuhkan seorang pesakit mental dari katil dan memijak pesakit tersebut tersebar di laman sosial.

Rakaman CCTV itu telah dimuatnaik ke laman popular YouTube memaparka aksi ganas doktor berkenaan.

Menurut laporan Dailymail, kejadian berlaku di sebuah hospital psikiatri di Shenyang, November lepas.

Pesakit mental tersebut, Zhao Yanli dijumpai abangnya, Cheng dalam keadaan separuh sedar dan lebam-lebam.

"Keadaan beliau sangat teruk," kata Cheng.

Zhao dibawa ke hospital lain dan diberitahu bahawa kemungkinan Zhao untuk berjalan adalah tipis.

Sementara itu, keluarga Zhao sudah mengupah peguam untuk menuntut hukuman setimpal terhadap doktor dan kakitangan hospital berkenaan.

Budak 7 tahun mampu godam Wi-Fi


Davies godam saluran Wi-Fi setelah melihat video tunjuk ajar di internet. Foto Dailymail.co.uk
Davies godam saluran Wi-Fi setelah melihat video tunjuk ajar di internet. Foto Dailymail.co.uk
SEORANG kanak-kanak perempuan menggodam sebuah hotspot Wi-Fi dalam tempoh kurang dari 11 minit selepas menonton video tunjuk ajar atau tutorial di internet.

Betsy Davies, 7, mengambil masa 10 minit 54 saat dalam usaha membuktikan bahawa betapa senang untuk seorang penggodam untuk mencuri data.

Davies merupakan seorang kanak-kanak yang digunakan dalam demostrasi oleh sebuah syarikat Virtual Provider Network (VPN) dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai aktiviti godam.

Kebiasaannya, penggodam akan mencuri data berkaitan dengan bank simpanan, akaun e-mel, kata kunci dan juga pergerakan mangsa-mangsanya.

Menurut beberapa pakar, aktiviti penggodaman akan meningkat pada 2015.

Demostrasi yang dipamerkan oleh Davies dipantau oleh pakar keselamatan.

Kerongkong sakit punggung dibedah


Riyadh: Kesalahan yang dilakukan doktor seperti tersilap menentukan penyakit atau tertinggal kain dalam perut pesakit selepas pembedahan mungkin sudah biasa berlaku.
Tetapi, di Jazan, selatan Arab Saudi, kesilapan yang dilakukan pegawai perubatan di sebuah hospital amat teruk apabila mereka menjalankan pembedahan buasir ke atas seorang kanak-kanak yang sakit kerongkong.
Akhbar Sabq melaporkan, kejadian berlaku selepas petugas tersilap menghantar kanak-kanak berkenaan ke bilik bedah lain.
“Mereka sepatutnya melakukan pembedahan pada kerongkongnya, tetapi doktor melakukan pembedahan buasir terhadap anak saudara saya,” lapor akhbar itu, memetik kata-kata bapa saudara mangsa Ahmed Al Tamihi.
Keluarganya sudah mengemukakan aduan kepada Kementerian Kesihatan dan mereka berjanji menyiasat kes itu.
“Anak saudara saya kini pulih selepas pembedahan itu dan akan pulang beberapa hari lagi. Dia tidak pernah sakit buasir,” katanya.
Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada pesakit buasir terbabit dihantar ke bilik bedah dan menjalani pembedahan tonsil. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 January 2015 @ 5:04 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25412#sthash.cvgU7Q2L.dpuf

Gesa haram penghinaan agama

Doha: Sebuah pertubuhan Islam terkemuka semalam menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengharamkan amalan ‘menghina agama’ dan menggesa Barat melindungi masyarakat Islam berikutan serangan ke atas majalah satira Perancis Charlie Hebdo.
Kesatuan Cendekiawan Islam Antarabangsa yang berpejabat di Qatar dan diketuai ulama berpengaruh Yusuf al-Qaradawi juga merayu umat Islam meneruskan bantahan secara aman berkait dengan penerbitan karikatur Nabi Muhammad SAW.
Karikatur terbaru Nabi Muhammad SAW yang diterbitkan Charlie Hebdo minggu lalu mencetuskan kemarahan umat Islam, menyebabkan tunjuk perasaan diadakan di beberapa negara di Asia, Afrika dan Asia Barat.
Dalam kenyataannya semalam, kesatuan itu berkata, ‘nabi’ sepatutnya dilindungi dan menggesa negara Islam mengemukakan deraf undang-undang kepada PBB untuk mengharamkan amalan menghina agama.
Badan dunia itu pula perlu menggubal undang-undang menjadikan perbuatan menghina agama, nabi dan semua kawasan suci satu jenayah.
Ia turut menggesa Barat melindungi masyarakat Islam daripada serangan, sama ada mereka warganegara, pemastautin atau pelawat.
Menurutnya, terbitan terbaru Charlie Hebdo yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW memberi gambaran bahawa Barat menentang Islam. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 January 2015 @ 5:09 AM


PENIAGA Pakistan mengadakan tunjuk perasaan mengecam majalah Charlie Hebdo di Lahore, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25427#sthash.AeaI1L36.dpuf

Isteri minta cerai punca banduan lari dari jel

Banyuwangi: Seorang banduan ditangkap semula selepas memboloskan diri dari Penjara Banyuwangi dalam tempoh kurang dari 24 jam.
Puncanya - dia pulang ke rumah isterinya sejurus selepas melarikan diri.
Jurucakap polis, Tri Bisono Soemiharso berkata, Agus Sudiono, 38, ditangkap tepat jam 12 tengah malam kelmarin di Jember.
Apabila disoal siasat, kata Tri, Agus mengaku perlu menemui isterinya kerana wanita terbabit meminta cerai daripadanya.
“Kami sedang menyiasat bagaimana Agus boleh terlepas dari penjara dan melihat kemungkinan ada wader yang bersubahat dengan dia,” katanya.
Agus menunggang motosikal dari penjara untuk pulang menemui isterinya.
Sementara itu, Agus berkata, dia dimaklumkan mengenai permohonan cerai itu melalui mesej pesanan ringkas diberi isterinya.
“Saya kecewa kerana saya masuk penjara pun demi dia.
“Sejak di sini, dia juga jarang datang melawat saya,” katanya.
Sebelum ini Agus sudah enam kali keluar masuk penjara kerana kes mencuri motosikal. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 January 2015 @ 5:13 AM


AGUS (berbaju merah) ketika ditangkap polis Banyuwangi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25436#sthash.Tu7pIHGa.dpuf

Tebas kepala

Sampit, Kalimantan
Muncul lagi seorang kanibal di Indonesia - dan kali ini dia dikhabarkan lebih kejam berbanding orang terdahulu.
Bertempat di Kotawaringin Timur, Kalimantan Tengah, Budi Santoso didakwa menyembelih dua pekerja ladang kelapa sawit sebelum membelah dada mangsa dan memakan hati seorang daripada mereka.
Media melaporkan, kejadian berlaku di ladang kelapa sawit di Desa Pundu, Cempaga Hulu.
Mangsa dikenali sebagai Mukada dan Sutono.
Kalteng Pos melaporkan, Budi bertindak kejam kerana berdendam dengan dua lelaki terbabit yang pernah bekerja bersamanya di ladang kelapa sawit berkenaan.
Budi dipercayai dibuang kerja dari situ gara-gara tindakan Mukada dan Sutono.
Seorang daripada mereka dipercayai mandur dan seorang lagi pengawal keselamatan.
Media melaporkan, berlaku pergaduhan antara Budi dengan dua mangsanya.
Dalam pergaduhan itu Budi bersenjatakan pisau pemetik buah kelapa sawit.
Sebelum itu Budi dilaporkan menahan sebuah bas sekolah membawa anak-anak pekerja ladang dan mengamuk di situ.
Melihat keadaan berkenaan, Mukada dan Sutono cuba menghalangnya, namun tindakan itu sebaliknya menambah kemarahan suspek.
Sehingga semalam, polis belum mengetahui motif Budi bertindak begitu ganas.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 January 2015 @ 5:13 AM


BUDI Santoso
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25440#sthash.DN6yQyJ3.dpuf

1 maut, 3 cedera di Guinea akibat bom tangan dilempar ketika menonton bola sepak

Pihak berkuasa berkata, penonton cedera ketika menyaksikan perlawanan membabitkan skuad kebangsaan negara itu menentang Ivory Coast pada saingan Piala Negara-Negara Afrika di Equatorial Guinea.
Jurucakap polis, Mamadou Alpha Barry berkata, keganasan berlaku ketika Ivory Coast menjaringkan gol penyamaan pada perlawanan berkenaan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Suspek yang membaling bom tangan itu turut mengalami kecederaan parah.
Sementara itu, penduduk memberitahu, tiga orang terkorban dalam kejadian itu. Bagaimanapun, polis hanya mengesahkan seorang saja. - AP
PENYOKONG bersorak ketika menyaksikan perlawanan Guinea menentang Ivory Coast pada saingan Piala Negara-Negara Afrika di Equatorial Guinea hari ini. - Foto AP

Bekas vokalis kumpulan popular 90-an ditahan disyaki miliki heroin


BEKAS vokalis sebuah kumpulan popular era 90-an berusia 43 tahun (dua dari kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ampang selepas mendapat perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram. - Foto Mior Azfar Mior Kamarulbaid
KUALA LUMPUR : Bekas vokalis sebuah kumpulan popular era 90-an ditahan polis tengah malam tadi kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.
Penyanyi itu yang berusia 43 tahun ditahan bersama seorang wanita berusia 32 tahun di Taman Keramat, Ampang kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi setelah pihak polis bertindak hasil maklumat dadah yang diperoleh.
Pemeriksaan di bilik penyanyi berkenaan kemudiannya, polis menemui satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram yang terletak di atas tilam di bilik berkenaan.
Hasil ujian air kencing, vokalis itu juga didapati positif dadah jenis morfin.
Penyanyi terbabit juga mengaku terbabit dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun yang diperoleh daripada seorang pengedar di sekitar Hulu Kelang.
Kedua-dua yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuddin Saad mengesahkan tangkapan penyanyi berkenaan dan akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman.
Dalam pada itu, Mahkamah Majistret Ampang di sini pula membenarkan tahanan reman empat hari ke atas penyanyi itu dan teman wanitanya bermula hari ini.

Doktor cedera parah akibat ditembak di Boston


ANGGOTA polis berkata sesuatu dengan seorang wanita di luar bangunan Brigham and Women Hospital. - Foto AP
NEW YORK: Seorang doktor cedera parah apabila seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di sebuah hospital di sini dan suspek kemudiannya menembak dirinya sendiri, kata polis di sini.
Ketua Polis Boston, Williams Evans berkata, kejadian berlaku sebelum tengah hari di sebuah hospital terkemuka di sini.
Keadaan kini sudah "terkawal".
Polis menerima beberapa panggilan 911 kira-kira jam 11:00 pagi waktu tempatan yang melaporkan insiden tembakan di pusat kardiologi hospital itu dekat pintu masuk utama.
"Pada jam 11:07, kami terima satu lagi panggilan menyatakan seorang doktor ditembak dan orang ramai menyembunyikan diri di dalam pejabat," kata Evans.
Katanya, kecederaan doktor terbabit dikatakan "amat parah". - AFP

Pesawat QZ8501 naik lebih laju dari pesawat tempur



ANGGOTA Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) di Pelabuhan Kumai hari ini menyediakan beg pengangkut untuk digunakan bagi misi mengangkat bahagian badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di dasar Laut Jawa. - Foto EPA
JAKARTA: Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa didapati naik pada ketinggian yang tidak wajar, sebelum turun secara mendadak, kata Menteri Perhubungan Indonesia, Ignasius Jonan.
"Pada saat-saat terakhir pesawat naik tidak wajar untuk menambah ketinggiannya, dan turunnya terlalu cepat," katanya di Gedung DPR, hari ini.
Bagaimanapun, Jonan masih tidak menyatakan punca sebenar yang menimpa nahas pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 penumpang termasuk anak kapal itu.
Jonan menyatakan, pesawat itu naik secara tergesa selepas belok ke kiri dan naik dari ketinggian 32,000 kaki ke ketinggian 33,700 kaki dengan kelajuan 1,400 per/minit dalam tempoh enam saat.
Selepas itu katanya, pesawat terus naik dengan kelajuan 6,000 kaki per/minit dari ketinggian 33,700 kaki ke 34,500 kaki.
Beliau berkata, kenaikan pesawat dengan kelajuan 6,000 kaki per/minit sama sekali tidak wajar kerana kenaikan dengan kelajuan 1,000 hingga 2,000 kaki per/minit sudah dianggap luar biasa untuk pesawat komersial.
"Saya rasa pesawat tempur saja naik 6,000 kaki per/minit pun tidak boleh," katanya.
Malah menerusi data radar juga, Jonan berkata, ia menunjukkan pesawat terus naik dari ketinggian 34,500 dengan kecepatan 8,400 kaki per/minit ke ketinggian 36,300 kaki dan terus naik dengan kelajuan tinggi sehingga mencapai 11,100 kaki per/minit. -Kompas.com