Search This Blog

Monday, January 19, 2015

Lelaki temui bom peninggalan perang dunia kedua di Pasir Mas


19/01/2015 9:41pm

PASIR MAS - Seorang pemandu jengkaut menemui sebutir bom, dipercayai bahan letupan peninggalan Perang Dunia Kedua di tapak pembinaan benteng milik Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Sungai Kelantan di Kampung Kubang Pak Amin di sini semalam.
Asmanizam Ibrahim, 31, berkata, beliau menemui bom seberat 113 kilogram itu pada 5.30 petang semalam ketika sedang menjalankan kerja-kerja mengorek pasir bagi pembinaan benteng untuk mengairi kawasan sawah padi.
"Pada mulanya saya ingat tong gas yang digunakan untuk kerja-kerja kimpalan bagi pembinaan benteng itu, jadi saya meneruskan kerja-kerja mengorek pasir seperti biasa sehinggalah melihatnya secara dekat dan menyedari yang disangka tong gas tersebut adalah sebiji bom.
"Sebaik sahaja menyedari ia adalah bom, saya terus memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan digerakkan ke lokasi kejadian dan bom berkenaan selamat diletupkan oleh anggota unit berkenaan kira-kira 11.30 pagi tadi," katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_21.htm#ixzz3PHTqfcKf 
Hakcipta terpelihara 

Warga emas rentung dalam kebakaran di Lenggong


19/01/2015 10:00pm

IPOH - Seorang lelaki warga emas rentung selepas pondok kecil yang didiaminya di Kampung Sumpitan Hilir dekat Lenggong musnah dalam kebakaran hari ini.
Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, Othman Omar, 78, yang tinggal seorang diri, ditemui rentung di dalam pondok berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.41 tengah hari dan sepasukan lapan anggota tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian.
Kebakaran dapat dikawal pada 3.11 petang dan punca serta anggaran kerugian masih disiasat, katanya ketika dihubungi di sini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_23.htm#ixzz3PHTIqc7W 
Hakcipta terpelihara 

Mayat lelaki warga Myanmar dijumpai dipercayai dibunuh


19/01/2015 10:01pm

SEREMBAN - Mayat seorang lelaki warga Myanmar dipercayai dibunuh ditemui di kawasan sebuah kilang berhampiran Kampung Wong Sin Chow, Sikamat dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata mayat mangsa dijumpai oleh pengurus kilang tersebut pada kira-kira pukul 4 petang.
"Siasatan awal mendapati terdapat kesan tetakan di bahagian belakang kepala mangsa. Mangsa ditemui lengkap berpakaian.
"Mayat mangsa didapati telah reput menyebabkan sukar membuat pengecaman. Manakala kedua-dua belah tangan dan kaki sebelah kanan si mati didapati hanya tinggal tulang.
"Selain itu, pihak polis turut menjumpai telefon bimbit berwarna biru berhampiran mayat, wang tunai RM10 dan serangkai kunci tergantung pada leher mangsa," katanya di sini hari ini.
Katanya, berdasarkan laporan pengadu (majikan kilang itu), empat pekerjanya telah melarikan diri sejak 14 Januari lepas. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz3PHSUBpnQ 
Hakcipta terpelihara 

Lapan maut dinding runtuh


MANILA 19 Jan. – Lapan pekerja binaan maut selepas sebuah dinding gudang yang sedang dibina runtuh di bandar Guiguinto, wilayah Bulacan, Filipina hari ini.
Menurut ketua polis tempatan, Ernesto Cruz, insiden itu berlaku ketika pekerja sedang berehat.
Tambahnya, operasi menyelamat dijalankan selepas empat pekerja binaan dipercayai masih terperangkap di dalam runtuhan tersebut. – dpa
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lapan-maut-dinding-runtuh-1.49665#sthash.y7LRiWip.dpuf

Kerusi, meja nasi kandar ‘Line Clear’ dirampas MPPP


GEORGETOWN 19 Jan. - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini merampas kerusi dan meja premis nasi kandar ‘Line Clear’ kerana didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.
Pengusaha restoran nasi kandar terkenal itu, Abdul Hamid Seeni Pakir, 65, mendakwa, Restoran Line Clear yang beroperasi 24 jam itu didatangi sepasukan anggota penguat kuasa pada pukul 3.30 pagi dan mengangkut kira-kira 30 kerusi dan meja di kaki lima premis itu.
“Semasa itu ada kira-kira 20 pelanggan di kedai dan pekerja hanya tengok penguat kuasa angkut barang itu masuk ke dalam lori mereka,” katanya kepada pemberita di kedainya di Jalan Penang di sini.
Beliau yang mengaku berniaga tanpa lesen sejak memegang giliran berniaga di premis itu pada 2008, mendakwa tidak menerima sebarang notis dan penjelasan daripada MPPP berhubung perkara itu.
Abdul Hamid berkata, beliau dan tiga pewaris lain restoran yang diasaskan bapanya itu mengamalkan sistem giliran iaitu setahun operasi bagi setiap seorang sejak 1950-an. - Bernama
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerusi-meja-nasi-kandar-8216-line-clear-8217-dirampas-mppp-1.49655#sthash.ecIAu9Un.dpuf

Dipenjara 1 hari, denda RM700 tendang kereta wanita


KUALA LUMPUR 19 Jan. - Seorang penganggur dipenjara sehari dan didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menendang kereta seorang wanita, minggu lepas.
Majistret Nur ‘Aminahtul Mardiah Md Nor memerintahkan Chong Yew Fatt, 52, menjalani hukuman penjara itu pada tarikh dia ditangkap 15 Januari lepas.
Mahkamah juga memerintah Chong menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda itu. Dia membayar denda itu.
Chong didakwa melakukan khianat dengan menendang bahagian belakang sebelah kiri kereta milik S. Purnima, 32, seorang Timbalan Pendakwa Raya, mengakibatkan kerugian sebanyak RM200 di Lebuh Raya Bukit Jalil-Puchong berhampiran stesen Petronas Taman Teknologi Malaysia, Cheras di sini pada 5.45 petang, 14 Januari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. - Bernama
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dipenjara-1-hari-denda-rm700-tendang-kereta-wanita-1.49662#sthash.S3HCGc14.dpuf

Mayat lelaki dijumpai di kawasan kilang


19 Januari 2015

SEREMBAN - Mayat seorang lelaki warga Myanmar dipercayai dibunuh ditemui di kawasan sebuah kilang berhampiran Kampung Wong Sin Chow, Sikamat dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdullah Roning berkata mayat mangsa dijumpai oleh pengurus kilang tersebut pada kira-kira pukul 4 petang.

"Siasatan awal mendapati terdapat kesan tetakan di bahagian belakang kepala mangsa. Mangsa ditemui lengkap berpakaian.

"Mayat mangsa didapati telah reput menyebabkan sukar membuat pengecaman. Manakala kedua-dua belah tangan dan kaki sebelah kanan si mati didapati hanya tinggal tulang.

"Selain itu, pihak polis turut menjumpai telefon bimbit berwarna biru berhampiran mayat, wang tunai RM10 dan serangkai kunci tergantung pada leher mangsa," katanya di sini, hari ini.

Katanya, berdasarkan laporan pengadu (majikan kilang itu), empat pekerjanya telah melarikan diri sejak 14 Januari lepas.

Katanya, pengadu juga tidak dapat mengecam sama ada mangsa adalah pekerjanya atau tidak kerana mayat telah reput.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Kejadian ragut dan cubaan rogol

Video Viral's photo.

Video Viral's photo.

Kejadian ragut dan cubaan rogol di Jalan Sultan Sulaiman Kuala Terengganu (depan Al Ikhsan) jam 10 malam tadi.

Suspek menelefon mangsa kononnya mahu menyerahkan kembali beg dengan syarat mangsa memberikan tubuhnya sebagai ganti.

Mangsa membuat helah dengan bersetuju syarat tersebut... dia kemudian datang bersama dengan ahli keluarga berjaya menangkap suspek dengan bantuan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.

Ditangkap Khalwat – Saman Jais & PDRM 1 Juta

Peguam Noor Azah Azizan (kiri) dan Hashim Said menunjukkan laporan polis mendakwa Jais dan polis menyalahguna kuasa mereka.


Seorang ejen hartanah, Hashim Said yang mendakwa menjadi mangsa kekerasan dan salah guna kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak memfailkan saman sebanyak RM1 juta terhadap kedua-dua jabatan berkenaan, lapor TheMalaysianInsider hari ini.

Hashim, 49, berkata salah guna kuasa tersebut dilakukan ketika dua badan penguatkuasaan tersebut menyerbu rumahnya dan menahannya kerana dituduh sedang berkhalwat.

Hashim berkata, dalam insiden yang berlaku pada 2006 itu, beliau bukan sahaja ditangkap dan ditahan lebih daripada 24 jam, tetapi pegawai Jais dan polis bertindak samseng dengan menggunakan kekasaran.

“Saya enggan membuka pintu kerana mereka mengetuk pintu rumah saya pada pukul 3 pagi tanpa membawa surat kuasa, lalu mereka menendang pintu grill rumah saya,” katanya kepada pemberita di pejabat peguamnya Tetuan Azah Azizan & Co di Kuala Lumpur.


“Saya hairan kenapa mereka memperlakukan saya begitu, saya dipukul hingga mendatangkan kecederaan kekal dan kesalahan saya cuma disyaki khalwat.”Menurut Hashim, walaupun beliau pada ketika itu bersama kawan perempuannya di dalam rumah berkenaan, mereka tidak melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang.

“Saya langsung tidak diberi peluang menjelaskan keadaan, ketika itu memang saya bersama dengan kawan perempuan saya (kini bekas isteri) dalam rumah tapi kami tidak bersekedudukan, dia dalam bilik dan saya di ruang tamu,” katanya.

Menurut Hashim, ‎kawan perempuannya itu yang merupakan seorang mualaf cuba melarikan diri melalui tingkap tetapi berjaya ditangkap penguatkuasa Jais.

“Ketika itu saya masih enggan membuka pintu namun saya lihat kawan perempuan saya digari dan dibawa di hadapan pintu rumah, baru saya buka pintu.

“Namun apabila saya buka pintu saya ditolak hingga muka tersembam atas lantai, mereka mengari dan memukul saya, ia menyebabkan bibir saya pecah dan muka bercalar dan bengkak, kemudian saya dipukul lagi dan dipijak malah kepala saya turut dihentak dengan benda keras.

“Dalam keadaan bergari saya ditolak hingga menyebabkan kepala saya terhantuk ke bucu meja kaca.

“Tidak cukup dengan itu ketika menaiki jip, kaki saya dikat dengan getah paip,” katanya.

Menurut Hashim, beliau mempunyai laporan perubatan daripada hospital mengesahkan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Dalam laporan perubatan itu, doktor mengesahkan saya dirujuk kepada Jabatan Pembedahan Plastik, Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan kecederaan.

“Saya juga disahkan mengalami ‘Post Traumatic Disorder’ hingga menyebabkan saya tertekan dan kehilangan kerja,” katanya.
http://malaysianekwok.blogspot.com

Banjir sekitar Sarawak

Banjir sekitar Sarawak, daerah Serian,Kampung Lintang Baru @ Panchor Melayu.







Menerusi inbox SK: Banyak rumah telah dinaiki air..mohon pihak berkuasa turun padang & sediakan khemah utk penduduk berteduh..

Sumber: Nor Azmin

Banjir Di Sarawak semakin buruk








Banjir Di Sarawak semakin buruk petang ni..doakan keselamatan saudara kita di sana..Kawasan yang terjejas Kuching, Samarahan, Mukah dan Limbang..

Charlie Hebdo bakal 
cetus perang saudara


19 Januari 2015 2:30 AM



KUALA LUMPUR 18 Jan. – Provokasi agama yang dilakukan akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo dikhuatiri mampu mencetuskan perang saudara di setiap negara yang mempunyai kepelbagaian agama.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, perang tersebut tidak mustahil berlaku akibat daripada pertembungan sentimen antara penganut-penganut agama.
Kata beliau, perkara sama pernah berlaku di negara pelbagai agama seperti di Lebanon sehingga menyebabkan penduduk Islam dan Kristian saling bermusuhan akibat sentimen yang hampir sama.

“Wujud pemisahan ideologi atau sentimen antara agama Islam dan Kristian di sesebuah negara sehingga menjurus kepada peperangan saudara yang dahsyat seperti di Lebanon suatu masa dahulu. Ia telah mengakibatkan kemusnahan yang dasyat, malah kemarahan umat Islam berhubung insiden ini masih membara dan jika berterusan diprovokasi seperti ini kemungkinan akan mencetuskan pertelingkahan lebih besar.
“Berdasarkan pengamatan, orang Barat sebenarnya takut dengan kebangkitan Islam yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat mereka selain bimbang untuk mengekalkan Perancis sebagai negara Kristian tidak akan tercapai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan provokasi akhbar mingguan tersebut yang menerbitkan edisi khas empat muka surat memaparkan karikatur Nabi Muhammad SAW minggu ini yang mendapat bantahan umat Islam di 10 buah negara semalam sehingga menyaksikan empat kematian di Niger.
Selain Niger, ribuan penduduk Islam di Pakistan, Senegal, Mauritinia, Jordan, Algeria, Palestin, Sudan, Lebanon, Rusia dan Syria bangkit membantah penerbitan edisi itu yang jelas menghina Islam.


Bagaimanapun Dr. Abdul Rahman berkata, umat Islam perlu bersatu dan menonjolkan toleransi serta kelembutan dalam menghadapi provokasi tersebut.
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, peperangan antara agama akan tercetus sekiranya umat Islam terus diasak dengan provokasi seperti itu, justeru umat Islam perlu bersikap kecuali dan tidak mengendahkan provokasi yang cuba menjatuhkan imej Islam di Eropah.
“Kita tidak perlu bertindak lebih mahu pun mencaci mereka kembali kerana haram sekiranya kita mengutuk agama lain. Biarkan mereka, kalau diturutkan kita juga akan menjadi bodoh, tetapi mereka perlu diingatkan bahawa kesabaran umat Islam juga ada hadnya.
“Mereka sebenarnya takut dengan Islam yang semakin berkembang pesat di negara barat malah, kebanyakkan daripada penduduk sana berpandangan liberal oleh itu mereka bimbang dengan pergerakan Islam,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/i-charlie-hebdo-i-bakal-8232-cetus-perang-saudara-1.49519#sthash.x0ySUJEs.dpuf

Mandur Nordin Nangoh diberkas


Beluran: Usaha pihak berkuasa memburu seorang tokan dadah dikenali sebagai Mandur Nordin Nangoh, membuahkan hasil apabila lelaki berusia 53 tahun itu berjaya dicekup dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gana Jati, semalam.
Dalam serbuan jam 12.30 tengah malam itu, suspek dikepung sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IDP) Beluran sebelum diberkas.
Hasil pemeriksaan menemui 12.7 gram dadah dipercayai syabu disorokkan di dalam bilik air di rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan berkata, polis yang melakukan risikan mendapati kediaman itu menjadi lokasi persembunyian suspek.
“Individu yang dikenali ramai dengan panggilan Mandur Nordin Nangoh akhirnya berjaya ditahan selepas pergerakannya diekori polis sejak sebulan lalu.
“Pemeriksaan menemui sembilan peket plastik mengandungi ketulan hablur disyaki syabu diletakkan di dalam sampul surat sebelum disorok dalam bilik mandi,” katanya.
Sivanathan berkata, sampul berkenaan kemudian dibalut dengan pita pelekat berkemungkinan bagi mengelakkan dadah terbabit daripada terkena air.
“Siasatan lanjut mendapati lelaki berusia 53 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai berasal dari Pendrang, Indonesia.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 7:55 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24751#sthash.oGa6uXvX.dpuf

Isteri, Keluarga Enggan Hadir Pengebumian Cherif Kouachi


Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 11:31 AM
Pengebumian Cherif (kiri) sepi tanpa kehadiran ahli keluarga, bagaimanapun berbeza dengan Said apabila masih ada ahli keluarga yang mahu menyertainya.

NANTERRE: Hanya anggota polis menghadiri pengebumian Cherif Kouachi, penjenayah yang menembak mati 12 orang dalam serangan di pejabat Charlie Hebdo pada awal pagi Ahad.
Walaupun dikebumikan di tanah perkuburan Gennevilliers tempat dia pernah tinggal, tetapi isteri, mahupun ahli keluarganya juga tidak hadir.
Terletak berhampiran Paris, pihak berkuasa Perancis juga bertindak tidak menandakan kubur lelaki itu bagi mengelak dikunjungi kumpulan militan.
“Isterinya tidak mahu menghadiri majlis itu. Tidak ada siapa yang hadir. Upacara pengebumian berjalan dengan tenang,” kata pegawai polis yang bertugas ketika itu.
Terdahulu, balu Cherif meminta dia dikebumikan bersama abangnya Said di Gennevilliers, sembilan kilometer ke barat laut tengah Paris tetapi permintaannya ditolak kerana Said bukan penduduk kawasan itu.
Menurut Datuk Bandar Patrice Leclerc, dia tidak ada pilihan selain membenarkan Cherif dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan.
Said pula dikebumikan malam sebelumnya di Reims, tempat dia tinggal kira-kira dua tahun lalu.
Bagaimanapun, kelihatan beberapa anggota keluarganya hadir pada acara itu kecuali isterinya kerana mahu merahsiahkan kedudukan kubur suaminya. - AFP

Bagai tahu bakal dijemput ajal

Balik Pulau: “Kalau aku kemalangan dan cedera parah, aku teringin sangat untuk lihat bagaimana reaksi orang yang aku sayang, di saat aku penuh berlumuran darah. Nak tahu siapa teringin lihat senyuman dan gelak ketawa aku.
“Entah di hospital atau kubur, jika meninggal dunia, berharap agar orang yang aku sayang datang menziarahi kubur aku dan sedekahkan al-Fatihah buat aku, tapi tolong jangan menangis depan jenazah aku kerana ketika itu aku sudah tidak berdaya untuk lapkan air mata.”
Demikian antara pesanan terakhir Mohd Hafiz Abu Salem, 23, pada status aplikasi WeChat yang dikemas kini Khamis lalu, sebelum meninggal dunia akibat terbabit dalam kemalangan di Kampung Nelayan di sini, petang kelmarin.
Abang arwah, Jaslly Abu Salem, 33, berkata, dia tidak menyedari adiknya ada mengemas kini status pada aplikasi WeChat berkenaan dan hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakan adiknya pada malam kejadian (malam kelmarin).
“Saya hampir menitiskan air mata membaca status itu kerana masih berat untuk menerima pemergiannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Masjid di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.40 petang, Mohd Hafiz, yang menunggang motosikal terlanggar tiang elektrik ketika cuba mengelak sebuah kereta yang membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba.
Jaslly berkata, akibat kejadian itu, arwah adiknya cedera parah di kepala, badan serta kaki kanan dan dia yang dimaklumkan perkara itu terus bergegas ke lokasi kejadian.
“Ketika sampai di lokasi kejadian arwah masih bernafas, namun saya berasa amat hiba selepas melihat keadaan adik sendiri yang lemah dan tidak bermaya.
“Mungkin saya bernasib baik kerana dapat menatap wajah arwah ketika dia masih hidup sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Katanya, ibunya sempat ke lokasi kejadian, namun pengsan melihat keadaan Mohd Hafiz yang sedang nazak.
“Saya harap sangat dia (pemandu) itu datang berjumpa saya dan keluarga meminta maaf berhubung kejadian yang meragut nyawa adik saya,” katanya.
Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Teluk Kumbar, jam 10 malam, kelmarin.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 8:05 AM




STATUS Mohd Hafiz di aplikasi WeChat beberapa hari sebelum terlibat dalam kemalangan maut di Kampung Nelayan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24768#sthash.nIInBIns.dpuf

Sengketa 2 beradik

Oleh Gaddafi Musli 
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia melakukan siasatan dalaman berhubung klip video pergaduhan antara kakitangannya di KFC Jalan Raja Laut, di sini, Jumaat lalu.
Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, MJ Ling yang mengesahkan insiden itu menerusi posting di laman Facebook rasmi KFC Malaysia berkata, siasatan awal mendapati kejadian disebabkan isu peribadi membabitkan dua kakitangannya yang juga adik-beradik.
“Kami mengenal pasti punca kejadian dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat,” katanya.
Menurutnya lagi, KFC sentiasa melatih kakitangan mengenai adab dan kelakuan ketika bertugas di restoran, namun insiden berkenaan jelas menunjukkan latihan itu tidak memadai.
“Kami akan menambah baik program latihan supaya insiden seperti ini tidak berulang lagi.
“Keselamatan dan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami,” katanya.
Klip berdurasi 36 saat itu tersebar di laman sosial sejak malam tadi dan mengundang pelbagai reaksi negatif masyarakat.
Sebelum ini pada 2012, KFC pernah dilanda kontroversi apabila beberapa kakitangannya dirakam bergaduh dengan pelanggan yang menunggu pesanan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 8:08 AM


KLIP video pergaduhan yang menjadi viral di media sosial.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24771#sthash.3cVOERJU.dpuf

Anggota TUDM murung, keliru


Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail

rabiatul@hmetro.com.my

Kuching: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menceroboh landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) Jumaat lalu ditahan reman selama empat hari untuk siasatan.
Suspek lelaki berusia 27 tahun berasal dari Changlun, Kedah dan bertugas di TUDM Kuching dipercayai mengalami kemurungan.
Dia didapati menceroboh landasan dan cuba menahan sebuah pesawat AirAsia AK6462 yang bersedia untuk berlepas ke Sibu, Sarawak, pada jam 7.30 pagi, Jumaat lalu.
Menurut sumber, suspek ditahan polis bantuan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.
Katanya, suspek dalam keadaan keliru dan seakan-akan tidak sedar perbuatannya sebaik ditahan polis.
“Siasatan masih dijalankan dengan mengambil keterangan suspek untuk mengetahui motif perbuatan serta memeriksa tahap kesihatannya,” katanya.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan, penerbangan pesawat AirAsia 6462 dari LTAK ke Lapangan Terbang Sibu terpaksa ditangguhkan selama dua jam berikutan tindakan seorang lelaki menceroboh landasan.
Dalam kejadian jam 7.25 pagi itu, kehadiran anggota TUDM itu disedari juruterbang pesawat yang melihat suspek berada di atas landasan dan berjalan ke bawah pesawat.
Juruterbang terpaksa memadamkan enjin pesawat dan menghubungi menara kawalan.
Penerbangan itu terpaksa ditangguhkan selama dua jam atas prosedur keselamatan.
Kejadian itu turut menyebabkan gangguan jadual penerbangan kerana landasan terpaksa ditutup selama 20 minit.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 7:56 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24753#sthash.m9p7jguj.dpuf

Bergaduh angkara FB


Miri: Pertikaian pendapat menerusi laman sosial Facebook (FB) menjadi punca pergaduhan tiga wanita di sebuah pusat hiburan di Jalan North Yu, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa berusia 20-an cuba dikurung di dalam tandas selain diugut disimbah asid namun sempat menyelamatkan diri sebelum meminta bantuan beberapa rakan lain di pusat hiburan itu.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila mangsa dan dua rakannya berselisih pendapat berhubung isu peribadi di FB sebelum bertemu secara kebetulan di premis hiburan itu.
Sumber berkata, mangsa yang pergi ke tandas tidak menyedari diekori dua suspek berusia 20-an itu.
“Sebaik masuk ke tandas, berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan dua kenalannya itu. Suspek kemudian bertindak memukul badan dan mencekik leher mangsa.
“Mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan teruk namun insiden itu menyebabkan dia trauma sebelum membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, semalam,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 7:55 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24752#sthash.A6r2vIPO.dpuf

‘Aku tak mahu mati’


Oleh Siti A’isyah Sukaimi

sitiaisyah@hmetro.com.my
Putrajaya: “Anak saya beberapa kali merayu dan memberitahu ‘aku tak mahu mati’ ketika sedang bergelut dengan suspek,” kata bapa seorang kakitangan wanita Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM).
Bapa mangsa yang enggan dikenali mendakwa, anaknya berbuat demikian dengan harapan suspek berhenti daripada terus memukulnya selain menawarkan barangan berharga supaya dapat melepaskan diri.
Dalam kejadian jam 7 malam, Jumaat lalu, mangsa luka teruk di hidung, kepala dan muka akibat diserang dengan sebatang spanar oleh seorang juruteknik selenggara di bangunan berkenaan.
Suspek yang berusia 30-an sudah diberkas polis, manakala mangsa berusia 30 tahun berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan lanjut di hospital.
Bapa mangsa mendakwa, sebaik anaknya berjaya keluar dari pejabatnya, dia terus memasuki lif untuk turun ke bawah.
“Suspek terus turun menggunakan tangga ke tingkat 21 serta mahu menahan lif digunakan anak saya.
“Namun, dia tidak sempat berbuat demikian apabila anak saya berjaya turun ke bawah dan menyelamatkan diri dengan pergi ke kafeteria bangunan dan dibantu orang awam disitu,” katanya.
“Suspek kemudian sempat berada di situ dan berpura-pura tidak tahu. Suspek bertanya ‘kenapa ni?’ seperti mahu mengambil berat.
“Namun, helah suspek tidak menjadi apabila terdapat kesan darah pada bajunya dan cermin mata. Suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya,” katanya.
Kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan khas membabitkan seluruh kakitangan di bangunan kementeriannya bagi memastikan jaminan keselamatan lebih kukuh pada masa depan.
Ahmad Shabery berkata demikian selepas melawat mangsa terbabit di Hospital Putrajaya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 7:54 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24750#sthash.3cnl12AH.dpuf

Mangsa asid trauma


Lipis: Wanita warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa simbah asid oleh teman lelaki senegara di sini, pada 7 Januari lalu, kini tertekan dan trauma untuk berdepan dengan orang ramai.
Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa, Hanis Siti Fatimah, 49, berasal dari Jawa, Indonesia sudah sedarkan diri selepas dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh.
Wanita itu masih tidak mampu bercakap untuk memberi keterangan bagi membantu melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, polis sudah mengambil keterangan saksi kejadian dan suspek yang berusia 40 tahun mungkin didakwa di mahkamah selepas tempoh remannya berakhir esok.
Dalam kejadian 7 Januari lalu, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) sebelum dipindahkan ke HOSHAH dengan bantuan orang awam selepas tidak sedarkan diri akibat terkena simbahan asid di sebuah rumah kongsi di Lebuh raya Aur Gading, Padang Tengku dekat sini, jam 1 pagi.
Sebelum kejadian, teman lelaki mangsa yang berasal dari Jawa datang bertemu kerana mahu mendapatkan kesahihan mengenai cerita didengar mengatakan mangsa kerap bertukar pasangan.
Difahamkan, mangsa enggan mengakui cerita karut itu dan fitnah yang sengaja mahu merosakkan hubungan mereka sebelum berlaku pertengkaran.
Ketika pertengkaran, suspek mengeluarkan sebotol kaca mengandungi cecair asid sebelum memaksa mangsa meneguknya, namun enggan berbuat demikian.
Mangsa menepis tangan suspek menyebabkan terkena pada badan dan mukanya sebelum suspek melarikan diri.
Polis berjaya menahan suspek ketika turun daripada sebuah bas di Stesen Bas Raub pada jam 7.50 pagi hari sama.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 7:53 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24749#sthash.r8QI65NB.dpuf

Lagi Penunggang Motosikal Maut di Bentong


Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 7:55 PM

PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal terbunuh dan seorang yang lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal berkuasa tinggi berhampiran Bukit Tinggi, Bentong.

Mangsa Syaiful Buhairi Abdullah, 27, dari Sungai Besi menunggang motosikal KTM Duke 200cc dari Kuala Lumpur ke Berjaya Hill ketika kemalangan berlaku kira-kira tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata Syaiful Buhairi dikatakan hilang kawalan di KM7 Jalan Berjaya Hill lalu terbabas ke laluan bertentangan.

"Dia kemudian merempuh seorang lelaki lain yang menunggang motosikal Kawasaki Z800. Syaiful Buhairi meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.

Mangsa kedua yang motosikalnya meletup dan terbakar mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan.

Jurutera Malaysia Adakan Hubungan Seks Dengan 31 Kanak-Kanak Lelaki


Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 6:28 PM
Gambar hiasan.

SINGAPURA: Seorang jurutera berusia 31 tahun dari Malaysia mengaku mencabuli 31 mangsa berusia antara 11 dan 15 tahun dalam tempoh tiga tahun.

Kes ini dianggap jenayah seks paling teruk terhadap kanak-kanak lelaki.

Yap Weng Wah berkawan dengan kanak-kanak lelaki berkenaan di Facebookmenggunakan identiti yang berbeza dan mula berbual-bual dengan mereka di laman sosial itu sebelum memujuk mereka untuk berjumpa dengannya.

Antara November 2009 dan Jun 2012, dia memujuk 30 kanak-kanak lelaki untuk mengadakan hubungan seks dengannya di beberapa lokasi seperti rumah pangsa sewaannya, tandas awam di pusat beli-belah, kompleks renang, bilik hotel dan taman awam.

Yap juga merakamkan perbuatan itu di telefon bimbitnya.

Dia kemudian menyimpan rakaman tersebut di dalam komputer ribanya dengan teliti seperti meletakkan dalam ruang khas yang merekodkan nama, umur dan tahun dia mengenali kanak-kanak itu.

Selepas mengadakan hubungan seks kali pertama dengan Yap, sebahagian daripada mangsa terus berjumpa dengannya dan melibatkan diri dengan perbuatan tidak bermoral itu.

Ia berterusan sama ada mereka sememangnya selesa berkawan dengan Yap mahupun kerana bimbang rakaman aksi mereka akan disebarkan.

Bagi seorang lagi mangsa, Yap meminta kanak-kanak berusia 12 tahun untuk menghantar video melakukan perbuatan lucah kepadanya.

Pegawai polis yang menyerbu rumahnya selepas salah seorang mangsa membuat laporan menemui lebih 2,000 klip video dalam komputer ribanya.

Jumaat lalu, Yap mengaku bersalah di mahkamah terhadap 12 tuduhan kesalahan seksual.

Yap bekerja di Singapura sejak 2009.

Peguamnya, Daniel Koh berkata anak guamnya itu mengaku pernah mengadakan hubungan seksual selama sembilan bulan bersama guru lelakinya ketika berusia 12 tahun. - The Straits Times/ANN

Charlie Hebdo: Rusuhan Berlarutan, Angka Korban Meningkat


Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 12:26 PM
Penunjuk perasaan membakar dan merosakkan kenderaan bagi membantah penyiaran kartun Nabi Muhammad di akhbar Charlie Hebdo.

NIAMEY: Penyiaran kartun Nabi Muhammad dalam akhbar satira, Charlie Hebdo mengakibatkan lima terkorban dalam kejadian rusuhan di bandar ini kerana membantah tindakan media Perancis itu.
Keganasan yang tercetus di ibu negara Niger itu semakin sukar dikawal apabila penunjuk perasaan membakar gereja, rumah dan premis perniagaan.
Sekurang-kurangnya lapan gereja di Niamey, selain mensasarkan hotel, bar dan beberapa bangunan kerajaan yang dimiliki bukan Islam atau ada kaitan dengan firma Perancis dibakar atau dirosakkan.
Keganasan masuk hari kedua di negara Afrika Barat itu meletus selepas lima terbunuh manakala 45 lagi cedera dalam tunjuk perasaan besar-besaran di bandar raya kedua terbesar, Zinder pada Jumaat.
"Ramai penduduk terpaksa mengurung diri di rumah kerana ketakutan.
"Kerajaan patut menghentikan keganasan ini. Ia tidak baik untuk negara kita," kata seorang penganut Kristian di sini.
Setakat ini, pasukan polis masih berkawal di pinggir bandar serta ditempatkan di beberapa bangunan agama di sekitar bandar ini.
"Semua lima yang korban di Niamey adalah orang awam," kata Presiden Niger, Mahamadou Issoufou dalam siaran televisyen.
Selain itu, angka korban di Zinder meningkat kepada lima dengan empat mayat ditemui rentung di dalam sebuah gereja. - AFP

Lelaki kecut perut dibawa balai polis

Georgetown: Seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol yang pada mulanya berlagak serta enggan memberikan kerjasama ketika diperiksa anggota polis mulai kecut perut dan merayu dilepaskan selepas dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut.
Terdahulu, lelaki terbabit bersama rakannya yang berusia 20-an menaiki kereta Perodua Myvi ditahan sepasukan anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) dalam sekatan jalan raya di Jalan Pengkalan Weld ,di sini, jam 2.30 pagi semalam.
Jurucakap polis berkata, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berhibur di sebuah premis hiburan dan ketika itu mereka dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.
“Namun suspek enggan memberikan kerjasama menyebabkan anggota bertugas menegur kelakuannya itu, malah dia juga mempertikai tugas anggota polis yang mengeluarkan saman ke atasnya.
“Suspek cuba mencabar polis apabila mengeluarkan kata-kata biadab menyebabkan dia ditahan, namun gelagatnya itu berubah secara tiba-tiba apabila mula merayu dan minta dilepaskan selepas dimaklumkan akan di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya.
Bagaimanapun, lelaki itu dan rakannya tetap dibawa ke IPDTL untuk pemeriksaan lanjut termasuk menjalani ujian saringan air kencing serta darah bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda minimum RM1,000 dan maksimum RM6,000 dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun.
“Dalam operasi sama, kami mengeluarkan 50 saman membabitkan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi dan tidak memakai tali pinggang keledar kepada pemilik kenderaan.
“Sebanyak 30 lagi saman dikeluarkan atas kesalahan melakukan halangan lalulintas dan tujuh motosikal disita kerana melakukan pengubahsuaian pada ekzos yang mengeluarkan bunyi bising,” katanya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dibuat dan berkata, siasatan masih lagi dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 7:58 AM


LELAKI (tengah) ditenteramkan rakan selepas enggan beri kerjasama kepada polis dalam sekatan jalan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24755#sthash.KUSmcmgH.dpuf

2 lelaki pecah masuk rumah cium mangsa


Kota Bharu: Dua lelaki yang memecah masuk sebuah rumah dua tingkat bukan saja melarikan barang berharga, malah turut mencabul mangsa berusia 21 tahun dalam kejadian di Jalan Sultan Yahya Petra di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, keluarga terbabit kerugian RM200,000 selepas suspek turut melarikan kereta milik mangsa.
Difahamkan, mangsa yang cedera di dahi menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, ketika kejadian, mangsa tidur bersama ibunya berusia 55 tahun di bilik tingkat dua rumah berkenaan.
Katanya, ibu mangsa tiba-tiba terjaga dari tidur dan mendapati dua lelaki berada dalam bilik tidurnya sebelum suspek mengikat tangan, kaki, dan mulut mereka dua beranak.
“Kedua-dua suspek mencabul anak mangsa dengan mencium pipi selain mengugut mencederakannya menggunakan pisau yang diacu di leher.
“Suspek menggeledah barang berharga sebelum melarikan Toyota Vios di halaman rumah,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pelbagai barangan milik dua beranak itu hilang termasuk RM7,000, barang kemas, telefon bimbit, komputer riba serta sebuah kereta.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 395, 397 dan 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 8:07 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24770#sthash.WfX9H4hX.dpuf

Lelaki ‘naik hantu’ hayun parang pada adik


Kuala Terengganu: Hanya kerana perselisihan faham kecil, seorang lelaki naik hantu apabila menyerang adik lelakinya dengan parang dalam kejadian di Kampung Che Long Dusun Melintang di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa berusia 23 tahun bernasib baik apabila sempat mengelak serangan abangnya berusia 30-an sebelum masuk ke dalam rumah bagi menyelamatkan diri.
Menurut sumber, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran mulut antara dua beradik itu selepas berlaku perselisihan faham dan suspek dikatakan naik angin selepas melihat mangsa enggan mengalah.
Katanya, pergaduhan antara dua beradik itu bertukar serius apabila suspek tiba-tiba bertindak mengambil parang dari dalam rumah sebelum menghayunkan senjata itu ke arah adiknya.
“Melihat keadaan abangnya yang bagaikan dirasuk hantu itu, mangsa segera melarikan diri dengan masuk ke dalam rumah untuk mencari sesuatu bagi mempertahankan diri.
“Suspek yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan adiknya yang melarikan diri turut mengeluarkan kata-kata kesat sambil mengugut mencederakan mangsa di luar kawasan rumah jika tidak dapat mencederakan mangsa di rumah mereka.
“Ketika itu, mangsa hanya berdiam diri dalam rumah dan tidak membalas kata-kata abangnya kerana bimbang kejadian menjadi lebih buruk,” katanya.
Walaupun tidak mengalami kecederaan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Ab Rafar yang dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 8:07 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24769#sthash.FchTRIvU.dpuf

Cari pemandu kereta


Balik Pulau: Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta bagi membantu siasatan kes kemalangan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Kampung Nelayan di sini, 1.40 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan maut itu dan siasatan sedang dijalankan.
Beliau berkata, mangsa, Mohd Hafiz Abu Salem, 25, pekerja sebuah kilang di Sungai Tiram, Bayan Lepas dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Mangsa yang cedera parah di kepala, badan dan kaki kanan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang merawatnya.
“Berikutan itu, kami meminta kerjasama pemandu kereta berkenaan supaya tampil untuk membantu siasatan kes ini, begitu juga dengan orang awam menyaksikan kejadian itu,” katanya.
Lai berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi urusan pengebumian.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 8:04 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24766#sthash.5BxgEFlR.dpuf

Ditembak belakang rumah

Petaling Jaya: Seorang lelaki maut selepas ditembak ketika duduk minum di belakang rumahnya di Blok K, Taman Desa Ria, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 12.15 pagi itu, mangsa, S. Suresh, 27, maut selepas ditembak seorang lelaki yang datang ke lokasi kejadian dengan menaiki kereta.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, sebelum kejadian itu mangsa duduk minum di kawasan belakang rumah.
“Tiba-tiba datang seorang lelaki menaiki sebuah kereta Hyundai Sonata berwarna hitam lalu melepaskan beberapa das tembakan dan melarikan diri.
Katanya, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 8:04 AM


POLIS menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24765#sthash.G0PsLWI8.dpuf