Search This Blog

Saturday, January 17, 2015

Datuk Seri RM200,000

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Fardy Bungga 


am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Mahu menunjuk serta bermegah antara faktor ramai individu dikesan sanggup membayar ratusan ribu ringgit bagi mendapatkan gelaran Datuk atau Datuk Seri palsu dari ‘orang tengah’ serta pihak tidak diiktiraf.
Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Tan Sri Micheal Chong berkata, berdasarkan maklumat diperolehi ada pihak tidak bertanggungjawab menawarkan gelaran Datuk dengan bayaran RM150,000 manakala gelaran Datuk Seri pada harga RM200,000.
Menurutnya, lebih mengejutkan apabila ada antara ahli perniagaan berbangsa Cina turut menggunakan gelaran Yang Mulia pada kad perniagaan mereka, walhal ia hanya layak digunakan oleh kerabat istana.
“Malah ada yang sanggup pergi ke Filipina atau Indonesia bagi mendapatkan gelaran itu walaupun menyedari ia tidak diiktiraf kerajaan Malaysia.
“Terbaru, seorang lelaki berusia 29 tahun sanggup membuat pinjaman wang dengan ceti haram (Along) berjumlah RM150,000 bagi membeli gelaran Datuk daripada ‘orang tengah’ yang menawarkan gelaran itu,” katanya ketika ditemui wartawan semalam.
ANTARA mesej menawarkan pembelian gelaran Datuk dan Datuk Seri kepada orang ramai. 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24328#sthash.dm2ukOYY.dpuf

Satu jam tersepit

Oleh Mohd Rizal Abdullah 
mohd.rizal@mediaprima.com.my


Bangi: Seorang wanita terbunuh selepas lebih satu jam tersepit di dalam kereta dipandunya akibat dirempuh lori dalam kemalangan di simpang tiga Jalan Besar Pekan Bangi Lama di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, Hasnah Juwahir, 41, dari Kampung Rinching Hilir, Bangi disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Serdang kira-kira jam 11.50 pagi.
Menurut sumber, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kereta Proton Aeroback dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum dirempuh sebuah lori muatan batu.
“Pemandu lori terbabit dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan digunakan mangsa. Rempuhan itu mengakibatkan kereta yang dinaiki mangsa terperosok di bawah lori berkenaan.
“Pengguna jalan raya cuba mengeluarkan mangsa, tetapi gagal sehingga kehadiran pihak bomba,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 January 2015 @ 5:23 AM


HASNAH yang tersepit berjaya dikeluarkan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24335#sthash.6Bhi0z2P.dpuf

Bot tunda karam

AFP
Shanghai: Lebih 20 orang, termasuk empat warga Singapura hilang semalam selepas sebuah bot tunda yang mereka naiki karam dalam pelayaran percubaan di Yangtze, sungai terpanjang di China.
Kapal yang baru siap dibina itu diuji dengan membawa 25 penumpang di Jiangsu, wilayah timur China apabila kejadian berlaku.
Tiga orang berjaya diselamatkan, manakala 22 lagi masih hilang.
Menurut laporan China Central Television, kira-kira lapan rakyat asing turut berada dalam bot itu.
Jurucakap Kementerian Luar Singapura berkata, kapal terbabit, JMS Delta yang didaftarkan di republik itu dan empat warganya berada di atas kapal tunda berkenaan.
Pejabat konsul Jepun dan India di Shanghai masing-masing mengesahkan seorang warga mereka antara yang hilang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 January 2015 @ 5:22 AM


SEORANG pekerja penyelamat mencari berdiri di atas bot tunda yang karam di Sungai Yangtze, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24323#sthash.4JhDNFXT.dpuf

Mujur tak putus kepala

Oleh Khairul Hamizy Ramlee

am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Seorang tukang cuci kereta nyaris putus kepala selepas motosikal Honda Ex5 ditunggangnya merempuh kabel elektrik di Kampung Kuala Bekah, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa, Kamarul Helmi Mohammad, 19, dikatakan mengantuk ketika dalam perjalanan menghantar pulang rakannya di Kampung Pengadang Baru, di sini.
Kamarul Helmi yang tinggal di Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, berkata, dia dan rakannya berusia 22 tahun baru pulang bersiar-siar di Kampung Wakaf Beruas dan hendak menghantar rakannya sebelum balik ke rumah.
Katanya, sebaik tiba di Kampung Kuala Bekah matanya tidak dapat menahan rasa mengantuk sehingga terlelap menyebabkan motosikalnya memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kabel elektrik di bahu kanan jalan.
“Kejadian itu terlalu pantas serta rakan tidak sempat mengejutkan saya dan kami berdua rebah selepas merempuh kabel pada tiang elektrik itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 January 2015 @ 5:24 AM


KAMARUL Helmi yang cedera di leher selepas terbelit kabel dirawat di hospital.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24346#sthash.hLScNClT.dpuf

Keji! Lelaki ini cuba kuburkan puterinya hidup-hidup

17/1/15
New Delhi, - Keji! Seorang lelaki di India mencuba mengubur hidup-hidup anak perempuannya. Alasannya, kerana dia  tidak senang punya anak perempuan.

Insiden ini terjadi di sebuah desa dekat perbatasan India-Bangladesh seperti diberitakan media NDTV, Sabtu (17/1/2015).

Lelaki itu,  Abul Hussein    mencuba menguburnya puterinya yang berumur 10 tahun di halaman belakang rumahnya. Ketika isterinya tiada di rumah, Abul pun menggali lubang.

Dia kemudian memasukkan puterinya ke dalam lubang tersebut, setelah lebih dulu mengikat kedua tangannya dan menutup mulut kanak-kanak tersebut. Setelah itu, Abul pun menimbun anaknya dengan tanah.

Namun belum selesai dia mengubur puterinya, sang isteri pulang ke rumah. Abul pun bergegas menutupi lubang yang belum tertutup sempurna itu dengan batang-batang bambu. Namun sang isteri curiga kerana tak menemui puterinya di dalam rumah. Wanita itu pun meminta tolong  jirannya. 

Para jiran tetangga kemudian berhasil menemui anak tersebut dan terus memukul  Abul yang telah sampai hati mengubur puterinya sendiri. Warga kemudian menelepon polis  yang  langsung datang menangkap Abul. Lelaki itu pun ditahan atas tuduhan percubaan membunuh.
Sumber: detikNews

Polis akan rekod keterangan ibu tiri kanak-kanak dikurung, didera


17/01/2015 4:31pm

BUTTERWORTH - Polis akan merekodkan keterangan ibu tiri kanak-kanak perempuan yang dipercayai dikurung dan didera di Butterworth, di sini bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, pihaknya akan memanggil wanita berusia 30-an itu dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan kertas siasatan kes tersebut.
"Setakat ini polis tidak pasti sama ada wanita itu terlibat dalam kejadian berkenaan (kurung dan dera) kerana siasatan masih dijalankan, tapi kami akan panggil dia untuk rekodkan keterangan.
"Selain wanita itu, mungkin polis akan rekodkan keterangan daripada beberapa pihak lain termasuk jiran-jiran mangsa bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kanak-kanak berkenaan yang merupakan murid Tahun Satu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah di Sungai Dua yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz3P4P36IqV 
Hakcipta terpelihara 

Ketua Geng Mamak didakwa di mahkamah


7 pertuduhan termasuk simpan kereta curi, senjata berbahaya

IPOH 16 Jan. - Ketua Geng Mamak, Mohamad Yusof Abu Bakar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas tujuh tuduhan termasuk menyimpan kereta curi, memiliki senjata berbahaya dan peralatan pecah rumah, hujung tahun lalu.
MOHAMAD YUSOF ABU BAKAR
Mohamad Yusof, 51, dari Kampung Station Kuala Kangsar yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut.
Tertuduh yang tiba di Mahkamah Ipoh dengan kawalan ketat oleh anggota polis bersenjata dari Cawangan Jenayah Berat (D9) didakwa dengan enam tuduhan di Mahkamah Majistret dan satu tuduhan lagi di Mahkamah Sesyen.
Di Mahkamah Sesyen, Mohamad Yusof didakwa memiliki sebilah parang panjang berhulu merah di hadapan rumah No. 43, Persiaran Tembok 10, Taman Sri Desa di sini pada pukul 6.20 petang, 6 Disember tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan.
Hakim Rihaida Rafie menetapkan 30 Januari ini sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.
Mahkamah turut membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Suffian Jaafar yang tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan kes tertuduh diklasifikasikan sebagai boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.
Di Mahkamah Majistret, Mohamad Yusof didakwa menyimpan harta curi iaitu sebuah kereta Honda Civic yang dianggarkan bernilai RM80,000 milik Mardiyana Ahmad Halili, 34, pada masa tarikh dan tempat yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.
Majistret Nurul Asyifa Redzuan menetapkan sebutan semula kes pada 25 Februari ini.
Sementara di Mahkamah Majistret berasingan, Mohamad Yusof menghadapi lima pertuduhan dengan empat daripadanya melibatkan dua pertuduhan menyimpan kereta curi (Proton Perdana dan Honda Civic) dan dua pertuduhan memiliki peralatan pecah rumah seperti kuku kambing serta pemotong besar dan aset polis seperti gari dan vest.
Keempat-empat pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 28(i)(ii) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 89(a) Akta Polis 1967.
Satu lagi pertuduhan, dia didakwa memiliki dua set walkie-talkie jenama Motorola tanpa alasan munasabah mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.
Mohamad Yusof didakwa melakukan kesemua kesalahan itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Majistret Haslinda A. Raof menetapkan sebutan semula kes pada 25 Februari ini.
Kes-kes di Mahkamah Majistret dikendalikan oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi dan Naidatul Athirah Azman. Di mahkamah tersebut juga, tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

GRO Vietnam ditahan

Oleh Icka S Hassan 
am@hmetro.com.my


Shah Alam: Lima pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Mahkota Cheras, 1 pagi tadi.
Serbuan itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas menjalankan risikan selama seminggu.
Jurucakap polis berkata, semua yang ditahan berusia antara 21 hingga 27 tahun dan berasal dari Vietnam.
Katanya, mereka tidak mempunyai permit yang sah untuk bekerja di negara ini.
“Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai juruwang di premis terbabit.
“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 January 2015 @ 3:29 PM


GRO dan lelaki yang ditahan di pusat hiburan di Bandar Mahkota Cheras, 1 pagi tadi. FOTO Icka S Hassan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24372#sthash.PpszEkTn.dpuf

Polis tahan 19 individu termasuk dua Myanmar di SPT


BUKIT MERTAJAM 17 Jan. - Polis menahan 19 individu termasuk dua lelaki warga Myanmar dalam Operasi Khas Pencegahan Jenayah di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini semalam.
Ketua Polis Daerah SPT ACP Rusli Mohd. Noor berkata, dalam operasi yang bermula pukul 3 petang hingga 7 malam itu, pihaknya menahan mereka yang berusia 20 hingga 45 tahun itu di beberapa lokasi di sekitar daerah berkenaan.
“Dalam operasi khas itu, polis memberi tumpuan kawasan kerap berlaku kecurian motosikal dan kereta dan kami berjaya menahan empat lelaki yang dipercayai anggota geng pecah rumah serta curi kenderaan.
“Empat lelaki berusia 20-an itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan berkenaan sejak beberapa bulan lepas dan usaha mengesan anggota geng tersebut giat dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Operasi itu disertai 125 pegawai dan polis daerah SPT termasuk skuad sukarelawan Polis Diraja Malaysia. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-tahan-19-individu-termasuk-dua-myanmar-di-spt-1.48878#sthash.b2Qi2zlD.dpuf

Jumpa rangka manusia

Junaidi Ladjana 
am@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Lima pekerja sebuah syarikat swasta menemui rangka manusia di kawasan semak di belakang Taman Putera Jaya Telipok, dekat sini, pagi tadi.
Mereka menemui rangka itu pada 10 pagi ketika memotong pokok di kawasan berkenaan untuk pembersihan.
Seorang daripada pekerja berkenaan, Rizalman Kadis, 32, berkata, pada mulanya mereka menyangka rangka yang ditemui adalah rangka haiwan, tetapi ada pakaian pada rangka itu selain tali dipercayai digunakan untuk menggantung diri.
"Kami kemudian memaklumkan penemuan itu kepada polis," katanya ketika ditemui di tempat kejadian
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan rangka manusia itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 January 2015 @ 3:08 PM


rangka manusia yang ditemui bersama tali dipercayai digunakan untuk menggantung diri. FOTO Mohd Adam Arinin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24369#sthash.gX8ZoB9M.dpuf

QZ8501: Nelayan jumpa mayat remaja perempuan


Pangkalan Bun: Sekumpulan nelayan Pulau Sembilan menemui satu mayat dipercayai remaja perempuan di perairan Marabatuan, Kotabaru, Kalimantan Selatan.

Pengarah Operasi Badan SAR Nasional (Basarnas) Bambang Supriyadi berkata, remaja perempuan anggaran usia 13 tahun ditemui terapung di perairan berkenaan.

“Sehingga kini, tiga mayat mangsa AirAsia Indonesia sudah ditemui di perairan berkenaan dan nelayan setempat komited membantu pencarian,” katanya.

Sebanyak 51 mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui, manakala 48 mayat sudah dibawa ke Surabaya, Jawa Timur, untuk ditentukan identiti sehingga hari ke-20 pencarian.

Operasi pencarian di Selat Karimata masih memberi tumpuan kepada mencari baki 111mangsa nahas yang terdiri daripada penumpang dan kru kabin. - KOMPAS.com

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 7:35 PM

Pelacur asing tumpu bandar kecil


Selain bandar besar, Op Noda Khas turut lakukan serbuan di Banting, Meru

Abdul Samah Mat melepaskan Konvoi Bantuan Pasca Banjir di pekarangan
Abdul Samah Mat melepaskan Konvoi Bantuan Pasca Banjir di pekarangan Surau Khalid Al-Walid di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Shah Alam, semalam. – UTUSAN/Saharuddin Abdullah
SHAH ALAM 16 Jan. - Pelacur warga asing di Sela­ngor kini bukan sahaja menawarkan perkhidmatan ‘keseronokan sementara’ di bandar-bandar besar, malah turut membanjiri bandar-bandar kecil seperti Ban­ting dan Meru.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Samah Mat berkata, Op Noda Khas yang dibuat sejak 18 November lalu bukan sahaja menjejaki pekerja seks di bandar-bandar besar malah turut membuat serbuan di bandar-bandar kecil yang menawarkan perkhidmatan itu.
Katanya, kawasan bandar-bandar besar yang menjadi tum­puan seperti Petaling Jaya, Klang, Puchong, Serdang dan Ampang yang dikenal pasti berpontensi menjadi sarang pelacuran dan maksiat telah diserbu manakala di bandar kecil seperti Banting dan Meru juga tidak terlepas pandang.
“Tangkapan dan serbuan yang dibuat turut meliputi seluruh Selangor dan pihak polis membuat tangkapan di bandar-bandar kecil serta tidak ada satu tempat terma­suk di kampung-kampung pun yang akan terlepas.
“Kita telah memberi amaran tegas kepada Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai serta pasukan di Ibu Pejabat Daerah dan Kontinjen untuk meneruskan pemantauan dan pemeriksaan setiap hari sehingga saya berpuas hati dan Se­langor bebas daripada aktiviti pelacuran,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Perlepasan Konvoi Bantuan Pasca Banjir di pekarangan Surau Khalid Al-Walid di Ibu Pejabat Kontinjen, di sini hari ini.
Kelmarin, Abdul Samah berkata, sebanyak 2,067 pelbagai premis telah diperiksa dalam Operasi Khas membasmi aktiviti maksiat dan pelacuran di negeri ini termasuk rumat urut, spa, salun, hotel dan pusat karaoke.
Menurutnya, tindakan tegas akan diambil sekiranya 2,067 pre­mis yang dikenalpasti berpotensi terlibat itu terlibat dalam aktiviti pelacuran.
“Bagi yang mempunyai lesen, kalau kita dapati mereka melanggar syarat, kita akan ambil tindakan susulan dan buat cadangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membatalkan lesen mereka,” katanya.
Sementara itu, beliau memberi­tahu, Petaling Jaya mencatatkan pemeriksaan paling tinggi dengan sebanyak 579 premis dipantau diikuti Serdang ( 251), Klang Selatan (212), Kajang (185) dan Ampang ( 152).
Mengenai misi bantuan itu, seramai 50 orang anggota terlibat de­ngan diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar.
Antara tempat yang akan dijelajahi termasuklah daerah Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Kota Bharu dengan 1,000 anggota dan ahli keluarga yang terjejas akibat banjir teruk baru-baru ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pelacur-asing-tumpu-bandar-kecil-1.48809#sthash.CbR3uQ9f.dpuf

Gila bayang Awang Hitam

Oleh Mohd Hasbi Sidek 
hmetroshahalam@hmetro.com.my


Shah Alam: Seorang wanita tempatan berusia 40-an bermati-matian mempertikaikan tindakan Jabatan Imigresen Selangor menahan seorang lelaki warga Afrika kerana menganggap teman lelakinya itu ‘bersih’ dan tidak melakukan sebarang kesalahan.
Difahamkan, tindakan itu dilakukan demi menyelamatkan warga Afrika berusia 20-an itu kerana mereka dikatakan bakal berkahwin dalam tempoh dua bulan lagi dan terpaksa mempertahankan teman lelakinya kerana bimbang ditahan.
Tindakan sedemikian antara penyebab operasi mengekang kebanjiran warga asing di negeri ini ada kalanya berdepan kesukaran apabila masyarakat setempat dikesan bersekongkol dengan golongan itu bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
Dalam operasi yang dilakukan di lima lokasi berbeza di sekitar negeri ini selama enam jam itu, warga Afrika yang ditahan enggan memberi kerjasama malah cuba melarikan diri selain mengasari anggota penguat kuasa Imigresen.
Anggota dan pegawai imigresen terpaksa mengejar ‘awang hitam’ itu yang enggan memberi kerjasama selain terpaksa bergelut kerana faktor fizikal lebih sasa menyebabkan mereka tidak gentar.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 January 2015 @ 6:16 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24365#sthash.MD1GxRNY.dpuf

Helah si penjual keropok

Oleh Nur Saliawati Salberi

hmetroshahalam@hmetro.com.my
Shah Alam: Seorang lelaki yang menjual keropok sanggup menyamar sebagai pemandu teksi bagi mengaburi pegawai Jabatan Imigresen Selangor ketika serbuan Ops Kutip, kelmarin gara-gara bimbang ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan ke negara ini dengan bekerja.
Lelaki berusia 50-an itu yang berasal dari Pattani, Thailand, dipercayai terbabit dengan kumpulan penjual keropok di sekitar daerah ini sejak beberapa bulan lalu.
Menyedari kehadiran pihak berkuasa di kawasan itu, dengan pantas dia pergi ke kawasan belakang restoran dan menyorokkan plastik berisi bungkusan keropok di belakang restoran di Seksyen 7, di sini.
Lelaki terbabit dilihat berjalan ke sebuah hentian teksi dan berdiri berhampiran teksi serta berlagak sebagai pemandu yang kononnya sedang menunggu penumpang.
Bagaimanapun, tindakan lelaki itu sudah diperhatikan sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Selangor yang mendapati dia meraih simpati dengan berjalan terhincut-hincut mendekati orang ramai dan menawarkan keropok.
Menurut lelaki itu, dia dihantar ke lokasi jualan oleh seorang lelaki menaiki pacuan empat roda jam 10 pagi dan akan diambil semula pada jam 10 malam untuk dihantar balik ke rumah sewa yang didiami bersama rakan yang lain.
“Saya dihantar ke sini oleh tauke untuk menjual keropok dan hanya diambil pada sebelah malam. Setiap hari saya perlu menjual keropok dengan harga RM10 sebungkus kepada orang ramai sekitar kawasan ini dan diberi sedikit upah,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 January 2015 @ 5:24 AM


LELAKI yang ditahan memasukkan keropok yang dijual ke dalam kenderaan imigresen.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24350#sthash.y0XzOzoE.dpuf

10 hari terendam

Oleh Mohd Rafi Mamat 
am@hmetro.com.my



Temerloh: “Mimpi kejadian bah besar dua bulan lalu yang dianggap permainan tidur tidak disangka jadi kenyataan begitu dahsyat dan tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.
“Hati saya luluh melihat semua barangan kesayangan musnah dalam sekelip mata, banjir yang berlaku meragut kebahagiaan dinikmati sebelum ini,” kata mangsa banjir, Mohd Shafei Wahid, 44.
Dia yang tinggal di Kampung Buntut Pulau, di sini, berkata usaha mengumpul keperluan rumah yang dilakukan selama ini tidak bermakna apabila semuanya musnah.
Katanya, barangan seperti perabot, peti sejuk, televisyen, radio dan pakaian musnah selepas terendam dalam air selama 10 hari.
“Turut rosak van yang tidak sempat dialih,” katanya.
Mohd Shafie yang mengusahakan kedai makan di bandar ini berkata, banjir yang bermula pada 27 Disember tahun lalu menyebabkan air deras membawa bersama lumpur surut selepas 10 hari.
“Saya tidak sangka mimpi bah dan kehadiran dua ular menjadi petanda banjir berlaku di daerah ini yang menyebabkan kerugian besar ditanggung penduduk setempat.
“Saya kerugian RM80,000 apabila pelbagai barangan di rumah dan kedai makan terletak di tepi Sungai Pahang ditenggelami banjir selama 10 hari,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 January 2015 @ 5:22 AM


MOHD Shafei memilih pakaian yang masih boleh digunakan selepas rumahnya ditengelami banjir.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24329#sthash.G9pVa12Y.dpuf