Search This Blog

Friday, January 16, 2015

Suami seksa isteri hingga mati di hadapan anak


 16 Januari 2015
Suami Siksa Istri hingga Tewas di Hadapan Anak
SHEFFIEILD - Pembunuhan sadis terjadi di Sheffield, England. Seorang lelaki,  Tahi Harroba Manaa menyeksa dan membunuh isterinya, Sara Al Shourefi, secara sadis.

Ironisnya, aksi sadis itu dilakukan di hadapan anak-anaknya selama 105 minit. Bahkan, Manna sempat menggunakan bor elektrik untuk menyiksa Sara.

 Pendakwa, Nicholas Campbell QC, menceritakan, setelah kejadian, Manaa meminta anak saudaranya, Jabber, datang ke rumahnya. Ketika itu Manna mengaku telah membunuh isterinya dan menyimpan jasadnya di atas.

“Sara sudah dipukul bahagian kepala secara terus-menerus menggunakan berbagai senjata,” demikian pernyataan pendakwa seperti diberitakan Mirror, Jumaat (16/1/2015).

Kepada Mahkamah Sheffield menambahkan, Manaa mengakui perbuatannya telah melakukan pembunuhan itu.
Hasil visum memperlihatkan Sara meninggal kerana kehilangan banyak darah dan cedera otak.

Manna dan Sara dikurniakan empat anak masing-masing berusia delapan, enam, empat, dan dua tahun.
sumber: Okezone.com

Satu Keluarga Bunuh Diri Kerana Miskin


 16 Januari 2015
 Miskin, Satu Keluarga di Bosnia Bunuh Diri
Miskin, Satu Keluarga di Bosnia Bunuh Diri
JASENICA – Polis  Bosnia menemui satu keluarga mati  bunuh diri di rumahnya. Ironisnya, mereka meninggal tergantung menggunakan tali yang sama.
Cerita menyedihkan ini terjadi di Desa Jasenica yang terletak di Bosnia Barat. Wanita bernama Dusanka Lukac bersama anaknya Brane Lukac hidup dengan penuh kemiskinan.

Menurut para tetangga, Dusanka dan Brane memang mengalami kesulitan ekonomi. Namun, situasi yang sama juga dialami sejumlah warga di Desa Jasenica. Oleh kerana itu, mereka kesulitan membantu ibu dan anak tersebut.

Mereka terkejut ketika menemui Dusanka dan Brane mati tergantung menggunakan tali yang sama. Apalagi, cuaca di Bosnia dan sekitarnya terkenal sangat dingin.

"Mereka tidak memiliki wang lagi untuk membeli bahan bakar pemanasan, dan saya tahu mereka berjuang mendapat wang untuk makan, meskipun beberapa orang di sekitar sini membantu mereka,” kata Mirjana Ivanec, tetangga korban, seperti dilaporkan Mirror, Jumaat (16/1/2015).

“Mereka memang mendapat bantuan makanan, tapi sepertinya merasa tidak boleh seperti ini terus,” sambung wanita  46 tahun itu.
Mirjana menambahkan, Dusanka menderita penyakit yang tidak boleh disembuhkan dan anaknya sudah berusaha keras untuk menyelamatkannya.

Para tetangga mulai curiga ketika tidak melihat Dusanka dan anaknya selama beberapa hari. Mereka memutuskan untuk membuka pintu secara paksa   bahagian depan rumah korban. Para tetangga akhirnya menemui jenazah keluarga Lukac tergantung. Mereka pun memutuskan untuk memanggil polis .
Sumber: Merdeka.com

Kesan kokpit pesawat

Pangkalan Bun : Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) sudah mengesan bahagian kokpit pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terbenam di dasar laut kira-kira 500 meter dari lokasi badan utama pesawat ditemui, pagi tadi.
Pengarah operasinya SB Supriyadi berkata, serpihan dipercayai kokpit itu dikesan melalui imbasan sonar dari kapal GeoSurvey.
Pihaknya mengesan objek berkenaan sejak dua hari lalu tetapi sukar dipastikan kerana penyelam belum boleh diturunkan kerana cuaca buruk.
Namun operasi penyelaman untuk mengesan bangkai utama pesawat dan bahagian kokpit itu akan dijalankan sebaik cuaca baik. - Detik.com
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 11:49 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24181#sthash.i1LlPtZc.dpuf

QZ8501: Nelayan jumpa mayat remaja perempuan


Pangkalan Bun: Sekumpulan nelayan Pulau Sembilan menemui satu mayat dipercayai remaja perempuan di perairan Marabatuan, Kotabaru, Kalimantan Selatan.
Pengarah Operasi Badan SAR Nasional (Basarnas) Bambang Supriyadi berkata, remaja perempuan anggaran usia 13 tahun ditemui terapung di perairan berkenaan.
“Sehingga kini, tiga mayat mangsa AirAsia Indonesia sudah ditemui di perairan berkenaan dan nelayan setempat komited membantu pencarian,” katanya.
Sebanyak 51 mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui, manakala 48 mayat sudah dibawa ke Surabaya, Jawa Timur, untuk ditentukan identiti sehingga hari ke-20 pencarian.
Operasi pencarian di Selat Karimata masih memberi tumpuan kepada mencari baki 111mangsa nahas yang terdiri daripada penumpang dan kru kabin. - KOMPAS.com
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 7:35 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24221#sthash.oOHELC9o.dpuf

Penuntut universiti warga Palestin lemas


Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
Johor Bahru: Seorang penuntut universiti yang juga warganegara Palestin lemas ketika mandi di Batu Layar, Bandar Penawar, Kota Tinggi dekat sini, petang tadi.
Mangsa, Abdul Rahman Al Najar, 28, dipercayai lemas kira-kira 4.30 petang akibat keadaan laut dengan ombak bergelora dan angin yang kuat.
Difahamkan, mangsa yang mengikuti pengajian doktor falsafah itu sedang bercuti di pusat peranginan di situ dan ketika kejadian terdapat 20 lagi orang ramai di lokasi, bagaimanapun dilaporkan selamat.
Menurut jurucakap bomba, pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar dengan empat anggota itu bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.32 petang.
Menurutnya, operasi menyelamatkan mangsa turut dibantu anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang tiba di lokasi pada 5.36 petang.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 6:44 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24217#sthash.XufDJPEQ.dpuf

49 warga Afrika dicekup

Oleh Mohd Hasbi Sidek
Shah Alam: Empat puluh sembilan warga Afrika ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Selangor, malam tadi.
Dalam Ops Selera dan Ops Kutip itu, warga Afrika masing-masing 31 lelaki dan 18 wanita berusia 20-an hingga 30-an itu ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen antaranya tinggal lebih masa di negara ini.
Ketua Operasinya, Timbalan Penolong Pengarah Penguatkuasa Imigresen Mohd Sayuti Ayub berkata, operasi malam tadi memfokuskan warga Afrika di beberapa lokasi panas yang dikenal pasti menjadi tumpuan mereka.
"Antara lokasi yang menjadi tumpuan warga Afrika ini adalah Taman Kosas, Ampang; Taman Kinrara, Puchong; kelab malam sekitar Sunway Piramid dan Batu 14, Puchong.
"Semua yang ditahan di bawa ke lokap Jabatan Imigresen Selangor untuk proses dokumentasi sebelum di hantar ke depoh tahanan sementara," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 4:55 PM


ANTARA warga Afrika yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor malam tadi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24216#sthash.IjoH1edX.dpuf

Makmal dadah terbakar

Oleh Yusmawati Mhd Yusof 
yusmawati_yusof@hmetro.com.my


Melaka: Satu unit kondominium yang dipercayai menjadi makmal memproses dadah jenis syabu dan estacy musnah dalam kebakaran di Batang Tiga, di sini, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakar berkata, dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, unit di tingkat 21 berkenaan dipercayai menjadi makmal memproses dadah selepas anggota bomba yang memadamkan kebakaran terhidu bau bahan kimia.
"Hasil siasatan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kimia negeri menemui pelbagai bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan syabu dan estacy.
"Kita turut menemui mesin menghasilkan dadah berkenaan. Dipercayai ia mampu menghasilkan 10 kilogram syabu sekali proses yang dianggarkan bernilai RM2 juta," katanya pada sidang medianya, di sini.
Katanya, turut ditemui satu beg plastik hitam estacy serta beberapa gram syabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 3:44 PM


FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24206#sthash.dS9yZNkJ.dpuf

103 premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup


GEORGE TOWN: Sebanyak 103 premis makanan di negeri ini diarah tutup kerana kerana kotor dalam 19 operasi kebersihan yang dijalankan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang tahun lepas.
Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) negeri Ku Nafishah Ku Ariffin berkata sejumlah RM94,000 kompaun turut dikenakan daripada keseluruhan 619 premis yang diperiksa.
“Sebanyak 126 notis dikeluarkan dengan 26 daripada premis terbabit diarah tutup kerana kehadiran tikus,” katanya dalam taklimat khas bersama media di sini hari ini.
Premis itu diarah tutup dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan pemiliknya diarah membersihkan premis sebelum diperiksa sekali lagi dan dibenarkan berniaga semula.
Beliau berkata bagaimanapun bagi mengelak operasi perniagaan tergendala lebih lama, pengusaha boleh meminta pegawai penguatkuasa memeriksa semula premis mereka lebih awal dan tidak menunggu sehingga tempoh 14 hari. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 3:33 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24202#sthash.gRPHreVu.dpuf

13 didakwa sertai pesta dadah, seks

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Klang: Tiga belas individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang atas tiga tuduhan memiliki dadah dan satu tuduhan memiliki air ketum, sebentar tadi selepas ditahan dalam serbuan ketika menyertai pesta dadah dan seks di sebuah hotel di Klang, Ahad lalu.
Bagaimanapun tertuduh yang terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita berusia 20 hingga 31 tahun itu mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa memiliki dadah jenis ketamin seberat 0.68 gram (g), pil eramin 5 seberat 0.75g, pil ekstasi seberat 5.01g dan satu botol mineral lima liter yang berisi air ketum.
Mereka dituduh secara bersama melakukan kesalahan itu di bilik nombor 201, Hotel Histana, Jalan Batu Tiga Lama, Klang pada 11 Januari lalu, 3 pagi.
Bagi kesalahan memiliki dadah, semua tertuduh dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala bagi kesalahan memiliki air ketum mereka didakwa mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Majistret Mariam Maran Abdullah membenarkan semua tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi kesalahan dadah dan RM2,000 bagi kesalahan memiliki air ketum dengan dijamin seorang ahli keluarga.
Mahkamah menetapkan 25 Februari depan sebagai sebutan semula kes.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 3:47 PM


TIGA belas orang diperintahkan ke Mahkamah Majirstret Klang atas pertuduhan membuat parti sex. FOTO Shazreen Zamzuri
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24207#sthash.K6v5cqQ8.dpuf

Kejamnya manusia...

Oleh Salman Hamat 
salman@hmetro.com.my


Butterworth: Polis selamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun disyaki menjadi mangsa kurung dan dera bapa hasil serbuan di sebuah flat di Butterworth, 7.15 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, serbuan itu adalah susulan laporan diterima daripada guru kerana kanak-kanak itu tidak hadir ke sekolah selepas mendaftarkan diri Isnin lalu.
"Kami sebenarnya menyerbu dua kediaman, di premis pertama pegawai penyiasat menahan bapa mangsa, lelaki itu enggan memberikan kerjasama namun dia kemudian akur dan menunjukkan tempat anaknya dikurung.
"Premis yang berhadapan dengan kediaman bapanya itu tidak dilengkapi kemudahan api dan air dan mangsa ditinggalkan di situ seorang diri," katanya.
Abdul Rahman berkata, ketika ditemui, kanak-kanak itu berada dalam keadaan menggeletar dan kelaparan dipercayai akibat tidak diberi makan.
"Ketika melihat pegawai penyiasat masuk mangsa terus berdiri dan meminta makanan dan didukung sebelum diberikan air soya," katanya.
Bapa mangsa ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 7:34 PM


KANAK-kanak yang dikurung dan disyaki didera bapa sendiri. (Kiri) Gambar mangsa sebelum kejadian. FOTO NSTP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24220#sthash.FNJlVaof.dpuf

Dua rakan dituduh bunuh

Oleh Yusmawati Mhd Yusof 
yusmawati_yusof@hmetro.com.my


Jasin: Seorang penuntut perempuan institusi pengajian tinggi bersama rakan lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki berusia 27 tahun antara 31 Disember 2014 hingga 1 Januari lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Nur Fatihah Saqira Mohd Tahir dari Segamat, Johor, dan Firdaus Abd Karim dari Kandang, Melaka, masing-masing berusia 19 tahun yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar.
Mengikut pertuduhan mereka didakwa bersama-sama mencapai niat membunuh Muhammad Azzad Suhani Hilalluddin, 27, di antara Jalan BMU 2 hingga ke kolam loji kumbahan Bandar Baru Merlimau Utara, Merlimau di sini di antara 11.30 malam, 31 Disember 2014 hingga 1 pagi, 1 Januari 2015.
Justeru mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 16 Februari ini bagi laporan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 2:08 PM


TERTUDUH yang dihadapkan ke mahkamah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24195#sthash.i5iCespp.dpuf

APMM Gagalkan Penyeludupan Arak RM4.4 Juta Di Perairan Pengerang


Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 5:10 PM

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan penyeludupan 7,840 karton arak dianggarkan bernilai RM4.4 juta menggunakan sebuah kapal tangki, pada 2.5 batu nautika utara Tanjung Pengelih, Pengerang, Khamis.
Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata kapal tangki MT Aprili yang berdaftar di Mongolia itu dikesan anggota APMM yang sedang melakukan rondaan di perairan Pengerang, pada 1 pagi.
"Selepas membuat pemerhatian selama setengah jam, anggota APMM bertindak mengejar dan berjaya menahan kapal terbabit.
"Pemeriksaan kemudian menemui sebanyak 7,840 karton pelbagai arak termasuk Royal Stag Whisky, Old Monk Rum, McDowells Green Label Whisky, Honey Bee Brandy, Duchess Vsop Brandy, Jack Daniels Black yang dianggarkan bernilai RM4.4 juta," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.
Mustafa Kamal berkata, kapal tersebut didapati dalam perjalanan dari Singapura ke Dumai, Indonesia dengan dokumen perjalanannya didaftarkan sebagai membawa minyak atau air bersih.
Beliau berkata, dokumen bersama enam anak kapal itu yang kesemuanya warganegara Indonesia berusia antara 23 hingga 54 tahun kini dibawa ke Pejabat Maritim Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut.
"Ini merupakan kes tangkapan pertama melibatkan arak tahun ini dan APMM akan terus mempertingkatkan rondaan di perairan negeri ini bagi menghalang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa," katanya.

Anggota 'Geng Mamak' Didakwa Simpan Kereta Curi, Merompak


Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 5:18 PM
Mohamad Yusof dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, Ipoh atas tujuh pertuduhan termasuk menyimpan kereta curi dan memiliki senjata berbahaya serta peralatan pecah rumah.

IPOH: Seorang anggota 'Geng Mamak' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini atas tujuh pertuduhan termasuk menyimpan kereta curi dan memiliki senjata berbahaya serta peralatan pecah rumah.
Mohamad Yusof Abu Bakar, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.
Di Mahkamah Sesyen, dia didakwa memiliki sebilah parang panjang berhulu merah di hadapan rumah No 43, Persiaran Tembok 10, Taman Sri Desa di sini pada 6.20 petang, 6 Disember tahun lepas.
Mohamad Yusof didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Rihaida Rafie menetapkan 30 Januari untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafar tidak menawarkan sebarang jaminan dan memaklumkan mahkamah bahawa kes tertuduh diklasifikasi sebagai boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.
Di Mahkamah Majistret, Mohamad Yusof berdepan pertuduhan menyimpan harta curi iaitu sebuah kereta Honda Civic yang dianggarkan bernilai RM80,000 milik Mardiyana Ahmad Halili, 34.
Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.
Majistret Nurul Asyifa Redzuan menetapkan 25 Februari untuk menyebut semula kes itu.
Di Mahkamah Majistret berasingan, Mohamad Yusof berdepan dua pertuduhan menyimpan kereta curi; dan dua pertuduhan iaitu memiliki peralatan pecah rumah seperti kuku kambing serta pemotong besar mengikut Seksyen 28(i)(ii) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan aset polis seperti gari dan vest mengikut Seksyen 89(a) Akta Polis 1967.
Dia juga didakwa memiliki dua set walkie-talkie jenama Motorola tanpa alasan munasabah mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mohamad Yusof didakwa melakukan kesemua kesalahan di tempat, pada masa dan tarikh sama.
Majistret Haslinda A. Raof menetapkan 25 Februari sebagai sebutan semula kes.
Sementara itu di TAIPING, seorang lagi anggota 'Geng Mamak' iaitu Mohamad Hanifa Abu Bakar, 32, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap Roslan Abd Ghani, 47.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Hanifa yang diwakili peguam P.Ravee, merompak wang tunai RM400 dan sebuah kereta BMW 5 series milik mangsa bersama empat lagi yang masih bebas dan didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran hentian rehat dan rawat Taiping Utara pada 10.50 malam, 18 September 2013.
Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa tidak menawarkan sebarang jaminan dan Hakim Mohd Sabri Ismail menetapkan 18 Februari sebagai sebutan semula kes.

Kemalangan Bas Persiaran: Polis Kesan Pemilik Lori


Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 9:54 PM
Sebiji tayar yang dikaitkan dengan kejadian kemalangan di kilometer 326.3 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran susur masuk ke Tol Tapah awal pagi Khamis. Dalam kemalangan itu lapan maut apabila sebuah bas pesiaran terbabas ke dalam parit di bahagian kiri jalan apabila pemandu bas cuba mengelak tayar di tengah jalan. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis trafik kini sedang mengesan tayar lori milik siapa yang menjadi punca berlakunya kemalangan maut melibatkan sebuah bas persiaran berhampiran Tapah pada awal pagi Khamis. 

Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Mahamad Akhir Darus berkata anggotanya yang berada di Tapah kini sedang menyiasat daripada mana datangya tayar berkenaan. 
"Pegawai penyiasat kami di Tapah sedang menyiasat namun berdasarkan daripada saiz tayar berkenaan dipercayai milik sebuah lori.

"Jika kita dapat membuktikan daripada mana datangya tayar berkenaan, pemiliknya akan dikenakan denda sebanyak RM300 atas kesalahan di bawah Perkara 19, Peraturan Lalu Lintas 1959 kerana membawa muatan berlebihan hingga jatuh daripada kenderaan," katanya kepada pemberita di Bukit Aman pada Jumaat.

Mengulas mengenai kemalangan bas persiaran tersebut, Mahamad berkata pemandu bas tersebut mempunyai tiga saman tertunggak dan satu waran tangkap yang dikeluarkan atas salah satu kesalahan yang dilakukannya.

"Berdasarkan rekod kami, saman yang tertunggak yang dihadapinya adalah atas kesalahan menghalang laluan trafik dengan motosikal, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta memandu melebihi had laju

"Waran tangkap yang dikeluarkan atas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu," katanya.

Pada Khamis, sebuah bas persiaran terlibat dengan kemalangan maut di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hingga mengorbankan lapan nyawa.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas persiaran itu yang membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau dan Parit Buntar, Perak ke Genting Highlands, cuba mengelak sebuah tayar lori di tengah jalan sebelum terbabas ke dalam parit lalu terbakar di Kilometer 326.3 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Plaza Tol Tapah kira-kira 1.15 pagi.

Kapal karam di China, 20 penumpang masih hilang


Sebahagian dari kapal karam di Sungai Yangtze, Jiangsu China.
Sebahagian dari kapal karam di Sungai Yangtze, Jiangsu China.
SHANGHAI - CHINA. Lebih 20 penumpang termasuk beberapa warga asing masih hilang  selepas kapal yang dinaiki mereka karam di Sungai Yangtze, Jiangsu China hari ini.

Kapal yang memulakan pelayaran percubaan semalam membawa 24 hingga 25 penumpang termasuk juruteknik dan pemilik kapal yang masih belum dikenalpasti identitinya.

Seramai tujuh atau lapan warga asing yang terdiri daripada warga Singapura, India, Japan dan Peracis dipercayai terlibat dalam insiden ini.

Menurut laporan Xinhua, tiga mangsa berjaya diselamatkan dan anggota penyelamat percaya kemungkinan mangsa lain masih terperangkap di dalam kabin.

Salah seorang mangsa yang terselamat, Wang Chenkai memberitahu, beliau dan seorang jurutera warga Jepun sedang menjalankan ujian ke atas enjin, namun kapal terbabit mula tenggelam secara tiba-tiba.

"Air masuk ke dalam kapal terlalu cepat", katanya.

Anggota penyelamat sedang mencuba untuk mengapungkan kapal tersebut dan operasi penyelamat masih diteruskan walaupun mengalami kesukaran kerana air sejuk.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan berkata kapal terbabit tidak mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.

Anak gadis dilarikan majikan


Normah (kanan) bersama Muhammad Shahpiie menunjukkan wajah anaknya yang kini sedang berada di negara Pakistan. Gambar kecil: Nur Quranie.
Normah (kanan) bersama Muhammad Shahpiie menunjukkan wajah anaknya yang kini sedang berada di negara Pakistan. Gambar kecil: Nur Quranie.
AYER KEROH - Seorang ibu bimbang keselamatan anak gadisnya yang menghilangkan diri, dipercayai dibawa lari  oleh majikannya ke luar negara sejak lima bulan lalu.

Wanita terbabit, Normah Omar, 54, dari Kampung Berangan Enam, Umbai, percaya anak gadisnya, Nur Quranie Muhammad Shahpiie, 20, kini berada di Pakistan selepas berjaya berhubung dengan anaknya itu yang kemudian merayu supaya keluarganya membawanya pulang semula ke negara ini.

Menurut Normah, anaknya itu turut memberitahu bahawa dia ditipu majikannya, kononnya pergi ke negara berkenaan atas urusan jual beli tanah.

Menceritakan kisah lanjut, katanya, Nur Quranie mula mengenali majikan terbabit, seorang wanita berusia 38 tahun, awal tahun lalu.

"Ketika itu wanita itu mengusahakan sebuah kedai pakaian di Jalan Bunga Raya bersama suaminya, seorang warga Pakistan," katanya.

Menurutnya, anaknya yang turut bekerja di situ, pada masa sama menjalinkan hubungan rapat dengan anak saudara kepada suami wanita terbabit, iaitu seorang lelaki berusia 24 tahun berketurunan Pakistan dan berasal dari Sabah.

“Pada 11 Oktober lalu, majikan anak saya itu ada menghantar SMS (sistem pesanan ringkas) kepada saya mengatakan dia dan anak saya kini ada di Pakistan. Lebih mengejutkan, dia beritahu, dia sudah nikahkan anak saya dengan pemuda berkenaan di Thailand.

"Malah, dia kata dia kini sudah tidak mengambil tahu tentang hal anak saya lagi," katanya.

Normah berkata, pada 6 Januari lalu, dia dapat menghubungi anaknya menerusi SMS menggunakan telefon bimbit seseorang.

“Di dalam perbualan kami itu, dia menjelaskan yang dia sudah ditipu dan kini berada di sebuah tempat bernama Buner, Pakistan. Dia merayu supaya keluarga membantunya keluar dari negara itu,” katanya ketika membuat sidang media di pejabat Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka di sini, semalam.

Normah yang ditemani suaminya, Muhammad Shahpiie Md Idris, 55, amat berharap anaknya dapat segera dibawa pulang ke Malaysia.

Menurutnya, sejak anaknya berada di Pakistan, baru dua kali keluarganya dapat menghubunginya.

“Saya rasa sudah tidak ada air mata untuk menangis lagi bila mengenang nasib anak saya di sana. Di hati ini sentiasa fikirkan keselamatan dia. Entahkan hidup, entahkan mati," katanya yang sudah membuat beberapa laporan polis.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN Negeri Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya akan menulis surat kepada Pejabat Kedutaan Malaysia di Pakistan bagi mendapatkan kerjasama untuk mengesan lokasi gadis berkenaan, seterusnya mengusahakan supaya dibawa pulang ke negara ini semula.

Remaja cedera di serang jerung


Remaja Cedera diserang jerung di Pantai Mollymook, New South Wales, hari ini.
Remaja Cedera diserang jerung di Pantai Mollymook, New South Wales, hari ini.
NEW SOUTH WALES – AUSTRALIA. Seorang remaja dilaporkan diserang seekor jerung ketika menangkap ikan di pantai Mollymook di selatan New South Wales, hari ini.

Sam Smith, 17, dikatakan diserang oleh pemangsa sepanjang 1.5 meter itu ketika dihampiri oleh ikan tersebut.

Menurut rakannya, Luke Sisinni, Smith dikatakan cuba merakam kehadiran ikan tersebut sebaik ternampak kelibat ikan itu.

Namun situasi tenang bertukar cemas apabila pemangsa itu mula menghampiri mangsa dan menyerang mangsa.

“Dia cuba menakutkan ikan itu. Dia menikamnya dengan lembing yang digunakan untuk menangkap ikan.

“Tapi ikan itu terus menyerang dan menggigitnya. Dia naik ke darat (pantai) dan mula menjerit mengatakan dia diserang oleh seekor jerung,” katanya.

Memetik laporan dari portal berita 9News.com, remaja tersebut dibawa ke Hospital Milton Ulladulla untuk menerima rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Hospital St George di Sydney.

Mangsa dirawat di bahagian tangan kanan serta jari dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Mayat wanita lemas di Paitan ditemui



Keadaan mayat mangsa yang ditemui terapung berdekatan tebing sungai Kampung Sulit hari ini. - Foto emel
PAITAN: Mayat seorang wanita yang dilaporkan lemas di sungai Kampung Sulit di sini dua hari lepas ditemui hari ini.
Mayat Rusnah Sarakan, 47, yang dilaporkan hilang ditemui terapung tengah hari tadi kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Sivanathan Velautham mengesahkan penemuan mayat itu.
Mangsa dilaporkan hilang oleh suaminya ketika dia seorang diri pergi ke sungai yang terletak 500 meter di belakang rumah mereka untuk mengambil air.
Dia dipercayai terjatuh ke dalam sungai dari perahunya. - BERNAMA

Laluan di KM28.8 Jalan Penampang-Tambunan ditimbus batu



Gambar fail menunjukkan laluan di Kilometer 32, Jalan Penampang - Tambunan yang ditimbus tanah berikutan hujan lebat pada awal Januari lalu. - Mohd Adam Arinin
KOTA KINABALU: Laluan di Kilometer 28.8, Jalan Penampang-Tambunan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan akibat ditimbus batu yang dihanyutkan air hujan dari kawasan bukit sejak jam 3 petang tadi.
Ketua Penolong Pengarah Pemeliharaan Jalan Raya Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Wilis Ansoi berkata syarikat konsesi sudah diarah menjalankan kerja pembersihan dan ia dijangka siap jam 6.30 petang ini.
Kejadian itu, katanya disebabkan hujan lebat di kawasan berkenaan yang berlarutan sejak tengah hari tadi.

Mangsa banjir di Perak menurun, Kelantan dan Pahang kekal



Sukarelawan dari Terengganu membersih sisa lumpur dan barangan Sekolah Menengah Dabong, Kota Bharu yang di landa banjir baru-baru ini. - Foto Rosli Ilham
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Perak menurun kepada 1,173 orang tengah hari ini berbanding 1,219 orang pagi tadi.
Sementara di Kelantan dan Pahang masing-masing kekal dengan 545 orang dan 337 orang seperti yang direkodkan pagi tadi, menjadikan jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di negeri terjejas menurun kepada 2,055 orang tengah hari ini berbanding 2,101 pagi tadi.
Di PERAK jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata, sehingga kini lapan pusat pemindahan masih dibuka di tiga daerah iaitu Perak Tengah dengan 973 orang, Hilir Perak (166) dan Hulu Perak (34).
Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri memaklumkan kesemua 337 mangsa banjir di Temerloh masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu Kapor dan Sekolah Kebangsaan Desa Bakti.
Di KELANTAN, jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan berkata 515 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan di Kuala Krai manakala Machang menempatkan 30 orang. - BERNAMA

Banjir di Sabah pulih, jumlah mangsa di tiga lagi negeri berkurangan



Sukarelawan membersihkan barangan yang dipalit lumpur kesan daripada banjir yang melanda di SMK Tanjung Mas, Kota Bharu, semalam. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Sabah kini pulih manakala jumlah mangsa di Perak, Kelantan dan Pahang yang masih berada di pusat pemindahan semakin berkurangan pagi ini berbanding malam tadi.
Di SABAH, Pegawai Daerah Pitas, Buduban Oti Majalau berkata kesemua 38 mangsa banjir daripada 10 keluarga di pusat pemindahan Dewan Kusilad di Pitas, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir mencatat penurunan kepada 1,219 mangsa daripada 335 keluarga berbanding 1,366 orang daripada 380 keluarga malam tadi.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata jumlah mangsa di Perak Tengah ialah 1,012 orang, Hilir Perak (173) dan Hulu Perak (34).
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurangan kepada 545 orang di 13 pusat pemindahan berbanding 908 orang malam tadi.
Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan berkata ia merangkumi 515 mangsa daripada 111 keluarga di 12 pusat pemindahan di Kuala Krai manakala di Machang, jumlah mangsa kekal 30 orang daripada lapan keluarga di sebuah pusat pemindahan.
Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri memaklumkan jumlah mangsa di Temerloh berkurangan sedikit kepada 337 orang berbanding 369 orang malam tadi.
- BERNAMA

QZ8501: Basarnas temui bahagian kokpit pesawat



GAMBAR diambil pada 10 Januari menunjukkan pasukan Tentera Laut Indonesia menunggu penyelam pasukan utama di lokasi (boya merah), di mana bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui di Laut Jawa. - Foto AFP
PANGKALAN BUN: Setelah bahagian ekor, kotak hitam dan badan utama, kini kokpit pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah ditemukan.
Namun penemuan ini masih belum boleh dipastikan kebenarannya oleh Badan SAR Nasional.
"Masih dugaaan. Baru hasil imbasan sisi, hasilnya mungkin dikira-kira itu kokpit," kata Pengarah Operasi Basarnas, SB Supriyadi di sini, hari ini.
Supriyadi berkata, objek yang diduga kokpit pesawat jenis Airbus tersebut berada pada 500 meter dari penemuan badan pesawat.
"Sebagian badannya berada di lumpur. Belum boleh dibuktikan kalau penyelam belum turun. Ini hasil imbasan sisi dari kapal GeoSurvey," kata Supriyadi.
"Sebenarnya penemuan sudah dari dua hari yang lalu tapi belum bisa dibuktikan makanya kelmarin belum diumumkan," katanya.
Saat ini pasukan penyelam sedang berusaha turun ke lokasi penemuan tersebut.
"Jaraknya 500 meter dari (lokasi) badan pesawat, penyelam sedang berusaha turun," katanya. - Detik.com

Ada 'Tangan Tuhan' dalam penemuan kotak hitam QZ8501



FOTO menunjukkan bahagian badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di dasar Laut Jawa yang ditemui Tentera Laut Singapura baru-baru ini. - Foto Reuters
JAKARTA: Kejayaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terutama Kapal KN Jadayat, yang menemukan kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 Isnin lalu untuk data rakaman penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR) sehari selepas itu dianggap bukan operasi yang mudah.
Ini dinyatakan oleh Penyelaras Operasi SAR KN Jadayat, Tonny Budiono, yang menyifatkan misi pencarian penuh getir kerana keadaan cuaca dan laut yang sentiasa tidak menyebelahi pasukan SAR.
"Cuaca dan kuatnya arus laut jadi faktor penghalang utama pencarian kotak yang bila-bila masa boleh berdepan bahaya.
"Ada 'tangan Tuhan' di situ, setiap hari cuaca dan arus laut sangat luar biasa," katanya menceritakan pengalamannya mencari kotak hitam AirAsia QZ8501 di Kementerian Perhubungan Laut, hari ini.
Memetik berita Kompas.com, Budiono berkata, keadaan gelombang laut di kawasan pencarian kotak hitam pesawat amat sukar dijangkakan.
Sehubungan itu, katanya, KN Jadayat hanya mempunyai masa mulai 5.30 pagi sehingga 10.30 pagi untuk melakukan pencarian.
"Ombak masih tinggi. Susah diramal. Makanya, kita kerja hanya antara jam 5.30 hingga 10.30 pagi. Itu maksimum dan lebih daripada itu, arusnya kuat, gelombangnya tinggi," katanya.
Beliau berkata, gelombang biasanya boleh mencapai ketinggian sehingga lima meter dan keadaan itu sangat membahayakan penyelam.
"Namun pasukan selalu memanjatkan doa dan tidak putus berharap agar kotak hitam ditemukan dan diangkat," katanya. - Kompas.com

Pembunuhan Bali: Perbicaraan pasangan Amerika bermula

Pembunuhan Bali: Perbicaraan pasangan Amerika bermula
Mangsa dan kedua-dua suspek berasal dari Chicago. - Gambar AFP
DENPASAR: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat dan teman wanitanya yang berusia belasan tahun berhadapan perbicaraan di Pulau Bali, Indonesia pada Rabu atastuduhan membunuh ibu wanitaitu selepas dijumpai terperosok di dalam beg pakaian di luar sebuah hotel terkemuka di Indonesia pada Ogos, tahun lalu.

Suspek Heather Mack, yang hamil dan teman lelakinya, Tommy Schaefer bakal berdepan hukuman mati jika didapati bersalah atas tuduhan merancang pembunuhan ke atas Sheila von-Wiese Mack, 62 yang dijumpai mati di tempat letak beg di dalam but sebuah teksi di sebuah hotel di pulau peranginan itu.

Pihak pendakwa berkata, Schaefer yang teresak-esak menangis ketika memasuki kamar perbicaraan, “memukul von-Wiese Mack secara membuta tuli” dengan sebuah mangkuk selepas dia melepaskan kata-kata berbau perkauman kepadanya dalam satu pertelingkahan. Schaefer berkulit hitam .

“Tertuduh yang sedang marah dan beremosi, mengangkat sebiji mangkuk buah dan membalingnya ke muka von Wiese Mack,” kata pendakwaraya Eddy Arta Wijaya di Mahkamah Daerah yang terletak di wilayah Denpasar ketika membacakan pendakwaan.

“Wiese cuba menolak pemegang (mangkuk) tersebut ke arah Schaefer dan terkena mulutnya, dan ini telah menyebabkan beliau lebih marah dan beremosi. Dengan menggunakan kedua-dua tangannya, Schaefer memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian mata dan hidungnya menggunakan mangkuk buah tersebut.”

Dia kemudian menolak bahagian muka (Wiese) ke katil, “sehingga mangsa kaku,” tambah Eddy.

Pihak pendakwaan berkata Heather Mack, 19, hanya mampu bersembunyi di dalam bilik mandi ketika pergelutan berlaku sebelum beliau dan teman lelakinya itu menyumbat badan ibunya ke dalam beg pakaian.

Mack dan Schaefer, yang dibicarakan secara berasingan, keberatan untuk memberi sebarang temuramah kepada pihak media selepas perbicaraan. Perbicaraan akan bersambung pada Januari 21.

Mangsa dan kedua-dua suspek berasal dari Chicago.