Search This Blog

Tuesday, January 13, 2015

Taiwan musnahkan 16,000 ternakan


Kakitangan jabatan pertanian memusnahkan angsa di ladang di daerah Chiayi, Taiwam. Foto: AFP
Kakitangan jabatan pertanian memusnahkan angsa di ladang di daerah Chiayi, Taiwam. Foto: AFP
TAIPEI - TAIWAN. Sebanyak 16,000 angsa dan itik disembelih di Taiwan dalam usaha kerajaan untuk membendung penularan wabak selesema burung.

Jumaat lalu, pihak berkuasa mengarahkan pemusnahan ayam di sebuah ladang ternakan di daerah selatan Pingtung selepas sampel didapati positif H5N2, salah satu jenis selesema burung.

Menurut AFP, susulan penemuan itu, pegawai memusnahkan 7,500 itik di sebuah ladang di Pingtung dan 8,500 angsa di lima ladang di Yunlin serta Chiayi selepas dua ladang itu dikesan positif H5N8.

Menurut Ketua Biro Kesihatan Haiwan dan Pemeriksaan dan Kuarantin Tumbuhan, Chang Su-san, virus H5N8 tidak pernah ditemui di Taiwan sebelum ini dan ia dipercayai dibawa oleh burung yang berhijrah ke negara itu.

"Kebanyakan pemilik ladang ternakan angsa dan itik diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mencampurkan spesies ayam dengan burung," katanya.

Virus H5N8 sebelum ini telah melanda Eropah, Korea Selatan, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat.

979 Pati ditahan, operasi di Cameron Highlands


13 Januari 2015


CAMERON HIGHLANDS - Sebanyak 979 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas di sekitar Cameron Highlands dalam tempoh 4 Disember hingga 31 Disember tahun lepas.
 
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata, Pati yang ditahan itu ditempatkan di depot yang ditetapkan untuk siasatan lanjut dan sebahagiannya sudah dihantar pulang ke negara masing-masing.
 
Beliau berkata, operasi tersebut tidak akan dilakukan secara bermusim tetapi ia akan diteruskan dengan mengesan Pati yang cuba menyorok atau lari ke kawasan lain.
 
"Kita tidak akan berhenti melakukan operasi...hari ini, esok dan lusa akan diteruskan secara berkala dan tidak berhenti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Imigresen Cawangan Cameron Highlands di sini, hari ini.
 
Beliau berkata, pihaknya akan terus menjalankan risikan untuk memantau perkembangan mengenai Pati di kawasan tanah tinggi itu yang melibatkan agensi penguat kuasa antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan beberapa agensi penguat kuasa lain.  
 
Dalam pada itu, beliau menyifatkan laporan media sebelum ini mengenai kebanjiran kira-kira 30,000 Pati di sini sebagai tidak munasabah kerana sehingga kini dakwaan itu tidak dapat dibuktikan.
 
"Apabila kita buat operasi tidak dapat membuktikan (dakwaan) sedemikian, jumlah yang dapat ditangkap setakat ini jauh berbanding apa yang dilaporkan media.
 
"Ada yang dakwa Pati sudah lari ke Lojing di Kelantan atau Tapah, tapi bila kita lakukan operasi sebenarnya tak ramai pun Pati di sana. Saya harap media berhati-hati apabila melaporkan sesuatu isu," katanya.
 
Mengenai Pejabat Imigresen Cawangan Cameron Highlands beliau berkata ia dapat memudahkan urusan penduduk dan majikan yang sering merungut untuk mendapatkan perkhidmatan imigresen.
 
"Kita mendapat rungutan daripada penduduk dan majikan di sini, yang mana sukar untuk berurusan kerana mereka terpaksa pergi ke Kuantan atau Ipoh untuk mendapatkan permit pekerja asing atau urusan lain yang sering tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya," katanya. - Bernama

Serbuan Premis Pelacuran Hasil Risikan Seminggu


12 Jan 2015, 03:03pm by Sarah Farhana



Kawasan di sekitar bandaraya Shah Alam yang sebelum ini bebas dari kegiatan berunsur maksiat kini dicemari dengan premis yang menawarkan khidmat pelacuran.

Permintaan tinggi dikatakan punca kegiatan itu mula menular di kawasan itu.

Ops Noda dilakukan oleh bahagian Maksiat D7 IPK Selangor di dua premis haram di Setia Alam awal pagi tadi menemui 13 wanita warga asing yang disyaki dijadikan pelacur.

Serbuan diketuai oleh ASP Mohd Uzir Othman bersama 3 pegawai serta 16 anggota termasuk Unit Cantas Wanita Daerah Shah Alam.

Serbuan pertama menahan 9 wanita warga Vietnam disyaki pelacur bersama 3 pelanggan.

Manakala serbuan kedua, 4 wanita warga Indonesia yang dijadikan tukang urut ditahan ketika sedang menunggu pelanggan.

Polis tidak menolak kemungkinan premis ini turut menawarkan khidmat urut batin.

2 bapa ayam dan ibu ayam turut ditahan.

Sejumlah wang tunai dirampas.

- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Serbuan_Premis_Pelacuran_Hasil_Risikan_Seminggu.html#sthash.aBRtXWv7.dpuf

Dua Pesawat Tentera Udara China Hantar Bantuan Banjir


12 Jan 2015, 03:05pm by Sarah Farhana



Dua pesawat tentera udara China tiba di pangkalan udara TUDM Subang pagi tadi.

Ia membawa barangan bantuan dari republik itu kepada mangsa banjir besar yang berlaku baru-baru ini.

Dua pesawat kargo jenis Ilyushin 76 itu mendarat kira-kira jam 9.45 pagi tadi membawa lebih 50 tan muatan barangan bantuan.

Antaranya janakuasa, pam air dan 1,600 unit khemah untuk dijadikan penginapan sementara mangsa banjir.

Kesemua barangan ditempatkan di pusat pengumpulan bantuan mangsa banjir di pangkalan TUDM.

Turut membantu memunggah barangan, anggota tentera darat serta peserta Latihan Khidmat Negara.

Esok dijadualkan berlangsungnya upacara penyerahan secara rasmi oleh kerajaan China kepada Malaysia.

- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Dua_Pesawat_Tentera_Udara_China_Hantar_Bantuan_Banjir.html#sthash.8Ni8XqXq.dpuf

Adik beradik Kouachi dilatih al-Qaeda


Cherif (kiri) dan abangnya didakwa mendapat latihan senjata di Yaman.
Cherif (kiri) dan abangnya didakwa mendapat latihan senjata di Yaman.
SANAA - YAMAN. Adik beradik yang melancarkan serangan berdarah ke atas ibu pejabat majalah Satira, Charlie Hebdo didakwa mendapatkan latihan senjata di Yaman.

Menurut AFP, Cherif dan Said Kouachi dikatakan memasuki negara itu melalui Oman pada 25 Julai 2011 dan dilatih oleh kumpulan militan di gurun Marib yang merupakan kubu kuat rangkaian al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP).

"Mereka menyertai latihan selama tiga hari di Wadi Abida yang terletak antara wilayah Marib dan Shabwa itu bersama perekrut militan berpengaruh, Anwar al-Awlaki," menurut sumber risikan kerajaan.

Sebelum ini, Cherif pernah mendedahkan bahawa dia ada mendapat bantuan dana daripada Anwar yang terbunuh akibat serangan dron dilancarkan Amerika Syarikat pada September 2011.

Selain itu, dia turut mendakwa dirinya telah 'dihantar' oleh rangkaian AQAP di Yaman.

Dalam perkembangan lain, kekasih kepada penyerang ketiga yang dikehendaki pihak berkuasa, Hayat Boumeddiene disahkan merentasi sempadan Turki untuk memasuki Syria pada 8 Januari lalu.

Agensi berita Turki melaporkan Hayat tiba di lapangan terbang Istanbul selepas mengambil penerbangan dari Madrid pada 2 Januari lalu.

Bukti yang didedahkan itu jelas menunjukkan wanita itu berada di Ankara ketika teman lelakinya, Amedy Coulibaly melancarkan serangan di sebuah pasar raya di Porte de Vincennes pada Jumaat lalu.

Kelmarin,  sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai Coulibaly,  mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu  atas nama kumpulan militan Negara Islam (IS).

Sembilan Lelaki Myanmar Akan Didakwa Bunuh Rakan Senegara


Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 12:22 PM

GEORGE TOWN: Sembilan daripada 12 lelaki Myanmar yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan rakan senegara mereka di Pulau Pinang akan didakwa di beberapa mahkamah pada Selasa dan Rabu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis telah mendapat arahan daripada Ketua Unit Perundangan negeri untuk mendakwa sembilan lelaki terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Beliau berkata, dua lelaki lagi akan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 manakala seorang akan dibebaskan kerana didapati tidak terlibat dalam kejadian itu.
"Mereka (sembilan lelaki) akan didakwa esok dan lusa di mahkamah di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan mengikut lokasi kejadian pembunuhan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini Isnin.
Kes pembunuhan melibatkan rakyat negara itu mendapat perhatian apabila kumpulan rakyat Myanmar terbabit dikatakan memotong anggota badan mangsa mereka dan membuangnya di beberapa tempat di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam di sini.
Sejak awal tahun lepas, 21 kes pembunuhan rakyat Myanmar dilapor di Pulau Pinang dan pada peringkat awal mayat dibungkus dengan kain putih seperti dikafan dan ditinggalkan di tepi-tepi jalan.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis akan menggunakan semua elemen termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi mengesan empat lagi lelaki Myanmar yang dipercayai anggota kumpulan rakyat Myanmar yang kini ditahan.
Beliau berkata, mereka dikenali sebagai Mohd Yahyar Khan Mohd Rafie, 42, dan merupakan pemegang kad UNCHR bernombor 354-13C05627; Lokman dan Gemuk berusia lingkungan 20-an serta seorang lagi berusia 30-an dipercayai telah keluar dari Pulau Pinang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung empat lelaki berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 
Abdul Rahim berkata, usaha mengesan kumpulan kedua yang disyaki terlibat dalam kes sama juga giat dijalan dan polis kini mengumpul maklumat mengenai mereka.
Beliau berkata, ada antara mereka yang identitinya telah dikenal pasti dan mereka dipercayai bersembunyi di beberapa lokasi di negara ini.

Tiga Rumah Kedai Sederet Hangus Di Kota Tinggi


Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 5:38 PM

JOHOR BARU: Tiga buah rumah kedai sederet di Kampung Bayu Damai di Bandar Penawar, Kota Tinggi hangus dijilat api awal pagi Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail berkata, kedai terbabit ialah bengkel membaiki motosikal, menjual peralatan logam dan kedai runcit.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.04 pagi dan sebuah jentera dengan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian seminit kemudian.
Ketika bomba tiba, api menjulang tinggi dan premis berkenaan sudah terbakar keseluruhannya, katanya.
"Kedai-kedai yang berusia hampir 10 tahun itu dikendalikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan tetapi disewakan kepada para peniaga tempatan.
"Kebakaran disedari apabila ketua kampung mahu menunaikan solat subuh di sebuah masjid dan terlihat api dan asap berkepul-kepul keluar dari kedai tersebut," kata beliau.
Mohd Fadli berkata, api berjaya dipadamkan 30 minit kemudian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Warga Uganda Dipenjara Enam Bulan Tawar Khidmat Seks Kepada Polis


Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 3:04 PM

KUALA LUMPUR: Akibat menawarkan khidmat seks kepada anggota polis, seorang wanita warga Uganda dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin.
Majistret Erry Shariman Nor Aripin menjatuhi hukuman itu terhadap Jennifer Nankumba, 28, selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang sarjan polis di Jalan Changkat Bukit Bintang di sini pada 10.45 malam, 19 November lepas.
Ibu dua anak berusia empat dan satu tahun itu meraung selepas mahkamah menjatuhi hukuman terhadapnya.
Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 19 November.
Ketika rayuan, Nankumba memohon hukuman ringan atas alasan dia menanggung dua anaknya manakala suaminya tidak bekerja. Katanya sebelum ini, dia bekerja sebagai ejen perkapalan dengan gaji yang tidak menentu.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal kerana tindakan tertuduh cenderung kepada keruntuhan akhlak dan mahkamah juga perlu mengambil kira kepentingan awam.
Di mahkamah sama, seorang lelaki warga Yaman mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki dan tinggal lebih masa di Malaysia selepas tamat tempoh pas lawatan sosialnya.
Ameen Noman Ali Al-Qadasi, 53, didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang penyelia surau berumur 22 tahun di sebuah bangunan di Jalan Ipoh pada 12.30 tengah hari, 8 Disember tahun lepas.
Tuduhan mengikut Seksyen 377(D) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan kedua, Ameen Noman, pelajar sebuah universiti di sini, didakwa tinggal lebih masa di Malaysia selepas pas lawatan sosialnya tamat tempoh sejak 29 Jun tahun lepas.
Erry Shariman menetapkan 16 Februari ini untuk sebutan.

Dua Janin Kembar Ditemui Di Laut Kampung Air Sandakan


Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 6:12 PM

SANDAKAN: Dua janin yang disyaki kembar ditemui di kawasan laut Kampung Air Jalan Bokara dekat sini, Isnin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata, kedua-dua janin berkenaan bersifat perempuan dan berumur dalam lingkungan enam atau tujuh bulan yang ditemui pada jarak satu kilometer antara satu sama lain.
Beliau berkata, janin pertama ditemui kira-kira pukul 9.20 pagi terapung di atas air laut di bawah Jambatan 5, manakala satu lagi ditemui di persisir pantai Jambatan 1 sejam kemudian.
Kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Duchess Of Kent.
Fadzil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini agar menyalurkannya kepada polis di talian 089-212222 atau 089-242222.

Komen Khutbah Jumaat: Eric Paulsen Buat Laporan Polis Selepas Diugut Bunuh


Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 7:00 PM
Eric Paulsen
Eric Paulsen

PETALING JAYA: Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen membuat laporan polis terhadap ugutan bunuh yang diterimanya berhubung 'tweet' beliau yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme.

Paulsen, yang membuat laporan polis di ibu pejabat polis di sini berkata beliau menerima beberapa ancaman melalui Twitter dan aplikasi mesej segera Whatsapp pada hujung minggu ketika berada di pejabatnya.

"Saya mengambil ugutan-ugutan ini sebagai sesuatu yang sangat serius kerana ia adalah sebahagian daripada kempen fitnah yang berniat jahat menuduh saya menghina Islam. Ini adalah tuduhan palsu," katanya.

"Saya hanya mengkritik Jakim, sebuah agensi kerajaan. Saya tidak pernah menyebut Islam dalam 'tweet' saya," kata Paulsen, yang menggesa polis untuk menyiasat ugutan yang diterimanya.

Paulsen, pengasas bersama dan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty telah dikritik hebat selepas menulis di Twitter: "Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.”


Selepas menerima tindak balas dari netizen, Paulsen menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghina Islam dengan menuduh Jakim menggalakkan ekstremisme. Tweet tersebut telah dipadam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata komen itu akan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Suami Disyaki Bunuh Isteri Kerana Enggan Beri Wang Beli Syabu


Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 9:38 PM
- Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki di Kg Pondo, Pulau Gaya, dekat sini disyaki membunuh isterinya menggunakan pisau pemotong daging selepas isterinya itu dipercayai enggan memberinya wang untuk membeli syabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam kejadian kira-kira 2.25 pagi Ahad, di sebuah rumah tidak bernombor itu, suspek naik berang lalu menetak isterinya, 54, sampai mati sebelum membakarnya menggunakan minyak petrol.

Dalam kejadian itu, suspek turut menetak anak angkatnya yang berumur enam tahun sebelum menaiki bot dan menyerah diri di Pangkalan Polis Marin Kota Kinabalu.

Anak angkat suspek dihantar ke hospital oleh penduduk di pulau itu dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurut Chandra pisau yang digunakan suspek menetak kedua-dua mangsa telah ditemui, dan menganggap kes berkenaan selesai.

Keputusan Rayuan Pendakwa Dalam Kes Pembunuhan Altantuya Diketahui Hari Ini


Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 12:07 AM
altantuya
Altantuya

KUALA LUMPUR: Adakah Mahkamah Persekutuan akan mengekalkan atau mengubah keputusan yang membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) daripada tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu?

Jawapannya akan diketahui pada Selasa apabila mahkamah itu memberi keputusannya berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Cif Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.

Ini merupakan rayuan terakhir di mahkamah tertinggi negara bagi kes yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Keputusan mengenai kes bunuh berprofil tinggi ini akan disampaikan panel lima anggota, yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mendengar rayuan itu selama tiga hari mulai 23 Jun tahun lepas, sebelum menangguhkan keputusannya.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Pihak pendakwaaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan dua anggota polis itu.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dua anggota polis berkenaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah membunuh wanita itu dan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar, dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas mahkamah itu memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie terhadapnya.

Pihak pendakwaan tidak mengemukan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda.

Dalam penghakiman setebal 47 muka surat, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak mencukupi untuk menyokong sabitan kesalahan dua anggota polis itu.

Katanya kesalahan mereka tidak dibuktikan dengan memuaskan dan oleh itu mahkamah berkenaan terpaksa memberi kepada mereka faedah kesangsian.

Ketika menyabitkan kesalahan dua anggota polis itu, Mahkamah Tingi berkata pihak pembelaan setiap tertuduh hanya bergantung pada penafian, menuduh satu sama lain, tidak selaras dan ambivalen.

‘Pesta limau’

Oleh Mohd Rizal Abdullah 
mohd.rizal@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Bagai ‘pesta limau’, itu yang berlaku apabila puluhan orang awam termasuk warga asing mengutip buah limau ‘percuma’ yang terkeluar daripada sebuah lori yang terbabas di jejambat berdekatan kawasan Pasar Borong Selayang di sini, semalam.
Kejadian pada jam 8.30 pagi itu turut mengakibatkan bumbung lori muatan barangan pasar yang melalui kawasan bawah jejambat itu kemek.
Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Hamdan,36, berkata, dalam tempoh hanya beberapa minit kawasan bawah jejambat itu dipenuhi orang ramai untuk mengutip buah limau.
“Ratusan limau bertaburan di jalan, malah ada orang awam yang membawa beg plastik untuk mengutipnya, menjadikan keadaan agak meriah,” katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan, ketika kejadian lori muatan buah itu dalam perjalanan dari Rawang untuk menghantar buah limau ke pasar borong berdekatan.
Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan ketika dihubungi berkata, lori muatan buah terbabit dipercayai hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan jejambat itu.
Menurutnya, keadaan itu mengakibatkan muatan buah yang dibawa lori berkenaan terjatuh ke bawah dan menghempap sebuah lori di bawah jejambat itu.
“Bagaimanapun, kedua-dua pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 7:31 AM


ORANG ramai berebut mengutip buah limau yang bertaburan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23520#sthash.5wpZOgO2.dpuf

LRT Kelana Jaya tergendala

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Kuala Lumpur: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya, Selangor tergendala akibat runtuhan serpihan daripada tapak pembinaan berhampiran stesen Kerinchi, di sini yang mengakibatkan kerosakan landasan dan sistem isyarat, pada jam 2.30 petang tadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Prasarana Malaysia Berhad kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan dan dijangka akan selesai selewat-lewatnya jam 9 malam ini.
Perkhidmatan LRT yang tergendala hanya membabitkan stesen Kerinchi bagaimanapun laluan lain masih beroperasi seperti biasa.
"Kerja baik pulih dijalankan oleh jurutera Rapid KL dan sebarang kesulitan yang dialami amat dikesali," Menurut kenyataan itu.
Menurutnya orang ramai disaran supaya menggunakan pengangkutan awam alternatif sementara menunggu kerja-kerja baik pulih selesai.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 6:31 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23360#sthash.HA8WavVM.dpuf

UTM serah kepada SKMM

Oleh Mohamad Fadh Rahmat dan Redzuan Muharam
Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai akan menyiasat status seorang mahasiswa berketurunan Cina yang dipercayai memuat naik status mencaci dan berbaur perkauman di Facebook baru-baru ini.
Status itu dikesan selepas tersebar meluas hasil perkongsian pengguna di laman sosial berkenaan semalam.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM, Profesor Dr Ismail Abdul Aziz berkata, pihak universiti memandang serius penyalahgunaan laman sosial oleh mahasiswanya dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit.
"Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada pemilik akaun terbabit adalah penuntut UTM atau sebaliknya.
"Sekiranya beliau adalah penuntut UTM,kes ini akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana UTM tidak mahu berkomporomi dalam soal itu," katanya ketika dihubungi tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 4:46 PM


FOTO yang tersebar di laman sosial.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23356#sthash.4odwjJLu.dpuf

Banjir tak halang seludup

Oleh Siti Rohana Idris 
am@hmetro.com.my

Tumpat
Cuaca yang masih tidak menentu di samping fasa pasca banjir yang belum lagi berakhir, bukan halangan untuk segelintir pihak terus melakukan kegiatan penyeludupan terutama barangan yang mendapat permintaan tinggi.
Kelmarin, 2,767 helai tudung pelbagai jenis yang bernilai hampir RM125,000 dikesan cuba dibawa masuk secara haram dari seberang, menerusi pangkalan haram Derdap, Kuala Jambu, di sini.
Bagaimanapun, semua tudung berkenaan tidak sempat didagangkan selepas kegiatan itu dihidu sepasukan Unit Risikan Marin (URM) yang melakukan serbuan kira-kira jam 9.30 malam.
Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superitendan Mohd Nawi Yunus berkata, serbuan dibuat hasil risikan dan intipan dilakukan sebelum itu.
“Ketika intipan dibuat, anggota kami mengesan sebuah bot enjin galah dari Thailand merapati tebing pangkalan berkenaan.
“Anggota URM segera memperkenalkan diri sebaik melihat beberapa individu sedang mengangkat sesuatu ke atas tebing, namun semua mereka melarikan diri menaiki bot berkenaan ke seberang.
“Pemeriksaan dibuat menemui sembilan bungkusan plastik berwarna hitam yang mengandungi tudung yang dipercayai diseludup untuk pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Mohd Nawi berkata, tidak menolak semua tudung berkenaan untuk dijual di sini berikutan permintaan tinggi selepas banjir.
Katanya, semua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut.
“Ini adalah rampasan pertama yang berjaya dijalankan oleh PPM untuk tahun ini,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 6:38 AM


MOHD Nawi (kiri) bersama pegawainya menunjukkan kain tudung pelbagai jenis bernilai hampir RM125,000 yang dirampas di pengkalan haram Derdap.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23489#sthash.ailRxww6.dpuf

Mayat peluk erat gendongan bayi


Surabaya: Ketika pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terjunam ke dasar Laut Jawa, warga Korea Selatan ini, Seong Beom Park, 37, dipercayai memeluk erat anaknya sebelum terlepas dalam pangkuan.
Memetik laporan portal berita VivaNews, analisis itu dilakukan Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) berdasarkan keadaan tangan Seong Beom yang seolah-olah memeluk erat gendongan bayi (baby carrier) yang masih melekat pada tubuhnya ketika ditemui di tempat duduk penumpang berdekatan ekor pesawat.
Seong Beom dan isteri, Kyung Hwa Lee, 34, bersama anak mereka Park Yu Na, 11 bulan antara tiga daripada 162 mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Selat Karimata, Laut Jawa, 28 Disember lalu.
Pasangan itu berada di Indonesia sejak tiga tahun lalu sebagai mubaligh Kristian.
Kelibat pasangan berkenaan dirakam menerusi kamera litar tertutup di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda bersama bayi mereka sebelum menaiki pesawat terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Singapura untuk memperbaharui visa mereka.
Ketua DVI Jawa Timur Dr Budiyono berkata, berdasarkan analisis dilakukan, mayat Seong Beom memeluk erat ‘baby carrier’ dipercayai tempat duduk anaknya ketika penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda menuju Singapura.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 7:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23509#sthash.VrEpEj0g.dpuf

Mangsa terserempak suspek buat laporan


Oleh Asmah Rusman

asmah_rusman@hmetro.com.my

Kajang
Tindakan suspek yang menyamun asrama pekerja di Bandar Mahkota Cheras tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Long, dekat sini menjerat diri apabila dia terserempak dengan mangsa yang turut membuat laporan berhubung kejadian itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, susulan itu, polis menahan suspek sebelum menyerbu sebuah rumah dan menahan dua lagi rakan sejenayahnya sejam selepas kejadian samun itu yang berlaku jam 3.25 pagi, kelmarin.
Ab Rashid berkata, suspek dikatakan berdendam dengan lelaki warga Myanmar itu selepas mangsa dikatakan mengejeknya ketika melintas jalan raya beberapa hari lalu.
“Akibat perselisihan faham itu, suspek mengajak dua rakannya menjejaki mangsa sebelum memukul dan menyamun lelaki berkenaan termasuk lima rakan mangsa yang tinggal di dalam asrama berkenaan.
“Suspek pergi ke balai polis untuk membuat laporan dipercayai sebagai langkah menutup kesalahan yang dilakukan, tetapi malangnya mangsa yang datang bersama majikannya terserempak dan mengenali wajah suspek,” katanya.
Katanya, dalam kejadian terbabit selain suspek dan dua rakannya, satu kumpulan lelaki lain turut memukul mangsa kerana menyangka mangsa menimbulkan pergaduhan berkenaan.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan ketiga-tiga lelaki berkenaan yang berusia 20-an ditahan untuk membantu siasatan polis,” katanya.
Menurut Ab Rashid, antara barangan yang disamun suspek adalah wang tunai RM1,000, dua beg tangan wanita dan enam telefon bimbit pelbagai model.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 6:41 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23493#sthash.QuJCdewo.dpuf

JAWI diarah siasat


Oleh Hayati Ibrahim

ya_t@hmetro.com.my
Putrajaya
Penganjur konsert kumpulan K-pop, B1A4 harus bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan dengan apa yang berlaku dalam konsert itu memandangkan penganjurannya tidak dimaklum dan dirujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dulu.
Sehubungan itu, Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, beliau mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil tindakan sewajarnya memandangkan JAWI adalah pihak berkuasa agama bertanggungjawab di peringkat Wilayah Persekutuan.
Othman berkata, pihaknya juga menyeru mana-mana penganjur dan mereka yang terbabit meluluskan konsert itu meletakkan tanggungjawab serius ketika mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sesuatu aktiviti itu sebelum menganjurkannya.
Pada masanya, beliau berkata, pengunjung konsert juga perlu memelihara akhlak dan harga diri ketika menghadiri sesuatu aktiviti dan jangan menunjukkan sikap yang melampau sehingga sanggup membiarkan diri diperlakukan apa saja artis yang disanjung.
“Insiden yang berlaku antara artis K-Pop yang dijemput penganjur ke Malaysia meninggalkan kesan sangat memalukan kepada rakyat Malaysia khasnya umat Islam, apabila kita melihat gadis Melayu Muslim antara mereka yang dilihat obses terhadap artis K-Pop itu.
“Perlakuan tidak senonoh di hadapan umum ini sememangnya boleh dijangka apabila konsert yang dianjurkan tidak mempertimbangkan kelebihan manfaat berbanding keburukan kesan daripada penganjuran konsert berkenaan,”katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Othman berkata, itulah sebabnya Islam melarang penganjuran hiburan yang boleh melalaikan kerana kesan daripada kelalaian itu lebih besar keburukannya.
“Tiada istilah kebebasan dan hak peribadi dalam melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak dan boleh menjelekkan pandangan masyarakat umum, sebaliknya mereka perlu ada rasa malu dalam diri dan pemakaian bersyariat sebagai benteng mencegah rasa malu.
“Walaupun kerajaan sedaya upaya menyediakan pelbagai bentuk aktiviti dan program untuk remaja dan belia, namun pemantauan dan didikan daripada ibu bapa juga penting bagi menasihati serta mengawal aktiviti anak daripada terjerumus kepada aktiviti tidak sihat,”katanya.
Othman berkata, JAKIM sudah mengambil inisiatif dengan menerbitkan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam sejak 2007 lagi.
“Namun, sejauh manakah garis panduan ini diberi perhatian dan dirujuk oleh semua agensi dan penganjur program?
“Secara dasarnya bagi JAKIM sebagaimana yang dikehendaki tuntutan agama, mana-mana acara yang bertentangan dengan moral, akhlak Islam, tatasusila dan budaya negara ini tidak wajar dibenarkan penganjurannya,”katanya.
Beliau berkata, JAKIM turut difahamkan Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) akan memanggil penganjur dan JAKIM sedia memberi kerjasama.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 6:54 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23504#sthash.jjye8EtO.dpuf

Tikam atuk kerana RM5


Chukai: Hanya kerana wang sebanyak RM5, seorang cucu tergamak menyepak sebelum menikam datuknya berusia 64 tahun menggunakan batang penyapu menyebabkan warga emas terbabit mengalami kecederaan di dahi dalam kejadian di Bandar Sri Bandi, dekat sini, jam 5 petang kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan warga emas terbabit dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai suspek kejadian di tepi jalan rumahnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 6:42 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23494#sthash.ig8bgrTg.dpuf

Juragan lari tinggal penumpang

Oleh Alias Abd Rani 
lias@hmetro.com.my

Marudi
Tidak berperikemanusiaan. Itulah situasi dapat digambarkan terhadap tindakan seorang juragan bot dan rakannya warga Indonesia kerana sanggup melarikan diri dan membiarkan sembilan penumpang termasuk kanak-kanak menjerit meminta pertolongan selepas bot dinaiki mereka bertembung dengan bot lain dalam kejadian di Sungai Tutoh berhampiran kem pembalakan KTS, Temasok, di sini, kelmarin.
Juragan dikenali sebagai Ramli dipercayai menghilangkan diri bersama seorang lagi rakan senegara selepas tragedi mengorbankan dua penumpang manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun masih hilang.
Pemangku Ketua Polis Daerah Marudi Asisten Superintendan Zaini Hussin berkata, sehingga kini pihaknya belum mengetahui punca dua lelaki berkenaan bertindak meninggalkan mangsa bersama penumpang lain yang dalam kesakitan selepas pelanggaran itu.
“Mungkin mereka takut menjadi mangsa belasahan penduduk kampung menyebabkan mereka melarikan diri ke hutan berdekatan.
“Bagaimanapun, kami menugaskan anggota polis supaya memburu mereka bagi membantu siasatan,” katanya.
Zaini berkata, operasi mencari mangsa yang juga kanak-kanak lelaki yang masih hilang giat dilakukan.
“Maklumat awal diperolehi mendapati dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera terkena hujung perahu dan parah di kepala manakala seorang lagi tercampak keluar lalu dibawa arus sungai.
“Usaha menjejak suspek giat dijalankan,” katanya.
Sementara itu, sumber berkata, rempuhan itu menyebabkan dua penumpang iaitu Marie Lawing, 40, yang juga isteri pemandu bot dan anak saudaranya Celline Adries, 12, maut manakala Ethanielle Adries, 10, yang juga adik kepada Celline masih hilang.
kejadian berlaku pada jam 2.20 petang apabila bot dinaiki sembilan orang termasuk juragan bertembung bot dinaiki dua lelaki warga Indonesia terbabit.
Katanya, rempuhan itu menyebabkan dua penumpang iaitu Marie Lawing, 40, yang juga isteri pemandu bot dan anak saudaranya Celline Adries, 12, maut manakala seorang mangsa Ethanielle Adries, 10, yang juga adik kepada Celline masih hilang.
“Siasatan awal mendapati kebanyakan penumpang termasuk juragan mempunyai pertalian keluarga. Pada hari kejadian, mereka menaiki bot dikemudi Lipang Sukor, 48, dari hilir menuju ke Ulu Sungai Tutoh, Baram sebelum bertembung bot dinaiki warga Indonesia terbabit.
“Selain Lipang, mereka yang terselamat dalam tragedi itu adalah Adries Sukor, 41, Dora linus, 42, Magerat Dau Selong, 36, dan dua orang lagi dikenali sebagai Henokhrisa Lepang serta Dayang Jackie,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 6:48 AM


PASUKAN penyelamat membantu mencari kanak-kanak lelaki yang masih hilang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23501#sthash.Py9u3PVE.dpuf

SUAMI ISTERI GAGAL HADIR

Oleh Murni Wan Omar 
murni@hmetro.com.my

Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan waran tangkap dikenakan terhadap sepasang suami isteri yang didakwa atas tuduhan memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun tiga penumpang serta seorang anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 membabitkan wang berjumlah RM85,180, selepas mereka gagal hadir dalam prosiding semalam.
Hakim Norsharidah Awang mengeluarkan perintah itu selepas dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud bahawa Nur Shila Kanan dan Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed serta penjamin mereka gagal dihubungi.
Selain mengeluarkan waran tangkap, Hakim Norsharidah juga mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap penjamin mereka.
Oleh itu mahkamah menetapkan 4 Februari ini untuk sebutan semula.
Pada 20 Ogos lalu, Nur Shila, 33, dan Basheer Ahmad Maula, 33, masing-masing tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan.
Nur Shila berhadapan dengan 12 pertuduhan manakala Basheer Ahmad pula menghadapi tiga pertuduhan.
Nur Shila menghadapi empat pertuduhan memindahkan wang milik Hue Pui Heng keseluruhan berjumlah RM40,000 ke dalam akaun Tian Jun Wei dan RM35, 000 kepada Ali Faran Khan.
Bagi keempat-empat pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Jenayah Komputer 1997 yang boleh dihukum denda maksimum RM150,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau keduanya jika disabit kesalahan.
Nur Shila turut menghadapi tiga pertuduhan lain, menggunakan dokumen palsu iaitu borang permohonan baru kad debit atas nama Tian dan dua borang pindahan tempatan akaun simpanan atas nama, Ju Kun dan anak kapal, Tan Size Hiang.
Selain itu, dia turut didakwa menggunakan dokumen palsu, iaitu Borang Permohonan Perbankan Internet atas nama Judy Margaret Lai untuk mendapatkan ‘Security Device’ bagi mengaktifkan perkhidmatan perbankan Internet.
Bagi empat-empat kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau keduanya jika disabit kesalahan.
Selain itu, dia juga menghadapi dua pertuduhan lain, iaitu didakwa menipu dua penyelia bank, Nor Aini Derus @Mat Rose dan Mohd Fazli Mokhtar untuk mempercayai permohonan baru kad debit bagi akaun simpanan Tian dan Judy dibuat oleh pemohon sendiri.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau keduanya jika disabit kesalahan.
Ibu kepada tiga anak itu turut didakwa dengan dua pertuduhan mencuri wang berjumlah RM2,530 daripada akaun Ju Kun dan Tan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau keduanya sekali, jika disabit kesalahan.
Semua kesalahan itu didakwa berlaku di bank HSBC tempat dia bekerja di cawangan Lebuh Ampang, di sini antara 14 Mei dan 8 Julai lalu.
Sementara itu, Basheer yang bekerja sebagai mekanik pula didakwa terhadap empat pertuduhan menggunakan kad debit akaun simpanan Tian untuk mengeluarkan wang berjumlah RM7,650 dalam tiga transaksi berasingan dan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 6:45 AM


PASANGAN suami isteri ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23497#sthash.6iEGcfp5.dpuf

BEBAS ATAU HUKUM MATI?

Oleh Murni Wan Omar 
murni@hmetro.com.my

Kuala Lumpur
Hari ini dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar akan mengetahui nasib mereka sama ada kekal dibebaskan atau disabitkan dengan hukuman mati atas dakwaan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu sembilan tahun lalu.
Ini adalah peringkat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan oleh pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini melepaskan dan membebaskan mereka berdua daripada pertuduhan.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan memberikan keputusan mereka kepada rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini melepaskan kedua-dua tertuduh.
Selain Hakim Arifin, panel lain yang turut bersidang adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.
Pihak pendakwaan pula diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, manakala peguam bela, Kuldeep Kumar dan Datuk Hazman Ahmad mewakili responden pertama iaitu Azilah dan Kamarul Hisham Kamaruddin mewakili respoden kedua iaitu Sirul Azhar.
Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan itu.
Manakala pada , Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, serta melepas dan membebaskan mereka daripada pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan jam 1 pagi pada 20 Oktober 2006.
Sebelum ini, bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, turut didakwa bersubahat bagaimanapun Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008, melepas dan membebaskannya selepas pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 6:46 AM


BAPA saudara Sirul Azhar, Mustaffa Samad mengucapkan terima kasih kepada peguam Kamarul Hisham Kamarudin selepas Mahkamah Rayuan membebaskan Sirul Azhar daripada sabitan bunuh pada Ogos 2013.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23499#sthash.GOMWPGXv.dpuf