Search This Blog

Monday, January 12, 2015

Penyamun pakai tudung


Hasil rakaman CCTV di rumah jiran mangsa menunjukkan kelibat individu dipercayai penjenayah bertudung.
Hasil rakaman CCTV di rumah jiran mangsa menunjukkan kelibat individu dipercayai penjenayah bertudung.
KEPALA BATAS - Taktik bertudung ketika menyamun digunakan penjenayah dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bertam Perdana Dua, Bertam Lake House, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, pihak polis setakat ini telah berjaya mengenal pasti kumpulan penjenayah bertudung dan usaha menangkap mereka giat dijalankan.

“Buat masa ini statistik kejadian pecah rumah di daerah ini agak membimbangkan, dalam hal ini pihak polis giat melakukan sesuatu bagi membendung kegiatan ini.
“Satu pasukan khas ditubuhkan untuk mengesan kumpulan terlibat diketuai Asisten Superintendan Mohd Yusoff Ibrahim,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi semalam, seorang ahli perniagaan berputih mata apabila barang kemas dan tunai RM100,000 lesap dalam satu kejadian samun di Taman Bertam Perdana Dua, Bertam Lake House.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, rumah mangsa dimasuki tiga penjenayah yang memakai tudung kepala.

Mangsa yang berusia lingkungan 40an bersama isterinya diikat dengan wayar telefon serta diugut untuk dicederakan sekiranya melawan.

Abdul Rahman berkata sebelum kejadian, ketiga penjenayah tersebut dipercayai cuba untuk memasuki beberapa rumah penduduk di taman berkenaan.

“Daripada hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah jiran mangsa, ketiga penjenayah dilihat cuba untuk memasuki beberapa rumah di taman itu,” katanya.

Menurutnya, pihak polis kini meningkatkan rondaan di kawasan yang kerap berlaku kejadian pecah rumah bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Dua Maut Selepas Bot Terbalik Sebaik Berlanggar Dengan Kayu Balak


Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 7:08 PM
Sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari sini, pada Selasa.-Foto BERNAMA

MIRI: Seorang wanita berusia 38 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun meninggal dunia, sementara seorang budak lelaki berusia 11 tahun hilang apabila sebuah bot panjang yang dinaiki mereka terbalik selepas berlanggar dengan kayu balak di Ulu Baram utara, Sarawak.
Seorang lagi wanita berusia lingkungan 50an, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat perlanggaran yang berlaku berhampiran dengan Long Panai, sebuah kawasan kampung terpencil yang terletak kira-kira tujuh jam daripada bandar, Marudi. 
Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan, Dennis Ngau berkata insiden malang itu berlaku sekitar pukul 2 hingga 3 petang Ahad.

Ngau berkata pihak polis dan pasukan bomba dan penyelamat telah dimaklumkan mengenai insiden berkenaan.

Insiden Charlie Hebdo Titik Permulaan Gelombang Serangan Di Eropah


Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 12:56 PM
Dua lelaki bertopeng melepaskan tembakan ke arah bangunan pejabat akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo.

BERLIN: Insiden darah di Perancis boleh menjadi titik tolak bermulanya gelombang serangan di Eropah, menurut komunikasi pemimpin kumpulan militan Negara Islam (IS) yang berjaya dipintas oleh perisik Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Jerman, Bild pada Ahad.

Sejurus selepas serangan di Paris, Agensi Keselamatan Kebangsaan AS berjaya memintas komunikasi yang mendedahkan pemimpin kumpulan militan itu mengumumkan untuk melancarkan serangan kedua, lapor akhbar tabloid itu yang memetik sumber agensi risikan AS.
Menurut akhbar tersebut, Paris disifatkan sebagai titik permulaan untuk beberapa siri serangan susulan di negara Eropah yang lain termasuk Rome.
Bagaimanapun, rancangan kukuh mengenai serangan itu masih belum diketahui.

Agensi risikan AS turut mendedahkan mempunyai maklumat bahawa Cherif dan Said Kouachi, adik-beradik yang melancarkan serangan di Charlie Hebdo mempunyai kenalan di Belanda.

Seramai 16 maut dalam serangan tersebut.

Pasangan adik-beradik itu dan Amedy Coulibaly berjaya ditembak mati oleh askar Perancis. - AFP

Nelayan Bunuh Buaya Baham Isteri Mengandung


Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 9:54 AM
Buaya yang membaham isteri Mubarak Batambuze dikatakan sepanjang 20 kaki. (gambar hiasan)

SEORANG nelayan bertindak membunuh seekor buaya sepanjang 20 kaki selepas berang dengan haiwan itu yang membaham isterinya yang sarat mengandung.
Isterinya, Demeteriya Nabrie mencari kayu api di pesisir sungai Nawaikoke di Uganda tetapi penduduk kampung mulai bimbang apabila dia tidak pulang selepas beberapa jam.
Satu operasi mencari dilakukan dan mereka dikejutkan dengan penemuan selipar milik wanita mengandung itu termasuk jari kaki dan tangannya yang berlumuran darah dan sebuah telefon bimbit di kawasan dia dilaporkan hilang.
Dia dikatakan telah dibaham oleh seekor buaya seberat 1,000 kilogram, yang turut menyebabkan kematian enam wanita dan kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.
Suami mangsa, Mubarak Batambuze dari kampung Kibuye begitu berang dengan apa yang telah berlaku, kemudiannya pergi menemui tukang besi dan membelanjakan wangnya bagi mendapatkan lembing yang paling tajam.
Memberitahu akhbar hariran Uganda, New Visio, dia berkata: "Saya berjumpa dengan seorang tukang besi dan membayarnya £4.65 (RM25.02) supaya dia boleh membuat lembing paling tajam untuk saya."
Batambuze kemudiannya pergi ke sungai dan berjaya menemui haiwan sepanjang 20 kaki itu berhampiran dengan lokasi mayat isterinya dijumpai seminggu lalu.
Lelaki berusia 57 tahun itu kemudiannya membalas dendam dengan menangkap haiwan itu naik ke tebing sungai dengan bantuan lima nelayan lain.
Dia kini dilabelkan sebagai hero oleh penduduk kampung kerana membunuh buaya yang ganas itu dan menghantui penduduk kampung sejak setahun lalu. - mirror.co.uk

Sedekah RM5 samun RM4,000


Radiah menunjukkan lokasi dia menggantung beg duitnya yang dikebas.
Radiah menunjukkan lokasi dia menggantung beg duitnya yang dikebas.
ALOR PONGSU - Seorang warga emas tidak menyangka wang sedekah RM5 yang diterima dari seorang lelaki berkopiah menyebabkan dia kerugian RM4,000 selepas disamun individu itu di rumahnya di Kampung Parit Lebai Kadir, di sini 8 Januari lalu.

Lebih menyedihkan, Radiah Ismail, 71, juga kempunan bantuan banjir dijanjikan lelaki terbabit sesudah wang tunai dan barang kemas miliknya lesap.

Anak mangsa, Mohammad Shafiee, 32, berkata, ketika kejadian jam 9.30 pagi itu, ibunya bersendirian di dapur sambil mengupas buah nangka sebelum didatangi seorang lelaki berkopiah.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa mahu menyalurkan bantuan kewangan kepada mangsa banjir di Kerian dan meminta mangsa memberikan kad pengenalan kepadanya untuk mengisi borang permohonan.

“Sebaik sahaja menemui emak saya, lelaki itu terus menghulurkan wang tunai RM5 sambil menunjukkan sejumlah wang tunai yang banyak di dalam begnya, kononnya untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.

“Bagaikan dipukau, emak segera menurut arahan lelaki itu supaya ambil kad pengenalan dalam beg duit yang digantung di bahagian penjuru ruang tamu rumah,” katanya ketika  ditemui di rumahnya semalam.

Mohammad berkata, selepas menerima kad pengenalan ibunya, suspek meminta mangsa mengambil segelas air di dapur.

Menurutnya, ibunya terkejut lihat individu terbabit tergesa-gesa beredar dari rumahnya sebaik keluar dari dapur.

“Emak saya panggil lelaki itu yang tergesa-gesa naik motosikal dan ajak minum air disediakan, namun dia menolak dengan alasan perlu urus permohonan mangsa banjir lain.

“Ketika emak saya mahu simpan kad pengenalannya, dia terkejut beg duit digantung pada penjuru dinding ruang tamu rumah lesap,” katanya.

Mohammad berkata, mangsa segera memaklumkan kejadian itu kepadanya dan laporan dibuat di Balai Polis Bagan Serai.

Katanya, kejadian itu menyebabkan mangsa kerugian hampir RM4,000 apabila wang tunai berjumlah RM550, seutas rantai dan sebentuk cincin disimpan di dalam beg duit itu lesap dikebas suspek.

“Sewaktu buat laporan polis, kami dimaklumkan satu lagi kejadian hampir sama berlaku kepada sepasang suami isteri di Kampung Parit Air Hitam 2 pada hari sama,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 30-an dan dipercayai tiada kaitan dengan penyamaran pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini.

Beliau turut mengesahkan kejadian kedua melibatkan sepasang suami isteri warga emas di Kampung Parit Air Hitam 2, pada petang hari sama dan mangsa kerugian RM2,000.

57 maut nahas di selatan Pakistan


Sukarelawan mencari mangsa di dalam sebuah bas yang terbakar selepas ia bertembung dengan lori.
Sukarelawan mencari mangsa di dalam sebuah bas yang terbakar selepas ia bertembung dengan lori.
ISLAMABAD - PAKISTAN. Sekurang-kurangnya 57 orang maut apabila sebuah lori tangki membawa minyak merempuh sebuah bas dalam kejadian awal pagi semalam di selatan Pakistan, menurut pegawai.

“Bas membawa kira-kira 50 penumpang itu bertembung dengan lori tangki minyak yang dikatakan datang dari arah bertentangan.

“Bas itu terbakar selepas nahas menyebabkan sekurang-kurangnya 57 orang terkorban,” kata pegawai polis kanan, Rao Muhammad Anwaar.

Bas terbabit dalam perjalanan dari bandar Shikarpur menuju bandar pelabuhan di selatan Karachi apabila nahas berlaku di atas permukaan yang tidak rata.

Menurut laporan awal, wanita dan kanak-kanak adalah antara mangsa yang terkorban.

“Kami cuba untuk menyiasat sama ada pemandu lori tangki minyak itu melakukan kesalahan atau pemandu bas juga melakukan kecuaian," tambah Anwaar.

Sementara itu, angka kematian mungkin meningkat kerana kebanyakan mangsa terselamat cedera parah dan melekat antara satu sama lain. - dpa

Dua beranak maut dalam kemalangan di Jalan Ipoh-Gerik

KUALA KANGSAR: Seorang pembuat batu nisan dan anak perempuannya maut dalam kemalangan di Kilometer 63, Jalan Ipoh-Gerik, di Liman Kati, di sini tengah hari tadi.
Mangsa dikenali sebagai Ahmad Tajudin Ishak, 51, dan anaknya Nurul Aunui, 12, manakala anak lelakinya Mohd Khalish, 12, serta rakannya Mohd Sohaimi Zakaria, 43, cedera ringan dan dimasukkan ke Hospital Kuala Kangsar.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh berkata Ahmad Tajudin maut di tempat kejadian manakala anak perempuannya meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, di sini.
Beliau berkata dalam kejadian 1 tengah hari itu, Ahmad Tajudin yang memandu sebuah van jenis Toyota Hiace sedang menghala ke arah Lenggong cuba memotong sebuah kenderaan lalu memasuki lorong bertentangan.
"Mangsa cuba mengelak sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan lalu hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan menghala ke Lenggong. Semasa kejadian Ahmad Tajudin bersama dua anaknya dan seorang rakan," katanya kepada Bernama.
Mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan untuk menghantar tempahan batu nisan, kata Ghuzlan.
- BERNAMA

Seorang terkorban nahas helikopter di Puerto Rico



PASUKAN pencari dan penyelamat memeriksa mayat pemandu helikopter yang terhempas dari perairan berhampiran ibu kota Puerto Rico, hari ini. Foto ihsan Associated Press
SAN JUAN, Puerto Rico : Sebuah helikopter terhempas pagi ini di perairan berhampiran ibu kota Puerto Rico, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terkorban, kata polis negara itu.
Pihak berkuasa berkata, nahas berlaku dekat terminal feri di kawasan penempatan pantai Catano.
Ia dikenal pasti sebagai helikopter jenis Robinson milik Vertical Solutions, syarikat pelancongan dan sewa khas tempatan.
Pegawai itu berkata, helikopter terbabit digunakan sebagai sebahagian daripada latihan penerbangan ketika ia terhempas.
Polis pada mulanya berkata, dua orang mati tetapi kemudian mengesahkan hanya terdapat satu mangsa.
Mereka mengenal pasti mangsa sebagai Javier Acosta Rosa, berusia 59 tahun, berasal dari bandar Bayamon, utara Puerto Rico.
Pihak berkuasa berkata, pegawai Pentadbiran Penerbangan Persekutuan ditugas untuk mengeluarkan helikopter berkenaan dari dalam air. -AP

9 maut, 30 cedera nahas bas di Brazil


RIO DE JANEIRO: Sembilan orang terkorban dan lebih 30 lagi mengalami kecederaan apabila sebuah bas terhumban ke dalam gaung di selatan Brazil, hari ini.
Polis berkata, bas yang membawa 41 pelancong Brazil berlepas dari Passo Fundo, di wilayah paling selatan Rio Grande do Sul.
Bas berkenaan terhumban dalam nahas di kawasan pergunungan Santa Catarina. Punca kemalangan masih disiasat.
Enam penumpang dan pemandu bas mati di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang mati di hospital.
Penumpang yang cedera dibawa ke tiga hospital di wilayah berkenaan.
Sementara itu, kira-kira 50,000 orang mati akibat nahas jalan raya di Brazil.
Polis berkata, pemanduan terlalu laju, kecuaian, mabuk ketika memandu dan penyelenggaraan lebuh raya yang lemah adalah penyumbang kepada kemalangan. - AFP

Kanak-kanak perempuan maut terjatuh dalam sungai di Miri


MIRI: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui maut akibat lemas terjatuh dalam sungai apabila dua bot bertembung sesama sendiri dalam kejadian berhampiran Kem Balak KTS, Sungai Tutoh Marudi, petang tadi.
Mayat Sulin Paaya Andrias, 12, ditemui terapung tidak jauh dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung berhampiran, kira-kira jam 4 petang.
Dalam kejadian itu, dua bot panjang dikenali sebagai Long Pandai dan Long Perawan dipercayai berlanggar sesama sendiri kira-kira jam 1 tengah hari, sekali gus menyebabkan semua penumpang di kedua-dua bot terjatuh di dalam sungai.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Miri berkata, selain mangsa, terdapat seorang lagi kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Nelynya Andrias, 9, turut terjatuh di sungai dan dikhuatiri lemas dan setakat ini belum ditemui.
"Gerakan Mencari dan Menyelamat (SAR) sedang dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat serta polis Marudi di lokasi kejadian sebaik pihaknya mendapatkan laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.43 petang.
"Setakat ini, pihaknya belum menemui mangsa kanak-kanak lelaki itu selain pada masa sama terpaksa menangguhkan sementara operasi mencari berikutan keadaan cuaca tidak mengizinkan,"katanya.
Katanya, operasi mencari akan disambung esok, namun pada masa sama bergantung kepada keadaan cuaca bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, setakat ini, pihaknya belum mendapat butiran lanjut termasuk mengenal pasti punca kejadian dan keterangan semua mangsa diambil bagi membantu siasatan.

QZ8501: Tiga kapal SAR dakwa berjaya kesan kotak hitam


JAKARTA : Tiga kapal yang ditugaskan dalam proses pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 mendakwa sudah berjaya mengesan kedudukan kotak hitam yang kini menjadi sebahagian fokus pencarian.
Timbalan Ketua Bidang Teknologi dan Pengembangan, Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT), Ridwan Djamaluddin mengakui tiga kapal itu berjaya mengesan 'pinger' yang sama, kira-kira jam 8.15 Waktu Indonesia Tengah (WITA).
"Yakin.. kerana tiga kapal melaporkan suara yang sama dengan tiga alat yang berada di tiga lokasi.
"Mudah-mudahan ia tidak salah kerana tiga alat itu ketika melakukan pengesanan, pingnya menjawab dari kotak hitam pesawat," kata Ridwan.
Beliau berkata, pinger daripada kotak hitam yang dicari selama ini berada di kedalaman sekitar 30 meter di dasar Laut Jawa.
Bagi proses seterusnya, Ridwan berkata pihaknya akan menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT)
"Untuk mengangkat (kotak hitam), hanya KNKT yang mempunyai kuasa mengangkatnya," katanya. - Metrotvnews.com

25 penumpang ditahan kerana buka pintu kecemasan pesawat

BEIJING: Polis China menahan 25 penumpang yang membuka pintu kecemasan pesawat sebelum ia berlepas berikutan rasa marah apabila penerbangan mereka ditangguh kerana salji semalam, lapor media.
Mereka terpaksa menunggu di kerusi masing-masing selama berjam-jam selepas penerbangan mereka dari bandar barat daya, Kunmining ke Beijing ditangguhkan.
Penumpang berkata, mereka yang berada dalam pesawat bimbang apabila pembantu kapten tidak dapat mengawal dirinya selepas dia 'menyumpah dan mengutuk'.
Pesawat pada awalnya sudah mengalami kelewatan selama lima jam sebelum berlepas dan kemudiannya sekali lagi ditangguhkan ketika salji dibersihkan dari pesawat itu. - AFP

Lima ditahan berkaitan pertumpahan darah di Paris dibebaskan



ANGGOTA polis Perancis berada berhampiran petugas media di Paris hari ini. - Foto AFP
PARIS: Lima individu yang ditahan disyaki mempunyai kaitan dengan pertumpahan darah selama tiga hari di Perancis telah dibebaskan daripada tahanan, kata jurucakap pendakwa raya di Paris, hari ini.
Lelaki bersenjata yang menyerang pejabat akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo, sebuah pasar raya halal dan rumah percetakan serta membunuh polis wanita di Paris, semuanya mati selepas digempur polis.
Ahli keluarga penyerang itu sudah dikenakan tuduhan awal, namun jurucakap pendakwa raya, Agnes Thibault Lecuivre berkata, lima tahanan dibebaskan lewat Sabtu dan tidak ada yang kekal dalam tahanan dalam serangan yang menyebabkan 17 orang mati.
Balu salah seorang lelaki bersenjata itu yang dinamakan sebagai rakan sejenayah, dipercayai telah pergi ke sebuah bandar Turki berdekatan sempadan Syria.
Bagaimanapun, pegawai risikan Turki berkata, kesemua kesan bagi menjejakinya hilang.
Sebelum ini, polis Perancis menahan tujuh individu ketika mereka melancarkan gerakan memburu dua beradik yang disyaki terbabit dalam serangan di pejabat akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo mengakibatkan 12 terbunuh. - AP

56 mati selepas minum bir tercemar di Mozambique

MAPUTO: Sekurang-kurangnya 56 orang mati di sini semalam selepas minum bir tradisional yang sudah tercemar, kata pihak berkuasa kesihatan Mozambique.
Selain itu, seramai 49 orang lagi dikejarkan ke hospital di daerah Chitima dan Songo di timur laut wilayah Tete manakala 146 orang lagi dilaporkan diperiksa disebabkan keracunan.
Pegawai kesihatan daerah, Alex Albertini berkata, mereka yang meminum bir terbabit itu menghadiri majlis pengebumian di situ kelmarin.
Pombe, bir tradisional Mozambique diperbuat daripada sekoi (tumbuhan) atau tepung jagung.
Pihak berkuasa percaya minuman itu bercampur dengan hempedu buaya ketika majlis berkenaan berlangsung.
Sehubungan itu, Pengarah hospital wilayah itu, Carle Mosse berkata, sampel darah dan bir tradisional itu dihantar ke Maputo untuk diuji.
"Kami tidak mempunyai kemudahan untuk membuat ujian," katanya.
Katanya, keadaan mungkin bertambah buruk kerana wilayah berkenaan tidak mempunyai kemudahan mencukupi bagi mengendalikan masalah terbabit.
Tetamu yang hadir pada majlis pengebumian itu meminum bir berkenaan pada sebelah pagi dilaporkan tidak mengalami sebarang penyakit manakala mereka yang minum pada sebelah petang dilaporkan mengadu tidak sihat. - AFP

Mayat bungkusan berbungammm

Oleh Errah Amran 
am@hmetro.com.my


Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki warga asing yang dibungkus selimut ditemui dalam semak berhampiran kawasan perindustrian Science Park, Bukit Tengah hari ini.
Jurucakap polis berkata, mayat yang dibalut selimut bercorak bunga merah itu ditemui orang awam yang kemudiannya menghubungi polis pada 2 petang.
"Berdasarkan pemeriksaan awal, tiada sebarang kesan kecederaan luaran yang ditemui pada tubuh mangsa dan tiada suntikan BCG di lengannya.
"Tidak ada sebarang unsur jenayah setakat ini dan kami tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri berhampiran mangsa.
"Mangsa dipercayai mati di tempat lain sebelum dibuang di sini, dua tiga hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang berbau," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 5:20 PM


MAYAT warga asing yang dibungkus selimut.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23114#sthash.quJ144ig.dpuf

Dua pemandu maut bertembung

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Batu Pahat: Dua pemandu kereta maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 5, Jalan Yong Peng- Parit Sulong di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa yang memandu Proton Satria, Zainal Sarbini, 53, dan pemandu Proton Iswara, M Ravindran, 38, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Satria, Proton Iswara dan sebuah Toyota Hilux.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Satria terbabit cuba memotong kenderaan lain yang berada di depannya sebelum bertembung dengan Proton Iswara yang berada dari arah bertentangan.
"Dalam masa sama, Toyota Hilux yang berada dari arah sama Proton Iswara tidak sempat mengelak dan melanggar kedua-dua kereta terbabit namun pemandu Toyota Hilux itu terselamat dan tidak mengalami kecederaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 11:32 AM


KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23100#sthash.0WgggmyY.dpuf

Padah lawan arus

Oleh Khairul Hamizy Ramlee 
am@hmetro.com.my


Marang: Seorang pembantu kedai makan lelaki maut apabila Honda EX5 ditunggangnya bertembung dengan Honda EX5 dinaiki dua lelaki dari arah bertentangan di Kampung Kelulut, di sini, 2 pagi tadi.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Mohd Yusof Embong, 24, dipercayai melawan arus di bahu Jalan Kuala Terengganu-Kuantan sebelum menyeberangi jalan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di kampung berkenaan.
Malangnya, tindakan itu mengundang tragedi apabila sebuah motosikal dinaiki dua lelaki berusia 20-an gagal mengelak dan bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa.
Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua pemuda terbabit parah di kepala dan badan serta dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Risikan Satiman mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 4:36 PM


FOTO Khairul Hamizy Ramlee
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23112#sthash.qjKvRILX.dpuf

Pesta lalok, seks hari jadi

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Mohd Hasbi Sidek
Klang: Polis menahan 19 lelaki dan 10 wanita kerana terbabit dalam pesta dadah dan seks di bilik hotel di Jalan Batu Tiga Lama, Klang, awal pagi tadi.
Serbuan kira-kira 3 pagi itu, dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara selepas menerima maklumat awam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, semua yang ditahan berusia 20 hingga 37 tahun termasuk dua daripadanya bekerja sebagai anggota polis bantuan sebuah bank.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam bilik berkenaan kemudiannya menemui pelbagai jenis dadah seperti eramin, ketamin dan ekstasi serta satu botol berisi air ketum.
"Siasatan lanjut mendapati, mereka mengadakan parti berkenaan untuk menyambut ulangtahun kelahiran seorang daripada individu yang ditahan dan mereka kemudiannya di bawa ke IPD Klang Utara untuk siasatan lanjut," katanya kepada Harian Metro.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 6:02 PM


ANTARA individu yang ditahan polis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23116#sthash.oJmpTj6X.dpuf

Penceroboh telan rusa ‘tewas’

Oleh Redzuan Muharam 
am@hmetro.com.my


Johor Bahru
“Ini kejadian pertama berlaku di sini, sejak taman ini dibuka 12 tahun lalu,” kata Pengurus Taman Rusa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Mohd Sum yang terkejut selepas rusa jagaannya mati ditelan ular sawa empat meter, kelmarin.
Mohd berkata, dia tidak berada di ladang ketika kejadian dan tahu mengenai kejadian itu selepas dihubungi kakitangan pada jam 8.45 pagi semalam.
Menurutnya, dia menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) bagi mendapatkan bantuan untuk menangkap reptilia berkenaan.
“Sebelum ini, taman ini pernah diceroboh anjing liar beberapa tahun lalu dan masalah itu diatasi selepas pihak pengurusan memasang pagar keselamatan.
“Namun, kedudukan taman yang berhampiran hutan dan zon penampan mungkin menyebabkan reptilia itu menjadikan kawasan sekitar sebagai habitatnya,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.
Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Johor Bahru Noor Mohd Sufian Ani berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama empat anggota.
Katanya, pasukannya tiba di tempat kejadian pada jam 9.15 pagi dan menangkap ular itu 10 minit kemudian.
“Operasi berjalan lancar dan ular sawa seberat 60 kilogram itu ditangkap dengan mudah kerana kekenyangan selepas menelan rusa.
“Reptilia berkenaan dibawa ke ibu pejabat JPAM Johor untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 7:42 AM


Anggota JPAM menangkap ular sawa yang membaham seekor rusa di Taman Rusa UTM, Skudai.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23286#sthash.IH2T7SGd.dpuf

Lelaki tanggal seluar bikin kecoh kedai kasut

Melaka: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman menimbulkan kekecohan apabila menanggalkan seluar serta memecahkan pintu kaca kedai kasut di Jalan Kee Ann, Bunga Raya, di sini, kelmarin.
Difahamkan, lelaki berusia 50-an itu hanya berseluar pendek dan memakai cermin mata hitam, membakar sepasang kasut di sebuah kedai kasut berdekatan, tetapi berjaya dihalang pekerja kedai sebelum dia cuba mengangkat kerusi dalam kedai itu.
Pekerja kedai yang hanya ingin dikenali sebagai Lim berkata, selepas setiap tindakan lelaki itu dihalang, dia melarikan diri ke sebuah kedai bunga di sebelah dan mengambil sejambak bunga sebelum terjatuh ke dalam longkang dipenuhi air ketika cuba melarikan diri.
“Saya dan seorang pekerja kedai bunga itu cuba mengambil kembali sejambak bunga yang dipegang lelaki itu.
“Selepas bunga dirampas, lelaki berkenaan yang basah, menanggalkan seluar sambil mencapai sebatang kayu dan menghayunkannya ke arah orang ramai.
“Orang ramai cuba menenangkannya, namun dia terus menimbulkan kekecohan apabila keluar dari longkang dan mencapai batu lalu melontarkannya ke arah pintu kaca kedai kasut sebelum melarikan diri dalam keadaan bogel dan menjadi lebih agresif dengan mencapai dan menghayunkan gunting yang diperolehnya di gerai menjual minuman berdekatan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penghuni dan Peniaga Bunga Raya Leong Zhen Huat berkata, lapan anggota keselamatan dari Pasukan Rondaan Bunga Raya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan, tetapi gagal menahan lelaki terbabit.
Beliau berkata, sebelum ini lelaki yang sama pernah muncul namun tidak menimbulkan masalah selain membebel dan bercakap seorang diri.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 7:29 AM


RAKAMAN kamera litar tertutup kedai kasut menunjukkan lelaki kurang siuman berkenaan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23269#sthash.D0BKx4mR.dpuf

Bapa, anak edar syabu sekilogram

Tawau: Gelagat dua beranak yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis membongkar kegiatan pengedaran dadah yang dilakukan mereka apabila polis menemui dadah jenis syabu seberat lebih satu kilogram (kg) bernilai RM130,000 daripada mereka.
Dadah berkenaan ditemui selepas polis melakukan pemeriksaan ke atas beg sandang dibawa mereka sebaik dicekup di Lorong Central Market berhampiran Pasar Gantung, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.30 petang, lelaki berusia 51 tahun dan anak lelakinya berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan polis yang melakukan intipan selepas berlaku pergelutan.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, polis yang menyedari kegiatan itu bertindak menghampiri supek lalu memperkenalkan diri.
“Bagaimanapun, salah seorang mereka yang terkejut terus membuang beg dipegangnya selain cuba melarikan diri.
“Namun, polis yang sudah mengepung kawasan itu menahan kedua-dua suspek selepas berlaku pergelutan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Awang Besar berkata, pemeriksaan terhadap beg dibuang suspek menemui 20 bungkusan plastik kecil lutsinar mengandungi hablur jernih disyaki syabu.
“Semua dadah ini diletakkan di dalam tiga bungkusan plastik besar di dalam beg terbabit.
“Anggaran berat syabu ditemui adalah 1,028.52 gram dan bernilai kira-kira RM130,000,” katanya.
Menurut Awang Besar, polis turut merampas sebuah kereta milik suspek dan dipercayai digunakan untuk tujuan mengedar dadah di sekitar bandar ini.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 5:18 AM


20 peket syabu dirampas selepas dua beranak ditahan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23088#sthash.jZ36XPl9.dpuf