Search This Blog

Sunday, January 11, 2015

Mayat lelaki berkafan ditemui dalam semak


11 Januari 2015

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki yang dibalut dengan kain selimut seperti dikafan, ditemui dalam semak di tepi jalan berhampiran bulatan kawasan Perindustrian Science Park Bukit Tengah, di sini hari ini.

Jurucakap polis berkata mayat lelaki dipercayai warga asing berusia lingkungan 30-an itu, ditemui 2 petang ini oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada polis.

"Lelaki itu melalui kawasan berkenaan sebelum terbau benda busuk, dia bertindak mencari di sekitar semak di tepi jalan tersebut sebelum ternampak bungkusan kain selimut bercorak bunga warna merah.

"Dia mendekati bungkusan seperti kafan itu dan ternampak mayat di dalam kain selimut tersebut dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis percaya mayat itu mati di tempat lain sebelum dibuang di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lepas berdasarkan keadaan mayat.  

"Pemeriksaan forensik mendapati mayat lelaki itu tiada tanda suntikan BCG di lengannya dan polis juga tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Superintendan Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan mayat itu telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya. - Bernama

Tiga penjenayah mati ditembak di Sungai Siput


11 Januari 2015


IPOH - Tiga penjenayah dipercayai warga asing, ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan polis di Jalan Lasah, Sungai Siput awal pagi ini, kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam.
 
Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 4.45 pagi itu, penjenayah terbabit ditumpaskan apabila sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Perak melakukan rondaan Ops Cantas Khas di kawasan tersebut.
 
"Polis mengesan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkan kereta tersebut berhenti namun suspek bertindak menghimpit kereta polis menyebabkan berlaku kejadian berbalas tembakan antara polis dan penjenayah terbabit," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.
 
Beliau berkata, polis menemukan sepucuk pistol automatik jenis Walther .22, empat bilah parang, dua kapak, tiga topeng muka dan lima pasang sarung tangan di dalam kereta suspek.
 
Katanya kereta itu dilaporkan hilang di Bukit Puchong, Selangor pada 20 Ogos tahun lepas.  
 
Paramasivam berkata, kesemua penjenayah berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun itu dipercayai aktif melakukan kegiatan jenayah sejak Julai tahun lepas.
 
Katanya tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada ketiga-tiga penjenayah itu yang dipercayai dalam perjalanan untuk melakukan rompakan di sekitar Sungai Siput.
 
"Kami percaya mereka adalah penjenayah yang sering melakukan jenayah samun rumah di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Sungai Siput, Taiping dan Kuala Kangsar," katanya.
 
Beliau berkata, dengan tertangkapnya penjenayah itu, polis percaya dapat menyelesaikan 17 kes samun di kawasan berkenaan.
 
Sementara itu, Paramasivam berkata polis menahan empat lelaki dipercayai warga asing dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Kanthan Baru, Chemor dan menemukan beberapa dokumen penting, dompet serta komputer riba yang dilaporkan disamun pada 5 Januari lepas.
 
"Kesemua suspek, yang cuba melarikan diri ketika serbuan berjaya diberkas. Mereka yang berumur antara 21 hingga 35 tahun kini direman sehingga 21 Januari untuk siasatan," katanya. - Bernama

Kontroversi hina Nabi di seluruh dunia


INSIDEN serangan maut di ibu pejabat Charlie Hebdo di Paris, 7 Januari lalu meragut nyawa 12 orang. Penyerang didakwa bertindak balas terhadap kartun kontroversi yang diterbitkan akhbar itu yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Berikut adalah antara kontroversi lain yang juga pernah menimbulkan kemarahan umat Islam dan langkah diambil untuk mengelakkan sebarang tindak balas berbahaya.

Kartun Denmark
Pada 2006, kartun yang disiarkan dalam akhbar harian Jyllands-Posten dan dicetak semula majalah Norway, Magazinet, mengaitkan Nabi Muhammad SAW dengan keganasan.
Kartun itu mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam dan menyebabkan bantahan di seluruh Timur Tengah.
Susulan kejadian itu, Arab Saudi memanggil pulang Dutanya di Denmark, manakala Libya bertindak menutup kedutaannya di Copenhagen.

Opera Mozart di Berlin
Setahun setengah selepas kemarahan umat Islam berhubung kartun Denmark, artis Sweden Lars Vilks memaparkan lakaran kasar pada seminar Stockholm yang menghina Nabi.
Lakaran tersebut menyebabkan pemimpin al-Qaeda mengumumkan ganjaran untuk membunuh Vilks serta editor akhbar Sweden lain yang menerbitkan kartun berkenaan.
The Met tarik semula tiga lukisan
Dalam langkah berjaga-jaga, Metropolitan Museum of Art menarik balik tiga lukisan awal Nabi sebelum imej itu dipamerkan sebagai sebahagian daripada koleksi Islamik, menurut New York Post.

Penapisan South Park
South Park, sebuah rancangan animasi sitkom dewasa lebih dikenali dengan gambaran biadab Yahudi, Katolik, Scientologists dan Nabi.
Pada 2010, rancangan itu cuba memaparkan watak Nabi Muhammad SAW dalam filem animasi, namun cubaan itu gagal walaupun program itu pernah menampilkan watak itu dua kali.
Selepas menerima ancaman daripada puak pelampau, Comedy Central mula menapis semua program yang cuba paparkan imej Nabi.

Molly Norris dan Everybody Draw Mohammed Day
Pada 2010, kartunis berpangkalan di Seattle, Molly Norris mencadangkan agar semua orang menghasilkan imej Nabi Muhammad SAW dalam lukisan. Ia sebagai tindak balas ancaman bunuh terhadap mereka yang terlibat dalam segmen South Park yang cuba memaparkan imej Nabi. Difahamkan, Norris melukis pelbagai objek yang bertujuan untuk menghina Nabi.
Selepas dia mengumumkan tentang Everybody Draw Mohammed Day, pemimpin al-Qaeda di Semenanjung Arab, Anwar al-Awlaki, mendedahkan wanita itu telah dimasukkan dalam senarai orang yang akan dibunuh.

Innocence of Muslims
Sebuah video berdurasi 14 minit bertujuan menghina Nabi yang disiarkan di laman YouTube pada 2012 mencetuskan bantahan umat Islam di seluruh dunia.
Tunjuk perasaan di beberapa negara telah mengakibatkan berpuluh orang terbunuh, beratus lagi cedera dan terdapat laporan bahawa klip video berkenaan mencetuskan serangan di bandar Benghazi di Libya, yang meragut nyawa duta AS. - Washington Post.

Ditahan kerana reka cerita mayat bergelimpangan


Mazlan (dua,kiri) menunjukkan mesej palsu yang disebarkan.
Mazlan (dua,kiri) menunjukkan mesej palsu yang disebarkan.
KOTA BHARU - Tindakan sepasang suami isteri dari Kodiang, Kedah menyebar berita palsu mendakwa ada mayat bergelimpangan di satu lokasi bah di Kuala Krai, minggu lalu, mengundang padah apabila ditahan polis, di rumah mereka, kelmarin.

Lelaki berusia 45 tahun dan isterinya berusia 43 tahun itu masing-masing berkhidmat sebagai guru ditahan di Kodiang, pada jam 12 tengah hari.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Kormersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan selepas menerima aduan pada jam 1.30 tengah hari, 29 Disember lalu.

Katanya, pengadu iaitu seorang anggota polis menerima mesej daripada aplikasi Watapps ke telefon bimbitnya berkait dakwaan tersebut sebelum maklumat palsu berkenaan disedari tersebar menjadi viral.

“Mesej berbunyi, “Ye Ila sekarang Kuala Krai dah nak surut air. Sukarelawan mula masuk tempat air surut. Banyak mayat bergelimpangan, mayat dalam rumah lagi yang mana tak sempat nak selamatkan diri. Baru dapat cerita terus dari kawan di jarak sana.

“....“Berita tv memang takkan bagitau. Tula keadaan sebenarnya yang terkini. Dasyat sungguh, dasyat sekali, gerun, ngeri dengar Subahanallah, Ya Allah. Ramai rupanya yang mati Ila yang kat atas rumah, atas bukit tu mati kelaparan, kesejukkan. Semua mayat tak dapat diuruskan, kesiannya dengar. Jalan tu lepas tu jumpa mayat budak terbiar. Tunggu air surut ni baru boleh tau ramai mana yang mati. Yang kena hayut air lagi berita dalam tv semua tak cakap.

“.....“Ya Allah, derita sungguh. Dah lebih dalam keadaan darurat. Bantuan dari heli dicampak macam tu jer dari atas. Orang tu duk berebut nak cari makan yang dicampak tu sibuk duk cari jumpa mayat bersepah-sepah kebanyakan mati budak lelaki sejuk dan lapar. Betul ke? Innalillahiwainnalillahirajion.

“....“Al-Fatihah untuk satu keluarga seramai 10 orang dipercayai lemas terperangkap dalam rumah di Guchil Kuala Krai, Kelantan. Mayat mangsa dijumpai pagi ini setelah air surut.... Sumber dari Astro Awani”,” katanya ketika membaca semula mesej berkenaan.

Mazlan berkata, pihaknya mendapati mesej tersebut adalah palsu dan berbaur fitnah yang disebarkan melalui aplikasi tersebut.

“Sehubungan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan mengesan dua suspek yang bekerja sebagai guru di Kedah. Suspek lelaki tersebut berasal dari Bachok, manakala isterinya dari Kodiang,” katanya.

Sebelum ini, seorang juruteknik dari Kuantan, Pahang ditahan selepas dipercayai menyebarkan berita palsu berkait sekatan bantuan bertujuan melekatkan label sebuah parti yang diviralkan di dalam laman sosial facebook. Suspek terbabit dibebaskan dengan jaminan polis, bagaimanapun siasatan masih diteruskan.

Untuk rekod, di Kelantan setakat semalam, polis mengesahkan sebanyak 11 kematian akibat lemas dan dua masih hilang serta sedang giat dicari.

QZ8501: Pasukan SAR Yakin Temui Badan Pesawat


Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 1:40 PM
Ekor pesawat QZ8501 dibawa ke Pelabuhan Teluk Kumai, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah pada Sabtu.

PANGKALAN BUN: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia percaya peralatan pengimbas sonar mengesan badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dan penyelam diarahkan ke lokasi untuk meneliti penemuan itu, kata seorang pegawai kanan.
Terdahulu, pasukan SAR turut mengesan isyarat ping dipercayai datang dari kotak hitam pesawat terbabit dekat ekor pesawat yang berjaya diangkat ke atas permukaan air pada Sabtu.
Namun, tiada kotak hitam ditemui pada ekor pesawat terbabit.
Supriyadi, penyelaras operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) berkata, peralatan pengimbas sonar mendedahkan objek berukuran 10 meter panjang dikesan di dasar laut.

"Mereka percaya ia adalah badan pesawat. Besar kemungkinan kotak hitam itu berada dekat dengan badan pesawat tersebut.

"Pasukan penyelam sudah dihantar untuk mengesahkan data tersebut. Operasi selaman sudah dimulakan," kata Supriyadi.

Sebanyak 48 mayat telah ditemui setakat ini di Laut Jawa dan pasukan SAR masih mengesan badan pesawat tersebut yang dipercayai mengandungi lebib banyak mayat penumpang.

14 Lelaki Warga Asing Ditahan Di Bukit Mertajam


Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 1:22 PM

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 14 lelaki warga asing ditahan dalam operasi di beberapa rumah kongsi dan rumah sewa di Bukit Tengah di sini dari 11 malam Sabtu hingga 2 pagi Ahad, kata Ketua Polis Daerah SPT ACP Rusli Mohd Noor.

Beliau berkata 14 lelaki berusia 20 hingga 45 tahun dari Indonesia, Myanmar dan Bangladesh itu didapati tidak memiliki dokumen perjalanan, tidak mempunyai permit dan pas kerja yang sah.

Kesemua mereka dihantar ke Depoh Tahanan Juru untuk siasatan, katanya.

Katanya Op Bersepadu Pencegahan Jenayah Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) itu dijalankan dengan kerjasama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu menyasarkan pusat hiburan, siber kafe, kegiatan pelacuran dan pencegahan jenayah.

Rusli berkata dalam operasi itu, polis turut menahan dua lelaki dan empat wanita berusia 20 hingga 30 tahun di sebuah pusat hiburan kerana memiliki dadah manakala tiga lagi lelaki ditahan atas kesalahan menurut Akta Penapisan Filem, Akta Racun dan Akta Pencegahan Dadah.

Beliau berkata pihaknya turut menjalankan operasi trafik dan mengeluarkan 75 saman atas pelbagai kesalahan.

Mayat Wanita Berpakaian Sari Ditemui Terapung Di Sungai


Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 7:23 PM

BANTING: Mayat seorang wanita berpakaian sari warna hijau ditemui terapung di sebuah sungai di taman perindustrian Olak Lempit di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azman Abdul Razak berkata, seorang polis bantuan di sebuah kilang memaklumkan kepada polis mengenai mayat tersebut pada kira-kira pukul 9.30 pagi Sabtu.
"Mayat itu berpakaian sari warna hijau dan berseluar pendek. Siasatan awal mendapati terdapat kesan kelar di bahagian kiri wajahnya.
"Wanita itu dipercayai dalam lingkungan 40-an dan polis sedang mengesan identitinya. Kita siasat kes ini sebagai bunuh," katanya.
Mereka yang mempunyai laporan kehilangan ahli keluarga diminta untuk menghubungi polis.

Dua Beranak Mati Lemas Di Sungai Moyog


Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 2:31 PM

KOTA KINABALU: Dua beranak yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus ketika berkelah di Sungai Moyog, Penampang, petang Sabtu, ditemui mati lemas di sungai itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang Mohammad Akramin Sakirun berkata, mayat Samra Tongkoon, 40, dan anaknya Noel,8, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 9 pagi Ahad, kira-kira 50 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.
"Ketika dijumpai, Samra dan anaknya dalam keadaan berpelukan," kata Mohammad Akramin yang mengetuai enam pegawai dan 20 anggotanya dalam operasi mencari dua beranak itu, ketika dihubungi Bernama.
Kira-kira pukul 1.40 tengah hari, Samra cuba menyelamatkan anaknya itu yang dihanyutkan arus ketika cuba mendapatkan seliparnya yang dihanyutkan air sebelum kedua-duanya hilang.

Teori Konspirasi Tak Akan Lemahkan Usaha Malaysia Cari MH370 - Liow


Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 10:39 PM

ALOR GAJAH: Teori konspirasi, yang berpusar-pusar seperti perairan di selatan Lautan Hindi yang begitu berbahaya, telah muncul daripada pelbagai platform seperti media sosial berhubung sebab-sebab kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Namun, teori-teori yang tidak berasas itu tidak akan menjejaskan usaha Malaysia dan negara-negara lain untuk mencari pesawat Boeing 777 itu, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, Malaysia tidak pernah mengaku kalah dalam usaha mencari pesawat itu yang hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lepas.
"Sebenarnya, usaha pencarian itu dipergiatkan dengan lebih banyak aset termasuk kapal pencarian digunakan oleh Malaysia dan Australia di Lautan Hindi.
"Kami menjangkau sehingga kedalaman 6,000 meter di satu daripada lautan yang paling kompleks di dunia.
"Ia bukan satu tugas yang mudah memandangkan kedalaman yang luar biasa dan ia akan mengambil masa.. namun Malaysia tidak akan berputus asa di sebalik teori-teori konspirasi.
"Mereka yang dahagakan maklumat mengenai MH370 perlu mendapatkannya daripada sumber yang boleh dipercayai dan daripada akaun media sosial yang yang autentik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sesi latihan kader Selangor Wanita MCA di sini, Sabtu.
Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lalu semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pesawat Boeing 777 masih belum ditemui, walaupun selepas usaha pencarian menyeluruh di selatan Lautan Hindi di selatan di mana ia dipercayai telah berakhir selepas tersasar daripada haluannya.

Tiada Kotak Hitam Di Dalam Ekor Pesawat QZ8501


Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 8:21 AM
Ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditarik oleh kapal Crest Onyx.

JAKARTA: Bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa berjaya dibawa naik ke permukaan laut dengan menggunakan beg pelampung tetapi malangnya tiada kotak hitam ditemui didalamnya, kata pihak berkuasa Indonesia.
Pesawat Airbus yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terhempas berikutan cuaca buruk ketika dalam perjalanan dari Surabaya menuju ke Singapura pada 28 Disember lalu.

Kesemua penumpang dilaporkan maut.

Bahagian ekor pesawat, lokasi penyimpanan kotak hitam pesawat itu ditemui dalam keadaan terbalik dan terbenam dalam dasar laut pada kedalaman 30 meter.

Ia berjaya dibawa naik ke permukaan laut menggunakan kaedah pengapungan dengan enam beg pelampung dan ditarik oleh kapal Crest Onyx.
Keadaan ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang berjaya dibawa naik ke atas kapal. 

"Kami berjaya membawa naik ekor pesawat itu ke atas kapal. Ia berwarna merah dan putih dan sebahagian besar logo AirAsia jelas kelihatan," kata seorang jurucakap Tentera Laut Indonesia, Manahan Simorangkir.

Ekor pesawat itu adalah serpihan besar pesawat yang ditemui dan dipercayai boleh merungkai misteri kemalangan pesawat tersebut.

Namun, menurut Pengarah Operasi Basarnas, Marsma SB Supriyadi, kotak hitam, yang merakamkan segala perbualan juruterbang di dalam kokpit mungkin tertanggal daripada ekor pesawat tersebut.

Isyarat ping yang dipercayai dihantar oleh kotak hitam pesawat tersebut pada Jumaat menguatkan lagi harapan ia akan ditemui bersama ekor pesawat tersebut.

Namun, misi pencarian agak mengecewakan apabila pihak berkuasa menyedari isyarat ping itu datang dari arah lain dan bukannya di dalam ekor pesawat tersebut.

Kotak hitam itu dipercayai terbenam jauh di dasar laut yang berselut. 

Kerajaan Kaji Bentuk Bantuan Mangsa Banjir Alami Kerosakan Rumah


Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 9:37 PM
Mustapa (dua, kiri) ketika melawat kawasan yang terjejas akibat banjir di Taman Kusial Baru di Tanah Merah, Sabtu. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (kiri). Foto BERNAMA

TANAH MERAH: Kerajaan akan mengenal pasti bentuk bantuan akan diberikan kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan rumah, kata Pengerusi Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata bagi mangsa yang kehilangan rumah sepenuhnya akibat banjir, pihak kerajaan telah mempunyai dasar untuk membantu mereka.
"Bantuan kerajaan akan beri tetapi yang rosak kami kena bincang lebih lanjut macam mana nak tentukan kerosakan. 
"Kalau yang rosak ada masalah dan agak rumit untuk kita dapatkan maklumat, lihat setakat mana yang boleh kita bantu," katanya kepada pemberita ketika melawat perumahan Kusial Baharu di sini, Sabtu.
Mustapa berkata, sebanyak 249 buah rumah di perumahan berkenaan rosak selepas ditenggelami air baru-baru ini.
Beliau berkata, fokus sekarang adalah melakukan kerja-kerja pembersihan di kesemua kawasan terjejas banjir termasuk di perumahan berkenaan.
Terdahulu, beliau melawat kawasan terjejas akibat banjir di jajahan Kuala Krai iaitu di Dabong dan Kemubu.

Cuaca sejuk di tahap beku


Seorang lelaki membersihkan salji tebal di Capitol Hill, di Washington. - Foto AFP
Seorang lelaki membersihkan salji tebal di Capitol Hill, di Washington. - Foto AFP
OTTAWA - KANADA. Cuaca sejuk melampau yang melanda Kanada dan sebahagian Amerika Syarikat minggu ini memaksa sekolah ditutup, menjejaskan penerbangan dan meragut sekurang-kurangnya empat nyawa.

Selain itu, gempa salji atau cryoseisms turut dilaporkan berlaku di Ottawa, Rabu lalu, selepas tanah beku retak akibat suhu sejuk melampau lapor Channel News Asia.

Difahamkan, suhu jatuh sehingga -40 darjah Celsius dan keadaan sejuk pada peringkat itu dianggap sangat bahaya kerana mampu membekukan kulit yang terdedah dalam hanya beberapa minit.

Pegawai di kedua buah negara menggesa orang ramai agar tidak keluar rumah dan mengurangkan sebarang aktiviti di luar rumah kecuali jika benar-benar perlu.

Suhu di dua negara terlibat mula menurun sejak awal minggu ini dan keadaan dijangka bertahan sekurang-kurangnya sehingga hari ini.

Isyarat ping dikesan


Helikopter pasukan Sar mendarat di atas Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) Banda Aceh. Misi mencari serpihan dan mangsa QZ8501 kini memasuki hari ke-13 semalam.
Helikopter pasukan Sar mendarat di atas Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) Banda Aceh. Misi mencari serpihan dan mangsa QZ8501 kini memasuki hari ke-13 semalam.
JAKARTA - INDONESIA. Pasukan Mencari dan Menyelamat (Sar) mengesan isyarat ping di Laut Jawa, dipercayai dari kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas Disember lalu.

Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Moeldoko berkata, isyarat ping berkenaan hampir dengan bahagian ekor pesawat yang ditemui.

"Sebuah kapal yang menyertai misi Sar menerima isyarat ping berkenaan kira-kira 300 meter dari lokasi di mana ekor pesawat QZ8501 ditemui.

"Kami telah menghantar pasukan penyelaman ke arah lokasi isyarat tersebut," katanya kepada dpa.

Pengesanan kotak hitam pesawat dianggap penting bagi mengetahui apakah punca sebenar kejadian kerana ia memiliki rakaman suara dan data penerbangan.

Pesawat itu terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu ketika cuaca ribut selepas terbang dari Surabaya menuju ke Singapura bersama 162 penumpang dan anak kapal.

Cuaca buruk sejak beberapa hari lalu turut mengganggu usaha mencari mayat dan bangkai pesawat.

Cuaca berais, ribut pasir landa Saudi


Jarak penglihatan sifar akibat ribut pasir menyukarkan pemanduan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di wilayah timur Arab Saudi.
Jarak penglihatan sifar akibat ribut pasir menyukarkan pemanduan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di wilayah timur Arab Saudi.
RIYADH - ARAB SAUDI. Cuaca berais disertai ribut pasir dilaporkan melanda sebahagian besar kerajaan Arab Saudi, sekali gus mengurangkan jarak penglihatan di jalan raya hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas di negara itu.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, Mejar Mohammed Al-Hamadi berkata, 34 kawasan di Riyadh yang telah terjejas termasuk Hutat Bani Tamim, Dalam, Hariq, Hilwa, Hayathim dan Rima.

"Keadaan menjadi lebih buruk pada waktu siang sejak awal pagi kelmarin, di mana suhu di bandar itu mencecah 7 darjah Celsius pada waktu malam dan 13 darjah Celsius pada pagi Jumaat," katanya.

Sementara itu, di wilayah timur, penduduk mengadu berdepan cuaca buruk sejak Selasa lalu dengan kabus tebal dan cuaca sejuk pada waktu malam lapor Arab News.

Di Buraidah, Qassim, penduduk turut mendakwa dilanda ribut pasir hingga mengurangkan jarak penglihatan bagi pengguna jalan raya.

Arab Saudi dan beberapa negara kering lain di ranyau itu biasanya mengalami ribut pasir berikutan suhu tidak menentu mengikut musim.

Suspek 'keganasan' di Paris Berjaya Lolos. Siapa Dia Dulunya Berbikini?

Anggota ISIS ikut sandera toko Yahudi dulunya gemar pakai bikiniGambar pasangan penawan tebusan Perancis ini dulunya, sekarang anggota ISIS yang berhijab.

Paris: Hayat Boumeddiene adalah satu-satunya suspek yang disebut 'keganasan' di ParisPerancistelah berjaya lolos dan menghilangkan dirisetelah penyerbuan polis malam tadiSiapa sangkaahli ISIS cawanganEropah ini dulunya wanita sekular.

Dalam foto yang kini beredardia memeluk seorang lelaki dan memakaibikiniInilah wanita yang paling dicari di seluruh Negeri Menara Eiffel itu.Selain tebusan kedai layan diri YahudiBoumeddiene dijangka terlibat dalam pembunuhan polis wanita dua hari sebelumnya bersamaan dengan seranganTabloid Charlie Hebdo.

Suaminya, Amedy Coulibalyadalah pendatang Senegal yang terlibatrangkaian ISISDia pernah dipenjara pada 2007 kerana terlibat rangkaianteroris. Coulibaly mati ditembak selepas kes tebusan semalamDalamkeadaan kacau penyerbuan polis ituwanita keturunan Tunisia ini berjaya menghilang. 
 

"Boumeddiene berjaya lari kerana dia jadi salah satu tebusanjadi polisbercelaru.ujar salah satu polis setempat seperti yang lapor dari Daily Mail,Sabtu (10/1).

Pasangan suami isteri ini berkahwin secara legal di PerancisSelepasberkahwin dengan CoulibalyBoumeddiene tidak pernah sekalipun kelihatantanpa hijabnyaIa menjadi jihadis sejak itu. Sebelum jadi jihadis danmengenakan hijabBoumeddiene bekerja sebagai juruwang dengan gaji minimum di pinggir Bandar JuvisyParis pada 2009.

Seperti diberitakan sebelumnyadua bersaudara Cherif Kouachi dan SaidKouachi yang menyerang pejabat Charlie Hebdoakhirnya tewasDua pelakuketurunan Algeria dan pernah dilatih Al Qaeda Yaman ini menembak polis,lalu dibalas balik.

Dalam waktu bersamaanusaha penawanan dua orang tebusan satu pasar raya milik Yahudi juga berjaya diakhiriwalaupun orang awam ikut tewas dan terkorbanInsiden ini lebih berkaitan dengan Negara Islam Iraq danSyam (ISIS). Total lima orang terbunuhtermasuk pelaku bernama AmedyCoulibaly.

Polis Perancis belum menyimpulkan dua insiden tebusan itu berkaitan keranalatar organisasi para militan berbezaTapi kepada perunding sebelumdiserbuCoulibaly menuntut Kouachi bersaudara dilepas hidup-hidup. (IH)
 

Polis tembak mati tiga perompak di Sungai Siput

SUNGAI SIPUT: Polis menembak mati tiga perompak dalam satu kejadian di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, sumber polis memberitahu semua suspek dipercayai sedang dalam perjalanan untuk melakukan kegiatan jenayah di Taman Jalong di sini.
Katanya, polis turut menemui pistol dan parang yang dipercayai digunakan mereka dalam kenderaan dinaiki mereka.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam dijangka membuat sidang media berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK) hari ini.

Ekor QZ8501 dibawa ke Pangkalan Bun

JAKARTA: Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) berjaya membawa naik ke permukaan laut bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dari dasar laut berhampiran Pangkalan Bun di Kalimatan Tengah.
Bahagian pesawat itu kini berada atas kapal pengangkut Crest Onyx yang sedang menuju ke Pangkalan Bun untuk tindakan seterusnya, termasuk mencari kotak hitam.
Kerja-kerja membawa naik bahagian ekor pesawat itu mengambil masa lebih 7 jam dan ia menggunakan kaedah pengapungan dengan enam beg pelampung.
Bagaimanapun, keadaannya didapati dalam keadaan yang tidak baik.
Bahagian ekor pesawat itu dikesan tiga hari lepas dan ia didapati dalam keadaan terbalik dan terbenam dalam dasar laut yang berselut.
Laporan itu juga menyebut pihak berkuasa masih tidak pasti sama ada kotak hitam berada dalam bahagian ekor itu.
Operasi SAR yang dikendalikan oleh Badan SAR Nasional (BASARNAS) dan dibantu oleh beberapa negara lain termasuk pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu memasuki hari ke-14 hari ini dan setakat ini 48 mayat telah ditemui.
Identiti 29 dari mereka telah dikenal pasti.
Pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu telah berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama.
Ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia tidal lama setelah berlepas.
Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, tiga Korea Selatan dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia dan United Kingdom.
Kru terdiri daripada enam rakyat Indonesia dan seorang warga Perancis.
- BERNAMA

Gempa bumi 6 magnitud gegar Filipina


MANILA: Gempa bumi kuat berukuran 6 magnitud menggegar ibu negara Filipina sehingga penduduk terkejut dari tidur awal pagi tadi, kata pakar seismologi Filipina.
Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan.
Jurucakap Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina, Renato Solidum berkata, gempa pada awal pagi itu berpusat di dasar laut kira-kira 43 kilometer barat daya bandar San Antonio, barat laut wilayah Zambales.
Bagaimanapun, gempa yang terlalu dalam dasar laut tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kematian.
Solidum berkata, gempa susulan dijangka berlaku selepas ia turut dirasai di Pulau Luzon.
Sementara itu, gempa bumi berukuran 7.7 magnitud pernah menyebabkan kira-kira 2,000 orang terkorban di Luzon pada 1990. - AP

57 orang maut nahas bas dan lori tangki di Pakistan


PASUKAN sukarela Pakistan memeriksa keadaan bas yang hangus terbakar apabila dirempuh sebuah lori tangki minyak, awal pagi tadi. - Foto AFP
KARACHI: Sekurang-kurangnya 57 orang maut apabila sebuah lori tangki membawa minyak yang dipercayai dipandu laju di laluan salah merempuh sebuah bas dalam kejadian awal hari ini, kata polis.
"Bas membawa kira-kira 50 penumpang itu berlanggar lori tangki minyak itu yang dikatakan datang dari laluan salah," kata pegawai polis kanan, Rao Muhammad Anwaar.
"Bas itu terbakar selepas nahas menyebabkan sekurang-kurangnya 57 orang terkorban," katanya.
Bas terbabit dalam perjalanan dari bandar Shikarpur menuju bandar pelabuhan di selatan Karachi apabila nahas berlaku di atas permukaan yang tidak rata.
Anwaar berkata, antara mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak manakala sebahagian yang lain belum dapat dikenal pasti.
Beberapa penumpang terselamat selepas mereka melompat keluar menerusi tingkap bas.
"Kita sedang cuba menyiasat sekiranya kesalahan dilakukan oleh pemandu lori tangki minyak itu atau sama ada pemandu bas juga melakukan kecuaian," katanya.
Pakistan mempunyai rekod kemalangan jalan raya yang tinggi berikutan keadaan jalan yang kurang baik, kenderaan yang tidak diselenggara dan kelemahan cara pemanduan. - AFP

Seorang terkorban nahas helikopter di Puerto Rico



PASUKAN pencari dan penyelamat memeriksa mayat pemandu helikopter yang terhempas dari perairan berhampiran ibu kota Puerto Rico, hari ini. Foto ihsan Associated Press
SAN JUAN, Puerto Rico : Sebuah helikopter terhempas pagi ini di perairan berhampiran ibu kota Puerto Rico, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terkorban, kata polis negara itu.
Pihak berkuasa berkata, nahas berlaku dekat terminal feri di kawasan penempatan pantai Catano.
Ia dikenal pasti sebagai helikopter jenis Robinson milik Vertical Solutions, syarikat pelancongan dan sewa khas tempatan.
Pegawai itu berkata, helikopter terbabit digunakan sebagai sebahagian daripada latihan penerbangan ketika ia terhempas.
Polis pada mulanya berkata, dua orang mati tetapi kemudian mengesahkan hanya terdapat satu mangsa.
Mereka mengenal pasti mangsa sebagai Javier Acosta Rosa, berusia 59 tahun, berasal dari bandar Bayamon, utara Puerto Rico.
Pihak berkuasa berkata, pegawai Pentadbiran Penerbangan Persekutuan ditugas untuk mengeluarkan helikopter berkenaan dari dalam air. -AP

QZ8501: Tiga kapal SAR dakwa berjaya kesan kotak hitam


JAKARTA : Tiga kapal yang ditugaskan dalam proses pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 mendakwa sudah berjaya mengesan kedudukan kotak hitam yang kini menjadi sebahagian fokus pencarian.
Timbalan Ketua Bidang Teknologi dan Pengembangan, Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT), Ridwan Djamaluddin mengakui tiga kapal itu berjaya mengesan 'pinger' yang sama, kira-kira jam 8.15 Waktu Indonesia Tengah (WITA).
"Yakin.. kerana tiga kapal melaporkan suara yang sama dengan tiga alat yang berada di tiga lokasi.
"Mudah-mudahan ia tidak salah kerana tiga alat itu ketika melakukan pengesanan, pingnya menjawab dari kotak hitam pesawat," kata Ridwan.
Beliau berkata, pinger daripada kotak hitam yang dicari selama ini berada di kedalaman sekitar 30 meter di dasar Laut Jawa.
Bagi proses seterusnya, Ridwan berkata pihaknya akan menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT)
"Untuk mengangkat (kotak hitam), hanya KNKT yang mempunyai kuasa mengangkatnya," katanya.
-Metrotvnews.com

57 orang maut nahas bas dan lori tangki di Pakistan


PASUKAN sukarela Pakistan memeriksa keadaan bas yang hangus terbakar apabila dirempuh sebuah lori tangki minyak, awal pagi tadi. - Foto AFP
KARACHI: Sekurang-kurangnya 57 orang maut apabila sebuah lori tangki membawa minyak yang dipercayai dipandu laju di laluan salah merempuh sebuah bas dalam kejadian awal hari ini, kata polis.
"Bas membawa kira-kira 50 penumpang itu berlanggar lori tangki minyak itu yang dikatakan datang dari laluan salah," kata pegawai polis kanan, Rao Muhammad Anwaar.
"Bas itu terbakar selepas nahas menyebabkan sekurang-kurangnya 57 orang terkorban," katanya.
Bas terbabit dalam perjalanan dari bandar Shikarpur menuju bandar pelabuhan di selatan Karachi apabila nahas berlaku di atas permukaan yang tidak rata.
Anwaar berkata, antara mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak manakala sebahagian yang lain belum dapat dikenal pasti.
Beberapa penumpang terselamat selepas mereka melompat keluar menerusi tingkap bas.
"Kita sedang cuba menyiasat sekiranya kesalahan dilakukan oleh pemandu lori tangki minyak itu atau sama ada pemandu bas juga melakukan kecuaian," katanya.
Pakistan mempunyai rekod kemalangan jalan raya yang tinggi berikutan keadaan jalan yang kurang baik, kenderaan yang tidak diselenggara dan kelemahan cara pemanduan. - AFP