Search This Blog

Saturday, January 10, 2015

Gempa sederhana landa Sumatera Utara


10 Januari 2015


KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada 6.59 pagi hari ini, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurutnya gempa bumi itu berpusat di 2.6 utara dan 96 timur, 25km tenggara Simeulue, Indonesia dan 541km barat daya Lumut, Perak.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan, menurutnya. - Bernama

Mayat terlalu lama dalam air


Petugas Sar mengangkat mayat bernombor 0040 dan 041 dari pesawat CN-295 di Surabaya, semalam.
Petugas Sar mengangkat mayat bernombor 0040 dan 041 dari pesawat CN-295 di Surabaya, semalam.
PANGAKALAN BUN - INDONESIA. Dua kapal perang milik Jepun, Onami dan Katanami menemui tiga jenazah yang dipercayai penumpang QZ8501 di Laut Jawa.

Ketiga-tiga jenazah diterbangkan ke Pangkalan Udara Iskandar menggunakan helikopter Seahawk milik Jepun.

Ketika diturunkan, mayat mangsa telah rosak dan tinggal rangka kerana terlalu lama berada di dalam air lapor Tempo.com.

Menurut Koordinator Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI), Hariyanto, hanya seluar panjang yang masih terlekat pada tubuh jenazah.

"Keadaan mayat sudah tinggal rangka. Jantina ketiga-tiga jenazah adalah lelaki," katanya.

Sementara itu, dua lagi mayat ditemui dan diangkat ke Kapal Mahakarya Geo Survey (MGS) yang berada di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Lapor portal CNN Indonesia, jantina mayat adalah seorang lelaki dan perempuan.

Mereka duduk bersebelahan dan diangkat dari laut bersama kerusi yang mereka duduki.

Mayat lelaki kelihatan memakai alat mengendong bayi di dadanya.

Penemuan terbaharu itu menjadikan jumlah mangsa yang ditemui setakat ini meningkat kepada 48 orang.

Terminal Lapangan Terbang Melbourne diancam


MELBOURNE - AUSTRALIA. Sebuah terminal di Lapangan Terbang Melbourne dikosongkan pada Jumaat malam, berikutan ancaman yang dilaporkan dibuat terhadap Tigerair.

Insiden itu yang berlaku pada 9 malam, menyebabkan orang ramai dipindahkan dari Terminal Empat, manakala beberapa pesawat dilarang daripada berlepas.

Kawasan itu diisytiharkan selamat oleh Polis Victoria pada 5 pagi Sabtu.

Terminal lain tidak terbabit dalam penutupan itu.

Sementara itu, jurucakap Lapangan Terbang Melbourne Anna Gillett memberitahu akhbar The Age, penerbangan Tigerair dibatalkan sebaik pihak berkuasa mengambil tindakan, tetapi tidak menyatakan alasan penutupan selama tujuh jam terminal itu.

Gillett berkata lapangan terbang itu tidak pernah mengeluarkan maklumat mengenai isu-isu keselamatan.

Ketua Eksekutif Tigerair Australia, Rob Sharp dalam kenyataan berkata: "Tigerair mengambil kira semua faktor keselamatan berkaitan ancaman itu sebagai
sesuatu yang amat serius".

"Semua langkah yang perlu telah diambil oleh syarikat penerbangan itu dengan segera melibatkan pihak berkuasa berkaitan dan melaksanakan langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan penumpang.

"Keselamatan kakitangan dan penumpang adalah keutamaan operasi pada setiap masa dan tidak akan berkompromi," tambah beliau. - Bernama

Penemuan Ekor QZ8501 Semakin Dekat Ketahui Punca Nahas - Liow


Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 10:44 PM
Pasukan penyelamat dan penyelam berada dekat dengan bahagian ekor pesawat QZ8501 di atas kapal milik Indonesia, Crest Onyx. Foto EPA

IPOH: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penemuan bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 itu merupakan selangkah lagi untuk mengenal pasti punca nahas.
Beliau berkata, pasukan mencari kini semakin hampir untuk mencari kotak hitam, yang tidak ditemui pada bahagian ekor pesawat.
"Saya dimaklumkan isyarat 'ping' dari kotak hitam semakin kuat dan dekat.
"Ia merupakan langkah penting bagi mengenal pasti apakah yang berlaku kepada pesawat itu," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
"Dengan kotak hitam itu, kita dapat mengakhiri segala spekulasi mengenai punca pesawat terhempas," tambahnya.
Liow turut berkata, pusat operasi di Lapangan Terbang Subang menerima laporan daripada Indonesia setiap hari dan mereka menelitinya.
"Kita juga menyelaraskan usaha kita bersama Kerajaan Indonesia bagi membantu mereka," katanya.

Fanatik bunuh tebusan tiada kaitan dengan Islam - Presiden Perancis



Presiden Perancis, Francois Hollande bercakap di hadapan pemberita di Istana Elysee, Paris, hari ini. - Foto EPA
PARIS: Presiden Perancis, Francois Hollande menyatakan serangan oleh lelaki bersenjata di sebuah pasar raya Yahudi di timur Paris, semalam tidak ada kaitan dengan Islam.
Sambil menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan anti-semitik, beliau berkata ancaman yang dihadapi Perancis ketika ini "belum tamat".
"Fanatik ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan agama Islam," katanya.
Dalam kejadian semalam itu, seorang lelaki bersenjata menawan lima tebusan di sebuah pasar raya Yahudi di timur Paris sebelum ditembak mati oleh polis.
Sementara itu, Hollande berkata beliau akan menghadiri perarakan perpaduan di Paris esok yang dijangka dihadiri ratusan ribu orang serta pemimpin negara termasuk dari Jerman, Britain, Itali dan Sepanyol. - AFP

QZ8501: Bahagian ekor pesawat berjaya diapungkan

PANGKALAN BUN: Bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya diapungkan ke permukaan air oleh pasukan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI), menjelang tengahari tadi.
Beg pelampung yang digunakan dalam operasi itu berjaya mengapungkan bahagian ekor pesawat itu sekitar jam 11.50 Waktu Indonesia Barat (WIB).
Bahagian ekor pesawat yang berwarna merah tua, di mana terletaknya kota hitam dan alat perakam penerbangan pesawat, dilihat tenggelam timbul di permukaan air yang berombak.
Operasi mengangkat naik ekor pesawat ini dari dasar laut Selat Karimata dimulakan sejak kelmarin tetapi keadaan arus air di dasar laut yang deras menyebabkan usaha itu terbantut sehingga hari ini.
Proses mengangkat ekor pesawat itu dimulakan pasukan penyelam dengan mengikat beberapa beg pelampung.
Terdahulu, penyelam juga cuba untuk mencari kotak hitam pada bahagian itu tetapi gagal berikutan arus air yang deras serta jarak pemandangan terhad di dasar laut.
Pengesanan sonar menerusi Kapal Navigasi Jadayat sebelum ini menjangkakan kemungkinan kotak hitam itu sudah terpisah daripada bahagian ekor pesawat. - Kompas.com

‘Tiada duit beli pakaian sekolah’

Mangsa banjir hilang punca pendapatan

Mohamed Munir Cheri (kiri) berbual dengan anaknya di dalam khemah
Mohamed Munir Cheri (kiri) berbual dengan anaknya di dalam khemah setelah rumah mereka ditenggelami banjir di Kampung Sejagop, Pasir Salak, Perak, semalam.
PASIR SALAK 9 Jan. - “Saya sedar, dua hari lagi sekolah akan dibuka, tetapi jangankan nak beli baju sekolah anak-anak, belanja kami sekeluarga pun duit tak ada.”
Begitu luahan Mohamed Munir Cheri, 57, seorang nelayan dari Kampung Sejagop dekat sini yang terjejas teruk akibat banjir.
Menurutnya yang mempunyai tiga anak yang masih bersekolah, hal pakaian dan kelengkapan persekolahan anak-anak bukan lagi menjadi keutamaan mereka sekeluarga ketika ini kerana mahu menguruskan rumah dan harta benda yang rosak ditenggelami air.
Katanya, sejak banjir melanda kampung itu kira-kira dua minggu lalu, dia tidak dapat turun ke sungai menangkap ikan kerana arus deras selain kebun kepunyaannya turut tenggelam.
“Jika dulu saya dapat pergi menangkap ikan atau ke kebun kelapa sawit. Namun sejak dua minggu lalu, saya hanya duduk di sini, apa pun tidak boleh buat.
“Kami bukan orang senang. Tengoklah, apa yang ada nanti, mereka pakailah sebab baju lama pun sudah habis dihanyutkan air,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambah Mohamed Munir, isteri dan dua anak perempuannya telah berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Menengah Sungai Ranggam dekat sini sejak rumah mereka tenggelam manakala dia dan dua anak lelakinya memilih untuk tinggal di dalam khemah yang didirikan di hadapan rumah mereka.
“Setakat air dan barang makanan, memang banyak orang beri termasuk yang lalu lalang di jalan ini. Tetapi barang lain macam baju sekolah atau benda lain, tidak ada.
“Sedangkan benda itu juga amat kami perlukan. Kalau hendak beli sendiri, duit pula tiada,” katanya sebak.
Sementara itu, seorang ibu, Zairoha Nee, 45, dari Kampung Pulau Tiga kiri dekat sini berkata, meskipun hanya seorang anaknya yang bersekolah tahun ini, akibat terjejas banjir, dia dan suaminya belum dapat membeli kelengkapan untuk anaknya itu.
Kata Zairoha, wang simpanan mereka akan digunakan untuk membeli barang keperluan seharian yang habis rosak akibat banjir yang menenggelamkan rumah mereka hingga paras bumbung, 24 Disember lalu.
“Walaupun air sudah surut, rumah kami masih pada paras pinggang. Barang-barang rumah pun habis hanyut dan rosak, satu apa pun tidak dapat diselamatkan.
“Ketika ini, semua keperluan ada kerana kami tinggal di pusat pemindahan. Tetapi bayangkan apabila kami pulang ke rumah nanti. Semuanya kena beli baharu. Jadi lebih elok wang yang ada kami gunakan untuk membeli barang yang lebih penting,” katanya.
Menurut Zairoha, setakat ini, hanya sebuah beg sekolah dimiliki anaknya hasil sumbangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Saya harap, ada pihak yang prihatin dapat menyumbangkan pakaian dan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak kami yang terjejas banjir. Kebanyakan kami hanya sehelai sepinggang ketika keluar dari rumah semasa bencana itu berlaku,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/8216-tiada-duit-beli-pakaian-sekolah-8217-1.46373#sthash.OSngYgM1.dpuf

300 penumpang panik

Feri rosak bahagian enjin terpaksa patah balik

FERI  Pulau Payar di Pulau Pinang diselubungi asap tebal selepas
FERI Pulau Payar di Pulau Pinang diselubungi asap tebal selepas kerosakan enjin, semalam. – Gambar sumber laman sosial
BUTTERWORTH 9 Jan. - Kira-kira 300 penumpang feri Pulau Pinang di sini pagi ini berdepan detik cemas selepas asap tebal menyelubungi ruang atas feri ekoran kerosakan di bahagian enjin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, feri dengan nama Pulau Payar itu dalam perjalanan dari Pangkalan Sultan Abdul Halim di sini menuju ke Pangkalan Raja Tun Uda di bahagian pulau.
Jurucakap Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) berkata, kejadian itu berlaku selepas 10 minit feri bergerak menyebabkan kapten terpaksa berpatah balik ke Butterworth.
“Kejadian itu berpunca daripada kerosakan di bahagian bilik enjin hingga mengeluarkan asap tebal. Kapten mengambil keputusan berpatah balik ke Butterworth.
“Tiada sebarang kecederaan atau kerosakan teruk berlaku malah feri itu masih boleh bergerak ketika kejadian. Semua penumpang terlibat kemudiannya dipindahkan ke feri lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut jurucakap itu lagi, berdasarkan pemeriksaan awal, bahagian enjin feri rosak hingga mengakibatkan kepulan asap hitam keluar dari bahagian belakang.
Tambahnya, pihak pengurusan PPSB akan menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas feri berkenaan bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik untuk membawa penumpang dan kenderaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/300-penumpang-panik-1.46375#sthash.CgCBCbnx.dpuf

Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Mati Ke Atas Lelaki Bakar Isteri, Anak


Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 10:57 PM

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Rabu mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang penjual ais kerana membunuh isteri dan anak perempuannya 10 tahun lalu dengan menyimbah minyak tanah dan membakar mereka.

Barisan panel lima hakim yang diketuai hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas P. Balan Subramaniam atas percubaan membunuh seorang lagi anak perempuannya.

Hakim Suriyadi yang bersidang bersama Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Seri Abu Samah Nordin, menolak rayuan akhir Balan terhadap sabitan, hukuman mati dan hukuman penjara.

Balan, 62, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kerana membunuh isterinya R. Angeladevi, 48 tahun.

Mahkamah Tinggi pada mulanya telah melepas dan membebaskan Balan atas pertuduhan membunuh anak perempuannya, Anuradha, 20, pelajar kolej ketika itu dan percubaan membunuh anak perempuannya Malini berusia 23 tahun ketika itu (sekarang 34 tahun), seorang pembantu hospital tanpa dipanggil membela diri.

Bagaimanapun, selepas pihak pendakwaan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan, kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk Balan membela diri atas kedua-dua pertuduhan.

Pada penggulungan kes pembelaan, Balan didapati bersalah dan dihukum mati kerana membunuh Anuradha dan dia juga didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun atas percubaan membunuh Malini.

Mahkamah Rayuan menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman.
Balan dituduh melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Anggerik, Desa Changkat, Batu Gajah, di daerah Kinta, Perak antara 10 malam dan 11 malam pada 11 Oktober, 2004.

Menurut fakta kes, pertengkaran tercetus pada hari kejadian sehingga menyebabkan dia bertindak membakar kedua-dua mereka. Angeladevi dan Anuradha telah membuat deklarasi membabitkan Balan sebelum kematian mereka.

Balan diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran dan Dev Kumaraendran sementara pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya Hamdan Hamzah.

Lima Rakan Mengaku Tidak Bersalah Rompak RM2 Juta


Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 4:59 PM

PETALING JAYA: Lima rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan rompak secara berkumpulan terhadap seorang peniaga emas membabitkan RM2 juta, Disember lepas.

Tertuduh terdiri daripada tiga peniaga iaitu Romai Adzman Mohd Shariff, 50, Mohamad Al-Farouq Mat Isa, 30, dan warga Indonesia Indra Saputra, 26, manakala dua lagi Riduan Mokmin, 26, dan Muhamad Hafiz Ismail, 31, bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Mereka dituduh bersama-sama enam lagi yang masih bebas, merompak wang tunai RM1.6 juta dan empat kilogram jongkong emas bernilai RM400,000 milik Abdul Akhmal Mohamad, 26.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan sebatang kayu dan rotan di No.6 Jalan PPRT 2, Kg Bukit Lanchong, Putra Heights, pada 10.45 malam, 23 Disember lepas.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han tidak menawarkan jaminan atas alasan ia melibatkan kesalahan yang serius, dan hanya sebahagian hasil rompakan ditemukan semula.

Bagaimanapun, peguam Datuk Suraj Singh yang mengetuai pihak pembelaan memohon kesemua tertuduh dibenarkan jaminan atas alasan mereka menyara keluarga masing-masing dan mempunyai anak yang masih kecil.

Hakim Abu Bakar Manat membenarkan Romai Adzman, Mohamad Al-Farouq, Riduan Mokmin, dan Muhamad Hafiz, masing-masing diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan melapor diri di balai polis berdekatan pada hari pertama setiap bulan.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan Indra Saputra diikat jamin atas alasan tertuduh merupakan warga Indonesia.

Kes disebut semula 12 Februari ini.

Menyamar Polis: Anggota Rela Dipenjara Empat Bulan


Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 4:45 PM

KUALA LUMPUR: Gara-gara menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman, seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhi hukuman itu terhadap Long Chun Fai, 33, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja menyamar sebagai anggota polis dengan menyebut perkataan "Aku polis Bukit Aman" dan menunjukkan satu kad kuasa polis.
Chun Fai yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan parkir motosikal flat Sri Selangor, Jalan San Peng, Dang Wangi, di sini pada 9.20 malam, 2 Januari lepas.
Zuraini memerintahkan Chun Fai menjalani hukuman itu bermula tarikh dia ditangkap pada 2 Januari lepas.
Ketika rayuan, Chun Fai memohon mahkamah supaya dikenakan hukuman paling ringan atas alasan dia menanggung tiga anak yang masih kecil dan hanya bergantung kepada pendapatan sebagai anggota Rela.
Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam bagaimanapun memohon hukuman berat kerana kesalahan tertuduh memperdaya orang awam dan mencemarkan imej jabatan terlibat merupakan satu kesalahan serius.
Menurut fakta kes, pada hari kejadian Chun Fai bersama seorang lagi rakannya telah pergi ke tempat letak motosikal di flat tersebut dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada Muhammad Aliff Iszairi Ismail, 21, sambil bertanyakan di mana lokasi orang menjual dadah.
Muhammad Aliff hanya menunjukkan ke arah sekumpulan lelaki di taman permainan dan dia yang tidak berpuas hati mengekori Chun Fai dan rakannya ke arah blok lain di flat yang sama.
Ketika pengadu bertanya lagi kepada Chun Fai, dia masih mengaku dirinya anggota polis dari Bukit Aman dan menunjukkan kad kuasa polis yang dipercayai palsu tetapi akhirnya tertuduh memberitahu dia bukannya polis.

Letupan Bom: Anggota Tentera Kutip Mortar Tidak Meletup


Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 3:28 PM

KUALA LUMPUR: Siasatan awal polis mendapati anggota tentera yang maut bersama dua lagi mangsa dalam letupan bom di Kedah pada 24 Dis lepas, mengutip bom tidak meletup untuk diambil logam tembaganya, dan dijual kepada peniaga bahan lusuh.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata anggota tentera itu, Koperal Ayob Hassim, 34, dari Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani yang bertugas di Kem Hobart, Gurun, menjual bahan logam itu untuk mencari pendapatan sampingan.
"Kami dapati beliau ambil bom itu di lapang sasar setelah ia tidak meletup dan bawa ke rumah untuk dipisahkan bagi mendapatkan tembaga dan dijualnya kepada kedai bahan lusuh sebagai pendapatan sampingan beliau.
"Pengambilan bom itu tidak digunakan bagi tujuan jenayah," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Dalam kejadian letupan itu, Ayob, anaknya, Hidayah, 8, dan anak jiran mereka, Afiq Luqman Shahrizal, 4, maut apabila beberapa bom mortar meletup di rumah Ayob di Taman Ria Mesra, Gurun.
Kuasa letupan itu juga menyebabkan 40 buah rumah rosak di sekitarnya.
Noor Rashid menegaskan bahawa prosedur kawalan keselamatan terhadap persenjataan di kem tentera tempat Ayob bertugas telah dilaksanakan dengan betul.
"Tetapi elemen anggota tentera itu yang mempunyai kebenaran memasuki lapang sasar menyebabkan insiden letupan itu berlaku," katanya.
Beliau berkata laporan siasatan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara.

Bergaduh dengan isteri, suami kena kompaun RM50


  • Sheila bersetuju mengenakan kompaun ke atas suaminya di Mahkamah Majistret Seremban, semalam.Sheila bersetuju mengenakan kompaun ke atas suaminya di Mahkamah Majistret Seremban, semalam.

SEREMBAN – Hanya bergaduh kerana anjing, seorang suami diarahkan membayar kompaun sebanyak RM50 kepada isterinya di Mahkamah Majistret Seremban, di sini, semalam.

Pekerja kimpalan, V.Ganapathy, 32, hadir memakai pakaian lokap dibebaskan mahkamah selepas pengadu iaitu isterinya, M.Sheila,26, bersetuju menyelesaikan kes secara kompaun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan terhadap isterinya itu Isnin lalu, jam lebih kurang 9 pagi di sebuah rumah di Bandar Seremban Selatan, Senawang, di sini.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai satu tahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Kompaun sebanyak RM50 atas persetujuan bersama itu diserahkan tertuduh kepada isterinya di hadapan Majistret Siti Khairiah Abd Razak.

Siti Khairiah turut mengingatkan kepada tertuduh agar tidak memandang ringan kesalahan yang dilakukan termasuk hukuman kompaun berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Zakaria.

Dua beranak nyaris maut


  • Kenderaan yang dinaiki mangsa terbalik dalam kejadian di Jalan Ambangan Heights, semalam.Kenderaan yang dinaiki mangsa terbalik dalam kejadian di Jalan Ambangan Heights, semalam.

SUNGAI PETANI – Dua beranak nyaris maut apabila kenderaan yang dinaiki terbalik ketika melalui Jalan Ambangan Heights, Sungai Petani dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi semalam.

Mangsa, Nur Azila Rosli, 30, yang memandu kenderaan berkenaan bersama anaknya, Mohd Derawis Hafiz, empat tahun, sedang dalam perjalanan dari Bukit Bayu, Sungai Lalang menuju ke arah Sungai Petani.

Bagaimanapun, sebaik sampai di pertengahan jalan, mangsa tidak menyedari terdapat laluan yang berlubang sehingga menyebabkan dia hilang kawalan sebelum terbabas.
Kenderaan yang dinaiki kedua beranak itu kemudian terpelanting sehingga merempuh zink pengadang sebuah tapak pembinaan.

Namun setakat ini, kedua-duanya dilaporkan mengalami cedera ringan.

Pegawai Bomba Kanan II, Khairil Shamsul Md Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.30 pagi berhubung kejadian itu.

“Seramai 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Polis dan Penyelamat Sungai Petani bersama sebuah jentera bomba, Emergency Medical and Rescue Services (EMRS) serta dua Unit Motosikal Gerak Cepat (RIM) dikejarkan ke lokasi,” katanya.

Menurutnya, apabila sampai, kenderaan yang dinaiki mangsa dilihat dalam keadaan terbalik.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa telah dikeluarkan dan dibawa mendapatkan rawatan dengan bantuan orang awam.

“Pemantauan di lokasi kejadian turut menemui tumpahan minyak petrol di kawasan kemalangan dan anggota bomba terus melakukan kawalan lokasi kejadian serta mengawal lalu lintas,” katanya.

Bapa maut, anak usia 3 tahun parah


  • Sebuah kereta bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di atas Jambatan Kuala Kurau semalam. Gambar kecil : Muhammad Helmi.Sebuah kereta bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di atas Jambatan Kuala Kurau semalam. Gambar kecil : Muhammad Helmi.

KUALA KURAU - Seorang peniaga maut manakala isteri dan anaknya berusia tiga tahun cedera parah setelah kereta mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di atas Jambatan Kuala Kurau, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Helmi Arshad, 25, yang beralamat di Batu Kurau, Taiping maut di tempat kejadian manakala isterinya, Fauziah Hasri, 26, dan anak lelakinya, Muhammad Hakim Hakimi, 3, mengalami kecederaan parah apabila tangan serta kakinya patah.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 13, Jalan Pantai di sini setelah selesai berniaga pasar pagi di Masjid Tinggi, Bagan Serai.

Menurutnya, sewaktu kejadian, kereta dinaiki ketiga-tiga mangsa dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan di laluan berkembar mengakibatkan ia bertembung dengan Toyota Hilux  yang berada di laluan bertentangan.

“Mangsa yang merupakan pemandu kenderaan meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit di bahagian tempat duduk pemandu, manakala isteri dan anaknya yang cedera parah dikeluarkan dengan bantuan orang ramai dan dibawa ke Hospital Taiping.

“Pemandu Toyota Hilux yang bekerja sebagai pengurus ladang pula difahamkan pergi mendapatkan rawatan ke klinik berhampiran setelah hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Omar Bakhtiar berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau, Che Hassan Che Ngah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Pusat Kawalan Operasi pada jam 10.37 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 10.43 pagi.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat seorang mangsa pemandu lelaki tersepit di bahagian tempat duduk pemandu, manakala seorang penumpang wanita dan kanak-kanak berusia tiga tahun cedera parah.

“Enam anggota kami berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam tempoh 15 minit menggunakan alat pemotong.

“Kami juga mengeluarkan penumpang wanita yang cedera parah dan anaknya untuk dibawa ke hospital,” katanya.

Air naik balik

Kuala Kangsar: Peniaga di Dataran Sungai Perak Indah di tebing Sungai Perak di sini, semalam, dinasihatkan pihak berkuasa supaya berpindah selepas paras air di Sungai Perak mula naik dan melimpahi jalan di sekitar persisiran sungai itu sehingga ke paras 0.3 meter.
Tinjauan Harian Metro mendapati peniaga terutama di Arena Square mula mengosongkan premis perniagaan mereka selepas menerima arahan daripada pihak berkuasa supaya berpindah.
Arahan itu dikeluarkan pihak berkuasa kira-kira jam 3 petang semalam selepas menjangkakan akan berlakunya gelombang kedua banjir seperti yang berlaku pada 23 Disember lalu selepas peningkatan mendadak paras air di Sungai Perak.
Peniaga barangan kraftangan Rosli Abdul Halim,51, berkata, dia yang sedang melakukan kerja pembaikan di kedainya mendengar pengumuman dibuat dengan meminta kesemua peniaga berpindah berikutan paras air yang semakin meningkat.
Katanya, air di Sungai Perak semakin naik sejak awal pagi semalam selepas hujan berterusan sejak beberapa hari lalu dan kebanyakan peniaga sudah menjangkakan akan berlakunya gelombang kedua banjir di kawasan itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 5:20 AM




KEADAAN di Lembah Sayong Kuala Kangsar yang dinaiki air berikutan paras air meningkat selepas hujan beberapa jam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22581#sthash.ECDVv1bZ.dpuf

Rakam aib 7 rakan

Oleh Fardy Bungga 
fardy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Sekumpulan tujuh gadis kolej tidak menyangka 'aksi' mereka sedang mandi bogel di dalam bilik air dirakam rakan lelaki mereka menggunakan kamera tersembunyi berbentuk pen.
Kamera tersembunyi itu yang boleh merakam video dengan jelas sengaja diletakkan di dalam bekas berus ubat gigi bagi mengelak ia dikesan.
Salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 24, berkata, kejadian berlaku ketika mereka semua mengikut suspek pulang ke kampung halaman di Sibu, Sarawak.
Menurutnya, suspek berusia 24 tahun itu mempelawa rakan sekelas pulang bercuti ke kampung halamannya sempena cuti semester pada 24 Disember lalu.
"Kami mengenali suspek sejak lima tahun lalu berikutan kami menuntut di kolej sama di ibu kota.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 5:20 AM


MICHEAL menunjukkan pen kamera yang digunakan untuk merakam aksi gadis mandi sambil diperhatikan kedua mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22322#sthash.3yUXGPLE.dpuf

Bogel dalam serombong

Woodcrest (California): Seorang wanita terpaksa diselamatkan selepas tersekat dalam serombong ketika cuba memasuki rumah bekas suaminya dalam keadaan berbogel pada awal pagi.
Wanita berusia 35 tahun itu menanggalkan pakaiannya dengan harapan ia akan memuatkannya untuk memasuki serombong berukuran 30.5 x 30.5 sentimeter itu.
Bagaimanapun, selepas turun separuh jalan, dia tersekat dan terpaksa meminta bantuan pada jam 5 pagi.
Gambar yang dirakam anggota bomba menunjukkan kaki wanita itu yang kotor terjulur dalam serombong berkenaan sebelum dia diselamatkan.
Di rumah itu, Tony Hernandez, bapa tiga anak wanita berkenaan berkata, bekas isterinya cuba memasuki rumahnya itu sejurus sebelum 5 pagi tetapi mendapati pintu berkunci. - Agensi
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 January 2015 @ 5:08 AM


ANGGOTA bomba terpaksa memecahkan pendiangan untuk menyelamatkan wanita berkenaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21820#sthash.ySx5K5Me.dpuf