Search This Blog

Friday, January 9, 2015

Remaja Lelaki Dakwa Dicabul Di Gimnasium Subang


Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 3:37 PM
- Gambar hiasan

PETALING JAYA: Seorang remaja berusia 17 tahun mendakwa dia didera secara seksual di sebuah sauna pusat gimnasium popular, oleh dua lelaki, petang Selasa.

Menurut jurucakap keluarga mangsa, Gan Wee Namun, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.30 petang di gimnasium Fitness First di Menara Summit, Subang.

"Dua orang datang datang dekat kepadanya di sauna dan mula mencabul kehormatannya," kata Gan kepada The Star Online, Jumaat. Salah seorang suspek melakukan seks oral terhadap remaja itu.

"Keluarganya telah membuat laporan polis di USJ 8 dan berhubung dengan pihak berkuasa dan Fitness First untuk membantu siasatan," kata Gan.

Menurut Gan, dia diberitahu bahawa polis telah menahan reman seorang suspek yang masih belum didakwa. Suspek lain masih belum ditahan.

Keluarga mangsa meminta orang ramai untuk menghormati privasi mereka dan membiarkan polis yang menyiasat kejadian itu.

Fitness First dalam satu kenyataan pada Khamis berkata bahawa pihaknya telah memudahkan siasatan ke atas kes itu.

"Sebagai tindak balas kepada pertanyaan mengenai laporan polis terhadap satu serangan seksual yang didakwa berlaku di Fitness First Malaysia, Menara Summit pada Selasa, jurucakap kelab itu berkata bahawa mereka mengambil serius mengenai perkara itu dan bekerjasama erat dengan pihak berkuasa dalam siasatan," katanya.

Fitness First juga menggesa orang ramai mendapatkan maklumat berasas mengenai perkara itu daripada sumber pihak berkuasa.

Bayi 18 Bulan Ditemui Mati Lemas Selepas Hilang Di Tepi Sungai


Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 3:16 PM

IPOH: Mayat bayi berusia 18 bulan ditemui sehari selepas hilang berhampiran tebing Sungai Beruas di Sitiawan.

Muhammad Aqed Dariz Haraf Gilbert, yang rumahnya terletak di tepi sungai Kampung Pulau Kabung sedang bermain berhampiran kawasan tersebut pada petang Khamis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.10 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

Usaha carian dan menyelamat dilakukan di sepanjang Sungai Beruas dari kawasan bayi lelaki itu hilang sehingga ke Pantai Remis.

Anggota bomba dan unit K9 juga mengadakan carian di kawasan hutan berdekatan.

Mayat anak kecil ini ditemui pada pagi Jumaat.

Charlie Hebdo: Drama Tebusan, Insiden Tembakan Di Paris


Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 6:01 PM

PARIS: Dua suspek adik beradik yang mengakibatkan 12 orang terbunuh dalam satu serangan di Paris, menahan seorang tebusan pada Jumaat apabila polis mengepung kedua-dua lelaki bersenjata terbabit di ibu negara itu.
Menurut sumber polis, penahanan tebusan itu berlaku di sebuah syarikat percetakan di pekan Dammartin-en-Goele, kira-kira 12 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle.
Kejadian itu turut menyaksikan insiden tembakan di timur laut Paris. Bagaimanapun, pendakwa raya memberitahu AFP bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan di dalam insiden tembakan tersebut.
Suspek dikatakan merampas sebuah kereta Peugeot 206 di Montagny-Sainte-Felicite daripada seorang wanita yang mengenali mereka sebagai dua lelaki yang dikehendaki polis, kata sumber polis.
Pemburuan terhadap suspek dilakukan secara besar-besaran selepas insiden pada Rabu lepas apabila suspek yang bersenjata api dan bertopeng melepaskan tembakan di pejabat Charlie Hebdo di Paris sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah. - AFP

Cuaca sejuk melampau landa Kanada, AS


  • Salji tebal menyebabkan jarak penglihatan pengguna jalan raya terhad hingga mengakibatkan beberapa kemalangan.Salji tebal menyebabkan jarak penglihatan pengguna jalan raya terhad hingga mengakibatkan beberapa kemalangan.

OTTAWA - KANADA. Cuaca sejuk melampau dilaporkan melanda timur Kanada dan utara Amerika Syarikat selepas salji tebal mula turun sepanjang minggu lalu hingga menyebabkan beberapa kemalangan kecil di kawasan terlibat.

Ratusan ribu penduduk di wilayah Quebec di Kanada turut terputus bekalan elektrik manakala puluhan penerbangan terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan di Montreal dan Toronto.

Di British Columbia, pihak berkuasa memberi amaran terhadap peningkatan runtuhan salji berikutan salji tebal di kawasan pergunungan di wilayah barat terbabit.

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar Kanada mengeluarkan amaran cuaca buruk seperti ribut musim sejuk, angin kencang, hujan batu dan ribut salji di tujuh wilayah berasingan.

Pakar Kaji Cuaca di Jabatan Alam Sekitar Kanada, David Phillips berkata, insiden cuaca sejuk melampau itu berlaku akibat fenomena udara sejuk di Artik.

Menurutnya lagi, kebanyakan kawasan di Kanada kini mengalami musim sejuk yang ekstrem dan keadaan dijangka kembali seperti biasa menjelang minggu depan. - Press TV

Bapa, anak bunuh pasangan warga emas


  • Bapa, anak bunuh pasangan warga emas

SEORANG bapa dan anak lelakinya ditahan polis selepas membunuh pasangan warga emas di North Carolina, Jumaat lalu.

Kedua-dua suspek Edward Campbell, 54 dan Eric Campbell, 21 memecah masuk kediaman mangsa sebelum membakar rumah serta melarikan trak milik pasangan warga emas terbabit, menurut pegawai.

Dua beranak itu ditahan di West Virginia. Sebelum diberkas, polis dan suspek berbalas-balas tembakan dan dalam insiden itu seorang pegawai polis turut cedera.

"Pasangan penjenayah anak dan bapa hanya terdapat di dalam filem. Pada mulanya kami tidak percaya mereka adalah anak-beranak," kata sherif Granville Couty, Bridell Wilkins.

Sementara itu siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek membunuh dan menyumbat mayat mangsa di bahagian belakang trak lapor Mirror.

"Polis West Virginia menahan sebuah trak yang berada dalam keadaan mencurigakan. Pemandu dan penumpang pada awalnya memberi kerjasama sebelum mereka melepaskan tembakan secara tiba-tiba ke arah polis peronda.

"Polis membalas tembakan dan mengenai kaki Eric. Manakala Edward melarikan diri ke hutan berhampiran tetapi dia berjaya ditangkap tidak lama selepas itu," kata jurucakap polis.

Susulan itu, dua beranak tersebut turut didakwa cuba membunuh anggota polis. 

Penggal kepala ibu


  • Christian Jose GomezChristian Jose Gomez

SEORANG lelaki mengaku membunuh ibu kandungnya sebelum mencampak mayat mangsa di luar kediaman keluarga berkenaan di Florida.

Kejadian itu berlaku sehari sebelum Tahun Baharu.

Suspek, Christian Jose Gomez, 23, menamatkan riwayat ibunya dengan memenggal kepala mangsa menggunakan kapak, kata syerif Pinellas County, Elizabeth Brady.

Mangsa dikenali sebagai Maria Suarez Cassagne berusia 48 tahun.

"Kepala mangsa ditemui di dalam tong sampah. Tubuh mangsa pula ditemui berhampiran tong sampah tersebut oleh abang suspek," kata Brady kepada Mirror.

Menurut Brady, suspek membunuh ibunya kerana berang selepas mangsa meminta dia menyusun kotak di loteng rumah mereka.

"Kerana marah, dia merancang pembunuhan itu selama dua hari," kata Brady.

Gomez ditangkap ketika sedang menunggang basikal tidak jauh dari tempat kejadian.

Dia kini didakwa atas kesalahan melakukan pembunuhan tahap pertama. 

Bangunan runtuh, dua maut di Kenya


  • Mangsa yang cedera tiba di Hospital Kenyatta di Nairobi.Mangsa yang cedera tiba di Hospital Kenyatta di Nairobi.

NAIROBI - KENYA. Sekurang-kurangnya dua maut manakala lebih 20 lagi cedera selepas sebuah kediaman enam tingkat runtuh di ibu negara Kenya, kelmarin.

Jurucakap pihak berkuasa, Tom Odongo memberitahu kira-kira 22 mangsa berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan tersebut yang terletak di kejiranan Haruma.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai pegawai majlis perbandaran dan kakitangan perubatan," katanya.

Difahamkan, angka sebenar mangsa yang masih terperangkap belum diketahui.

Hasil siasatan awal mendapati bangunan yang telah didiami penduduk itu masih dalam pembinaan, namun projek tersebut didakwa tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan dalam laporan AFP.

Wanita hendak bunuh diri gigit doktor


  • Wanita hendak bunuh diri gigit doktor

SALT LAKE CITY - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita terpaksa ditenangkan selepas mengamuk di dalam sebuah pesawat komersial, Isnin lepas.

Menurut CNN, sekumpulan pegawai polis yang turut berada di dalam penerbangan JetBlue berkenaan terpaksa menenangkan wanita berkenaan yang bertindak liar dan ingin membunuh diri.

Sebelum kejadian, pegawai penerbangan terpaksa mengasingkan wanita berkenaan selepas wanita tersebut bertengkar dengan suaminya.

Wanita tersebut ditempatkan bersebelahan dengan seorang pegawai polis, Detekif Robert Odor.

Odor memberitahu wanita tersebut mula menelan pil dan menulis nota.

Selepas setengah jam, wanita tersebut mengeluarkan botol pil yang kedua.

"Saya tahu saya harus bertindak selepas dia mengeluarkan botol pil yang kedua," kata Odor.

"Perempuan tersebut menulis nota bunuh diri. saya membacanya ketika dia menulis. Saya terpaksa ambil nota dan ambil botol pil berkenaan," tambahnya.

Sejurus selepas Odor merampas botol pil dan nota berkenaan, wanita tersebut mula menjerit dan menendang.

"Beliau sangat beremosi. Beliau menangis. Beliau menendang," tambahnya.

Beberapa pegawai perubatan dan seorang doktor yang juga kebetulan berada dalam pesawat berkenaan cuba mengeluarkan pil dari mulut wanita berkenaan, tapi mereka digigit.

Seorang lagi pegawai polis, Sarjan Terry Wall cuba menangkan wanita tersebut.

PTerry merupakan seorang pegawai perunding yang berpengalaman.

Penerbangan diteruskan selama 90 minit dan haluan diubah ke Chicago.

Setibanya di Chicago, wanita berkenaan bagaimanapun sudah bertenang.

Kanak-kanak ditahan bunuh abang


  • Misty 'Ariel' Kornegay (atas, kiri), Nicole Kornegay dan Damien Kornegay (bawah).Misty 'Ariel' Kornegay (atas, kiri), Nicole Kornegay dan Damien Kornegay (bawah).

FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Dua beradik perempuan ditahan selepas menembak mati abang mereka yang berumur 16 tahun.

Misty 'Ariel' Kornegay, 15, dan Nicole Kornegay, 11, ditahan selepas memberitahu polis bahawa terdapat 'bunyi tembakan' di rumah mereka di White Springs.

Polis lantas melancarkan operasi mencari ibu bapa kanak-kanak berkenaan, lapor dailymail.co

Ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan, Keith Kornegay, 37 dan Misty Kornegay, 33, tidak berada di rumah ketika kejadian.

Mereka ditahan atas sebab kecuaian dan gagal menjaga anak-anak mereka.

Ariel mendakwa abangnya Damien Kornegay, memukulnya sebelum dia mengambil pistol di bilik tidur ibu bapanya dan menembak mati abangnya.

Sementara itu, seorang lagi anak perempuan pasangan berkenaan yang berusia 3 tahun telah diletakkan di bawah jagaan pihak polis.

Kanak-kanak maut dihumban bapa dari jambatan


  • Lokasi mangsa dihumban bapanya di jambatan Dick Misener.Lokasi mangsa dihumban bapanya di jambatan Dick Misener.

FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun maut selepas dihumban bapanya dari sebuah jambatan.

Menurut polis, sebelum kejadian sebuah kereta dilihat dipandu laju melepasi sebuah kereta peronda polis pada hari kejadian.

“Kemudiannya, kereta tersebut berhenti di jambatan Dick Misener dan pemandunya keluar dan menghumban seorang kanak-kanak dari jambatan tersebut.

“Pemandu tersebut John Nicholas Jonchuck Jr, merupakan ayah kepada kanak-kanak berkenaan, Phoebe sedang disoal siasat oleh polis,” lapor CNN.

Masjid, surau jadi sasaran selepas Charlie Hebdo


  • Pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga.Pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

PARIS - PERANCIS. Masjid dan surau menjadi sasaran pihak yang tidak berpuashati dengan kejadian serangan bersenjata terhadap syarikat akhbar, semalam.

Menurut laporan AFP, tiga bom dilontar ke sebuah masjid di bandar Le Mans, barat Paris. “Sebuah lubang kesan dari peluru juga ditemui.

Beberapa tembakan juga disasarkan ke sebuah dewan sembahyang, tidak lama selepas sembahyang Asar,” dipetik laporan itu.

Letupan berlaku di sebuah kedai kebab berdekatan dengan sebuah masjid di sebuah bandar di Perancis.

Tiada sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan setakat ini.

Perancis masih lagi meneruskan operasi memburu besar-besaran selepas dua suspek bersenjata automatik menyerang syarikat akhbar mingguan, Charlie Hebdo. Seramai 12 orang terkorban di dalam kejadian berdarah tersebut.

Tolak kereta api untuk selamatkan mangsa tersepit


  • Orang ramai membantu menolak kereta api bagi menyelamatkan mangsa yang tersepit.

 Orang ramai membantu menolak kereta api bagi menyelamatkan mangsa yang tersepit.

[VIDEO] SEORANG lelaki menghadapi detik cemas apabila kakinya tersepit di antara kereta api dan platform di stesyen kereta api Stirling, Perth, Australia.

Di dalam video yang menjadi viral di YouTube dan Facebook sejak Ogos 2014, lelaki malang itu kelihatan sudah melangkah masuk ke dalam kereta api sebelum sebelah kakinya tiba-tiba terjerumus dan tersepit.

Namun lelaki itu bernasib baik, apabila penumpang lain yang menyedari kejadian itu, beramai-ramai membantunya dengan ‘menolak’ kereta api tersebut.

Lelaki tersebut akhirnya berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Kebanyakan penonton memberi komen memuji kerjasama yang ditunjukkan oleh para penumpang lain dan percaya kejadian itu membuktikan rasa peri kemanusiaan masih lagi tebal dalam kalangan masyarakat.

Detik terakhir unit pemusnah bom terakam


  • Sedutan video ngeri yang mengorbankan anggota unit pemusnah bom di Cairo, Mesir.Sedutan video ngeri yang mengorbankan anggota unit pemusnah bom di Cairo, Mesir.

BEBERAPA video yang menunjukkan detik-detik terakhir seorang pegawai unit pemusnah bom sebelum terkorban ketika mematikan bom tersebar laman sosial sejak beberapa hari lalu.
 
Pegawai berkenaan dilihat menghampiri sebuah beg yang diletakkan berhampiran sebuah stesen minyak, dimana orang ramai mengeluarkan telefon bimbit mereka dan merakam.
 
Pegawai berkenaan memegang sebuah alat yang kemudiannya meletup di tanganya.
 
Selepas melambung beberapa kaki, pegawai tersebut tidak lagi bergerak dan orang ramai bergegas untuk membantu.
 
Menurut Daily Mail, kumpulan pengganas Ajnad Misr mengaku meletakkan bom tersebut yang menyasarkan balai polis berdekatan.
 
Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Cairo, Mesir.
 
Video berkenaan yang dimuatnaik pada 6 Januari itu juga dikongsi ke laman sosial Facebook dan laman mikro Twitter.

Charlie Hebdo: Suspek paling muda serah diri


  • Pakar forensik Perancis dan anggota polis memeriksa bukti yang ditemui di luar lokasi serangan ke atas pejabat akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo. semalam. - Foto AP

Pakar forensik Perancis dan anggota polis memeriksa bukti yang ditemui di luar lokasi serangan ke atas pejabat akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo. semalam. - Foto AP

PARIS - PERANCIS. Seorang suspek berusia 18 tahun yang disyaki terbabit bersama dua beradik dalam serangan ke atas akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo di Paris, semalam, dilaporkan sudah menyerah diri kepada polis.

Terdahulu, menurut laporan agensi berita antarabangsa, AP, polis Perancis mengesahkan sudah mengenal pasti tiga lelaki sebagai suspek melakukan serangan ke atas pejabat Charlie Hebdo yang mengorbankan 12 nyawa semalam.

Individu berkenaan adalah Said Kouachi dan Cherif Kouachi yang merupakan warga Perancis, berumur lingkungan awal 30-an manakala seorang lagi dikenali sebagai Hamyd Mourad, berusia 18 tahun dengan kerakyatan yang belum disahkan.

Seorang pegawai polis berkata, suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas Yaman.

Serangan bersenjata itu menyebabkan 12 orang terbunuh selepas akhbar itu sebelum ini dilaporkan membangkitkan kemarahan orang Islam apabila menerbitkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW.

Perompak dipukul dengan batang besi, diikat


  • Empat perompak yang ditangkap dan dibelasah penduduk sebuah kampung di Mexico. Foto oleh EPAEmpat perompak yang ditangkap dan dibelasah penduduk sebuah kampung di Mexico. Foto oleh EPA

PUEBLA - MEXICO. Bosan akibat asyik dirompak, penduduk sebuah kampung dikatakan bertindak membelasah empat perompak yang berjaya ditangkap, mengakibatkan salah seorang daripada mereka maut.
 
Empat perompak berkenaan merupakan dua orang lelaki dewasa, seorang remaja lelaki dan seorang wanita.
 
Perompak wanita yang diberitahu sedang mengandung, hanya 'dipukul di bahagian muka'.
 
Keempat-empat mereka dipukul dengan kayu dan batang besi sebelum diikat pada sebatang pokok.
 
Salah seorang perompak tersebut maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas serangan bertalu-talu.
 
Polis tempatan cuba menenangkan keadaan tersebut namun diusir, memaksa pihak polis dari ibu negara untuk datang mengawal keadaan. 
 
Ketiga-tiga perompak berkenaan diberikan rawatan kecemasan selepas kejadian berkenaan.

Charlie Hebdo: Pegawai polis Islam turut terbunuh


  • Sedutan video detik-detik terakhir pegawai polis, Ahmed Merabet, 42, sebelum ditembak.Sedutan video detik-detik terakhir pegawai polis, Ahmed Merabet, 42, sebelum ditembak.

PARIS - PERANCIS. Seorang pegawai polis yang terbunuh di dalam serangan ke atas sebuah syarikat akhbar di Paris, dipercayai seorang Muslim.

Menurut Dailymail.co.uk, pegawai tersebut, Ahmed Merabet, 42, ditembak pada jarak dekat oleh dua orang suspek serangan berkenaan.

Beberapa video rakaman amatur serangan berkenaan juga telah dimuatnaik ke laman video popular, YouTube.

Dalam video tersebut, Ahmed ditembak selepas suspek turun dari kenderaan mereka.

Kedua suspek kemudian mendekati pegawai polis tersebut yang terbaring di tepi jalan dan menembak mangsa sekali lagi.

Dalam serangan berkenaan, 12 orang dilaporkan terbunuh termasuk 2 anggota polis.

Serangan bersenjata terhadap syarikat akhbar sinis, Charlie Hebdo semalam memaksa pihak berkuasa melancarkan operasi memburu besar-besaran.

Serang syarikat akhbar dengan pelancar roket


  • Lelaki bersenjata menyerang pejabat sebuah akhbar Charlie Hebdo yang telah menyebabkan 12 orang terbunuh dan mencederakan tujuh yang lain.Lelaki bersenjata menyerang pejabat sebuah akhbar Charlie Hebdo yang telah menyebabkan 12 orang terbunuh dan mencederakan tujuh yang lain.

PARIS - PERANCIS. Sekurang-kurang 11 orang terbunuh apabila penyerang bersenjata api dan sebuah pelancar roket menyerang syarikat akhbar, Charlie Hebdo.
 
Menurut laporan BBC, terdapat tujuh mangsa cedera termasuk pejalan kaki yang dilanggar kereta penyerang berkenaan.

Charlie Hebdo, akhbar sinis yang diterbitkan secara mingguan sebelum ini telah menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW pada 2011.
 
Terbaru, akhbar berkenaan menyiarkan kartun yang menampilkan ketua Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL), Abu Bakr al-Baghdadi.
 
Sementara itu, Presiden Perancis, Francois Hollande mengumumkan akan mengadakan mesyuarat kecemasan kabinet.
 
Dua yang terkorban merupakan anggota polis, menurut agensi berita Perancis, AFP.
 
Saksi mengatakan mereka melihat dua orang yang menutup kepala memasuki bangunan berkenaan dengan senjatapi Kalashnikov dan pelancar roket.
 
"Kemudian kami mendengar bunyi tembakan," tambah saksi berkenaan.
 
Tak lama kemudian, penyerang meninggalkan bangunan berkenaan.
 
Operasi besar-besaran dilancarkan oleh pihak polis untuk memburu kedua penyerang tersebut.

Ribut Huda landa negara rantau Arab


  • Salji tebal melanda sebahagian besar kawasan di Lubnan.Salji tebal melanda sebahagian besar kawasan di Lubnan.

BEIRUT - LUBNAN. Ribut musim sejuk, Huda dilaporkan melanda sebahagian besar negara di Timur Tengah termasuk Lubnan, kelmarin.

Media tempatan melaporkan fenomena itu telah menyebabkan penutupan lapangan terbang di ibu negara selepas kawasan sekitar dilanda salji, angin kencang dan sebahagian tempat turut ditenggelami banjir.

Pihak berkuasa juga bertindak mengeluarkan amaran kepada pengguna lalu lintas supaya sentiasa mengikuti perkembangan laporan kaji cuaca bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Di Jordan, cuaca dijangka menjadi sangat sejuk disusuli hujan lebat di kawasan tengah dan utara negara itu.

Jurucakap Jabatan Kaji Cuaca memaklumkan suhu di sekitar Amman diramalkan menurun sehingga di bawah 5 darjah Celsius dan salji setebal 2.5 hingga 7.6 sentimeter dijangka melanda ibu negara terbabit.

Sementara itu, agensi berita Lubnan, Daily Star melaporkan ribut salji tersebut akan turut melanda beberapa kawasan di Israel dan wilayah Palestin. - Al-Arabiya

Indonesia bom kapal nelayan Malaysia


  • Gambar menunjukkan kapal milik nelayan Malaysia yang diletupkan semalam. - Foto ihsan Kompas.com Gambar menunjukkan kapal milik nelayan Malaysia yang diletupkan semalam. - Foto ihsan Kompas.com

BELAWAN - INDONESIA. Pihak berkuasa Polda Sumut dilaporkan telah meletupkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia, baru-baru ini.

Kapal tersebut yang bernombor pendaftaran PKFA 7738 ditangkap selepas menceroboh dan menangkap ikan di Pandan Islet.

Memetik laporan Jakarta Post, Ketua Polis Sumatera Utara, Irjen Eko Hadi Sutedjo, kapal tersebut diletupkan menggunakan dinamit setelah mahkamah membenarkan tindakan tersebut.

Disember lepas, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno mengesahkan cadangan pengeboman kapal asing yang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.

“Anak kapal akan diselamatkan terlebih dahulu, kemudian apabila kapal sudah kosong baru dibom untuk menenggelamkannya.

“Ia sebagai pengajaran kepada semua penangkap ikan agar tidak mengulangi perbuatan salah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, sebarang tindakan hanya akan diambil kerajaan Indonesia setelah keputusan mahkamah diperoleh.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Amdan Kurish menafikan ada perbincangan dengan Indonesia mengenai cadangan tersebut.

"Kita tak pernah berbincang mengenainya. Mungkin itu dasar baru Indonesia dan kita akan rujuk balik dengan Bakorkamla,” ulasnya.

MoU yang ditandatangani bersama Maritim dan Badan Koordinasi Keamanan Laut Indonesia (Bakorkamla) pada 2012 hanyalah berkaitan tindakan menghantar pulang atau menangkap nelayan yang menceroboh perairan negara jiran.

Anggota polis dituduh tukar sampel air kencing


Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: Seorang anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, atas pertuduhan menerima suapan RM500 daripada seorang wanita bagi menukar sampel air kencing daripada positif dadah kepada negatif di sebuah bank di Gemas, Tampin pada 23 Julai tahun lalu.
Tertuduh, Sarjan Zaharudin Mohd Nor, 52 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Kamaruddin Kamsun selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pendakwaan, tertuduh menerima RM500 daripada seorang wanita, Nazariah Abdul Rahman di sebuah bank di Jalan Mahkamah, Gemas, Tampin pada jam 1.51 petang, 23 Julai tahun lalu bagi menukar sampel air kencing milik Khairil Anuar Kardi daripada positif dadah kepada negatif.
Tertuduh yang bertugas di Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin itu didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya dari Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM Negeri Sembilan Nurdiyana Mohd Nawawi menawarkan jaminan RM14, 000 kerana membabitkan kes serius sebelum Kamaruddin memberikan jaminan RM8000.
Tertuduh tidak diwakili peguam dan kes disebut semula pada 13 Februari depan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 11:18 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22713#sthash.IRJ0j55E.dpuf

Dua lelaki gagal menyamun


Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: Tindakan dua lelaki berusia 22 dan 27 tahun yang cuba menyamun seorang pemandu van barangan runcit tidak kesampaian apabila kedua-dua mereka dicekup beberapa anggota polis trafik yang menyaksikan kejadian di Jalan Seremban 2 B5, di sini, semalam.
Sumber berkata, dalam kejadian 2 petang itu, mangsa berusia 40-an baru saja memunggah barangan runcit di kedai di kawasan itu sebelum dua supek bermotosikal itu menghampiri mangsa dan mengarahkannya memberhentikan van dipandu.
Katanya, bagaimanapun mangsa enggan memberhentikan van berkenaan dan suspek mengejar pemandu itu sebelum menghentak pintu hadapan kenderaan menggunakan topi keledar.
"Bagaimanapun tindakan suspek diperhatikan beberapa anggota trafik yang kemudian bertindak mengejar dan mencekup mereka sejam kemudian," katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Abdul Rahim Daud dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, kedua dua suspek ditahan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu cubaan samun.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 9:53 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22712#sthash.RtXFsY3t.dpuf

Bangunan pejabat UMNO Pitas hangus

Oleh Ardyhansah Amat
Pitas: Sebuah bangunan pejabat UMNO Daerah Pitas di Kampung Kelumpang Pekan Lama Pitas, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, bangunan dua tingkat itu musnah sepenuhnya.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Sabah Mohd Affendy Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.36 malam.
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Pitas dan Kota Marudu bergegas ke lokasi kejadian dan api berjaya dipadamkan jam 8.40 malam.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kami masih menyiasat punca serta jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 11:28 AM


KEADAAN bangunan yang musnah sama sekali.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22715#sthash.l7cROblZ.dpuf

Operasi Bersatu Khas cekup 240 PATI

Oleh Ardyhansah Amat
Lahad Datu: Seramai 240 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Bersatu Khas di sekitar bandar, di sini, sebentar tadi.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun berkata, semua PATI itu ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri ketika pihaknya melakukan pemeriksaan.
"Pemeriksaan kali bertumpu di sekitar bandar yang menjadi tumpuan kehadiran ramai warga asing seperti pasar ikan, Jalan Teratai dan Bandar Wilayah.
"Operasi bermula seawal 5.30 pagi tadi dan berakhir lima jam kemudian.
"Semua PATI yang sebahagian besar warga Filipina itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut," katanya.
Semalam, seramai 58 PATI ditahan dalam Operasi yang sama di perkampungan setinggan Lobang Biawak terletak di pinggir bandar Lahad Datu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 4:13 PM


ANTARA PATI yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas di sekitar bandar Lahad Datu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22734#sthash.4zKNR8G2.dpuf

QZ8501: Tak jumpa kotak hitam


Pangkalan Bun: Pasukan pertama penyelam sudah turun ke dasar laut berdekatan lokasi penemuan ekor pesawat QZ8501 di Selat Karimata lebih 62 minit namun gagal menemui kotak hitam pesawat.
"Kami sudah mencari tetapi tidak menemui kotak hitam," kata Ketua Penyelam, Oot Sudarma kepada Panglima TNI Jeneral Moeldoko di KRI Banda Aceh.
Oot berkata, ada bahagian belakang ekor pesawat yang tidak dapat diperiksa kerana dipenuhi pasir dan lumpur di dasar laut.
Oot turut menyarankan ekor pesawat ditarik terlebih dahulu ke permukaan yang lebih tinggi sehingga tidak ada lagi bahagian yang ditutupi lumpur.
Ketika ini, pasukan penyelam sudah memasang tali dan tiga beg pelampung pada bahagian ekor pesawat.
Beg pelampung itu belum dikembangkan di dalam air untuk menarik ekor pesawat ke permukaan.
Kapal Crest Onyx yang dapat menarik beban 50 tan juga akan membantu menarik ekor pesawat dan setelah ditarik, ekor pesawat akan berada pada ketinggian 5-7 meter sehingga tidak ada lumpur yang menghalang pemeriksaan.
"Ketika ekor itu ditarik, harus ada penyelam yang siap sedia di bawah untuk melihat sisa-sisa barang yang jatuh, mungkin ada kotak hitam di situ," kata Panglima TNI memberi kebenaran untuk penarikan ekor pesawat ke permukaan. - Kompas.com
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 11:46 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22717#sthash.EzuT7KMz.dpuf

Treler hilang tiga jam

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: Tidak sampai tiga jam kehilangan sebuah treler di Shah Alam, Selangor dilaporkan malam tadi, polis berjaya menemui semula kenderaan itu selain menahan seorang lelaki berusia 40-an dipercayai melarikannya di Hentian Sebelah Pedas/Linggi, dekat sini pagi tadi.
Sumber berkata, treler itu dilaporkan hilang dari sebuah kilang di Shah Alam kira-kira 10 malam tadi menyebabkan usaha menjejakinya turut dilakukan di daerah ini.
Katanya, sejurus suspek melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Labu, di sini dalam keadaan mencurigakan, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2 bertindak mengekori kenderaan itu sehingga ke Hentian Pedas/Linggi arah selatan.
Menurutnya, setibanya di lokasi pada 12.30 tengah malam, suspek melarikan diri dengan melintasi jalan dan meninggalkan treler terbabit menyebabkan anggota polis mengejarnya.
"Suspek berjaya dicekup dan pemeriksaan dibuat mendapati treler berkenaan dilaporkan hilang di Shah Alam pada 10 malam tadi," katanya.
Menurut sumber, turut dirampas adalah pemutar skru dalam kenderaan itu dan telefon bimbit milik suspek.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Abdul Rahim Daud dihubungi mengesahkan tangkapan mengikut Seksyen 379A iaitu curi kenderaan.
Katanya, suspek dan rampasan akan diserahkan kepada IPD Shah Alam.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 12:41 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22721#sthash.AQl7FDsy.dpuf

Feri rosak enjin berpatah balik

Oleh Salman Hamat 
salman@hmetro.com.my


Butterworth: Feri Pulau Pinang dalam perjalanan dari Terminal Feri Sultan Abdul Halim ke Pengkalan Raja Tun Uda, Pengkalan Weld, Georgetown terpaksa berpatah balik selepas 10 minit belayar akibat masalah enjin menyebabkan asap tebal, 10.30 pagi tadi.
Kejadian itu disedari petugas feri dan penumpang yang melihat kepulan asap tebal dipercayai datang dari bahagian enjin.
Menurut sumber, kejadian itu tidak membabitkan kebakaran dan feri itu hanya mengalami masalah pada enjinnya menyebabkan asap tebal.
"Ketika kejadian feri itu membawa sekitar 30 penumpang sahaja, keadaan juga terkawal.
"Sejurus tiba di Terminal Sultan Abdul Halim penumpang berkenaan dipindahkan ke feri lain sebelum meneruskan semula perjalanan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 1:09 PM


FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22728#sthash.mRMnz78T.dpuf

Budak usia setahun hilang


Oleh Norshahrudin Sapian

am@hmetro.com.my

Pantai Remis: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Pulau Kabung, Batu 36, Jalan Sitiawan dekat sini petang semalam.
Mohammad Aqeef Darus Haraz Gilbert yang berusia setahun enam bulan disedari hilang oleh ahli keluarganya kira-kira 5 petang sebelum menghubungi talian kecemasan bagi memaklumkan kejadian itu.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) petang semalam hingga malam tadi tetapi tidak menemui mangsa.
"Operasi SAR diteruskan pagi ini dengan sepasukan anggota melakukan pencarian di sepanjang permukaan Sungai Beruas, Kampung Pulau Kabung hingga ke Pantai Remis," katanya.
Menurutnya, operasi turut disertai pasukan unit anjing pengesan (K-9) selain meneruskan pencarian di kawasan hutan berhampiran dan sepanjang pesisiran sungai.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 12:57 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22723#sthash.Tg0rA34O.dpuf

Dua ahli ‘Geng Alip Ayam’ tersungkur

Oleh Khairulmizan Yahya

am@hmetro.com.my


Kuantan: Kumpulan penjenayah dikenali sebagai 'Geng Alip Ayam' yang aktif melakukan jenayah samun dan rogol di sekitar daerah ini dengan menjadikan pelajar kolej wanita, jururawat dan pekerja wanita sebagai sasaran akhirnya tewas selepas tertangkapnya dua lelaki termasuk ketua kumpulan terbabit.

Kedua-dua suspek berusia 20 tahun itu ditahan secara berasingan di rumah masing-masing di daerah ini pada 27 dan 30 Disember tahun lalu dan polis masih memburu seorang lagi anggota geng berkenaan yang masih bebas namun percaya individu itu akan dapat ditangkap dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang Superintendan Md Zamri Mat Zanu berkata, tangkapan dilakukan cawangan siasatan khas (D9) selepas membuat risikan dan siasatan terhadap geng terbabit yang didapati aktif melakukan jenayah itu antara Oktober hingga Disember tahun lalu.

"Geng ini dianggotai tiga lelaki dan mereka ini sangat kejam, ganas dan berbahaya kerana bukan saja melakukan jenayah samun bersenjata malah turut merogol mangsa serta menjadikan rumah sewa yang dihuni pelajar kolej wanita, jururawat dan pekerja wanita sebagai sasaran.

"Modus operandi mereka ialah memecah masuk rumah mangsa dengan bersenjatakan parang dan pisau sebelum mengugut serta menyamun mangsa," katanya dalam sidang media di IPK Pahang, di sini, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 4:01 PM

MD Zamri Mat Zanu (tengah) menunjukkan antara barangan yang dirampas daripada suspek. FOTO Khairulmizan Yahya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22731#sthash.oW0vvErg.dpuf

Dua sahabat dituduh merompak


SEREMBAN: Dua sahabat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas mangsa ketika melakukan rompakan.
Tertuduh, Mohd Rahmat Kamarudin, 23, dan rakannya seorang juvana berusia 16 tahun, dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Chin Swe Sang, 69, ketika merompak RM150 daripada warga emas itu di hotel di Jalan Lee Fong Yee di sini pukul 5.30 petang, 1 Januari lalu.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaann dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama yang boleh dihukum penjara selama 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.
Hakim Jagjit Singh Bant Singh menetapkan 10 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh, masing-masing diikat jamin antara RM1,000 hingga RM5,000 dengan seorang penjamin.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A Aziz manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 5:27 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22740#sthash.JzvZZqYD.dpuf

Penjara tiga minggu beri keterangan palsu

Oleh Mohd Hilmie Hussin
Melaka: Seorang pelacur dijatuhi hukuman penjara selama tiga minggu oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah memberi keterangan palsu ketika deposisi dilakukan di Mahkamah, Disember lalu.
Tertuduh Nani Ratna Suminar, 39, dari Indonesia, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Norina Maludin, selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan juru bahasa.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memberi keterangan palsu di Mahkamah Majistret 4, Ayer Keroh, di sini, ketika deposisi dijalankan di hadapan Majistret dan Pegawai Polis, kira-kira jam 2.49 petang pada 29 Disember lalu.
Justeru, dia disabit melakukan kesalahan mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun dan boleh dikenakan denda.
Berdasarkan fakta kes, sewaktu deposisi dibuat ke atasnya pada jam 2.49 petang, 29 Disember tahun lalu di Mahkamah Majistret 4, Ayer Keroh, di sini, tertuduh mengatakan bahawa dia hanya bekerja sebagai tukang urut di premis tempatnnya ditangkap, sekali gus didapati memberi keterangan palsu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 4:23 PM


TERTUDUH yang dijatuhkan hukuman penjara tiga minggu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22736#sthash.MWLFQtU4.dpuf

QZ8501: Mayat mangsa di dasar laut


Jakarta: Satu lagi mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui di dasar laut berdekatan serpihan yang pada mulanya didakwa bahagian hadapan pesawat itu pada kedalaman 34 meter di Selat Karimata.

Penyelam menemui mayat kedua itu bersama satu lagi mayat yang ditemui sebelum itu bersama serpihan pesawat.

Kedua-dua mayat itu masih memakai tali pinggang keselamatan dan duduk di deretan kerusi yang sama.

Selepas mayat berkenaan berjaya dibawa ke atas, penyelam memasukkan dua mayat yang masih berpakaian lengkap itu ke dalam beg mayat.

Menurut Ketua Pasukan Peninjau Muhammad Aga yang berada di Kapal Geo Survei, penyelaman bermula pada 8.40 pagi dan kembali naik ke permukaan pada 9.15 pagi.

“Mayat wanita itu memakai blaus belang hitam putih dan seluar panjang hitam manakala mayat lelaki pula memakai jaket hijau dan seluar panjang hitam selain membawa pengendong bayi,” katanya. - detik.com

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 4:04 PM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22732#sthash.rrjZhGAl.dpuf

393 individu ditahan kes dadah


Oleh Fardy Bungga
Kuala Lumpur: Seramai 393 individu ditahan membabitkan 338 kes pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bermula 1 sehingga 8 Januari tahun 2015.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, tangkapan itu juga membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2 juta.
Menurutnya, antara dadah yang berjaya dirampas adalah jenis syabu, pilerimin, heroin, ecstacy, ketamin, ganja dan pil yaba.
"Selain itu, JSJN Kuala Lumpur juga berjaya menyita sebuah kereta Toyota Wish dan wang tunai sebanyak RM141,632 hasil daripada semua tangkapan ini," katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.
Menurutnya, pihak JSJN sentiasa memantau kawasan yang dikenalpasti sebagai lokasi panas membabitkan kes dadah dari semasa ke semasa.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 12:59 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22725#sthash.oHKjlgz4.dpuf

Suspek pukul polis diberkas


Oleh Fardy Bungga
Kuala Lumpur: Seorang suspek lelaki berusia 33 tahun yang dikehendaki membabitkan kes mencederakan anggota polis 29 Disember lalu berjaya ditahan dalam serbuan kes dadah ke atas sebuah rumah di Jalan Kovil, Kampung Chetty Sentul 6 Januari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, ketika ditahan, suspek mengaku salah seorang daripada kumpulan yang menyerang dan mencederakan anggota polis dalam kejadian 29 Disember lalu.
Menurutnya, dalam serbuan itu, suspek ditahan bersama lapan lagi individu termasuk dua wanita berusia lingkungan 19 hingga 54 tahun.
"Ketika serbuan, pemeriksaan polis menemui empat paket plastik besar berisi dadah jenis syabu seberat 145 gram dan 20 paket plastik mengandungi dadah heroin seberat 36.50 gram.
"Semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 13 Januari depan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di pejabatnya, sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 1:02 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22726#sthash.H2RhXhyX.dpuf