Search This Blog

Sunday, January 4, 2015

Terpaksa makan ubi kayu

Kuantan: "Saya dan penduduk kampung terpaksa makan ubi kayu selepas bekalan makanan habis apabila laluan ke sini terputus selama 11 hari disebabkan banjir.
"Kami makan apa saja tanaman yang ada di belakang rumah, kami terpaksa berbuat demikian bagi mengelak terus kebuluran," kata Rosli Ngah.
Rosli, 38, tinggal di Penempatan Orang Asli Bukit Bangkung, Jalan Sungai Lembing, di sini, berkata, penduduk kampung cemas apabila air tidak surut yang menyebabkan laluan terputus.
Katanya, sebelum bekalan makanan dihantar menggunakan helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) penduduk terpaksa makan apa saja dalam tempoh beberapa hari.
Katanya, ubi kayu ditanam di belakang rumah menjadi makanan selain apa saja yang boleh dijadikan hidangan untuk menyelamatkan nyawa.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 6:17 AM


MANGSA banjir, Muhammad Syuib Muhammad Akhir, 25, menyediakan hidangan dalam banjir selepas rumahnya dinaiki air.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21396#sthash.kIYK33UN.dpuf

Maut disangka hilang setahun

Oleh Ardyhansah Amat 
am@hmetro.com.my

Keningau: Misteri kehilangan seorang lelaki hampir setahun lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam gaung di Kilometer 16 Jalan Keningau-Kimanis, di sini, hari ini.
Rangka Sharif Marzuki, 28, ditemui dalam dalam lori satu tan oleh orang ramai yang kebetulan sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan itu, pada 3.55 petang.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Taong, berkata berdasarkan maklumat tertera pada lori berkenaan, polis pergi ke sebuah rumah dipercayai ahli keluarga mangsa.
"Menurut ibu mangsa, Sharif sudah lama tidak pulang ke rumah dan mereka terputus hubungan sejak Januari tahun lalu.
"Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat berhubung kehilangan mangsa. Mangsa disyaki terbabas lalu jatuh ke gaung tanpa disedari sesiapa.
"Rangka mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 10:33 PM


POLIS menyiasat lori manakala gambar kecil pula dipercayai rangka Sharif. FOTO HM Sabah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21301#sthash.f5XlfxR5.dpuf

Pemandu Singapura bayar RM2.4 juta

Oleh Isma Ismail
Johor Bahru: Polis Johor mengutip kira-kira RM2.4 juta dalam tempoh enam hari sejak 27 Disember lalu hasil Ops Saman Warga Asing.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, jumlah itu dikutip hasil daripada 15,470 saman warga Singapura yang tertunggak.
Menurutnya, pihaknya menjalankan operasi khas itu bersama pasukan trafik Bukit Aman yang berakhir 1 Januari lalu.
Katanya, operasi berkenaan dijalankan untuk mengesan pesalah lalu lintas terutamanya kenderaan dari Singapura yang tidak menjelaskan saman mereka sebelum ini.
"Sebanyak RM1.3 juta dikutip menerusi bayaran tunai, manakala RM1.1 juta lagi dibayar pesalah menerusi kad kredit," katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 3:47 PM


ANGGOTA polis trafik memeriksa rekod kenderaan berpendaftaran asing di Johoh Bahru pada 27 Disember. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21463#sthash.KVYcNToY.dpuf

Polis siasat kes buli pelajar di Kedah



SEDUTAN klip video yang menjadi viral di laman sosial menunjukkan kes buli yang berlaku di sebuah sekolah di negeri ini. - Foto Danial Noordin
ALOR SETAR : Polis Kedah mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung kes buli yang berlaku di sebuah sekolah di negeri ini, yang tersebar sehingga menjadi 'viral' di laman sosial Facebook dan Youtube.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya, selepas empat laporan diterima pihaknya berhubung kes itu sejak klip video berkenaan tersebar, kelmarin.
Berdasarkan siasatan, beliau berkata pihaknya mendapati kes itu berlaku di sebuah sekolah rendah di Alor Setar pada September lalu, iaitu selepas kira-kira dua minggu mangsa selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Kita dapati mangsa dibuli lima pelajar dikenalinya yang juga berusia 12 tahun, namun mangsa tidak mendapat sebarang kecederaan.
"Tiada sebarang laporan diterima berhubung kejadian itu sebelum ini, sehinggalah klip video berkenaan tersebar menjadi viral melalui Facebook dan Youtube dan empat laporan diterima mengenainya sejak semalam.
"Sehubungan itu, pihak polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata," katanya.
Sementara itu, Zamri turut menasihatkan pelajar yang menjadi mangsa buli atau mengetahui mengenai kejadian buli di sekolah, supaya segera melaporkan kepada pihak polis bagi membolehkan ia ditangani dengan tegas berlandaskan undang-undang.
"Polis tidak teragak-agak bertindak tegas ke atas mana-mana pelajar yang terbabit dengan kegitan buli. Justeru saya nasihatkan pelajar supaya menumpukan kepada pelajaran dan mengelak terbabit sebarang perlakuan yang berunsurkan kekerasan atau buli," katanya.

Pekerja syarikat cari gali maut nahas motosikal berkuasa tinggi

AHAD, 4 JANUARY 2015 @ 8:49 PM

 
KUALA NERUS: Seorang pekerja syarikat cari gali minyak maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya hilang kawalan selepas merempuh sebuah lori di Kampung Gemuroh, Tepuh di sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah hari itu, Wan Mohdzhar Wan Johar, 52, berasal dari Besut sedang dalam perjalanan dari Sungai Tong menghala ke Kuala Terengganu.

Mangsa dipercayai terbabas akibat cuba mengelak lori berkenaan yang membuat pusingan U secara tiba-tiba.

Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Pemandu lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.



Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. - BERNAMA

Polis tahan lelaki rosakkan berhala Wat Siam

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai telah merosakkan patung berhala dan peralatan sembahyang di Wat Canthraram, Tanah Liat, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor, berkata lelaki yang dipercayai kurang siuman itu, ditahan di rumahnya di Tasek Gelugor pada 6 petang semalam dan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
"Berdasarkan maklumat awam dan nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki lelaki yang tiada pekerjaan itu, polis berjaya mengesan alamat rumahnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Rusli berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar lelaki itu merosakkan patung berhala dan peralatan sembahyang di wat berkenaan.
Lelaki berkenaan dikatakan datang ke wat itu pada 10.10 pagi dengan menunggang motosikal Honda EX5 sebelum menjatuhkan dan memecahkan patung berhala dan membuang bekas tembaga berisi colok.
- BERNAMA

Lori bawa ikan toman, katak terbalik dekat Nilai

NILAI: Sebuah lori satu tan yang membawa ikan toman dan katak terbalik dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada kira-kira jam 4 petang tadi.
Kejadian berlaku di kilometer 274.5 itu menyebabkan keadaan di arah laluan itu sesak sepanjang kira-kira 1.5 kilometer.
Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan tiada kemalangan jiwa dan pemandu lori terbabit dilaporkan selamat.

QZ8501: Dasar laut gelap, penuh lumpur tangguh tugas penyelam


JAKARTA : Keadaan dasar laut gelap dan dipenuhi lumpur memaksa misi pasukan penyelam yang ditugaskan menjejaki pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di dasar perairan Laut Jawa dihentikan tengah hari tadi.
Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), F Henry Bambang Soelistyo, berkata penyelam sudah memulakan misi itu sejak jam 8.20 waktu Indonesia Barat (WIB) selepas mendapati cuaca baik.
"Di dasar laut jarak pandangannya sifar, jadi gelap. Dasar laut wujudnya lumpur," kata Soelistyo di Kantor Basarnas, di Jakarta, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya sudah menggerakkan dua penyelam dari KRI Banda Aceh untuk melakukan tugas itu di Selat Karimata, Kalimantan Tengah.
"Akan tetapi, saat ini, di kawasan itu hujan lebat, kemudian gelombang naik. Sembilan kapal kita sudah berada di wilayah di kesannya serpihan pesawat, (tetapi) penyelaman semula masih belum dapat dilakukan," katanya.
Soelistyo berkata, kelajuan arus dasar laut juga tinggi iaitu sekitar 3-5 knot disusuli ombak melebihi 1.5 meter.
Sementara itu, Komandan Operasi Gugus Keamanan Laut Kawasan Barat TNI, Laksamana Abdul Rasyid menjelaskan cuaca buruk dan tidak menentu tidak menyukarkan tugas penyelaman di dasar laut.
"Saya perintahkan semua penyelam naik ke kapal dan menunggu sehingga cuaca kembali baik untuk menyambung tugas," katanya. - Kompas.com/Detik.news

QZ8501: Empat lagi jenazah mangsa ditemui


JAKARTA: Empat lagi jenazah mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kelapan pencarian di Laut Jawa, hari ini.
Jumlah terbaru itu menjadikan keseluruhan jasad ditemui pasukan SAR diketuai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) kini adalah 34 orang.
Stesen rangkaian media Indonesia, Metrotv sebentar tadi melaporkan tiga mayat terbaru itu ditemui kapal USS Sampson milik Angkatan Laut Amerika Syarikat (AS), tengah hari tadi.
Tiga jenazah itu kemudian dibawa menggunakan helikopter Sea Hawk milik AS dan tiba di Landasan Udara Iskandar Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira jam 2.50 petang tadi.
Sementara itu, satu lagi jenazah ditemui kapal milik Singapura, RSS Persistence pagi tadi dan sudah tiba di Pangkalan Bun kira-kira jam 6.15 waktu Malaysia.
Daripada jumlah itu juga, 30 jenazah sudah berada di Surabaya dengan sembilan daripadanya sudah dikenal pasti pasukan pengecaman mangsa bencana DVI Polis Republik Indonesia (POLRI) dan ada yang sudah selamat dikebumikan. - Metrotvnews.

Dengan Kesan Tetakan

Mayat Lelaki Warga India Ditemui 

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2015 6:57 PM

JEMPOL: Mayat seorang warga India ditemui terbaring dipercayai mangsa bunuh di tepi jalan di Kilometer 10, Jalan Bahau-Rompin di sini, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Jempol Superitendan Hamzah Alias berkata, mayat Vankateshah Ramasami, 24, ditemui pada 8 malam selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan membabitkan sebuah motosikal.

"Namun, pemeriksaan polis di tempat kejadian mengesahkan lelaki itu bukan terlibat dalam kemalangan jalan raya, tetapi telah mati dipercayai dibunuh kerana terdapat kesan tetakan di bahagian kepala manakala perutnya terburai.

"Mangsa disahkan seorang warga India.. punca kejadian masih disiasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

Hamzah berkata, siasatan awal mendapati mangsa bekerja di Ladang Bukit Pilah, Rompin di sini sejak empat tahun lalu.

Katanya sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar ke pekan Bahau dengan menunggang motosikal bersama rakannya dan usaha menjejaki rakannya itu sedang dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Muzaffar Mohd Wali di talian 06-4582222 atau balai polis berhampiran.

Pesawat tiada kebenaran terbang


Mayat mangsa yang ditemui dibawa naik di atas kapal Tentera Laut Indonesia, KRI Banda Aceh semalam. Foto: AFP
Mayat mangsa yang ditemui dibawa naik di atas kapal Tentera Laut Indonesia, KRI Banda Aceh semalam. Foto: AFP
JAKARTA - INDONESIA. Kementerian Pengangkutan Indonesia membekukan kebenaran untuk AirAsia Indonesia menggunakan laluan Surabaya-Singapura selepas pesawat milik syarikat itu yang terhempas pada 28 Disember lalu didapati terbang mengikut jadual yang tidak diluluskan.

Menurut agensi berita AFP, kenyataan dikeluarkan jurucakap Kementerian Pengangkutan menyebut AirAsia tidak diberikan kebenaran untuk terbang di laluan Surabaya-Singapura pada setiap hari Ahad, iaitu hari nahas itu berlaku, dan syarikat itu tidak membuat apa-apa permohonan untuk menukar jadual penerbangannya.

Pesawat QZ8501 terhempas di Laut Jawa dengan 162 individu dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada waktu penerbangan yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa, menurut Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Indonesia, Djoko Murjatmodjo.

"Ia melanggar permit laluan dan jadual yang diberikan, itulah masalahnya," katanya.

Menurut Djoko, permit AirAsia bagi laluan itu dibekukan sehingga siasatan selesai.

Sementara itu, sehingga semalam, pasukan mencari dan menyelamat menumpukan pencarian mereka terhadap badan pesawat dan baki mangsa daripada nahas itu, dengan penyiasat luar membantu mencari kotak hitam pesawat, alat penting untuk menentukan punca nahas berhampiran kepulauan Borneo itu.

Menurut The Jakarta Post, lewat malam kelmarin, dua objek besar ditemui di dasar laut oleh pasukan mencari dan menyelamat yang menyertai operasi mencari pesawat itu.Ia ditemui susulan penemuan tompokan minyak pesawat di atas permukaan laut.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), Henry Bambang Soelistyo mengesahkan dua objek besar itu adalah sebahagian daripada pesawat AirAsia Indonesia.

Sehingga kini, objek itu masih berada di dasar laut pada kedalaman 30 meter.

Menurutnya, dua serpihan besar yang ditemui berhampiran satu sama lain itu mempunyai dimensi 9.4 meter x 8.04 meter dan 7.2 meters x 0.5 meter.

"Buat masa ini, pasukan (mencari dan menyelamat) sedang cuba mendapatkan gambaran lebih jelas menggunakan ROV (kenderaan bawah air yang dikendalikan secara jauh) untuk mendapatkan visual dasar laut.

"Ombak masih tinggi dan arus masih kuat. Kami harap cuaca akan bertambah baik supaya ROV boleh berfungsi secara optimum," katanya.

Cuaca buruk sejak beberapa hari menghalang usaha pencarian yang dipercayai berada di perairan cetek antara 25 hingga 32 meter.

Sebelum ini, pusat kawalan trafik udara Indonesia melaporkan juruterbang meminta kebenaran terbang pada ketinggian lebih tinggi untuk elak ribut namun permintaan itu tidak diluluskan kerana terdapat beberapa pesawat lain di atas laluan popular itu.

Padah dengki rakan sendiri


Abu Dhabi: Seorang amah warga Indonesia yang membunuh bayi majikannya yang berusia empat bulan dengan menghantuk kepalanya pada meja bakal dihukum mati selepas rayuan ditolak.

Defendan yang dikenali sebagai ST dituduh membunuh bayi dinamakan Malak itu kerana cemburu dengan pengasuh Filipina mangsa, tahun lalu.

Tanpa pengetahuan S.T, kejadian itu dirakam kamera keselamatan di kediaman majikannya yang menunjukkannya mengeluarkan bayi itu dari tempat tidurnya sebelum kembali bersama mangsa.

Media melaporkan, kepala bayi itu dipercayai dihentak pada meja dengan niat untuk ‘mengenakan’ rakan Filipinanya yang bekerja dengan majikan sama.

Kejadian berlaku ketika pengasuh berbangsa Filipina itu mandi dan tidak menyedari kejadian yang berlaku, namun, sebaik keluar dari tandas, dia mendapati bayi yang cedera itu sesak nafas. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 5:34 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21376#sthash.l75Dfs5S.dpuf

Tak sempat diadili


New York: Seorang warga Libya yang dituduh melakukan pengeboman tahun 1998 dikaitkan dengan Al-Qaeda di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Afrika, meninggal dunia akibat kanser hati beberapa hari sebelum sempat dibicarakan.
Abu Anas al-Libi (gambar), 50, berada dalam senarai paling dikehendaki Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dengan habuan AS$5 juta (RM18 juta), ditangkap tentera AS di Tripoli pada Oktober 2013.
Dia dan rakan perniagaan dari Arab Saudi Khalid al-Fawwaz dijadualkan untuk perbicaraan pada 12 Januari ke atas serangan di Kenya dan Tanzania yang mengorbankan 244 orang serta mencederakan lebih 5,000 orang.
Mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan konspirasi, namun suspek ketiga, warga Mesir Adel Abdel Bary mengaku terbabit dalam serangan itu, tahun lalu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 5:34 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21375#sthash.EIyFvbPH.dpuf

Budak selamat nahas pesawat


Eddyville (Amerika Syarikat): Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang terselamat dalam nahas pesawat yang mengorbankan empat penumpang lain berjalan dalam keadaan ‘mamai’ dari tempat kejadian untuk melaporkan insiden berkenaan kepada penduduk tempatan.
Pesawat kecil Piper PA- 34 terbabit melaporkan mengalami masalah enjin sebelum terus hilang hubungan dengan pusat kawalan trafik udara sejurus selepas itu, ketika berada di kawasan barat daya Amerika kira-kira 6.55 petang, kata jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).
Jurucakap Polis Negeri Kentucky Sarjan Dean Patterson, semalam berkata, setengah jam kemudian, seorang penduduk daerah Lyon menghubungi talian kecemasan memaklumkan kanak-kanak berusia tujuh tahun berjalan ke rumahnya mendakwa terbabit dalam nahas pesawat.
“Kanak-kanak itu keluar sendiri dari bangkai pesawat dan berjaya berjalan hingga ke kawasan penduduk berhampiran untuk melaporkan kemalangan berkenaan.
“Memang satu keajaiban apabila dia terselamat, tetapi malangnya, empat mangsa yang lain maut,” katanya.
Menurut Patterson, kanak-kanak berkenaan masih mengalami gangguan emosi dan dibawa ke hospital untuk diberi rawatan, tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Ekoran laporan dibuat, pihak berkuasa melancarkan operasi mencari tapak nahas dan menemui tapak kemalangan di kawasan hutan berhampiran tasik Kentucky dua jam kemudian. Mayat juruterbang dan tiga penumpang turut ditemui.
Katanya, identiti mangsa masih belum didedahkan. Pihaknya juga masih menyiasat hubungan budak terbabit dengan mangsa lain. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 5:34 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21374#sthash.vK7PBTWr.dpuf

Pemandu pelancong durjana

Patna (India): Dua beradik ditahan kerana didakwa mengurung dan merogol seorang pelancong Jepun berusia 22 tahun selama tiga minggu berhampiran lokasi paling suci penganut Buddha di Bodh Gaya.
Timbalan Superintendan Polis Alok Kumar Singh berkata, siasatan menunjukkan pelancong itu diculik selepas diacukan senjata api dan dikurung di dalam bilik bawah tanay berhampiran Bodh Gaya.
“Mangsa yang semakin lemah kerana diseksa begitu lama dibawa ke Gaya untuk rawatan perubatan pada 20 Disember lalu.
“Ketika itu dia melarikan diri dan mendapat bantuan pelancong Jepun lain yang membawanya ke konsulat Jepun di Kolkata,” katanya.
Menurutnya, Sajid Khan, 32, dan adiknya Jawed berusia 25 tahun ditangkap kelmarin.
“Mereka disiasat kerana mengurung dan merogol pelajar Jepun itu,” katanya.
Mangsa datang dari Kolkata untuk melawat kompleks Bodh Gaya yang terletak 110 kilometer dari Patna. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 5:38 AM

DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21379#sthash.eFYdzIXz.dpuf

Penjual susu mati kesejukan


Bangkok: Seorang penjual susu berusia 26 tahun ditemui mati kesejukan di rumahnya di wilayah Phrae, utara Thai.
Isteri Subin Jaiwan, Kannika Luelok, 31, terkejut apabila mendapati suaminya sudah ‘keras’ ketika mahu mengejutkan lelaki itu untuk bekerja, pagi kelmarin.
Jurucakap polis Muang Phrae Leftenan Natdanai Sitsasn berkata, laporan Hospital Phrae mendapati mangsa mati selepas sawan akibat keadaan sejuk sebelum mengalami serangan jantung.
Kannika berkata Subin dan anak lelaki mereka berusia tujuh tahun tidur di tingkat bawah tanah rumah itu manakala dia dan seorang lagi anak tidur di aras atas.
Katanya, Subin sering mengalami masalah kesihatan pada musim sejuk yang ada kalanya melihat cuaca turun sehingga 14 celsius pada waktu malam.
“Tetapi selalunya dia akan sihat semula bila dapat berehat,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 5:38 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21380#sthash.bctPdo2Y.dpuf

Mati ditimbus gudang runtuh

Beijing: Sebuah gudang yang runtuh sehari selepas terbakar mengakibatkan kematian tiga anggota bomba manakala 13 lain turut cedera.
Parti Komunis Harbin melaporkan di akaun Sina Weibo miliknya bahawa seorang pengawal keselamatan turut parah dalam kebakaran pada malam Sabtu itu.
Dua lagi anggota bomba masih hilang setakat pagi semalam.
Agensi berita Xinhua melaporkan, anggota terbabit berada di tingkat dua gudang barangan seramik itu apabila lantai dipijak runtuh.
Tiga anggota bomba yang cedera dalam keadaan kritikal. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 5:50 AM


ANGGOTA bomba membawa mayat mangsa yang mati tertimbus ketika memadam kebakaran.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21382#sthash.1CO0O6mb.dpuf

Empat serpihan besar QZ8501 dikesan


ANGGOTA Tentera Laut Indonesia membawa naik beberapa mayat penumpang pesawat AirAsia QZ8501 ke atas kapal KRI Banda Aceh semalam sebelum diterbangkan ke pusat operasi di Lapangan Terbang Pangkalan Bun, Kalimantan. - REUTERS


JAKARTA – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 yang terhem­pas di Laut Jawa masuk hari ketujuh semalam dengan penemuan empat objek besar yang diyakini bangkai pesawat itu.
Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Bambang Soelistyo berkata, berdasarkan kepada saiz dan jenis objek besar di dalam dasar laut itu, pihaknya yakin itu adalah bangkai pesawat AirAsia.
“Dengan penemuan tumpahan minyak dan bahagian besar pesawat, ini adalah bahagian pesawat AirAsia yang kami cari selama ini,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa siaran televisyen tempatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3NoFD4KxI 
Hakcipta terpelihara 

Badan putus dua dibaham buaya



MANGSA disambar seekor buaya semasa memasang perangkap ikan di Sungai Samarahan. - Gambar hiasan.


SERIAN – Mayat seorang petani yang disambar buaya ketika memasang belat di Sungai Samarahan berhampiran Kampung Soh di sini kelmarin ditemui pagi semalam.
Mangsa, Idris Yakub, 56, dari Kampung Panchor Baru Melayu di sini ditemui pada pukul 9.55 pagi dengan badannya terputus dua da­ri bahagian dada hingga kepala dan putus pergelangan kaki kirinya.
Ketua Polis Daerah Serian, De­puti Superintendan Chung Aik Peng berkata, mayat bapa kepada dua anak itu ditemui terapung di tebing sungai berkenaan kira-kira 1.8 kilo­meter (km) dari tempat mangsa dibaham reptilia tersebut.
Katanya, isteri mangsa, Raini Salim, 40, telah melakukan pengecaman dan mayat Idris sudah dibawa ke Hospital Serian untuk dibedah siasat.
“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dihentikan sebaik pe­nemuan anggota badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3NoExMMBa 
Hakcipta terpelihara 

Kehebatan kapal AS temui 12 mangsa dikagumi


ADAMS semasa ditemu bual oleh wartawan di Pangkalan Bun, Kalimantan.- AGENSI


PANGKALAN BUN, Kalimantan – Kehebatan kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS Sampson yang berjaya menemui 12 mayat penumpang QZ8501 pada hari pertama operasi kapal itu di Laut Jawa menarik perhatian media Indonesia.
Berikutan itu, Komander USS Samson, Greg Adams menjadi tumpuan pemberita semasa tiba di Lanud Iskandar, Pangkalan Bun di sini semalam.
“Saya tidak boleh menjawab me­ngenai strategi pencarian dan aspek teknikal yang kami gunakan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai operasi yang dilaksanakan oleh kapal berkenaan.
Detik.com melaporkan, Adams memberitahu bahawa kapal USS Sampson bukan kapal perang pemusnah tetapi merupakan kapal jenis baharu dalam kategori yang tersendiri.
“Kapal ini merupakan yang terbaharu, bersaiz lebih kecil daripada kapal pemusnah serta mempunyai kelajuan yang sangat tinggi,” katanya.
Adams juga enggan mengulas lanjut mengenai sistem alat pengesan yang digunakan oleh kapal berkenaan.
Dia menjelaskan bahawa lokasi operasi yang dilaksanakan oleh USS Sampson bagi mencari mangsa pesawat QZ8501 yang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu ditentukan oleh Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas). – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3NoDqyc96 
Hakcipta terpelihara 

Diberkas selepas 45 minit menyamun


JOHOR BAHRU 3 Jan. – Polis berjaya menyelesaikan satu kes samun berikutan penahanan tiga suspek di Jalan Sutera, Taman Sentosa di sini, hari ini iaitu 45 minit selepas insiden berkenaan berlaku di Taman Pelangi pada pukul 5 pagi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, ketiga-tiga suspek ditahan selepas melakukan samun ke atas pasangan kekasih yang melibatkan anggaran kerugian RM300.
Menurutnya, kejadian pada awal pagi itu berlaku semasa kedua-dua mangsa berusia 18 dan 20 tahun sedang menunggu teksi di Jalan Biru, Taman Pelangi sebelum didatangi tiga lelaki yang menaiki kereta jenis Toyota Vios.
"Sejurus kereta berkenaan menghampiri, dua lelaki bersenjatakan parang turun dan mengugut mangsa menyerahkan semua barangan berharga sebelum melarikan diri.
"Susulan daripada itu, anggota peronda dengan bantuan Skuad Ninja digerakkan dan menemukan kereta terbabit sekitar Jalan Tebrau menghala ke bandar, namun suspek cuba memecut laju," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, anggota peronda dan Skuad Ninja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) bertindak mengejar kereta dinaiki suspek sebelum berjaya memintas dan menahan mereka di Jalan Sutera pada pukul 5.45 pagi.
Tambahnya, pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki suspek terdapat dua bilah parang, sebilah pisau dan barangan yang disamun daripada pasangan berkenaan.
"Hasil siasatan awal mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah," katanya.
Sulaiman memberitahu, kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/diberkas-selepas-45-minit-menyamun-1.44126#sthash.kjqvzwbN.dpuf

QZ8501: 30 mayat telah ditemukan


JAKARTA 3 Jan. – Operasi mencari mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang masuk hari keenam hari ini, telah menemukan 30 mayat penumpang dan krew secara keseluruhannya.
Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia, Bambang Soelistyo berkata, sebanyak 10 mayat dalam perjalanan ke Surabaya, empat lagi di Pangkalan Bun, tujuh di kapal perang Indonesia, KRI Bung Tomo dan satu lagi di kapal perang Malaysia, KD Pahang.
Jelasnya, lapan lagi mayat telah tiba di Surabaya dan mayat mangsa yang masih berada di KD Pahang dan KRI Bung Tomo masih dalam proses untuk dibawa ke Pangkalan Bun.
“Kedua-dua kapal menghadapi kesukaran untuk sampai ke pangkalan tersebut ekoran cuaca buruk dan ombak kuat,” katanya seperti yang dilaporkan portal detik.com.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/qz8501-30-mayat-telah-ditemukan-1.43942#sthash.6J5snzuf.dpuf

QZ8501: Dua objek dipercayai bahagian utama pesawat dikesan


JAKARTA 3 Jan. – Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia melaporkan berjaya menemukan dua objek besar dipercayai bahagian utama pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada Ahad lalu.
Ketua Basarnas, Bambang Soelistyo berkata, kedua-dua objek berkenaan ditemukan di dasar laut pada kedalaman 30 meter dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah dikerah untuk menurunkan kenderaan kawalan jauh (ROV) bagi mendapatkan visual objek itu.
“Saya pasti objek terbabit merupakan bahagian utama QZ8501 kerana tompokan minyak turut ditemukan di kawasan itu,” katanya seperti yang dilaporkan portal detik.com.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/qz8501-dua-objek-dipercayai-bahagian-utama-pesawat-dikesan-1.43944#sthash.hGgMsGbQ.dpuf

Kanak-kanak dicabul ketika lawat bapa di penjara


Seorang kanak-kanak perempuan dicabul ketika melawat bapanya di
Seorang kanak-kanak perempuan dicabul ketika melawat bapanya di Penjara Bilibid, Manila, pada 1 Januari lalu. – AGENSI
MANILA 3 Jan.  Seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun dicabul di dalam sebuah tandas di Penjara Bilibid, di sini ketika melawat bapanya yang juga seorang banduan pada hari pertama Tahun Baharu 2015.
Menurut pegawai, mangsa dijumpai terbaring di dalam tandas berkenaan dalam keadaan seluar­nya terlondeh serta leher diikat.
Bagaimanapun, pemeriksaan perubatan mendapati dia tidak dirogol.
Jurucakap Presiden, Abigail Valte berkata, insiden itu amat dikesali, sementara Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima berkata, seorang banduan mengaku menyerang budak tersebut dan bakal berdepan dakwaan jenayah.
“Suspek menyerang mangsa sehingga tidak sedarkan diri dengan niat merogol mangsa,” kata de Lima kepada saluran penyiar ABS-CBN.
Kejadian itu berlaku tiga minggu selepas polis menyerbu penjara ber­kenaan dan menjumpai dadah, wang tunai serta senjata api selain sebuah bar dan jazuki di dalam penjara.
Penjara itu disifatkan sebagai pusat tahanan eksklusif kerana dilengkapi penghawa dingin yang dibina khas untuk penjenayah berpengaruh.
Seorang ketua sindiket rompak­an bank, Herbert Colanggo, dilapor mempunyai studio rakaman di dalam sel tahanannya dan dia turut merakam satu album penuh lagu balada.
Beberapa video dimuatnaik di YouTube turut memaparkan Co­langgo bersenam di dalam gimnasium penjara sambil sekumpulan penonton bersorak dengan pom-pom. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kanak-kanak-dicabul-ketika-lawat-bapa-di-penjara-1.44074#sthash.3LX8vbWw.dpuf