Search This Blog

Saturday, January 3, 2015

Video murid tahun 6 dibuli jadi viral


Video memaparkan seorang murid sekolah dibuli kini menjadi viral di laman sosial.
Video memaparkan seorang murid sekolah dibuli kini menjadi viral di laman sosial.
ALOR SETAR - Satu rakaman video memaparkan seorang murid sekolah dibuli kini menjadi viral di laman sosial sejak hari ini.

Video berdurasi 1 minit 51 saat itu mencetuskan kegusaran dan kemarahan orang ramai.

Difahamkan, kes itu berlaku di sebuah sekolah kebangsaan dekat pusat bandar, di sini, pada September tahun lalu.

Video itu bermula dengan beberapa murid berusia 12 tahun bertindak menendang pada bahagian muka mangsa.

Tidak cukup dengan itu, muka mangsa kemudian ditutup menggunakan bakal sampah dan diletakkan penyapu.

Tindakan biadab sekumpulan murid berkenaan turut mendapat perhatian Ketua Pemuda MIC Alor Setar, W Thiruchandru.

Menurutnya, pihak sekolah berkenaan sudah memanggil ibu bapa mangsa untuk menjelaskan kejadian yang melibatkan anak mereka.

“Ibu bapa mangsa hanya mengetahui kejadian ini setelah dimaklumkan oleh pihak sekolah pagi tadi (semalam) kerana mangsa tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka.

“Mereka amat kecewa dengan insiden itu dan meminta polis menasihati pelajar yang terlibat supaya tidak mengulanginya,” katanya.

Difahamkan, satu laporan dibuat oleh ibu bapa mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kes itu bukan kejadian buli yang serius.

“Ini hanya gangguan daripada rakan-rakan. Bagaimanapun, kita masih menunggu perkembangan terkini dari pihak sekolah.

“Dalam kes ini, semua yang terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya.

Bilangan mangsa banjir Kelantan, Perak menurun


Pasca banjir... terlalu sukar untuk dibayangkan perasaan mangsa banjir yang rumahnya hanyut dilanda banjir.
Pasca banjir... terlalu sukar untuk dibayangkan perasaan mangsa banjir yang rumahnya hanyut dilanda banjir.
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan dilihat semakin baik setakat tengah hari ini dengan hanya 9,957 mangsa masih berada di 99 pusat pemindaan berbanding 24,020 orang pagi tadi.
  
Jumlah terbaru mangsa banjir di Kelantan itu merupakan sebahagian daripada 61,034 orang yang masih berada di pusat pemindahan sementara di Pahang, Perak, Terengganu, Sabah dan Johor.
  
Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan berkata, jumlah mangsa yang direkodkan ialah Tanah Merah dengan 1,668 orang, Kuala Krai (3,636), Gua Musang (2,154), Machang (2,419) dan 80 orang di Tumpat.
  
Di PERAK, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 6,775 orang berbanding 6,881 orang yang direkodkan pagi tadi.
  
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata, mangsa banjir di daerah Perak Tengah kini berjumlah 5,086 orang, Kuala Kangsar (538), Hulu Perak (739), Manjung (140) dan 272 orang di Hilir Perak.
  
Sementara itu, Terengganu, Pahang dan Johor setakat tengah hari ini tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan masing-masing kekal seperti yang direkodkan pada sebelah pagi.
  
Di TERENGGANU, jumlah mangsa kekal 143 orang dengan hanya satu pusat pemindahan dibuka iaitu di Dungun.
  
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir masih sebanyak 42,938 orang di 187 pusat pemindahan dalam tujuh daerah yang terjejas.
   
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah mangsa yang direkodkan ialah Temerloh dengan 20,962 orang, Pekan (11,063), Jerantut (3,792), Bera (3,479), Maran (2,168), Kuantan (1,074) dan 400 orang di  Lipis.

Di JOHOR, mangsa banjir kekal 116 orang daripada 24 keluarga dengan enam pusat pemindahan iaitu satu di daerah Batu Pahat dan lima di daerah Segamat.
  
Berbeza di SABAH, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 1,105 orang berbanding 910 orang pagi tadi dan mereka ditempatkan di lima pusat pemindahan di tiga daerah, menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Sabah.

Daerah Kota Belud mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 821 orang, diikuti Kudat (265) dan 19 orang di Pitas. - Bernama

Banjir: Usim Hantar Sukarelawan Ke Gua Musang


Diterbitkan: Sabtu, 3 Januari 2015 12:52 PM

NILAI: Sebanyak 60 sukarelawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) daripada pasukan khas 'SMART Team' bertolak ke Gua Musang, Kelantan, Jumaat malam bagi misi bantuan pasca banjir.
Penolong Pendaftar Pusat Komunikasi Strategik USIM, Mohd Zaini Othman berkata kumpulan fasa pertama itu akan berada di negeri itu sehingga esok, manakala kumpulan kedua akan berada di sana pada Selasa hingga Jumaat minggu depan.
"Turut menyertai kumpulan itu ialah pengurusan universiti iaitu Naib Canselor, Prof Datuk Dr Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Datuk Dr Mohamed Asin Dollah dan Pendaftar, Muhammad Haizuan Rozali," katanya di sini, Sabtu.
Beliau berkata operasi pasca banjir itu akan ditumpukan kepada agihan bekalan makanan dan keperluan harian serta membantu membersihkan kemudahan awam seperti sekolah, masjid, dewan dan kediaman penduduk.
Mohd Zaini berkata sebanyak lima tan barangan keperluan asas seperti beras, air bersih, lampin pakai buang, susu bayi, biskut dan ubat-ubatan hasil daripada sumbangan orang ramai di bilik gerakan universiti itu akan dibawa ke sana.
"Turut menyertai pasukan ini ialah sebuah ambulans USIM yang membawa pegawai perubatan yang akan menjalankan pemeriksaan kesihatan di sana nanti," katanya.

Khalwat: Warga Bangladesh sanggup sembah kaki


Duda anak dua antara yang dicekup bersama pasangannya.
Duda anak dua antara yang dicekup bersama pasangannya.
ALOR SETAR - "Saya sanggup sembah kaki tuan. Tolonglah, lepaskan saya," demikian rayuan seorang warga Bangladesh bagi mengelakkan diri dicekup dalam operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), kelmarin.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, lelaki berusia 27 tahun berkenaan ditahan bersama pasangannya seorang wanita Kadazan berusia 30.

“Lelaki Bangladesh itu memberitahu mereka merancang untuk berkahwin, malah teman wanitanya dalam proses mendalami Islam.

“Mereka antara 15 orang berusia antara 16 hingga 34 tahun yang ditahan dalam operasi di sekitar bandar raya ini," katanya.

Menurutnya, turut ditahan dalam operasi itu adalah duda anak dua bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam hotel sama.

"Ketika serbuan, lelaki berusia 34 tahun itu cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat dua bilik hotel menggunakan selimut putih.

"Pasangannya pula memberikan alasan membeli peralatan persekolahan untuk anak pasangannya berusia 9 dan 14 tahun sebelum mengambil keputusan menyewa bilik hotel," katanya.

Dalam serbuan di hotel berlainan, seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar jeans pendek berusia 28 tahun cuba meloloskan diri melalui lubang siling tandas hotel.

Anggota Jaik bertindak mengetuk pintu tandas berulang kali namun lelaki berkenaan enggan keluar sebelum dipujuk pasangan wanitanya.

Syeikh Mohd berkata, wanita berusia 28 tahun berkenaan mendakwa mereka adalah sepupu yang datang dari Langkawi semata-mata mahu meraikan sambutan tahun baharu.

"Kesemua yang disyaki bersekedudukan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sebelum dibawa ke Pejabat Jaik untuk disoal siasat," katanya.

Kapal karam di Pulau Berakit



Seorang penumpang terkorban selepas sebuah bot penumpang dilaporkan
Seorang penumpang terkorban selepas sebuah bot penumpang dilaporkan karam berhampiran Pulau Berakit, Batam namun baki lima lagi penumpang dan anak kapal berjaya menyelamatkan diri. – AGENSI
BATAM – Seorang penumpang terkorban selepas sebuah bot penumpang dilaporkan karam berhampiran Pulau Berakit, di sini namun baki lima lagi penumpang dan anak kapal berjaya menyelamatkan diri.
“Memang benar ada bot karam di sekitar Pulau Berakit, ketika ini kami masih lagi menjalankan siasatan.
“Daripada siasatan awal, kami dapati kapal ini karam selepas dipukul ombak yang kuat dan besar,” kata Ketua Polis Bintan, Supritendan Kristiaji kepada Kompas.com baru-baru ini.
Kristiaji berkata, mangsa yang terkorban telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat, namun kesemua mangsa termasuk yang terselamat masih tidak diketahui identitinya.
Mangsa yang terselamat kini berada di Pangkalan Tentera Laut Pulau Berakit.
Sementara itu, jurucakap Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Tanjung Pinang, Abdul Hamid berkata, pihaknya sudah menggerakkan sebuah kapal bagi memantau kawasan berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kapal-karam-di-pulau-berakit-1.43771#sthash.Sae5TVoq.dpuf

Misi ketenteraan AS di Afghanistan tamat


Seorang anggota tentera mengemas alatan untuk disimpan di dalam
Seorang anggota tentera mengemas alatan untuk disimpan di dalam kontena ketika pasukan tentera bersiap-sedia untuk meninggalkan Afghanistan di pangkalan operasi Gamberi di wilayah Laghman, Isnin lalu. – REUTERS
KABUL 2 Jan. – Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani semalam secara rasmi menutup pengakhiran misi ketenteraan selama 13 tahun diketuai Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tanda peralihan kedaulatan negara ini.
Dalam ucapannya yang dipetik laman web, euronews.com, Ashraf memaklumkan supaya rakyat negara ini memberi sokongan kepada pasukan keselamatan dalam usaha membina kekuatan serta keamanan Afghanistan.
“Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat hari ini. Pasukan tentera sekarang mampu menjalankan tanggungjawab sepenuhnya untuk melindungi negara,” katanya.
Sementara itu, lebih 12,000 tentera luar yang kebanyakannya dari AS akan kekal di negara ini sebagai sebahagian daripada misi ‘Sokongan Teguh’ Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bagi membantu latihan ketenteraan Afghanistan untuk menentang kumpulan Taliban.
Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya 35 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan roket yang dilancarkan oleh tentera Afghanistan di sebuah majlis perkahwinan di Helmand, selatan negara ini, kelmarin.
Agensi Reuters melaporkan Timbalan Komander, Jeneral Mahmoud berkata, serangan roket dilancarkan dari tiga arah di sebuah perkampungan di daerah Sangin yang menempatkan lokasi majlis terebut.
“Apa yang kita tahu setakat ini, anggota tentera melepaskan tembakan mortar dari tiga lokasi tetapi kami tidak tahu sama ada tembakan itu dilancarkan secara sengaja atau tidak.
“Kami telah melancarkan siasatan dan akan mengenakan hukuman terhadap pesalah,” katanya. – REUTERS/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/misi-ketenteraan-as-di-afghanistan-tamat-1.43845#sthash.pWBfr9ot.dpuf

12,400 masih di pusat pemindahan

Bandung: Seramai 12,400 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara berikutan banjir yang masih belum surut di daerah di Baleendah dan Dayeuhkolot di sini.
Ketua Pelaksana Badan Nasional Penanggulangan Bencana, Marlan berkata, sehubungan itu, pihaknya melanjutkan lagi perintah darurat di kedua-dua kawasan itu sehingga 5 Januari ini.
“Buat masa ini rekod menunjukkan masih ada 12,400 mangsa manakala yang lain sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya di Bandung.
Menurutnya, walaupun air banjir semakin surut, mangsa masih berdepan dengan masalah untuk meneruskan kehidupan seharian, khususnya berkait dengan kewangan dan kesihatan.
Menurutnya, ramai mangsa banjir masih belum mampu menjalani kehidupan normal dan ramai daripada mereka masih perlu membersihkan kediaman yang sebelum ini dinaiki air.
“Tumpuan kami ketika ini terhadap aktiviti pemulihan selepas banjir, khususnya dari segi kesihatan.
“Keadaan kebersihan yang belum normal mendedahkan mangsa kepada pelbagai penyakit,” katanya.
Menurutnya, pihaknya masih berhubung dengan Badan Kaji Cuaca, Klimatologi dan Geofisik (BMKG) bagi memperoleh maklumat mengenai hujan di Bandung Raya yang dijangka semakin memuncak pada Januari dan Februari.
“Berdasarkan maklumat BMKG itu, kami akan terus mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 January 2015 @ 5:07 AM


PASANGAN suami isteri di Bandung ini meninjau keadaan banjir di sekeliling kediaman mereka.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20877#sthash.smanSEaH.dpuf

Tragedi sambutan tahun baru

Agensi
Manila: Kebakaran besar dipercayai berpunca daripada mercun dan bunga api menyebabkan tiga orang terbunuh dan memusnahkan ratusan rumah di sebuah kawasan setinggan di bandar raya ini semalam.
Ia satu daripada kejadian kebakaran yang dilaporkan di seluruh Filipina ketika rakyat negara itu menyambut kedatangan tahun baru.
Pegawai sebuah perkampungan setinggan di pinggir bandar Quezon Noel Carino berkata, mercun dan bunga api itu dibakar oleh kanak-kanak dan kebakaran yang berlaku merebak dengan cepat menyebabkan rumah sepanjang lebih sekilometer di kawasan setinggan itu musnah.
Keadaan bertambah buruk apabila anggota bomba berdepan kesukaran untuk memadamkan kebakaran kerana lorong yang sempit.
“Ia tragedi memilukan untuk menyambut tahun baru,” kata Carino.
Ramai penduduk terpaksa menggunakan apa saja untuk menyeberang sungai bagi menyelamatkan barangan milik mereka.
Jurucakap bomba Renato Marcial berkata, sekurang-kurangnya 14 kebakaran dilaporkan di seluruh negara pada malam tahun baru.
Penduduk Filipina memang terkenal menyambut tahun baru dengan mengadakan parti liar.
Sementara itu, bunga api dan tembakan ketika sambutan tahun baru di negara itu turut menyebabkan 354 orang cedera dengan lebih 12 terpaksa menjalani pembedahan memotong anggota badan, termasuk budak lelaki berusia lima tahun.
Setiausaha Kesihatan Janette Garin berkata, jumlah kecederaan akibat sambutan tahun baru kali ini bagaimanapun adalah antara yang rendah dalam tempoh lima tahun.
Menurutnya, 351 orang cedera akibat mercun manakala tiga lagi terkena peluru sesat pada hari terakhir 2014.
Bagaimanapun, jumlah mereka yang terpaksa menjalani pembedahan memotong anggota badan mereka akibat cedera meningkat kepada 14 berbanding lapan tahun lalu.
Katanya, jumlah kecederaan berkurangan kerana kempen yang dilakukan pelbagai pihak terhadap pembakaran bunga api.
Ribut tropika Jangmi yang melanda wilayah tengah dan selatan negara itu juga membantu mengurangkan jumlah kemalangan.
Sambutan ketibaan 2014 lalu menyaksikan sekurang-kurangnya dua terbunuh dan 793 lain cedera.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 January 2015 @ 5:09 AM


Bomba berusaha memadamkan api yang memusnahkan 2,000 rumah setinggan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20881#sthash.PsHLuIx0.dpuf

Penggal kepala ibu


Agensi
Washington: Seorang lelaki memenggal ibunya dengan kapak sehari sebelum tahun baru kerana bosan sering dileter oleh mangsa.
Christian Jose Gomez, 23, ditangkap dan dituduh membunuh dengan niat selepas mengaku membunuh ibunya, Maria Suarez-Cassagne.
Polis di bandar Oldsmar dikejarkan ke rumah wanita berkenaan selepas menerima laporan mengenai kejadian itu.
Selepas memenggal ibunya, Gomez mencampakkan mayat mangsa di tong sampah berhampiran kediaman mereka sebelum melarikan diri dengan basikal.
ia bagaimanapun berjaya ditangkap tidak jauh dari tempat kejadian.
"Dia hanya membiarkan mayat terlantar di sebelah tong sampah dan kembali ke rumah itu untuk cuba membersihkan tempat kejadian.
“Apabila menyedari dia tidak mampu membersihkan kawasan itu, dia melarikan diri,” kata syerif Pinellas County Bob Gulatieri.
Pihak berkuasa tempatan berkata, Gomez tidak siuman.
Gualtieri memberitahu wartawan, lelaki itu membunuh ibunya kerana berang selepas mangsa meminta dia menyusun kotak di loteng rumah mereka.
“Kerana marah, dia merancang pembunuhan itu selama dua hari,” kata Gualtieri.
Polis menemui kapal yang digunakan dalam kejadian itu di tempat kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:04 AM
- Lihat lebih lanjut di: http://www.hmetro.com.my/node/21129#sthash.hvjOBZ2C.dpuf

Daerah Banjar diisytihar darurat

Martapura: Pihak berkuasa daerah Banjar di Kalimantan Selatan mengisytiharkan darurat selepas ribuan rumah di enam mukim daerah itu tenggelam akibar banjir.
Ketua badan pengurusan bencana daerah, Noor Nunarto berkata, perisytiharan darurat itu diumumkan pegawai daerah terbabit.
Darurat banjir itu dikuatkuasakan sehingga 7 Januari dan mungkin dilanjutkan jika keadaan bertambah buruk.
Katanya, setakat ini, banjir yang melanda menjejaskan enam mukim dan kemungkinan dua mukim lain juga dinaiki air adalah besar.
Banjir itu disebabkan air di Sungai Riam Kiwa merentasi daerah berkenaan melimpahi tebing.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:04 AM


SEKUMPULAN penduduk membantu mengangkat motosikal meredah banjir di Kalimantan Selatan, baru-baru ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21131#sthash.FSjDxEHw.dpuf

19 terbunuh di Aleppo


Beirut: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh semalam selepas penentang rejim Syria melepaskan tembakan terhadap kawasan yang dikuasai tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad di Aleppo.
Pemerhati Hak Asasi Syria (SOHR) berkata, mereka yang maut termasuk lima kanak-kanak.
Tiga daripada mereka terbunuh bersama-sama ibu mereka apabila kereta dinaiki keluarga itu dibedil roket.
SOHR berkata, sekurang-kurangnya 32 lain cedera parah dalam keganasan kelmarin yang berlaku di barat bandar itu.
Aleppo yang pernah menjadi hab ekonomi Syria mengalami kemusnahan teruk selepas pertempuran tercetus pada pertengahan 2012.
Bandar itu kini terbahagi antara tentera kerajaan di kawasan barat manakala timur Aleppo dikuasai penentang Bashar.
Tentera kerajaan dilapor semakin mara di sekitar bahagian timur seterusnya mengancam lokasi yang dikuasai penentangnya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21117#sthash.GPAvluW2.dpuf

Padah fitnah suami


Sydney: Sebuah mahkamah di sini semalam mengarahkan seorang wanita membayar AS$12,500 (RM44,100) kepada suaminya selepas dia memalukannya dalam Facebook dengan mendakwa lelaki itu melakukan keganasan rumah tangga.
Wanita itu dalam akaun Facebooknya menulis pada 12 Disember lalu: “Robyn Greeuw telah berpisah dari Miro Dabrowski, selepas 18 tahun menderita keganasan rumahtangga dan penderaan,” lapor Sydney Morning Herald.
Bagaimanapun, Mahkamah Daerah Australia Barat memutuskan Dabrowski, guru sekolah, dengan berkata, Robyn tidak dapat membuktikan kenyataannya itu benar.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21126#sthash.3AxY7ReU.dpuf

Saudia asing penumpang lelaki, wanita


Riyadh: Syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudia bercadang melarang penumpang lelaki dan wanita duduk bersama bagi semua pesawatnya sejajar dengan peraturan baru dikuatkuasakan negara itu.
Keputusan berkenaan berikutan penumpangnya berulang kali menyatakan tidak puas hati apabila isteri atau anggota keluarga wanita mereka terpaksa duduk bersama penumpang lelaki yang bukan mahram.
Penolong pengurus pemasaran Saudia Abdul Rahman al Fahd dipetik akhbar Ajel sebagai berkata: “Kami mempunyai penyelesaian untuk masalah ini. Tidak lama lagi kami akan menguatkuasakan peraturan yang mampu memuaskan hati semua penumpang.”
Abdul Rahman tidak mengulas lanjut, namun Ajel melaporkan langkah termasuk arahan kepada kakitangannya supaya memastikan wanita dan lelaki diasingkan ketika penerbangan melainkan mereka mahram. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21123#sthash.IY5SdhpL.dpuf

Tiga imam ditembak mati


Basra: Tiga imam berfahaman Sunni ditembak mati lelaki bersenjata di Basra, wilayah yang majoriti penduduknya berfahaman Syiah.
Ketua jawatankuasa keselamatan daerah al-Zubair di wilayah itu Raikan Mahdi berkata, serangan yang dilakukan kumpulan yang tidak dikenali itu mencederakan dua imam.
Serangan berlaku ketika imam terbabit dalam perjalanan dari Basra ke al-Zubair selepas menghadiri mesyuarat berhubung sambutan Maulidur Rasul.
Menteri Dalam Negeri Mohammed Ghabban mengarahkan siasatan segera kejadian itu.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu mendakwa kejadian didalangi ‘pihak yang berkhidmat untuk kumpulan Negara Islam (IS).’
Parti politik Sunni utama negara itu, Parti Islamik Iraq mendakwa serangan dilakukan penjenayah, merujuk kepada militia Syiah yang menyokong usaha kerajaan Iraq memerangi IS.
Militia Syiah Iraq memainkan peranan penting dalam operasi menentang IS, tetapi turut menculik dan membunuh penduduk berfahaman Sunni negara itu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21119#sthash.Gg2Hvglq.dpuf

Sah tentera bedil majlis kahwin


Kandahar: Tentera Afghanistan disahkan bertanggungjawab melepaskan tembakan mortar yang menyasarkan satu majlis perkahwinan hingga menyebabkan 17 wanita dan kanak-kanak terbunuh.
Pegawai berkata, serangan itu tidak disengajakan.
Kejadian berlaku Rabu lalu di Helmand sehari sebelum satu majlis di Kabul yang menyaksikan Presiden Asraf Ghani mengucapkan tahniah kepada tentera dan polis negara itu kerana mengambil alih daripada tentera NATO yang menamatkan misi peperangan mereka di negara itu.
“Anggota tentera terbabit melepaskan tembakan mortar terhadap satu majlis perkahwinan selepas militan di kawasan sama melancarkan serangan terhadap satu pos tentera,” kata Timbalan Gabenor Helmand, Mohammad Jan Rasoulyar.
Mereka yang dituduh melancarkan serangan itu dirujuk kepada mahkamah tentera.
Empat tentera, termasuk seorang komander ditahan dan dibawa ke Lashkar Gah, ibu negeri wilayah Helmand.
Pegawai berkata, perwakilan yang dihantar ke daerah Sangin, tempat kejadian berlaku, dimaklumkan bahawa sekurang-kurangnya dua serangan dilancarkan dari pos tentera berbeza.
Ada saksi mendakwa serangan dilancarkan selepas tetamu majlis berkenaan melepaskan tembakan ke udara ketika pengantin perempuan tiba di rumah pengantin lelaki.
Sebuah bilik tempat tetamu wanita berkumpul terkena bedilan itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21124#sthash.Flq9nekN.dpuf

Tiga dibunuh di Papua


Jayapura: Tiga anggota keselamatan ditemui mati dengan kesan tembakan dan tetakan parang di lombong tembaga dan emas milik syarikat Amerika, Freeport-McMoRan di timur Indonesia.

Polis tempatan berkata, ketiga-tiga mangsa, seorang anggota keselamatan syarikat berkenaan dan dua polis bertugas pada malam kejadian dan dipercayai dibunuh Khamis lalu ketika meronda.

Polis menemui luka yang dalam pada tubuh mangsa serta kesan tembakan pada seorang daripada mereka, kata jurucakap polis Papua Patrick Renwarin.

“Kami masih belum mengetahui punca kematian kerana masih menanti laporan penuh.

Aktivis prokemerdekaan Papua melancarkan pemberontakan peringkat rendah menentang pemerintahan Indonesia di wilayah itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:04 AM

- Lihat lebih lanjut di: http://www.hmetro.com.my/node/21132#sthash.lPPjfHfe.dpuf

Pencarian QZ8501 hari ke-6: 17 pesawat, 29 kapal terbabit


LEFTENAN Indra Putra meneliti penyelarasan peta untuk membuat tinjauan dengan pesawat Patrol Maritim CN235 TNI AL di sekitar utara Laut Jawa. - Foto Aizuddin Saad
JAKARTA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang tertumpu kepada pencarian bangkai pesawat dan mengeluarkan mayat mangsa nahas QZ8501 AirAsia Indonesia masuk hari keenam hari ini membabitkan lebih banyak aset dan anggota pencarian.
Hari ini, sebanyak 17 pesawat dan 29 kapal dikerahkan ke lokasi serpihan dan mayat mangsa pesawat ditemui di sekitar Laut Jawa di Kalimantan Tengah.
PANGKALAN BUN 01 January 2015. Kelihatan kapal tentera Singapura membuat operasi misi dan menyelamat (SAR) sekitar utara Laut Jawa. NSTP/Aizuddin Saad



PASUKAN BASARNAS bersiap sedia untuk menjalankan misi mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah. - Foto Aizuddin Saad

Ketua Agensi SAR Nasional Indonesia (BASARNAS), Soelistyo pagi ini membentangkan operas pencarian dengan kerahan membabitkan armada dari dalam negeri dan bantuan asing.
"Pembahagian tugas pun sudah dibuat. Kapal peronda ditugaskan untuk mencari bangkai pesawat. Armada lain mencari jenazah dan serpihan," katanya. - Detik.com

Cuaca buruk jejaskan operasi cari QZ8501



JENAZAH mangsa tragedi pesawat AirAsia QZ8501 dibawa keluar dari KD Pahang menggunakan helikopter BASARNAS Rescue 3601. - Foto ihsan TLDM
SURABAYA: Cuaca buruk terus menjejaskan operasi hari keenam mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa di luar Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah pada Ahad lepas.
Memetik jurucakap Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), media tempatan melaporkan operasi mencari kapal terbang jenis A320-200 serta kotak hitam pesawat itu terganggu sejak beberapa hari akibat faktor cuaca.
Ini termasuk ombak setinggi empat hingga lima meter selain angin selaju 25 knot serta keadaan awan berubah-ubah.
Keadaan itu menyukarkan pasukan pencarian diketuai Indonesia yang dibantu beberapa negara termasuk Malaysia dan Singapura.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Bhayangkara di sini, mendapati waris dan ahli keluarga penumpang dan anak kapal QZ8501 terus setia menunggu perkembangan dan maklumat lanjut di sebuah bilik khas di Pusat Krisis di hospital berkenaan.

JENAZAH mangsa tragedi pesawat AirAsia QZ8501 yang ditemui bersedia untuk dipindahkan ke helikopter menggunakan evolusi Winchex. - Foto ihsan TLDM
Setakat pagi Jumaat, tujuh jasad selesai dibedah siasat termasuk satu yang dikenal pasti identiti sebelum dikebumikan semalam, iaitu Allahyarham Hayati Lutfiah Hamid.
Beberapa lagi mayat dijangka tiba dari Pangkalan Bun ke hospital itu untuk bedah siasat namun ia bergantung kepada keadaan cuaca.
Sementara itu, jurucakap pasukan Pusat Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) berkata mereka menghadapi masalah mengenal pasti identiti satu mayat lelaki yang dibedah siasat kerana cap jarinya rosak dan tidak padan dengan maklumat dan data dalam simpanan yang ada.
Pasukan DVI juga memberitahu, sehingga kini 107 daripada 162 waris dan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat QZ8501 menyerahkan sampel DNA untuk membantu proses identifikasi.
Dalam pada itu, pegawai perhubungan awam Polis Jawa Timur Awi Setyono berkata proses identifikasi bukan tugas mudah kerana ia perlu mengikuti standard operasi prosedur antarabangsa yang ketat bagi mendapatkan padanan yang tepat.
Pesawat Airbus A320-200 itu berlepas dari Surabaya pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 8.30 pagi hari sama.
Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia). - BERNAMA