Search This Blog

Tuesday, December 22, 2015

Wanita pandu kereta rempuh orang ramai


AFP - SEBATANG jalan raya ditutup bagi membolehkan pasukan polis menyiasat kawasan itu selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan pejalan kaki di Las Vegas Strip kelmarin.


LAS VEGAS, Nevada – Seorang wanita yang membawa anak kecil di dalam keretanya bertindak merempuh orang awan di laluan pejalan kaki di Las Vegas Strip, Amerika Syarikat (AS) kelmarin dengan menyebabkan seorang terbunuh, manakala sekurang-kurang 26 mangsa cedera, kata polis.
“Ini bukan perbuatan keganasan, kami menolak motif tersebut. Namun, kami sedang menyiasat sama ada kejadian ini disengajakan,” kata Timbalan Ketua Polis, Brett Zimmerman kepada wartawan.
Kawasan Las Vegas Strip yang menempatkan sebilangan hotel dan kasino mewah dihiasi lampu bergemerlapan yang menarik beribu-ribu pelancong dari seluruh dunia.
Kejadian itu berlaku pada malam pertandingan ratu cantik Miss Universe yang menyaksikan kemenangan finalis Filipina sebagai Miss Universe 2015 dalam acara yang berlangsung di Planet Hollywood, Las Vegas.
Seorang saksi, Rabia Qureshi dari Wisconsin memberitahu stesen te­levisyen AS, KSNV bahawa kereta itu kelihatan seperti ‘sebiji bola bo­ling dengan mereka yang dilanggar ibarat pin boling’.
Kata Zimmerman, enam mangsa yang cedera kini kritikal. Suspek terbabit pula menjalani beberapa ujian termasuk pemeriksaan kadar alkohol dalam darah untuk mengetahui sama ada dia mabuk ketika kejadian.
Dalam pada itu, polis menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut supaya tampil memberi maklumat.
Menurut polis, wanita tersebut bukan penduduk Las Vegas dan sudah seminggu berada di bandar raya itu. Anak kecil di dalam keretanya dilaporkan tidak mengalami kecede­raan.
Beberapa laporan lain mendedahkan kejadian itu berlaku sekitar 6.30 petang (waktu tempatan) di antara Planet Hollywood dan Hotel Paris Las Vegas dengan ramai daripada mangsa tercedera merupakan pelancong dari Montreal, Kanada.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3uzq8L9U6 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment