BANGKOK - THAILAND. Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Yangon semalam, bagi menyatakan kemarahan mereka terhadap hukuman mati yang dijatuhkan kepada dua pekerja asing Myanmar kerana membunuh dua pelancong Britain, tahun lalu.
Kira-kira 600 orang berhimpun di hadapan Kedutaan Diraja Thailand di Yangon, Myanmar, membawa sepanduk bertulis 'Kami mahu keadilan' dan 'Kerajaan Thailand tidak tahu malu'.
"Kami mahu menuntut keadilan bagi kedua-dua rakyat Myanmar yang dihukum mati. Hukuman mahkamah tidak adil dan tiada ketelusan dalam perbicaraan," menurut peserta protes, Aung Khun Sat.
Ketua tunjuk perasaan Andy Hall menyifatkan, polis Thailand menggunakan kekerasan untuk mendapatkan pengakuan daripada tertuduh, namun ia disangkal hakim dengan mengatakan terdapat bukti kukuh termasuk kesan DNA bagi mengaitkan mereka.
Kelmarin, Zaw Lin dan Wai Phyo didapati bersalah merogol dan membunuh Hannah Witheridge, 23, serta membunuh David Miller, 24, di pulau Koh Tao, dekat selatan Thailand, pada September tahun lalu. - dp
a