Search This Blog

Sunday, December 20, 2015

Perompak mati ditembak di Tumpat

ROHANA ISMAIL

 19 DISEMBER 2015

 KOTA BHARU -  ‎Cubaan samun seorang lelaki dalam sebuah kedai serbaneka berakhir dengan tragedi selepas suspek maut ditembak anggota polis dalam kejadian di Pasir Pekan, Tumpat di sini, pagi tadi.
Suspek berusia 34 tahun dipercayai datang ke kedai terbabit kira-kira jam 2.45 pagi dengan sebilah pisau panjang berukuran 27 cm dan terus menerpa masuk ke dalam kedai itu sehingga menyebabkan dua pekerja kedai terbabit lari ke bahagian stor.
Ekoran takut dengan keadaan itu salah seorang pekerja‎ menghubungi polis dan pada jam 3 pagi anggota polis sampai dan melihat suspek masih berada di dalam kedai terbabit.
Anggota polis cuba memberi amaran supaya suspek letakkan senjata namun tidak diendahkan dan mengacukan pisau kepada tiga anggota polis sehingga menyebabkan mereka terpaksa berundur sampai ke pintu luar kedai itu.
Bagi mempertahankan diri, seorang anggota polis melepaskan tiga das tembakan terkena pada kaki dan dada suspek.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, hasil semakan pihaknya suspek mempunyai rekod kes dadah.
"Pisau digunakannya turut diambil untuk pemeriksaan dan mayat suspek telah dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat," katanya.‎
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen‎ 307KK, 392/397KK dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960
.

No comments:

Post a Comment