Tertuduh yang berusia 57, didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul mangsa yang berusia 23 tahun.
Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik universiti berkenaan, jam 12 tengah hari pada 14 Disember lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rustam Sanip mengikut Seksyen 345 Kanun Keseksaan.
Tertuduh yang diwakili peguam, M Hafiz Zainol Abidin merayu jaminan dikurangkan.
Majistret, Surya Wati Shawal membenarkan jaminan RM3500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Januari untuk sebutan semula kes.