Search This Blog

Tuesday, December 22, 2015

Pemandu cuba lari punca nahas



ANGGOTA pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan penumpang sebuah bas yang dinaiki rakyat Malaysia yang terbabas ke dalam gaung di daerah Doi Saket, Chiang Mai, Thailand kelmarin.


BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand mengesahkan kemalangan maut yang mengorbankan 13 pelancong Malaysia di Lebuh Raya Chiang Mai-Chiang Rai berhampiran daerah Doi Saket, Chiang Mai kelmarin berpunca daripada pemandu bas yang cuba melarikan diri setelah melanggar sebuah trak pikap.
Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi, Chatchai Promlert berkata, ketika dalam perjalanan dari Chiang Rai menuju ke Chiang Mai, pemandu bas yang dikenali sebagai Somporn Bualuang, 58, dilaporkan telah melanggar sebuah trak pikap di Mae Khajan di wilayah Chiang Rai, namun gagal untuk berhenti.
Difahamkan, pemandu pikap berkenaan kemudian bertindak mengejar bas terbabit menyebabkan pemandu bas memecut laju dan hilang kawalan.
Bas itu kemudian telah merempuh sebuah kereta sedan serta melanggar tiang lampu sebelum terjunam ke dalam gaung dan terbalik.
Pemandu bas terbabit merupakan antara 12 mangsa yang tercedera, dua daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.
Dia kini berada dalam tahanan polis di Hospital Doi Saket.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3v0KdJXic 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment