Search This Blog

Tuesday, December 22, 2015

Padah tunjuk isyarat lucah



Kereta (kanan) milik suspek yang ditahan selepas disyaki menunjukkan isyarat lucah ke arah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Kilometer 95, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Yong Peng semalam.


JOHOR BAHRU – Polis memberkas seorang lelaki berusia 40 tahun yang disyaki menunjukkan isyarat lucah ke arah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Kilometer 95, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) dekat Yong Peng semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. (gambar kecil) berkata, dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, Sultan Ibrahim yang diiringi beberapa orang pegawai polis dalam perjalanan pulang dari Muar menuju ke Johor Bahru.
“Semasa kejadian, suspek yang memandu sebuah kereta Perodua Viva dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Parit Raja, Batu Pahat dari Puncak Alam, Se­langor.
“Suspek dipercayai tidak tahu bahawa rombongan tersebut adalah konvoi Tuanku Sultan Johor.
“Malangnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu dilihat sendiri oleh Tuan­ku sebelum ba­ginda me­ngarahkan tindakan selanjutnya diambil oleh polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3v0KkVB9O 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment