Search This Blog

Monday, December 14, 2015

Maut dilanggar bas semasa guna hoverboard

13 DISEMBER 2015

Nawaf Al-Tuwayan
Nawaf Al-Tuwayan
LONDON - BRITAIN . Seorang remaja berusia 15 tahun maut dilanggar sebuah bas ketika menggunakan hoverboard, menjadikan ia kes kematian pertama melibatkan peranti tersebut.
Laporan Dailymail berkata, Nawaf Al-Tuwayan dilanggar dan diseret hampir 200 meter ketika bermain hoverboard di Glacier Way Khamis lepas.
Seorang saksi memberitahu polis bahawa mangsa terjatuh sebelum dilanggar dan diseret.
"Saya jerit kepada mangsa, ada bas datang! Tetapi segalanya terlewat," kata Jeffery Mingle.
Menurut Jeffery, beliau kemudian mengejar bas tersebut selama 15 minit untuk menyedarkan pemandu bas tentang apa yang berlaku.
"Pemandu bas langsung tidak tahu yang beliau terlanggar seseorang.
"Saya dan pemandu bas kemudian cuba menarik mangsa dari bawah bas tetapi beliau sudah tidak bernyawa," tambah Jeffery.
Sementara itu, Pengarah Pengangkutan London, Mike Weston menyuarakan rasa simpati terhadap apa yang berlaku.
Kami sangat bersimpati kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang maut dalam kejadian itu," kata Mike dalam satu kenyataan.

No comments:

Post a Comment