NEW DELHI - INDIA. Seorang suspek juvenil yang dituduh merogol dan membunuh seorang pelajar perubatan bersama lima yang lain di dalam sebuah bas di New Delhi pada Disember 2013 dibebaskan semalam.
Kes jenayah rogol berkumpulan itu mencetuskan gelombang kemarahan di seluruh India lapor Times of India.
Mahkamah Agung kelmarin, menolak rayuan Suruhanjaya Delhi untuk Wanita (DCW) yang mahu suspek terus ditahan dan dibicarakan pada Isnin.
DCW sebelum ini, menegaskan tertuduh layak dibicarakan kerana tiada penilaian mental dibuat untuk pembebasannya.
Sehari sebelum pembebasannya, tertuduh yang kini berusia 20 tahun telah dibawa ke satu lokasi rahsia selepas menerima ugutan bunuh daripada orang ramai yang marah dengan kes rogol tersebut.