Seorang lelaki menunggang sebuah motosikal Yamaha Ego berwarna merah jambu dipercayai suspek utama yang juga merupakan suami kepada rakan salah seorang mangsa yang keretanya terbakar.
Mangsa yang enggan dikenali berumur 20 tahun, pekerja di kawasan letak kereta di situ mendakwa, dia telah dihampiri lelaki ber­kenaan sebelum dibaling dengan sebuah botol berisi petrol ke arah kereta Proton Wira miliknya.
Katanya, bagaimanapun dia sempat menyelamatkan diri dan terus mengejar suspek.
Namun, lelaki tersebut sempat melarikan diri dan meninggalkan selipar dan topi keledar.
“Selepas itu, saya mendengar sebanyak tiga letupan datang dari arah kereta saya sebelum api marak dan merebak sehingga menyebabkan lima kereta berhampiran turut musnah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Kata lelaki itu, dia yang cedera ringan di tangan kiri turut dibantu orang awam bagi memadamkan kebakaran sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.